SIAPA FIR'AUN BARU ?

Assamulaikaum wbt saudara-saudara sekelian,

Al-Quran adalah sumber petunjuk bagi manusia. Petunjuk-petunjuk Ilahi ini disampaikan dengan pelbagai cara. Sebahagiannya secara langsung berbentuk perintah dan larangan. Dan ada pula yang berbentuk tidak langsung misalnya melalui kisah dan sejarah bukan sekadar untuk berlipurlara atau sekadar untuk diketahui, tetapi lebih dari itu sebagai mesej petunjuk yang membawa ayat-ayat mengajak umat manusia merenung nasib umat yang terdahulu sambil menilai diri dengan penuh keinsafan bahawa nasib yang sama boleh menimpa sesiapa yang memeliki ciri dan faktor yang sama.

Al-Quran bersifat universal dan abadi serta releven sepanjang zaman sehingga ke hari kiamat. Begitu juga tabiat manusia tetap sama tidak berubah sepanjang zaman. Demikianlah kedurjaan dan petualang manusia apabila merasa kecukupan serta mampu kerana memiliki kekayaan dan kekuasaan.

Watak-watak dalam Al-Quran seperti Namrud, Fir'aun, Qarun dan lain-lain lagi itu sebagai individu merupakan watak-watak masa lalu yang sudah beribu-ribu tahun menghilangkan diri dari pentas sejarah. Tetapi watak dan perangai mereka senantiasa muncul sepanjang zaman. Fenomena sosial-budaya kenamrudan, kefir'aunan dan keqarunan senantiasa timbul dari masa ke semasa.

Namrud

Al-Quran menceritakan tentang Namrud sebagai raja yang sezaman dengan Nabi Ibrahim a.s . Kerana terlalu lama berkuasa ia menjadi lupa diri. Nafsunya besar tidak puas sekadar menjadi raja dan mahu menjadi tuhan, lalu meminta rakyat mengakui dan menyembahnya sebagai tuhan mereka. Tanpa malu-malu [ sesudah Namrud berjaya menguasai sepenuhnya fikiran rakyat dan rakyat patuh apa saja perintah yang keluar dari mulutnya, sesiapa yang membantah akan menerima hukuman yang berat, iaitu hukum bunuh] Namrud mendakwa beliau mampu melakukan sesuatu (menghidup dan mematikan) yang hakikatnya hanya Tuhan yang sebenar mampu melakukannya. Dalam dialognya dengan Nabi Ibrahim a.s, nabi Ibrahim a.s. berkata bahawa Tuhan Yang Maha Berkuasa ialah yang boleh memati dan menghidupkan. Namrud yang ingin menjadi tuhan merasakan ia perlu memiliki ciri ketuhanan yang sama sambil mendakwa ia juga mampu menghidup dan mematikan sesiapa yang dikehendakinya.Maka beliau memanggil dua orang pesalah yang telah dijatuhkaan hukuman mati. Seorang daripada pesalah tersebut dilepaskan dan seorang lagi itu dihukum bunuh. Dengan bangga Namrud berkata siapa lebih berkuasa sekarang yang mana dia juga berkuasa boleh mematikan dan menghidupkan seperti tuhan.

Kemungkinan Nabi Ibrahim a.s merasa tidak ada guna berdebat dengan orang yang tolol tentang erti sebenar menghidup dan mematikan, maka Nabi Ibrahim a.s mengubah cara berhujahnya dengan mengatakan, Tuhanku menerbitkan matahari dari sebelah timur, cuba anda terbitkan dari sebelah barat pula. Kali ini Namrud tidak boleh menjawab dan terpinga-pinga bercampur marah kerana selama ini tidak sesiapa yang berani mencabarnya. Namrud terjerat dalam kesombongan dan ketololannya sendiri.

Fir'aun

Dia adalah merupakan Raja Mesir yang bermaharajalela dengan kuasa dan kekayaan dan merasa tergugat dengan kemuculan nabi Musa a.s.yang semakin popular di kalangan kaumnya. Untuk membendong arus sokongan rakyat dari terus berpihak kepada Nabi Musa a.s.maka Fir'aun bertindak mengeksploitasikan kebodohan rakyat, mengabui mata mereka dengan mempamerkan kehebatannya sebagai pemilik kerejaan dan bumi Mesir dengan segala sungai-sungainya. Sementara itu, Nabi Musa a.s dihina, ditekan diperas ugut dan dipenjarakan serta dihina sebagai orang yang tidak mempunyai apa-apa malah berbicara pun tidak petah.

Rakyat yang berfikiran sempit dan singkat serta telah rosak jiwa dan mindanya dengan propaganda gaya Fir' aun mudah diperdayakan, malah Fir'aun mengunakan segala kekayaan dan kemewahannya untuk membiayai program-program menyesatkan rakyatnya. Memperbodohkan dan mengelirukan rakyat massa memang menjadi amalan mana-mana pemerintah yang zalim. Menguasai semua media dan menutup semua saluran maklumat supaya rakyat tidak mengetahui fakta yang sebenar dan tidak berminat untuk mencarinya, cukup dengan menelan apa saja yang disogokan. Dengan itu mudahlah mereke dibuli, diperalat, dikerah, dan diarah mengikut telunjuk para pemimpin.

Tidak cukup dengan itu, Fir' aun juga berusaha untuk menguasai dan memperalatkan golongan cendiakawan yang terdiri daripada ahli-ahli sihir yang terkemuka. Ini dilakukan dengan menawarkan ganjaran yang lumayan kepada sesiapa yang bersedia berkhidmat memperkukuhkan kekuasaan Fir'aun. Motifnya ialah mereka sanggup melawan mukjizat Nabi Musa a.s. Tetapi setelah kalah, sebahagian mereka ini menjadi pengikut Nabi Musa a.s dan bersedia menghadapi risiko kemarahan Fir'aun. Mereka diseksa dihumban dalam penjara ditarik balik segala kemewahan yang diberi dan sebagainya, tetapi masih ada sekelompok yang tidak boleh diperbodohkan. Apabila tersua dengan isu hak dan batil, hati nurani mereka berkata mereka tidak sanggop melawan kebenaran untuk mendakap kebatilan.

Demikian kuasa, setelah puas menjadi raja, dia juga mahu menjadi tuhan sepertimana Namrud. Ia mahu rakyatnya mempertuhankannya disamping menjadi raja. Sambil dia berkata kepada rakyatnya, aku tidak nampak ada tuhan lain bagi kamu selain aku.

Selama masa Fir'aun memerintah Nabi Musa a.s banyak menerima siksaan sehingga Nabi mengadu kepada Tuhan, 'Ya Tuhan kami sesunggugnya engkau telah berikan segala macam perhiasan dan kekayaan kepada Fir'aun dan orang-orangnya, ya Tuhan kami mereka (telah menyalahgunakan anugerah-Mu) untuk menyesatkan(dan menyelewengkan orang lain) dari jalan (petunjuk) -mu. Sebaik-baik sahaja kezalimannya mencecah tahap yang ditentukan, Tuhan merentap tanpa sebarang amaran, Fir'aun dengan sekelip mata sahaja hilang tenggelam di perut laut.

Qarun

Dalam era ini juga digawatkan dengan kemunculan watak Qarun citra kerakusan hartawan lupa daratan. Al-Quran memperkenalkan Qarun sebagai orang yang berketutunan dari kaum Nabi Musa a.s, tetapi mereka tidak sehaluan. Nabi Musa a.s adalah pemimipin dan pembela kaumnya, Qarun pula penindas dan pemeras kaumnya sendiri.Qarun memang seorang yang kaya dan mendakwa kekayaannya diperolehi dari hasil kemahiranya sendiri, tetapi sebenarnya ia diperolehi secara zalim dengan memeras dan merampas hak bangsanya sendiri.Dalam keadaan sekarang orang sebut kroni dan amalan nepotisim atau dady kasi.

Dalam pada itu, Qarun juga mempunyai posisi politik yang cukup strategik sebagai seorang anggota karbinet Fir'aun yang mempunyai peluang yang cukup luas untuk memperkayakan diri dan kuncu-kuncunya. Selain itu, dia juga mempunyai cita-cita politik untuk mengambilalih kedudukan Nabi Musa a.s sebagai pemimpin kaun bani Israel. Oleh itu, ia mempunyai kekayaan untuk digunakan membiayai rancangan memusnahkan kepimpinan Nabi Musa a.s sehingga dia sanggup mengupah seoarang wanita mengaku bahawa dia biasa membuat perhubungan sex dengan Nabi, tetapi rancangan ini gagal kerana semasa keterangan proses pembuktian hendak dilakukan, wanita itu mengaku yang ia diupah oleh Qarun.

Al-Quran juga menceritakan bahawa Qarun suka menunjuk-nunjuk kekayaannya dengan strategi untuk menarik perhatian orang ramai supaya orang ramai tertarik akan kemewahan ia miliki dan menjadikannya sebagai tokoh atau idola dan menghantar mesej bahawa dia sanggup membiayai apa saja dan berapa sahaja untuk mencapaikan cita-citanya dan memberi amaran jangan sesiapa yang berani mencabarnya.

Akhirnya, fenomena keqarunan adalah kehancuran kerana Qarun mengakhiri hayatnya sangat tragik, hancur lebur ditelan bumi. Al-Quran memberi penjelasan bagaiman Qarun terbenam ke dalam bumi bersama-sama rumahnya dan harta kekayaannya.

Saudara-saudara sekelian renunglah dan hayatilah cerita di atas semoga kita semua bersatu hati menentang orang yang berjiwa, berwatak dan berkelakuan seperti watak Namrud, Fir'aun dan Qarun yang hdup sepanjang zaman. Kehancuran pasti tiba kepada mereka ini.

Sekian, wassalam. Terima kasih.