UMNO : SATU KEKALUTAN MENCARI KEDUDUKAN,KUASA DAN KEKAYAAN

OLEH:

MELI

 

Assalamulaikum wrt.wbh

Saudara-saudara pembaca budiman,

 

Dalam siri Imbasan Kembali ini,  saya akan mengajak saudara-saudara merenung prestasi UMNO dalam pilihan raya ke 10 pada tahun 1999 dan berfikir untuk merangka strategi bagi menghadapi pilihan raya ke 11 yang akan diadakan bila-bila masa sahaja dari sekarang, sebaik-baik sahaja UMNO menerima laporan risikan yang memberi gambaran positif untuk berkuasa semula memerintah Malaysia.

 

Perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim dihentikan pada 16 November 1999 [ dan disambung semula pada pertengahan Januari 2000 ] kerana pembubaran parlimen dan pilihan raya umum ke 10  diadakan pada 29 November 1999. Kerajaan pimpinan Mahathir ketika itu takut kebangkitan orang Melayu melalui parti PAS dan Keadilan dan gabungan parti-parti pembangkang melalui  Barisan Alternatif [BA].

 

Keadaan ini menyatakan apabila keputusan pilihan raya itu menunjukaan orang-orang Melayu menolak UMNO. UMNO dan BN berkuasa semula melalui sokongan orang bukan melayu khususnya orang-orang Cina yang takutkan PAS selaras dengan kempen dan propaganda UMNO dalam media massa memberi gambaran buruk Islam yang dibawa oleh PAS.

 

Keputusan pilihan raya itu  amat mengecewakan pemimpin besarnya, seorang MATAN Perdana Menteri Malaysia ke 4 dan juga MATAN Presiden UMNO ke 5, Tun Dr.Mahathir Mohamad (Mahathir). Kalau tidak disokong oleh pengundi bukan melayu dan bantuan secara tidak langsung dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan melambat-lambatkan proses pendaftaran pengundi baru seramai 650,000 orang lebih, nescaya UMNO pada hari ini akan menjadi pembangkang ataupun sekurang-kurangnya tidak dapat membentuk kerajaan dengan majoriti dua pertiga di parlimen.

 

Kekalahan UMNO dalam pilihan raya itu memberi kesan yang amat hebat kepada lanskap politik negara dalam usahanya memenangi semula hati pengundi-pengundi Melayu yang menolaknya dalam pilihan raya tersebut.

 

Dalam Mingguan Malaysia pada 1.10.2000, Dato’Seri Dr.Rais Yatim, bekas Timbalan Presiden Parti SM46,orang kanan Ku Li yang merupakan seorang tokoh yang paling lancang mengencam dan mengkritik kepimpinan UMNO di bawah pentadbiran Mahathir telah menyambung kembali “ jambatan “ yang telah dibakarnya itu demi kepentingan politik peribadi. Walaupun alasan yang diberi ketika membubarkan parti SM46 adalah bertujuan untuk “ perpaduan orang-orang Melayu ‘. Alasan itu hanyalah auta atau pembohongan paling besar dalam sejarah kehidupan peribadi Rais sendiri. Kalau “ya”, kenapa beliau bersama-sama dengan Ku Li dan lain-lain pemimpin UMNO yang tidak puas hati terhadap pemilihan tahun 1987 itu menubuhkan parti serpehan parti SM46 melawan UMNO. Bukankah ini merupakan punca perpecahan orang-orang Melayu, sedangan pada ketika itu, orang-orang Melayu sudah pun bernaung di bawah parti PAS dan UMNO.

 

Tujuan sebenar ialah untuk merebut kuasa memerintah Malaysia dari tangan UMNO, sebab itu kepimpinan parti SM46 berusaha mengadakan gabungan dengan parti-parti pembangkang yang lain seperti PAS [ Perpaduan UMMAH ], DAP, PRM, IPF dan PBS melalui Gagasan Rakyat. Dua pilihan raya ditempohi [ 1990 dan 1995 ], agenda tersirat untuk memerintah Malaysia tidak tercapai, maka untuk menjalani kehidupan berpolitik masa depan terpaksalah menjilat ludah kembali dan menebalkan muka masuk semula ke dalam UMNO.

 

Selepas pilihan raya  tahun 1999 dan memenangi semula kerusi parlimennya di Jelebu, beliau dilantik semula sebagan Menteri yang menjaga Hal Ehwal Undang-undang, tetapi amat malang bagi rakyat Malaysia, beliau tidak melaksanakan apa yang beliau tulis dalam tesis beliau yang bertajuk, “ Freedom Under Executif Power In Malaysia- A Study  In Executif Suprepacy “, malah beliau bermati-matian telah mempertahankan tindakan-tindakan kerajaan melalui undang-undang “draconian” yang menjadi tentangannya ketika beliau di luar kerajaan. Inilah manusia bernama Rais Yatim yang tidak ada prinsip dalam perjuangan politiknya, lebih mementingkan faedah diri sendiri bukan rakyat marhaen sepertimana yang beliau sering laung-laungkan semasa memimpin parti SM46 dulu. Boleh percayakah wahai ahli-ahli UMNO pemimpin seperti ini.

 

Merujuk balik wawancara beliau dengan MM pada 1.10.2000, beliau menyebut di kawasan-kawasan Melayu 90%, UMNO mengalami kekalahan dan PAS menang. UMNO hanya menang 4 kerusi sahaja di kawasan 90% Melayu, sedangkan PAS memenangi 27 kerusi, 198 kerusi DUN, boleh mengekalkan memerintah Kelantan dan menawan Terangganu. UMNO memperolehi 55.5% undi atau 3.16 juta dan PAS memperolehi 44.5% undi atau 2.53 juta. UMNO hanya menang di kawasan yang Melayunya di antara 50 – 60% dan di kawasan Melayunya di bawah 30%, semuanya disapu bersih oleh UMNO. Inilah yang menjadi formula yang digunakan oleh UMNO dengan mempergunakan SPR meminda persempadanan semula kawasan-kawasan baru pilihan raya, menambah bilangan kerusi yang UMNO kuat, memindah dan mencampuradukkan pengundi-pengundi dan tidak memberi pertambahn kerusi di kawasan-kawasan yang PAS kuat khususnya di negeri Kedah, Kelantan, Terangganu dan Perlis.

 

Dalam satu lagi analisa keputusan pilihan raya ini, Dr. Maznah Mohamad daripada Universiti Sains Malaysia (USM) menyebut bahawa selain dari kehilangan beberapa kerusi parlimen, UMNO juga juga kehilangan undi popular [Ahmad Lutfi Othman, RETAK, m.s 27]. Mengikut Dr, Maznah, pada kali ini di kawasan-kawasan pilihan raya yang majoritinya pengundi melayu, UMNO memperolehi 48.6% undi berbanding 60.8% yang diperolehinya pada pilihan raya tahun 1995. Merosot 8%. Manakala PAS, undi popular yang diperolehinya meningkat 18% di semua tempat yang ditandinginya. UMNO memperolehi  lebih kurang 1.9 juta undi berbanding tahun 1995 mendapat 2.0 juta undi, PAS pula memperolehi undi yang meningkat dari 433,454 tahun 1995 kepada 996,512 pada pilihan raya kali ini.

 

UMNO hanya selesa  bersama pengundi melayu Johor yang menyumbang sebanyak 71% undi. Jumlah ini 16.8% lebih tinggi daripada purata undi yang diperolehi oleh UMNO di semenanjung dan 13.5% lebih tinggi daripada undi yang diperolehi di sebuah negeri lain yang dikira negeri terbaik buat UMNO iaitu Negeri Sembilan. UMNO memperolehi 57.5% jumlah undi di Negeri Sembilan. Purata keseluruhan undi popular yang diperolehi oleh UMNO jatuh merosot seperti di Selangor dan Wilayah Persekutuan jatuh 24.4%, di Pulau Pinang 27.4% dan Pahang 15.8%. Sementara itu, pengaruh PAS telah merebak keluar dari Kelantan dan undi popular yang diperolehi oleh PAS ialah 41.5%. PAS dapat menawan Terangganu, meningkatkan bilangan kerusi di Kedah dan melebarkan pengaruh di Pahang, Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Jelas di sini bahawa pemenangnya ialah PAS, UMNO kalah. Kekalahan UMNO kemenangan Barisan Nasional (BN).

 

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE 10:

 

 

NEGERI

1995

1999

BILANGAN KERUSI UMNO

BILANGAN KERUSI UMNO

BIL  BERTANDING

 

MENANG

BIL BERTANDING

 

MENENAG

 

1.PERLIS

2.KEDAH

3.KELANTAN

4.TERANGGANU

5.P.PINANG

6.PERAK

7.PAHANG

8.SELANGOR

9.WP

10.NS

11.MELAKA

12.JOHOR

 

3

13

14

8

4

11

8

8

3

4

3

13

 

3

13

8

7

4

11

8

8

3

4

3

13

 

3

13

14

8

4

11

8

8

3

4

3

13

 

3

7

1

0

3

9

8

8

3

3

3

13

JUMLAH

92

87

92

60

 

 

KAWASAN UMNO TIDAK KEHILANGAN KERUSI, TETAPI HILANG MAJORITI

 

 

 

NEGERI

1995

1999

 

PENGURANGAN

 

PERATUS (%)

JUMLAH MAJORITI CALON UMNO

JUMLAH MAJORITI CALON UMNO

JOHOR

307,690

254,354

53,336

17.8

MELAKA

68,108

30,122

37,986

55.8

NS

62,684

31,835

30,986

49.2

PAHANG

102,892

28,973

73,919

71.8

SELANGOR

191,015

43,917

147,098

77.0

WP

60,249

8,640

51,609

85.7

JUMLAH

792,638

397,841

394,797

49.8

 

KAWASAN UMNO MENANG MAJORITI NIPIS

 

 

TEMPAT

 

MAJORITI KEMANGAN UMNO

 

BIL PENGUNDI MELAYU

BIL PENGUNDI BUKAN MELAYU

 

SHAH ALAM

1,440

56,586

36,882

 

BANDAR TUN RAZAK

1,224

31,728

27,688

 

TITIWANGSA

1,513

32,639

21,399

 

WANGSA MAJU

5,718

40,843

34,513

 

LEMBAH PANTAI

1,417

28,608

24,271

 

PEKAN

241

33,109

3,323

 

TEMERLOH

213

33,780

20,965

 

GOMBAK

2,803

55,780

18,396

 

BUKIT BENDERA

104

TIADA

TIADA

 

JELUTUNG

775

TIADA

TIADA

 

LUMUT

605

TIADA

TIADA

 

SABAK BERNAM

901

TIADA

TIADA

 

GOMBAK

803

TIADA

TIADA

 

 

PENGUNDI BERDAFTAR

PENGUNDI KELUAR MENGUNDI

 

PARLIMEN [%]

 

DUN [%]

 

 

 

 

9,200,000

 

 

 

 

6,667,567 @ 70%

BN  3,772,931 [56.5%]

2,941,812 [57.0%]

PAS 1,075,491 [16.1%]

1,336,742 [25.9%]

DAP   799,903 [11.9%]

564,750 [10.9%]

ADIL 752,295 [11.3%]

286,077 [5.5%]

PRM     68,645 [1.0% ]

17,998 [0.4%]

PBS   140,649 [2.1%]

-

STAR  23,354 [0.35%]

-

BEBAS 27,154 [0.4%]

6,627 [0.1%]

MDP       6,459 [0.1%]

5,629 [0.1%]

BERJASA 809 [0.01%]

-

AKIM     274 [0.004%]

72 [0.01%]

 

 

 

 

 

 PARLIMEN

 

BN  –  3,772,931 [56.5%]   UMNO -    +/- 900,000

BA  –  2,884,636 [43.5%]   PAS     -    +/- 1,075,491

 

 

DUN         

 

BN  –  2,941,812 [57.0%]   UMNO -     +/- 400,000

BA – 2,217,895 [43.0%]   PAS    -         1,336,742

 

DI Wilayah Persekutuan KL

 

BN  -  627,377 – 439,313 @ 70% - BN – 220,492

BA  –  216,829[+3,663]  

          [1995 - + 101,984]

 

PARLIMEN – PAS 27, UMNO 60 (1995 –92)    

DUN           - PAS 98, UMNO/BN 175 (1995 –231)

 

 

 

 

KESIMPULAN PILIHANRAYA KE 10 TAHUN 1999:

 

1. Sebahagian besar pengundi melayu tidak sokong umno lagi terutama di Kelantan [kekal], Terangganu [dapat ditawan], Pahang, Kedah, Perlis, Perak dan Selangor.

 

2 . Kemanangan umno dibantu oleh pengundi bukan melayu.

 

3.  Kemenangan  umno dibantu oleh media massa dan jentera-jentera kerajaan.

 

4.  Melalui teknik penipuan seperti yang yang dilaporan oleh BUDI sebuah NGO yang membuat pemantau pilihan raya tersebut, BUDI mendapati :

 

i.                     Laman web SPR terdapat no.KP palsu bersiri 1600001 hingga 1602000 [ 2000 orang membuang undi di SK Dato’ Wan Kemara, Changloon, Kedah di Parlimen Kubang  Pasu dan Tunjang.

 

ii.                   680,000 lebih tidak ada di daftar pengundi [ pengundi baru ], tetapi setengahnya dari jumlah ini di Wilayah Persekutuan KL ke pusat pengundian, nama mereka disenaraikan dan mereka boleh mengundi.

 

iii.                 Setengah nama pengundi hilang dan pengundi berkeras dan membuat bantahan, baru dikeluarkan disimpan di bawah meja.

 

iv.                  Mengundi bagi pihak orang lain.

 

v.                    Mengundi lebih dari sekali.

 

vi.                  Rasuah tidak perlu dihuraikan kerana kita semua sedia maklum. Rasuah politik sudah menjadi darah daging UMNO.

 

vii.                Undi pos pun tidak perlu dihuraikan kerana memang strategi UMNO untuk menang.

 

viii.              Peti undi dibuka lebih awal sebelum kedua-dua belah pihak bersedia untuk membuat perkiraan.

 

ix.                 25,875 orang yang sudah mati masih lagi ada di daftar pemilih.

 

x.                   Tidak ada rekod tarikh lahir sebanyak 4.9 juta pengundi.

 

xi.                 Pada bulan Mac 1999, terdapat seramai 100,000 orang pengundi mempunyai no.KP bertindih.

 

xii.               Orang yang berdaftar tidak ada nama dalam daftar pemilih, tetapi orang yang tidak mendaftar ada dalam daftar pemilih.

 

xiii.             Pendaftaran berganda yang berlaku di kalangan angota tentera lebih dari satu unit atau base seperti yang terdapat di Lumut, Perak, di KL dan di Labuan.

 

xiv.              Tentera bersara masih lagi ada nama dan mengundi secara pos.

 

xv.                Alamat tidak wujud seperti yang berlaku di Shah Alam, diberi alamat tanah perkuburan.

 

xvi.              No.KP dimiliki oleh lebih seorang.

 

xvii.            Nama yang terdapat di dalam daftar pemilih tidak munasabah terlalu asing nama-nama itu dalam budaya kita.

 

xviii.          Pemindahan pengundi dibuat sesuka hati.

 

xix.             Guna alamat orang lain.

 

xx.               Isteri dan keluarga anggota tentera mengundi secara pos.

 

 

Dalam menghadapi pilihan raya ke 11, UMNO mempunyai strategi lain pula untuk menang iaitu mempergunakan Jabatan Pendaftaran Negara untuk memindahkan nama-nama pengundi ke satu tempat khas supaya mereka ini boleh mengundi dan memenangkan calon berkenaan. Perkara ini didedahkan oleh Harakah cetak keluaran 1 – 15 Januari 2004 di mana ribuan rakyat Kedah yang umurnya dalam lingkungan 50an hingga 60an dibawa ke Daerah Pekan dengan alasan untuk meneroka tanah baru dan bersawah.

 

Harakah cetak keluaran 15 – 31 Januari 2004 turut memuatkan berita beribu orang [ berumur di antara 21 hingga 30 tahun] telah menyertai projek memindahkan alamat tempat tinggal mereka ke negeri Kelantan bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum akan datang. Kebanyakan mereka menukarkan alamat ke tiga kawasan parlimen di Kelantan, iaitu di Tanah Merah, Jeli dan Pasir Mas. Operasi ini berakhir menjelang 31.12.2003.

 

 

Semua kepimpinan PAS dan Keadilan perlu memberi perhatian yang serious terhadap perkara yang saya sebutkan itu. Ingat UMNO akan mengunakan apa sahaja cara halal atau haram untuk mengekalkan kuasanya. Sekarang UMNO dalam kelemasan, orang yang tercunggap-cunggap kelemasan akan mencapai apa sahaja untuk menyelamatkan diri. Pahala dosa tidak ada dalam kamus politik UMNO. Perlu bertindak merangka strategi menghadapi masalah ini. Tidak guna kita membuat persiapan rapi, tetapi kita alpa akan tipu muslihat UMNO. Ada yang boleh kita jangka, ada yang tidak boleh dijangka. Kita berserah dan berdoa kepada Allah SWT. Mereka merancang, sebaik-baik merancang ialah Allah SWT.

 

 

Melihat senario itu, UMNO terasa seperti cacing kepanasan. Bungkam. Beberapa pemimpin UMNO membuat seruan supaya parti itu membuat pembaharuan dan termasuklah menukar pemimpin. Salah seorang pemimpin itu ialah Dato’ Dr. Affifuddin Haji Omar, bekas Timbalan Menteri dan juga bekas wakil rakyat parlimen Padang Terap, Kedah. Beliau membuat komen dalam satu wawancara dengan Berita Minggu selepas pilihan raya, secara bidasan beliau menyatakan bahawa dalam masa kita mengharapkan sokongan rakyat, tetapi pada masa yang sama kita tertalu banyak membuka gelanggang bermusuh dengan semua orang.

 

Saya rasa komen beliau ini ditujukan kepada Mahathir Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO ketika itu. Semua kita sedia maklum, Mahathir ketika di ambang dan semasa berkempen pilihan raya itu, beliau bermusuh dengan semua lapisan masyarakat melayu dari professor dan pensyarah universiti sehinggalah ke petani dan nelayan di kampung-kampung. Paling popular yang selalu disebutnya di mana beliau pergi ialah melayu tidak tahu bersyukur dan berterima kasih’ terhadap pemberian kerajaan pimpinannya. Natijah dari tindakannya itu terutama cara beliau mengendali kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim [DSAI] telah membangkitkan kemarahan orang melayu Islam dan hasilnya kebanyakan orang melayu tidak menyokong UMNO pada pilihan raya itu.

 

UMNO mula menyusun strategi untuk menawan kembali hati orang melayu yang kecewa dengan stail pemerintahannya. Mengikut pandangan Dato’ Kamarudin Jaffar [Ahli Parlimen Tumpat] dalam bukunya yang bertajuk ‘Pilihan Raya 1999 dan Masa Depan Politik Malaysia, beliau berpendapat bahawa sekurang-kurangnya UMNO/BN ada dua cara untuk menyekat kemaraan PAS/BA. Pertama katanya ialah melalui cara-cara ideologi dan pemikiran dan kedua melalui teknikal dan undang-undang.

 

Dalam penulisan ini, saya suka mengaplikasikan pendekatan yang digunakan Kamurudin untuk melihat kekalutan dan gelagat UMNO dalam usahanya untuk mengekalkan kuasa. UMNO mula bertindak. Strategi telah berubah dari defensif [bertahan] kepada offensif[menyerang]. UMNO memperkuatkan jentera propagandanya melalui penguasaan sepenuhnya media cetak dan media elektronik. Dalam masa yang sama UMNO melalui kuasanya di KDN telah bertindak mengharamkan semua penerbitan yang condong ke arah pembangkang atau tulisan-tulisan yang mengkritik kerajaan pimpinan UMNO. Majalah Detik dan Wisalah [ kepunyaan Ahmad Lutfi Othman diharamkan ], akhbar-akhbar tabloid yang berkecuali juga turut menerima nasib yang sama seperti akhbar tabloid Eksekutif turut diharamkan pengedarannya. Penerbitan atau tulisan-tulisan yang tidak sealiran dengan pendapat kerajaan disekat dan dirampas di pasaran sehingga penerbit dan pekedai takut untuk menjual penerbitan-penerbitan seperti ini.

 

Malah, akhbar lidah rasmi PAS iaitu Harakah juga mengalami nasib yang malang. Kekerapan penerbitannya dikurangkan dari 2 keluaran dalam seminggu dihadkan kepada 2 keluaran sahaja dalam sebulan. Ini melambangkan ketakutan UMNO terhadap laporan-laporan cerita benar mengenai penyelewengan-penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Kalau dibiarkan kebebasan media, kerajaan UMNO/BN akan tumbang kerana kerja-kerja jahat yang dilakukan selama ini akan diketahui oleh rakyat dan pasti pada pilihan raya akan datang rakyat akan menolak UMNO/BN. Oleh itu, semua saluran hendaklah disekat dan ditutup. Rakyat akan disogok dengan maklumat dari sebelah pihak sahaja. Biar rakyat semua tolol. Bila rakyat tolol, senanglah UMNO untuk memperkudakan mereka bagi kepentingan diri masing-masing.

 

UMNO menguasai sepenuhnya badan penyiaran Radio dan Telivisyen Malaysia (RTM) dengan membawa masuk Dato’ Zainudin Maidin [ZAM] ke dalam karbinet melalui pintu belakang[dilantik Senetor dulu]  dan ditempatkan di RTM, mula-mula sebagai Setiausaha Parlimen kemudian di angkat sebagai Timbalan Menteri Penerangan. Disinilah tempatnya beliau merancang dan melaksanakan strategi propaganda seperti yang dikatakan oleh Kamarudin Jaffar tadi. Zam sebagai seorang wartawan yang sepanjang hidupnya membenci PAS mula mengunakan Teori Propaganda Geobbel dalam menjalankan peranan penyebar maklumat PAS kepada rakyat. Berdasarkan teori ini setiap pembohongan yang dilakukan hendaklah diulang-ulang setiap hari dan dipropagandakan pembohongan itu sehingga rakyat percaya dan yakin bahawa cerita itu benar.

 

Zam sebagai wartawan percaya sungguh-sungguh akan kebenaran teori ini. Teori ini diambil dari seorang Menteri Propaganda German di zaman Nazi yang bernama Joseph Geobbles yang dilantik khas oleh Adolf Hitler bagi mencipta ‘pembohongan’ untuk mempengaruhi rakyat German supaya terus menyokong Hitler. Geobbles adalah seorang yang pintar. Petah bercakap dan cekap mereka-reka cerita karut. Kerjanya setiap hari ialah mencipta pembohongan dan mengerahkan orang-orangnya mempropagandakan pembohongan tersebut sehingga rakyat percaya dan yakin bahawa cerita itu benar.

 

RTM mulalah menjadi alat UMNO menjual ideologi kepada rakyat dan memperkecil dan memperlekehkan PAS. UMNO telah mempergunakan segala jenis manusia dari kalangan ulama, cendiakawan, budayawan sehinggalah ke rakyat bawahan yang tidak tahu apa-apa. PAS diserang disetiap sudut, tetapi segala penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin-pemimpin UMNO tidak disentuh langsung seolah-olah UMNO itu sebagai sebuah parti politik yang suci bersih tidak ada setitik dosa ke atasnya. Perkataan yang keluar dari pemimpinnya terutama Mahathir seolah-olah wahyu yang tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Rakyat mesti menerimanya.

 

Isu kafir mengkafir ditimbulkan semula oleh Zam.  RTM memutarkan balik ‘Isu Amanat Haji Hadi’ mulai dari 1 April 2001 sehingga 1 Mei 2001 [ 1 bulan dimainnya isu ini] dihentikan apabila taun menyerang Meru, Klang, Petaling Jaya dan di Kuala Selangor di negeri Selangor. Ucapan biasaTuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang diangkat taraf sebagai ‘Amanat Haji Hadi’. Sebenarnya isu ini timbul ekoran dari ucapan Haji Hadi pada 7 April 1981 di Bonggol Peradung, Kuala Terangganu. Acapkali Haji Haji menjelaskan bahawa beliau tidak pernah menyatakan UMNO itu kafir. Cuma beliau menjelaskan batas-batas iman dan kafir yang terdapat dalam ajaran Islam, tetapi amat malang apabila Haji Hadi mengajak ulama-ulama UMNO supaya bermuzakarah tentang isu ini, tidak seorang pun yang sudi menyahut cabaran beliau. Matlamat UMNO hanyalah untuk memburukkan keperibadian Haji Hadi sebagai seorang pemimpin Gerakan Islam [PAS] yang juga sebagai Menteri Besar Terengganu yang disegani oleh rakyat. Itu sahaja, bukan untuk mencari kebenaran.

 

Isu Memali juga turut diputarkan kembali dalam strategi perang ideologi untuk memenangi hati rakyat khususnya orang melayu Islam. Klip video ini mula ditayangkan di tv 1 mulai awal Mac 2002 hingga 2 April 2002, makan masa lebih kurang dua bulan. Pagi petang siang malam, klip ini diulang tayang dengan tujuan untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa PAS mengamalkan keganasan, satu istilah yang digeruni oleh orang Islam sendiri apalagi orang-orang bukan Islam, khususnya negara-negara barat seperti Amerika Syarikat(AS). Selepas tragedy 11 September 2001, AS mengambil tindakan memerangi apa yang dinamakannya ‘ keganasan antarabangsa’.

 

UMNO mengambil kesempatan ini untuk menentang keganasan kononnya. Ditunjuklah klip video ini bagi mengambarkan PAS mengamalkan keganasan untuk mendapatkan kuasa. Amat malang bagi UMNO, strateginya tidak menjadi. Rakyat yang tidak jelas tentang isu ini, klip yang siarkan berulang-ulang kali ini tolong menjelaskan kepada rakyat siapa yang sebenarnya yang ‘ganas’ . Ustaz Ibrahim Libya yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah, tetapi tindakan yang diambil oleh UMNO membayangkan beliau adalah penjenayah besar negara ini melebihi Botak Chin. Walhal, Ustaz Ibrahim dan anak buahnya hanya dikehendaki kerana ia dikatakan seperti biasalah sesiapa yang melawan UMNO dianggap ‘ mengancam keselamatan negara’ dan perlu ditahan di bawah ISA.

 

Keenganan Ustaz Ibrahim menyerah diri menyebabkan madrasahnya dikepung, dia dihujani dengan peluru M16 dan kereta-kereta perisai polis serta lain-lain pasukan keselamatan. Sedangkan banyak cara lain boleh dilakukan oleh UMNO untuk menantangani masalah ini. Jadi,  siapa yang ganas. Apabila isu ini tidak dapat mempengaruhi sebahagian besar rakyat, maka UMNO telah mempergunakan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk memberhentikan tayangan klip video ini dan menghalang mana-mana pihak bagi mengungkitkan kembali kisah Memali ini.

 

Soalnya kenapa dibiarkan UMNO memperkudakan RTM selama hampir dua bulan menyiarkan klip video Memali ini, tiba-tiba apabila PAS yang diketuai oleh Allahyarham Dato’ Mohd.Fadzil Noor hendak mengadakan ‘road show’ menjelaskan kepada rakyat duduk perkara sebenar kisah Memali ini, Majlis Fatwa mengeluarkan arahan supaya peristewa ini tidak perlu dibincangkan lagi. Tahukah kita bahawa kes Memeli ini masih lagi dalam perbicaraan. Penayangan klip video ini terang-terang menghina mahkamah dan dan boleh diambil tindakan undang-undang terhadap RTM dan kerajaan, tetapi semuanya telah menjadi ‘ barua’ , maka perbuatan kurang ajar ini dibiarkan tanpa sebarang tindakan. Perbicaraan kali pertama diadakan pada 9 Julai 1996 dan sudah sembilan kali ditangguhkan dan kita mejangkakan kes ini tidak akan selesai selagi UMNO masih berkuasa.

 

 

Zam melalui RTM tidak berhenti setakat itu sahaja, RTM 1 dan 2 pada 21 Disember 2001 telah menyiarkan satu rencana 90 minit mengambarkan PAS dan BA sebagai ‘ Taliban Malaysia’. Siaran ini sekali lagi melanggar undang-undang peraturan kempen pilihan raya dan boleh diambil tindakan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Ini kerana pada masa itu, kempen pilihan raya kecil Indera Kayangan, di Perlis sedang rancak berjalan. Klip video rencana ini terus dimainkan sehingga hari khamis 10 Januari 2002 yang mana hari pembuangan undi ialah pada 19 Januari 2002. Klip video ini disiarkan menyerang PAS [sebenarnya bukan PAS yang bertanding, tetapi Keadilan] yang kononnya PAS mendiskriminasikan wanita [merujuk dasar wanita Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu ditonjolkan].

 

Keadilan dituduh menimbulkan keadaan huru-hara, ditayangkan aksi-aksi emosinal demontrasi pada tahun 1998 – 2001 dan diselang seli dengan keadaan demontrasi di Indonesia. Ditunjukkan juga gambar Fadzil Noor dan Nik Aziz yang hadir di muktamar PAS dan diselang seli dengan tayangan kekacauan dan huru-hara serta seorang wanita yang dihukum di padang bola oleh pihak berkuasa Taliban. Rencana ini berakhir dengan berkata “ anda tentu tidak mahu sebuah kuasa asing datang untuk mengebom negara ini bagi membebaskan wanita dan rakyat yang tertekan dan tertindas oleh golongan militan”.  Malangnya SPR mendiamkan diri. Memekakkan telinga dan membutakan mata. SPR tidak menunjukkan kewibawaannya sepertimana yang ditunjukkannya dalam pilihan raya kecil Pendang dan Anak Bukit. SPR garang membelasah pembangkang terutamanya PAS kerana berkempen secara ganas dan tidak beretika. UMNO saja yang beretika dan bermoral. Bagaimana dengan pilihan raya kecil di Indera Kayangan, Perlis. 10 laporan polis di buat, sekat ceramah oleh UMNO/BN, mengepong, mengugut, memukul dan meosakkan harta benda pembangkang, SPR sunyi sepi kerana yang kena itu ialah pembangkang, tetapi kalau kena batang hidung UMNO riuhlah sedunia. Tenguk apa terjadi selepas pilihan raya kecil di Pendang dan Anak Bukit, habis undang-undang kesalahan pilihan raya dipinda dengan tujuan untuk menyekat kemaraan pembangkang. Dengan menyusahkan PAS/BA saja ikhtiar yang ada untuk memberi laluan mudah kepada UMNO untuk memenangi pilihan raya dan terus mengekalkan kuasa.

 

Sebelum Zam meninggalkan RTM mulai bulan Febuari 2004 ini kerana tamat tempoh dua penggal sebagai senator, beliau telah memulakan siri baru iaitu “ Wajah Sebuah Parti Politik “ yang dituju khas buat PAS. Sebenarnya dua wajah yang cuba digambarkan oleh Zam ini adalah gambaran keperibadian beliau yang sebenar. Wajah pertama, pembohongan beliau yang beliau tidak berminat berpoliti dan wajah kedua dia mula melobi untuk menjadi wakil rakyat.Seorang yang gila pangkat dan kedudukan. Orang Merbuk semuanya meluat melihat muka mamak yang hipokrit ini. Dulu dia dipecat dari Utusan kerana mengkritik Mahathir berbahasa Inggeris di persidangan NAM di Indonesia, tetapi dialah yang mengagung-agungkan penggunaan bahasa Inggeris dalam kehidupan harian rakyat Malaysia dan dalam system pendidikan kita. Kebencian rakyat Merbuk terhadap beliau ditunjukkan dalam satu mesyuarat Bahagian, AJK Bahagaian Merbuk telah mencalon Adzmi danTajul Arus Md.Zain sebagai calon pilihan raya akan datang. Itu tandanta orang meluat . Zam bukan faham tanda-tanda itu.

 

Sebelum dari itu, RTM terus memainkan peranannya untuk menghina, memperlekeh dan menjatuhkan kredibiliti pemimpin-pemimpin PAS khususnya Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul AM PAS. Klip-klip video ceramah Nik Aziz dipotong-potong dan disiarkan. Timbullah cerita-cerita seperti tuhan mencarut, tuhan samseng, isu barua, Kelantaan Gerhana dan sebagainya lagi. Rakyat tidak tahu hujung pangkal dakwaan tersebut. Inilah matlamat Zam untuk mengelirukan rakyat supaya membenci PAS dan menyokong UMNO yang di dakwa kononnya UMNO itu bersih, bersikap rasional dan bertolerensi serta mementingkan pembangunan dan keamanan untuk rakyat pelbagai kaum di negara ini.

 

Dakyah UMNO ini rupa-rupanya termakan oleh DAP. UMNO mengeksploit isu negara Islam yang menjadi agenda dan perjuangan PAS. UMNO mendakwa persongkolan DAP dengan PAS menyebabkan pengeruhi DAP merosot teruk di kalangan orang cina pada pilihan raya ke 10 yang lalu. Pemimpin utama DAP, Lim Kit Siang dan Karpal Singh kalah dalam pilihan raya tersebut menyebabkan jawatan Ketua Pembangkang Parlimen yang dipegangnya selama 30 tahun jatuh ke tangan Dato’ Fadzil Noor. Ini amat mengecewakan DAP.

 

Lim dan Karpal mula bertindak menyerang PAS dan media terutama Utusan Malaysia memberi ruang yang cukup luas kepada Karpal untuk memhentam PAS. Pelbagai usaha dilakukan oleh Presiden PAS Dato’ Fadzil sehingga sanggup menangguhkan dulu matlamat penubuhan sebuah Negera Islam, yang lebih penting ketika ini menurut Fadzil ialah menumbangkan kerajaan pimpinan UMNO yang zalim, rasuah, menyeleweng menyalahguna kuasa untuk kepentingan diri dan kroni. Begitu juga Presiden Keadilan Datin Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden PRM Dr.Hussein Ali berusaha untuk menyelamatkan pakatan dalam BA. Gabungan BA ini kuat terbukti dalam pilihan raya yang lalu dalam formula satu lawan satu dengan UMNO/BN di semua tempat pilihan raya yang diadakan. Inilah matlamat utama UMNO untuk menghancurkan gabungan ini dengan mengadakan adu domba.

 

 

Mahathir sendiri pada 7 Julai 2001 (UM,8 Julai 2001) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dalam ucaptamanya di Konvensyen BN Keempat, beliau menuduh BA adalah satu pakatan pembangkang tiruan. Dalam ucapan itu, beliau menuduh PAS memperkudakan DAP sehingga masyarakat Cina menolak parti itu dalam pilihan raya 1999. Beliau juga menuduh PAS dan DAP memperalatkan parti Keadilan untuk kepentingan parti masing-masing. Akhirnya pada pilihan raya Sarawak pada tahun 2001, DAP secara rasmi keluar dari pakatan BA dengan 13 undi menyokong, 2 menentang, 3 berkecuali dan 9 tidak hadir dalam mesyuarat Jawatankuasa DAP Pusat seramai 27 ahli.

 

Apabila pelbagai tindakan strategi pertama diambil tidak berkesan,maka strategi kedua iaitu melalui cara-cara teknikal dan undang-undang mula dilaksanakan sedikit demi sedikit. Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa PAS dan rakan-rakan BAnya seperti Keadilan, sering mengadakan ceramah-ceramah untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat bagi menjawab tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh UMNO melalui media massa yang dikuasainya, maka ceramah-ceramah seperti ini mesti diadakan untuk menjawab balik tuduhan-tuduhan tersebut menjelaskan kepada rakyat terhadap isu-isu yang diputarbelitkan oleh UMNO.

 

PAS dan Keadilan berkerjasama rapat mengadakan ‘road show’ ceramah-ceramah  di seluruh pelusuk negara tanpa mengenal penat lelah. Sambutan orang ramai sangat mengalakkan. Kadang-kadang dalam sesuatu ceramah itu dihadiri beratus ribu orang seperti peristewa yang berlaku pada 5 November 2000 di mana hampir 100,000 orang menghadiri majlis anjuran parti Keadilan di Kebun Bunga, Kelang yang mana polis bertindak ‘brutal’ dalam usaha menyuraikan perhimpunan tersebut. Begitu juga, polis mengambil tindakan ‘brutal’ untuk menghalang ceramah PAS di kampung Malau, Jitra, Kedah pada 14 Febuari 2001 dan ceramah Haji Hadi dan Mohamad Sabu di Sabak Bernam pada 17 Febuari 2001 dan banyak lagi tempat-tempat yang diadakan ceramah diganggu oleh pasukan polis. Permit untuk megadakan ceramah mula sukar untuk diluluskan sehinggalah pada 1 Julai 2001 ceramah-ceramah umum di tempat awam diharamkan.

 

Walaupun ceramah umum di tempat awam diharamkan oleh UMNO, namun PAS terus membuat ceramah-ceramah di markasnya sendiri. Hanya ceramah-ceramah seperti ini sahaja yang menjadi media penting untuk menyampaikan maklumat dan isu-isu semasa kepada rakyat.  Mengikut undang-undang, menganjurkan ceramah di primis sendiri tidak perlu permit, tetapi polis terus bertindak ganas dan ‘brutal’ terhadap penceramah dan juga orang yang hadir mendengar ceramah. Mereka disembur dengan gas pemedih mata, dipukul, ditangkap, didakwa di mahkamah dan dihukum.

 

Dalam tempoh 1 Julai 2001 (tarikh ceramah diharamkan) hingga 25 Ogos 2001, di Johor sahaja (di negeri UMNO kuat) seramai 147 orang pemimpin dan penyokong PAS ditangkap dan didakwa di mahkamah. Di Kedah berlaku satu peristewa yang amat melucukan di mana pihak polis membakar trak polis sendiri bagi menunjukkan kepada masyarakat bahawa PAS itu ganas. Peristewa ini berlaku di Kampung Kubang Bok, Kuala Ketil pada 10 Febuari 2002. Polis pelbagai unit Unit Simpanan Persekutuan (FRU), Pasukan Gerak AM (PGA), Cawangan Khas, polis  trafik mengepung kawasan kebun getah dan ladang kelapa sawit di sekeliling kawasan ceramah, mengempor kawasan itu dengan melepaskan gas  pemedih mata, mengejar, menangkap dan memukul hadirin yang bertempiaran lari menyelamatkan diri akibat gas pemedih mata. Dato’ Nik Aziz terpaksa di bawa lari dari kepungan polis.

 

OCPD Baling, Supt.Hassan Ismail mendakwa dia dilempar dengan palastik yang diisi dengan cuka getah yang menyebabkan badannya gatal-gatal. Pas Kedah yang diketuai oleh Fadzil telah membuat laporan polis Di Ibu Pejabat Polis Alor Setar, sehingga kini siasatan belum selesai lagi. Ceramah PAS di Markas PAS Kubang Rotan pada 11 April 2002 juga turut diceroboh oleh pihak polis dan laporan polis juga dibuat oleh Ketua Pemuda Pas Kuala Kedah Mohd.Nasir Mustafa dan menyaman Ketua Polis Kota Setar, Ketua Polis Negara dan Kerajaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar pada 30 April 2002 jam 9.30 pagi turut  mengalami nasib yang sama, penyiasiatan tidak selesai-selesai sehingga kini.

 

Semua pemimpin tertinggi PAS seperti  Dato’ Fadzil, Haji Hadi, Nik Aziz sukar untuk mengadakan ceramah secara terbuka kadang-kadang diprimis sendiri pun kena kacau oleh pihak polis, malah Mohamad Sabu di dakwa di mahkamah dan kesnya masih lagi dibicarakan kerana mengadakan ceramah tanpa permit di Negeri Sembilan.

 

Perlu diingat bahawa satu peristewa penting berlaku sebelum peristewa pengharaman ceramah ini dikuatkuasakan dan ada hubungkait dengan peristewa-peristewa yang berlaku seterusnya dalam iklim politik Malaysia yang tidak demokratik. Peristewa itu ialah peristewa rampasan senjatadi dua kem tentera iaitu di kem tentera Sungai Rui, Grik[ pukul 2.15 pagi] dan kem Infantri Askar Wataniah Batalion 304 [pukul 4.15 pagi] yang jaraknya hanya 1 KM dari IPPD Grik, Perak yang berlaku pada 2 Julai 2000. Perampas ini hanya mengambil masa antara 20 – 30 minit sahaja untuk merampas senjata di kedua-dua kem tersebut menyamar sebagai tentera.

 

Matlamat peristewa ini adalah untuk mengaitkan peristewa ini dengan  Tragedi Memali yang berlaku pada 19 November 1985 akibat dari ajaran sesat (seperti yang disebut-sebutkan oleh media) yang dianuti oleh Kumpulan Ustaz Ibrahim Libya dengan Kumpulan Al- Maunah. Mereka ini sanggup bertindak ganas untuk mencapai cita-cita mereke. Gerakan Islam khususnya PAS dikaitkan secara tidak langsung melalui ulasan dan laporan yang dibuat oleh media massa. Contohnya, The STAR pada keluar 7 Julai 2000 menyiarkan cerita dari sepupu Kapten Amin ( orang yang terlibat dalam kes ini) bahawa tragedy Memali yang berlaku pada tahun 1985 itu telah memberi kesan yang mendalam kepada diri beliau sebelum menjuruskan diri ke alam silat kerohanian. Diberitakan juga bahawa Kapten Amin ini pernah menuntut di Pondok Lanai, Parit Panjang yang tidak jauh dari pusara Ustaz Ibrahim dan pengikut-pengikutnya disemadikan di situ.

 

Ekuran dari peristewa ini, beberapa peristewa seperti rompakan bank bersenjata kerap kali berlaku. Kejadian menyerang dan mencuri senjata di balai-balai polis semakin menjadi-jadi. Kejadian pembunuhan ADUN Lunas, Dato’ Dr. Jeo Fernandez yang juga seorang EXCO Kerajaan Negeri Kedah turut memberi sumbangan kepada UMNO untuk meneruskan tindakan jahatnya untuk menghalang ceramah dan perhimpunan aman kerana dikatakan mengugat keselamatan Negara.

 

Tujuan UMNO mempergunakan polis untuk menghalang ceramah PAS ialah pertama, untuk menyekat sumber kewangan PAS. Pas di mana-mana majlis yang dianjurkannya diadakan kutipan wang. Kutipan wang dalam sesuatu majlis ceramah kadang-kadang mencecah ratusan ribu. Apabila ceramah ini diharamkan, maka sumber pendapatan PAS terhenti dan ini menyukarkan PAS untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti parti. Kedua, menghalang PAS/BA menjelaskan isu-isu rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh UMNO/BN kepada rakyat. UMNO/BN takut rakyat percaya dengan  dakwaan pembangkang yang boleh menimbulkan kebencian rakyat terhadap UMNO dan kerajaan. Oleh itu, pengharaman ceramah-ceramah ini mesti dilakukan bagi mengelak menyaluran maklumat benar ke pengetahuan rakyat. Sedangkan, pada yang sama UMNO melipatgandakan propagandanya melalui media massa yang dikawalnya menyebarkan dakyah memburuk-burukkan PAS/BA ke tengah-tengah masyarakat tanpa boleh dijawab balik oleh PAS/BA.

 

Sementara itu, PAS dan Keadilan terutama Ketua Pemudanya Saudara Ezam Mohd.Noor terus mengadakan road shownya ke seluruh negara menerangkan isu-isu semasa dan juga penyelewengan-penyelengawan dan menyalahgunakuasa yang dilakukan oleh UMNO. Ezam bersama-sama dengan Saudara Mahfuz Omar berganding bahu menjelajah seluruh Negara berceramah menerangkan kepada rakyat tentang penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin UMNO/BN. Beberapa kali Ezam ditangkap, didakwa dan dibebaskan. Pernah Ezam ditangkap pada malam hari raya haji pada tahun 2000 akibat kenyataannya yang disiarkan oleh media yang menyebut bahawa beliau akan mengerakkan rakyat supaya mengadakan demontrasi untuk mengulingkan kerajaan yang zalim. Laporan polis dibuat oleh seorang EXCO Pemuda iaitu Alwi Zulkifli dan polis sendiri membuat laporan dan Ezam terus ditangkap dan didakwa di bawah Akta Hasutan.

 

Asakan demi asakan yang dibuat oleh Ezam dan rakan-rakannya, maka melalui ‘Operasi Omega’ Ezam sekali lagi ditahan dan kali ini ditahan di bawah  ISA, diikuti Tian Chua, Haji Shaari Sungib, Hishamudin Rais dan N. Gobalakrisnan pada 10 April 2001. Raja Petra Kamarudin dan Abdul Ghani Harun pada 11 April 2001. Dr.Badrul Amin Baharom pada 20 April 2001 dan Lokman Nor Adam pada 24 April 2001. Semua mereka tuduh mengugat keselamatan Negara dengan mengadakan cerita bahawa mereka sedang menyiapkan senjata untuk mengulingkan kerajaan secara kekerasan. Berlainan sekali, apabila mereka ini membuat affidavit menyatakan polis tidak pernah menyoal mereka mengenai senjata yang mereka simpan yang akan digunakan untuk mengulingkan kerajaan, sebaliknya mereka disoal-siat berkaitan operasi parti Keadilan, perkembangan parti-parti pembangkang, Anwar Ibrahim dan lain-lain lagi.Tidak dibangkitkan langsung sebab-sebab menahan mereka seperti yang dihebohkan oleh Ketua Polis Negara, Tan sri Norian Mai. Beberapa orang aktivis NGO dan pelajar turut ditahan dan dibebaskan. Sebelum itu, berpuluh pemuda telah ditahan di bawah ISA termasuk anak MB Kelantan Nik Adli yang dikatakan terlibat dengan Kumpulan Militan Malaysia[ sebelum itu mereka yang ditahan ini dituduh melibatkan diri dengan kegiatan Kumpulan Mujahidin Malaysia, tetepi perkataan Mujahidin memberi makna perjuangan yang suci dan boleh menarik perhatian orang ramai memberi sokongan moral, maka perkataan Mujahidin ditukar menjadi Militan ] untuk mengulingkan kerajaan juga secara kekerasan dan menubuhkan Kerajaan Islam di Alam Melayu ini.Semua mereka yang ditahan ini dihantar ke Kemunting untuk menjalani hukuman selama 2 tahun, kecuali Raja Petra Kamarudin dibebaskan setelah ditahan selama 52 hari dan Ghani [45 hari ditahan] dan Gobalakrisnan [50 hari ditahan] dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 30 Mei 2001. Hakim Dato’ Hishamudin Mohd.Yunus turut memberi amaran kepada pihak polis supaya mereka ini tidak ditahan semula dalam tempoh 24 jam. Dalam penghujahan penghakimannya, beliau berkata bahawa ISA sudah tidak releven lagi untuk digunapakai pada hari ini dan beliau menyarankan agar akta ini dikaji semula. Komen Hakim mendapat reaksi negatif daripada pemimpin-pemimpin UMNO haprak seperti Rais Yatim yang mengatakan Hakim itu tidak berhak untuk membuat saranan seperti itu.

 

Ezam, Tian, Shaari, Raja Petra dan Hishamudin membuat ‘habeas corpus’ di Mahkamah Tinggi dan sepertimana biasa Hakim S.Augustine Paul pada 25 April 2001 menolak habeas corpus mereka dengan 3 alasan, iaitu pertama beliau berpuas hati kerana peguam-peguam tahanan gagal membuktikan Ketua Polis Negara [KPN] berniat jahat menangkap mereka [ undang-undang biasa (rule of law) beban bukti jatuh kepada Pendakwa Raya, tetapi dalam kes ISA pihak kena tahan perlu membuktikan]. Kedua, beliau bersetuju dengan pandangan Tan Sri Abdul Ghani Patail (Peguam Negara) bahawa KPN telah menjelaskan sebab-sebab penahanan mereka dalam media dan dalam mahkamah mereka boleh bersoal balas]. Ketiga, beliau berpendapat tidak ada unsur ‘mala fide’ kerana orang yang ditahan mengugatkan keselamatan negara dan patut kena ISA dan tidak boleh ‘ judicial review’ [ undang-undang Nazi dan apartheid itu juga sah, tetapi macamana dari segi moral dan keadilan].

 

Kelima-lima mereka ini tidak berpuas dan membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan [MP]. MP bersidang mendengar rayuan mereka ialah Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaidin Abdullah, Ketua Hakim Malaya Tan Sri Wan Adnan Ismail ( kemudian meninggal dunia pada 12 November 2001), Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim dan Hakim MP Dato’ Abdul Malek Ahmad dan Dato’ Siti Normah Yaakob. MP pada 6 September 2002 telah membuat keputusan sebulat suara bahawa penahanan mereka dalam masa 60 hari itu tidak sah dan tidak mengikut undang-undang dan pihak polis berniat jahat [ mala fide ] terhadap mereka yang ditahan itu.

 

Malangnya, pihak MP tidak mengeluarkan arahan untuk membebaskan mereka. KDN telah mengeluarkan araham untuk meneruskan penahanan mereka di Kemunting. Pada 16 September 2001, Bahirah Tajul Arus ( isteri Ezam) dan Aliza Jaafar ( isteri Shaari) telah membuat laporan polis di balai polis Dang Wangi terhadap KPN dan kerajaan kerana pihak polis berniat jahat menahan suami-suami mereka dan sehingga sekarang laporan tersebut hilang begitu sahaja.

 

Ezam, Tian, Shaari dan Hishamudin telah dibebas dari tahanan ISA tanpa syarat pada 1 Jun 2003 dan Dr, Badrul Amin dan Lokman dibebaskan pada 12 Jun 2003. Pihak berkuasa berusaha tidak membenarkan Ezam dibebas melalui ikat jamin kerana dihukum 2 tahun penjara atas kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) membocorkan kes rasuah Rafidah aziz dan Abd.Rahim Tambi Chik, tetapi Hakim K.N Segara menolak permohonan Tun Majid Tun Hamzah. Timbalan Pendakwa Raya yang mahu Ezam ditahan kerana pada pendapat Hakim Segara Ezam memenuhi syarat-syarat untuk dibebaskan melalui ikat jamin. Ezam diikat jamin sebanyak RM20,000.00 dan dibebaskan pada 10 Jun 2003.

 

Seperkara lagi dilakukan secara teknikal dan undang-undang oleh UMNO ialah persempadanan semula kawasan pilihan raya yang baru sahaja diluluskan oleh parlimen pada 9 April 2003. Dalam persempadanan semula itu, negeri-negeri yang PAS mempunyai pengaruh yang kuat di kalangan rakyat seperti di Terangganu, Kelantan, Kedah dan Perlis tidak ada pertambahan kerusi parlimen langsung. Bagi negeri-negeri UMNO kuat, pertambahan kerusi berlipat ganda tidak mengikuti formula yang ditetapkan oleh Perlembagaan.

 

Persempadanan semula itu di lihat untuk memperkukuhkan kedudukan UMNO. Negeri-negeri yang dikuasai oleh PAS seperti Kelantan dan Terangganu tidak ditambah sebarang kerusi parlimen dan DUN, kecuali negeri Kelantan mendapat tambahan  dua kerusi DUN di Gua Musang dan di Jeli. Di negeri- negeri lain yang pengaruh PAS kuat seperti di Kedah dan Perlis tidak mendapat sebarang tambahan kerusi baik parliman atau kerusi DUN. Persempadanan semula itu membabitkan pertambahan kerusi parlimen sebanyak 25 kerusi, dari 194 menjadi 219 kerusi, manakala DUN bertambah sebanyak 63 kerusi, dari 442 kerusi sekarang menjadi 505 kerusi. Negeri-negeri yang UMNO kuat pertambahan kerusi sangat banyak seperti di Johor 6 parlimen dan 14 DUN, Selangor 5 parlimen dan 6 DUN, Sabah 5 parlimen dan 12 DUN, Pahang 3 parlimen dan 4 DUN, Pulau Pinang 2 parlimen dan 5 DUN, Perak 1 parlimen 7 DUN, Negeri Sembilan 1 parlimen 4 DUN, Melaka 1 parlimen 3 DUN, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga turut mendapat 1 parlimen baru dan di Sarawak kekal tidak berubah 28 parlimen dan 62 DUN.  Dalam pada itu, di Kedah yang tidak mendapat pertambahan kerusi, pengundi-pengudi pula diubahsesuai seperti yang berlaku di Parlimen Pokok Sena dan Parlimen Kuala Kedah. Persempadanan ini menjadi bukti bahawa SPR menjalankan tugas atas arahan UMNO, suara melayu dikurangkan [kerana banyak pengaruh PAS) dan tingkatkan suara orang bukan melayu yang akan menyokong UMNO. Maka, dengan itu harapan UMNO dapat mengekalkan kuasa dengan undi orang bukan melayu seperti yang terjadi pada tahun 1999.

 

 

SPR telah dijadikan batu loncatan oleh UMNO. Ini terbukti semasa kempen pilihan raya kecil yang berlaku di Indera Kayangan, di Perlis dan pilihan raya kecil di Parlimen Pendang dan DUN Anak Bukit. Kempen yang UMNO lakukan sangat dashat, ala samseng dan brutal. Di Indera Kayangan contohnya, 10 kes melibatkan kecederaan dan kerosakan harta benda pihak pembangkang [PAS dan Keadilan] telah dilaporkan kepada pihak polis, tetapi  sehingga kini satu pun tidak disiasat dan diambil tindakan. Satu kes yang amat mencemarkan amalan demokrasi yang SPR berdiam diri ialah kes ketiga kempen sedang hangat berjalan di pilihan raya kecil di Indera Kayangan, Perlis di mana Ketua Pemuda PAS [ Saudara Mahfuz Omar ] dan Ketua Pemuda PAS Perlis [ Saudara Zulkarnain Abidin yang juga ADUN Santan ] telah dikepong oleh segerombolan ahli-ahli dan penyokong UMNO/BN menghalang mereka berdua dan rombongan untuk memasuki ke kampong Bakau berjumpa pengundi serta berceramah di situ. Kes ini dibangkitkan di DUN Perlis pada 17 April 2002 oleh YB Zulkainain dan dijawab oleh MB, Shahidan Kassim yang mengaku ketika kejadian itu berlaku, beliau dan Menteri Kebudayaan dan Pelancungan Dato’ Kadir Shaik Fadzil ada di situ, beliau berpakaian baju melayu berwarna kuning bersama-sama dengan pemuda UMNO mengusir Mahfuz dan Zulkarnain keluar dari kampong itu.

 

Begitu juga di Pendang dan Anak Bukit, UMNO telah menjalankan kempen dengan menggunakan kemudahan dan jentera kerajaan seperti kenderaan jabatan/agensi milik kerajaan, dewan-dewan dan sekolah-sekolah digunakan untuk kempen UMNO. Berlaku perbelanjaan lebihan dalam pilihan raya ini. Namun, SPR tidak mengambil sebarang tindakan kerana perbuatan-perbuatan ini terang-terang melanggar Akta Kesalahan Pilihan raya 1954. Akta ini juga telah dipinda baru-baru ini untuk lebih mengcengkam pergerakkan pembangkang.

 

 

Apabila semua tindakan yang diambil seperti menjual “ ideologi “ UMNO yang lapok seperti menjual ubat di kaki lima tidak mendapat sambutan dari rakyat, menyerang ideologi parti-parti PAS dan Keadilan tidak berhasil juga, ura-ura untuk mencari perpaduan di kalangan orang-orang Melayu juga turut gaga, menyekat kemaraan PAS dan Keadilan melalui tindakan undang-undang seperti menyekat ceramah-ceramah, tangkap pemimpin-pemimpin muda Keadilan di bawah ISA, menghadkan penerbitan pembangkang, mencetuskan sendiwara-sendiwara seperti Kumpulan Al-Maunah dan KMM juga turut mengalami nasib yang sama malah sokongan rakyat terhadap PAS semakin bertambah, maka kini UMNO masuk fasa ke dua, iaitu melakukan “ keganasan dan vendalisme “ bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat menyokong pembangkang khususnya PAS. Bebarap siri keganasan dan vendalisme telah ditunjukkan. Pertama, Harakahdaily.net pada 24.12.2003 melaporkan bahawa banner yang dipasang oleh ahli PAS di KM 1 Jalan Raub-Bentong yang mengucapkan selamat hari raya kepada pengguna-pengguna jalan raya telah di baker menjadi abu.

 

Pada 7.1.2004 dalam Program Selamat Tinggal Pas yang dianjurkan diperkarangan rumah Idris Jusoh di Kampung Tok Has, Besut, sekumpulan ahli-ahli UMNO telah mengepong dan mencederakan krew kamera dari Unit Penerangan Negeri Terengganu, 4 cedera dan menerima rawatan di hospital sebagai pesakit luar. Setakat ini kita belum tahu tindakan dari pihak polis kerana laporan telah dibuat.

  

Papan tanda milik kerajaan negeri mengucapkan selamat datang ke Terengganu yang di pasang di kaki Bukit Besar turut menjadi sasaran [lihat gambar]. Ini semuanya ialah kerja-kerja ahli-ahli UMNO yang tidak ada akhlak dan moral, tidak bertamadun dan tidak ada pegangan agama yang kuat yang menjadi teras kehidupan seharian. Hidup penuh dihiasi dengan hasrat untuk berebut kedudukan, kuasa dan kekayaan.

 

Kami di Kedah, sepanjang jalan di seluruh negeri di pasang dengan bendera UMNO dan BN, di semua tempat lapang dan di tempat awam digantung banner MB  Syed Razak, tidak satu pun kami rosakkan, melainkan ia jatuh sendiri akibat ditiup angin atau reput sendirian akibat kesan cuaca. Kami semua adalah manusia yang berakhlak, bertamadun dan memegang kuat ajaran agama. Ahli-ahli UMNO tidak mempunyai nilai akhlak dan moral, tidak bertamadun dan tidak memegang ajaran agama yang sebenarnya. Kalau mereka memiliki  semua ini, nescaya mereka tidak akan melakukan kerana kita berada di sebuah Negara yang mengamalkan demokrasi. Perbezaan pendapat dibenarkan dalam demokrasi. Kita berjuang melalui medan pilihan raya bukan di jalan raya.

 

Amat malang, kita sebagai parti pembangkang [ yang diiktiraf ] berlawan dengan sebuah parti yang “ gila “. Mana ada manusia di dunia ini yang gila yang mengakui dirinya gila. Sampai kiamat pun dia tidak akan mengaku dirinya gila, sebaliknya dia akan menuduh kita sebagai gila. Begitulah dengan UMNO. Apa sahaja tutur kata dan perbuatan yang dilakukannya, semuanya betul dan orang lain salah. Rasuah, menyalahgunaan kuasa, pecah amanah, menyeleweng, perebutan jawatan, budaya samseng dan vendalisme yang dilakukan oleh UMNO adalah sah dan tidak menyalahi undang-undang Negara. Ini terbukti dalam laporan-laporan yang dibuat oleh pihak pembangkang dan contoh lain pada pilihan raya kecil di Indera Kayangan Perlis berlaku banyak budaya samseng dan vendalisme yang dilaporan kepada pihak polis dan BPR malah SPR sendiri tidak mengambil sebarang tindakan. Apa yang boleh kita harapkan dari agensi-agensi ini untuk menegakkan kebenaran dan keadilan. Oleh itu, mulai sekarang semua pihak dalam PAS, Keadilan dan DAP wajib berwaspada kerana budaya ini akan berterusan pada pilihan raya ke 11 nanti, ia akan lebih berbahaya lagi sekiranya kita tidak merancang dari sekarang untuk membatasi perbuatan tidak bermoral ini.

 

Begitulah UMNO, akan kalut melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa. Walupun begitu, dalaman UMNO sendiri terus berkocak. Pemimpin-pemimpinnya terus berkalahi sesama sendiri untuk merebut jawatan dalam parti. Semakin tinggi jawatan seseorang itu dalam UMNO, maka semakin luaslah peluangnya untuk merebut kekayaan negara untuk dirinya dan kroni-kroninya.

 

 

KESIMPULAN

 

Peninggalan Mahathir dari tahta kuasa yang dipegangnya selama 22 tahun meninggalkan banyak isu dan system yang rosak teruk akibat perbuatannya gila kuasa. Tiga badan pemerintahan negara tempang. Badan Perundangan, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman rosak teruk. Kuasa mutlaknya mencampuri dan mempengaruhi urusan badan-badan lain menyebabkan keyakinan rakyat terhadap fungsi sebenar badan-badan tersebut terhakis. Badan Kehakiman mengalami kerosakan yang paling teruk. Keyakinan rakyat terhadap peranan badan ini untuk menegakkan keadilan telah ranab sama sekali. Badan Kehakiman telah menjadi alat Mahathir untuk mengekalkan kuasanya, di samping menghancurleburkan musuh-musuh politiknya. Pak Lah terpaksa melakukan pembaruan dalam pemerintahannya untuk membetulkan balik system yang rosak ini. Kembalikan peranan ketiga-tiga cabang ini ke landasan yang betul sepertimana yang ditetapkan dalam Perlembagaan.

 

Setakat ini Pak Lah  telah gagal untuk melaksanakan wawasannya sendiri bagi memenuhi konsep yang sering diucapkannya iaitu, “ berkerja bersama saya bukan berkerja untuk saya “, beliau juga gagal untuk menghapuskan amalan rasuah di kalangan “ jerung “ yang menjadi mangsa ialah pegawai-pegawai kerajaan. Mahathir masih wujud di Putra Jaya. Pak Lah terpaksa bertindak mengikut telunjuk Mahathir. Buktinya perlantikan Najib sebagai TPM ke 9 pada 7.1.2004 dan rombakan kecil karbinet yang masih mengekalkan jemaah menteri lantikan Mahathir dan membawa masuk Nor Mohamad Yaakob [kroni Mahathir] sebagai Menteri Kewangan Ke 2, orang yang bertanggung jawab memberi nasihat kepada BNM rugi hamper RM30 billion dalam pasaran mata wang pada tahun 1993 -1994.

 

Ekuran perlantikan Najib itu, Pak Lah akan menghadapi scenario perpecahan dalam UMNO seperti peristewa tahun 1987. Walaupun kali ini tidak mungkin UMNO akan diharamkan, tetapi petunjuk-petunjuk politik kelihatan terarah kepada satu krisis yang besar akan berlaku. Walaupun ketiga-tiga Naib Presiden memberi jaminan bahawa mereka akan akur siapa sahaja yang dipilih untuk menjadi TPM, namun itu hanya cakap-cakap politik untuk menarik perhatian rakyat yang mereka itu prihatin terhadap pembangunan rakyat dan negara. Pastinya pertembungan akan berlaku dalam perebutan jawatan Naib Presiden, Ketua Pemuda, Wanita dan Putri UMNO.

 

UMNO di era Pak Lah menghadapi suasana malap. Sambutan orang melayu terhadap UMNO terhakis teruk seperti yang ditunjukkan dalam pilihan raya tahun 1999. Genarasi muda memberi sambutan dingin sehingga memaksa UMNO melalui Putrinya memasuki ke kampus-kampus dan menjalankan kempen menambah ahli seperti orang menjual ubat di kaki lima. UMNO hanya kelihatan kuat melalui manipulasi media. UMNO sudah sampai masa menopous. UMNO kuat kerana mempergunakan kuasa yang ada padanya untuk menekan pembangkang. Kalau UMNO bermain di padang yang sama rata dengan pembangkang, sudah lama UMNO dapat dikuburkan dan dimuziumkan.

 

 

Sekian, terima kasih. Insya Allah jika ada kelapangan kita bertemu lagi.Wassalam


___________________________
Terbitan : 17 Januari 2004

Ke atasKe atas HomeHome

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)

 

[Catatan : Harap semua pembaca dapat menilai tulisan ini dengan memberi perhatian serious terhadap strategi UMNO untuk mengekalkan kuasa. UMNO akan bertindakan dengan menggunakan apa cara sekali pun untuk meneruskan memerintah Malaysia untuk selama-lamanya. Kehilangan kuasa bagi UMNO ibarat dunia telah kiamat kerana mereka tidak boleh lagi menjadikan khazanah negara sebagai harta mak bapak mereka. Mereka akan mati sebelum ajal tiba.

 

MELI : KHAMIS, 22.1.2004