UMNO, ISLAM dan PilihanRaya

Assalamualaikum,

 

Apa yang saya tulis ini adalah berdasarkan apa yang saya dengar dari mereka-mereka (ahli dan bukan ahli pas) yang ingin berhujjah tapi tak tahu buktinya berdasarkan al-quran untuk menangkis hujah orang umno atau mereka yang seangkatan dengannya.

 

Hujah kenapa KITA TIDAK BOLEH MEMILIH / MEMANGKAH UMNO/ BN dan yang sekapal dengannya adalah berdasarkan ayat al-quran :

 

1. Sifat Mereka ( pemimpin sesat) suka mengejek dan menghina al-quran dan berbagai sifat lain yang telah allah terangkan didalam al-quran.

 

Al-maidah (57) Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan agama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu dan orang-orang kafir musyrik itu: Menjadi penolong-penolong dan bertakwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman.

 

Siapakah yang suka mengejek dan menghina agama allah ?? - pemimpin UMNO dan BN. Walaupun surah ini menceritakan sifat orang kafir musyrik dahulu tetapi sifat mereka sama saja iaitu suka mengejek dan menghina hukum allah seperti kalau laksana hukum hudud seperti potong tangan …maka kalau nak sup tangan datanglah ke kelantan.

 

Al-imran (118) Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi orang dalam (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.

 

Maksud dikalangan kamu itu adalah dikalangan orang beriman. Kalau beriman takkan dia benci pada hukum allah. Dan allah bagitau sifat dia melalui cakapnya.

 

Al-imran (119) Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan) mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. Kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu, mereka berkata: "Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.

 

Ini juga sifat mereka dulu , kini dan selamanya. Allah bagitau dah..kita yang tak nak faham.

Yunus (15) Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, berkatalah orang-orang yang tidak menaruh ingatan menemui Kami (untuk menerima balasan): Bawalah Quran yang lain daripada ini atau tukarkanlah dia. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak berhak menukarkannya dengan kemahuanku sendiri, aku hanya tetap menurut apa yang diwahyukan kepadaku sahaja. Sesungguhnya aku takut, jika aku menderhaka kepada Tuhanku, akan azab hari yang besar (soal jawabnya).

 

Masih tidak samakah tuan-tuan sifat mereka dari dulu kini dan selamanya. Nak tafsir baru al-quran sesuai dengan nafsu mereka.

 

An-nisa (140) Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: Apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam Neraka Jahanam.

 

Ayat ni dah jelas dah…kalau kita join mereka-mereka yang suka menghina rasul dan hukum allah…kita sama macam mereka..walaupun kita tak redho kononnya.

 

Hud (59) Dan itulah peristiwa kaum Aad mereka mengingkari ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, serta mereka menderhaka kepada Rasul-rasulnya dan mereka menurut perintah tiap-tiap ketua yang bermaharajalela, lagi degil dalam keingkarannya.

 

Ayat ini ditujukan kepada mereka yang selalu memberikan alasan apabila ditanya kenapa masih bersekongkol dengan kejahatan dan kezaliman pemerintah. Mereka akan jawap “nak cari makan dan nak tanggung anak/bini …aku tetap tak redho apa yang mereka buat”

 

Hud (97) Kepada Firaun dan kaumnya; lalu kaum Firaun menurut perintah Firaun, sedang perintahnya itu bukanlah perintah yang betul.

 

Disini allah memberitahu kaum firaun tahu arahan firaun tu salah tapi mereka mengikut apa yang suruhnya kerana takut pada firaun tapi tidak takut kepada allah.

Dan allah bagitau (pengikut firaun, UMNO/BN dan yang sekapal dengannya) mereka akan duduk dalam neraka allah.

 

HUD [98] Firaun akan mengetuai kaumnya pada hari kiamat kemudian tetaplah dia akan membawa mereka masuk ke Neraka dan seburuk-buruk tempat yang dimasuki ialah Neraka.

 

HUD [99] Dan mereka diiringi oleh laknat yang tidak putus-putus di dunia ini dan pada hari kiamat. (Sebenarnya) laknat itu adalah seburuk-buruk pemberian yang diberikan.

 

Kenapa pemimpin UMNO/BN tidak boleh dipilih dalam Pilihanraya di Malaysia.

 

An-nur (4) Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.

 

An-nur (5) Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya yang tersebut) serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani

Kerana mereka menuduh anuar ibrahim liwat dan zina tapi tidak dapat membawa 4 orang saksi…oleh itu allah taala kata mereka fasik. Dan tidak tanda mereka telah bertaubat dan menarik balik tuduhan mereka. Dan allah kata di ayat at-taubah (23) jangan pilih pemimpin fasik…nanti kamu jadi golongan zalim yang akan dihumban ke neraka allah.

 

At-taubah (23) Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan bapa-bapa (wali/pemimpin) kamu dan saudara-saudara kamu sebagai orang-orang yang didampingi jika mereka memilih kufur(fasik) dengan meninggalkan iman dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka orang-orang yang didampingi, maka merekalah orang-orang yang zalim  Allah dah bagitau jangan pilih pemimpin fasiq…..Semua pemimpin UMNO telah menjaja diseluruh negara bahawa anuar kaki liwat dan zina….maka mereka tidak boleh dipilih sebagaimana perintah allah itu. So kalau nak masuk neraka join lah mereka.

 

Saba’ (31) Dan orang-orang yang kafir berkata: Kami tidak akan beriman sama sekali kepada Al-Quran ini dan tidak juga kepada Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya. Dan (sungguh ngeri) kalau engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dibawa berdiri di hadapan Tuhan mereka (untuk dihisab), masing-masing tuduh menuduh antara satu dengan yang lain. Orang-orang yang tertindas berkata kepada orang-orang yang sombong takbur (yang menjadi ketuanya): Kalaulah tidak kerana kamu (menindas dan memperdayakan kami), tentulah kami sudah menjadi orang yang beriman.

 

Lihatlah penyesalan pengikut-pengikut pemimpin yang zalim dineraka kelak. Saba’[32] Orang-orang yang sombong takbur itu menjawab kepada orang-orang yang tertindas: Kamikah yang telah menghalang kamu daripada menerima hidayat petunjuk sesudah ia datang kepada kamu? (Bukan kami yang menghalang) bahkan kamulah yang menyebabkan diri sendiri menjadi orang-orang yang berdosa

Pengikut tadi ditempelak kembali oleh pemimpin yang mereka ikut didalam neraka. Sian orang UMNO ni, dunia kena hina..akhirat kena hina dek pemimpin mereka lagi.

 

Saba’(33) Dan berkata pula orang-orang yang tertindas kepada orang-orang yang sombong takbur itu: Tidak! Bahkan (yang menghalang kami daripada beriman ialah) perbuatan kamu memperdaya kami malam dan siang, ketika kamu menyuruh kami berlaku kufur kepada Allah dan mengadakan sekutu-sekutu bagiNya. Akhirnya masing-masing diam sambil memendamkan perasaan sesal dan kecewa semasa mereka melihat azab dan Kami pasangkan belenggu-belenggu pada leher orang-orang yang kafir itu. Mereka tidak dibalas melainkan dengan apa yang mereka telah kerjakan.

 

Gafir (47) Dan (ingatkanlah perkara yang berlaku) semasa orang-orang yang kafir dan yang menderhaka berbantah-bantahan dalam Neraka, iaitu orang-orang yang lemah (yang menjadi pengikut) berkata kepada pemimpin-pemimpinnya yang sombong takbur: Sesungguhnya kami telah menjadi pengikut-pengikut kamu, maka dapatkah kamu menolak dari kami sebahagian daripada azab Neraka ini?

 

Gafir[48] Orang-orang yang sombong angkuh itu menjawab: Sebenarnya kita semua menderita bersama-sama dalam Neraka (tidak ada jalan untuk kita melepaskan diri), kerana sesungguhnya Allah telah menetapkan hukumanNya di antara sekalian hambaNya .

 

Gafir[49] Dan berkatalah pula orang-orang yang ada dalam Neraka kepada malaikat-malaikat penjaga Neraka Jahanam: Pohonkanlah kepada Tuhan kamu, supaya Dia meringankan sedikit azab seksa dari kami, barang sehari.

 

Gafir[50] Malaikat penjaga Neraka menjawab: Bukankah kamu telah didatangi Rasul-rasul kamu dengan membawa keterangan-keterangan (yang menyatakan akibat perbuatan derhaka kamu)? Mereka menjawab: Ya, telah datang. Malaikat itu berkata: Jika demikian, maka berdoalah kamu sendiri dan doa permohonan orang-orang yang kafir pada saat ini hanya menyebabkan mereka berada dalam keadaan dukacita dan kecewa sahaja.

 

Al-hujurat (6) Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

 

Satu lagi kenyataan bodoh orang UMNO apabila nak berhujah adalah KETUANAN MELAYU. Takut ketuanan melayu hilang. Dek kerana sakit hati saya tanya dia orang tu…korang ni buta ke pekak.

Saya beri contoh supaya senang UMNO ni faham… kalau dalam rumah ada 2 orang budak yang sekolah. 1 anak tuan/tokey. 1 anak orang gaji. Anak orang gaji tak boleh marah kalau dia tak dapat keistimewaan sebagaimana anak tokey bila nak pergi sekolah dan segenap hal lain kerana dia anak orang gaji yang sorang lagi anak tokey. Orang UMNO setuju.

 

Kalau cam tu….Apa tanda ketuanan bangsa melayu kat Malaysia ni yang masih wujud.

 

1. Biasiswa kepada bangsa melayu.. . dah dirampas oleh Mamak sekor tu.
2. Tanah rezab melayu…semakin kecil kerana di ambil oleh penyamun tu jugak.
3. Kuota bumiputra di Universiti dah tak de.
4. Sekolah agama dipaksa tutup dengan cara menghentikan bantuan perkapita. Sedangkan sekolah Cina dan India ditambah bantuan. Sekolah agama adalah satu-satunya institusi yang banyak berjasa kepada bangsa melayu samada UMNO atau tidak.
5. Siaran TV sebijik macam negara Cina dan India je

 

 Kesimpulan :


Berdasarkan hujah-hujah di atas, maka pada pilihan raya ke 11 yang akan datang [ kemungkian akan diadakan pada bulan Mac atau bulan April 2004 nanti ] maka hendaklah kita semua menolak UMNO/BN  Dasar perjuangan UMNO ialah secular menjadikan Islam diperintah bukan Islam yang memerintah.

 

Mengamalkan dasar mengenyangkan perut sendiri dan kroni sehingga buncit dan biarkan perut rakyat marhaen kempis. Dasar mentololkan, membutakan hati dan fikiran rakyat melalui media nazisme serta membiarkan terus keadaan kemiskinan melanda masyarakat khususnya orang-orang Melayu supaya mereka ini akan terus-menerus bergantung dan bergayut kepada UMNO serta terus menyokong UMNO/BN dalam setiap kali pilihan raya diadakan.

 

UMNO akan terus mengamalkan dasar, 99% untuk pemimpin, 1% untuk rakyat. Pemimpin menjadi Raja kepada Rakyat. Rakyat hamba kepada pemimpin. Agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang, keadilan dan kebenaran akan terus diperkudakan untuk UMNO mengekalkan kuasa. SPR tidak ada kredibiliti untuk menyelenggara pilihan raya pada kali ini [ pilihan raya ke 11 ] kerana UMNO/BN akan terus menyalahgunakan kuasa sebagai " kerajaan sementara". Penggunaan media secara keterlaluan menghentam PAS dan Keadilan sebagai parti pembangkang di luar etika kewartawanan akan berlaku seperti yang ditunjukkan dalam pilihanraya tahun 1999 yang lalu. SPR tidak ada kuasa untuk menghalang perkara ini berlaku kerana tunduk kepada kehendak parti UMNO yang merupakan sebuah parti " gila ". Gila untuk mengekalkan kuasa dengan apa cara sekali pun. Gila menyalahkan semua orang, walaupun kesalahan itu dibuatnya sendiri.

 

JADI……. MANA DIA BUKTI YANG MENGATAKAN MASIH ADA KETUANAN MELAYU DI MALAYSIA INI  HABIHHH DAH.. NEGARA KITA NI DAH JADI NEGARA CINA DAN INDIA JE.


___________________________
Terbitan : 20 Oktober 2003

 

Catatan :

 

Tulisan asal oleh Tok Janggut yang disiarkan oleh Laman Tranungkite.net dan diubahsuai oleh MELI pada 23.1.2004, Jumaat.