TIPU MUSLIHAT UMNO [ PARTI GILA ] UNTUK MENANG DALAM PILAHAN RAYA:

 

1. Sebahagian besar pengundi Melayu tidak sokong Umno lagi terutama di Kelantan [kekal], Terengganu [dapat ditawan], Pahang, Kedah, Perlis, Perak dan Selangor.
 
2. Kemenangan Umno dibantu oleh pengundi bukan Melayu.
 
3. Kemenangan Umno dibantu oleh media massa dan jentera-jentera kerajaan.
 
4. Melalui teknik penipuan seperti yang dilaporkan oleh BUDI sebuah NGO yang membuat pemantauan pilihan raya tersebut, BUDI mendapati:

 

i. Laman web SPR terdapat No. KP palsu bersiri 1600001 hingga 1602000 [2000 orang membuang undi di SK Dato’ Wan Kemara, Changloon, Kedah di Parlimen Kubang Pasu dan Tunjang.
 

ii. 680,000 lebih tidak ada di dalam daftar pengundi [pengundi baru], tetapi sesetengahnya dari jumlah ini di Wilayah Persekutuan KL ke pusat pengundian, nama mereka disenaraikan dan mereka boleh mengundi.

 

iii. Setengah nama pengundi hilang dan pengundi berkeras dan membuat bantahan, baru dikeluarkan disimpan di bawah meja.
 

iv. Mengundi bagi pihak orang lain.

 

v. Mengundi lebih dari sekali.

 

vi. Rasuah tidak perlu dihuraikan kerana kita semua sedia maklum. Rasuah politik sudah menjadi darah daging UMNO.

 

vii. Undi pos pun tidak perlu dihuraikan kerana memang strategi UMNO untuk menang.
 

viii. Peti undi dibuka lebih awal sebelum kedua-dua belah pihak bersedia untuk membuat perkiraan.
 

ix. 25,875 orang yang sudah mati masih lagi ada di daftar pemilih.
 

x. Tidak ada rekod tarikh lahir sebanyak 4.9 juta pengundi.
 

xi. Pada bulan Mac 1999, terdapat seramai 100,000 orang pengundi mempunyai No. KP bertindih.
 

xii. Orang yang berdaftar tidak ada nama dalam daftar pemilih, tetapi orang yang tidak mendaftar ada dalam daftar pemilih.
 

xiii. Pendaftaran berganda yang berlaku di kalangan anggota tentera lebih dari satu unit atau base seperti yang terdapat di Lumut, Perak, di KL dan di Labuan.
 

xiv. Tentera bersara masih lagi ada nama dan mengundi secara pos.
 

xv. Alamat tidak wujud seperti yang berlaku di Shah Alam, diberi alamat tanah perkuburan.
 

xvi. No. KP dimiliki oleh lebih seorang.
 

xvii. Nama yang terdapat di dalam daftar pemilih tidak munasabah terlalu asing nama-nama itu dalam budaya kita.
 

xviii. Pemindahan pengundi dibuat sesuka hati.
 

xix. Guna alamat orang lain.
 

xx. Isteri dan keluarga anggota tentera mengundi secara pos.
 


Dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-11, UMNO mempunyai strategi lain pula untuk menang iaitu mempergunakan Jabatan Pendaftaran Negara untuk memindahkan nama-nama pengundi ke satu tempat khas supaya mereka ini boleh mengundi dan memenangkan calon berkenaan. Perkara ini didedahkan oleh Harakah cetak keluaran 1 – 15 Januari 2004 di mana ribuan rakyat Kedah yang umurnya dalam lingkungan 50-an hingga 60-an dibawa ke Daerah Pekan dengan alasan untuk meneroka tanah baru dan bersawah.
 

Harakah edisi cetakan keluaran 15 – 31 Januari 2004 turut memuatkan berita beribu-ribu orang [berumur di antara 21 hingga 30 tahun] telah menyertai projek memindahkan alamat tempat tinggal mereka ke negeri Kelantan bagi membolehkan mereka mengundi pada Pilihan Raya Umum akan datang. Kebanyakan mereka menukarkan alamat ke tiga kawasan Parlimen di Kelantan, iaitu di Tanah Merah, Jeli dan Pasir Mas. Operasi ini berakhir menjelang 31.12.2003.
 

Semua kepimpinan PAS dan Keadilan perlu memberi perhatian yang serious terhadap perkara yang saya sebutkan itu. Ingat UMNO akan mengunakan apa sahaja cara halal atau haram untuk mengekalkan kuasanya. Sekarang UMNO dalam kelemasan, orang yang tercunggap-cunggap kelemasan akan mencapai apa sahaja untuk menyelamatkan diri. Pahala dosa tidak ada dalam kamus politik UMNO. Perlu bertindak merangka strategi menghadapi masalah ini. Tidak guna kita membuat persiapan rapi, tetapi kita alpa akan tipu muslihat UMNO. Ada yang boleh kita jangka, ada yang tidak boleh dijangka. Kita berserah dan berdoa kepada Allah SWT. Mereka merancang, sebaik-baik merancang ialah Allah SWT.

 

 

 

SU Politik KDN dikesan terbabit pindah alamat mengundi
 

KOTA BHARU, 21 Jan (Hrkh) - Setiausaha Politik kepada Menteri Dalam Negeri, Dato' Ramzi Abdul Rahman dikenalpasti antara mereka yang terbabit memindahkan daerah mengundi dari Kubang Batang, Wakaf Bharu ke Pergau di DUN Dabong.
 

Sedangkan penama tersebut yang juga Ketua Penaja Umno Bahagian Kuala Krai dikesan bermestautin di DUN Wakaf Bharu.
 

Selain itu, seramai 124 pemilih baru yang berasal dari luar Kelantan dimasukkan ke dalam daftar pemilih tambahan di Daerah Mengundi Batu Hitam, DUN Bukit Panau, Tanah Merah.
 

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS (JPN) Kelantan, Haji Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, terdapat tindakan pihak tertentu yang mendaftar dan memindahkan pemilih secara salah iaitu berlawanan dengan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.
 

"Ia juga tidak menepati kehendak Bahagian IV: Pendaftaran Pemilih Akta Pilihan Raya 1958 dan dengan nyata berlaku tindakan kesalahan-kesalahan pilihan raya mengikut Subseksyen 3(1)(a), Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 serta tidak memenuhi peraturan 12 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002," katanya kepada media selepas membuat laporan polis berhubung penipuan tersebut, di Balai Polis Daerah Kota Bharu, kira-kira jam 11.50 pagi tadi.
 

Hadir sama Timbalan Pengarah JPN, Mohd Nasir Che Daud dan setiausaha JPN, Wan Nik Yusof Ngah, Setiausaha PAS Kota Bharu, Zainuddin Abdullah, wakil-wakil rakyat dan penyokong PAS.
 

Wan Abdul Rahim kemudian menemui pegawai penyiasat DSP Razali Taib dan mengambil masa kira-kira tiga jam untuk diambil kenyataan.

Baru-baru ini, Harakah keluaran 16 - 31 Januari lalu mendedahkan beribu-ribu orang menyertai projek memindahkan alamat tempat tinggal ke Kelantan bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum akan datang.
 

Kerja-kerja tersebut dikatakan mendapat kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dilakukan di beberapa tempat di Selangor beberapa hari menjelang 31 Disember lalu.
 

Wan Abdul Rahim berkata, laporan polis dibuat bagi membolehkan pihak keselamatan menyiasat secara menyeluruh bagi membuktikan ada pihak yang telah menipu JPN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Nama-nama pemilih tersebut dimasukkan ke dalam senarai pemilih terutamanya di kawasan DUN Bukit Panau, Gual Ipoh, Kuala Balah, Bukit Bunga dan Dabong.
 

"Laporan ini dibuat berasaskan keyakinan PAS berhubung taktik kotor politik Machiavelli pemimpin Umno dalam usaha menawan Kelantan secara tidak demokratik.
 

"Pada 1994 kegiatan memindah secara 'gonggong' pengundi dari bahagian Pengkalan Chepa ke Parlimen Peringat telah memberi kemenangan kepada Dato' Annuar Musa pada pilihan raya 1995," katanya.
 

PAS juga mendapati Dato' Alias Hussin pernah memindahkan pengundi dari daerah mengundi di Kandis (DUN Perupok) ke daerah mengundi Beris Lalang (DUN Jelawat) di Bachok pada 1998 sebagai persiapan untuk menghadapi pilihan raya 1999.
 

Bagaimanapun disebabkan percaturan politik di bahagian berkenaan, bekas Ketua Bahagian, Dato' Ahmad Shahibudin Mohd Noor pula yang bertanding di DUN tersebut sehingga mengecewakan Alias.
 

Wan Abdul Rahim yang juga Speaker DUN Kelantan berkata, jumlah pengundi baru yang mendaftar bagi tempoh tiga bulan terakhir tahun lalu seramai 17,167 orang dan 6,637 pemilih tukar alamat.
 

"Sedangkan dalam tempoh pendaftaran tiga bulan sebelum itu, iaitu Julai hingga September hanya 10,510 pemilih baru yang mendaftar dan tukar alamat.
 

"Dalam tempoh tiga bulan terakhir ternyata beberapa DUN menjadi fokus melonggokkan pengundi baru dan tukar alamat.

Misalnya DUN Bukit Panau seramai 1,902 pengundi baru dan tukar alamat, sedangkan dalam tempoh sama sebelumnya hanya 380 pemilih baru dan tukar alamat," katanya.
 

Begitu juga DUN Gual Ipoh seramai 612 pemilih baru dan 364 tukar alamat berbanding 299 pemilih baru dan tukar alamat bagi tempoh tiga bulan sebelum itu.
 

Wan Abdul Rahim juga berkata, laporan polis yang serupa akan dibuat di Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah dalam beberapa hari lagi.

 

Katanya, pegawai penyiasat yang mengambil kenyataannya memberitahu akan menghantar segala laporan ke ibu pejabat polis Kelantan untuk diambil tindakan lanjut. - MJ,NY




CATATAN :

LIHATLAH PARA PEMBACA SEKALIAN BEGITU HAPRAKNYA UMNO UNTUK MENANG AKAN BUAT APA SAHAJA TANPA MENGIRA DOSA PAHALA APALAGI UNTUK MENGAMBILKIRA MORAL DAN AKHLAK.

 

MELI : 1.2.2004, AHAD, 9.40PM