ANJING-ANJING NERAKA

Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :

  • Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
  • Bacalah Al-Qur'an
  • tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.
  • Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
  • Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
  • Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
  • Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.
  • Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
  • Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
  • Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.
  •  

Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."

Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."

Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?" Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T."

Tentera Allah (Nyamuk)

Namruz mempunyai tentera sebanyak 700,000 penunggang kuda dengan senjata yang lengkap. Dia dengan megah dan sombongnya berkata kepada nabi Ibrahim : “Hai Ibrahim, jika tuhanmu mempunyai malaikat, kirimlah kepadaku untuk berperang denganku. Jika sanggup (kuat) rampaslah kerajaanku ini”

Nabi Ibrahimpun bermunajat kepada Allah dan berkata : “Ya Illahi, sesungguhnya Namrud dan tenteranya menunggu kedatangan tenteramu, maka kirimlah kepada mereka selemah-lemah makhlukmu iaitu nyamuk”

Ketika tentera Namrud berkumpul di padang yang luas, Allah memerintahkan nyamuk keluar dari lautan. Maka keluarlah nyamuk hingga menutupi permukaan bumi dan langit. Kemudian nyamuk berkata : “Wahai Tuhan kami, apakah yang harus kami laksanakan ?” Allah SWT berfirman : “Aku telah menjadikan rezeki kamu semua pada hari ini berbentuk daging tentera Namruz”

Allah telah memberi kekuatan kepada nyamuk, lalu ia menyerang dan menghisap darah-darah mereka. Allah memerintahkan menunda penyiksaan ke atas Namruz supaya ia dapat melihat kemusnahan tenteranya oleh tentera Allah. Maka nyamuk-nyamuk itu membiarkan Namruz sehingga ia dapat pulang ke istananya.

Nabi Ibrahim AS merasa hairan dan takjub melihat peristiwa tersebut. Kemudian Allah berfirman : “Wahai Ibrahim, demi kemuliaan dan keagunganKu, sekiranya engkau tidak meminta kepadaKu mengutus tentera nyamuk, tentu Aku akan mengirim yang lebih halus daripada nyamuk, jika 1000 jumlahnya berkumpul menjadi satu, tidak mencapai sebesar nyamuk, tentu aku musnahkan juga mereka itu dengannya”

Kemudian Allah memerintahkan seekor nyamuk untuk menyiksa Namruz. Nyamuk tersebut telah mengelilingi sepohon pokok selama 3 hari dan setelah itu diapun masuk ke dalam kepada Namruz melalui hidungnya lalu memakan otaknya selama 40 hari. Akhirnya Namruzpun mati kerana seekor nyamuk, betapa hebatnya tentera ALLAH.......

Tentera Allah (Nyamuk II)

Tentera Allah (Ikan)

Seorang nelayan bersusah payah mengail ikan bagi makanan seisi keluarga. Ketika dia mendapat seekor ikan yang masih mengelapar di mata kail, tiba-tiba datang orang lain merampasnya. Setelah puas berusaha tetapi si perampas tetap tidak mengembalikan ikan tersebut. Akhirnya beliau menadah tangan berdoa mengadu kepada Yang Maha Esa yang berbunyi:

“Ya Allah, mengapa Engkau ciptakan aku sebagai orang yang lemah dan Engkau ciptakan orang lain lebih kuat dan gagah sehingga dia sesuka hatinya merampas hak milikku ? Maka ciptakanlah Ya Allah makhluk yang lebih kuat dari dia. Kalahkan dia agar menjadi iktibar bagi”

Keluahan dan doa tadi tidak menakutkan perampas tadi malah dia terus membawanya pulang ke rumah dan dimasak mengikut citarasanya. Ketika beliau mencubit isi ikan, tiba-tiba dia tercucuk duri ikan tersebut. Tangan yang tersusuk duri itu semakin sehari semakin parah dan tidak sembuh-sembuh walaupun telah banyak berikhtiar. Akhirnya beliau berputus asa.

Pada satu malam beliau bermimpi seolah-olah mendengar kata-kata pemancing ikan. “Kembalikan ikan itu kepada pemiliknya ! kembalikan ! Itu bukan hakmu....!

Dia lantas terbangun dan menyedari kesalahan dirinya. Dia telah merampas ikan tersebut daripada seorang pemancing tempohari. Dia mesti mengembalikannya semula dan memahon kemaafan daripadanya.

Setelah penat berusaha, akhirnya beliau berjumpa juga dengan pemancing tersebut. Lantas dia menyerahkan wang10,000 dirham sebagai gantirugi dan barulah hatinya lega.

Dengan kehendak Allah luka di tangannya beransur pulih dan semua penderitaannya selama inipun berakhir.

Tentera Allah (Lalat)

ebuah cerita yang diterima dari Hussain yang didengarnya dari Abdullah, dari Suaid bin Sa’id, dari Abu Al-Muhayyah, beliau berkata : “seorang lelaki telah bercerita kepadaku :“Kami ada satu rombongan pergi mengembara, di antara kami ada seorang yang memaki Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Kami sudah menghalangnya tetapi dia tidak menghentikan perbuatannya.

“Di tengah perjalanan kami berhenti kerana terasa terlalu penat. Ada di antara kami yang memanfaatkan masa untuk berehat, minum air dsb. Kawan kami yang memaki Saidina Abu Bakar As-Siddiq tadi pergi agak jauh mungkin pergi membuang air besar”.

“Tiba-tiba kami dikejutkan dengan teriakannya yang kuat meminta tolong. Kami fikir dia digigit ular atau disengat lebah. Kami berkejar ke arahnya. Rupanya dia diserang oleh segerombolan lalat yang ganas seperti bangkai yang dikerumuni lalat.”

“Kami sedaya upaya menolongnya tetapi sengatan lalat itu lebih bisa drp sengatan lebah. Kami terpaksa lari dari tempat itu. Setelah lalat itu pergi meninggalkan kawan kami itu, kami dapati anggota tubuhnya ada yang terputus”.

Ini adalah balasan daripada Allah terhadap orang yang memaki sahabat Rasulullah SAW.

Catatan:

Cerita-cerita ini dipadankan sebagai panduan kepada kepimpinan UMNO yang bertindak zalim, menyelahgunaan kuasa, pecah amanah dan rasuah, supaya UMNO dapat kembali ke pangkal jalan. Ingat tentera-tentera ALLAH SWT dapat menghapuskan kuasa-kuasa besar yang pernah wujud di muka bumi yang bertindak zalim terhadap rakyat yang di bawah pemerintahannya. UMNO juga dalam menjalankan pemerintahannya turut mengikuti langkah apa yang dibuat oleh kerajaan-kerajaan terdahulu yang disebutkan dalam cerita di atas, terutama terhadap musuh politiknya iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang permohonan jaminannya untuk berubat di luar Negara ditolak oleh Mahkamah Persekutuan pada hari Rabu 21.1.2004 [ setelah tertangguh begitu lama, sedangkan penghakiman pemberian jaminan itu termudah di dunia] telah menolak rayuan tanpa memberi alasan yang konkrit oleh hakim-hakim berok yang tugaskan untuk mengendalikan tugas ini. Keputusan ini adalah berdasarkan kepentingan politik UMNO yang sudah menjadi “gila babi” untuk mengekalkan kuasanya untuk perompak harta Negara sebagai harta pusakanya. Dalam masa yang sama, semua saluran  pandangan kedua ditutup bagi membolehkan UMNO meneruskan kedurjaannya terhadap rakyat dan Negara ini. Marilah sama-sama kita berdoa kepada ALLAH SWT semoga UMNO akan menerima pembalasan yang sewajarnnya terhadap kezalimanya terhadap musuh-musuh politiknya terhadap rakyat di Terengganu dan Kelantan serta di mana jua rakyat di dalam Negara ini yang menerima diskriminasi dari kepimpinan UMNO. Allah SWT tidak menzalimi hamba-hambanya dan ALLAH SWT tetap membalasnya akan dosa-dosa yang diperbuatkan. Hanya masa akan menentukannya.

Sekian. Wassalam.

[Khamis, 22.1.2004]