Make your own free website on Tripod.com

ULASAN BUKU POLITIK KAMPUS DI SEBALIK TABIR

Petikan "Buku Politik Kampus Di Sebalik Tabir", Pustaka Generasi Baru, 1995, Mohd. Shuhaimi Al Maniri

 

Di sebalik tabir Pelajar Islam -Dakwah untuk politik

(tajuk pun utk menyalahkan gerakan dakwah dan pembangkang- aznan)

oleh

Kamal Azman

(kamal_azman@yahoo.com)

 

 

DALAM keluaran lepas, penulis mengupas mengenai wujudnya pertelingkahan antara tiga gerakan Islam, PAS, ABIM dan IRC kerana masing-masing mendakwa pihak mereka sebagai kumpulan yang paling benar. Pertikaian itu menyuburkan lagi budaya label-melabel dan tuduh menuduh antara satu sama lain. Bukan setakat tuduh menuduh bahkan masing-masing saling mencurigai dan sering berlaku curi mencuri anak usrah.

Zulkifli Sulong, ketua pengarang Harakah turut mengakui wujudnya budaya label melabel ini dalam kata pengantar buku "Anwar Ibrahim, Doa dan Air Mata". Menurutnya, "Kami berpecah dua. Fenomena ini dinamakan 'jelas' dan 'tidak jelas'. Mereka yang menyokong Anwar menyertai UMNO dilabelkan sebagai 'tidak jelas' manakala kumpulan yang menolak dan membantah tindakan Anwar itu dinamakan ' jelas"

Selepas Anwar menyertai UMNO, pertikaian dalaman antara jemaah-jemaah ini semakin kronik. Menurut Zulkifli Sulong, parti PAS merupakan parti yang paling aktif menyusup ke dalam kampus. Katanya Mustapha Ali, Ketua Pemuda PAS ketika itu berusaha keras untuk mengembangkan pengaruh PAS melalui usrah, qiamullail, tamrin dan pelbagai aktiviti lain.

Tulis Zulkifli, "Saingan kami dalam merebut hati pelajar Islam terutama yang baru masuk adalah kumpulan tidak jelas yang banyak bergerak di atas platform ABIM dan PKPIM. Kalau sebelum itu, saingan kami adalah kumpulan, al-Arqam serta IRC (kini JIM), kini bertambah satu lagi iaitu kumpulan tidak jelas itu (PKPIM dan ABIM). Dalam gerakan politik kampus pula, kami menyertai pilihan raya kampus, berebut dengan lain-lain kumpulan untuk menguasai Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)."

Tambahnya lagi. "Sehingga sekarang,krisis jelas dan tidak jelas ini masih menghantui kami pelajar UM ketika itu. Kerana terbawa-bawa dengan tempo politik dalam jemaah ketika itu, ia telah menyebabkan sebahagian dari kami mengabaikan pelajaran masing-masing. Masa banyak kami habiskan untuk menganjur dan menyertai program-program dalaman untuk memperjuangkan pendekatan masing-masing. Yang negatifnya adalah kepada diri saya serta orang semacam saya. Kerana asyik berpersatuan dan giat dalam kampus, pelajaran terabai dan ditendang keluar dari kampus UM."

Daripada tulisan itu, jelas menunjukkan mahasiswa merupakan aset penting untuk memperkuatkan jemaah. Masing-masing menggunakan proksi persatuan sebagai jambatan mendekatkan mahasiswa dengan pemimpin-pemimpin penting jemaah. PAS menggunakan PMIUM, ABIM pula menggunakan PKPIM. Sebaliknya, IRC lebih licik, meskipun menggunakan KARISMA, tetapi pergerakan mereka sukar dikesan.

Menurut Suhaimi AI-Maniri, di dalam bukunya, "Di Sebalik Tabir Politik Kampus", IRC dianggap sebagai golongan opportunis - suka mengintai peluang dan mengambil kesempatan dalam kemelut semasa.

Kata penulis, "IRC memperalatkan pemimpin-pemimpin PAS seperti Ustaz Fadhil Nor, Ustaz Abdul Hadi Awang dan lain-lain bagi memperkukuhkan kedudukan mereka terutamanya di luar negara. Keadaan yang sama juga cuba 'dieksport' kembali ke Malaysia setelah aktivis mereka kembali ke tanahair."

Sama ada PAS memperalatkan IRC atau IRC meperalatkan PAS, tetapi yang pasti, IRC terpaksa bersaing hebat dengan ABIM kerana tujuan penubuhan dan golongan sasaran mereka hampir sama. Satu kelebihan IRC adalah mempunyai keahlian daripada golongan cendikiawan, terutamanya aliran akademik.

Meskipun PAS dan ABIM bercakaran dari segi kaedah perjuangan, tetapi gagal menyediakan silibus perjuangan yang tersusun. Kesempatan ini diambil oleh IRC dengan memperkenalkan buku-buku sukatan risalah usrah. Sungguhpun Saari Sungib (Presiden JIM) bukan aliran agama tetapi mampu menyusun kaedah-kaedah petugas Islam di dalam bukunya itu. Di sebalik nama samaran "Abu Urwah", buku-buku terbitan IRC menjadi bahan usrah untuk ahli-ahli PAS dan ABIM.

Suhaimi Al-Maniri di dalam bukunya turut mencatatkan perkara yang sama. Katanya, "IRC telah bertindak dengan menerbitkan banyak buku-buku yang menjadi panduan rujukan kepada Jemaah-jemaah Islam, sama ada ditulis sendiri atau dilterjemahkan dari tulisan tokoh-tokoh Islam yang menjadi ikutan mereka. Pustaka Salam milik IRC begitu produktif memainkan peranan ini. Salah sebuah buku yang paling popular ketika itu ialah Risalab Usrah yang ditulis oleh Abu Urwah (nama samaran bagi Saari Sungib, Presiden JIM). Apatah lagi buku ini diberi kata pengantar oleh Guru Hj. Abdul Hadi Awang yang begitu popular di awal tahun 198O an. Melalui buku-buku ini, IRC berjaya menyebarkan pengaruhnya ke atas pendokong-pendokong gerakan Islam."

Sungguhpun begitu, PAS berhati-hati dengan modus operandi IRC. PAS melihat pendekatan IRC lebih bahaya berbanding dengan ABIM. Bahayanya IRC tidak berkompromi dengan prinsip asal penubuhan mereka iaitu menguasai badan-badan lain sama ada secara senyap atau terbuka.

Katanya, "cita-cita IRC untuk menguasai gerakan Islam di negara ini sudah diduga dari awal lagi. Bagi mereka cara yang mudah untuk memenuhi tuntutan ini adalah menguasai sesebuah jemaah Islam yang berpengaruh dan gerakan pelajar Islam. Dua buah pertubuhan yang menjadi pilihan IRC untuk menguasainya sebelum ini adalah ABIM dan PAS, tetapi tidak berjaya."

Demi menjaga survival golongan berpendidikan agama, PAS meletakkan benteng "kepimpinan ulama" supaya golongan berpendidikan agama terus menerajui parti itu. Ramai yang berpendapat tujuan utama penciptaan slogan ini untuk menghalang golongan-golongan profesional daripada menguasai PAS. Golongan itu datang daripada berpendidikan akademik dalam parti PAS dan lebih ramai daripada ABIM dan IRC.

Menurut Suhaimi AI-Maniri lagi, IRC tidak bersetuju dengan pendewaan slogan "kepimpinan ulama" kerana secara tidak langsung akan menyenaraihitamkan aktivis-aktivis IRC daripada termasuk dalam konsep ciptaan PAS itu. Kata penulis, "Sikap IRC yang memperkecil golongan ulama (PAS) dengan melabelkan-labelkan sebagai "golongan (ulama) kain pelekat". "tak faham ideologi moden" dan seumpamanya"

ABIM juga turut terasa dengan slogan itu. Sebagai membalas slogan PAS, ABIM memperkenalkan slogan baru iaitu "mengintelekkan ulama dan mengulamakan intelek". Maksud ABIM melalui slogan ini adalah mengambil kira golongan-golongan professional sebagai golongan ulama. Dalam masa yang sama, ABIM turut mendakwa ulama-ulama (PAS) perlu diintelekkan supaya mereka taham tentang senario semasa. Pendapat ini selaras dengan kenyataan-kenyataan IRC sebelum ini terhadap pandangannya terhadap parti PAS.

Di dalam PAS sendiri masalah ulama dan bukan ulama ini pernah menjadi topik perbincangan yang hebat. Golongan-golongan bukan ulama mendesak agar kepimpinan pemimpin parti tidak dibeza-besakan. Keadaan ini mendorong Datuk Fadhil Noor (Allahyarham), bekas presiden PAS membuat kenyataan terbuka dalam muktamar PAS dengan mengatakan golongan bukan ulama boleh memimpin PAS dengan syarat mendalami bidang agama.

Kenyataan bekas presiden PAS ini dilihat sebagai meredakan keadaan dalam menyelesaikan isu slogan "ulama" tetapi maksud tersirat golongan ulama PAS belum bersedia menyerahkan kepimpinan kepada bukan ulama dengan menetapkan syarat seperti di atas.

Keadaan yang sama juga wujud di dalam kampus. Dalam PMIUM, wujud dikotomi kepimpinan antara golongan aliran agama (Akademi Pengajian Islam) dengan bukan aliran agama (Fakulti Kejuruteraan, Sains, Sastera dan lain-lain). Walaupun mereka menyertai PMIUM, tetapi hierarki kepimpinan utama dipegang oleh golongan-golongan aliran agama. Alasannya, dalam urusan persatuan dan agama, golongan agama lebih arif berbanding dengan golongan bukan agama.

Hujah yang sama turut digunakan oleh golongan bukan agama iaitu, dalam mengurus persatuan tidak membabitkan soal agama, justeru itu kepimpinan wajar dibahagikan secara adil tanpa mengira latar belakang aliran akademik.

 

artikel ini pernah tersiar dalam Akhbar Mahasiswa, Januari 2004

 

Di sebalik tabir - Pelajar Islam kampus

oleh

Kamal Azman

(kamal_azman@yahoo.com)

 

SUHAIMI Al Maniri, (1995) dalam bukunya "Di Sebalik Tabir Politik Kampus" menjelaskan suasana kampus sebenarnya tidak setenang sebagaimana disangka kerana di sebalik tabirnya berlaku krisis kumpulan dan pergelutan merebut kerusi antara gerakan-gerakan yang berlabelkan Islam.

Pergolakan yang dimaksudkan itu adalah di antara mahasiswa pro Islam, iaitu antara mahasiswa berkecenderungan Parti Islam SeMalaysia (PAS). Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Islamic Representative Council (IRC).

Walaupun pada dasarnya matlamat kumpulan ini sama tetapi corak pendekatan dan methologi

berbeza menyebabkan berlaku kontflik dan pergeseran yang berpanjangan antara satu sama lain. Masing-masing berlumba-lumba mengenengahkan identiti, keistimewaan dan organisasi. Pada awalnya mereka mendakwa untuk memperkemaskan gerakan dakwah, tetapi pada akhirnya bertukar menjadi medan merebut kuasa politik dalam pilihan raya kampus.

Disebabkan terdapatnya halangan dari Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), maka badan-badan ini berselindung di sebalik nama-nama tertentu supaya kehadiran mereka di kampus tidak begitu ketara.

Tentunya rumusan yang dikemukakan oleh Suhaimi Al Maniri mempunyai asas yang kukuh berdasarkan kaedah participation observation dan pengalainan sebagai aktivis mahasiswa ketika memegang jawatan exco Persatuan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia sesi 1985/

1986.

Pendapat yang sama turut dikongsi oleh Zainah Anwar (1990) dalam bukunya "Kebangkitan Islam di Kalangan Pelajar". Menurutnya institusi usrah dijadikan alat untuk memperkembangkan kegiatan dakwah dan kaderisasi. Apabila masing-masing berjaya mengembangkan keahlian melalui institusi usrah, pada akhirnya akan berlaku pergelutan dan perebutan kuasa. Katanya lagi, perpecahan dan persaingan kumpulan Islam di kampus, betul-betul membayangkan perjuangan pertubuhan "induk" mereka. Persaingan antara ABIM dan PAS paling hebat. Ini berbeza dengan jemaah tabligh dan Darul Arqam yang tidak berminat berpolitik.

Wan Norhayati Wan Alias, bekas aktivis Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia dalam pengakuan berusmpah (2001) turut mendedahkan bahawa dalam “Tamrin Jelas Fikrah” turut diterperincikan susur galur dan perbandingan antara gerakan-gerakan Islam di Malaysia. Yang disentuh adalah PAS, ABIM, JIM dan Tabligh. Sudah tentu pada pengakhiran tamrin itu, semua gerakan-gerakan Islam yang lain tidak menepati kehendak Islam kecuali PAS, lantaran kerana program itu dianjurkan oleh kumpulan yang mendokong prinsip dan aliran PAS. Begitu juga jika sekiranya program dianjurkan oleh ABIM, JIM atau Tabligh. Pada kesimpulan akhirnya kaedah mereka yang benar-benar menepati kehendak Islam.

Susur galur sejarah yang berbeza-bcza turut mempengaruhi sikap permusuhan itu. PAS dilihat

sebagai pertubuhan politik, ABIM berkonsepkan non-partisan, berusaha mengenengahkan pendekatan rasional dan intelektual dalam Islam, IRC melihat PAS dan ABIM, tidak cukup Islamik khususnya dalam bidang tarbiyyah dan penghayatan Islam.

PAS golongan ustaz

ABIM dan IRC melihat PAS tidak lebih daripada pertubuhan politik yang sama dengan UMNO. Hujah ini mempunyai asas kerana PAS ditubuhkan oleh bekas pengerusi Badan Agama UMNO. Ditubuhkan tahun 1951 oleh Tuan Haji Ahmad Fuad bin Hassan (1951-1953) setelah kalah bertanding merebut Yang Dipertua Agong UMNO dengan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj. Kepimpinan PAS seterusnya disambung oleh Dr Abas. Aziz (1953-1956), Dr Burhanuddin Helmy (1956-1964) dan Dato Asri Muda (1964-1982). Walaupun tokoh-tokoh di atas menjadi Yang Dipertua PAS namun mereka telah dilabel bermazhab nasionalis dan sekularis oleh ahli mereka sendiri.

Kekalahan PAS di Kelantan dalam pilihan raya umum tahun 1982 telah memunculkan protes golongan 'ustaz' khususnya dari Timur Tengah menolak pemikiran nasionalis dalam PAS. Dato Asri dianggap sebagai proksi pemikiran “tidak jelas” (nasionalis dan sekularis), dipaksa letak jawatan, Ustaz Yussof Rawa (1983-1990) mengambil alih teraju kepimpinan Pas. Selalunya fikiran “idak jelas” dirujuk kepada individu yang bukan berlatar belakang agama secara formal. Pengukuhan kepimpinan ustaz diperteguhkan dengan pembentukan Dewan Ulama PAS di bawah kepimpinan Ustaz Fadhil Noor (1990-2002) dan Ustaz Haji Hadi Awang (2003-sekarang). Tujuan utama perletakan benteng Dewan Ulama itu adalah untuk memastikan kepimpinan PAS tidak lagi dipimpin oleh golungan"tidak jelas" ini.

PAS juga melihat ABIM dan IRC sebagai gerakan Islam yang "tidak jelas". Tambahan pula kebanyakan pimpinan utama yang menerajui kepimpinan ABIM dan IRC adalah bukan berlatarbelakangkan pendidikan agama secara formal. Mereka adalah golongan pendidikan sekular yang berminat dengan Islam.

ABIM Anwar Ibrahim

ABIM selalu disinonimkan dengan Anwar Ibrahim. Pengaruh Anwar begitu mencengkam kerana memimpin ABIM selama lapan tahun (1974-1982). Memandangkan nama Anwar dan ABIM terserlah ketika itu, ramai penganalisis politik berkeyakinan Anwar akan masuk PAS bagi menggantikan kepimpinan Asri yang dilihat sekular. Sebaliknya Anwar menyertai UMNO pada tahun 1982. Ramai yang bersependapat keputusan Anwar tidak menyertai PAS bukanlah sesuatu yang pelik kerana Anwar telah menghitung masa depan politik peribadinya sendiri. Kemunculan gelombang golongan ustaz untuk berkuasa, slogan menumbangkan pemikiran "tidak jelas" dalam PAS dan perletakan benteng Dewan Ulama PAS merupakan faktor-faktor yang telah difikirkan Anwar. Pada kaca mata PAS, ABIM adalah Anwar, maka tidak menghairankan jika kepimpinan ABIM selepasnya, Siddiq Fadhil (1982) dan Muhamad Nur Manurty (1991) dilihat lebih mirip untuk memperkemaskan kedudukan Anwar di dalam UMNO.

Konsep Kerahsiaan IRC

Berbeza dengan PAS dan ABIM yang ditubuhkan di Malaysia, IRC pula ditubuhkan di United Kingdom mellaui pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di sana. Ditubuhkan di Brighton pada 1974 di bawah pimpinan Abang Abdullah (Dekan Fakulti Kejuruteraan, Universiti Pertanian Malaysia) yang terpesona melihat gerakan Islam Ikhwan Muslimin berjuang secara radikal di Mesir. Seperti pemikiran Syed Qutb, salah seorang pemimpin Ikhwan yang mati digantung oleh kerajaan Mesir, jiwa IRC juga turut terkesan. Bagi mereka Malaysia tidak Islamik, tidak demokratik sama seperti Mesir.

IRC bergerak secara bersembunyi bukan setakat tidak menyenangi pemerintah Malaysia malah turut tidak menyenangi saingan terdekat iaitu PAS dan ABIM. Sikap "kerahsiaan" (sirr) menebal yang dianuti oleh ahli-ahli menyebabkan pihak kawan dan lawan sentiasa mencurigai pergerakannya.

Pada tahun 1990, IRC didaftarkan di Malaysia sebagai sebuah NGO dakwah yang diberi nama Jemaah Islah Malaysia (JIM) dengan Saari Sungip sebagai presiden pertamanya.

Dari satu segi ABIM dan IRC adalah sama kerana kedua-dua diasaskan oleh golongan berpendidikan sekular dan kedua-duanya merupakan pertubuhan bukan parti politik. Tidak ada garis permisah yang besar antara ABIM dan IRC kecuali orientasi dan tahap perlaksanaan misi organisasi.

Pada tahun 1982, dianggap tahun kritikal antara ketiga gerakan Islam itu seperti mana ditulis oleh Suhaimi Al Maniri, (1995): “Kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO telah menyebabkan suasana politik kampus bertukar corak khususnya di kalangan gerakan mahasiswa Islam kerana sebelum ini, beliau dilihat "sealiran" dengan perjuangan PAS dan sering memusuhi UMNO.

PAS seolah-olah mengakui hakikat ini bila mana mereka dengan mudah menyerahkan perkaderan aktivis mahasiswa Islam kepada ABIM yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim. Tetapi selepas saat itu, PAS mengambil sikap yang lebih drastik dengan membentuk kumpulan mereka sendiri di kampus-kampus. Pada masa ini perpecahan di kalangan aktivis mahasiswa Islam telah bermula mengambil masa yang agak lama di mana setiap kampus mengambil pendirian yang berbeza. Tetapi sekitar tahun 1985, keadaan semakin jelas di mana PAS dan ABIM tidak lagi saling bantu membantu seperti sebelumnya.

Dalam masa peralihan ini, muncul kumpulan IRC yang "bersimpati" dengan PAS. Sejak mula lagi ada pihak yang merasakan tertipu untuk kedua kalinya tetapi suara ini tidak begitu lantang kerana IRC lebih laju "memukul" ABIM berbanding dengan PAS ekoran peristiwa Anwar Ibrahim. Tetapi di sekitar tahun-tahun 1985/86 kecurigaan terhadap IRC semakin meluas dan mencapai kemuncaknya sekitar tahun 1988/89 di mana kedua-dua kumpulan ini menamatkan 'perkongsian' mereka di kampus.

ABIM 'lumpuh' di kampus-kampus sekitar awal 1980 an, kepimpinan pelajar Islam dalam Persatuan Mahasiswa Islam atau PMI (di UKM dikenali sebagai Ikatan Studi Islam) dikuasai oleh mahasiswa yang pro PAS bersama IRC berdasarkan “teori 50-50” dalam membahagikan kuasa eksekulif kepimpinan kepada dua pihak ini.

Di akhir 1980’an, Pas dan IRC telah beradu kekuatan di kampus untuk menentukan tampuk kepimpinan pelajar. Keputusannya pelajar-pelajar Islam masih memihak kepada pro PAS menyebabkan IRC tersingkir dari kepimpinan PMI. Keadaan ini jelas berlaku di Universiti Kebangsaan Malaysia.”

 

artikel ini pernah tersiar dalam Akhbar Mahasiswa, Disember 2003

 

 


 

 

 

 

 

 

Tanpa dokumentasi rakaman gerakan pelajar akan pupus ditelan zaman

oleh

Kamal Azman

(kamal_azman@yahoo.com)

 

Saya mengambil masa dua tahun untuk menyusun semula buku "Politik Kampus Di Sebalik Tabir", karya Mohd Shuhaimi Al Maniri. Kandungan asal dikekalkan cuma diedit dari segi tatabahasa. Turut disertakan juga beberapa tambahan berkaitan dengan sinopsis setiap bab yang saya buat setiap bab. Saya juga bercadang untuk membuat beberapa ulasan-ulasan selanjutnya yang sduah tentu akan mengambil masa yang lebih lama lagi.

Secara umumnya saya amat kagum dengan kegigihan penulis merakamkan detk-detik sejarah gerakan pelajar dari pelbagai universiti. Penulis sendiri adalah bekas exco Persatuan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (sesi 1985/86), tetapi yang lebih mengagumkan beliau dapat merakamkan semua dokumen bukan sahaja dari universitinya atau zamannya malah ke universiti lain, iaitu Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti Sains Malaysia. Tentunya penulis terpaksa menghabiskan banyak masa untuk mengumpulkan pelbagai dokumen, mewawancara aktivis dan bekas aktivis, dan memikir dan menyusun semula hingga berjaya ditulis dalam bentuk buku. Hanya orang yang benar-benar berminat tentang gerakan pelajar sahaja mapu melaksanakan tugas ini dan sudah tentu kelahiran buku ini bukan bertitik tolak daripada keuntungan komersial kerana buku yang seumpama ini mempunyai bilangan pembaca yang terhad.

Selain daripada lima universiti yang disenaraikan oleh penulis, beberapa universiti lain nampaknya diabaikan oleh penulis. Antaranya Universiti Teknologi Mara, Universiti Perguruan Sultan Idris, Universiti Utara Malaya. Meskipun gerakan pelajar di ketiga universiti itu tidak kurang menariknya, tetapi semua rakaman sejarah di universiti berkenaan akan luput dalam sejarah kerana tidak dibukukan. Begitu juga rakaman sejarah Universiti Islam Antarabangsa tidak dibuat secara terperinci kalau dibandingkan dengan Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Begitu juga dengan Universiti Putra Malaysia. Hal ini amat kita maklum kerana kesukaran penulis untuk mendapatkan bahan-bahan dan melibatkan masa yang lebih panjang dan sudah tentu penulis amat bergantung kepada bahan tulisan yang pernah diterbitkan dalam media massa sebelum ini.

Skop perbincangan amat luas, bermula dari tahun 60-an hingga tahun awal tahun 90-an. Senerio politik kampus selepas tahun 90-an adalah rentetan daripada tahun-tahun sebelumnya, tetapi mula berubah pola selepas zaman reformasi.

secara umumnya pola gerakan pelajar bolah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu zaman sebelum AUKU dan selepas AUKU dan bahagian kedua adalah zaman sebelum reformasi dan selepas reformasi. Penulis hanya menumpukan kepada bahagian pertama dan tidak ada seorang penulis pun yang mengupas (secara mendalam) tentang pola yang kedua. Tentunya penulisan pola yang kedua lebih menarik kerana gerakan pelajar terpaksa menyesuaikan dengan perubahan zaman globalisasi.

Saya selaku penyusun dan peminat gerakan pelajar akan cuba meluangkan masa untuk merakamkan detik-detik bersejarah itu khususnya mengupas persoalan yang kedua. Saya juga secara berperingkat-peringkat akan mengulas setiap bab dan ulsan umum dari pelbagai dimensi daripada buku politik kampus di sebalik tabir itu.

Kepada semua peminat gerakan pelajar, harap sudi membaca tulisan-tulisan saya dan kepada sesiapa yang berminat untuk bertukar-tukar idea harap dapat menghubungi saya melalui mail seperti yang tertera di atas.


"Sudut Pidato" dan "Kelab Sosialis" pencetus politik kampus

 

Oleh

Kamal Azman

(kamal_azman@yahoo.com)

Buku "Di Sebalik Tabir Politik Kampus" dalam bab pertama bertajuk " Politik Kampus Sepintas Lalu" dipecahkan kepada tajuk kecil iaitu; pengenalan, aktiviti politik kampus, pilihanraya kampus dan percaturan politik kampus.

Gerakan siswa bermula seawal tahun 60-an berpusat di Universiti Malaya. Sudut pidato yang diperkenalkan pada 27 Mei 1966 menyemarakkan lagi minat siswa untuk berpolitik kerana hampir kesemua demonstrasi yang diadakan selepas tarikh itu dimulai dengan perbahasan di sudut pidato itu.

Penubuhan Kelab Sosialis Universiti Malaya lebih menyemarakkan lagi kegiatan politik pelajar khususnya aliran sosialisme.

Fahaman sosialisme begitu mendominasi pelajar pada awal dan pertengahan tahun 60-an,meskipun telah muncul aliran pelajar berfahaman islamis, namun kumpulan itu masih dianggap lemah. Pada 13 Mei 1969 kedua aliran pelajar ini telah bergabung tenaga menyertai demonstasi 13 Mei dan sebelumnya mengadakan protes anti-Tunku (Tunku Abd. Rahman), Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Kepulangan pelajar-pelajar dari Timur Tengah pada tahun 70-an, yang menjadi tenaga pengajar di dalam kampus dan aktivis masyarakat telah menguatkan kumpulan pelajar Islamis. Aktivis-aktivis pelajar bekas pelajar telah menubuhkan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Kebangsaan(PKPIM) dan seterusnya Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM) yang memberi impak besar kepada pergerakan politik kampus.

PKPIM dan ABIM merupakan badan luar yang berjaya menyerap masuk ke dalam kampus menggunakan faltform rasmi pelajar iaitu Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya(PBMUM) dan Persatuan Mahasiswa Islam Univesiti Malaya(PMIUM).

Manalaka kepulangan pelajar-pelajar dari barat terutamanya United Kingdom, telah menyebabkan pengaruh Islamic Representative Council (IRC) telah mula menular ke dalam kampus. Mereka bergerak secara rahsia dan mempunyai pengikutnya yang tersendiri.

Pada ketika itu pelajar proPAS, proABIM dan proJIM, berlandaskan flatform PMIUM dan PBMUM saling bekerjasama untuk menentang pengaruh sosialisme.

Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya(PMUM) merupakan badan pelajar yang menjadi rebutan antara dua kumpulan ini.Penulis bersetuju pada awal tahun 80-an kumpulan islamis telah mula mendominasi dan menguasai sepenuhnya kampus tersebut.

Mengikut penulis kebangkitan pelajar aliran islamis yang berlainan kumpulan itu pada akhirnya, telah menyebabkan perebutan kuasa antara satu sama lain. ABIM, PAS dan JIM berlumba-lumba untuk mencari pengaruh dan menawan hati siswa/i kampus.

Pada pertengahan 80-an, penulis mengatakan aliran politik pelajar telah menyaksikan pertembungan baru antara dua kumpulan pelajar iaitu; pelajar proUMNO dengan proPAS. ABIM dan IRC membentuk kumpulannya sendiri dan bergerak secara sendirian ataupun melakukan kerjasama antara kedua kumpulan besar itu.Pada awal 80-an bekerjasama dengan kumpulan proPas tetapi pada awal 90-an bekerjasama pula dengan pelajar proUMNO pula.

Manakala Tabligh dan Arqam tidak berminat untuk berpolitik.

Walaupun pada asasnya mahasiswa terikat dengan AUKU tetapi mahasiswa telah bergerak secara underground mencorakkan politik negara. Pada pilihanraya umum 1990 mahasiswa proPAS membentuk "Gabungan Pelajar Islam Semenanjung"(GAMIS) dengan manifestonya "Selamatkan Malaysia Dengan Mewujudkan Keadilan, Kebebasan dan Kebenaran". Manakala mahasiswa proUMNO menubuhkan "Angkatan Mahasiswa Negara"(AMAN). Kedua-dua kumpulan pelajar ini terlibat secara langsung dalam pilihanraya umum negara.

Menurut penulis, oleh kerana peranan pelajar amat penting dalam politik negara, kedua-dua parti UMNO dan PAS menubuhkan biro pelajar di bawah sayap pemuda masing-masing. Pemuda UMNO menubuhkan Biro Hal Ehwal Pelajar(HEP) manakala Dewan Pemuda PAS menubuhkan Jawatankuasa Pelajar PAS(JPP).

 Kelesuan berpunca daripada penguatkuasaan AUKU

Oleh

Kamal Azman

(kamaazman@hotmail.com)

 

Maksud penulis "tragedi kelesuan politik kampus" apabila wujudnya kontradiksi di antara dua zaman iaitu zaman sebelum AUKU(1960-1974) dengan zaman selepas AUKU (1975-1990). Zaman sebelum AUKU penuh dengan kontraversi, demonstrasi dan antiestablisment, manakala selepas AUKU bercorak dalaman, sederhana dan kebajikan pelajar.

Penulis mengupas persoalan-persoalan asas yang diistilahkan "tragedi kelesuan" dengan melemparkan bentuk-bentuk persoalan.Benarkah mahasiswa menggugat? gerakan mahasiswa tergugat? AUKU punca kelesuan? Kerajaan tidak terlibat dalam melesukan politik kampus? HEP berpolitik? MPP tidak berfungsi? Mahasiswa tidak boleh berpolitik? Program orentasi gagal?, Ancaman 3D? dan Imej pondok kampus?

Apa kaitan persoalan itu dengan tragedi politik kampus? Pada penulis, faktor-faktor kelesuan berpunca daripada sikap aktivis mahasiswa, AUKU, MPP, HEP dan kerajaan(Menteri Pendidikan). Semua jawapan itu terangkum dalam persoalan-persoalan yang dikemukakan itu.

Turut dikupas mengenai 'sindrom' atau tanggapan negatif sesetengah pihak berkenaan imej politik kampus-'sindrom 3D' dan 'imej pondok'.

Penulis telah membawa kita menghayati kegiatan siswa sebelum AUKU(sebelum 1970) yang disimpulkan sebagai boleh menggugat kerajaan. Muhamad Abu Bakar dalam bukunya "Mahasiswa Menggugat" meletakkan dua frasa kegiatan siswa ini. Frasa pertama dinama frasa permulaan(1959-1965). Pada frasa ini, kegiatannya kurang menggugat hanya tertumpu kepada aspek dalam kampus dan kebajikan. Frasa kedua dinamakan frasa peralihan(1965-1970).

Maksud frasa peralihan ialah peralihan daripada tumpuan dalaman kampus dan kebajikan kepada aspek luaran dan kebajikan masyarakat luar kampus kepada zaman kontraversi dan demonstrasi. Sudut pidato(Hisyamudin Rais,1966); demonstrasi anti-AS-Hanoi-Haiphong,(Anwar Ibrahim,1966); pembelaan Hamid Tuah(Hisyamuddin Rais,1967) anti-Rusia-penaklukan Czechoslovakia(Anwar-1968),anti-Tengku(Anwar Ibrahim,1969), .Membantah pemecatan Abd. Rahman Yaacub-Menteri Pelajaran(Anwar Ibrahim, 1970),Demo Papan Tanda UM(Anwar Ibrahim, 1970),demo anti-AUKU(Anwar Ibrahim, 1971), Demonstrasi Baling(Anwar Ibrahim, 1974) dan demonstrasi Tasik Utara (Hisyamuddin Rais, 1974)

Kemuncaknya, kuasa siswa berusaha untuk 'merampas kuasa' pentadbiran universiti yang telah dilakukan oleh "Majlis Tertinggi Sementara"(MTS-Anwar Ibrahim) pada 20 September 1974. Tetapi tidak lama kemudian kumpulan pelajar lain yang bergelar "Majlis Tertinggi Nasional"(MTN-Hamzah Zainuddin) berjaya mengambilalih kuasa dan menyerahkan kepada naib canselor semula.

Selepas zaman AUKU, "sudut pidato" telah dibenar semula oleh naib canselor Universiti Malaya, Dr. Syed Hussein Alatas pada tahun 1989, malangnya sudut pidato yang cuba dihidupkan semula itu tidak dipersetujui oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut penulis, tindakan membatalkan sudut pidato sebagai "double standard" dan membantutkan kelahiran aktivis pelajar kerana Datuk Seri Anwar, sebelum menjadi menteri pendidikan merupakan suara siswa yang paling lantang menganjurkan demonstrasi dan menentang AUKU.

Penulis seolah-olah menyalahkan faktor kelesuan politik kampus ini berpunca daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri, kerana tokoh pelajar itu dianggap penulis sebagai 'orang yang memahami' dan 'dilahirkan atas flatform pelajar', kini telah mempunyai kuasa untuk merubah-sebagai menteri pendidikan(1986-1990)-tetapi telah bertukar pula menjadi faktor penghalang pula dan berusaha mempertahankan status quo yang sedia ada.

 

"Perebutan Kuasa Politik Di Kampus": Antara proPAS, ABIM, IRC & Nasionalisme

Oleh

Kamal Azman

(kamal_azman@yahoo.com)

Penulis begitu yakin meletakkan "faktor Anwar" menyertai UMNO(1982) sebagai faktor berlakunya perebutan kuasa politik di kampus. Sebelum 1982, Anwar melalui PKPIM dan ABIM (1974-1982)telah dilihat 'proPAS' dengan memberi restu kerjasama antara pelajar proABIM @ PKPIM bekerjasama dengan pelajar proPAS dalam satu barisan yang dinamakan "Barisan Islam".

Sejak itu, PAS semakin agresif menggerakkan jentera pelajar proPAS untuk menguasai secara total persatuan dan kelab-terutamanya Persatuan Mahasiswa Islam(PMI) yang sebelum ini dikongsi bersama(dengan ABIM) apabila dirasakan pelajar proABIM dan proPKPIM mula menunjukkan kecenderungan untuk menyokong kemasukan Anwar ke dalam UMNO. Pada tahun 80-an, penulis mengatakan pelajar proPAS telah menyapu bersih semua kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IPTA.-kecuali Universiti Islam Antrabangsa Malaysia (UIAM).

Pelajar proABIM mula merasakan penentangan pelajar proPAS dengan tersingkirnya Angkatan Tindakan Mahasiswa (ATMA) yang dilabel sebagai proksi ABIM dalam pilihanraya kampus UKM 1985/86. Begitu juga pelajar proABIM gagal mengekalkan kekuasaannya di UIAM pada sesi 1991/2 dan 1992/3.Menyedari kelemahan itu, pelajar proABIM mula menyusun strategi baru dengan memperkuatkan jentera dan kerjasama dengan pelajar proNasionalisme dan seterusnya menguasai dan mengetuai kumpulan pelajar proUMNO.

Pelajar proIRC pula, digambarkan penulis sebagai kumpulan yang mengambil kesempatan. Pada mulanya, memperburuk-buruk Anwar (ABIM) di atas sikap yang dianggap 'menyeleweng' atau 'tidak jelas' dalam perjuangan itu dan bekerjasama dengan pelajar proPAS dalam kepimpinan PMI dan MPP. Menurut penulis, niat pelajar IRC tidak ikhlas dalam kerjasama itu-berhasrat untuk menguasai kepimpinan-apabila cita-cita itu tidak tercapai, pelajar proIRC mula menjalinkan kerjasama dengan pelajar proABIM dan proNasionalisme pada pengakhiran tahun 80-an..

Satu lagi kumpulan ialah kumpulan pelajar proNasionalisme..Tetapi penulis hanya menulis secara sepintas lalu mengenai kumpulan ini-seolah-olah tidak wujud dan tidak mempunyai rekod yang terperinci berbanding dengan ketiga-tiga kumpulan gerakan Islam tadi.Mungkin penulis kurang mendapat sumber mengenai kewujudan kumpulan ini dan penulis mula memberi perhatian apabila pelajar proABIM, dan proIRC mula mengabungkan diri dalam kumpulan proNasionalisme pada awal tahun 1990-an dengan hanya dikenali sebagai kumpulan pelajar proUMNO.

Pelajar proABIM dan IRC yang pada mulanya sekadar ingin membantu telah berjaya menguasai dan mengetuai pelajar proUMNO menyebabkan pelajar pronasionalisme-telah menjadi kumpulan yang disisih sekali lagi. Penulis turut menyentuh mengenai peranan Kamaruddin Jaafar, bekas Setiausaha Agung ABIM yang merencanakan percaturan politik pelajar proUMNO tetapi tidak menyentuh peranan Institut Kajian Dasar (IKD) dalam percaturan politik kampus itu.

Manakala kumpulan keempat adalah pelajar Cina yang menjadi penentu dalam percaturan kuasa antara keempat-empat kumpulan itu.

Secara umumnya 'perebutan kuasa' yang dimaksudkan penulis -sekitar tahun 80-90-an-adalah perebutan kuasa antara pelajar proPAS dan proUMNO. Pelajar proPAS telah bergerak secara sendirian, manakala pelajar proUMNO bergabung kuasa antara empat pihak iaitu proABIM, proIRC, proNasionalisme dan pelajar Cina.

tahun/kumpulan

1970-1980

1982

1983-1990

1990-an

ProPAS

ProPAS,ABIM & IRC bergabung dalam Barisan Islam

menguasai kampus secara total

Mulanya bergabung dengan IRC dan kemudian bergerak sendiri-menguasai kampus secara total

Pengaruh mula tergugat

ProABIM

sokong Anwar

pengaruh semakin merosot-mula bergabung dengan proUMNO

Mula berpengaruh

ProIRC

antiAnwar-bergabung ProPAS

Mulanya bergabung dengan PAS kemudian bergabung dengan ABIM menyokong proUMNO

Mula berpengaruh

ProNasionalisme

bergerak sendiri

bergerak sendiri

Disokong oleh ABIM dan kemudian IRC

Dikuasai oleh ABIM dan IRC

Pelajar Cina

bergerak sendiri

Menyokong proUMNO

Menyokong proUMNO

Menyokong proUMNO

 

Dalam bab ini penulis turut menyentuh mengenai gabungan pelajar antara universiti. Pada zaman sebelum AUKU terdapat dua badan gabungan yang berdaftar iaitu Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung(GPMS). Satu lagi badan gabungan tidak berdaftar telah ditubuhkan dengan gelaran Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia(PKPM).

Selepas zaman AUKU, gabungan pelajar antara MPP dibentuk yang dinamakan Barisan Bertindak Mahasiswa Negara(BBMN). Gabungan pelajar Islam pula dikenali sebagai Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung(GAMIS). Manakala barisan proUMNO menubuhkan gabungan yang dinamakan Angkatan Mahasiswa Negara (AMAN)

Dakwa penulis, GAMIS(proPAS) dan AMAN (proUMNO) telah terlibat secara langsung dalam pilihanraya umum 1990.

 

 

 

Sejarah

Assalamualaikum,

 Walaupun laman ini dikuasai oleh UMNO buat masa kini (oleh itu kena berhati2 dan kena berani menapis) tapi kita boleh mengutip prbhsn yg boleh diambil iktibar dan tidak melarut2 tapi berbentuk fakta2...

  Ingat! Kebanyakan motif mereka (pengendali idealismahasiswa ini) yg lebih kearah UMNO mendedahkan kisah lama ialah utk memperlagakan aktivis2 Islam atau pejuang2 Islam yg berbagai aliran. Kisah ini sebagai iktibar dan bukan sebagai pemecah belah!!!

 

Sejarah Perpecahan Gerakan Islam Malaysia - Penubuhan IRC Tidak Perlu ?

 oleh Ayah Hasan Firdaus
[Risalah "Gerakan Islam - Satu Sejarah Dan Pengalaman" Madrasah Muttaqin, Kajang, Selongor, 1989]

GERAKAN ISLAM

 

Apakah yang dimaksudkan dengan Gerakan Islam atau Harakah Islamiah ?

Sebelum itu kita cuba memahami dulu maksud perkataan jamaah. Menurut Hadith yang masyhur tiga orang yang bermusafir hendaklah melantik seorang amir atau ketua dari kalangan mereka. Dalam perkataan lain tiga (atau lebih) orang yang sedang bermusafir dikehendaki menubuhkan sebuah jamaah. Bagaimanapun jamaah ini bersifat sementara sebab sekembalinya musafirin tersebut ke tempat asal mereka jamaah pun dibubarkan

 

Berdasarkan kepada pengertian ini setiap pertubuhan atau organisasi, sama ada berdaftar dengan Pejabat Pendaftaran atau tidak, adalah sebuah jamaah. Harakah (Gerakan) bolehlah ditakrifkan sebagai sebuah jamaah yang bergerak/bergiat/berjuang bagi mencapai matlamat yang lebih besar seperti menegakkan ideologi dan cara hidup dengan melibatkan massa atau orang ramai. Oleh itu satu golongan massa yang berjuang bagi menegakkan demokrasi contohnya adalah satu gerakan atau harakah, dan dipanggil Gerakan Demokrasi atau Harakah Demokrasi. Begitu juga dengan Gerakan Nasionalisme bagi menegakkan ideologi dan cara hidup yang berlandaskan perkauman, dan Gerakan Komunis bagi menegakkan sistem komunis, dan sebagainya.

 

Apa yang dinamakan Harakah Islamiah atau Gerakan Islam merupakan satu jamaah yang berjihad bagi menegakkan sistem hidup Islam (Nizomul Hayatul Islami). Tergolong dalam takrif ini termasuklah jamaah-jamaah Tabligh, Al-Arqam, ABIM, IRC dan PAS.

 

Harakah Islamiah Syumuliah pula adalah sebuah jamaah yang bermatlamat menegakkan Sistem Hidup Islam yang lengkap (komprehensif), lengkap dari segi keahlian (ulamak, intelek, profesional, petani, buruh, nelayan, dsb.) dan juzuk-juzuk kehidupan (siasah/politik, ekonomi, perundangan (syariat), ketenteraan, dakwah/tabligh, pendidikan (tarbiyah), dsb.) Oleh kerana kesemua ini hanya boleh dilaksanakan dengan tertegaknya sebuah Negara Islam atau Daulah Islamiah, keutamaan perjuangan diberikan kepada jihad dalam bidang siasah, dakwah dan tarbiyah, di samping tidak mengabaikan bidang-bidang lain. Matlamat perjuangan adalah untuk mengembalikan kekuasaan kepada orang-orang mukmin yang bertaqwa dan menyambung semula Khalifah Rashidah.

 

Di negara kita Harakah Islamiah terbesar dan paling berpengaruh yang menepati takrif ini hanyalah PAS. Di negara-negara lain harakah-harakah yang setanding adalah Ikhwanul Muslimin di Meslr, Jamaatul Islami di Pakistan, Partisi Refah di Turki. Kesemua jamaah ini terlibat di dalam pilihanraya bagi menegakkan Negara Islam, sungguhpun pilihanraya diyakini bukan jalan tunggal untuk mencapai matlamat. Di negara-negara lain yang tidak membenarkan Ummah Muslimin mengambil bahagian di dalam pilihanraya, ataupun negara berkenaan tiada pilihanraya, perjuangan mengambil bentuk jihad bersenjata dan/atau jihad bawah tanah. Contoh jihad bersenjata termasuklah Mujahidin Afghanistan, Mujahidin Patani, Mujahidin Eriteria dan Mujahidin Moro. Contoh jihad bawah tanah ialah Mujahidin di negara-negara komunis, Iraq dan Syria.

 

Apabila sahaja Negara Islam dapat ditegakkan Harakah Islamiah tidak lagi berfungsi seperti sebelumnya, dan sistem pemerintahan kini berpandu kepada pemerintahan Rasulullah (saw) dan Khalifah-Khalifah Rashidah, khasnya Khalifah Abu Bakr AlSiddiq, Omar Ibnul Khattab, Osman bin Affan, Ali bin Abi Talib dan Omar bin Abdulaziz, semoga Allah meredhai kesemuanya.

 

GERAKAN ISLAM DI UNITED KINGDOM

 

Kita mulakan pembicaraan dengan melihat kepada Gerakan Islam di United Kingdom.Usaha dakwah di kalangan pelajar-pelajar Malaysia di United Kingdom sebenarnya bermula di Tanah Air sendtri iaitu di Institut Teknologi Kebangsaan (kini dinaikkan taraf kepada Universiti Teknologi Malaysia), sekitar hujung tahun 60'an dan awal 70'an. Sekumpulan pelajar, kebanyakannya pelajar-pelajar kejuruteraan, telah dilatih dan ditarbiyah (dididik) oleh seorang pensyarah pinjaman dari Institut Teknologi Bandung bernama Pak Imaduddin Abdul Rahim untuk menjadi kader-kader dakwah.

Pada awal tahun 70'an perjuangan Islam di Malaysia didukungi oleh dua kumpulan (jamaah/harakah) terbesar: Parti Islam Se Malaysia, PAS (wadah berpenekanan politik) dan Angkatan Belia Islam Malaysia, ABIM (wadah belia dan non-partisan). Bagaimanapun, hubungan antara keduanya adalah erat bak kata pepatah seperti isi dengan kuku, tiap satu memainkan peranan yang saling menguatkan perjuangan Islam (complimentary roles). Kader-kader dakwah ini merasa diri masing-masing berintima' (bersama-sama) dengan ABIM dan PAS sekaligus. Oleh kerana medan perjuangan ABIM adalah di kalangan belia, usaha dakwah di kalangan pelajar dan siswa/i pada masa itu mempunyai hubungan hampir langsung dengan ABIM.

 

MELANJUTKAN PELAJARAN

 

 Di awal tahun 70'an juga, Kementerian Pendidikan telah melaksanakan polisi menghantar seberapa ramai yang mungkin pelajar-pelajar Bumiputera untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di United Kingdom. Di antara yang merebut peluang ini termasuklah sebilangan besar kader-kader tersebut. Menerusi program ini mereka dapat mendaftarkan diri di berbagai-bagai universiti dan politeknik di United Kingdom (U.K.). Walaupun demikian, sebahagian besar daripada mereka bertumpu di kawasan Brighton (Selatan U.K.) dan Glasgow (Selatan Scotland). Semasa di U.K. pelajar-pelajar ini berpeluang meneruskan perjuangan Islam disebabkan di sana sudahpun wujud dua kumpulan dakwah besar tiap satu mempunyai hubungan dengan jamaah induk masing-masing di India dan Pakistan. Kumpulan-kumpulan ini adalah Jamaah Tabligh dan United Kingdom Islamic Mission, [cawangan Jamaatul Islami (Maududi), Pakistan].

 

PERPECAHAN

 

 Pertemuan ini telah memberi pengalaman baru kepada kader-kader tersebut tetapi ada padahnya. Kumpulan yang sebelum itu merupakan satu ikatan yang padu dari segi fikrah dan tanzim telah terbelah dua - satu mengikut stail tabligh sementara satu lagi mengikut stail Jamaatul Islami yang juga menjadi manhaj harakah-harakah lain saperti PAS, ABIM dan Ikhwanul Muslimin, Mesir. Sudah menjadi resam perpecahan maka berlakulah tidak bertegur sapa, bermasam muka dan perbalahan antara kedua kumpulan tersebut di khalayak ramai. Perbalahan itu contohnya berlaku selepas solat Jumaat di mana pengikut Tabligh akan meminta orang ramai supaya tunggu untuk mendengar bayan (ceramah) dan ini ditentang oleh kumpulan satu lagi yang menganggap tindakan itu tidak syari' kerana seolah-olah menghalang orang ramai daripada pulang ke rumah masing-masing setelah selesai solat Jumaat.

 

PENUBUHAN IRC

 

 Lanjutan daripada itu timbullah kesedaran di kalangan beberapa orang daripada kader-kader untuk berusaha supaya kedua-kedua kumpulan bercantum semula. Usaha ini mengambil bentuk satu wadah atau platform yaNg dikenali sebagai Islamic Representative Council (IRC). Tepat dengan namanya, objektif utama IRC adalah untuk menjemput wakil-wakil daripada dua kumpulan tadi dan juga mereka yang mirip kepada Islam tetapi tidak menyertai mana-mana kumpulan untuk bersama-sama dalam satu majlis yang akan berusaha menyatupadukan semula pelajar-pelajar Islam. Maka diwujudkanlah usrah-usrah yang dianggotai oleh wakil-wakil tersebut.

Malangnya usaha yang murni itu gagal mencapai objektifnya - yang tabligh tetap tabligh, yang mirip kepada nasionalisme tetap dengan pegangannya sementara bakinya merubah corak IRC daripada satu platform semata-mata menjadi satu jamaah yang memiliki amir serta majlis syura dan tanzimnya sendiri. Bagaimanapun, IRC telah memilih jalan untuk menyembunyikan barisan kepimpinannya daripada pengetahuan dan penilaian ummah. Yang dapat dilihat oleh orang ramai hanyalah program-program dakwah dan rehlah. Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 1975/1976.

 

SUARA AL-ISLAM

 

Belum sempat IRC merasai ketenangan, kepimpinannya mula bergolak. Beberapa orang kepimpinan telah keluar daripada IRC dan menubuhkan jamaah baru yang diberi nama Suara Al-Islam. Perbezaan antara keduanya hanyalah pada cara perjuangan hendak diteruskan. IRC ingin cara yang berteraskan tarbiyah sementara Suara Al-Islam memilih cara radikal dan revolusioner yakni dengan menimbulkan isu-isu penting dan asas di tengah-tengah masyarakat dan dengan itu program tarbiyah tidak menjadi isu utama. Bagi mereka tarbiyah adalah pertembungan langsung dengan kuasa-kuasa toghut di dalam masyarakat.

 

Bagaimanapun, beberapa tahun selepas itu kepimpinan serta ahli-ahli Suara Al-Islam memilih jalan yang wajar dan menepati syara' untuk menyertai PAS sekembali mereka ke Malaysia. PAS memiliki ciri-ciri yang lebih lengkap yang merangkumi ciri-ciri perjuangan IRC dan Suara Al-Islam. Lagipun PAS merupakan harakah/jamaah tertua yang ditubuhkan oleh ummah Muslimin di Malaysia untuk berjuang bagi menegakkan Daulah Islamiah di negeri ini.

Satu babak penting dalam asam garam perjuangan Islam di Malaysia berlaku sekitar tahun 1976/77, iaitu apabila beberapa orang pemimpin dan ahli IRC kembali ke Tanah Air. Mereka bukan sahaja tidak mahu menyertai jamaah yang sedia ada iaitu ABIM-PAS, tetapi sudah mula mengkritik daripada luar kepimpinan perjuangan Islam masa itu. Kalau objektif asal IRC ditubuhkan adalah untuk menyatupadukan kumpulan-kumpulan yang berpecah di U.K., kini IRC (secara disedari ataupun tidak disedari ?) memainkan peranan sebaliknya iaitu untuk memecah dan melemahkan barisan perjuangan ummah yang telah bersatupadu seperti yang dituntut oleh Allah s.w.t. dalam surah As-Saff, ayat 4 :

 

"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh."

 

JAMAAH BARU DI MALAYSIA

 

IRC telah memilih jalan yang sangat-sangat ditegah oleh Allah dan Rasulnya iaitu menubuhkan jamaah baru di Malaysia sungguhpun sudah wujud jamaah Islam. Allah (s.w.t.) telah melarang tindakan ini secara keras dan jelas di dalam Kitab Suci AlQuran:

 

"Dan berpegang teguhlah kepada tali (agama) Allah, dan jangan kamu bercerai berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan antara hatimu, lalu jadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara." (Surah Ali Imran, Ayat 103)

"Sesungguhnya orang-orang yang memecah belahkan agamanya dan mereka menjadi bergolongan, tidak ada sedikitpun tangggungjawabmu terhadap mereka (mereka bukan daripada kamu - tafsir)." (Surah AlAn'am, Ayat 159)

 

Di samping itu terdapat juga banyak hadith Rasulullah (s.a.w.) yang melarang ummah daripada berpecah atau membuat jamaah baru: Sabda Baginda yang bermaksud "Hendaklah kamu bersama-sama Jamaah Muslimin dan pimpinan mereka." Lagi sabda Baginda yang bermaksud, "Berjamaah itu rahmat dan berpecah belah itu azab."

 

Pada masa yang sama kepimpinan ABIM dan IRC mengadakan rundingan bagi mencari jalan persefahaman demi untuk kebaikan perjuangan Islam. Maka satu persefahaman tidak resmi, atau tidak bertulis telah dicapai, iaitu ABIM tidak akan mengembangkan sayapnya ke United Kingdom dan sebagai balasan ahli-ahli dan kepimpinan IRC akan menyertai ABIM sekembalinya mereka ke Malaysia.

 

Sungguhpun ABIM telah menepati janjinya, sebahagian besar kepimpinan dan ahli IRC yang pulang ke Tanah Air tetap bertegas tidak mahu menyertai ABIM. Di antara tuduhan terhadap ABIM termasuklah matlamat perjuangan ABIM tidak jelas, tiada tarbiyah dll, meskipun aspek-aspek ini dapat diperbaiki dengan pernyertaan mereka ke dalam ABIM (jika benar IRC mempunyai matlamat yang jelas dan ada tarbiyah!). Lagipun tuduhan-tuduhan itu bukanlah hujjah-hujjah syara' dan boleh dipertikai. Anihnya, ABIM yang memiliki beberapa lulusan Al-Azhar dari kalangan kepimpinannya, malah ada yang mendapat tarbiyah Ikhwanul Muslimun, diragui tentang kejelasan perjuangan mereka oleh kumpulan yang rata-rata berpendidikan bukan-agama, yang mempelajari Islam selama sejam atau dua jam seminggu sahaja !?

IRC mulai bergiat di Malaysia khasnya di kalangan pelajar-pelajar dan kakitangan-kakitangan akademik universiti. Seperti yang dijangkakan, berlakulah peristiwa-peristiwa pijak memijak kaki satu sama lain dengan ABIM. Kepimpinan pelajar yang mempunyai hubungan langsung dengan ABIM cuba diambil alih oleh IRC. Akibatnya ABIM tidak ada pilihan lain kecuali mengembangkan sayapnya ke United Kingdom sebab ABIM menghadapi keadaan buntu di mana keahliannya dari kalangan lulusan United Kingdom semakin merosot. Maka ditubuhkanlah ABIM-U.K. sekitar awal 80'an.

 

 

PELAJAR-PELAJAR MALAYSIA BERPECAH LAGI

 

Dengan tertubuhnya ABIM-U.K. perpecahan di kalangan pelajar-pelajar Malaysia menjadi lebih buruk. Kini pelajar-pelajar Malaysia di Britain berpecah kepada empat kvunpulan besar - Tabligh, IRC, Suara Al-Islam dan ABIM di samping wadah nasionalist UMNO-U.K.

 

Berlakulah kepada pejuang-pejuang Islam di rantau orang apa yang tidak berlaku kepada penjajah British sendiri semasa mereka di negeri kita, iaitu perebutan kuasa sesama sendiri bagi mencari pengaruh. Masing-masing menyediakan strategi bagi merampas pertubuhan-pertubuhan pelajar seperti "Islamic Society" dan "Malaysian Student Society" di hampir setiap institusi di mana terdapat pertubuhan-pertubuhan seperti itu. Contohnya, apabila diadakan Mesyuarat Agong Tahunan sesebuah pertubuhan maka ahli-ahli akan mengambil tempat masing-masing di dalam dewan mesyuarat - sebelah dewan diduduki oleh ahli-ahli IRC sementara sebelah lagi oleh ahli-ahli ABIM.

Berlakulah tikam lidah antara kedua-dua puak masing-masing cuba menegakkan kepentingan puaknya. Begitu juga dengan tempat penginapan. Satu tempat didiami oleh orang-orang IRC dan orang-orang ABIM pula mencari tempat lain. Apabila diadakan kenduri maka ahli-ahli kumpulan sahaja dijemput. Panduan perkahwinan seperti yang diajar oleh Rasulullah (s.a.w.) diubah daripada empat perkara (ugama, keturunan, kecantikan dan kekayaan) kepada lima dengan ditambah satu lagi syarat, iaitu bakal suami/isteri hendaklah menjadi ahli jamaah yang sama

 

Jika direnung dengan tajam maka terasalah sedih dan malu terhadap apa yang berlaku. Islam adalah Ugama Suci, Ugama Benar, Ugama Tunggal Diridhai Allah tetapi malangnya "seolah-olah" ugama ini tidak mampu menyatupadukan satu kelompok umatnya yang kecil yang rata-rata terdiri daripada orang-orang yang boleh berfikir sendiri tanpa dipengaruhi oleh mereka yang berkepentingan. Yang sedihnya ini berlaku di rantau orang dan di negeri orang kafir pula. Sepatutnya orang-orang mukmin menunjukkan akhlak yang tinggi kepada orang-orang kafir sebagai contoh dan uswah hasanah supaya hati mereka dapat dijinakkan kepada Islam. Konsep ukhwah atau persaudaraan dalam Islam telah menjadi kabor, daripada menjadi sesuatu yang memisahkan antara iman dan kufur kepada sesuatu yang memisahkan satu jamaah Islam daripada jamaah Islam lain. Sebenarnya, Allah (swt) telah menganugerahkan kepada kita konsep ukhwah yang betul, iaitu seperti firmanNya:

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah bersaudara ... " (Surah Al-Hujurat, Ayat 10)

bukannya "Sesungguhnya orang-orang IRC sahaja bersaudara" atau "Sesungguhnya orang-orang ABIM sahaja bersaudara," atau sebagainya. Oleh itu berilah hak persaudaraan kepada setiap individu yang mengaku ia beriman kepada Allah dan Rasulnya. Allah (s.w.t.) telah menyatukan hati-hati orang-orang beriman dan menghapuskan permusuhan sesama mereka maka siapakah anda, dengan membuat jamaah baru, tergamak meletakkan hijab dan tembok antara individu-individu mujahid mukmin - yang satu mengikut anda sementara yang satu lagi mengikut jamaah yang sedia wujud ?

 

ABIM BERGOLAK

 

Satu lagi peristiwa penting yang menggemparkan keutuhan perjuangan Islam di Malaysia berlaku pada tahun 1982 apabila Saudara Anuar Ibrahim, iaitu Presiden ABIM mengisytiharkan dirinya menyertai parti asobiyah, iaitu UMNO. Akibatnya ABIM terpecah dua - satu kumpulan menyokong tindakan Sdr. Anuar dan yang satu lagi menentang. Mereka yang menentang kebanyakannya mengambil tindakan keluar daripada ABIM lalu menyertai PAS. Maka ramailah pejuang-pejuang Islam termasuk dari kalangan pelajar berduyun-duyun mula menyertai PAS yang dipimpin oleh satu barisan kepimpinan baru yang dinamik, berani dan berwibawa.

 

IRC BUNTU

 

IRC di Malaysia pada masa itu menghadapi keadaan yang sangat buntu di mana mereka yang inginkan Islam memberi thiqah dan walak kepada kepimpinen PAS sementara kepimpinan IRC masih "bersembunyi", tidak mengistiharkan siapa mereka. Oleh itu ummah tidak dapat menilai sejauh mana kepimpinannya berwibawa, apakah mereka itu berani berdepan dengan toghut ataupun tidak, ataupun mereka hanya berani menghentam toghut di dalam usrah dan tamrin tertutup saja yang dihadiri oleh orang-orang terpilih, apakah mereka benar-benar memiliki akhlak yang tinggi ataupun akhlak dan jamaah mereka lebih kepada indah khabar dari rupa. Apakah amir IRC seorang ulamak atau jurutera sahaja. Tahukah dia tentang selok belok ugama khasnya hukum-hukum feqah yang sememangnya menjadi pra-syarat kelayakan seseorang pemimpin Harakah Islamiah. Persoalan ini menjadi tandatanya kepada ummah supaya amir IRC dapat dipertanggungjawabkan di khalayak ramai terhadap setiap tindakan yang diputuskannya, sama ada sesuatu tindakan itu menepati syara' atau tidak.

 

Sebaliknya barisan kepimpinan PAS kebanyakannya adalah dari kalangan ulamak yang berwibawa, bukan sahaja bijak dan berani menjelaskan isu-isu ultra-sensitif seperti isu kemurtadan, kristiani-sasi dan hak-hak istimewa orang Melayu tetapi juga berani dikenakan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) malah ada yang telah syahid di jalan Allah, contohnya Almarhum Ustaz Ibrahim Mahmud bersama 13 orang sahabat di Memali (semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh-roh Syuhada' Memali).

 

STRATEGI BARU

 

Keadaan kebuntuan tersebut telah menyebabkan IRC merubah strateginya sekitar tahun 1982. Maka disusunlah satu strategi atau "grand design" terhadap ABIM dan PAS, lalu diperkenalkan konsep Harakah Islamiah Syumuliah, HIS [Takrif HIS IRC adalah tidak sama dengan HIS yang diterangkan sebelumnyaj. Dalam rangkakerja HIS IRC, ABIM dan PAS hendak dijadikan "wajah-wajah" jamaah (wujuuhul jamaah) IRC semata-mata. Dalam istilah politik moden, strategi ini akan menjadikan ABIM dan PAS sebagai gerakan-gerakan depan (front organisations) semata-mata dan kepimpinan ABIM dan PAS sebagai boneka-boneka (maaf kasar sedikit di sini) yang hanya boleh bertindak menurut arahan kepimpinan IRC. Oleh itu kekuasaan sebenar berada dalam tangan amir IRC bukan amir ABIM atau PAS.

 

Menurut strategi ini orang-orang tertentu IRC yang mampu mendapat pengaruh akan dihantar bertugas hampir sepenuh masa di dalam PAS dan ABIM. Mereka akan memainkan peranan untuk mewujudkan satu suasana jamaah-dalam-jamaah di mana jamaah baru ini akan terdiri daripada mereka yang memiliki fikrah IRC dan berwalak kepada IRC. Kumpulan ini akan memainkan peranan bagi melaksanakan strategi HIS untuk IRC. Paling kurang hasil yang diharapkan dari kumpulan ini ialah mereka akan bersikap lembut terhadap IRC.

 

Menerusi strategi baru ini IRC telah dapat meyakinkan kepimpinan PAS tentang niat ikhlas (?) mereka untuk bersama membantu PAS khasnya dalam program-program tarbiyah. Lujnah tarbiyah PAS pusat telah menjemput dua orang ahli majlis syura IRC untuk bersama-sama dalam lujnah tersebut. Serentak dengan itu hampir keseluruhan program tarbiyah PAS, termasuk di institusi-institusi pengajian tinggi, diserahkan kepada ahli-ahli IRC untuk dikendalikan.

 

 

HARAP PAGAR PAGAR MAKAN PADI

 

Malangnya IRC telah mengingkari janjinya dan bertindak bak kata pepatah "harap pagar pagar makan padi". Tujuan sebenar mereka menyertai PAS mulai terbongkar. IRC bukan sekadar mengendali program tarbiyah PAS tetapi juga dikumpulkannya secara rahsia ahli-ahli PAS yang berpotensi (yang bakal menjadi pemimpin) dan mereka dibawa keluar daripada PAS untuk menyertai jamaah sulit mereka IRC. Lunas-lunas akhlak Islam telah tidak diikuti oleh kepimpinan IRC. Apabila tembelang IRC diketahui oleh pucuk pimpinan PAS mereka telah diberi kata-dua dan diminta supaya membuat pilihan, iaitu sama ada kekal di dalam PAS dengan meninggalkan IRC ataupun berhenti terus daripada mengkhianati PAS. Sungguhpun begitu sebagai mematuhi syariat berjamaah tiada seorang pun ahli IRC dipecat daripada jamaah PAS. Lanjutan daripada itu program-program dakwah yang ada kaitan dengan PAS khasnya di pusat-pusat pengajian tinggi berpecah kepada dua: satu kumpulan yang jauh lebih ramai kekal bersama PAS sementara yang satu lagi menyertai IRC

 

Tindakan IRC selanjutnya jelas menunjukkan strateginya terhadap PAS masih diteruskan sebab meskipun sebahagian besar ahli IRC telah berundur daripada PAS masih ada beberapa individu yang berpangaruh kekal di dalam PAS. Kehadiran mereka bukan disebabkan mereka telah mufaraqah (istihar keluar) daripada IRC tetapi atas arahan kepimpinan IRC sendiri - mereka tidak pernah mengistiharkan diri mereka keluar daripada IRC, malah hubungan mereka dalam bentuk usrah-usrah sulit (rahsia) masih diteruskan.

Perlu ditekankan di sini semasa kepimpinan IRC berulang-ulang menemui kepimpinan PAS (sebelum perpecahan berlaku) mereka telah mengisyhtiharkan bahawa IRC tidak wujud di Malaysia, yang ada hanya bekas ahli-ahli IRC. Oleh sebab itu kepimpinan PAS tidak menimbulkan soalan siapakah amir mereka atau siapakah ahli-ahli majlis syura mereka. Malah sebahagian besar pengikut-pengikut IRC sendiri termasuk dari kalangan siswa/siswi tidak diberi maklumat tepat atau tidak diberitahu langsung tentang siapakah barisan kepimpinan jamaah yang mereka sedang ikuti. Sebenarnya IRC mengamalkan sistem pengkelasan dalam keahliannya. Daripada empat peringkat hanya peringkat tertinggi diberi hak mengetahui dengan tepat struktur dan kepimpinan jamaah.

 

 

PERJUANGAN DI LUAR MALAYSIA

 

Sekarang kita kembali kepada masalah dakwah di kalangan pelajar. Semasa PAS mempercayai IRC telah bersatu dengannya tiada usaha dijalankan di luar negeri, sama ada di United Kingdom, Amerika Syarikat atau Timur Tengah untuk menubuhkan cawangannya di sana sebab peranan ini dimainkan oleh IRC di U.K. dan MISG (dikuasai oleh IRC setelah dirampas dari ABIM yang menubuhkannya) di Amerika. Akan tetapi, dalam keadaan sekarang adalah mustahil PAS dapat mengharapkan mereka yang menerima tarbiyah IRC di luar negeri pulang untuk menyertai PAS. Alhamdulillah, kepimpinan PAS sedang mengambil langkah-langkah tertentu supaya pelajar-pelajar di seberang laut dapat menyertai perjuangan PAS, insyaAllah. Oleh itu sekarang sudah wujud sayap-sayap PAS (secara tidak resmi) dl luar negeri termasuklah di U.K., USA dan Timur Tengah.

 

WAHAI MUJAHID ILALLAH

 

Akhir kata, jadilah anda tentera-tentera dan srikandi-srikandi Allah yang sentiasa peka kepada perpaduan ummah dan cita-cita perjuangan mereka. Jauhkan diri daripada tindakan-tindakan negatif yang membawa keretakan dan perpecahan pada saff para mujahidin ila Allah. Sebab ummah mukminin adalah ummah yang satu. Seruan dan perintah Allah dan RasulNya adalah jelas iaitu semua orang-orang beriman hendaklah bersatu dalam satu jamaah. Oleh itu jika anda terdengar seruan dan ajakan yang sebaliknya maka pastilah ianya bukan dari ajaran Allah dan RasulNya tetapi ajaran orang-orang yang tidak betul yang sanggup mengkhianati dan melemahkan perjuangan ummah yang sedang berjihad menegakkan kembali Ugama Yang Suci, meskipun mereka mendakwa diri mereka sebagai pejuang-pejuang yang berakhlak meninggi langit. Lagipun orang yang berakhlak tinggi sifatnya tidak sekali-kali suka menceritakan tentang kebaikan dirinya kepada orang lain, jauh sekali daripada menjaja ke sana sini memberitahu orang betapa akhlaknyalah yang terbaik.

 

Dalam keadaan apa sekali pun jangan berganjak walaupun seinci daripada manhaj perjuangan orang-orang beriman, iaitu : "Alghaayah laa tubarrirul wasilah." maknanya "Matlamat tidak boleh membersihkan (menghalalkan) cara. "

 

Maksudnya, jika matlamat sesuatu tindakan itu adalah baik untuk mencari keridhaan Allah (s.w.t.) maka cara yang diambil bagi mencapai matlamat itu juga hendaklah syar'i atau diridhai Allah.

 

Oleh itu jika menubuhkan jamaah baru setelah sudah wujud jamaah Islam adalah haram di sisi Allah (lantaran ia memecah belahkan ummah) maka anda hendaklah yakin ianya adalah haram; atas alasan apa pun jangan sekali-kali terlibat di dalam penubuhannya ataupun menyokongnya. Ataupun jika berbohong dan menipu sesama mukmin itu adalah haram menurut Allah dan Rasulnya maka jangan sekali-kali menjadikan sifat-sifat dayus ini sebagai bahan tarbiyah dan senjata perjuangan. Dan lagi jika bekerjasama dengan musuh-musuh Allah bagi menjatuhkan kumpulan Islam adalah sangat-sangat dilarang oleh Allah dan RasulNya maka anda hendaklah yakin orang yang terlibat tidak langsung layak memimpin ummah meskipun beliau seorang lulusan ugama. Sebab apakah anda tidak hairan Ugama Islam yang Suci ini dapat ditegakkan dengan cara-cara yang bathil seperti ini ?!!.

 

Dalam satu riwayat Imam Syafie rahimahullah dikatakan tidak tidur malam kerana memikirkan masalah ummah termasuk masalah perpecahan ummah di zamannya meskipun institusi khalifah masih berjalan dan syariat Islara masih tertegak. Sekarang sisem khalifah sudah tiada lagi dan syariat Islam sudah lama tumbang, maka ummah sangat-sangat memerlukan lebih ramai orang memikirkan masalah perpecahan dan bagaimana penyelesaian dapat dicapai. Ummah sudah bosan dengan sikap negatif kumpulan yang sengaja mencari-cari kelemahan pejuang-pejuang sejati serta suka menimbulkan keraguan terhadap kepimpinan mereka.

 

RUMUSAN

 

Beberapa rumusan penting boleh dikutip daripada huraian sejarah ringkas Gerakan Islam di Malaysia:

1.       Penubuhan jamaah-jamaah baru khasnya IRC bukan didasarkan kepada tuntutan syara' dan ia lebih banyak mendatangkan mudharat daripada menafaat kepada kejayaan perjuangan Islam di Malaysia kerana terlalu banyak masa, tenaga dan wang dihabiskan lantaran pergeseran sesama pejuang-pejuang Islam

2.       Hadith Rasulullah (saw), "Berjamaah itu rahmat dan berpecah belah itu azab" adalah tepat sekali. Dulu pejuang-pejuang Islam bersatu padu dan ummah melihat pertentangan di dalam masyarakat hanya antara kumpulan Islam dengan kumpulan yang tak nak Islam (iaitu gabungan antara orang fasiq, munafiq dan kafir) tetapi kini terlalu banyak hijab dan tembok ditegakkan di tengah-tengah para mujahidin ila Allah yang menjadikan mereka seperti orang-orang asing (strangers) dan musuh (enemies) sesama mereka. Sudah terlalu ramai pejuang yang dulunya bersahabat karib kini menjadi musuh ketat.

3.       Setiap mukmin hendaklah berjihad bagi menyatupadukan kembali ummah dengan tidak menyokong atau menyertai jamaah-jamaah baru. Jika ada pemimpin atau anggota jamaah baru yang merasai dirinya lebih layak memimpin ummah (sebab akhlaknya lebih baik, jelas manhaj dan matlamat perjuangannya, dll) maka tinggalkanlah jamaah baru itu dan sertailah jamaah tertua PAS dan jika benar seperti yang dirasai sudah tentu ummah akan memilihnya untuk memimpin mereka.

 

 

 

Artikel-artikel berkaitan:

Dari IRC Menjadi MSM: Pengenalan Ringkas (2)

Perpecahan Gerakan Islam: Faktor JIM ?

Fenomena Taadud (Perpecahan) Gerakan Islam Di Malaysia: PAS, ABIM, IRC, & Tabligh

JIM - Badan Baru Islam Mula Mengorak Langkah

Tugas JIM Membangun Ummah

ABIM, JIM Tidak Perlu Saling Bertelingkah

Kebangkitan Islam di Kalangan Pelajar: England 1971-1979

 

 

 

 

 

JIM: Suatu Pendedahan Ringkas

 



 

MUQADDIMAH

Dalam menjalani kehidupan harian seorang penda’ie yang meletakkan intima’ sepenuhnya harakah Islamiah, kita sering berhadapan dengan banyak perkembangan pemikiran yang semuanya seakan sama menjurus ke arah untuk mendaulatkan Syariah Islamiah. Setiap gerakan mendakwa bahawa gerakannyalah yang mampu membawa umat ke jalan yang betul dan mampu mengislah masyarakat. Persoalan tarbiah, ekonomi dan seumpamanya menjadi dasar dalam agenda untuk memastikan kejayaan menegakkan Daulah Islamiah.

 Kekadang mereka tidak berpuas hati dengan gerakan awal yang memperjuangkan Islam lantaran beralasan tidak punya tarbiah dan seumpamanya. Lantaran itu mereka menubuhkan gerakan lain yang jelas penubuhannya membawa kepada perpecahan. Maka kertas kerja ini ditulis lantaran untuk membetulkan beberapa fakta yang diputarbelitkan oleh mereka dan menelusuri sedikit sebanyak sejarah untuk panduan para penda’ie sekalian.

SEJARAH PENUBUHANNYA

GERAKAN ISLAM DI UNITED KINGDOM

Kita mulakan perbicaraan dengan melihat kepada gerakan Islam di United Kingdom (UK). Usaha dakwah pelajar-pelajar Malaysia di UK sebenarnya bermula di tanah air sendiri iaitu di Universiti Teknologi Malaysia sekitar hujung tahun 1960-an dan 70-an. Sekumpulam pelajar kebanyakannya pelajar-pelajar kejuruteraan, telah dilatih dan ditarbiah oleh seorang pensyarah pinjaman dari Institut Bandung bernama Pak Iamadudin bin Abdur Rahim untuk menjadi kader-kader dakwah. Pada awal tahun 1970-an, perjuangan Islam di Malaysia didokongi oleh dua kumpulan jamaah atau harakah terbesar iaitu Parti Islam Se-malaysia (PAS-wadah penekanan yang syumul) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM-wadah belia dan non patisan).

 Bagaimanapun, hubungan antara kedua-dua adalah erat seperti kata pepatah, bak isi dengan kuku, setiap satu daripadanya memainkan peranan yang saling menguatkan perjuangan Islam (masing-masing berintima’ dengan ABIM dan PAS sekaligus). Oleh kerana medan perjuangan ABIM adalah di kalangan belia, usaha dakwah di kalangan pelajar pada masa itu mempunyai hubungan hampir langsung dengan ABIM.

MELANJUTKAN PELAJARAN

Pada awal 70-an juga, Kementerian Pendidikan telah melaksanakan polisi menghantar seberapa ramai yang mungkin pelajar-pelajar bumiputera untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di UK. Di antara yang merebut peluang ini termasuklah sebahagian besar kader-kader tersebut. Menerusi program ini mereka dapat mendaftarkan diri di berbagai-bagai universiti dan politeknik di UK. Walaupun demikian, sebahagian besar daripada mereka tertumpu di kawasan Brighton (selatan UK) dan Glasgow (selatan Scotland). Semasa di UK, pelajar-pelajar ini berpeluang meneruskan perjuangan Islam disebabkan di sana sudah pun wujud dua kumpulan dakwah besar, setiap satu mempunai hubungan dengan jamaah induk masing-masing di India dan Pakistan. Kumpulan-kumpulan ini adalah jamaah Tabligh dan UK Islamic Mission (cawangan jamataul Islami Maududi, Pakistan).

PERPECAHAN

Pertemuan ini telah memberi pengalaman baru kepada kader-kader tersebut tetapi ada padahnya. Kumpulan yang sebelum itu merupakan satu ikatan yang padu dari segi fitrah dan tanzim telah terbelah dua - satu mengikut stail tabligh sementara satu lagi mengikut stail Jamaatul Islami yang juga menjadi manhaj harakah-harakah lain seperti PAS, ABIM dan Ikhwanul Muslimin,Mesir. Ekoran dari itu maka berlakulah tidak bertegur sapa, bermasam muka dan perbalahan antara dua kumpulan tersebut di khalayak ramai. Perbalahan itu contohnya berlaku selaepas solat Jumaat di mana pengikut tabligh akan meminta orang ramai supaya tunggu untuk mendengar bayan (ceramah) dan ini ditentang oleh kumpulan satu lagi yang menganggap tindakan itu tidak syari’e kerana seolah-olah mengahalang orang ramai daripada pulang ke rumah masing-masing setelah selesai solat Jumaat.

PENUBUHAN IRC

Lanjutan daripada itu timbullah kesedaran di kalangan beberapa orang daripada beberapa orang daripada kader-kader untuk berusaha supaya kedua-dua kumpulan bercantum semula. Usaha ini mengambil satu bentuk wadah atau platform yang dikenali sebagai Islamic Representative Council (IRC). Tepat dengan namanya, objektif utama IRC adalah untuk menjemput wakil-wakil daripada dua kumpulan tadi dan juga mereka yang mirip kepada Islam tetapi tidak menyertai mana-mana kumpulan untuk bersama-sama dalam satu majlis yang akan berusaha menyatupadukan semula pelajar-pelajar Islam. Maka diwujudkan usrah-usrah yang dianggotai oleh wakil-wakil tersebut.

Malangnya usaha yang murni ini gagal mencapai objektifnya - yang tabligh tetap tabligh, yang mirip kepada nasionalis tetap dengan pegangannya sementara bakinya merubah corak IRC daripada satu platform semata-mata menjadi satu jamaah yang memiliki amir serta majlis syura dan tanzimnya sendiri. Bagaimanapun, IRC telah memilih jalan untuk menyembunyikan barisan kepimpinannya daripada pengetahuan dan penilaian ummah. Apa yang dapat dilihat oleh orang ramai hanyalah program-program dakwah dan rehlah. Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 1975/76.

SUARA AL ISLAM

Sebelum sempat IRC stabil, kepimpinannya mula mengalami pergolakan. Beberapa orang kepimpinannya telah keluar daripada IRC dan menubuhkan jamaah baru yang diberi nama Suara Al Islam (SI). Perbezaan antara keduanya hanyalah pada cara perjuangan yang hendak diteruskan. IRC ingin cara yang berteraskan tarbiah, sementara SI memilih cara radikal dan revolusioner yakni dengan menimbulkan isu-isu penting dan asas di tengah-tengah masyarakat. Dengan itu, program tarbiah riadah menjadi isu utama. Bagi mereka tarbiah adalah pertembungan langsung dengan kuasa-kuasa taghut dalam masyarakat. Bagaimanapun, beberapa tahun selepas itu kepimpinan serta ahli SI memilih jalan yang wajar dan menepati syara’ untuk menyertai PAS sekembali mereka ke Malaysia. PAS memiliki ciri-ciri yang lebih lengkap merangkumi ciri-ciri perjuangan IRC dan SI. Lagi pula PAS merupakan harakah/jamaah tertua yang ditubuhkan oleh ummah muslimin di Malaysia untuk berjuang bagi menegakkan daulah Islamiah di negara ini.

Satu babak penting dalam asam garam perjuangan Islam di Malaysia berlaku sekitar tahun 1976/77, iaitu apabila beberapa orang pimpinan dan ahli IRC kembali ke tanah air. Mereka bukan sahaja tidak mahu menyertai jamaah yang sedia ada seperti PAS dan ABIM, bahkan sudah mula mengkritik daripada luar kepimpinan perjuangan Islam pada masa itu. Kalau objektif asal IRC ditubuhkan adalah untuk menyatupadukan kumpulan-kumpulan yang berpecah di UK, kini IRC secara disedari atau tidak memeinkan peranan sebaliknya iaitu untuk memecah dan melemahkan barisan perjuangan ummah yang telah bersepadu seperti yang dituntut oleh Allah s.w.t dalam surah As Soff: 4.

JAMAAH BARU DI MALAYSIA

IRC telah memilih jalan yang sangat-sangat ditegah oleh Allah dan rasulNya iaitu menubuhkan jamaah baru di Malaysia walaupun suadah wujud jamaah Islam. Allah s.w.t telah melarang tindakan ini secara keras dan jelas dalam kitab suci al Quran. Surah Ali Imran: 103, Surah Al Anaam: 159,

Disamping itu terdapat juga banyak hadis Rasulullah s.a.w yang melarang ummah daripada berpecah atau membuat jamaah baru. Sabda baginda yang bermaksud: “Hendaklah kamu bersama-sama jamaah muslimin dan pimpinan mereka”.

Sabdanya lagi, “Berjamaah itu rahmat dan berpecahbelah itu azab”.

Pada masa yang sama kepimpinan ABIM dan IRC mengadakan rundingan bagi mencari jalan persefahaman tidak rasmi atau tidak bertulis telah dicapai. Hasilnya, ABIM tidak akan mengembangkan sayapnya ke UK dan sebagai balasan ahli-ahli dan kepimpinan IRC akan menyertai ABIM sekembalinya mereka ke Malaysia. Sungguhpun ABIM telah menepati janjinya, sebahagian besar kepimpinan dan ahli IRC yang pulang ke tanah air tetap bertegas tidak mahu menyertai ABIM kerana menganggap ABIM tidak mempunyai tarbiah, matlamat perjuangannya pula tidak jelas dan seumpamanya meskipun aspek-aspek ini dapat diperbaiki dengan penyertaan mereka ke dalam ABIM (jika benar IRC mempunyai matlamat yang jelas dan ada tarbiah).

 ABIM yang memiliki beberpa lulusan Al Azhar pada barisan pimpinannya, malah ada yang mendapat tarbiah Ikhwanul Muslimin diragui tenteang matlamat perjuangannya oleh kumpulan yang rat-rata berpendidikan bukan agama, iaitu mereka yang mempelajari Islam selama sejam atau dua jam sahaja seminggu.

IRC mula bergiat di Malaysia khasnya di kalangan pelajar-pelajar dan kakitangan akademik universiti. Sebagaimana yang dijangkakan, berlakulah peristiwa pijak memijak kaki antara satu sama lain dengan ABIM. Kepimpinan pelajar yang mempunyai hunungan langsung dengan ABIM cuba diambil alih oleh IRC. Akibatnya ABIM tidak ada pilihan lain kecuali mengembangkan sayapnya ke UK disebabkan kebuntuan kemerosotan dan kehilangan keahlian dari kalangan lulusan UK. Maka ditubuhkan ABIM-UK sekitar awal 80-an.

PELAJAR-PELAJAR MALAYSIA BERPECAH BELAH

Dengan tertubuhnya ABIM-UK, perpecahan di kalangan pelajar-pelajar Malaysia menjadi lebih buruk. Kini pelajar-pelajar Malaysia di Britain berpecah belah kepada empat kumpulan besar iaitu tabligh, IRC, SI dan ABIM disamping wadah nasionalis UMNO-UK.

Berlakulah kepada pejuang-pejuang Islam di rantau orang apa yang tidak berlaku kepada penjajah British sendiri semasa penjajahan mereka di negara kita, iaitu perebutan kuasa sesama sendiri bagi mencari pengaruh. Masing-masing menyediakan strategi bagi merampas pertunuhan-pertunuhan pelajar seperti ‘Islamic Society’ dan ‘Malaysian Students Society’ di hampir setiap institusi yang msana terdapat pertubuhan-pertubuhan seperti itu.

 Contohnya, apabila diadakan mesyuarat agung tahunan sesebuah pertubuhan, ahli-ahli akan mengambil tempat masing-masing di dalam dewan mesyuarat. Sebelah dewan diduduki oelh ahli-ahli IRC sementara sebelah lagi oleh ahli-ahli ABIM. Berlakulah pertikaman lidah antara kedua-dua puak, masing-masing cuba menegakkan kepentingan sendiri. Begitu juga dengan tempat penginapan. Satu tempat didiami ahli-ahli IRC dan ahli-ahli ABIM pula menginap di tempat lain. Apabila diadakan kenduri, ahli-ahli sesebuah kumpulan sahaja dijemput. Panduan perkahwinan seperti yang diajar oleh Rasulullah s.a.w diubah daripada empat perkara (agama, keturunan, kecantikan dan kekayaan) kepada lima ditambah satu lagi syarat, iaitu bakal suami/isteri mestilah ahli kumpulan yang sama.

Jika direnung dengan tajam, daripada apa yang telah berlaku perasaan sedih dan malu tercalit di hati. Islam adalah agama yang suci, agama yang benar dan agama yang tunggal yang diredhai Allah, malangnya seolah-olah agama ini tidak mampu menyatupadukan satu kelompok umatnya yang kecil yang rata-rata terdiri daripada orang-orang yang boleh berfikir sendiri tanpa dipengaruhi oleh orang yang berkepentingan. Apa yang sedihnya, keadaan ini berlaku di luar negara yang majortinya golongan kafir. Sepatutnya para mukminin menunjukkan akhlak yang tinggi kepada non muslim sebagai contoh dan uswah hasanah supaya hti mereka dapat dijinakkan kepada Islam. Konsep ukhuwah atau persaudaraan Islam yang telah kabur daripada menjadi sesuatu yang menyatupadukan antara iman dan kufur kepada menjadi suatu jamaah yang memisahkan satu jamaah yang lain. Sebenarnya Allah s.w.t telah menganugerahkan kepada kita konsep ukhuwah yang betul, iaitu seperti firmanNya: surah Al Hujurat: 10,

Ayat tersebut tidaklah menerangkan “Sesungguhnya ahli-ahli IRC sahaja yang bersaudara” atau “ Sesungguhnya ahli-ahli ABIM sahaja yang bersaudara” atau sebagainya. Oleh itu berilah hak persaudaraan kepada setipa individu yang mengaku beriman kepada Allah Taala dan rasulNya. Allah s.w.t telah menyatukan hati-hati orang yang beriman dan menghapuskan permusuhan sesama mereka. Justeru, siapakah anda dengan membuat jamaah baru ?, tergamak meletakkan hijab dan tembok antara individu-individu mujahid mukmin yang satu mengikut anda sementara yang lain mengikut jamaah yang sedia wujud !

ABIM BERGOLAK

Satu lagi peristiwa penting yang menggemparkan keutuhan perjuangan Islam di Malaysia berlaku pada tahun 1982. Apabila saudara Anwar Ibrahim, iaitu Presiden ABIM mengisytiharkan dirinya menyertai parti asobiah iaitu UMNO. Akibatnya ABIM terpecah menjadi dua, satu kumpulan meyokung Anwar dan satu lagi menentang. Mereka yang menentang kebanyakannya mengambil tindakan keluar daripada ABIM lalu menyertai PAS. Mak ramailah pejuangpejuang Islam termasuk dari kalangan pelajar berduyun-duyun menyertai PAS yang dipimpin oleh satu barisan kepimpinan baru yang dinamik, berani dan berwibawa.

 

IRC BUNTU

IRC di Malaysia pada mas itu menghadapi keadaan yang sangat buntu iaitu mereka yang inginkan Islam memberi thiqah dan wala’ pada pmpinan PAS, sementara kepmpinan IRC masih besembunyi dn idak mengisytiharkan siapa mereka. Olehtu ummah tidak dapamenilai sejauh mana kewibwaan pimpinannya, apakah mereka itu berani berdepan dengan taghut ataupun tidak ? Ataupun mereka hanya berani menghentam taghut di dalam usrah dan tamrin yang tertutup sahaja yang dihadiri oleh orang-orang yang terpilih ? Apakah meraka benar-benar memiliki akhlak yang tinggi ataupun akhlak dan jamaah mereka lebih kepada indah khabar daripada rupa ? Apakah amir IRC seorang ulamak atau jurutera sahaja ? Tahukah dia selok-belok agama khasnya hokum-hukum keqah yang sememangnya menjadi pra-syarat kelayakan seorang pemimpin harakah Islamiah ? Persoalan ini menjadi tanda tanya kepada ummah supaya amir IRC dapat dipertanggungjawabkan di khalayak ramai terhadap setiap tindakan yang diputuskannya, sama ada tindakan itu menepati syara’ atau tidak.

Sebaliknya barisan kepimpinan PAS kebanyakannya adalah daripada kalangan ulamak yang berwibawa, bukan sahaja bijak dan berani menjelaskan isu-isu ultra-sensitif seperti isu murtad, kristinisasi dan hak-hak istimewa orang Melayu bahkan berani dikenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), malah ada yang telah syahid di jalan Allah. Contohnya almarhum Ustaz Ibrahim Mahmud bersama 13 orang sahabat semasa kejadian Memali (semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh-roh syuhada’ Memali). Di manakah IRC dalam berhadapan dengan permasalahan seperti ini ? Mengapakah mereka mendiamkan diri atau adakah kedudukan mereka hanya sekadar tidak merelakannya di hati sedangkan dalam masa yang sama IRC mendakwa mempunyai tenaga pakar, intelektual dan agamawan yang ramai ?

STRATEGI BARU

Keadaan yang buntu tersebut telah menyebabkan IRC mengubah strateginya sekitar tahun 1982. Maka disusunlah satu strategi atau ‘grand design’ terhadap ABIM dan PAS, lalu diperkenalkan konsep Harakah Islamiah Syumuliah (HIS),(takrif HIS dan IRC adalah tidak sama dengan HIS yang diterangkan sebelum ini). Dalam rangka kerja HIS,IRC, ABIM dan PAS hendaklah dijadikan ‘wajah-wajah’ jamaah (wujuuhul jamaah) IRC semata-mata. Dalam istilah politik moden, strategi ini akan menjadikan ABIM dan PAS sebagai gerakan-gerakan depan (front organisasions) semata-mata. Kepimpinan ABIM dan PAS sebagai boneka-boneka (maaf kasar sikit disini) yang yang hanya boleh bertindak menurut arahan kepimpinan IRC. Oleh itu, kekuasaan sebenar berada dalam tangan amir IRC bukan amir ABIM atau PAS.

Menurut strategi ini ahli-ahli IRC yang mampu mendapat pengaruh akan dihantar bertugas hampir sepenuh masa dalam PAS dan ABIM. Mereka akan memainkan peranan untuk mewujudkan satu suasana jamaah dalam jamaah, yang mana jamah yang baru ini akan terdiri daripada mereka yang memiliki fikrah IRC dan berwala’ kepada IRC. Kumpulan ini akan memainkan peranan bagi melaksanakan strategi HIS untuk IRC. Paling kurang hasil akan diharapkan daripada kumpulan ini ialah mereka akan bersikap lembut terhadap IRC.

Menerusi strategi baru ini IRC telah dapat meyakinkan kepimpinan PAS tentang niat ikhlas (?) mereka untuk membantu PAS khasnya dalam program-program tarbiah. Lujnah Tarbiah PAS Pusat telah menjemput dua ahli Majlis Syura IRC untuk bersama-sama dalam lujnah tersebut. Serentak dengan itu hampir keseluruhan program tarbiah PAS, termasuk di institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) diserahkan kepada ahli-ahli IRC untuk dikendalikan.

 

 

HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI

Malangnya IRC telah mengingkari janjinya dan bertindak seperti kata pepatah ‘harapkan pagar, pagar makan padi’. Tujuan sebenar mereka menyertai PAS mulai terbongkar. IRC bukan sekadar mengendalikan program tarbiah PAS tetapi dikumpulkan secara rahsia ahli-ahli PAS yang berpotensi (yang bakal menjadi pemimpin) dan mereka dibawa keluar daripada PAS untuk menyertai jamaah sulit mereka. Lunas-lunas akhlak Islam telah tidak diikuti oleh kepimpinan IRC.

Apabila tembelang IRC diketahui oleh pucuk pimpinan PAS mereka telah diberi kata duadan diminta supaya membuat pilihan, iaitu sama ada kekal di dalam PAS dengan meninggalkan IRC ataupun berhenti terus daripada menyertai PAS. Sungguhpun begitu, sebagai mematuhi syarat berjamaah tiada seorang pun ahli IRC dipecat daripada jamaah PAS. Lanjutan daripada itu program-program dakwah yang ada kaitan dengan PAS khasnya di IPT berpecah kepada dua, satu kumpulan yang jauh lebih ramai kekal bersama PAS. Kehadiran mereka bukan disebabkan mereka telah mufarakah (isytihar keluar) daripada IRC sementara yang satu lagi menyertai IRC.

Tindakan IRC selanjutnya jelas menunjukkan strateginya terhadap PAS masih diteruskan sebab meskipun sebahagian besar ahli IRC telah berundur daripada PAS masih ada beberapa individu yang berpengaruh kekal di dalam PAS. Keahadiran mereka bukan disebabkan mereka telah mufaraqah daripada IRC tetapi di atas arahan pimpinan IRC sendiri (mereka tidak pernah mengisytiharkan diri mereka keluar daripada IRC, malah hubungan mereka dalam bentuk usrah sulit masih diteruskan.

Perlu ditekankan di sini semasa kepimpinan IRC berulang-ulang menemui kepimpinan PAS (sebelum perpecahan) mereka telah mengisytiharkan bahawa IRC tidak wujud di Malaysia, yang ada hanya bekas-bekas ahli IRC. Oleh itu kepimpinan PAS tidak menimbulkan soalan siapakah amir mereka atau siapakah ahli Majlis Syura mereka. Malah sebahagian besar pengikut-pengikut IRC sendiri termasuk dari kalangan mahasiswa tidak diberi maklumat tepat atau tidak diberitahu langsung tentang siapakah barisan kepimpinan jamaah yang sedang mereka ikuti. Sebenarnya IRC mengamalkan system pengkelasan dalam keahliannya. Daripada empat peringkat hanya peringkat tertinggi diberi hak mengetahui dengan tepat struktur dan kepimpinan dalam jamaah.

PERJUANGAN DI LUAR MALAYSIA

Sekarang kita kembali kepada maslah dakwah di kalangan pelajar. Semasa PAS mempercayai IRC telah bersatu dengannya tiada usaha dijalankan di luar negara, sama ada di UK, Amerika Syarikat (AS) atau Timur Tengah untuk menubuhkan cawangannya di sana sebab peranan ini dimainkan oleh IRC di UK dan MISG (dikuasai oleh IRC setelah dirampas dari ABIM yang menubuhkannya) di AS. Akan tetapi, dalam keadaan sekarang adalah mustahil PAS dapat mengharapkan mereka yang menerima tarbiah IRC di luar negara pulang untuk menyertai PAS. Alhamdulillah, kepimpinan PAS sedang mengambil langkah-langkah tertentu supaya pelajar-pelajar over sea dapat menyertai perjuangan PAS, insya Allah. Oleh itu sekarang sudah wujud sayap-sayap PAS (secara tidak rasmi) di luar negara termasuklah di UK, AS, dan Timur Tengah. Kita tidak akan tertipu buat kali keduanya lantaran mereka pernah menipu kita ketika berada di dalam PAS dahulu yang akhirnya para pimpinan PAS mengetahui bahawa mereka bersama PAS hanya sekadar ingin memecahbelahkan keutuhan ahli-ahli PAS. Justeru, kita selaku pelajar dan pendaie kepada agama Allah s.w.t harus peka dan sensitif dengan gerakan IRC-ALAMI-JIM dan tipu daya mereka yang semata-mata adalah tidak berpuas hati dengan gerakan yang sedia ada yang akhirnya mereka menubuhkan gerakan baru.

Kita menasihatkan kepada sahabat-sahabat Alami agar jangan menyalahtafsirkan fakta sejarah. Sesungguhnya Ikhwanul Muslimin tidak pernah mengajar anda untuk menubuhkan jamaah lain malah sebaliknya bersatu dan menguatkan jamaah yang sedia ada iaitu PAS apabila pulang ke Malaysia. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awanglah yang telah memasukkan pimpinan anda untuk berada di bawah halaqah dan usrah Ikhwanul Muslimin dengan harapan mereka membantu dan menguatkan jamaah PAS dan berintima’ dengannya. Tetapi sayang mereka tidak boleh diharap dengan menubuh jamaah lain.

Kita memperingatkan kepada mereka juga agar jangan membuat haru biru dan mengganggu keamanan dan kesatuan kami di Perlembahan Nil ini. Mengapa anda ingin mengulangi kisah-kisah silam yang telahpun kita kuburkan lantaran inginkan perpaduan dan menganggap anda sebagai sahabat kami ? Sesungguhnya kes perebutan pelajar dan seumpamanya telahpun kita kuburkan lantaran inginkan perpaduan dan kita mampu membuktikannya. Ingat……jangan sangka kita berdiam diri dan kita akan menentang tindakan anda sekiranya anda mengganggu kerja kami. Andalah pencanang utama mendakwa punya tarbiah yang sempurna tetapi saying……indah khabar dari rupa. Anda menganggap segala tindakan anda itu adalah syar’ie dan matang manakla tindakan kita tidak syar’ie, tidak terbuka, sempit, jumud dan seumpamanya sehingga anda mengizinkan individu ahlianda menyokong perjuangan UMNO dan bersekongkol dengannya dianggap syar’ie. Tetapi sayang akhirnya anda sendiri menjadi penyokong utama mereka dan ianya dianggap syar’ie. Suatu ketika anda pernah mengutuk saudara Anwar Ibrahim (ketika itu ABIM) kerana menyertai UMNO dan dianggap tidak syar’ie tetapi akhirnya anda sendiri yang menyokong dan bersama dengan UMNO.

Kesimpulannya, buat para penda’ie dan adik-adik sekalian agar jangan mudah termakan dengan lunaknya kalam mereka, mesranya layanan mereka, tetapi sekadar kepura-puraan yang bersifat sementara yang hakikatnya untuk memancing anda agar duduk bersama dan menyokong perjuangan mereka ( Alami) lantaran mereka kekurangan pelapis. Berwaspadalah dengan mandub-mandub mereka di setiap muhafazah (Iskandariah, Damanhur, Tonto, Syibinkom, Zaqozik, Dumyat). Buat adik-adik sekalian agar merujuk kepada abang-abang lama anda sekiranya anda berasa ragu dan tertasykik dengan hujjah-hujjah mereka dan akhirnya berwaspadalah dengan Alami.

Gerakan Siswa

Petikan dan ulasan"Buku Politik Kampus Di Sebalik Tabir", Pustaka Generasi Baru, 1995, Mohd. Shuhaimi Al Maniri

 

 

 

Perubahan Politik Kampus Universiti Malaya

 

 

Zaman perkembangan akhir tahun 60-an

Zaman Kemuncak Mahasiswa

Zaman 'berkabung' di kampus

Zaman awal kebangkitan Islam

Zaman Gerakan Islam berkrisis

Zaman Kebangkitan semula PMIUM

Zaman Kemunculan Semula Nasionalis

Zaman tidak menentu di awal 1990an

 

Zaman perkembangan akhir tahun 60-an

Kegiatan mahasiswa Universiti Malaya sudahpun lama mendapat tempat dalam pandangan masyarakat umum, hasil dari lapuran-lapuran yang dibuat oleh radio dan akhbar-akhbar tempatan. Masyarakatdan kerajaan telah menunjukkan minat kepada aktiviti-aktiviti mahasiswa semenjak universiti itu ditubuhkan pada tahun 1957 lagi. Tetapi hanya pada waktu akhir-akhir ini sahaja pihak kerajaan dan masyarakat menjadi makin sensitive kepada pergerakan mahasiswa yang tampil ke hadaapan sebagai 'watch dog' masyarakat, memberontak kepada setiap keadaan yang mereka anggap sebagai manifestasi ketidakadilan dan tindakan mereka dikatakan bercorak politik ( Muhammad Abu Bakar, 1973)


Dalam peringkat permulaan gerakan mahasiswa pada 1950'an, tradisi mencabar masih belum jelas kelihatan kerana bilangan mahasiswa ketika itu masih kecil sekitar 300 orang sahaja. Tetapi mulai tahun 1961, mahasiswa Universiti Malaya semakin bertambah melebihi beribu orang dan mereka mula mengadakan perarakan serta demonstrasi satu demi satu.


Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (dikenali PMUM atau UMSU) telah lahir sebagai 'vehicle' di mana mahasiswa berjaya menyalurkan hasrat politik mereka melalui persatuan ini. PMUM telah menjadi teras kepada politik mahasiswa di Universiti Malaya. Dan survivalnya sebagai badan yang penting di kampus, PMUM sering berkonflik dengan pihak pentadbiran universiti, sering berkonfrantasi dengan pihak kerajaan dan berkrisis dengan badan mahasiswa yang lain seperti PBMUM diatas satu-satu isu yang berbangkit.


Berbagai persatuan lagi wujud seperti Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Persatuan Bahasa Tionghua (CLS), Persatuan bahasa Tamil (TLS) dan sebagainya yang bergabung dengan PMUM. Kelab Sosialis juga wujud bersendirian secara ekslusif seolah-olah sebagai sebuah "parti politik".

 


Sejak awal tahun 1960'an, satu demi satu demonstrasi bercorak politik dilakukan oleh mahasiswa Universiti Malaya. Pada tahun 1963 PMUM telah membuat protes terhadap perletakan jawatan Naib Canselor Universiti Singapura, Dr. B.K. Sreenivasam dan tahun 1964 mereka mengadakan demonstrasi menentang lawatan Duke of Edinburgh. Rfc tahun 1965 pula telah menampakkan kebangkitan PBMUM sebagai sebuah badan yang kuat dan berpengaruh dengan melibatkan diri dalam program bercorak politik, ekonomi dan pendidikan di mana mereka tidak hanya bertumpu kepada program kesusateraan sahaja sebelum ini.


Kebangkitan PBMUM yang begitu mendadak dan mendapat sokongan meluas masyarakat kampus mula tidak disenangi oleh PMUM yang bimbang kehilangan pengaruh. Sering berlaku krisis antara PBMUM-PMUM dalam banyak perkara. Dua isu besar yang mencetuskan krisis yang hebat antara PBMUM dengan PMUM ialah protes terhadap drama "Oh! Awangku Sayang" yang ditayangkan oleh RTM pada tahun 1965 dan isu "Otonomy Day" di Universih Malaya pada tahun 1966. (Penjelasan lanjut tentang isu ini boleh didapati dalam buku "Mahasiswa Menggugat" karya Muhammad Abu Bakar).


Pada tahun 1966 juga berlaku satu peristiwa penting iaitu tertubuhnya "Speaker's Corner" atau "Sudut Pidato" pada 27hb. Mei, 1966 yang memberi 'impact' paling besar keatas gerakan mahasiswa selepas tarikh tersebut. Sejak tertubuhnya 'Sudut Pidato' gerakan mahasiswa Universiti Malaya menjadi lebih agresif dan sentiasa mendapat perhatian masyarakat dalam dan luar negara.


Tahun 1967 dianggap oleh ramai pengkaji politik kampus sebagai "tahun peralihan" kerana pada tahun ini mahasiswa mula membangkitkan isu-isu yang lebih besar yang berkaitan dengan kehidupan rakyat. Pada masa ini dua tokoh Kelab Sosialis berjaya menjadi pemimpin utama dua buah persatuan mahasiswa yang paling berpengaruh di Universih Malaya iaitu Syed Hamid Ali memegang jawatan Setiausaha Umum PMUM dan Sanusi Osman pula memegang jawatan Presiden PBMUM. Di bawah kepimpinan mereka berdua krisis PMUM-PBMUM berjaya diredakan.


Sejak tahun 1967, setapak demi setapak perjuangan mahasiswa Universiti Malaya maju ke hadapan sama ada menerusiPBMUM mahupun PMUM. Tetapi pada masa ini juga kedua persatuan berkenaan menghadapi krisis dalaman. Tindakan Sanusi Osman melibatkan PBMUM dalam Persitiwa Hamid Tuah atau Telok Gong pada bulan Oktober 1967 menyebabkan ada pihak yang tidak berpuashati dan mendakwa Sanusi memperalatkan PBMUM. Mereka memanggil mesyuarat Agung Luar Biasa PBMUM bagi membincangkan usul undi tidak percaya kepada Sanusi Osman sebagai Presiden dan kabinetnya. Tetapi Sanusi berjaya mendapat kembali kepercayaan ahli-ahli PBMUM bagi meneruskan kepimpinannya dalam persatuan tersebut.


Begitu juga ada pihak yang tidak berpuashati dengan Syed Hamid Ali dan rakan-rakannya yang pro sosialis menguasai kepimpinan PMUM. Pada akhir 1968, satu kekecohan telah berlaku semasa pemilihan Majlis PMUM ke-10 kerana usaha menyingkirkan Syed Hamid Ali dan rakan-rakannya telah gagal. Setelah pemilihan semula diadakan Hamid Ali dan rakan-rakannya tetap berjaya menerajui PMUM. Dengan ini kepimpinan PMUM tetap diterajui oleh pimpinan mahasiswa yang berjiwa sosialis dengan Syed Hamid sebagai Presidenya.


Pada tahun 1969, penglibatan mahasiswa dalam politik nasional begitu ketara di mana PMUM telah mengadakan berbelas-belas rapat umum di seluruh negara di mana mereka telah mengeluarkan dan menyebar manifesto sendiri pada pilihanraya umum tahun tersebut. Tindakan ini menyebabkan pembangkang memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam pilihanraya tersebut kerana perjuangan mahasiswa hampir selari dengan aspirasi perjuangan pembangkang ketika itu menyebabkan tercetusnya Peristiwa 13 Mei, 1969.


Pada 29hb. Ogos, 1969 mahasiswa Universiti Malaya telah mengadakan demonstrasi anti Tunku dalam kampus Universiti Malaya. Mereka mendesak Tunku meletak jawatan sebagai Perdana Menteri PMUM yang diterajui oleh Syed Hamid Ali dan PBMUM yang diketuaij oleh Anwar Ibrahim telah bekerjasama untuk menjatuhkan Tuanku walaupun mereka berbeza pendapat dalam beberapa perkara. Ekoran demonstrasi ini beberapa orang pemimpin mahasiswa PMUM dan PBMUM ditahan termasuk Syed Hamid Ali, Presiden PMUM waktu itu. Walaubagaimanapun Anwar Ibrahim, Presiden PBMUM 'terselamat' kerana berada di luar negara ketika demonstrasi diadakan tetapi beberapa pemimpin PBMUM yang lain turut ditahan. Keadaan ini menyebabkan ramai yang sangsi kenapa Anwar di 'hantar' keluar negara ketika peristiwa ini berlaku

 

ZAMAN KEMUNCAK MAHASISWA


Perkembangan gerakan mahasiswa tidak dapat dibendung dengan kewujudan Akta Universiti dan Kolej Universiti pada tahun 1971, malah ada pengkaji politik kampus menganggap zaman awal AUKU ini lebih hebat dari sebelumnya. Bagi mereka tahun 1974, boleh dianggap sebagai tahun kemuncak pergerakan mahasiswa di Malaysia, kerana pada tahun tersebut mahasiswa benar-benar terlibat dalam perjuangan-perjuangan rakyat. Sementara itu perhatian dan sokongan yang diberikan oileh masyarakat terhadap perjuangan mahasiswa begitu ketara sekali mungkin disebabkan pendirian mahasiswa yang tidak memihak kepada mana-mana parti politik.


Beberapa isu besar telah berlaku dalam diari perjuangan mahasiswa pada tahun 1974 ini. Pada bulan September, 1974 berlaku peristiwa di mana rumah setinggan di Tasik Utara (dinamakan Kampung Barisan Nasional) dekat Johor Bharu dirobohkan dan dalam keadaan terdesak setinggan-setinggan ini menghubungi PMUM agar dapat membantu mereka setelah rayuan mereka telah ditolak oleh pihak pemerintah


Mahasiswa Universiti Malaya bersama pemimpin mereka diketuai oleh Hishamuddin Rais telah berkhemah bersama-sama para setinggan menuntut keadilan. Perjuangan ini mendapat sokongan padu daripi PMUKM, KSITM, PMUPM, PMUSM dan lain-lain termasuk Persatuan Mahasiswa Universiti Singapura. Pada 19hb.September,1974 polis dan FRU menahan 5 orang iaitu; Kalinan Jaya (pemimpin setinggan)


Hishamuddin Rais (Setiausaha Agong PMUM), Yunus Ali (Ahli Majlis PMUM), Syed Hamid Ali (Setiausaha Agung PSRM) dan Mohd Amin Ahmad (Setiausaha PSRM Johor).


Sehari selepas pemimpin-pemimpin mereka ditahan di Johor Bharu, pada 20hb.September pula, lebih 2,500 mahasiswa Universiti Malaya telah mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Jabatan Perdana Menteri menuntut mereka yang ditahan itu dibebaskan. Apabila tuntutan mereka tidak dipedulikan, keesokan harinya, iaitu 21 hb. September, sekali lagi mahasiswa mengadakan tunjuk perasaan melibatkan lebih 2,000 orang telah berarak secara aman ke Kuala Lumpur. Lebih sepuluh orang ditahan tetapi dibebaskan semula kemudiannya kerana bimbang perkara ini akan menimbulkan kemarahan mahasiswa dan masyrakat [Hassan Karim, 1984]. Ekoran keadaan ini, PMUM memanggil mesyuarat tergempar dan kemudiannya membentuk satu jawatankuasa dikenali sebagai 'Majlis Tertinggi Sementara (MTS)' dan mengambil alih pentadbiran Universiti Malaya pada jam 2:30 petang 21 hb. September, 1974. Tetapi pada petang yang sama, satu kumpulan lain yang menggelarkan diri mereka "patriot" membentuk Majlis Tertinggi Nasionalis (MTN) menentang tindakan yang diambil oleh MTS.


Kamarazaman Yaakub menyebut, "saya mengumumkan rampasan kuasa ini di atas nama Majlis Tertinggi Sementara (MTS) Hampir keseluruhan persatuan pelajar di Universiti Malaya bersetuju dengan keputusan ini kecuali Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PMUM) di mana wakilnya tidak membuat pendirian"

Di Dewan Tuanku Canselor keadaan amat tegang dan di pentas dewan, sdr. Aziz Shamsudin (Presiden PBMUM) memaksa saya untuk menarik kembali rampasan kuasa kampus; saya menolak sebaliknya mengajak diadakan referendum. Tetapi bila Prof. Ungku Aziz bercakap dan menghangatkan suasana dengan menimbulkan isu-isu perkauman di mana suasana begitu tegang serta bimbang berlaku pertumpahan darah, saya menarik balik rampasan kuasa di Universiti Malaya. Esoknya tertubuh Majlis Tertinggi Nasionalis (MTN) yang dipimpin oleh pelajar yang tak dikenali iaitu Ahmad Latiff dan Hamzah Zainuddin.


Keadaan dalam kampus menjadi tidak menentu disebabkan berlaku pertarungan antara kedua-dua pihak untuk menguasai Universiti Malaya. Keadaan ini menyebabkan campurtangan pihak berkuasa dengan menggantung PMUM. Inilah kali pertama dan terakhir rampasan kuasa berlaku di universiti di negara kita. PMUM hanya dipulihkan semula pada 9hb. Oktober setelah sebuah jawatankuasa sementara diwujudkan. Peristiwa ini mendapat liputan meluas dalam akhbar dan juga Radio Malaysia ketika itu.


Menurut bekas Naib Presiden ABIM, Kamaruddin Mohd Nor kumpulan sosialis mempunyai kelemahan kerana ada penentang semulajadi khususnya kumpulan anti komunis dan pro kerajaan di kampus. Apabila kami menyampai Islam sebagai perjuangan kami, kumpulan pro kerajaan sukar menentangnya. Dengan itu, kami mempunyai asas yang lebih luas dan lebih kukuh untuk memperoleh sokongan [Zainah Anwar, 1986].


Selepas PMUM disusun semula ini, kumpulan Islam berjaya menguasai PMUM dan pengaruh sosialis semakin pupus ekoran kebangkitan semula Islam di Malaysia. Sungguhpun begitu perjuangan mahasiswa Universiti Malaya tetap berterusan seperti biasa kerana kumpulan Islam ini telah pun terlibat dengan perjuangan menuntut keadilan sosio ekonomi bagi orang Melayu yang miskin luar bandar kini mahu perjuangan ini diteruskan pula di bawah "bendera" Islam.


Tidak lama selepas itu dalam bulan November dan Disember.1974 berlaku peristiwa yang dianggap kemuncak perjuangan mahasiswa iaitu Peristiwa Baling, di Kedah. Peristiwa Baling bermula pada I9 November, 1974 apabila lebih 1,000 petani menunjuk perasaan. Tunjuk perasaan petani itu berterusan pada 20hb. dan 21hb. November 1974. Pada 21 hb. November, lebih 13,000 penduduk berarak ke Pekan Baling kerana penderitaan dan kesengsaraan hidup yang menghimpit mereka disebabkan harga hasil pertanian mereka jatuh dan meningkatnya harga barang keperluan harian ekoran inflasi. Apabila ternyata kerajaan tidak berbuat apa-apa dalam tempoh yang diberikan, satu tunjuk perasaan yang melibatkan 30,000 orang, telah diadakan di Baling pada 1hb. Disember, 1974 [Hassan Karim, 1984].


Perjuangan petani-petani Baling itu telah mendapat sokongan golongan pelajar di semua universiti dan Institusi Pengajian Tinggi tempatan. Satu demonstrasi besar-besaran lebih 5,000 orang pelajar telah diadakan di Padang Kelab Selangor pada 3hb. Disember, 1974. Mereka membuat tuntutan, diantaranya; pertama; kerajaan hendaklah menyelesaikan masalah inflasi dengan segera; kedua;harga getah hendaklah dinaikkan keparas yang munasabah ; ketiga; semua Menteri atau Menteri Besar yang rasuah hendaklah disingkir dan dihukum [Hassan Karim, 1984].


Kerajaan tidak mengindahkan tuntutan pelajar dan menggunakan polis untuk menumpas demonstrasi pelajar. Seramai 1128 orang pelajar telah ditangkap dalam tunjuk perasaan pada hari itu. Penangkapan pelajar-pelajar telah menyemarakkan lagi perjuangan dan telah meneruskan tunjuk perasaan di semua kampus. Tunjuk perasaan berjalan beberapa hari, sehinggalah pada awal pagi 9hb.Disember, 1974 polis telah memasuki kampus universiti dan menahan ramai pemimpin pelajar [Hassan Karim, 1984].

ZAMAN 'BERKABUNG' DI KAMPUS


Ekoran peristiwa Disember 1974 ini, ramai pemimpin mahasiswa universiti Malaya yang ditangkap dan ada yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Mengikut Hassan Karim (1984), di antara yang ditahan ialah Kamaruzzaman Yaacob (Presiden PMUM), Adi Satria (Pen. Setiausaha Agung PMUM) dan ramai lagi pemimpin mahasiswa yang menjadi mangsa penangkapan tersebut.

Tetapi Hishamuddin Rais (Setiausaha Agung PMUM) berjaya melepaskan diri dan tahanan ISA kerana berjaya melarikan diri ke luar negara tanpa dikesan oleh pihak berkuasa. Beliau hanya muncul semula setelah berbelas tahun berada di perantauan dan kembali semula ke negara ini pada 18 hb November 1994 setelah hampir 20 tahun menjadi "pelarian politik"


Turut ditahan ialah Prof.Syed Husin Ali (Universiti Malaya), Prof. Tengku Shamsul (Universiti Malaya), K.S.Nijar (Universiti Malaya), Lim Mah Mui (Universiti Malaya), Sabiha Abd. Samad (ITM), Anwar Ibrahim (Presiden ABIM), Ab. Rahman Rukaini (Yang Dipertua PMUKM), Ahmad Kamal Selamat (Yang Dipertua PMUSM) dan Ibrahim Ali (Presiden KSITM) [Kamarazaman Yaacob, 1991]


Penentangan mahasiswa tidak berakhir begitu sahaja walaupun ramai pemimpin mereka ditahan, tetapi sedikit demi sedikit penentangan mahasiswa menjadi semakin lemah dan seterusnya terpaksa "bertarung" di kampus selepas kerajaan membentang satu rang undang-undang iaitu pindaan kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti, 1971 di parlimen dan diwartakan pada 12hb. Mei 1975. Sungguhpun begitu akta ini mendapat tentangan banyak pihak sama ada mahasiswa sendiri ataupun dari parti-parti pembangkang dan juga pertubuhan sosial yang bersimpati dengan mahasiswa.



 

Dengan berkuatkuasanya akta tersebut, semua pertubuhan dibubarkan dan berakhirlah satu zaman di mana gerakan pelajar merupakan satu gerakan sosial dan politik yang penting. Sebagai gantinya kerajaan membenarkan di setiap kampus ditubuhkan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), satu badan yang tidak mempunyai kuasa, kebebasan dan kewibawaan [Hassan Karim, 1984].


Selepas pengutkuasaan akta tersebut, persatuan mahasiswa yang dahulunya begitu dikagumi dan dihormati seolah-olah "lumpuh" seketika. Sesi 1975/76 merupakan satu zaman baru kepada semua pergerakan mahasiswa termasuk di Universiti Malaya dalam konteks "pengujian" AUKU, 1975 yang dipaksakan ke atas mereka.

Dalam keadaan ini, semua persatuan mahasiswa seperti PMUM, PBMUM, PMIUM dan lain-lain cuba memulihkan kedudukan mereka untuk disesuaikan dengan budaya yang baru. Segala aktviti dan sumber kewangan persatuan mestilah diberitahu dan mendapat kebenaran daripada pihak Hal Ehwal Pelajar yang ditubuhkan berikutan berkuatkuasanya akta tersebut 

ZAMAN AWAL KEBANGKITAN ISLAM


Pada masa ini usaha persatuan mahasiswa adalah membantah penguatkuasaan akta tersebut yang dianggap terlalu mengongkong pergerakan mahasiswa tetap berterusan. Berbagai-bagai bentuk bantahan yang dilakukan oleh persatuan-persatuan mahasiswa samaada melalui memorandum, forum dan sebagainya. PMIUM pula pada masa ini di bawah kepimpinan Ismail Basri bercita-cita melipatganda usaha dakwah dalaman terutama kualiti dan kemampuan peribadi bagi menjadikan kampus sebagai gelanggang menegakkan Islam. Mereka mengkaji Islam dengan bersungguh-sungguh dengan berusa menterjemah dan menyebarkan buku-buku karya Sayyid Qutb, Hassan Al-Banna, Abu A'la Al-Maududi serta ahli-ahli fikir kebangkitan Islam yang terkemuka.


Pada zaman ini kebangkitan Islam mula melanda negara-negara Islam terutamanya selepas kemenangan Revolusi Islam Iran pada tahun 1979. Program-program bercorak Islam mendapat sambutan yang meluas di kampus-kampus dan buku-buku terjemahan pemikir-pemikir Islam yang agung begitu laris di pasaran. Mereka mula memperjuangkan Islam sebagai 'ad-deen' yakni satu cara hidup (a way of life) yang paling lengkap, menyeluruh atau 'syumul', bukannya 'religion' atau ideologi.


Kelantangan suara ABIM pada ketika itu di dalam menyatakan hak dan sikapnya yang agak agresif menyebabkan rentak dan nada perjuangan mahasiswa khususnya mahasiswa Islam yang berada di bawah pengaruh ABIM bangkit semula mengikut rentak dan tari ABIM. Kerjasama dengan ABIM secara tidak langsung menjadikan mahasiswa lebih berani dan kuat dalam konteks universiti.


PMIUM yang memperjuangkan konsep cara hidup Islam sememangnya berasa tidak senang dengan aktiviti-aktiviti PMUM yang bercorak kebudayaan yang diamalkan oleh mereka dan sentiasa membantah dan mendesak PMUM supaya dapat menjalankan usaha-usaha positif ke arah melahirkan budaya intelek yang bermoral. PMIUM bertindak memboikot dan menghantar surat-surat bantahan terhadap mana-mana program yang bercanggah dengan Islam seperti konsert rock, peraduan ratu cantik, pertunjukan fesyen dan makan malam dalam Pestaria Kebajikan 1977 dan 1978. Namun segala bantahan dan pandangan PMIUM tidak mendapat perhatian sewajarnya, malah program berkenaan tetap diteruskan [Meneliti Liku Perjuangan, 30 tahun PMIUM)].


PMIUM juga disingkirkan dari menduduki AJK Orientasi sejak sesi 1975/76 dan hanya diterima semula ke dalam Jawatankuasa Perancang Onentasi pada sesi 1977/78, tetapi pada sesi berikutnya 1978/79, PMIUM disingkirkan lagi. Keadaan ini mendorong PMIUM mengubah corak politik mereka dengan berjuang untuk mengambilalih kepimpinan PMUM. Suasana kebangkitan Islam ketika ini membantu "orang dakwah" menguasai PMUM mulai sesi 1979/80.


Selepas beberapa tahun akta tersebut dilaksanakan terutamanya hujung tahun l970'an, persatuan mahasiswa telah "lali" dengan akta tersebut dan mula bangkit semula dan sesekali masih lagi mengadakan demonstrasi. Tetapi demonstrasi yang diadakan pada masa ini tidak sama seperti dulu lagi dan tidak mengancam keselamatan negara sebagaimana pada zaman kemuncaknya dahulu. Demonstrasi diadakan mungkin untuk menyatakan bahawa, mahasiswa telah sedar dari mimpi ngeri sebelum ini.


Sejak dari pertengahan tahun 1970'an lagi, kumpulan Islam telah menguasai kepimpinan mahasiswa hampir semua kampus utama di negara ini. Kebangkitan mendadak gerakan Islam di kampus menyebabkan kerajaan bimbang 'Peristiwa 1974' berulang kembali.


Pada tahun Januari 1978, Persatuan-persatuan Kakitangan Akademik Universiti-Universiti Malaysia telah menggubal Piagam Univerisiti sebagai menggantikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (pindaan) 1975 yang didakwa terlalu mengongkong kebebasan mahasiswa dan kakitangan akademik. Bagaimanapun Piagam Universiti 1978 ini tidak diterima oleh kerajaan, sebaliknya kerajaan menguatkuasakan Kaedah Tatatertib Kakitangan Universiti pula pada tahun 1974.


Sungguhpun begitu dalam pilihanraya umum 1978, mahasiswa telah turun ke medan pilihanraya bersama ABIM untuk berkempen membantu calon-calon PAS menentang calon-calon Barisan Nasional. Walaupun kehadiran mahasiswa kali ini tidak sekuat kehadiran mahasiswa dalam pilihanraya umum 1969 ataupun 1974, tetapi yang penting mahasiswa masih lagi tidak dapat memisahkan dirinya dari terlibat dengan politik.


Tindakan mahasiswa turun "mencampuri" politik menentang kerajaan menyebabkan kerajaan "marah" kepada golongan Islamik dan ABIM yang menajadi "figure" kepada gerakan mahasiswa Islam ketika itu mendapat "tekanan" dari Barisan Nasional kerana membantu PAS. Tetapi kerajaan kurang bukti untuk menghadapkan mahasiswa yang turun dalam pilihanraya kali ini kerana mereka hanya turun secara bersendirian atau atas "platform" yang lain tidak seperti dalam tahun 1969 atau tahun 1974 dahulu.

ZAMAN GERAKAN ISLAM BERKRISIS

Kesinambungan kebangkitan Islam yang bermula sejak akhir 1970'an berterusan hingga ke awal tahun-tahun 1980'an. Pada masa ini persatuan-persatuan mahasiswa yang berpengaruh dikuasai oleh aktivis-aktivis Islam. Pemimpin-pemimpin gerakan Islam terutama ABIM dan PAS seperti Anwar Ibrahim, Ust. Abdul Hadi Awang dan lain-lain begitu popular di kalangan mahasiswa. Anwar Ibrahim begitu popular di kalangan aktivis mahasiswa Islam malah "style" pakaian pun menjadi ikutan pada waktu itu. Nama Anwar pada masa itu lebih hebat dari seorang Menteri apatah lagi Naib Canselor.


Pada masa ini juga PMUM berada di bawah kekuasan pengaruh kumpulan Islam, tetapi sebagai sebuah persatuan "multi-racial", mereka bekerjasama baik dengan mahasiswa Cina dan India. Tetapi mengikut Ahmad Shabery Cheek yang memimpin PMUM pada sesi 1981/82
menyebut; ada dikalangan aktivis Islam yang tidak dapat menerima kerjasama tersebut. PMUM yang bangkit sejak awal tahun 1980an lagi di mana pernah TNC(HEP) Universiti Malaya disaman oleh bekas Presiden PMUM sesi 1979/80, Sdr. Yazid Othman. Dalam rencana PMUM - Era 80'an di dalam makalah 'Meneliti Liku Perjuangan' terbitan PMIUM sempena sambutan ulangtahun ke-30, kes ini menyebabkan TNC(HEP), Prof. Zainal Kling meletakkan jawatan.


Akhbar tabloid WATAN, Selasa 14hb. April, 1981 menyiarkan berita ini dengan tajuk 'Lagi Saman untuk Dr. Zainal Kling'. Saman bekas Presiden PMUM ini di atas alasan Dr. Zainal Kling selaku pihak berkuasa tatatertib telah menyalahgunakan kuasanya menekan gerakan mahasiswa khususnya PMUM dari menjalankan tugas dan tanggung-jawabnya mengikut prinsip-prinsip yang telah diamanah dan dipersetujui oleh Ahli Majlis PMUM sendiri [Muhammad Nur Anwar,1986].


Dalam masa kebangkitan mahasiswa Islam yang semakin mendapat tempat ini, tiba-tiba mereka dihadapkan dengan satu penentuan sikap di mana tokoh pujaan mereka Anvvar Ibrahim telah menyeberang dari landasan perjuangan mereka selama ini. Keadaan ini berlaku menjelang hari penamaan calon 1982 di mana Anwar telah teijtihad' sendiri untuk bertanding di atas tiket UMNO. Semua pihak terkejut dengan peristiwa di luar dugaan ini.


Pemerhah Ekslusif menulis dalam 'Meneliti Liku Perjuangan' terbitan PMIUM menyebut sebelum itu dalam satu pertemuan sulit dengan pimpinan mahasiswa seluruh kampus dan Institusi PengajianTinggi di Maktab Perguruan Islam di Lembah Pantai, pertemuan menjadi tegang dan kecoh kerana Anwar meminta mahasiswa tidak terlibat menentang kerajaan dalam pilihanraya 1982 seperti yang pada tahun 1978. Namun beliau tidak menjelaskan pendirian sama ada untuk masuk pilihanraya atau tidak. Malah dalam pertemuan mahasiswa dan pimpinan kampus di Pasir Mas, Kelantan, Anwar masih berpendirian tidak masuk UMNO untuk pilihanraya itu.

Gerakan mahasiswa Islam dihadapkan dengan krisis baru ekoran tindakan Anwar yang dianggap oleh mereka 'lari' dari perjuangan. Merekaka tidak dapat menerima tindakan Anwar Ibrahim memasuki UMNO untuk memperbaiki UMNO dari dalam menerusi program Islamisasinya.

Di Universiti Malaya, Muktamar PMIUM tahun 1983 menjadi hebat dan penuh dengan pertikaman lidah hingga muktara tersebut ditangguhkan. Perebutan pucuk pimpinan berlaku antara golongan yang masih setia dengan Anwar dan golongan mahasiswa yang mahukan pembaharuan. Muktamar tersebut membuat keputusan menolak orang-orang Anwar dari kepimpinan PMIUM. Kemenangan ini membawa kepada Ust. Mohd Husin menjadi Presiden PMIUM yang baru dan memulakan satu lagi era baru dalam gerakan mahasiswa Islam di kampus Universiti Malaya.


Sejak dari ini satu demi satu golongan Anwar tertolak di pimpinan kampus dan pengaruh ABIM di kampus semakin pudar dan hampir pupus. Perpecahan yang berlaku kali ini 'merencatkan' seketika perjuangan mahasiswa Islam di kampus. Dengan menolak ABIM sebagai 'payung' kepada perjuangan mereka, mahasiswa terpaksa membuat perhubungan terus dengan gerakan Islam PAS.


Pengaruh PMIUM dalam pergolakan politik kampus semakin menyerlah kembali apabila mereka memboikot pilihanraya kampus sesi 1984/85 menyebabkan pilihanraya sesi tersebut hambar dan semua kerusi menang tanpa bertanding. PMIUM memboikot pilihanraya tersebut sebagai protes kepada kegagalan PMUM sesi 1983/84 di bawah pimpinan Takiyuddin Hassan gagal membenteras unsur judi dan hiburan dalam Pestaria Kebajikan 83.

ZAMAN KEBANGKITAN SEMULA PMIUM


Selepas PMIUM memboikot pilihanraya kampus pada sesi tersebut (1983/84), kepimpinan baru PMUM gagal mendapat sokongan sewajamya dari mahasiswa Universiti Malaya terutama mahasisdwa Islam. Pada masa ini mereka menumpukan kegiatan kepada PMIUM bawah pimpinan Ishak Ismail sebagai Presidennya. PMIUM telah membantah tindakan PMUM dan HEP menganjurkan konsert Sudirman pada tahun 1985. Tindakan membawa masuk konsert hiburan ke kampus telah menyebabkan PMIUM semakin kuat dan mendapat sokongan di kalangan masyarakat kampus.


Pada sesi berikutnya (1985/86), calon-calon tajaan PMIUM telah mendapat kemenangan besar dalam pilihanraya kampus Universiti Malaya untuk menerajui semula PMUM. Kemenangan kumpulan Islam tajaan PMIUM menguasai PMUM pada sesi tersebut telah disambut dengan laungan takbir. Kepimpinan baru PMUM pada sesi tersebut di bawah.Zulkifli Yusof telah membawa era baru kepada gerakan mahasiswa bukan sahaja di Universiti Malaya malah ke seluruh kampus universiti tempatan dengan terbentuknya "Barisan Bertindak Mahasiswa Negara" (BBMN) di bawah pimpinan beliau setelah kumpulan Islam menang di kampus-kampus universiti tempatan.


Di Universiti Malaya sendiri, PMUM telah berjaya menganjurkan Pestaria tanpa unsur-unsur judi dan hiburan yang melalaikan seperti sebelum ini. Pestaria tahun tersebut disifatkan berjaya menonjolkan kewibawaan golongan Islam dengan gandingan padu bersama PMIUM. Pada sesi tersebut juga menunjukkan kebangkitan semula mahasiswa era 1980'an dengan berbagai demonstrasi yang dianjurkan sama ada di dalam kampus mahupun di luar kampus.


Di antaranya demonstrasi anti-Amerika di Kedutaan Amerika akhir tahun 1985 yang disertai hampir semua kampus melibatkan PMUM, PMUPM, PMUKM dan PMUTM. Begitu juga dengan demonstrasi membantah pemecatan Setiausaha Agong PMUTM 1985/86 Ahmad Lutfi Othman pada tahun 1986 juga disertai oleh berbagai kampus. Keadaan ini menyebabkan banyak pihak yang meramalkan gerakan mahasiswa telah bangkit semula di bawah panji-panji Islam.


Kepimpinan PMIUM berjaya menguasai politik kampus Universiti Malaya khususnya PMUM selama beberapa tahun hingga sesi 1987/88. Selama dua sesi terakhir di bawah kepimpinan Hisham Mat Ali (1986/87) dan Mohd Khir Zahri (1987/88), PMUM tidak begitu menonjol sebelumnya yakni sebagaimana di bawah pimpinan Zulkifli Yusof. Pada masa ini juga PMIUM yang dikuasai oleh kumpulan pro-PAS menghadapi masalah dengan IRC di mana akhimya kumpulan IRC tersingkir dari PMIUM. Keadaan ini memberikan kesempatan untuk IRC bertindak balas menoak mahasiswa pro-PAS dari kepimpinan Persatuan Mahasiswa Akademik Islam Universiti Malaya (PMAIUM) pada sesi 1986/87 menyebabkan politik kampus Universiti Malaya terus bergolak. Mahasiswa pro-PAS hanya dapat menguasai kembali PMAIUM mulai sesi 1988/89. Selepas itu IRC menjadi tidak menentu dalam pergolakan politik kampus.


Pada masa ini PMIUM pula semakin kuat dan mendapat sokongan meluas. PMIUM di bawah kepimpinan Mohd Yusof Abdullah begitu lantang menentang program-program bercorak hiburan dan pesta-pestaan yang membawa kepada keruntuhan moral muda mudi.


Pada lOhb September, 1989, PMIUM menganjurkan demontrasi membantah konsert Sheila Majid di hadapan Devvan Tunku Canselor telah dihadiri 1500 orang dan menyebabkan dua orang pemimpinnya iaitu Jamali Adnan (Setiausaha Agung PMIUM) dan Jamaluddin Ramli (Bendahari PMIUM) ditahan di bawah ISA. Kedua-dua mereka juga telah dilucutkan jawatannya dalam PMIUM dan tidak dibenarkan membentang lapuran tahunan dalam Muktamar PMIUM pada Disember, 1989 tetapi telah dijemput sebagai tetamu khas.


Turut ditahan di bawah ISA adalah pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman (bekas pemimpin mahasiswa UTM). Inilah julung kalinya selepas Akta Universiti dikuatkuasakan pada tahun 1975 pemimpin mahasiswa ditahan di bawah ISA kerana berdemonstrasi.


Hampir 20 mahasiswa ditangkap dan sebahagian besarnya didakwa di Mahkamah Universiti. Ada pihak menyebut ke semua mereka didenda lebih RM 7,000 oleh pihak Universiti Malaya. Menurut Ahmad Lutfi Othman dalam salah satu buku politiknya menyebut, beliau mempunyai cukup bukti tentang penahanan mereka (dua oranng Pemimpin PMIUM) di bawah I SA dan kisah operasi pihak polis urntuk menangkap dua orang lagi pemimpin tertinggi PMIUM, tetapi gagal. Tragedi ini amat memilukan kerana berlaku ketika bekas pemimpinl pelajar yang turut sama menentang Akta Universiti dan ISA dulu menjadi Menteri Pendidikan.


Di penghujung 1980'an, Universiti Malaya di bawah kepimpin Prof. Syed Husein Al-Atas telah mengambil keputusan mengadakan pilihanraya kampus secara berparti mulai sesi 1989/90 untuk menghidupkan kembali suasana berpolitik di kampus Universiti Malaya ekoran PMIUM memboikot pilihanraya kampus sesi sebelumnya. Dalam pilihanraya tersebut calon-calon buat pertama kalinya dibenarkan mengunakan lambang parti masing-masing.

ZAMAN KEMUNCULAN SEMULA NASIONALIS

Setelah IRC tersingkir dari kedua-dua persatuan utama mahasiswa Islam yang berpengaruh iaitu PMIUM dan PMAIUM, mereka terpaksa merubah strategi berpolihk demi meneruskan survivalnya di kampus Universiti Malaya. Mereka berkerjasama dengan kumpulan nasionalis membentuk parti Barisan Mahasiswa Bersatu (BMB) untuk menjatuhkan monopoli kumpulan PMIUM dalam persatuan induk PMUM. Kemunculan BMB ini kemudiannya mendapat sokongan dari pihak HEP dan menjalinkan kerjasama dengan kumpulan mahasiswa Cina dan India pula.


PMIUM sekali lagi memboikot pilihanraya kampus Universiti Malava sesi 1988/89 kerana tidak berpuashati dengan sikap 'double standard' HEP menyebabkan BMB yang baru ditubuhkan menang 'percuma' dalam pilihanraya tersebut. Shamsuddin Moner yang mengetuai BMB telah dipilih menjadi Presiden PMUM yang baru pada sesi tersebut. Shamsuddin Moner yang bersimpati dengan IRC nendapat kerjasama yang baik dari mereka menyebabkan ramai aktivis IRC menggerakkan projek-projek PMUM.


Tindakan PMUM pimpinan Shamsuddin Moner yang banyak bermain politik luar kampus meyebabkan PMUM mendapat perhatian kembali lebih-lebih lagi apabila akhbar-akhbar mula memberikan perhatian terhadap kejatuhan kumpulan Islam 'radikal' pro-PAS di kampus. Menurut Pemerhati Politik Kampus dalam akhbar Mingguan Kota pada 5hb.Oktober, 1990 menyebut kebijaksanaan Shamsuddin berpolitik seperti menganjurkan 'rapat umum Ihb. Mac' dengan membicarakan bebagai isu berjaya membendung perpecahan dalam PMUM dan BMB.


PMUM pimpinan Shamsuddin Moner juga berjaya membuat 'kejutan' kepada masyarakat bila mereka bercadang meletakkan calon mereka dalam pilihanraya kecil Bentung pada tahun 1989. Kebijaksanaan PMUM "bersandiwara" tidak disedari oleh masyarakat dan akhbar-akhbar tabloid seperti WATAN dan lain-lain yang terus menyiarkan isu ini. PMUM begitu 'bijak' bermain politik dengan mengistiharkan Timbalan Presidennya, Azmi Tajuddin meletakkan jawatannya dan bersedia menjadi calon mereka dalam pilihanraya kecil tersebut. Pada hari penamaan calon, calon tajaan PMUM itu pun "ghaib". Sebenarnya Azmi Tajuddin baru tamat pengajian dan secara automatik gugur jawatannya telah dieksploit oleh Shamsuddin dan rakan-rakan mereka dalam PMUM sebagai meletakkan jawatan untuk menjadi calon dalam pilihanraya kecil tersebut.

Dalam pilihanraya kampus seterusnya pada sesi 1989/90, BMB menerajui PMUM telah ditentang hebat oleh calon-calon tajaan PMIUM tetapi mereka masih memperoleh kemenangan yang tipis sokongan undi Cina. Pada sesi tersebut kepimpinan PMUM diketuai oleh Nazman Mustaffa yang dikenali sebagai orang kuat IRC. PMUM di bawah pimpinan Nazman Mustaffa ini bergolak sejak dari awal lagi ekoran perasaan tidak puashati mahasiswa Cina dan Melayu dalam BMB.


Malah di kalangan mahasiswa Melayu dalam BMB yang pro-UMNO tidak bersetuju dengan tindakan Shamsuddin Moner menyertai parti pembangkang iaitu Semangat 46 menyebabkan berlaku krisis dalaman yang hebat bak "api dalam sekam" dan boleh meletup bila-bila masa sahaja.Krisis menjadi semakin nyata ekoran mahasiswa Melayu calun BMB diketuai oleh Che Mohammad Che Dollah (Setiausaha Agung PMUM) dan beberapa exconya membentuk 'Jawatankuasa Bertindak Mahasiswa Universiti Malaya (JBMUM)' untuk menyingkirkan Canselor Universiti Malaya, Syed Hussein Al-Attas. Syed Hussein Al-Attas didakwa melantik rakan-rakannya keturunan bukan Melayu di tempat-tempat strategik di universiti tersebut telah menimbulkan kemarahan orang Melayu sehingga isu ini dibawa ke Parlimen.

Mahasiswa Cina pula diketuai oleh Tan Ah Kaw (Penolong Setiausaha Agung PMUM) membantah tindakan tersebut dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan akhbar yang bertentangan dengan pendirian JBMUM menyebabkan Nazman Mustaffa tidak dapat menentukan sikap PMUM dalam isu tersebut.


Krisis memuncak bilamana Che Mohammad gagal meneruskan pengajian dan jawatan Setiausaha Agung PMUM terpaksa dikosonkan Jawatan tersebut dipangku sementara oleh Tan Ah Kaw (Penolong Setiausaha Agung PMUM) dan mahasiswa Cina menuntut jawatan Sehausaha Agong tersebut. Tetapi mahasiswa Melayu dalam BMB tidak bersetuju dan kemudian berjaya melantik calon mereka setelah beberapa kali gagal kerana tidak cukup korum untuk mengadakan mesyuarat MPP. Sungguhpun begitu, Nazman tidak dapat membendung krisis dari merebak.


Perpecahan dalam BMB ini memang telah dijangkakan dari awal lagi dan hanya menunggu masa sahaja untuk 'meletup'. Krisis ini menyebabkan mahasiswa Cina bertindak menubuhkan parti baru Angkatan Mahasiswa Adil (AMA) sebagai platform bagi mereka ber tanding dalam pilihanraya kampus berikutnya.


Penyertaan AMA secara bersendirian menyebabkan pilihanraya kampus UM 1990/91 ditandingi secara tiga penjuru telah memberikan pukulan 'maut' kepada BMB di mana keputusannya, NADI telah mendapat 13 kerusi, AMA memperolehi 11 kerusi, Bebas 5 kerusi dan satu kerusi telah kosong. Kegagalan BMB mendapat sebarang kerusi dalam pilihanraya ini telah tidak diduga sama sekali. Ada pihak yang menyamakan kegagalan BMB ini adalah sama seperti kegagalan BN di Kelantan dalam Pilihanraya Umum 1990.


Kejayaan BMB menguasai pimpinan PMUM selama 2 sesi telah menyebabkan BBMN bergolak apabila PMUM dan PMUSM tidak berpuashati dengan pimpinan BBMN yang didakwa dikuasai oleh PAS. Kepimpinan BBMN yang diterajui oleh Wan Ali Wan Jusoh (PMUKM) ditentang oleh Shamsuddin Moner dan PMUM bercadang membentuk gabungan baru dipanggil Majlis Gabungan Mahasiswa Negara (MGMN) kerana merasakan mereka diketepikan dalam BBMN, tetapi tidak mendapat sambutan yang sewajarnya. Tetapi pada sesi berikutnya 1889/90, PMUM yang dipimpin oleh Nadzman Mustaffa mendapat rakan-rakan baru terdiri dari PMUKM, PMUIA dan PMUSM yang dkuasai oleh golongan sealiran dengan mereka telah berjaya mem'bunuh' BBMN dan membentuk pula Angkatan Perpaduan Negara (APMN). APMN ini tidak dapat berfungsi dengan baik sebagaimana BBMN dulu menyebabkannya bertahan selama satu sesi sahaja.


Sebaik sahaja BBMN dimansuhkan oleh golongan 'nasionalis-Islamis' yang menguasai PMUM dengan bantuan 'rakan' mereka dari kampus lain, PMIUM pula mengorak setapak lagi ke hadapan dengan membentuk gabungan baru yang dikenali sebagai Gagasan Mahasiswa Islam Semenanjung(GAMIS) bersama dengan ISIUKM, PMUTM, PMIUPM dan PMIUSM. Sejak itu GAMIS yang diketuai oleh Mohd Yusof Abdullah (Presiden PMIUM) sebagai Pengerusi dan Abd. Rahman Embong (Presiden PMIUTM) sebagai Setiausaha mula mendapat perhatian masyarakat.


Kehadiran GAMIS yang tepat pada masanya yakni ketika berlakunya 'vacuum' dalam gerakan mahasiswa 'inter kampus' menyebabkan ianya cepat popular seperti BBMN sebelum ini. Kejayaan GAMIS mengepalai beberapa demonstrasi juga menyebabkan perhatian masyarakat tertumpu kepada mereka untuk memikul 'obor' perjuangan yang ditinggalkan. Kepopularan GAMIS menyebabkan APMN tidak mendapat tempat dan 'berkubur' sebelum sempat bernafas. Keadaan ini yebabkan sekumpulan mahasiswa yang pro-UMNO di beberapa universiti terpaksa menubuhkan Angkatan Mahasiswa Negara (AMAN) serta mendakwa mewakili berpuluh-puluh persatuan mahasiswa bagi membantu Barisan Nasional menjelang pilihanraya umum 1990.

ZAMAN TIDAK MENENTU DI AWAL 1990AN


Lipset, S.M (1967) dalam 'Student Politics' menyebut, kesedaran dan minat yang tinggi dalam politikk tidak semestinya menggambarkan penglibatan yang aktif sebagaimana yang ditunjukkan di Iran. Kadar mahasiswa yang berminat melebihi 50 peratus tetapi yang aktif hanya 15 peratus sahaja yang boleh dikategorikan sebagai 'highly politicized' dalam perlakuan mereka yang sebenar.


Ketika ini pergolakan politik kampus dalam keadaan tidak menentu di mana tiada pihak yang benar-benar dominan seperti dalam tahun 1980'an sebelum ini. Kepimpinan PMUM silih berganti antara kumpulan Islam dengan kumpulan nasionalis. Kumpulan mahasiswa Islam ketika ini membentuk parti NADI yang menggabungkan berbagai Persatuan Anak Negeri, Jawatankuasa Kebajikan Asrama dan sebagainya telah berjaya menguasai semula kepimpinan PMUM dan BMB yang menguasainya sejak dua sesi sebelum ini. PMUM sesi 1990/91 telah diketuai oleh Saifullah Ahmad.


Ketika ini tiada pemimpin mahasiswa yang berjaya menyatukan seluruh pimpinan universiti tempatan ke dalam satu barisan seperti sebelum ini walaupun di kampus lain juga dikuasai oleh kumpulan Islam menyebabkan gerakan mahasiswa tidak menentu. NADI yang menguasai PMUM pada sesi 1990/91 menghadapi ujian yang berat ekoran isu kenaikan yuran Institusi Pengajian Tinggi yang berlipat ganda. Dalam keadaan tergesa-gesa PMUM hanya berjaya membentuk sebuah jawatankuasa 'adhoc' sahaja dikenali sebagai Jawatankuasa Mengkaji Yuran Universiti Tempatan (JMYUT) bagi mengendalikan isu tersebut menyebabkan penyelesaiannya tidak memuaskan hati seluruh mahasiswa.


Ekoran keadaan ini, NADI tewas dalam pilihanraya sesi berikutnya sesi 1991 /92 kepada musuh tradisi mereka BMB yang berjaya memulihkan semula hubungan mereka dengan mahasiswa Cina dan India. Sungguhpun begitu masih terdapat perasaan saling mencurigai antara satu sama lain. PMUM yang diterajui oleh BMB gagal mendapat sambutan yang menggalakan menyebabkan Jais Sardi (Presiden PMUM 1991/92) mencadangkan membubarkan persatuan-persatuan lain. Kenyataan Presiden PMUM ini mendapat reaksi spontan dari pemimpin-pemimpin berbagai persatuan di Universiti Malaya dan berazam menumbangkan parti BMB dari kepimpinan PMUM.


NADI berjaya menguasai PMUM dalam pilihanraya kampus sesi 1992/93. Kali ini PMUM yang dipimpin oleh Ismail Deraman dihadapkan dengan krisis pindaan perlembagaan 1993. PMUM bersama dengan beberapa pemimpin kampus lain membentuk Badan Perunding Mahasiswa Negara (BPMN) ekoran kemenangan kumpulan Islam di semua kampus utama kecuali di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dalam era 1990an ini, nampaknya kepimpinan mahasiswa silih berganti. Pertembungan NADI dan BMB dalam menguasai kepimpinan PMUM begitu menarik sekali. Pihak mana yang mendapat sokongan daripada mahasiswa Cina didapati mempunyai peluang yang lebih membentuk kabinet PMUM. Mahasiswa Cina pula begitu bijak menggunakan 'kuasa politik' mereka dalam proses menentukan kepimpinan mahasiswa Universiti Malaya. NADI pula menyedari hakikat ini dan nampaknya tidak menolak faktor kepentingan mahasiswa Cina dalam 'sepak terajang' politik kampus Universiti Malaya.


BMB yang sememangnya bergantung kepada undi mahasiswa Cina tetap berusaha 'memulihkan' kerjasama dengan mereka. Tetapi masih lagi berjaya bertahan menguasai PMUM sesi 1993/94 diketuai oleh Ghazali Jaapar walaupun majoritinya semakin tipis. Sementara dalam pilihanraya kampus UM 1994/95 menyaksikan kedua-dua kumpulan sama ada NADI ataupun BMB sama kuat tetapi NADI lebih bernasib baik kerana mempunyai kelebihan 1 kerusi (NADI mendapat 17 kerusi; BMB mendapat 16 kerusi). Tetapi NADI tersingkir dari menerajui MPPUM setelah pilihan raya kecil Fakulti Sains diadakan semula atas bantahan BMB.


Bagaimana pula pola politik kampus Universiti Malaya selepas ini sukar ditentukan. Nampaknya, siapa yang berjaya menguasai undi India dan Cina, mempunyai kelebihan untuk menguasai kepimpinan mahasiswa Universiti Malaya.

 

 

Gerakan Siswa

Petikan dan ulasan"Buku Politik Kampus Di Sebalik Tabir", Pustaka Generasi Baru, 1995, Mohd. Shuhaimi Al Maniri

 

 

 

 

 

Pergolakan Politik Kampus : UKM

 

 

Senerio Pergolakan Politik Kampus UKM

Pergolakan Awal Islam-Nasionalis

Kekalahan Pertama Kumpulan Islam

Kemuncak krisis kumpulan Islam

TSB-CCC Berkonfrantasi

Kemunculan Islam Penyelamat Ummah (IPU)

Krisis IPU-IRC

ATMA 'hidup segan, mati tak mahu'

Krisis IPU-TSB berpanjangan-Bahagian I

Krisis IPU-TSB berpanjangan-Bahagian II

Senerio Pergolakan Politik Kampus UKM


Pertembungan dua aliran pemikiran yang mendasari penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) iaitu golongan yang mempunyai kesedaran Islam dan golongan berfahaman kebangsaan telah "berjangkit" kepada mahasiswa-mahasiswi di sini dan telah menjadi asas kepada politik kampus atau pergerakan mahasiswa UKM sejak dari awal tahun 1970'an sehingga sekarang.

Dalam tahun-tahun tersebut sebahagian besar dari proses politik kampus adalah dicorakkan oleh perbezaan ideologi dan konflik nilai kumpulan-kumpulan yang wujud di sini.


Mereka ini kemudiannya saling bertentangan antara satu sama lain untuk menguasai tampuk kepimpinan mahasiswa, iaitu Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) kerana melalui PMUKM segala aktiviti di kampus dapat digerakkan mengikut kehendak dan aliran kumpulan yang menerajuinya. Di samping itu mereka dapat mengembangkan pengaruh melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.


Sejak dari awal penubuhan PMUKM lagi pada sesi 1970/71, Islam telah dijadikan landasan pergerakan mereka. Dengan ini secara langsung pemimpin-pemimpin PMUKM dilantik dari kalangan yang cenderung kepada Islam. Pada masa ini PMUKM berada di bawah pengaruh PKPIM, Ramli Hj.Ibrahim telah menjadi pengasas dan Pengerusi Jawatankuasa Penaja PMUKM (kemudiannya dilantil menjadi sebagai Yang Dipertua PMUKM 1971/72).

Beliau, menegaskan, "sejak dari mula lagi PMUKM telah meletakkan Islam sebagai landasan perjuangannya. Penegasan dasar-dasar keislaman ini merupakan satu peristiwa penting dalam perjuangan mahasiswa dewasa ini..."


Kumpulan mahasiswa Islam dikatakan dominan dalam politik kampus UKM kerana sentiasa berjaya menguasai kepimpinan PMUKM sejak dari awal penubuhannya lagi kecuali dalam dekad 1980'an sahaja mereka terlepas dari tampuk kepimpinan mahasiswa sebanyak 3 kali iaitu pada sesi 1980/81,1985/86 dan 1989/90 akibat perpecahan sesama sendiri.

Mereka bernasib baik selepas tewas, berjaya menguasai kembali kepimpinan PMUKM pada sesi berikutnya. Tetapi pada awal dekad 1990'an, politik kampus di UKM menjadi tidak menentu di mana tiada pihak yang yang dapat menguasai kepimpinan PMUKM secara menyeluruh seperti sebelum ini.

PERGOLAKAN AWAL ISLAM-NASIONALIS


Pergolakan awal dalam PMUKM yang menjadi tunjang politik kampus di sini bermula apabila ada pihak yang tidak dapat menerima tindakan-tindakan PMUKM yang dikuasai oleh kumpulan Islamik. Di antara tindakan PMUKM yang kurang disenangi adalah semasa dipimpin oleh Abdul Halim Arshad pada sesi 1973/74 yang mencabar kepentingan 'establishment' secara langsung seperti menentang perlantikan Datuk Abdullah Ayub sebagai Naib Canselor UKM yang baru dan berkrisis dengan Menteri Besar Selangor Datuk Harun Idris ekoran isu pembalakan haram di tapak kampus UKM di Bangi. PMUKM telah mencabar Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris berhubung dengan isu penyelewengan ini.


Pemimpin-pemimpin pelajar seperti Idris Jauzi dan Abdul Rahman Rukaini telah melontarkan isu ini ke tengah masyarakat mahasiswa. Seruannya bersambut dengan beberapa siri demonstrasi (PMUKM) sebagai persatuan anti 'establishment' turut mengeksploitasi isu ini.. Maka Tercemarlah nama Datuk Harun Idris yang kononnya mendapat hasil dari balak yang dikeluarkan dari tapak UKM di Bangi itu [Kamarulzaman Yaacob, 1991]


Pada masa ini terdapat pemimpin PMUKM yang diugut dan diancam oleh pihak tertentu ekoran kelantangan mereka. Walaupun begitu PMUKM tetap utuh dan membantah pentadbiran UKM dengan berdemonstrasi apabila Abdul Halim Arshad (Yang Dipertua PMUKM 1973/74) telah tidak dibenarkan menyambungkan pengajiannya ke peringkat Ijazah Kepujian pada sesi berikutnya.


Kemuncak kegiatan PMUKM adalah pada sesi berikutnya (sesi 1974/75) apabila PMUKM terpaksa dibubarkan berikutan arahan kerajaan apabila berkuat kuasanya pindaan Akta Universiti pada tahun 1975 selepas demonstrasi Baling pada bulan Disember 1974. Pada masa ini semua exco PMUKM diletakan di bawah kawalan undang-undang dan kebanyakannya merengkuk dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) termasuk Abdul Rahman Rukaini (Yang DiPertua PMUKM) dan Hassanuddin Yeop (Timbalan Yang Dipertua PMUKM).


PMUKM hanya berjaya dipulihkan semula beberapa bulan kemudian apabila diadakan pilihanraya MPP sesi 1975/76 bagi memenuhi tuntutan Akta Universiti, 1975. Muda Mamat (1977), Setiausaha Agung PMUKM 1976/77 dalam lapuran tahunannya menyebut, "kabinet baru PMUKM sesi 1975/76 ini terdiri dari dua tiga orang muka lama dan baru berorientasikan Peristiwa Disember 1974". [Aspirasi, bil: 1].


Pergolakan politik mahasiswa UKM menjadi semakin jelas apabila terdapat dua kumpulan iaitu kumpulan yang hendak menerima dan menentang pilihanraya MPP pertama pada tahun 1975 bagi memenuhi kehendak Akta Universiti yang baru dipinda. Mahasiswa berbelah bahagi sama ada hendak menerima atau menolak konsep MPP ini menyebabkan jumlah yang keluar mengundi tidak sampai kepada jngka 50 peratus. Selepas pilihanraya MPP 1976/77 ini, PMUKM dibenarkan wujud kembali dengan wajah baru tetapi dipimpin oleh orang lama iaitu Fuad Hassan (Yang Dipertua PMUKM 1976/77) dan Abu Bakar Chik (Timbalan Yang Dipertua PMUKM 1976/77).


Sebenarnya sejak peringkat awal penubuhannya, PMUKM tidak terlepas dari menghadapi "gelombang" dan penentangan dari golongan yang masih tidak puas hati terhadap pimpinan yang menerajuinya.


Fenomena ini akhinya mewujudkan satu budaya baru dalam politik kampus iaitu wujudnya politik kepartian. Menurut Yang Dipertua PMUKM Sesi 1978/79, Abdul Rahman Sidek, budaya baru ini hanya wujud selepas tahun 1979 di mana sesi 1978/79 merupakan terakhir di dalam sejarah politik kampus UKM yang mana penyerahan pucuk pimpinan PMUKM dijalankan dalan suasana harmoni dan penuh persefahaman. Manakala zaman selepasnya telah muncul satu bentuk baru dalam kancah politik kampus di UKM apabila sistem politik kepartiaan telah wujud.


Selepas dari itu wujudlah kumpulan-kumpulan mahasiswa secara nyata dan terbuka. Pada ketika itu terdapat dua kelompok mahasiswa yang berlainan ideologi. Kumpulan mahasiswa yang cenderung kepada Islam dan memperjuangkan dasar-dasar Islam dikenali sebagai kumpulan Angkatan Tindakan Mahasiswa (ATMA). Manakala kumpulan mahasiswa Melayu yang memperjuangkan dasar kebangsaan (nasionalisma) pula dikenali sebagai kumpulan Tindakan Siswa Bersatu (TSB).


Sejak dari itu, kegiatan-kegiatan mahasiswa telah berubah kepada haluan berpolitik. Pilihanraya kampus yang bertujuan untuk mmilih para perwakilan mahasiswa ke Majlis Perwakilan Pelajar, Kamsis-kamsis, Persatuan-persatuan Anak Negeri dan Persatuan-persatuan Fakulti telah menjadi medan "perebutan kuasa" di antara pihak ATMA yang pro-Islam, dengan puak TSB yang berteraskan perjuang nasionalisma-liberalisma.


Ketegasan kedua-dua kumpulan ini dalam mempertahankan prinsip-prinsip perjuangan telah mewujudkan suatu pertentangan yang begitu ketara antara anggota-anggota kumpulan tersebut. Sejak dari iti lahirlah istilah-istilah seperti "orang kita" dan "orang dia" mengikut perspektif masing-masing.


Kedua-dua kumpulan tersebut sentiasa tidak sependapat dalam apa juga isu yang berlaku. Golongan ATMA berpegang dengan konsep Islam yang hakiki yang menjadi tuntutan perjuangan mereka. Melalui persatuan-persatuan pelajar yang mereka kuasai, mereka menitik beratkan aspek-aspek Islam untuk memberi kesedaran Islam kepada masyarakat kampus atau luar kampus. Secara tidak langsung berhasrat untuk mewujudkan sebuah model "pemerintahan Islam" dalam masyarakat kampus.


Pada peringkat permulaannya tindakan mereka lebih bertujuan untuk memberi kesedaran dan kefahaman tentang soal-soal kerohanian tetapi lama-kelamaan mereka mula menyentuh soal-soal yang berkaitan dengan ekonomi, sosial dan politik. Mereka cuba menjangkau skop dan permasalahan yang berlaku dalam masyarakat. Lantaran itu kumpulan ATMA menolak anggapan yang mengatakan bahawa kehidupan mahasiswa -mahasiswi Islam sudah memadai dengan hanya melaksanakan aspek-aspek kerohanian sahaja. Sebaliknya ia perlu dilibatkan dengan nilai-nilai Islam dalam semua bidang kehidupan.


Tindakan golongan ATMA juga memperlihatkan peranan mereka sebagai golongan yang radikal. Isu-isu yang diperjuangkan oleh mereka adalah sebagai implikasi dari percaturan politik yang berlaku di luar kampus. Perkembangan dari proses politik peringkat nasional yang melibatkan parti politik seperti PAS dan ABIM sejak tahun 1982, telah mempengaruhi perlakuan mereka. Tuntutan mereka untuk melaksanakan sistem Islam secara menyeluruh di kampus dan di luar kampus, adalah agak mirip dengan aspirasi perjuangan PAS.


Aktiviti-aktiviti ceramah yang diadakan oleh kumpulan ATMA akan melibatkan undangan kepada tokoh-tokoh PAS seperti Ustaz Haji Abdul Hadi Awang, Ustaz Fadhil Noor dan tokoh-tokoh ABIM seperti Ustaz Siddiq Fadhil. Sebagai contohnya, Ustaz Haji Abdul Hadi Awang pernah diundang sempena dengan sambutan Maulud Nabi pada 15hb. Februari, 1982. Keadaan ini secara tidak lansung menggambarkan pendirian kumpulan ATMA yang mempunyai hubungan dengan pemimpin-pemimpin dari parti pembangkang [Aspirasi, bil.6].


Penghayatan nilai-nilai Islam oleh pelajar-pelajar ATMA diperkukuhkan lagi dengan kewujudan Fakulti Pengajian Islam (FPI) sebagai salah sebuah fakulti yang terawal di UKM. Kebanyakan dari pelajar-pelajar dari fakulti inilah yang menjadi perancang dan penggerak kepada pergerakan mahasiswa Islam ketika itu. Sebagai sebuah jemaah yang memperjuangkan dasar-dasar Islam, ATMA juga telah bertindak menentang apa juga program yang berbentuk hiburan dan kesenian yang dianggap tidak bersesuian dengan nilai-nilai Islam dan taraf intelektual masyarakat kampus sendiri yang dianggap sebagai golongan yang terpelajar.


Di samping itu TSB pula melahirkan rasa tidak puashati terhadap sekatan-sekatan dan bantahan-bantahan yang dilakukan oleh kumpulan ATMA ke atas kegiatan-kegiatan yang bercorak hiburan dan kesenian. Bagi mereka sekatan tersebut menjejaskan hak dan kebebasan mahasiswa untuk "menikmati" hiburan-hiburan ringan setelah penat mengulangkaji pelajaran.

Walaubagaimanapun mereka masih mampu melaksanakan sebahagian dari program-program tersebut biarpun telah dibantah oleh kumpulan mahasiswa Islam.


Segala bantahan mereka dikemukakan melalui risalah-risala memorandum dan lain-lain yang dibuat oleh persatuan-persatuan yang dikuasai oleh mereka seperti PMUKM, ISIUKM, PMFPI, PERMATA dan sebagainya. Dengan ini mereka telah menentang beberapa program yang dianjurkan oleh kumpulan mahasiswa 'moderate' TSB seperti Pertunjukan Tarian Lilin yang dianjurkan oleh Jawatankuasa KebajikanSiswa/ i (JAKSA) kamsis Dato Onn di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Konsert Alleycats (1982) dan Konsert Sudirman (1983) yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi (PMFE).


Berlandaskan kepada pendekatan dakwah lahirnya rasa tanggungjawab di kalangan pendokong-pendokong ATMA untuk menggerakkan kembali Ikatan Studi Islam (ISIUKM) sebagai 'base' kepada pergerakan Islam di kampus. Sebenarnya ISIUKM telah ditubuhkan dalam tahun 1976, tetapi ianya tidak bergiat aktif disebabkan ketiadaan jawataa yang dilantik.

Dengan ini ia "berkubur" begitu sahaja [Aspirasi bil 6], Selepas ISIUKM dihidupkan kembali, segala program yang dianjurkan oleh jawatankuasanya bukan sahaja menyentuh isu-isu di kampus tetapi juga melibatkan isu-isu nasional dan internasional dengan sifatnya yang menyeluruh, terbuka, ilmiah dan mengutamakan bidang komunikasi.


Manakala bagi golongan TSB pula, perjuangan mereka adalah berteraskan kepada kebebasan, kesederhanaan dan demokrasi. Pada mereka ciri-ciri tersebut amat penting dalam kehidupan mahasiswa. Ideologi dan pemikiran TSB adalah berkait-rapat dengan dasar nasionalisma-liberalisma yang lebih mengutamakan dasar-dasar kebangsaan dan ciri-ciri kemelayuan.


Dalam konteks politik kampus, perjuangan mereka mengutamakan hak dan kepentingan mahasiswa di kampus seperti isu mengenai biasiswa, beban akademik dan penempatan mahasiswa. Bagi mereka perkara-perkara ini amat perlu diberi perhatian kerana melibatkan kebajikan mereka. Umpamanya dalam tahun 1982, TSB memainkan isu penempatan mahasiswa di dalam kampus. Mereka mendakwa kumpulan ATMA telah gagal menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh sebilangan mahasiswa-mahasiswi UKM yang mendapat tempat di kamsis-kamsis.


Manakala bagi kumpulan ATMA pula yang ketika itu memegang tampuk PMUKM berpendapat punca masalah ini adalah melibatkan peranan HEP (Bahagian Perumahan) dengan pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Isu ini merupakan isu penting yartg dimainkan oleh kumpulan TSB untuk "memancing undi" dalam pilihanraya kampus sesi tersebut.

 

 

  KEKALAHAN PERTAMA KUMPULAN ISLAM


Ketiadaan pemimpin mahasiswa yang benar-benar unggul dan berwibawa di awal dekad 1980'an ini menyebabkan pergerakan mahasiswa tidak dapat dibentuk menjadi satu kesatuan yang benar-tenar berwibawa. Baharuddin Ali Masrom (1985) mendakwa fenomena kelembapan gerakan kemahasiswaan sebenarnya dianggap tidak bermaya mulai dekad 1980'an, bukan sahaja akibat sekatan akta tetapi juga disebabkan oleh ketiadaan kepimpinan yang benar-benar mampu dan berwibawa. la bergantung kepada keupayaan mahasiswa nempengaruhi suasana kampus.


Rentetan dari keadaan ini pemimpin mahasiswa sentiasa berkonfik sesama sendiri secara berpanjangan. Mereka sudah tidak mampu lagi mengawal supaya perpecahan mahasiswa adalah sekadar pertandingan memilih pemimpin sahaja, dan kemudiannya bersatu kembali untuk menggerakan kesatuan mahasiswa yang mantap dan berwibawa.

Krisis kepimpinan yang berlaku antara mahasiswa dari kumpulan ATMA dan TSB sentiasa berpanjangan dan tidak terhenti setelah selesai sesuatu proses pemilihan. Mereka seolah-olah tidak mengiktiraf kemenangan "seteru" mereka yang menguasai kepimpinan mahasiswa. Walaupun kumpulan mahasiswa dari aliran Islam ini mempunyai kedudukan yang dominan, tetapi mereka sentiasa digugat oleh kumpulan yang tidak berpuas hati dengan corak kepimpinan mereka. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan mereka dari tampuk kepimpinan PMUKM.


Kumpulan ATMA mendakwa kumpulan TSB sentiasa berusaha menjatuhkan mereka dengan berbagai cara termasuk 'fitnah' dengan menyelewengkan fakta-fakta yang sebenar. Keadaan ini dikatakan menyebabkan masyarakat kampus keliru ekoran banyaknya fakta-fakta yang bercanggah ditimbulkan oleh kedua-dua belah pihak. Abd. Malik Awang Kechil (Setiausaha Agung PMUKM 1979/80), mendakwa PMUKM sesi tersebut menerima kecaman paling hebat, katanya "...dalam kita berusaha merancang untuk melaksanakan cita-cita murni ini, terdapat mereka yang tidak senang dengan keamanan dan kesejahteraan yang wujud bagi seluruh mahasiswa ini (secara tidak langsung menggugat kepentingan mereka). Oleh itu sudah tentulah usaha-usaha mereka dilakukan dengan lebih gigih sekali untuk mewujudkan kekeliruan dalam masyarakat dengan menyelewengkan fakta-fakta yang benar di setiap bidang keupayaan mereka".


Ekoran dari kekeliruan ini, TSB dikatakan telah mendapat kesempatan terbaik untuk menguasai PMUKM buat pertama kalinya pada sesi 1980/81, bila mana mahasiswa sudah tidak dapat menentukan siapa benar di antara kedua pihak dan terdapatnya perasaan menukar "selera".

Kesemua calon ATMA di peringkat umum termasuk Abd. Malik Awang Kechil (Setiausaha Agong PMUKM 1979/80), Jaafar Abd. Rahman (Timbalan Yang Dipertua PMUKM 1989/80) dan lain-lain telah tewas kecuali Fadhullah Shuaib (Yang Dipertua PMUKM 1979/80)


Kekalahan tipis ATMA dikerusi umum pada sesi 1980/81 mngkin juga disebabkan penyertaan calon bebas seramai 4 orang. Inilah jumlah kalinya TSB berjaya menguasai PMUKM setelah mencubanya beberapa kali sebelum ini. PMUKM yang baru dilantik ini dibarisi oleh muka-muka baru dari kalangan tokoh-tokoh veteran TSB diketuai oleh Mohd Rais Zainuddin (Yang Dipertua PMUKM 1980/81) dan Abdul Rahman Bakar (Timbalan Yang Dipertua PMUKM 1980/81).


Sungguhpun begitu ATMA telah berjaya merampas kembali PMUKM pada sesi berikutnya, 1981 /82. Kekalahan ini sungguh mengejutkan pendokong-pendokong kuat TSB yang telah bekerja keras untuk mengekalkan pengaruh mereka. TSB hanya sempat berkuasa selama satu sesi sahaja dan mereka sentiasa merancang untuk merebut kembali kepimpinan PMUKM pada sesi 1982/83. Pergolakan dalaman berlaku dalam kumpulan ATMA telah dipergunakan oleh TSB tetapi tidak berjaya untuk menumbangkan seterunya itu.


Pada 9hb. Julai 1982, iaitu disaat-saat pengundian pilihanraya kampus sesi 1982/83 hendak diadakan, kumpulan ATMA dan TSB telah bertikam lidah secara terbuka sehingga menimbulkan suasana yang tegang dan tidak terkawal lagi. Kedua-dua belah pihak telah mengadakan perarakan secara haram pada waktu malam dan bertembung sekitar kamsis A. Peristiwa ini telah berlarutan dari pukul 10.30 malam hingga 12.30 pagi. Peristiwa ini telah berakhir secara aman setelah campurtangan semua pihak.


Ekoran dari perishwa itu telah menyebabkan pihak pentadbir universiti mengambil tindakan tegas dan menangguhkan pilihanraya kampus pada sesi tersebut dari tarikh yang sepatutnya, iaitu dari tarikh yang sepatutnya, iaitu dari tarikh 10hb. Julai 1982, kepada 19hb.September 1982 (Aspirasi bil.6]. Tiga pindaan telah dinyatakan oleh Naib Canselor iaitu, pertama slogan atau manifesto yang digunakan bersama oleh dua atau lebih calon tidak dibenarkan. Kedua; seseorang calon tidak boleh menyokong atau mencadang calon lain dan ketiga; kempen secara berkumpulan tidak dibenarkan.


ATMA mendakwa pindaan ini sebagai satu cara untuk melemahkan kumpulan mereka dan mengurangkan sokongan ke atas mereka kerana kumpulan ATMA menggunakan manifesto yang sama dan berkempen secara berkumpulan. Bagaimanapun setelah pilihanraya dijalankan semula dengan beberapa pindaan daripada pilihanraya sebelumnya, kumpulan ATMA masih berjaya memenangi pilihanraya tersebut.

 

KEMUNCAK KRISIS KUMPULAN ISLAM


Meskipun kumpulan ATMA yang mewakili pendokong aspirasi Islam di UKM berjaya membentuk dan menerajui semula PMUKM pada sesi tersebut, tetapi mereka juga menghadapi krisis dalaman yang berlaku antara pemimpin-pemimpinnya. Arah dan corak perjuangan mereka seolah-olah sudah tidak sealiran lagi, hingga melahirkan satu kumpulan yang pro-ABIM dan satu kumpulan lagi pro kepada perjuangan parti PAS.


Krisis dalaman yang berlaku dalam ATMA ini adalah selaras dengan perpecahan yang berlaku di dalam pergerakan ABIM sendiri, ekoran dari kemasukan saudara Anwar Ibrahim yang menjadi Presiden ABIM ketika itu ke dalam UMNO pada tahun 1982. Ini adalah kerana mereka ini telah terpengaruh dengan sentimen yang berlaku di luar kampus. 'Politiking' antara kedua-dua pihak ini menjadi semakin hebat menjelang sesi 1983/84 dan pada sesi 1984/85, tetapi mereka masih dapat "bersama" dan terus berkompromi di atas dasar yang sama, iaitu Islam.


Ketika menghadapi pilihanraya pada sesi 1984/85, mereka telah bersetuju untuk meletakkan calon dari kumpulan masing-masing atas tiket ATMA. Tetapi setelah ATMA memenangi pilihanraya sesi 1984/ 85 tersebut, keadaan menjadi tegang semula apabila berlaku pertikaian antara puak pro-ABlM dengan puak pro-PAS di dalam menentukan jawatan -jawatan utama PMUKM. Wan Ismail Wan Jusuh (Setiausaha Agung PMUKM 1983/84) dikatakan pro-PAS yang sepatutnya menerajui PMUKM sesi 1984/85 telah menarik diri. Kepimpinan PMUKM akhirnya dikuasai oleh puak yang pro-ABIM sepenuhnya setelah puak yang pro-PAS menarik diri dan Mustafa Kamil Ayub dilantik menjadi Yang Dipertua PMUKM 1984/85.


Mengikut sesetengah pemerhati politik kampus, perlantikan Mustaffa Kamil ini begitu menggembirakan Anwar Ibrahim yang ketika itu sudah menjadi Menteri kabinet. (Sekarang 1994) ketika buku ini ditulis Wan Ismail Wan Jusoh memegang jawatan Setiausaha Dewan Pemuda PAS, manakala Mustafa Kamil Ayub pula memegang jawatan Ketua Penerangm ABIM).


Krisis kepimpinan yang berpanjangan telah menyebabkan lima orang Ahli Majlis Perwakilan Pelajar yang pro-PAS termasuk Wan lsmail Wan Jusuh sendiri telah meletakkan jawatan mereka kerana tidak berpuashati dengan pucuk pimpinan PMUKM. Empat "wakil rakyat' ATMA pro-PAS yang turut meletak jawatan mereka dalam MPP 1984/ 85 adalah Hussein Mohd Yunus (MPP UMUM), Zulkarnain Yusof (MPP FPI), Alwi Mohd Ali (MPP FSH) dan Mohd Razain Mohd Noor (MPP PPK).

Mengikut pengkaji politik kampus, krisis kepimpinan ini mungkin dapat dielakkan jika kedua-dua pihak bertolak ansur dengan tidak menerima tekanan dari pihak luar dan mengikut proses biasa.


Ekoran dari krisis yang berpanjangan ini telah membawa perubahan yang mendadak di dalam pilihanraya sesi 1985/86. Kedua-dua pihak tidak dapat berkompromi lagi biarpun atas dasar perpaduan kumpulan Islam. Masing-masing mempunyai fahaman dan konsep yang berbeza dalam soal perlaksanaan Islam. Baharuddin Ali Masrom (1985) mengatakan, kumpulan ATMA yang pro-ABIM berpendapat cara perlaksanaan Islam perlu dilakukan secara tolak-ansur dan toleransi dengan semua pihak yang terlibat.

Perkara ini dirasakan penting oleh mereka untuk menjamin keadilan dan perpaduan di kalangan seluruh mahasiswa-mahasiswi UKM. Manakala kumpulan ATMA yang pro-PAS pula, mereka berpendapat bahawa Islam tidak boleh dibawa berkompromi dengan apa juga sistem dan suasana persekitaran yang berbentuk sekularisma dan sebarang unsur yang bertentangan dengan Isam serta menolak hubungan dan toleransi dengan pihak TSB yang dianggap memperjuangkan dasar perkauman "sempit" dan hanya memperjuangkan cita-cita kebangsaan tanpa mengira tuntutan Islam sendiri.


Kedua-dua pihak ATMA ini telah meletakkan calon dari kumpulan masing-masing di dalam pilihanraya tersebut menyebabkan berlakunya pertandingan tiga penjuru buat pertama kalinya dalam sejarah politik kampus di UKM. Calon ATMA yang pro-ABIM telah bertanding di bawah "bendera biru", manakala yang pro-PAS pula bertanding di bawah lambang "bendera hijau". Ternyata pertandingan tiga penjuru ini telah menguntungkan pihak TSB, bila ia telah berjaya memenangi pilihanraya kampus kali ini (sesi 1985/86).


Kesemua calon untuk kerusi umum dari kumpulan Islam sama ada yang pro-PAS atau pro-ABIM telah tewas, kecuali Kamsani Mahful (Setiausaha Agung PMUKM 1984/85) sahaja yang menang.


Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kemenangan kumpulan TSB ini, selain dari faktor perpecahan di kalangan kumpulan Islam yang membawa kepada perpecahan undi. Antaranya ialah kerana sokongan penuh yang telah diberikan oleh pelajar bukan Islam (India dan Cina) kepada mereka. TSB telah menjanjikan jawatan Penolong Setiausaha Agong dan Bendahari PMUKM kepada kaum Cina sekiranya mereka menyokong TSB dalam pilihanraya tersebut.


Di samping itu peranan yang dimainkan oleh pihak HEP juga tidak kurang pentingnya dalam mempengaruhi kemenangan di pihak TSB. Tindakan HEP menarik balik tanggung jawab pengendalian Minggu Suaikenal daripada PMUKM yang dikuasai oleh kumpulan Islam merupakan faktor penting kejatuhan kumpulan Islam di kampus dengan mengenepikan mahasiswa yang dikenal pasti penyokong kumpulan Islam dan melantik sebahagian besar JKO dari kalangan TSB untuk mencari pengaruh dikalangan mahasiswa baru.


Perkembangan politik mahasiswa UKM terus memperlihatkan pertentangan atau pertembungan ideologi di antara kumpulan-kumpulan mahasiswa. Kumpulan Islam pro-Pas telah berpecah dari ATMA dan membentuk kumpulan Islam Penyelamat Ummah (IPU) dan kemudiannya muncul pula kumpulan Islamic Representative Council (IRC).

ATMA yang baru ini hanya didokongi oleh aktivis-aktivis pro-ABIM.

TSB-CCC BERKONFRANTASI

Kemenangan TSB yang diperolehi dengan bantuan mahasisw Cina pada sesi 1985/86 tidak dapat dikekalkan pada pilihanraya berikutnya. Kemenangan mereka hanya sempat bertahan selama sat sesi sahaja. Banyak kesilapan yang dilakukan selama satu se menguasai PMUKM. Keadaan ini adalah sama seperti kali pertam mereka menguasai PMUKM pada sesi 1980/81 yang lepas. Timbul pertanyaan apakah TSB sesuai memimpin PMUKM ?


Meskipun di kalangan TSB terdiri dari mahasiswa Melayu, Cin dan India, namun masalah polarisasi kaum tetap wujud di kalanga mereka. Walaupun terdapat kerjasama di antara mahasiswa Melayu Cina dan India dalam "parti" TSB tetapi sikap curiga mencurigai antara satu sama lain masih menebal ekoran hubungan yang tidak rapat antan mahasiswa Melayu dan bukan Melayu.


Mengikut pemerhati politik dua isu besar yang menjahanamkan peluang TSB untuk berkuasa semula dalam pilihanraya kampus UKJI 1986/87 adalah kerana sikap perkauman dan isu pesta konvo ke-14 yaw didakwa berlaku penyelewengan kewangan menyebabkan rugi besar. Isu perkauman ini telah menakutkan mahasiswa Cina untuk memberikan undi sekali lagi kepada TSB.

Chinese Comunity Committe (CCC) yang mewakili kaum Cina dikatakan telah "berpatah arang" dan "berkerat rotan" dengan TSB. Sebagai protesnya mereka tidak keuar mengundi dan ada yang mengundi IPU pula dalam pilihanraya tersebut untuk memberi pengajaran dan pukulan "maut" kepada TSB.


Peristiwa pada malam Pesta Tanglung 1986 tidak dapat dilupaka begitu sahaja oleh mahasiswa Cina. Peristiwa "ngeri" di mana tanglung tanglung mereka dikoyak-koyak setelah berlaku pergelutan dengi kumpulan nasionalis Melayu TSB amat mengecewakan mahasiswa Cina. Mengikut ceritanya pelajar-pelajar Cina yang didalangi oleh CCC ini membuat suatu perarakan membantah ucapan Presiden UMNO Persidangan UMNO tahun itu.

Dua orang kuat CCC Lim Kwe Syu dan Yu Kee Su (Bendahari PMUKM 1985/86) turut berucap dalam peraraka tersebut. Kumpulan TSB juga bertindakbalas membantah perarakan mahasiswa Cina itu dan kemudiannya mendesak CCC dibubarkan. Ti begitu curiga dengan badan tersebut yang begitu berpengaruh di kalangan mahasiswa Cina.

Mohd Nor Hakim yang memangku jawata Yang Dipertua PMUKM ketika itu telah mengumumkan pembubaran CCC yang pada asalnya adalah sebuah badan perundingan antara kumpulan Islam dengan mahasiswa Cina yang dibentuk ketika kumpulan Islam menerajui PMUKM sebelum itu.


Konfrantasi di antara TSB-CCC ini berpanjangan dan saling bersikap curiga mencurigai antara satu sama lain. TSB sudah menganggap CCC sebagai musuh mereka ekoran peristiwa tersebut. Pada masa tersebut juga CCC telah tidak mempercayai TSB lagi. Pemimpin-pemimpin CCC dalam PMUKM juga sudah tidak lagi yakin dengan kerjasama yang dibentuk sebelum ini.


Sebagai tindakan balasnya CCC yang tetap menjadi kumpulan berpengaruh di kalangan mahasiswa Cina telah memberikan sokongan mereka kepada IPU dalam pilihanraya kampus sesi berikutnya 1986/ 87 dan kemudiannya mengadakan kerjasama dengan IPU sehingga 1988/89. Keadaan ini terjadi kerana mahasiswa bukan Melayu ingin menjaga kepentingan mereka. Apabila mahasiswa Cina mengubahkan sokongan mereka, TSB telah tumbang dengan hanya sempat berkuasa selama satu sesi sahaja.

KEMUNCULAN ISLAM PENYELAMAT UMMAH (IPU)

Kemunculan IPU dalam arena politik kampus adalah ekoran perpecahan yang berlaku di dalam kumpulan Islam sebelum ini. Semenjak kemunculan mereka secara nyata dalam politik kampus, IPU nenjadi kumpulan mahasiswa Islam paling dominan berbanding dengan ATMA dan IRC selepas itu. Ini terbukti dari pertandingan dalam pilihanraya kampus dan juga Muktamar Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM) sejak sesi 1986/87 yang sentiasa dikuasai oleh IPU kecuali pada sesi 1989/90 sahaja mereka gagal menguasai PMUKM tetapi tetap menguasai ISIUKM.

Zulkifli Abd. Ghani (1989), Setiausaha Agong PMUKM sesi 1988/ 89 mengatakan slogan atau matlamat yang dibawa oleh IPU secara keseluruhannya adalah sama dengan apa yang dibawa oleh kumpulan ATMA sebelum berlakunya perpecahan.

Kumpulan ini telah mendokong cita-cita mengimplementasikan Islam dalam kegiatannya. Mereka juga telah meletakkan Islam sebagai 'the way of life' di mana IPU sentiasa berusaha untuk mencorakkan segala aktiviti dalam persatuan-persatuan mahasiswa yang dikuasai oleh mereka seperti PMUKM, ISIUKM, Persatuan Anak Negeri, Fakulti dan kamsis-kamsis sejajar dengan falsafah UKM itu sendiri.

Di samping itu juga pemimpin-pemimpin IPU juga telah meletakkan gagasan kerjasama dan perpaduan sejagat, tanpa mengira keturunan dan kaum. Ternyata konsep yang dibawa ini berjaya membendung masalah polarisasi kaum yang begitu memuncak pada tahun sebelumnya, iaitu ketika kumpulan TSB menerajui PMUKM (sesi 1985/86). Manakala pemimpin-pemimpin TSB dikatakan telah cuba menafikan hak kaum lain yang sama-sama menuntut di UKM.

Impikasi daripada sikap yang ditunjukkan ini telah membawa kepada berlakunya rusuhan kaum, antara pemimpin TSB dengan mahasiswa keturunan cina. Dalam rusuhan ini beberapa orang mahasiswa cina telah tercedera kerana dipukul.

Peristiwa ini berlaku kerana pemimpin-pemimpin TSB telah cuba untuk menghalang mereka daripada menganjurkan program "Pesta Tanglung" yang merupakan acara tahunan bagi masyarakat Cina di UKM [lihat : Risalah Menjawab Isu Pilihanraya sesi 1990/91]

Zulkifli Abd. Ghani juga mendakwa IPU telah sedaya upaya memisahkan jurang pemisah yang wujud antara kaum melalui berbagai-bagai kegiatan yang dijalankan, terutamanya menerusi PMUKM dengan menggerakkan satu jawatankuasa kerja yang terdiri daripada berbagai-bagai kaum, sehingga berjaya mewujudkan interaksi dan intergrasi yang padu.

Paling ketara perpaduan yang diwujudkan itu telah menunjukkan hasil dengan kejayaa-kejayaan yang dicapai dalam melaksanakan Pesta Konvokesyen ke 15, 16 dan 17. Sebaliknya Pesta Konvokesyen ke 14 yang dianjurkan oleh TSB telah menemui kegagalan kerana pentadbiran yang tidak teratur menyebabkan ia mengalami kerugian dan sehingga kini penyata kewangannya belum disahkan oleh bendahari UKM.

IPU dan kumpulan-kumpulan Islam yang lain telah bertindak membantah program "Pentas Varia" yang mengundang artis-artis terkenal di kamsis Rahim Kajai pada 5 Mac 1989. Pada peringkat permulaan pentadbir universiti bersetuju menarik balik kebenaran tersebut, setelah mendapat bantahan daripada 15 buah persatuan mahasiswa di UKM, di samping mendapat tahu mahasiswa/i Islam akan mengadakan demonstrasi sekiranya program tersebut diteruskan.

Walau bagaimanapun Pesta Varia tetap diteruskan juga pada malam Israk Mikraj di Dewan Kuliah Utama (DKU) menyebabkan tidak kurang dari 3000 orang mahasiswa mengadakan demontrasi membantah program tersebut. Harakah, 10 hb. Mac 1989 dan Berita Harian, 7hb. Mac 1989 melaporkan akhirnya program tersebut terpaksa dibatalkan.


Ketika TSB menerajui PMUKM pada sesi 1989/90, mereka telah cuba untuk menganjurkan satu program yang dinamakan "Malam Mesra Abadi" sempena dengan sambutan 'Valentine Day' pada 14hb. Februari 1990 bagi meraikan pasangan-pasangan yang sedang bercinta.

Program ini ditentang hebat oleh IPU dengan mendakwa program tersebut bertentangan dengan Islam. Desakan IPU yang dibuat menerusi IPUKM dan PMFPI berjaya 'melembut'kan hati Timbalan Naib Canselor HEP) untuk membatalkan program tersebut.


Kehadiran IPU dalam politik kampus "boleh diharap" untuk membela nasib masyarakat kampus kerana mereka tidak menjadi "pak turut". Mereka bukan sahaja berdemonstrasi membantah konsert-konsert hiburan tetapi juga peraturan-peraturan yang didakwa menyusahkan masyarakat kampus seperti "Demonstrasi Bermotosikal" pada tahun 1989 kerana membantah peraturan lalulintas yang baru dikuatkuasakan oleh UKM. Ekoran demonstrasi ini beberapa orang pemimpin PMUKM yang terdiri dari ahli-ahli IPU telah dikenakan tindakan sama ada diberi amaran keras, didenda, digantung pengajian, dilucutkan jawatan dan sebagainya.

KRISIS IPU-IRC

Di samping kumpulan IPU, muncul pula sebuah lagi kumpulan Islam yang dikenali sebagai IRC secara terbuka. Kemunculan kumpulan IRC secara nyata dan terbuka dalam politik kampus dapat dilihat pada tahun 1988. Bagaimanapun IRC sebenarnya sudah wujud lama di UKM, yakni beberapa tahun spbelum itu, tetapi suasana kehka itu belum lagi mendesak mereka untuk terlibat secara langsung. Tambahan pula mereka pernah bersama-sama dengan IPU menbentuk "Majlis Syura" yang menggabungkan kedua-dua jemaah Islam ini.


Ketika itu Lujnah Tarbiyah dipegang oleh kumpulan IRC. Manakala Lujnah politik pula dipegang oleh IPU. IRC didakwa telah bertindak mengadakan program-program diluar pengetahuan Majlis Syura. Ekoran itu, berlakunya perpecahan dalam Majlis Syura pada tahun 1987, kedua-dua pihak telah membawa haluan masing-masing. IPU telah mendakwa IRC melakukan pengkhianatan dalam Majlis Syura dengan menarik ahli-ahli keluar IPU dan untuk menyertai IRC Dakwaan ini berlanjutan dan menjadi polemik beberapa ketika.


Bertitik tolak dari perpecahan tersebut, IRC kemudiannya telah menunjukkan penentangan terhadap IPU secara nyata dan terbuka tidak lagi secara berselindung seperti sebelum ini. Dalam Mesyuarat Agung PMFPl Sesi 1988/89, IRC telah meletakkan calon-calon untuk merebut jawatan-iawatan exco yang telah sekian lama dipegang oleh wakil-wakil 1PU. Begitu juga semasa Muktamar ISIUKM sesi 1988/89, IRC dan IPU telah bertarung secara terbuka menyebabkan Muktamar sesi tersebut mencatat sejarahnya yang tersendiri dengan kehadiran yang begitu besar dan terpaksa pula diadakan dua kali. Kemudian pada sesi 1989/90 sekali lagi IRC mencabar kepimpinan IPU.

Bagaimanapun dalam kedua-dua pertandingan ini, Salihin Mukhyi berjaya memimpin IPU menewaskan IRC dengan majoriti yang besar dalam Muktamar ISUKM. Sementara PMFPI diketuai oleh Wan Mazli Wan Dagang pada sesi tersebut. Selepas itu IRC mula hilang dari politik kampus UKM setelah gagal menguasai ISIUKM dan PMFPI.


Sungguhpun mereka bertarung merebut kekuasaan dalam ISIUKM dan PMFPl, tetapi aktivis-aktivis yang dikenali sebagai IRC yang berada dalam PMUKM masih lagi memberikan kerjasama menjayakan program-program yang telah dirancang. Sungguhpua begitu hubungan mereka bagai retak menanti belah sahaja. Dalam pada itu terdapat juga usaha-usaha untuk mencari penyelesaian terhadap krisis IPU-IRC ini dari berpanjangan tetapi tidak berjaya.


Kemunculan IRC dalam politik kampus juga adalah kerana timbulnya sikap kurang senang dan tidak bersetuju dengan can kepimpinan yang dibawa oleh IPU. Mereka berpendapat corak kepimpinan yang ditonjolkan oleh IPU terlalu bersifat kepolitikan dan terikut-ikut dengan cara PAS. Pada mereka cara sedemikian sudah tidak sesuai dengan suasana yang wujud dalam kampus. Mereka juga menganggap, kepimpinan IPU mempunyai banyak kelemahan terutama dalam soal "tarbiyah".


Di pihak IRC mendakwa IPU bersikap "pilih kasih" dengan mengenepikan ahli-ahli yang dikenal pasti dari kumpulan IRC dalaa pemilihan jawatan-jawatan persatuan yang dikuasai oleh mereka menyebabkan IRC merasakan IPU telah memperalatkan mereka semata-mata untuk kepentingan politiknya. Manakala IPU pula mendakwa IRC tidak bersedia membincangkan wujudnya perpecahan antara IRC dan IPU. Kerana merasakan mereka sudah diketepikan, IRC mengambil sikap berada di luar IPU dengan menumpukan kegiatan bersangkutan dengan pendidikan dan mencetuskan kesedaran Islam dikalangan ahli-ahlinya dan juga masyarakat umum.


Ketika menghadapi pilihanraya MPP, IRC tidak pula meletakkan calonnya. Ini bermakna mereka hanya menunjukkan sikap penentangan dan mencuba pengaruh dalam persatuan yang ahli-ahlinya yang terdiri iri mahasiswa-mahasiswi Islam sahaja. Setelah tewas teruk kepada IPU dalam dua Muktamar ISIUKM yang ditandingi, IRC telah mengambil sikap baru tidak lagi berdepan dengan IPU dalam Muktamar ISIUKM. baliknya mereka didakwa cuba menyelebelahi TSB sebagaimana sikap baru JIM terhadap UMNO.

ATMA 'HIDUP SEGAN, MATI TAK MAHU'


Setelah mengalami kekalahan dalam pilihanraya kampus pada sesi b965/86, kumpulan ATMA menjadi semakin lemah kerana kumpulan PAS dalam ATMA sebelum ini telah membentuk kumpulan baru dikenali sebagai IPU menyebabkan mereka sukar untuk mereka menguasai kembali PMUKM. Pengaruh mereka hanya bertapak di kamsis Aminuddin Baki dan Ibrahim Yaakub sahaja. Kamsis Aminudin Baki merupakan kamsis yang tidak pernah dikuasai oleh kumpulan-kumpulan lain sejak dari awalnya lagi. Manakala di kamsis Ibrahim Yaakub, sejak kebelakangan ini kedudukan mereka "tidak selamat" kerana beberapa faktor termasuk kehilangan ramai aktivisnya yang telah menamatkan pengajian dan aktivis baru mereka adalah terhad.

Ketika pilihanraya kampus 1986/87, ATMA tidak meletakkan calonnya untuk bertanding di peringkat MPP kecuali di beberapa kamsis sahaja. Penarikan diri golongan ATMA ini telah memberi peluang kepada IPU memenangi pilihanraya pada sesi tersebut. Bagaimanapun kerjasama yang baik di peringkat MPP ini telah menghadapi kegagalan di kamsis Dato' Onn. Dalam pilihanraya tersebut, ATMA telah menentang IPU dengan melanggar satu perjanjian yang dibuat di antara pemimpin -pemimpin tertinggi kedua-dua kumpulan itu. ATMA didakwa telah bertindak menaikkan 'banner' biru mereka dan IPU pula membalasnya dengan menaikkan 'banner' hijau pula.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan mereka menarikdiri antaranya;

Pertama; untuk mengemaskinikan kembali kedudukan jemaah mereka, disamping mengenalpasti kedudukan ahli-ahli mereka. kedua; pada asasnya, pengunduran mereka dari bertanding di kawasan umum memang merupakan laluan dan kompromi dengan IPU pada sesi tersebut. Tetapi di peringkat kamsis mereka tetap bertanding. Ketiga ; pengaruh ATMA sesi tersebut semakin hilang kerana pemimpin-pemimpin utama mereka telah meninggalkan kampus.


Pada sesi 1987/88 dan 1988/89, ATMA masih lagi belum meletakkan calonnya dalam menghadapi pilihanraya kampus peringkat. Tetapi pada sesi 1989/90, setelah merasakan kedudukannya sudah stabil, mereka mula mencuba nasib dengan meletakkan calon diperingkat umum. Sekali lagi berlaku pertandingan 3 penjuru diperingkat kawasan umum. Berdasarkan undi yang dipungut dalam pilihanraya tersebut, TSB tidak akan dapat menguasai PMUKM sekiranya ATMA tidak bertanding.

Pemerhati politik kampus berpendapat tindakan ATMA bertanding dalam pilihanraya tersebut kerana mereka mencurigai pengaruh IPU yang semakin berkembang dan bimbang pengaruh mereka semakin pupus diibaratkan "hidup segan, mati mahu". Bagaimanapun ATMA hanya meletakkan 8 calon sahaja peringkat umum dan hanya meletakkan beberapa calon sahaja peringkat fakulti tertentu. Kemasukkan ATMA adalah untuk 'kacau daun' dan mengelirukan pengundi-pengundi sahaja. Berdasarkan pungutan undi popular IPU mendapat lebih dari 3000 undi mahasiswa Islam berbanding dengan ATMA hanya mendapat sekitar 1000 undi


Penyertaan ATMA dalam pilihanraya kampus sesi 1989/90 dicurigai oleh IPU kerana ATMA didakwa sengaja bertindak demikian untuk menjatuhkan IPU. Tindakan ATMA itu telah menyebabkan hanya memenangi 4 dari 9 kerusi umum turut menyebabkan gagal menguasai majoriti MPP. ATMA gagal memenangi kerusi di peringkat umum tetapi memenangi beberapa kerusi fakulti.

KRISIS IPU-TSB BERPANJANGAN


Kekalahan IPU dalam pilihanraya kampus pada sesi 1989/90 juga disebabkan pengundi-pengundi Cina telah berpaling semula menyokong TSB kerana dijanjikan jawatan-jawatan penting dalam PMUKM. Dalam usaha menarik sokongan mahasiswa Cina kepada mereka TSB telah menjanjikan jawatan Naib Yang Dipertua, Penolong Setiausaha Agong dan Penolong Ketua Hal Ehwal Wanita (BHEW) dan lain-lain lawatan dalam kabinet PMUKM kepada mahasiswa Cina.


Tawaran ini begitu menarik kepada mahasiswa Cina untuk ditolak kerana pertama kalinya dalam sejarah PMUKM seorang mahasiswa Cina dilantik sebagai Naib Yang Dipertua PMUKM. Sejarah bermula apabila, Ng Huai Yuen sebagai Naib Yang Dipertua PMUKM 1989/90 dan Tan Yew Chong menjadi Penolong Setiausaha Agong serta Tan Siew Chong pula sebagai Penolong Ketua BHEW PMUKM sesi tersebut.


Sungguhpun begitu mahasiswa Cina merasa 'tertipu' juga kerana diberikan jawatan tinggi tetapi peranan mereka tidak seberapa menyebabkan mereka tidak berpuas hati berbanding ketika IPU dan ATMA memerintah dulu di mana mereka tetap menerima layanan yang adil walaupun tidak mendapat "habuan" kerusi exco tertinggi.


Keghairahan untuk mendapat jawatan penting dan menguasai Pesta Konvo telah menyebabkan mereka memberikan sokongan padu kepada TSB. Walaupun TSB tidak mendapat sokongan yang memuaskan dari mahasiswa Melayu, tetapi dengan sokongan padu dari pengundi-pengundi India dan China, mereka tetap berjaya menguasai banyak kerusi dan membentuk kabinet PMUKM dengan 'simple majoriti' setelah TSB berjaya menguasai sejumlah 27 dari 48 kerusi, yakni kekurangan kerusi dari jumlah 2/3. Disebabkan keadaan tersebut, mereka gagal nemanggil mesyuarat yang cukup korum untuk meluluskan Ucapan Dasar PMUKM dan sebagainya [Harakah Jumaat, 6hb.Oktober,1989].


Sebelum itu ahli-ahli MPP dari IPU telah membuat bantahan bertulis kepada TNC (HEP) berhubung dengan perjalanan mesyuarat MPP yang tidak sah menyebabkan perlantikan juga tidak sah. Timbalan Pendaftar (HEP), Hj. Salleh Yusof dalam jawaban bertulisnya kepada Nor Azmi Abdullah (MPP FUU) menyebut, "semua ahli MPP yang hadir telah mengikuti mesyuarat dari mula hingga akhir yang memberikan gambaran bahawa mereka patuh kepada keputusan majoriti dan nesyuarat mempunyai cukup korum".

Seterusnya beliau menyebut, 'seksyen 48(5) AUKU pindaan 1975 menyebut, keputusan-keputusan MPP hendaklah diambil mengikut undi terbanyak dengan tidak kurang daripada dua pertiga daripada ahli-ahli yang hadir dan mengundi.

Dalam status UKM (Student Bodies) 1989 dijelaskan, perlaksanaan pada masa lalu adalah keputusan berdasarkan lebih suara (simple majority) dan korum tidak kurang dua pertiga.

Dalam jawaban bertulis itu, Hj.Salleh juga merujuk kepada buku "The Law of Meetings (Their Conduc Procedure)" oleh Sir Sebag Shaw dan Judge Dennis Smith, tafsiran "majority vote" ialah, "majority of votes is at least one more vote o other side than on the other". maknanya satu pihak mendapat undi lebih dari pihak yang satu lagi. [memo HEP UKM, 10 Oktober, 1989].


Kelemahan TSB memimpin PMUKM menjadi semakin ketara bilamana berlaku krisis kepimpinan yang tidak terbendung lagi. Naib Yang Dipertua PMUKM, Sdr.Imran Hadzli Abd. Hamid telah meletakkan jawatannya ekoran krisis tersebut. Sementara beberapa orang exco lain dikatakan mengambil sikap "menyepikan diri". TSB dikatakan tidak mampu memimpin PMUKM setelah gagal melaksanakan berbagai program yang perlu mereka lakukan. Ucapan Dasar Yang Dipertua PMUKM sesi 1989/90, Ahmad Shamsuddin Ramli pun tidak disahkan oleh MPP, kerana IPU mendakwa sebahagian besar Ucapan Dasar tersebut adalah sama dan "ciplak" Ucapan Dasar Yang Dipert PMUKM sesi sebelumnya, 1988/89.


Selain itu beberapa orang pemimpin IPU yang menguasai berbagai persatuan dalaman di UKM telah menghantar beberapa memorandum bantahan kepada HEP berhubung dengan "salah laku" pemimpin- pemimpin TSB yang menguasai PMUKM. Di antara pemimpin IPU yang aktif dan banyak menghantar memorandum bantahan tersebut kepada HEP adalah Yang Dipertua PERMATA ketika itu, Ramli Hj. Noh.Tetapi menurutnya, tiada tindakan yang diambil oleh HEP kecuali siasatan sebagai mencukup syarat sahaja.


Mohd Shiffi (1990) dalam akhbar Watan menyatakan kelemahan pimpinan TSB yang menerajui PMUKM menyebabkan sambutan terhadap program-program mereka begitu mengecewakan. Banyak program yang dirancangkan menemui kegagalan seperti perhimpunan "Bantahan keganasan Zionis terhadap Palestine" yang diada DKU hanya dihadiri oleh lebih kurang 30 hingga 40 orang sahaja.


Kelemahan TSB yang begitu ketara ketika memimpin PMUKM menyebabkan mereka gagal mendapat kepercayaan untuk kembali menerajui PMUKM dalam pilihanraya kampus Sesi 1990/91. Walaupun masih berlaku pertandingan 3 penjuru seperti pada sesi 1985/86, sesi 1989/90 yang memberikan kelebihan kepada TSB tetapi mahasiswa UKM telah memberikan kepercayaan semula kepada IPU untuk menerajui PMUKM.Mahasiswa yang cenderong kepada Islam memberikan sokongan pada kepada IPU setelah mereka mendapati kehadiran ATMA hanya untuk "kacau daun" sahaja.


Pada sesi 1990/91, IPU kembali berkuasa di UKM. IPU pada kali ini membawa satu perubahan yang drastik kepada kepimpinannya dalam PMUKM. Sebelum ini kabinet IPU dalam PMUKM diketuai oleh seorang ulamak muda dari Fakulti Islam iaitu Abdul Fatah Zakaria (1986/87), Idris Ahmad (1987/88) dan Wan Ali Wan Jusuh (1988/89). Kejatuhan IPU di bawah pimpinan Wan Ali Wan Jusuh menamatkan 'era ulamak muda dari Fakulti Pengajian Islam menguasai PMUKM.


Pemilihan Hisharuddin Hassan dari Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan pada sesi 1990/91 menamatkan monopoli "era ulamak muda" dari Fakulti Pengajian Islam dan memulakan satu lagi era baru dalam kepimpinan IPU untuk menghadapi cabaran dekad 1990'an ini. Selepas Hisharuddin memimpin PMUKM, pada sesi berikutnya 1991/ 92 sekali lagi IPU menamakan Mazli Zakuan Mohd Nor dari Fakulti Kejuruteraan sebagai Yang Dipertua PMUKM tetapi belum sempat 'bemafas" Mazli telah mengambil tindakan meletakkan jawatan tersebut sebelum mesuarat pemilihan kabinet PMUKM berakhir bila disedari kabinet campuran IPU-TSB ini telah dirancang lebih awal oleh pihak tertentu.


Ketiadaan majoriti 22-22 dalam MPPUKM diantara IPU dan TSB menyebabkan 4 undi "wakil rakyat" bebas menjadi penentu. Kesemua 'wakil rakyat" IPU yang telah memenangi jawatan Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua, Bendahari dan lain-lain dalam kabinet PMUKM 1991/ 92 ini telah meletakkan jawatan beramai-ramai serta mengambil sikap tidak mahu dicalonkan sebarang jawatan dalam pemilihan semula menyebabkan keadaan kelam-kabut dan TSB berjaya memegang semua jawatan dalam PMUKM sesi tersebut. "Wakil-wakil rakyat" tersebut diketuai oleh Abd. Ghani Ahmad kemudiannya mengambilalih kepimpinan ISIUKM sesi tersebut.


Kabinet PMUKM 1991/92 yang dibentuk oleh TSB telah didakwa menjadi kabinet 'second class' setelah calon-calon utama mengundur diri. Sebelum pembentukan kabinet ini, 'politiking' begitu memuncak, malah ada yang mendakwa berlakunya "politik wang" dengan membeli undi oleh pihak tertentu bagi menjatuhkan IPU yang berkuasa sebelum itu. IPU juga mendakwa pegawai-pegawai tertentu dalam HEP telah campurtangan dalam proses pemilihan kabinet PMUKM. Mereka mendakwa mempunyai bukti pegawai HEP yang terlibat telah pergi ke kampus UKMS di Sabah dengan membawa kesemua 6 ahli MPP (satu tindakan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini) dan menaja kabinet campuran sebagai usaha awal untuk menaikkan semula TSB memimpin PMUKM.

Perkembangan ini telah mengundang krisis kepimpinail sekali lagi kerana pegawai HEP dikatakan secara jelas memihak kepada TSB. Sikap HEP yang memihak kepada sesuatu kumpulan ini memburukkan lagi keadaan politik kampus di UKM.


Ketika ini juga telah berlaku perubahan besar dalam sinario politil negara. PMUKM sesi 1990/91 di bawah IPU telah menggunakan kesempatan ini mengadakan 'Seminar Politik Peringkat Kebangsaan' untuk mengkaji senario politik negara. Angkatan Perpaduan Ummah yang didominasikan oleh PAS-S46-Berjasa-Hamim telah berjaya membentuk kerajaan negeri di Kelantan setelah menyapu bersih semua kerusi DUN dalam pilihanraya kebangsaan 1990. Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Ketua Dewan Ulama PAS telah dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan yang baru.

Dalam keadaan ini Persatuan Mahasiswa Kelantan Darul Naim (PERDANA) yang dikuasai oleh IPU telah menjemput Menteri Besar mereka, YAB Tuan Guru Nik Aziz merasmikan Malam Anugerah PERDANA pada tahun tersebut dan program ini telah mendapat sambutan yang luar biasa di mana lebih 3,000 orang telah hadir serta mencatat sejarah baru di UKM.

Pada sesi berikutnya PERDANA sekali lagi menjemput Tuan Guru Nik Aziz tetapi telah tidak dibenarkan oleh Kementerian Pendidikan serta mencetuskan satu lagi kontrovasi. Itulah kali pertama dan terakhir Tuan Guru Nik Aziz dibenarkan memasuki kampus bertemu dengan mahasiswa Kelantan di atas sifatnyas sebagai Menteri Besar kerana 'digantung tidak bertali' oleh Kementerian Pendidikan.


Sementara Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz pula dalam kenyataannya sanggup berjumpa dengan mahasiswa Kelanta semua universiti hatta di pintu pagar universiti sahaja [Harakah,12 Februari, 1992]. Dalam pada itu mahasiswa Kelantan begitu terkilan dengan tindakan kerajaan yang tidak lagi bersikap terbuka dan 'sporting'dalam menghadapi kegiatan-kegiatan mahasiswa di kampus. Banyak usaha dilakukan untuk mebawa Anwar Ibrahim ke kampus supaya melihat sendiri kelesuan dan hilang "mood" yang berlaku di kalangan mahasiswa. Anwar dikatakan kurang "berminat" hadir program pelajar UKM setelah peristiwa diserang bertubi-tubi merasmikan Kongres Mahasiswa Peringkat Kebangsaan yang dianjurkan oleh PMUKM sesi 1988/89.

Kongres ini telah bertukar menjadi peringkat UKM sahaja setelah Kementerian Pendidikan yang dipimpinnya tidak membenarkan pimpinan pelajar dari lain-lain Institusi Pengajian Tinggi yang berada di luar kampus dari menyertainya.


Ketika PMUKM dikuasai oleh TSB ini juga berlaku satu isu lagi kejadian yang mendapat perhatian mahasiswa Islam di semua kampus termasuk UKM iaitu "Demonstrasi Membantah Perobohan Institut Berakan di Kuala Terengganu". PMUKM yang dikuasai oleh aktivis TSB terus mendesak HEP supaya mengambil tindakan tegas ke atas aktivis-aktivis IPU yang turut serta dalam demonstrasi tersebut di bawah ISIUKM-PMIUTM dan PMUPM.

Seramai lebih 30 orang aktivis IPU yang juga pemimpin mahasiswa UKM telah dikenakan tindakan sama ada didenda atau diberi amaran keras. Di antaranya, Shahrul Azaman Mohd Noah (Timbalan Yang Dipetua PMUKM 1990/91), Abd. Rahman Thobroni (Setiausaha Agung PMUKM 1990/91), Wan Zainuddin Wan Musa(Yang Dipertua PERMATA 1990/91), Fadzliatun Yaakub (Ketua BHEW PMUKM 1990/91), Ahmad Amzad Hashim (Ahli MPPUKM 1991/92), Mohd Saufi Awang Lah (Yang Dipertua ISIUKM 1991/92) dan kin-lain. PMUKM yang diterajui oleh aktivis TSB juga turut mendesak HEP mengharamkan ISIUKM.


IPU telah mempunyai kesempatan bertindak balas dengan mengemukakan undi tidak percaya kepada kabinet 'minoriti' TSB semasa pembentangan Ucapan Dasar Yang Dipertua PMUKM. Tindakan mereka berjaya kerana TSB yang hanya mempunyai 18 ahli sahaja (kerana 4 ahlinya di kampus Sabah tidak hadir) dan dengan ini kabinet PMUKM pimpinan Razali Ibrahim terbubar dengan sendirinya bila usul tersebut lulus (22 undi bersetuju serta tiada undi membantah). Krisis kepimpinan berterusan kerana HEP enggan mengiktiraf undi tidak percaya tersebut serta membenarkan TSB terus menerajui PMUKM.


TNC (HEP), Prof. Dr. Abu Hassan Othman dalam jawaban bertulisnya kepada Abd. Wahab Ariffin (MPP kawasan UMUM) menyebut, 'pada pandangan saya sehingga pemegang-pemegang jawatan baru dipilih secara sah, maka pemegang-pemegang jawatan yang ada sekarang hendaklah bertanggungjawab menjaga kepentingan dan kebajikan ahli-ahli PMUKM serta segala alat-alat pejabat dan harta benda yang disediakan [memo HEP, 27hb Februari, 1992].


Pada pilihanraya kampus 1992/93 sekali lagi tiada majoriti yang mencukupi sama ada TSB (22 kerusi) dan IPU (21 kerusi) dengan bebas memenangi 5 kerusi. Keadaan ini sekali lagi menyebabkan TSB atau IPU tidak boleh membentuk kabinet secara bersendirian kerana masing masing tidak mempunyai majoriti yang mecukupi untuk membentuk kabinet. Terdapat sekali lagi usaha untuk membentuk kerajaan campuran TSB-IPU kerana TSB hanya memenangi 2 sahaja kerusi diperingkat kampus berbanding dengan IPU 7 kerusi bagi mengelakkan politik berpanjangan seperti sesi lepas.

Secara "de facto", tiada mana pihak yang berjaya menguasai politik kampus sama ada TSB mahupun IPU. Tetapi dengan bantuan HEP, TSB sekali lagi membentuk kabinet PMUKM walaupun dibantah oleh IPU memanggil mesyuarat dengan tidak menurut peraturan yang ditetapkan.

Dalam mesyuarat yang dibantah oleh IPU itu TSB sekali lagi melantik Razali Ibrahim bekas Yang Dipertua yang kalah dalam undi tidak percaya pada sesi lepas sekali lagi sebagai Yang Dipertua PMUKM sesi 1992/93 apabila beliau bernasib baik memenangi kerusi MPP dengan undi kedua dari bawah.

Krisis berterusan bila Setiausaha Agong, Saiful Adli Jamian didakwa gagal mendapat status sebagai pelajar berdaftar yang menjadi syarat untuk mengambil bahagian dalam kegiatan mahasiswa di kampus tetapi didapati masih terlibat dalam urusan PMUKM memberikan kesempatan baru untuk IPU membantah dan mendakwa urusan PMUKM tidak sah.


Pada sesi 1993/94, TSB mendapat kemenangan yang lebih besar dan terus kekal menguasai PMUKM. Kedudukan Amiruddin Hassan sebagai Yang Dipertua PMUKM lebih selesa berbanding dengan rakanya sebelum ini Razali Ibrahim (sesi 1991/92 dan 1992/93). Begitu juga pada sesi 1984/95, TSB terus diberi kepercayaan untuk menerajui PMUKM bagi kali keempat berturut-turut.


Mengikut kajian pemerhati politik kampus, kedudukan TSB telah berada pada zaman kemuncaknya dan sedang menuju kepada zaman kejatuhan pula selepas ini. Ini adalah kerana tidak ada satu pun kumpulan diberi kepercayaan oleh masyarakat kampus UKM lebih dari 4 sesi menerajui PMUKM. Sejarah menunjukkan PMUKM diterajui oleh ATMA (1976/77 hingga 1979/80 selama 4 sesi), TSB (1980/81 selama satu sesi sahaja), ATMA sekali lagi (1981/82 hingga 1984/85 selama 4 sesi), TSB sekali lagi (1985/86 selama satu sesi sahaja), kemudian muncul IPU (1986/87 hingga 1988/89 selama 3 sesi), TSB sekali lagi (1989/90 selama satu sesi sahaja), sekali lagi IPU (1990/91 selama satu sesi sahaja) sekarang TSB sekali lagi (1991/92 hingga 1994/95 telah menjangkau 4 sesi).


Secara keseluruhannya, keadaan politik kampus ketika ini merupakan suatu pertembungan ideologi dan fahaman di antara kumpulan yang memperjuangkan Islam dengan kumpulan yang dianggap 'moderate', iaitu TSB. Era 1990'an ini menampakkan pergolakan IPU dengan TSB berterusan ekoran kedua-dua pihak gagal memperolehi majoriti yang jelas untuk menerajui PMUKM.


Kegagalan Teori Domino yang diharapkan oleh IPU tidak menjadi kenyataan pada sesi 1992/93 menyebabkan mereka terus menjadi pembangkang. ATMA dan IRC memerhati pergolakan ini dari dekat jika ada peluang mendapat kesempatan baru. Keadaan ini mungkin akan berterusan jika tiada mana-mana kumpulan mendapat mandat yang jelas dalam pilihanraya kampus.


Persoalan yang timbul sekarang, mahu kemana IPU, ATMA dan TSB selepas ini? IPU mahupun ATMA jika masih berhasrat untuk menguasai kembali PMUKM perlu melakukan perubahan besar-besaran ini dari segi strategi dan menthod yang sudah tidak praktikal lagi untuk kekalkan di era 1990 ini. IPU kelihatan telah cuma membina imej baru membina 'Angkatan Mahasiswa Penggerak Ummah (MAMPU)' sejak dua sesi kebelakangan ini tetapi kelihatan masih tidak "mampu" lagi membebaskan diri dari "nostalgia" silam. IPU ini masih ada "nyawa-nyawa ikan" untuk kembali semula jika kena starteginya, ATMA telah nazak


Jika tiada perubahan yang besar, tidak mustahil TSB berjaya nemecahkan rekod ATMA ataupun IPU sebelum ini dengan berjaya nemonopoli PMUKM lebih dari 4 sesi pada satu-satu masa. Tetapi jika tiada gagasan atau kumpulan baru contohnya MAMPU yang praktikal dan diterima oleh semua pihak Melayu-Cina-India dan lain-lain tidak mustahil monopoli TSB akan berakhir. Walaupun begitu IPU masih di takuk lama dengan hanya menguasai golongan tradisi nnereka di fakulti-takulti Islam dan Perubatan. Ternyata mereka belum 'mampu' memikat sebahagian besar pengundi Cina dan India yang menjadi penentu, menyebabkan TSB dengan mudah menguasai kepimpinan PMUKM.

 

Persatuan pelajar pro-Islam UKM disekat kendali program suai kenal

Pilihan raya kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi sesi 2003/2004 (tahun lalu) mencatat sejarah dengan campur tangan secara berani parti politik mengekang gerakan mahasiswa pro-Islam.

Bermula kemasukan pelajar baru bagi sesi tersebut, Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) sesi sebelumnya dilarang mengendalikan program suai kenal pelajar baru.

Malah pembabitan mereka di kolej kediaman turut dihalang oleh pentadbiran kolej selain pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP).

 

Bekas Ahli Majlis PMUKM yang enggan namanya disiarkan, mendedahkan taktik kotor HEP dan jentera pilihan raya kumpulan Aspirasi UKM. Dalam pertemuan dengan Harakahdaily baru-baru ini, beliau menegaskan, perwakilan pelajar di kalangan mahasiswa pro-kumpulan Islam Penggerak Ummah (IPU) yang dipilih secara sah pada pilihan raya sebelumnya telah dinafikan hak untuk turut serta mengendalikan minggu suai kenal.

Katanya minggu suai kenal dikendalikan secara total oleh HEP dan ‘ad hoc’ program dilantik di kalangan bakal calon yang akan mewakili kumpulan pro-Aspirasi kerajaan.

 

Ujarnya, pelbagai program yang dianjurkan oleh PMUKM juga tidak mendapat kelulusan HEP di bawah kendalian Profesor Madya, Dato' Mohd Salleh Yassin ketika itu.

"Apa yang kami kesal, program berbentuk keagamaan, motivasi dan pembentukan sahsiah mahasiswa anjuran PMUKM sering dinafikan, malah tidak mendapat sokongan pihak pentadbir, akibatnya mahasiswa melihat PMUKM yang menyebelahi pro-IPU seperti tidak membuat sebarang kerja, atau perubahan setelah menerima mandat dari proses pilihan raya," katanya.

Beliau yang kini berkhidmat sebagai pentadbir di syarikat swasta menegaskan, kekangan ke atas PMUKM oleh pihak pentadbiran dilihat berjaya, malah berterusan hingga proses pilihan raya bermula.

 

Jelas beliau, pihak PMUKM turut dihalang untuk mengadakan pertemuan dengan pelajar baru di kolej-kolej kediaman, sedangkan calon pro-Aspirasi dibenarkan untuk berbuat demikian.

"Pergerakan kami terbatas, kami disekat seumpama kami bukanlah badan yang mewakili pelajar, kami berhadapan dengan jentera yang mempunyai segala kemudahan, malah bantuan menguatkan gerakan mereka untuk menawan UKM," dakwa beliau.

 

Campur tangan pihak atasan lumpuhkan kumpulan pro-Islam di UKM

Sekalipun kumpulan pro-Islam, Islam Penyelamat Ummah (IPU) menang besar pada pilihan raya kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada sesi 2000/01 dengan menyapu bersih kesemua 51 kerusi dipertandingkan, kemenangan bukan menjadi jaminan kekuatan gerakan itu.

 

Kemenangan besar tidak menjamin kebebasan mutlak, malah kongkongan demi kongkongan terus melumpuhkan gerakan IPU untuk membulatkan tekad memandu mahasiswa dengan kefahaman Islam.

Sebaliknya, kumpulan Tindakan Siswa Bersatu (TSB) pro-pemerintah yang ditukar menjadi Aspirasi terus berkuasa menyebabkan pilihan raya 2003/2004 melakar seribu satu keperitan kepada mahasiswa pro-IPU.

Seorang bekas anggota Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) yang enggan namanya disiarkan mendakwa, sekalipun pada pilihan raya kampus UKM 2001/2002, mahasiswa pro-IPU masih dapat mempertahankan 31 daripada 32 kerusi yang dipertandingkan, campur tangan pihak atasan menyukarkan IPU bergerak.

 

Kejatuhan sebuah kerusi kepada TSB, bagaimanapun tidak melunturkan semangat IPU menggerakan misi dakwah dan tarbiyah Islam.

 

TSB kemudian melancarkan reformasi besar-besaran terhadap gerakan mereka. Dalam menunggu kemunculan pilihan raya 2002/2003 gerakan TSB melakukan perubahan drastik 'reborn' untuk memastikan IPU terus lumpuh.

 

Beliau mendakwa dengan menukar nama TSB kepada Kumpulan Aspirasi, cita-cita memastikan kerjasama yang erat antara pentadbiran dan kumpulan mahasiswa menjadi agenda penting gerakan pro-kerajaan ini.

Hasilnya Aspirasi berjaya menafikan tujuh daripada 32 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya 2002/2003. Mahasiswa pro-IPU hanya memenangi 25 kerusi.

 

Berasaskan daripada kemenangan tujuh kerusi tersebut, Aspirasi mengukuhkan gerakan mereka dengan pelbagai bantuan, daripada dalam kampus hinggalah melibatkan parti politik luar (Umno).

 

Natijahnya, pada pilihan raya kampus 2003/2004 memberi ruang secukupnya kepada Aspirasi untuk bergerak bebas dalam program-program yang mereka anjurkan dengan tujuan menafikan peranan perwakilan PMUKM sesi 2002/2003.

Dalam keadaan kemenangan di atas kertas berasaskan sokongan mahasiswa berpihak bagi IPU, Aspirasi melancarkan perang saraf sejak bermulanya desas-desus pilihan raya 2003/2004 diadakan.

 

Pemimpin pelajar pro-Islam diugut menjelang pilihan raya

Ugutan dan tekanan menjadi senjata utama pihak pentadbir dalam pilihan raya kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sesi lalu (2003/2004) yang secara jelas membantu calon Aspirasi untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya kampus.

Sebelum penamaan calon lagi, bakal-bakal calon di kalangan kumpulan pro-Islam, Islam Penggerak Ummah (IPU) yang telah dikenal pasti akan bertanding, menerima ugutan dan tekanan daripada pihak pentadbir UKM, kolej, malah sesetengah pensyarah yang disifatkan pro-Umno.

 

Seorang bekas pimpinan mahasiswa UKM yang menyertai jentera pilihan raya IPU menceritakan keperitan dialaminya semasa pilihan raya tersebut.

Beliau yang enggan namanya disiarkan, memberitahu Harakahdaily, sewaktu pengumuman mengambil borang penamaan calon, IPU dinafikan hak mendapatkan borang tersebut oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kampus yang mengendalikan pilihan raya itu.

 

Bagaimanapun, setelah beberapa kali mendesak, dan dibawa ke perhatian peringkat tertinggi UKM, akhirnya mereka diberikan borang pencalonan.

"Apapun kami kesal, borang tersebut diberi pada saat akhir kepada calon IPU. Tindakan ini menunjukkan pihak lawan mahu menafikan pencalonan kami secara teknikal," tegasnya lagi.

 

Setelah selesai proses penamaan calon, timbul lagi kekecohan yang lebih besar, di mana poster calon fakulti dan umum bagi kedua-dua pihak yang berlawan dicetak bersekali dalam satu kertas dengan saiz A4.

Menurut beliau, SPR menggariskan peraturan pilihan raya yang baru iaitu, calon tidak dibenarkan bertanding mewakili mana-mana kumpulan, justeru poster calon dicetak bersekali.

 

Katanya, secara jelas cara cetakan tersebut turut menunjukkan taktik pihak tertentu untuk mengabur malah mengelirukan pengundi terutamanya pengundi baru iaiatu pelajar yang baru mendaftar masuk.

Menurut beliau, IPU mahu tidak mahu perlu bekerja lebih keras untuk berkempen memperkenalkan calonnya.

"Tetapi hasrat kami untuk berkempen menggunakan ‘stand’ IPU terhalang, apabila pihak SPR mengeluarkan arahan kepada calon tidak boleh berkempen melalui kumpulan," katanya.

 

Sebaliknya bagi calon Aspirasi, mereka dibenarkan berkempen menggunakan nama kumpulan, malah bebas menggunakan mana-mana platform rasmi kolej, universiti untuk tujuan mempengaruhi pengundi.

Sementara itu calon IPU tidak dibenarkan untuk berkempen di kawasan kolej, malah ada pentadbir kolej yang menghalang kehadiran mereka untuk berkempen di kolej kediaman.

 

Dengan tujuan mahu merampas kampus daripada IPU, jentera Aspirasi diperkuatkan lagi dengan bantuan pihak pentadbiran kolej.

 

Jelas beliau, ada di kalangan pengetua Kolej Kediaman yang secara terang-terangan mempromosi calon Aspirasi, malah ugutan turut dilakukan ke atas penghuni kolej.

 

Beliau berkata, pihak pengetua dan pentadbir kolej turut berkempen dengan memburuk-burukkan calon di kalangan pro-IPU.

 

Antara ungkapan yang sering mereka keluarkan ialah "siapa sahaja penghuni kolej yang tidak mengundi calon Aspirasi akan dibuang kolej dan diambil tindakan tatatertib.”

Secara jelasnya, ugutan tersebut memberi kesan langsung kepada pelajar baru, malah kepada pelajar lama, lebih-lebih lagi mereka yang terpaksa menetap di kolej berikutan masalah kewangan.

 

 

 

 

Konspirasi meng’Umno’kan UKM, dilindungi pihak atasan

Oleh Mantan Perwakilan Mahasisiwa UKM

SAYA tertarik dengan artikel bersiri berkenaan meng'Umno'kan UKM yang ditulis sejak sebulan lalu.

Saya adalah bekas pimpinan Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) sesi 2002/2003 yang agak 'masak' dengan karenah dan ketidakadilan pihak pentadbiran universiti khususnya Bahagian Hal Ehwal Pelajar terhadap ahli-ahli MPP yang tidak pro kepada mereka.

 

Bermula dengan pelbagai program yang sukar untuk dilakukan hinggalah kepada tekanan yang melampau terhadap pelajar-pelajar yang menyokong kami.

Selepas kemenangan Islam Penyelamat Ummah (IPU) 51-0 dalam pilihan raya kampus 2000/2001 yang lalu, pelbagai rancangan jahat dibuat oleh beberapa ‘think tank’ Umno yang berada di dalam kampus.

 

Mereka telah menubuhkan sebuah persatuan yang berkonsepkan agama iaitu Akademi Mahasiswa Islam Nasional (Amin) bertujuan menyaingi pengaruh dan kekuatan Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM).

 

Persatuan ini ditubuhkan sewaktu hampirnya pilihan raya kampus 2001/2002. Antara aktiviti mereka adalah mengutip derma mangsa perang Afganistan tetapi pada waktu yang sama membawa calon-calon Tindakan Siswa Bersatu (TSB) yang merupakan anak buah Umno di kampus, untuk berjumpa para pelajar.

 

Selepas mereka tewas dalam pilihan raya kampus 2001/2002 dengan 30-1, kelab ini terus senyap hinggakan ada kakitangan HEP yang berkata secara sinis "nak pilihan raya tubuh kelab, lepas pilihan raya, berkubur!"

 

Rangka strategi

 

Dalam pilihan raya kampus 2002/2003, mereka merangka strategi kembali dengan menubuhkan kelab-kelab yang pro kepada mereka.

Tak tahu berapa banyak kelab yang ditubuhkan. Kelab Wawasan, Kelab Aspirasi Universiti, Rakan HEP dan sebagainya.

 

Mereka juga menekan persatuan-persatuan, pimpinan-pimpinan dan pengetua-pengetua kolej yang tidak bersama-sama mereka.

 

Kolej yang tidak pro mereka semasa itu seperti Kolej Ungku Omar, Kolej Ibrahim Yaakob, Kolej Idris Al-Marbawi dan Kampus Kuala Lumpur dan HUKM.

Program-program yang dianjurkan oleh kolej-kolej ini lebih bersifat ilmiah dan memberi manfaat kepada para pelajar.

 

Bukan saya nak kata program yang kolej-kolej lain buat tak bermanfaat, tetapi bercampur dengan program-program yang melalaikan dan membazirkan.

Sebagai contoh konsert artis luar yang dibawa masuk sewaktu sambutan kemerdekaan pada tahun itu. Pilihan raya sesi itu menyaksikan IPU menang lagi dengan 25-7.

Tekanan HEP

 

Namun tekanan pihak HEP semakin kuat hinggakan PMUKM sebagai kerajaan mahasiswa yang dipilih oleh pelajar dinafikan pelbagai hak sepertimana yang termaktub dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU pindaan 1975).

 

Seharusnya PMUKM pada masa itu berhak untuk turun ke kolej-kolej membuat lawatan kebajikan dan berjumpa para pelajar, namun kami tidak dibenarkan dengan alasan mengganggu kerja-kerja pentadbiran pihak kolej.

Tapi sekarang apabila PMUKM dikuasai oleh Kumpulan Aspirasi-TSB-Umno...boleh pulak! Kain rentang yang mereka gantung pun tak perlu pengesahan bahagian Hal-Ehwal Pelajar (HEP) dan Unit Keselamatan.

Berbeza dengan apa yang kami lalui dahulu. Hendak peroleh pengesahan pun makan masa. Hinggakan dalam mesyuarat terakhir kami bersama pegawai-pegawai HEP pada Mei 2003, hak ini masih dinafikan dengan alasan yang sama.

 

Pada April 2003, pelajar-pelajar yang tidak pro mereka telah 'tidak dipilih' untuk duduk dalam kolej. Walaupun dikatakan sebelum ini hak untuk duduk di kolej adalah berdasarkan merit yang mengambil kira keputusan akademik, keaktifan menyertai program kolej dan akhlak yang baik.

 

Namun begitu, berapa ramai rakan-rakan saya yang memegang jawatan penting dalam kolej, cemerlang dalam akademik dan aktif dalam sukan yang tidak dipilih untuk duduk di dalam kolej.

 

Kononnya, senarai terakhir pelajar yang duduk di kolej ditentukan oleh pihak HEP. Mereka tidak memberi hak kepada pengetua-pengetua kolej yang tidak pro mereka untuk memilih sendiri pelajar tinggal di kolej.

 

Pengetua pro-Umno

 

Seorang pegawai memberitahu bahawa sebenarnya yang menentukan senarai tersebut adalah pegawai HEP, pengetua yang pro-Umno dan pimpinan Aspirasi-TSB-Umno. Bukankah zalim itu bermaksud tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya?

 

Dalam senyap mereka juga cuba mencantas program-program yang berbentuk agama seperti tazkirah di surau.

 

Mereka cuba memperbanyakkan aktiviti dan program yang melalaikan seperti konsert ‘Battle Of The Band’, pertandingan gitar, pertandingan ratu kebaya dan sebagainya.

 

Mereka cuba menyelitkan program yang berbentuk ilmiah seperti forum hal ehwal Islam. Bukankah ini mencampur-adukkan perkara yang halal dengan yang haram?

 

Sebagai tamsilnya, bolehkah kita minum segelas air tebu yang bercampur air kencing? Kami juga mendapat surat rasmi daripada Pengetua Kolej Rahim Kajai yang mengeluarkan arahan melarang pelajar kolej-kolej lain bersolat di kolejnya.

 

Tak pernah mana-mana negara di dunia yang melarang pelancong asing beragama Islam bersolat di masjid-masjid di negara itu. Macam dia pulak yang menentukan syarat sah sembahyang.

 

Orang Umno UKM

 

Satu maklumat yang baru saya dapat daripada 'orang dalam Umno UKM', yang merupakan Setiausaha Penaja Umno Serdang telah datang ke UKM berkali-kali untuk membuat perjumpaan bersama staf-staf dan pelajar-pelajar UKM yang pro-Aspirasi-TSB-Umno bagi meraih sokongan untuk menjadi calon DUN Bangi dalam pilihan raya ke-11 lalu.

 

Beliau juga telah dijemput untuk bersama-sama dalam majlis meraikan kemenangan Aspirasi-TSB-Umno di Pusanika pada September lalu. Tapi malangnya Dr Amran Kasimin yang dicalonkan di DUN Bangi bagi mewakili Barisan Nasional.

 

Antara penyokong kuat beliau di kampus adalah Pengetua Kolej Rahim Kajai yang selalu membawa beliau 'masuk' ke dalam kampus. Beliau juga merupakan Pengerusi Alumni UKM sekarang.

 

Begitulah serba-sedikit keadaan yang berlaku di dalam kampus. Kalau tak ada 'orang atas' dalam kampus, manakan orang-orang bawah boleh 'hidup' menggerakkan Umno di UKM.

 

Saya tak kisah kalau mereka hendak pegang jawatan dalam kampus, tapi malangnya amanah yang diberi oleh Allah telah digunakan untuk 'melawan Allah'.

Buktinya? Pada Minggu Pengenalan Persatuan (MPP) pada tahun 2003, pelbagai kelab dan persatuan memperkenalkan persatuan masing-masing kepada pelajar baru di Pusanika UKM.

 

Karaoke

 

Salah satu persatuan yang enggan saya sebut, telah bertindak mendendangkan lagu-lagu cinta versi karaoke dan ahli-ahli mereka menyanyi menggunakan mikrofon.

Hinggakan ada yang berduet. Suara mereka didengari hampir di seluruh kawasan itu. Saya tidak berpuas hati dan berjumpa dengan penyelaras program ini.

 

Dia kata "jumpa orang atas." Saya berjumpa dengan Ketua Penolong Pendaftar Unit Perhubungan dan Latihan Pelajar.

 

Dia kata "jumpa TNC HEP." Apabila saya berjumpa TNC HEP, dia kata dengan angkuhnya "Saya benarkan."

Saya mengatakan bahawa apa yang mereka buat langsung tak akademik. Tapi beliau mempertahankannya. Begitulah keadaan 'main tunjuk-tunjuk' yang berlaku di UKM ini.

 

Kalau program yang dianjurkan mendapat pujian, semua mengaku dia yang buat. Tapi kalau mendapat cemuhan dan gagal, semua melepaskan diri dan 'main tunjuk-tunjuk'. Semuanya penakut nak ambil risiko.

 

Akhir sekali, mereka juga mengugut pelajar-pelajar baru agar jangan menyertai ISIUKM dan persatuan-persatuan anak negeri yang bukan pro mereka.

 

Semasa pilihan raya kampus lalu, mereka mengugut bahawa siapa yang mengundi bukan pro-Aspirasi akan dibuang kolej.

 

Nombor kad matrik setiap pelajar yang mengundi juga ditulis di senarai pengundi. Apabila ditanya kepada kakitangan pilihan raya yang bertugas "ini arahan orang atas."

Semuanya penakut. Inilah 'tarbiyah' oleh Amerika melalui sekutunya di Malaysia yang melahirkan masyarakat yang materialistik, pentingkan diri sendiri, tidak prihatin dengan isu-isu umat Islam dan takut kepada orang atas walaupun mereka buat kemungkaran. "The coward man dies every second, the brave man dies only once."

Gerakan Siswa

Petikan dan ulasan"Buku Politik Kampus Di Sebalik Tabir", Pustaka Generasi Baru, 1995, Mohd. Shuhaimi Al Maniri

 

 

 

Tribulasi Politik Kampus : UPM

 

 

Tribulasi Politik Kampus UPM

Pertembungan antara dua generasi

Politik Kampus UPM Tidak Lesu

Mahasiswa Dibelenggu Di kampus

Tribulasi Politik Kampus : UPM


Kepincangan sosial yang berlaku di kampus ekoran generasi baru pelajar dilanda kecelaruan fikiran (intellectual havoc) setelah mendapati diri mereka berada di persimpangan jalan. Muhamad Nur Anuar (1988) dalam bukunya 'Aktivisme Pelajar ke arah tadjdid hadhari' menyebut program pengajian yang mengenepikan aspek-aspek fundamental memberikan tekanan kejiwaan kepada mereka. Tambahan pula falsafah didikan yang 'bercelaru' serta terkeluar dari bimbingan wahyu telah mewujudkan pertembungan aqal-wahyu dan melahirkan gejala bebas-nilai.

Mahasiswa sebagai 'belia pembina negara' hendaklah menyedari kepentingan agama dalam pembangunan negara dan mempersiapkan diri menegakkan keadilan, di samping menyeru manusia ke arah kebaikan dan mencegah melakukan kemungkaran. Mereka hendaklah menolak anggapan bahawa agama tidak relevan dalam proses pembangunan ekonomi, sosial dan politik. Terdorong dari keinsafan dan kesedaran terhadap nasib masyarakat dan negara telah menggerakkan sensitiviti aktivis mahasiswa untuk terjun ke dalam 'alam realiti' bersama-sama masyarakat dan sekaligus terbabit dalam proses politik negara.


Dari sebilangan besar mahasiswa yang berada di kampus, jumlah mereka yang terlibat secara aktif dalam kegiatan politik adalah kecil. Lipset (1969) menyebut di Amerika Syarikat dan negara maju menunjukkan hanya kira lima peratus yang boleh dikategorikan sebagai aktif. Begitu juga di negara kita, segelintir sahaja yang berminat dan terlibat dalam politik. Albatch (1967) pula memberitahu, kumpulan inilah yang membentuk 'dedicated and committed politicized student'.


Kumpulan minoriti yang aktif ini memandang politik sebagai sebahagian dari kehidupan mereka di kampus. Mereka juga merasakan mempunyai kebebasan untuk melahirkan apa-apa pandangan yang berhubung dengan kepentingan mereka di kampus. Mereka merasakan mempunyai kebebasan untuk melahirkan apa-apa pandangan yang berhubung dengan kepentingan mereka dan masyarakat. Cara berpolitik generasi lama tidak bersesuaian dengan kehendak mereka yang radikal memperjuangkan keadilan sosial, demokrasi massa dan lain-lain. Kedudukan sebagai mahasiswa di universiti memberikan mereka peluang untuk menyiapkan diri berhadapan dengan isu-isu semasa yang mencabar kerana di sini tempat berkumpulnya para intelektual dalam pelbagai bidang.


Mahasiswa yang aktif berpolitik merupakan mereka yang sensitif terhadap persoalan semasa, berminat dan mengambil berat menyelesaikan masalah yang berhubung dengan kehidupan pelajar dan masyarakat. Mereka lebih memahami dan mementingkan penderitaan manusia walaupun mungkin berlainan ideologi. Bagi aktivis mahasiswa yang mempunyai visi politik, mereka melibatkan diri dalam projek-projek kemasyarakatan di desa dan lain-lain kegiatan sukarela untuk mencapai matlamat bersama. Manakala bagi 'traditional university student stereotype', walaupun melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan sosial tetapi tindakan mereka tidak berbau politik.


Kalau dikaji, ternyata di kebanyakan kampus penglibatan dan sokongan padu mahasiswa terhadap aktivisme gerakan perjuangan mahasiswa adalah masih tidak memuaskan. Kerana itu maka tidak hairanlah jika mutakhir ini aktivisme mahasiswa menjadi malap, bersifat streotype dan tidak mempersembahkan hasil yang boleh dikagumkan [Baharum M.Zain, 1991].


Sungguhpun begitu agen-agen sosialisasi politik di dalam dan di luar kampus begitu berpengaruh dalam menentukan kesedaran pengetahuan dan penglibatan mahasiswa dalam politik memberikan kesan yang besar kepada politik kampus. Cockburn and Blockbum (1975) menyebut, lazimnya tindakan yang dilakukan secara berkumpulan oleh mahasiswa ini mencetuskan apa yang dipanggil 'kuasa pelajar'. Glazer (1969) memberitahu, perkara ini dapat ditafsirkan menerusi tema-tema yang dibuat melalui bantahan, perarakan dan demonstrasi ke atas sesuatu isu.


Lantaran itu 'kuasa pelajar' merupakan kuasa sosial yang digambarkan melalui suasana dan simpati mahasiswa terhadap sesuatu kejadian. Mereka cuba memperolehi perhatian orang ramai, kerajaan ataupun pentadbiran universiti. Jika perhatian dari pihak universiti atau kerajaan tidak tercapai, seringkali wujud konflik atau ketegangan antara mahasiswa dengan pihak berkenaan.

PERTEMBUNGAN ANTARA DUA GENERASI

Mengikut Muhamad Abu Bakar (1973), Dr. Donald Rogan (1966) dalam bukunya, "The Campus Apocalyse - The Student Search Today" telah menyatakan bahawa gerakan pelajar sentiasa terlibat dengan persoalan mencari kerahmatan (salvation) di dalam setiap idea pergerakannya. Mereka berjuang untuk mengelakan diri dari menjadi 'kumpulan manusia yang bertanggungjawab atas fenomena keruntuhan yang berlaku di dunia'. Tetapi Prof. Feau (1969) dalam bukunya, "The conflict of Generation: The Character and Significance of Student Movement" pula memberikan pendapat yang berlainan. Menurutnya pemberontakan gerakan pelajar adalah 'persoalan konflik antara generasi iaitu generasi baru (terdiri dari golongan belia pelajar) dan generasi lama (boleh jadi kerajaan, universiti dan masyarakat yang rosak peradabannya) yang sudah 'establish'.


Hussein Mohamad (1988) menyebut, "di dunia barat juga kita dapat menyaksikan kemunculan seorang intelektual orientalis muda iaitu Martin Luther King di Universiti Wittenberg, Jerman pada 1520'an dengan tulisannya yang bersifat anti sosial dan anti 'establishment' seperti 'Ninenty five theses' yang sekaligus mempelopori suara dan kemahuan golongan muda menentang kerigidan regim gereja dan 'establishment'"


Di Britian, mahasiswa telah mengecam parti Buruh yang memerintah kerana dikatakan telah menganiaya kepentingan kelas pekerja [Crough, 1970]. Di Amerika Latin pula, pelajar mengadakan protes dan demonstrasi terhadap kegagalan kerajaan dalam menyelesaikan ekonomi negara, contohnya di Cuba dimana mahasiswa terlibat dalam gerakan menggulingkan regim Batista [Suchlicki, 1968]. Sementara di Indonesia, tindakan segelintir mahasiswa dalam organisasi Komando Aksi Mahasiswa Islam (KAMI) telah membawa kepada kejatuhan kabinet Sukarno [Bachtiar, 1968]. Malah tema perjuangan mahasiswa untuk menegakkan keadilan telah melanda banyak negara seperti di China, Burma, Thailand dan sebagainya.


Dalam masyarakat Melayu juga peristiwa ini juga pernah berlaku, contohnya pertentangan antara kaum muda dengan kaum tua pada tahun 1930'an dan l940'an. Pertentangan seperti ini juga boleh berlaku dalam sesebuah organisasi akibat pertembungan antara generasi muda dengan generasi tua kerana berlainan pendapat dan pegangan. Contoh yang terbaik adalah peristiwa yang berlaku dalam parti PAS pada tahun 1982 di mana golongan muda yang dilanda pengaruh kebangkitan semula Islam yang mendokong kepimpinan ulama berjaya mengguling golongan tua yang masih mendokong teori kebangsaan Islam yang sudah dianggap lapuk.


Sesetengah daripada mereka yang konservatif merasa kurang senang dan melahirkan kekhuatiran terhadap gelagat golongan muda yang mendukungi kelompok-kelompok tertentu. Penghijrahan golongan muda secara beramai-ramai ke dalam gerakan dakwah dunia Islan bagi memenuhi tuntutan kebangkitan semula Islam sering menimbulkan salah tanggapan terutamanya golongan dewasa yang ingin mempertahankan status quo yang ada. Kekhuatiran ini terjadi mungkin disebabkan kurangnya sikap keterbukaan golongan muda berganjak dari sikap politik mereka dalam membina masa depan Islam.


Kesedaran yang dibentuk bukanlah atas semangat membuta tuli tetapi di atas pemikiran dan kesedaran berasaskan tauhid, iaitu mengesakan dan mendaulatkan Islam dengan menyeru manusia menyedari hakikat dirinya di hadapan Allah. Perkembangan gerakan belia-pelajar semakin rancak hasil dari perpaduan keimanan ini dan bertindak terhadap segala kemungkaran.


Penerimaan masyarakat dan pengiktirafan pemerintah adalah dua elemen berbeza bagi memastikan sejauhmana kewujudannya sesuatu gerakan itu (dalam konteks ini gerakan mahasiswa). Sejauhmana peranan yang dimainkan dan setinggi mana pengiktirafan serta penerimaan masyarakat menjadi 'kayu pengukur' keberkesanannya terhadap masyarakat. Ketidak sensitifan terhadap perkembangan yang berlaku secara tidak langsung mengurangkan peranannya dan perhatian masyarakat terhadapnya.


Hussein Mohamad (1986) menyebut, perkara ini terjadi kepada Gabungan Pelajar Melayu Semenanjong (GPMS) di dalam era 1970'an dan 1980'an di mana ia mulai menjadi kurang popular akibat sikapnya yang tidak mengambil perhatian dan turut serta dengan sempurna terhadap perkara-perkara semasa. Mengikut beliau dua perkara wajib iaitu konsep kewujudan dan peranan gerakan itu sendiri mesti dilepasi sebelum ia mencapai matlamat perjuangannya.


Muhamad Nur Anuar (1988) menyebut, "mahu tidak mahu, kita mestilah menerima hakikat bahawa corak (trend) politik kampus banyak persamaan dengan corak politik di luar kampus. Aktivis-aktivis pelajar begitu peka dengan perkembangan pelbagai aliran pemikiran dan budaya politik tanahair. Meskipun fizikal mereka disekat oleh Akta Universiti 1971 (pindaan 1975) tetapi jiwa dan pemikiran mereka tidak boleh disekat malah menjadikan mereka lebih kritis"


Dalam menghadapi generasi muda ini, pihak 'establishment' perlukan kesabaran yang tinggi dan pendekatan yang relevan. Golongan belia-pelajar ini pada umumnya tidaklah sentiasa bersikap 'anti-establishment' di mana mereka boleh dibawa berunding. Tetapi ada ketikanya mereka bersikap seolah-olah menggugat kepentingan 'establishment' bila keadaan memerlukan mereka berbuat demikian sama ada dengan berdemonstrasi, berkerjasama dengan pembangkang dan sebagainya.


Kajian-kajian yang dilakukan oleh sarjana-sarjana Paul Heist (1965), Kahn dan Bowers (1970), Lipset (1968), Flacks (1967)) menunjukkan mahasiswa dalam bidang sains sosial dan sastera lebih terdedah kepada aktiviti politik berbanding dengan mereka yang berada dalam bidang sains, perniagaan dan bidang-bidang profesional yang lain.


Ramai pengkaji politik menyebut, di Universiti Pertanian Malaysia kegiatan berpolitiknya berada ditahap yang rendah berbanding dengan kampus-kampus lain terutamanya di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada ketika tertentu, politik kampus UPM seolah-olah tersisih dari 'main stream' kerana tidak ramai yang berminat menceburkan diri. Ini mungkin disebabkan oleh bidang pengajiannya berorientasikan sains dan teknologi serta tiadanya aliran pengajian sain sosial dan sastera yang banyak menggerakkan politik kampus.

POLITIK KAMPUS UPM TIDAK LESU


Dunia mahasiswa tidak pernah sunyi dari peristiwa-peristiwa penentangan dan protes politik ala kampus. Asrar Sidon (1992) menyebut, tradisi mencabar dan menentang 'establishment' ini telah memberikan taraf golongan belia khususnya golongan mahasiswa sebagai satu kumpulan yang cukup ampuh (malah di Thailand telah berupaya menggulingkan satu regim politik kebangsaan) dalam organisasi mereka di dalam dan di luar kampus sebagai kumpulan berkepentingan atau kumpulan pendesak utama dalam negara.


Meskipun mahasiswa banyak terlibat dalam politik nasional mereka tidak ketinggalan berperanan dalam politik kampus. Kemudahan berkumpul, menyampaikan risalah-risalah perjuangan dan kedekatan sasaran atau 'proximity' yang menjadi objek protes di universiti membolehkan tunjuk perasaan dan perarakan kerap berlaku. Di UPM, kehadiran "mahasitua" yang terdiri dari guru-guru yang melanjutkan pengajian banyak memberikan kerancakan "berpolitik" di sini. Kebanyakkan mereka ini sudah terlibat dalam politik kepartian samada UMNO atau PAS telah mengimport pertarungan di luar kampus ke dalam kampus UPM.


Kampus universiti tidak akan sekali-kali menjadi 'kampus mati' kerana selagi adanya mahasiswa yang berinteraksi sesama mereka mengenai persoalan pelajar dan masyarakat; selagi adanya perbincangan dan polimik wujud antara mahasiswa dan pensyarah; dan selagi organisasi pelajar terus aktif maka selagi itulah politik pelajar akan terus hidup. Sekiranya kepincangan dalam pentadbiran asrama membabitkan kemarahan mereka maka bangunan asrama yang dijadikan sasaran.Seandainya objek protes ditujukan terhadap kelemahan pentadbiran universiti, maka bangunan-bangunan pentadbiranlah sebagai ganti sasaran mereka [Syed Khedher Ismail, 1986].


Trend politik kampus memperlihatkan dominasi politik mahasiswa Islam sejak sesi 1979/80. Di Universiti Pertanian Malaysia, pengaruh kumpulan Islam tertonjol dengan jelas dan memberikan tamparan yang hebat kepada golongan nasionalis-liberal. Meskipun begitu kemenangan total jarang diperolehi, tetapi kumpulan Islam sentiasa memperolehi majoriti lebih dua pertiga.

Perubahan trend yang berlaku dalam arena politik mahasiswa Islam berikutan tragedi kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO tidak menggugat kerjasama dalam kumpulan Islam di sini walaupun kesannya tetap ada.


Pergolakan kumpulan Islam di luar kampus lambat merebak ke Universiti Pertanian Malaysia kerana di sini tidak mempunyai "base' kuat seperti Akademi Islam di Universiti Malaya dan Fakulti Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia. Mahasiswa dan pensyarah dari aliran pengajian Islam ini kebanyakkannya condong kepada perjuangan PAS untuk menegakkan Islam dan menentang keras tindakan golongan ' Aniwariyuun' yang pada satu ketika dianggap pembelot kepada perjuangan gerakan Islam. Ini merupakan antara sebab politik mahasiswa di UKM dan UM lebih cepat menerima perubahan yang berlaku diluar kampus kerana di sini tempat berkumpulnya 'figure' gerakan Islam sama ada ABIM, PAS dan sebagainya.

Sungguhpun begitu 'percikan' tersebut akhirnya melanda juga UPM diakhir 1980'an dan lebih menyerlah dalam dekad 1990'an.


Ketika tiada isu-isu utama yang boleh membakar semangat dan sentimen mereka, mahasiswa merangsangkan minat dan penglibatan dengan membawa isu-isu dalaman sebagai 'mangkin' seperti tekanan peperiksaan, persoalan biasiswa, kelemahan pentadbiran universiti, sekatan ke atas kehidupan sosial individu dan sebagainya. Kadang-kadang pergerakan pelajar hanya bertumpu ke atas isu-isu pelajaran sekitar kampus sahaja tanpa melibatkan isu-isu masyarakat jika 'pendorong' kesedaran, pengetahuan dan politik.


Selaras dengan kebangkitan Islam di merata tempat, mahasiswa UPM juga tidak ketinggalan mendokong perjuangan dakwah. Mereka berjaya menggerakkan PMIUPM sebagai markas perjuangan. Menerusi PMIUPM ini mereka berjaya menyebarkan pengaruh seluruh kampus. Calon-calon tajaan mereka berjaya memenangi kerusi MPP dengan mudah.


Tetapi dalam pada itu berlaku pergolakan dalaman sesama sendiri. Krisis-krisis dalaman yang berlaku dalam PMUPM dan PMIUPM turut membantut keinginan sesetengah pihak untuk bergiat aktif. Sharmi S (1989) memaparkan 2 orang exco PMUPM sesi 1988/89, Sdr. Johari Md. Hassan dan Fadhil Che Din telah disisihkan dan turut menyisihkan diri dari aktiviti PMUPM, sebaliknya terus aktif dalam persatuan-persatuan lain [Mingguan Kota, 8hb Oktober, 1989].


Beberapa bekas aktivis mahasiswa Islam yang ditemui mengakui wujudnya percubaan yang serius dari pihak-pihak tertentu denga kerjasama Biro Tatanegara (BTN) supaya PMUPM dikuasai sepenuhnya oleh mahasiswa pro-kerajaan dengan apa cara sekalipun. Usaha menawan kampus yang dianggap dominan dengan pengaruh Islam ini sebenarnya dilakukan sejak awal tahun l980'an lagi. Ketika kebanyakkan kampus jatuh ke tangan kumpulan 'nasionalis-liberal' di akhir tahun 1970an, PMUPM masih terselamat dengan dipimpin oleh Kamari Kasan pada sesi 1979/80. Cabaran untuk menumbangkan kumpulan Islam dan PMUPM mencapai ke kemuncaknya dalam Pilihan Raya Kampus UPM 1984/85 dan 1985/86 di mana kumpulan nasioanalis-liberal diketuai oleh Cikgu Ramli Yusof (Presiden GPMS Pusat ketika itu) tetapi tetap gagal.


Pada masa ini terutama di awal 1980-an, ABIM amat berpengaruh dan dengan mudah memenangi pilihanraya kampus disamping menguasai Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) di sini. Ramai yang berpendapat, ini mungkin disebabkan ketokohan Anwar Ibrahim yang sering diundang ke majlis-majlis foram, ceramah dan amat rapat dengan pergerakan mahasiswa serta kritikal pula terhadap dasar-dasar kerajaan. Keadaan ini menyebabkan pihak kerajaan dan pentadbir universiti sering mencurigai kegiatan PMUPM dan PMIUPM.

Majlis Perwakilan Pelajar yang dikuasai oleh kumpulan Islam sering dinafikan suara dan haknya dalam banyak perkara yang bersangkutan dengan mahasiswa bahkan suara MPP yang memprotes terus tidak diendahkan. Perkara ini begitu ketara semasa PMUPM dipimpin oleh Mohd Soder Rahmat (1984/85) dan Saifuddin Nasution Ismail (1985/86).


Selepas menghadapi isu purdah yang menyebabkan 13 orang siswi digantung pengajiannya, perkembangan politik kampus di UPM terus bergolak dan kian menarik. Pihak HEP menggunakan polisi 'divide and rule' untuk menghadapi kebangkitan pelajar Islam tetapi buntu.

Meskipun angin politik anjuran kumpulan Islam yang menerajui PMUPM dengan dibantu oleh PMIUPM dari belakang. Berbagai bentuk tekanan psikologi telah digunakan ke atas pimpinan pelajar tetapi setiap program sentiasa mendapat sambutan hangat hinggakan borang-borang permohonan terpaksa dicetak lagi, seperti dalam penyertaan "Bengkel Gerak Gempur Kepimpinan" di panggung eksperimen dan "Program Kampung Angkat" dari 6hb. hingga 14hb. Disember, 1986 [Muhamad Nur Anuar, 1988].


Belumpun selesai isu purdah, timbul pula isu kegiatan Minggu Suaikenal dan penempatan mahasiswa. Di Universiti Pertanian Malaysia, ramai kalangan pelajar dan kakitangan akademik tidak berpuashati dengan cara pengendalian dan tekanan pihak pentadbiran Hal Ehwal Pelajar yang dianggap keterlaluan dan 'out of directions'. [Baharuddin Ali Masrom, 1985}


Tetapi dalam dekad 1990-an, politik kampus UPM maju setapak ke hadapan. Kumpulan Islam bertanding secara berkumpulan dengan lebih nyata di bawah nama Generasi Pengembali Ummah (GPU) pada sesi 1991 / 92, Membina Mahasiswa Merdeka (3M) pada sesi 1992/ 93, Mengangkat Martabat Mahasiswa (3M) pada sesi 1993/94 dan Angkatan Mahasiswa Bersatu (AMB) pada sesi 1994/95.


Mereka telah memenangi ke semua pilihanraya tersebut kecuali pada sesi 1993/94 sahaja mereka telah tewas kepada musuh tradisi mereka yang dikenali sebagai Intelektual Pembela Kebajikan Mahasiswa (IPKM) dengan hanya mendapat 6 dari 30 kerusi MPPUPM. Turut memeranjatkan adalah pemimpin-pemimpin utama PMUPM yang diketuai Raja Ismail Raja Shahdan (YDP PMUPM 1992/93) sendiri tewas pada sesi tersebut. Tetapi dalam pilihanraya 1994/95, Raja Ismail Raja Shahdan telah memenangi semula kerusi MPPUPM dan dilantik semula Yang Dipertua PMUPM sesi tersebut.


Bagi membendung pengaruh kumpulan Islam yang berjaya menguasai kepimpinan kampus, pihak pentadbir khususnya HEP cuba mengekangnya dengan tidak mengadakan pilihanraya peringkat Kolej Kediaman sebaliknya melantik golongan-golongan yang boleh menjadi 'pak turut' menduduki jawatankuasa Kolej dan sebagainya.

MAHASISWA DIBELENGGU DI KAMPUS

Pergerakan mahasiswa hari ini telah dirantai dengan akta yang dipaksakan ke atas mereka sejak tahun 1975 lagi. Bendungan dan tekanan yang dikenakan ke atas mereka bukan sahaja telah memusnahkah daya fikir dan daya juang mahasiswa, tetapi apa yang lebih penting adalah mematikan semangat mereka untuk bergiat dalam aktiviti kemahasiswaan.


Baharuddin Ali Masrom (1985) menyebut, "pihak pentadbir perumahan pelajar UPM dan UKM telah mengenalpasti golongan mahasiswa yang dianggap tidak sebulu dengan kerajaan lantas mengeluarkan mereka dari kampus. Anehnya, segolongan mahasiswa yang aktif berpersatuan dan pelajar tahun akhir yang sepatutnya layak duduk di kampus tidak diberikan tempat. Susunan penempatan mahasiswa di kampus-kampus itu telah dibentuk sedemikian rupa supaya suara mahasiswa yang pro-Islam tidak dominan pengaruhnya di mana-mana."


Bahagian HEP Universiti Peretanian Malaysia yang diletakkan di bawah Prof. Kamaruddin Kachar dalam perkembangan terakhirnya tidak membenarkan saya (Subky Latif) masuk ke kampus Serdang. Sebelum itu saya mendapat tahu bahawa beberapa tokoh ulama seperti Ustaz Fadhil Noor dan Ustaz Abdul Haji Awang juga tidak dikehendaki oleh penguasa kampus itu. Saya tidak pernah minta pergi ke kampus UPM. Acap kali saya diminta oleh pelajar di situ, kadang-kadang balik saja. Mereka batalkan majlis tetapi tidak maklumkan pembatalan [Subky Latiff, 1988].


Suasana berpolitik di kampus berubah secara mendadak dengan kegiatan yang lebih direstui oleh pihak 'establishment''. Implementasi Akta Universiti (pindaan 1975) secara tidak langsung telah merubahkan kegiatan-kegiatan mahasiswa dari radikal kepada 'sederhana'.



 

Pelajar-pelajar dilarang sama sekali mengeluarkan kenyataan berbau politik. Adalah sesuatu yang aneh sekiranya difikirkan dengan teliti kenapa larangan-larangan itu dikenakan kepada pelajar- pelajar tempatan sahaja. Tambahan pula kebanyakan pelajar kita di universiti sudah layak mengundi. Apabila sudah berhak mengundi maka mereka juga berhak untuk menyertai dan melibatkan diri dalam mana-mana parti politik.


Larangan ini tidak pula dikenakan kepada pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara. Malahan mereka digalakan pula untuk menghantar wakil dalam setiap kali Perhimpunan Agung UMNO diadakan.

Zulkifli Abd. Ghani (1989) menyebut,"kita tidak begitu faham apa sebenarnya yang membezakan antara pelajar di dalam dan di luar negara? Sekiranya pelajar di luar negara dibenarkan bergiat cergas dalam politik, kenapa pula pelajar di dalam negara hanya dibenar menjadi pemerhati setia kepada drama politik tanahair" [Harakah, 14 Julai, 1989].


Demonstrasi demi demonstrasi masih terus berlaku meskipun dalam suasana yang menekan dan kali ini tertumpu kepada soal-soal hak asasi pelajar. Reaksi dalaman itu membuktikan bahawa Akla Universiti tidak dapat mengubah peranan pelajar atau mengurangkan minat mereka berpolitik khususnya untuk menyertai kebangkitan Islam masa kini. Meskipun beberapa tokoh pelajar terpaksa berhadapan dengan risiko yang tinggi seperti penyingkiran dari universiti atau pergantungan pengajian namun tradisi mencabar tetap berlaku sebagai fenomena [Muhamad Nur Anuar, 1988].


Kebebasan "mutlak" yang diberikan kepada HEP dalam mentafsirkan Akta Universiti boleh membawa kepada "iklim" politik kampus yang kurang sihat di universiti. Peruntukan seperti dalam seksyen 16 yang memberikan kuasa membubar mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar. Kuasa yang terlalu luas kepada Naib Canselor atau wakilnya perlu ditakrifkan secara jelas supaya tidak berlaku penyelewengan kuasa. Dengan ini aktivis mahasiswa terpaksa memikirkan risiko mereka jika bertindak dengan keterlaluan di dalam menyuarakan hasrat atau melaksanakan pandangan mereka.


Begitu juga dengan seksyen 15D yang memberikan hak istimewa kepada Menteri (dalam kes ini Menteri Pendidikan) mengecualikan seseorang itu dari kuatkuasa peruntukan kecil 15D (1),(2),(3),(4) dan (5). Maklumat lanjut boleh dirujuk dalam buku "Gerakan Pelajar : Kepimpinan, Pengurusan dan Cabaran" karya Mohd Shuhaimi Embong.


Peruntukan-peruntukan sebegini seolah-olah menyediakan "bom jangka" untuk dipolitikkan sesuatu kes bila keadaan memerlukan bergantung kepada "budi bicara" atau "selera" Naib Canselor atau Menteri Pendidikan.


Banyak pihak berpendapat, akibat "jeratan" Akta Universiti, gerakan mahasiswa menjadi semakin tertekan dan suara mereka terbatas. Ketidakadilan layanan dan sikap 'double standard' yang diamalkan oleh pihak HEP menambahkan rasa "bosan" mahasiswa bergiat aktif serta mewujudkan golongan 'silent majority' yang tidak pro kerajaan.

Anwar Ibrahim berkali-kali mengeluarkan kenyataan "cakap-cakap kedai kopi" hendak meminda akta keramat tersebut dan sering meminta pentadbir universiti mengurangkan "kongkongan" terhadap aktiviti mahasiswa tetapi seperti peribahasa Penang "pi mai pi mai tang tu."


Bila Anwar menjadi Menteri Pendidikan pada tahun 1986, saya ketika itu aktivis PMUTM menjangkakan beliau akan membuka kembali "simpul" yang mengikat mahasiswa. Rupa-rupanya sangkaan saya dan ramai lagi aktivis mahasiswa adalah meleset. Anwar yang dikenali sebagai Presiden ABIM dahulu sudah tidak lagi sama dengan Anwar yang menjadi Menteri Pendidikan (sekarang Timbalan Perdana Menteri).

Kamarazaman Yaakub (1991) pula menyebut, "sebagai bekas aktivis pelajar YB Anwar tidak senang dengan akta yang ada sekarang. Barangkali dia terpaksa memendam hasratnya untuk mengembalikan kebebasan para pelajar kerana ingin menjaga hati YAB datuk Seri Dr. Mahathir".


Sama ada pendapat Kamarazaman Yaakob ini benar atau tidak akan ditentukan oleh masa. Malah ada yang berpendapat Anwar memang sengaja tidak berhasrat meminda akta ini kerana bimbang tingkah lakunya dahulu akan memakan dirnya sendiri.


Mengikut Ahmad Lutfi Othman (1993), "Anwar memang berjanji dengan banyak pihak bahawa beliau akan meminda Akta Universiti dan memberikan kelonggaran kepada gerakan pelajar untuk menjalankan aktiviti yang lebih matang. Dalam pertemuan-pertemuan dengannya, Anwar hanya meminta pemimpin-pemimpin pelajar menyediakan draf cadangan pindaan tersebut seolah-olah selama ini Anwar tidak mengetahui dimana cacat celanya akta keramat itu. Walhal umum mengetahui secara meluas, bagaimana penentangan Anwar sejak akta itu diperkenalkan pada tahun 1971 dan kemudiannya dipinda pada tahun 1975".


Di Universiti Pertanian Malaysia, bahana akta keramat ini begita mencengkam gerakan mahasiswa di sini. Di awal 90'an ini sahaja mengikut lapuran pihak-pihak tertentu, PMUPM sesi 1991/92 lumpuh dan berada dalam keadaan "nazak" ekoran 6 exco utamanya termasuk Presidennya, Suhaimi Jusoh telah dilucutkan jawatan mereka selepas didapati terlibat dalam demonstrasi Institut Berakan di Kuala Terengganu.


Mereka yang turut dilucutkan jawatan adalah Mohd Yusof Abd Rahman (Setiausaha Agung PMUPM 1991/92), Zulkifli Muhamad (Setiausaha Penerangan 1 PMUPM 1991/92), Mohd Sobri Othman (Setiausaha Penerangan 2 PMUM 1991 /92), Anuardi Awang (Setiausaha Penyelidikan 3 PMUPM 1991/92) dan Abdullah Embong (Setiausaha Perhubungan 3 PMUPM 1991/92). Turut dikenakan tindakan adalah Mohd Khairuddin Mohd Talib (Yang Dipertua PMIPUM).


Begitu juga PMUPM sesi 1992/93 yang juga dikuasai oleh kumpulan Islam di bawah pimpinan Raja Ismail Raja Shahdan (Presiden PMUPM 1992/93) dan Ahmad Saidi (Setiausaha Agung PMUPM 1992 93) diberitakan menghadapi tekanan hebat dari pihak HEP (UPM) kerana terlibat dalam krisis pindaan perlembagaan 1993 dan Badan Perunding Mahasiswa Negara (BPMN). Keadan ini menyebabkan pimpinan PMUPM di ketika tertentu mengambil jalan selamat dengan tidak melibatkan diri dengan isu-isu kontroversi menyebabkan banyak pihak menuduh politik kampus di UPM lesu.


Ahmad Lutfi Othman (1993) menyatakan, "paling mengaibkan ialah penangkapan dua orang pemimpin Persatuan Mahasiswa Universiti Islam Universiti Malaya (PMIUM) yang didakwa mengetuai demonstrasi menentang konsert Sheila Majid pada 10 September, 1989 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Hampir 20 orang lain ditangkap dan sebahagian besar yang lain didakwa dihadapan mahkamah universiti. Saya mempunyai cukup bukti tentang penahanan mereka di bawah ISA dan kisah operasi pihak polis untuk menangkap dua orang lagi pemimpin tertinggi PMIUM, tetapi gagal. Saya sendiri turut ditahan pada 25hb. September kerana didakwa menghasut pemimpin-pemimpin PMIUM tersebut, juga di bawah ISA" [Ahmad Lutfi Othman, 1993]


Kesan dari akta ini menyebabkan mahasiswa tidak lagi merasa kebebasan yang sepenuhnya untuk berkecimpung dalam politik. Kegiatan mereka kini hanya diizinkan di sekitar politik kampus. Satu perubahan yang jelas berlaku di mana politik pelajar yang dulunya merangkumi hal-hal polihk nasional kini berorientasikan ke arah aktiviti-aktiviti di kampus atau dikenali sebagai 'campus political oriented' sudah menurun.[Syed Kheder Ismail, 1986]


Sejak itu mahasiswa menceburkan diri dalam aktiviti-aktiviti berupa seminar dan forum politik, lawatan ke parlimen dan seumpamanya yang dianjurkan oleh badan-badan kesatuan pelajar.

Situasi begini telah menimbulkan salah tanggapan dikalangan masyarakat serta menuduh mereka pasif dan tidak melakukan sesuatu yang berfaedah untuk mahasiswa dan masyarakat sebagaimana rakan-rakan mereka sebelumnya. Sesekakali mereka bangkit juga dari belenggu berbagai tekanan dan tindakan dikenakan keatas mereka.

Gerakan Siswa

Petikan dan ulasan"Buku Politik Kampus Di Sebalik Tabir", Pustaka Generasi Baru, 1995, Mohd. Shuhaimi Al Maniri

 

 

 

Politik Kompromi : USM

 

Senerio politik kampus USM sepintas lalu

Konflik Politik Perkauman

Politik Kompromi di kalangan mahasiswa USM

Hilang minat berpolitik?

Siswi mesti tangani isu semasa

SENERIO POLITIK KAMPUS USM SEPINTAS LALU

Di era 1980'an perkembangan gerakan pelajar semakin kompleks. Di kampus-kampus khususnya kumpulan pelajar-pelajar Islam berpecah kerana mengambil pendekatan yang berlainan di antara satu sama lain. Fenomena ini adalah berpunca dari perkembangan-perkembangan yang berlaku di luar kampus. Perkembangan-perkembangan yang berlaku di luar khususnya pendekatan politik beberapa gerakan tertentu dan perselisihan pendapat antara mereka mempengaruhi perkembangan di kampus [Asrar Sidon, 1992]


Kumpulan-kumpulan pelajar ini cuba mendapatkan "kuasa" bila setiap kali pilihanraya kampus diadakan. Dominasi kuasa oleh sesuatu aliran itu jelas kelihatan di kampus-kampus tertentu. Tetapi perkara ini tidak begitu jelas di Universiti Sains Malaysia. Sukar untuk dinafikan perjuangan pelajar hampir kesemuanya didominasikan oleh pelajar Melayu dan peranan bukan Melayu sering tersisih. Keadaan ini menyebabkan politik perkauman seringkali berlaku di kampus universiti tempatan termasuk di Universiti Sains Malaysia.


Isu perpaduan umat sering diperkatakan sejak dahulu lagi bukan sahaja di Malaysia malah menjangkau ke peringkat antarabangsa. Perpecahan bermula dari institusi keluarga, masyarakat, parti-parti politik dan pertubuhan dakwah sendiri. Menurut Presiden Persatuan Ulama Malaysia, Ustaz Ahmad Awang (1989) perkara ini disebabkan berbeza uslub (kaedah) dakwah dan terlalu mempertahankan kelompok identiti masing-masing sahaja sehingga tidak peduli dan mahu berunding dengan pihak lain. Mohd Kamil Abdul Majid (1990) pula menyebut perselisihan remeh temeh yang boleh diselesaikan secara perundingan sering dijadikan bahan sensasi di akhbar-akhbar dan majalah sehingga membawa kecam-mengecam dan polemik.


Ustaz Fadhil Nor menyebut, "Gerakan Pelajar mahupun politik pelajtr seharusnya mempunyai orientasi tersendiri dan tidak seharusnya serba sama dengan politik kepartian".

Pendapat ini disokong oleh Ustaz Abu Bakar Chik dengan katanya, "walaupun terdapat masalah perbezaan pandangan di dalam gerakan Islam kini, tetapi masing-masing perlulah melakukan usaht-usaha ke arah Islam secara ikhlas" [Perpektif PKPIM,1989].

Bagi mengatasi keadaan ini Mohd Kamil Abdul Majid menyarankan pendekatan "dakwah lengkap-melengkapi" bukannya "dakwah konfrantasi" harus diwujudkan di kalangan badan-badan dakwah dan gerakan Islam [Risalah, bil. 1 vol 14/90].


Kegiatan politik kampus di Universiti Sains Malaysia sebelum implementasi Akta Universiti (pindaan 1975) banyak terpengaruh dengan corak perjuangan yang radikal. Politik mahasiswa ketika itu bukan sahaja terhad di dalam kegiatan politik kampus malah menjangkaui ke peringkat politik nasional. Mahasiswa yakin peranan mereka sebagai 'jurubicara rakyat' dengan membawa isu-isu kemiskinan dan penindasan serta ketidakadilan dasar yang dijalankan oleh pihak kerajaan. Kemuncaknya adalah keterlibatan PMUSM bersama lain-lain persatuan mahasiswa dan sosial menganjurkan demonstrasi Baling yang bersejarah pada Disember, 1974 menyebabkan ramai pemimpin mahasiswa ditahan termasuk Presidennya, Ahmad Kamal Selamat.


Perjuangan mahasiswa juga memaparkan ciri-ciri nasionalisma dan chauvanisma terutamanya di Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universih Sains Malaysia sendiri yang mana kedudukan mahasiswa Melayu dan bukan Melayu hampir sama disekitar 55 peratus dan 45 peratus. Ini menjadikan politik pelajar di sini tidak menentu dan tiada pihak yang benar-benar dominan serta dapat menguasai kampus sepenuhnya.

Beberapa isu seperti isu penubuhan Kolej Tengku Abdul Rahman (KTAR) dan Universiti Merdeka sedikit dahulu tanpa disedari telah melahirkan konflik perkauman di kalangan mahasiswa Melayu dan Cina. Sebelum itu pun isu perkauman telah memuncak di kampus ekoran tragedi 13 Mei, 1969 sehingga menyebabkan kerajaan "terpaksa" mengawal universiti dengan membentuk akta yang khusus iaitu Akta Universiti pada tahun 1971.

 

KONFLIK POLITIK PERKAUMAN

Pola politik perkauman yang diamalkan oleh negara kita dikatakan turut mempengaruhi tindak tanduk politik mahasiswa di kampus. Kewujudan Persatuan bahasa Melayu, Persatuan Bahasa Cina dan Peratuan Bahasa Tamil di universiti-universiti tertentu termasuk di Universiti Sains Malaysia ini sering menjadi sarang tempat menetas bibit perkauman di kampus.


Rusuhan kaum pada 13 hb. Mei, 1969 telah menggoncangkan kestabilan politik negara. Disebabkan tragedi ini, pemerintahan negara diambilalih oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) sehingga 30 hb. Ogos, 1970. Undang-undang yang sedia ada tidak dapat mengawal perbalahan kaum dan kekacauan dalam masyarakat serta demonstrasi yang dianjurkan oleh mahasiswa-mahasiswa universiti. Bagi mengelakkan peristiwa ini terus berulang, kerajaan telah mengadakan berbagai undang-undang dan dasar-dasar pembangunan sosial dan ekonomi yang seimbang serta perlu mengurangkan politik perkauman.


Meskipun isu perkauman tidak lagi memuncak di kampus seperti Akta Universiti dilaksanakan pada tahun 1971 (atau lebih tepat lagi sebelum 13 hb. Mei, 1969). Namun realiti sebenar yang berlaku di tidak dapat menolak sepenuhnya masalah polarisasi kaum di kalangan mahasiswa atau pelajar Institusi Pengajian Tinggi. Keadaan ini dapat dibuktikan melalui kehadiran pelajar-pelajar bukan Melayu (khususnya Cina dan India) secara berkelompok-kelompok di kafeteria-kafeteria, perpustakaan atau dipadang-padang permainan bagi memaparkan suasana hubungan kaum Melayu dan bukan Melayu yang "ngam" . Keadaan lebih jelas atau ketara menjelang pilihanraya kampus dan Mesyuarat Agung (AGM) persatuan-persatuan mahasiswa.


"Dari fenomena yang ada, saya dapati universiti hanyalah sebagai tempat memanjangkan lagi faham perkauman. Malah ianya semakin subur sebagaimana persatuan berbentuk perkauman yang berselindung di sebalik persatuan bahasa masih diteruskan. Saya percaya selama mana persatuan seperti ini dibenarkan maka selama itulah faham perkauman tidak dapat dikendurkan di Universiti Malaya. Begitu juga di universiti yang komposisinya menyerupai Universiti Malaya" [Kamarazaman Yaakub, 1991].


Terdapat banyak usaha yang menjurus kearah kerjasama antara kaum yang dilakukan di kampus-kampus untuk mendekat jurang tersebut seperti Simposium Perpaduan Kaum, Minggu Perpaduan Kaum, Sukaneka yang meliputi semua kaum dan berbagai lagi program yang bercorak interaksi antara kaum sama ada program kokurikulum mahupun akademik.

Walaubagaimanapun kebanyakkan mahasiswa bukan Melayu lebih "bertumpu" dengan program anjuran persatuan mereka seperti Persatuan Budhist, Hindu, Sikh, Kristian dan sebagainya. Persatuan-persatuan ini juga terlibat dalam program khidmat masyarakat untuk kaum mereka kerana disesetengah kampus mereka merasakan keperluan atau kepentingan kaum mereka tidak diberikan perhatian oleh mahasiswa Melayu yang menguasai atau mendominasikan Persatuan Mahasiswa Universiti yang menganjurkan program khidmat masyarakat dan sebagainya [Mohd Shuhaimi Embong, 1989]


Mahasiswa bukan Melayu khususnya dari kaum Cina begitu berminat untuk memperolehi jawatan-jawatan utama di dalam berbagai persatuan yang terdapat di kampus. Mereka adalah kumpulan atau golongan yang kuat 'politiking'. Kekuatan mereka (mahasiswa Cina) berada didalam sebuah organisasi yang dikenali sebagai Chinest Community Council (CCC) yang kekadangnya bersifat 'chauvanist' kerana tidak berdaftar dengan mana-mana pihak. Di Universiti Malaya mereka membentuk parti khususnya dikenali sebagai Angkatan Mahasiswa Adil (AMA) setelah berpecah dari Barisan Mahasiswa Bersatu (BMB) yang membelakangkan kepentingan kaum Cina di kampus. Bagi mahasiswa India pula mereka bernaung di bawah Majlis Perwakilan Hindu (MPH) bagi menjaga kepentingan politik mereka di kampus.


Dengan mengamalkan politik perkauman sebegini, mahasiswa Cina dan India berjaya menentukan "rentak" politik kampus khususnya di tiga buah universiti yang utama iaitu Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Malaysia. Di Universiti Sains
Malaysia di tahun-tahun 1970"an dan 1980'an mahasiswa Cina seringkali didapati memegang jawatan utama seperti Setiausaha Agung pertama dan sebagainya.


Corak dan perlakuan politik mahasiswa Cina dan India secara tidak langsung adalah kesan yang diwarisi dari perkembangan politik di dalam masyarakat mereka. Kajian yang dilakukan oleh Syed Kheder Ismail (1986) di Universiti Kebangsaan Malaysia mendapati 84 peratus di kalangan mahasiswa Cina beranggapan bahawa aspirasi perjuangan CCC mempunyai hubungan yang rapat dengan parti MCA dan GERAKAN. Apa yang dapat dilihat dengan jelas kegiatan kebudayaan kursus-kursus kepimpinan yang diadakan di Morib (Selangor), Ayer Kroh (Melaka) dan lain-lain tempat menunjukkan mahasiswa di "asuh" dengan orientasi politik parti-parti tertentu seperti MCA, GERAKAN, DAP, MIC dan sebagainya.

 

 

 

 

POLITIK KOMPROMI DI KALANGAN MAHASISWA USM  

Sungguhpun begitu politik kampus di sini (Universiti Sains Malaysia) agak berbeza dengan di kampus-kampus lain dari segi pendekatannya. Disebabkan tiada kumpulan yang benar-benar kuat dan berpengaruh menyebabkan mereka mengambil pendekatan berkerjasama. Kumpulan Islam yang pro PAS, IRC, ABIM, dan Tabligh "terpaksa" bekerjasama di bawah naungan Syura Pusat Islam dengan membentuk kerjasama "longgar" ala Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Di pihak yang lain kumpulan yang lebih dikenali sebagai PMI ini mengadakan kerjasama dengan mahasiswa bukan Melayu ala Gagasan Rakyat (GR) bagi membolehkan mereka menguasai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Sementara kumpulan mahasiswa nasionalis pula mengadakan kerjasama dengan kaum bukan Melayu membentuk pakatan ala Barisan
Nasional (BN).


Sejak awal tahun 1980an, kepimpinan PMUSM sentiasa dimonopoli oleh golongan nasionalis dan jawatan Setiausaha Agong pertama PMUSM sentiasa diberikan kepada calon mahasiswa sebagai tolak ansur kepada jawatan Presiden PMUSM yang diberikan kepada mahasiswa Melayu. Keadaan ini juga nampaknya berterusan walaupun tampuk kepimpinan utama PMUSM bertukar dari kumpulan nasionalis Melayu kepada mahasiswa yang memperjuangkan slogan 'Kembali Bersama Islam' dengan Che Wan Ahmad Wan Sudin (Presiden PMUSM 1985/ 86) dan Abdul Walad Hadi (Naib Presiden PMUSM 1985/86) tetapi jawatan Setiausaha Agung pertama pada sesi tersebut terpaksa diberikan kepada wakil Cina sebagai kompromi. Keadaan ini telah berterusan hingga beberapa tahun selepas itu, yakni ketika PMUSM di bawah pimpinan Jalani Ludin (1986/87) dan Mohd Shah Abdullah (1987/88).

Seorang bekas pemimpin pelajar PMIUSM yang enggan namanya disiarkan menyatakan keadaan ini terpaksa dihadapi oleh Islam di sini sebagai suatu realiti sekiranya politik dakwah yang kita bawa hendak dikembangkan ke seluruh kampus. Lagi pun kepimpinan mahasiswa di kampus hari ini bukannya hendak menggubal apa-apa dasar seperti pemerintahan negara, tetapi sebaliknya hanya sekadar untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti pelajar supaya selari dengan kehendak Islam. Baginya ini selaras dengan saranan Fadhil Nor yang mengatakan politik pelajar tidak semestinya serba sama dengan politik kepartian dan negara.


Semua pihak telah menyedari pengundi bukan Melayu memainkan peranan penting dalam menentukan kemenangan atau kegagalan sesebuah parti politik mahasiswa khususnya ditiga buah kampus yang dinyatakan sebelum ini. Menurut seorang bekas aktivis Cina di kampus, pihaknya akan membantu mana-mana golongan yang berjanji dan berupaya memenuhi hak dan kepentingan "komuniti" mereka di kampus. Keadaan ini menyebabkan mahasiswa bukan Melayu membentuk kerjasama ala Barisan Nasional (BN) atau Gagasan Rakyat (GR) dalam pilihanraya kampus.

Di Universiti Sains Malaysia pada sesi 1989/90 pernah wujud Angkatan Perpaduan Mahasiswa (APM) yang mengabungkan semua kaum dan berjaya menguasai kepimpinan di sini. Mengikut Sdr. Md. Razdi Hassan (Setiausaha Agung PMUSM 1988/89) disebabkan kumpulan Islam tidak menghantar calon menyebabkan 6 kerusi Pusat Pengajian dimenangi tanpa bertanding (kerusi tradisi kumpulan Islam) setelah 4 sesi menguasai PMUSM. Kepimpinan APM yang diketuai oleh Sdr. Abd. Razak Adb. Rahman (Yang Dipertua PMUSM 1989/90) dalam PMUSM hanya dapat bertahan selama sepenggal sahaja kerana masalah perkauman tetap berlaku diantara mereka.


Kedua-dua pihak sama ada Nasionalis mahupun Islamis berlumba-lumba mendapatkan kumpulan bukan Melayu yang berpengaruh bagi menyertai pakatan tajaan mereka semasa berlangsungnya pilihanraya kampus. Keadaan ini membolehkan mahasiswa Cina membuat 'demand' yang tinggi dalam setiap kali pilihanraya kampus diadakan. Pada 1990/91, semua kumpulan Melayu/Islam sama ada nasionalis mahupun Islamis bekerjasama bertarung menentang mahasiswa bukan Melayu bagi menentukan pengaruh setelah "muak" dengan permainan politik mahasiswa Cina di sini. Pertandingan ala perkauman ini sengit dan menakutkan yang mana akhirnya berpihak kepada mahasiswa Melayu dengan majoriti yang besar melebihi 1000 undi.

Sungguhpun mahasiswa Melayu/Islam yang dikenali sebagai kumpulan WARISAN berjaya menguasai semua kerusi MPPUSM sesi tersebut (WARISAN 22 kerusi, Cina 5 kerusi) tetapi program-program yang dianjurkan PMUSM yang dipimpin oleh Mohd Zaki Abdul Rashid telah diboikot menyebabkan gagal mendapat sambutan yang memuaskan khususnya dari mahasiswa bukan Melayu.


Pada sesi berikutnya, 1991/92 pula mesyuarat MPPUSM bagi membentuk kabinet PMUSM gagal selama lebih sebulan kerana semua pihak tidak mahu berkompromi. Setelah keadaan menjadi "buntu" dan tiada jalan penyelesaian, Timbalan Naib Canselor (HEP), Datuk Amir sendiri mempengerusikan mesyuarat ahli MPPUSM bagi kabinet. Dalam kompromi ini, Budiman Radzi dilantik menjadi Yang Dipertua, Seah Kah Chin (Naib Yang Dipertua), Nasir Mansor (Setiausaha Agung 1) dan Goh Lay Har @ Janet (Bendahari) bagi sesi tersebut.


Keadaan ini menyebabkan mereka terpaksa menawarkan peranan tertentu untuk dimainkan oleh mahasiswa bukan Melayu bagi mendapatkan penyertaan kaum tersebut dalam program-program yang dianjurkan. Di sesetengah kampus, bagi mengatasi masalah ini, diwujudkan pula jawatan 'senator' bagi membolehkan mahasiswa bukan Melayu dilantik ke dalam 'kabinet' Persatuan Mahasiswa Universiti.

 

HILANG MINAT BERPOLITIK?

Sewaktu saya melangkah kaki semula ke kampus buat kali kedua pada penghujung dekad 1980'an, sana sini masyarakat membincangkan pilihanraya kampus atau politik kampus sudah tidak semeriah dulu lagi. Seringkali berlaku kemenangan tanpa bertanding disesetengah fakulti dan tidak mustahil di fakulti tertentu tidak cukup calon ataupun tiada calon langsung yang menyebabkan kerusi MPP fakulti berkenaan kosong. Keadaan ini seolah-olah sudah menjadi budaya di fakulti atau kawasan tertentu. Saya pun cuba menyelidik dan membuat anggapan bagaimana keadaan ini berlaku. Sewaktu saya bertanya kepada mahasiswa mengenai berbagai persoalan yang ada hubung kait dengan politik kampus, masing-masing memberikan jawapan yang hampir sama.


Ramai yang beranggapan mahasiswa telah mengalami kelesuan bertindak berpunca dari AUKU. Bolehkah kita menerima kenyataan ini begitu sahaja tanpa membuat analisa yang teliti mengapa keadaan ini terjadi? Menyalahkan AUKU semata-mata adalah dirasakan kurang adil. Namun demikian kita tidak menafikan akta tersebut turut menjai penghalang di mana ianya telah mengurangkan minat mahasiswa-mahasiswi berpolitik.

Fenomena ini menyebabkan Ahmad Lutfi Othman (1990) dalam kolum tetapnya di akhbar Harakah pada 27hb. April, 1990 mengatakan mahasiswa 'muflis' idea dan dalam tulisannya yang lain, beliau menyebut Anwar Ibrahim seolah-olah melabelkan sebahagian pemimpin mahasiswa sebagai 'posmen' kepada pemimpin PAS.


Sebenarnya mahasiswa hari ini berada dalam dilema. Mereka berada di dua persimpangan yang memerlukan kepada satu keputusan yang bijak dan tepat. Pertamanya, mereka memilih untuk belajar bersungguh-sungguh menjadi intelek yang mengkhusus dalam bidang tertentu dengan melupakan aspek-aspek kokurikulum lain kemudiannya memenuhi pasaran siswazah penganggur kehormat. Ataupun pilihan keduanya, mereka mengasah bakat kepimpinan dengan melibatkan diri dalam kancah politik kampus sebagai 'platform' awal sebelum terjun kedalam masyarakat disamping mendapatkan ijazah atau diploma dalam bidang masing-masing supaya mudah berdikari setelah menyedari hakikat bahawa ijazah ataupun diploma yang mereka miliki tidak lagi menjanjikan apa-apa keistimewaan seperti sebelum ini.


Dalam kolum tetap di Mingguan Politik pada keluaran 6 hb.April 1989, saya telah membicarakan hal minat berpolitik ini dengan tajuk 'Dilema mahasiswa berpolitik di kampus'. Di sini elok juga dinukilkan kembali sedutan rencana tersebut bagi mereka yang tidak sempat atau ketinggalan mengikutinya.


Akta Universiti (pindaan 1975) bukanlah suatu senjata yang ditakut-takutkan kepada mahasiswa yang ingin bergiat cergas dalama aktiviti kampus dan kemahasiswaan. Akta itu sendiri masih memberikan ruang bertindak seperti yang dilakukan oleh Universiti Malaya sekiranya tidak ditafsirkan sebegitu rupa (secara negatif) oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar.


Sikap ketidak terbukaan HEP yang merupakan badan khas yang menngawal dan mengawasi kegiatan dan aktiviti pelajar menyebabkan mereka tidak berminat untuk aktif dalam politik kampus. Bagaimana mungkin mereka ingin bergerak cergas sekiranya terdapat universiti yang mengenakan syarat tidak membenarkan pencadang dan penyokong calon yang bertanding dalam pilihanraya kampus mengambil bahagian berkempen dan merayu undi untuk calon berkenaan. Cuba kita bayangkan bagaimana seorang calon berkempen seorang diri tambahan pula kiranya universiti berkenaan mempunyai cawangan yang berjauhan. Berapa banyak wang, masa dan tenaga yang disia-siakan hanya sekadar untuk memenangi kerusi MPP.


Di samping itu mahasiswa tidak dibenarkan membuat kenyataan-kenyataan terbuka di akhbar-akhbar tempatan dan lain-lain media massa. Sekiranya mereka "berdegil" juga dengan mudah HEP menghantar surat tunjuk sebab kenapa tindakan tatatertib tidak boleh diambil ke atas mahasiswa berkenaan. Ramai pemimpin mahasiswa terpaksa "menghabiskan" sebahagian masa untuk menjawab surat tunjuk sebab ini dan lain-lain proses birokrasi yang remeh-temeh bagi melaksanakan program yang agak 'extreme' sedikit.


Terdapat juga universiti yang mencari "helah" tertentu untuk menyingkirkan pemimpin mahasiswa yang tidak digemari kerana bersuara lantang mengkritik kepimpinan universiti dan kerajaan. Keadaan ini menjadikan mahasiswa benar-benar berada di persimpangan antara 'perjuangan bersama rakyat' ataupun menjaga 'periuk nasi' mereka supaya tidak menghadapi kesukaran semasa berada di kampus.


Memang telah menjadi tradisi perjuangan mahasiswa, mereka sentiasa berada di pihak yang mengkritik 'establishment'. Mereka mengambil risiko bagi meneruskan tradisi membela mereka yang tertindas. Sudah tentu mereka mempunyai hujah tertentu kenapa tidak menyebelahi kerajaan dalam isu-isu seperti ISA, Tragedi Memali, OSA dan sebagai. Sudah sepatutnya mahasiswa yang tidak berkepentingan memperjuangkan kebenaran dengan membela golongan tertindas sekiranya ada. Tetapi mereka mengelak dari menjadi "kuda tunggangan" mana-mana pihak yang berkepentingan.

Tetapi sekiranya perjuangan mereka hampir-hampir sama dengan mana-mana pihak, ia bukanlah silap mereka kerana siapa sahaja yang memperjuangkan kebenaran dan keadilan mengambil rujukan dari sumber yang sama. Sekiranya mereka melihat kemungkaran dari perspektif Islam, sudah tentu tidak banyak perbezaan antara satu sama lain tetapi pendekatannya mungkin berlainan.


Terdapat pemimpin mahasiswa yang menghadapi risiko digantung pengajian ataupun disingkirkan dari universiti kerana memperjuangkan sesuatu isu yang boleh menggugat kerajaan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sepatutnya pihak universiti bersedia mengadakan perdebatan terbuka dengan mahasiswa membincangkan isu-isu yang dipertikaikan sebelum mengambil tindakan tergesa-gesa sama ada dengan "tekanan" mana-mana pihak atau tidak untuk menjaga martabat universiti yang dipimpin oleh para cendikiawan.


Ada yang bertanya, apa perlunya mahasiswa berpolitik di kampus? Apa yang mereka dapat? Pertanyaan sebegini sukar untul dijawab kerana ia bersifat subjektif. Kalau mengharapkan bentuk 'material' memang tidak ada. Tak ada kawasan balak! Tak ada prorek-projek business! Tak ada elaun itu, elaun ini! Tak ada itu, tak ada ini! Yang ada hanyalah ketabahan dan pengorbanan. Tetapi sesuatu yang tidak mungkin dapat ditukar ganti dengan wang ringgit adalah kematangan dan pengalaman.


Sungguhpun rata-rata bersetuju, minat politik di kalanga mahasiswa telah pudar tetapi kesedaran politik di kalangan mereka tetap ada. Sebagai contohnya, Abdullah Hamid (Naib Yang Dipertua PMUSM 1989/90) menyebut, PMUSM melahirkan rasa kecewa kerana tarikh pilihanraya umum 1990 lalu bertembung dengan peperiksaan semester di sini menyebabkan ramai mahasiswa tidak dapat bagi menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia yang bertanggungjawab.


Sehubungan dengan ini, PMUSM mencadangkan sepuluh perkara sebagai menggambarkan pendiriannya terhadap pilihanraya umum 20 dan 21 hb Oktober, 1990, iaitu; pertama: menuntut jaminan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk memastikan pilihanraya umum dijalankan mengikut lunas-lunas demokrasi; Kedua: menuntut jaminan agar pilihanraya umum dapat dijalankan dengan lancar, cekap, bersih serta adil; Ketiga: mahukan Pemerhati Komanwel diberikan kebebasan untuk menjalankan tugas mereka tanpa sebarang tekanan, paksaan dan ugutan mana-mana pihak; Keempat: mahukan jaminan tiadanya campurtangan dari agensi-agensi (Kementerian dan Jabatan) dalam proses pilihanraya sama ada bagi tujuan kempen ataupun bermotif mempengaruhi lain-lain pihak bagi tujuan politik; Kelima: memberi peluang dan hak samarata kepada semua parti bertanding menggunakan saluran media massa tanpa sebarang ketidakadilan dan berat sebelah; keenam: menuntut sikap tanggungjawab dan mengutamakan objektiviti akhbar daripada semua akhbar dalam setiap liputan ramai khususnya mengenai parti dan pemimpin politik yang bertanding; Ketujuh: mahukan jaminan daripada semua ahli politik dan parti politik yang bertanding menghormati peraturan pilihanraya dapat berjalan dengan lancar; Kelapan: mahukan jaminan daripada semua ahli politik dan parti politik mengelakkan penggunaan kekerasan, penipuan dan paksaan terhadap para

 

pengundi; Kesembilan: menolak penggunaan isu-isu perkauman dan isu-isu yang memudaratkan kepada kesejahteraan dan keamanan negara; Kesepuluh: menuntut para pengundi diberi kebebasan memilih berdasarkan kematangan
sendiri.

 

Gerakan Siswa

Petikan dan ulasan"Buku Politik Kampus Di Sebalik Tabir", Pustaka Generasi Baru, 1995, Mohd. Shuhaimi Al Maniri

 

 

 

Politik Dakwah Universiti Teknologi Malaysia

 

Kebangkitan Pengaruh PKPIM di UTM

Gelombang kedua kebangkitan Islam

Kebangkitan gandingan PMUTM-PMIUTM

Krisis kepimpinan Kolej Pertama

Kemunculan Gabungan Nasionalis-Islam

KEBANGKITAN PENGARUH PKPIM DI UTM

Muhammad Abu Bakar (1987) menyebut, pada peringkat awal awal kesedaran Islam di kampus dimainkan oleh PKPIM dengan kemuunculan tokoh-tokoh muda seperti Anwar Ibrahim di dalamnya. Kemudian peranan tersebut diambil alih secara beransur-ansur dan besar-besaran oleh kumpulan-kumpulan persatuan Islam di kampus.

Mengikut Zainah Anwar (1986), di UTM pada awal 1970'an terdapat seorang pejuang kebangkitan semula Islam yang memainkan peranan penting mempengaruhi pelajar-pelajar universiti ke arah mengamalkan Islam seluruhnya iaitu Imaduddin Abd.Rahim seorang rakyat Indonesia dari Institut Teknologi Bandung yang terkenal sebagai pusat kegiatan politik dan dakwah Islamiah pelajar di Indonesia.


ABIM sebuah gerakan Islam popular ketika itu gagal membawa Imaduddin Abd. Rahim (seorang tokoh kebangkitan Islam keturunan Indonesia yang sangat popular dikalangan pelajar Islam) dan pengikutnya bekerja dalam rangkaian mereka kerana berlaku persengketaan di antara Imaduddin dengan ABIM.

Keengganan Imaduddin ini menyebabkan PKPIM sukar hendak menubuhkan persatuan Islam di UTM dan akibatnya ia kalah dalam pilihanraya pelajar tahun 1972. Sejak awal 1970'an, Imaduddin Abdul Rahim yang sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia begitu mengadakan ceramah-ceramah agama untuk kumpulan-kumpulan pelajar yang pada pandangannya memiliki ciri-ciri kepimpinan di kampus-kampus di Kuala Lumpur.

Di UTM, Imaduddin membentuk kumpulan dakwah teras yang terdiri dari 100 orang pengikut [Zainah Anwar, 1986].PKPIM pada waktu ini menjadi wadah yang paling popular dan penting di dalam gerakan pelajar sebagai 'turning point' ke arah perpaduan fikrah dan idealisma mahasiswa mengatasi wadah-wadah lain di era 1970'an. Kejayaan dan kewibawaan PKPIM begitu baik kerana kerjasama erat dengan 'abang kandung'nya ABIM. Pada peringkat awal ini ABIM dan PKPIM banyak menimba pengalaman dari Himpunan Mahasiswa Islam (HMI) di Indonesia yang lebih berpengalaman untuk merumuskan idea-idea serta hujah-hujah intelektual bagi menyokong seruan mereka.


Dengan sekatan terhadap penglibatan mahasiswa dalam hal-hal politik, maka dengan mudah Islam menjadi satu-satunya jalan yang selamat untuk pelajar-pelajar menyuarakan keluhan mereka, mengem bleng tenaga, menenuhi tuntutan untuk berkhidmat kepada masyarakat dan mencari kelegaan dari tekanan-tekanan yang berpunca dari kehidupan universiti serta cara hidup di bandar [Zainah Anwar, 1986].


Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam SeMalaysia (PKPIM) di bawah pimpinan Anwar Ibrahim telah menerajui semangat kesedaran Islam yang kukuh di kalangan pelajar dengan baik dan mantap seterusnya berjaya menyatukan pimpinan universiti-universiti di dalam satu wadah. PKPIM juga menjalinkan hubungan dengan pertubuhan luar negara melalui wadah Persatuan Mahasiswa Islam Asia Tenggara (PEMIAT) dan juga Islamic International Federation of Student Organisation (IIFSO) telah mewujudkan rangkaian pelajar Islam sedunia yang teratur dan saling membantu (mutual support).


PKPIM ini telah ditubuhkan hasil resolusi "Seminar Pelajar Islam SeMalaysia" pada 31hb. March, 1961 di Universiti Malaya oleh sekumpulan 10 orang pemimpin pelajar dari 5 buah Institusi PengajianTinggiketika itu, iaitu Universiti Malaya, Maktab Teknik Kuala Lumpur (sekarang Universiti Teknologi Malaysia), Maktab Pertanian Malaysia (sekarang Universiti Pertanian Malaysia), Kolej Islam Malaya (sekarang Maktab Perguruan Islam) dan Maktab Perguruan Bahasa (sekarang Institut Bahasa).


Sebelum wujudnya PKPIM, terdapat beberapa persatuan yang mewakili generasi pelajar ketika itu, misalnya Gabungan Pelajar Melayu Sememanjong (GMPS) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia (PKPM) yang ditubuhkan lebih awal. PKPIM dan GPMS masih bergerak sehingga sekarang, tetapi PKPM telah berkubur berikutan berkuatkuasanya AUKU, 1975.


Pada peringkat awalnya PKPIM dan GPMS didapati mampu bekerjasama dan mengamalkan konsep "kepimpinan terbuka". Mulai pertengahan 1960'an, kedua-dua persatuan tidak boleh lagi bekerjasama disebabkan mempunyai padangan yang berbeza berhubung dengan isu-isu yang kontroversi ketika itu seperti isu anti-Tunku, Telok Gong, autonomi Universiti dan lain-lain.


Sejak ini kepimpinan PKPIM mengambil sikap berhati-hati dalam proses melantik pemimpin pelapis supaya kepimpinan baru menerus-kan kesinambungan pegangan dan sikap PKPIM sebelumnya. Bermula awal dekan l970'an, PKPIM semakin tegas dan lantang memperjuang-kan aspirasi Islam mereka.


Muhd Idris Ibrahim dalam artikelnya, "Sekitar Perjuangan PKPIM" menyebut, perjuangan PKPIM bukan hanya berfokus kepada pelajar-pelajar tetapi melewati batas-batas pelajar malah melewati batas-batas geografi apabila ia menyuarakan keperihatinannya terhadap masalah umat Islam di dunia lain seperti masalah di Palestine, di Patani dan Mindanao, Filipina. PKPIM ketika itu mendapat sambutan yang menggalakkan bukan sahaja di kalangan pelajar malah masyarakat dan kerajaan. Akhbar PKPIM bernama Suara Siswa pernah diharamkan oleh kerajaan. Beberapa aktivis PKPIM ketika itu pernah ditangkap di bawah ISA.

Zaman kegemilangan PKPIM terncat bila berkuatkuasanya AUKU, 1975 dan kemudian berpecahnya gerakan Islam di awal dekad 1980'an. Gerakan mahasiswa menjadi semakin rancak dan panas apabila kumpulan-kumpulan mahasiswa di bawah wadah PKPIM yang membawa suara Islam mula menerajui persatuan-persatuan mahasiswa di universiti termasuk di Universiti Teknologi Malaysia. Selepas berkuatkuasanya Akta Universiti (pindaan) 1975, hubungan PKPIM persatuan-persatuan mahasiswa di kampus terputus disebabkan sekatan tersebut. Kebanyakkan kegiatan mahasiswa hanya bertumpu kepada program di kampus masing-masing. Malah PKPIM sendiri terumbang ambing pada masa ini, tetapi pengaruhnya ke atas mahasiswa di kampus tetap berterusan. Pada masa ini mereka hebatkan kegiatan memperteguhkan kefahaman dan fikrah Islam di kalangan pendokong-pendokongnya.


Kekuatan pengaruh Islam ketika itu di sini kerana kemunculan tokoh-tokoh muda berjiwa Islam dalam berbagai gerakan Islam ABIM dan sebagainya. ABIM pada masa ini dianggap sebagai 'sayap kanan' PAS bagi membekalkan kader-kader Islam di kalangan pelajar secara tidak langsung membantu PKPIM sebagai wadah popular untuk pelajar Islam bernaung.


Kemunculan kumpulan Islam menguasai persatuan-persatuan mahasiswa memberikan erti yang besar terhadap perkembangan di UTM dan kawasan sekitarnya. Berbagai program bercorak keagamaan dilaksanakan menggantikan aktiviti-aktiviti bercorak hiburan pesta-pestaan untuk bersuka ria. Program seperti ceramah, kuliah maghrib dan subuh, forum, simposium, kursus kesedaran dan kepimpinan Islam dan sebagainya memenuhi dairi kegiatan mahasiswa.

Begitu juga berbagai-bagai risalah dan makalah Islam begitu banyak diterbitkan sama ada oleh PMIUTM ataupun PMUTM dan lain-lain persatuan dengan berbagai nama seperti Suara PMIUTM, Risalah PMI, Mimbar Jumaat, Suara Siswi Islam, Nada Kampus dan sebagainya.


Beberapa jemaah atau individu tertentu di kampus kurang menggemari corak PMIUTM dan PMUTM yang dikatakan lebih bersifat 'politicized' dan 'radikal'. Sungguhpun pada hakikatnya semua jemaah Islam seperti Tabligh, Al-Arqam, IRC, ABIM, PAS dan lain-lain bercita-cita untuk menegakkan Islam tetapi corak pemahaman dan pemba-waannya tetap berbeza. Tabligh dan Al-Arqam didapati tidak 'berminat dengan politik sebagaimana ABIM, IRC dan PAS. Tanggapan sebegini menghalang mereka melibatkan diri secara langsung dengan PMIUTM dan PMUTM.


Ketika ini juga Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia (PMIUTM) dan Persatuan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (PMUTM) yang dikuasai oleh kumpulan Islam sedang dalam proses penyesuaian dengan 'rentak' baru selaras dengan berkuat kuasanya Akta Universiti (pindaan) 1975 dan terputusnya hubungan dengan persatuan pelajar di luar kampus. Era ini bolehlah dianggap sebagai era permulaan dalam pergerakan mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia. Kumpulan Islam sentiasa menguasai politik kampus di Universiti Teknologi Malaysia kecuali pada sesi 1979/80 di mana kumpulan nasionalis berjaya menguasai PMUTM.


Pada penghujung tahun l970'an ini (sesi 1979/80), kumpulan Islam bukan sahaja tewas di UTM malah hampir di semua kampus. Malah sebelum itu pada 15hb. Februari, 1979 seorang tokoh belia Islam, Ustaz Fadhil Mohd Nor (sekarang Yang Dipertua PAS) tela h disingkirkan secara rasmi dari tugasnya sebagai pensyarah UTM. Pada masa ini kumpulan 'sederhana' yang berjiwa nasionalis berjaya menyingkirkan kumpulan Islam dari teraju kepimpinan mahasiswa dengan bantuan pihak tertentu. Di Universiti Teknologi Malaysia, mahasiswa terpengaruh dengan kepetahan Annuar Musa berpidato telah memberikan kesempatan kepada beliau menjadi Presiden PMUTM ketika itu.


Kekalahan kumpulan Islam ketika ini mungkin disebabkan berlaku ketidaksefahamanan antara puak radikal yang dipelopori oleh mereka yang baru pulang dari luar negara dengan golongan sederhana yang diamalkan oleh PKPIM. Disebabkan masa yang diambil untuk mencegah polemik ini amat perlahan dan kurang berkesan pula telah memberikan pukulan "maut" kepada mereka. Krisis idealisma ini boleh di'bendung' dengan tidak memperbesarkan masalah-masalah ranting dan mempermudahkan masalah pokok.


Di kalangan aktivis-akhvis mahasiswa terdapat juga beberapa 'modernis' yang tidak senang melihat berlakunya pertentangan antara Islam dengan pemikiran barat dan berusaha membawa idea-idea modernisasi ke dalam masyarakat Islam tanpa menyedari kesan dan implikasinya. Berbagai usaha dijalankan di antaranya adalah cuba menyatukan sosialisma dengan Islam menjadikan sosialisma Islam, menggabungkan nasionalima dengan Islam menghasilkan nasionalima Islam dan sebagainya.

Di Indonesia pernah cuba diusahakan gabungan nasiona-lisma, agama dan komunis menghasilkan NASAKOM. Berkembangnya modernisma dalam masyarakat Islam kerana kejahilan umat Islam itu sendiri. Idea ini juga di'import' oleh golongan tertentu di Malaysia tetapi gagal mendapat sambutan.

GELOMBANG KEDUA KEBANGKITAN ISLAM

Semenjak penghujung tahun 1970'an, kebangkitan semula Islam di Malaysia menjadi semakin radikal dan pada masa ini pengaruh PKPIM ke atas gerakan pelajar telah beransur-ansur tergugat. Semangat mereka semakin berkobar-kobar untuk menebus kembali kekalahan kepada kumpulan nasionalis yang berjaya menguasai kampus pada sesi 1979/80.

Pada masa ini kumpulan Islam yang dikatakan lebih dapat merampas semula kepimpinan mahasiswa PMUTM pada berikutnya. Kumpulan Islam dapat menguasai semula kepimpinana PMUTM pada sesi 1980/81 dan 1981 /82 tetapi mengambil sikap memboikot pilihanraya kampus sesi 1982/83 kerana tidak berpuas hati dengan sikap HEP.

Keadaan ini menyebabkan kumpulan nasionalis sekali lagi berjaya menguasai kepimpinan PMUTM sesi tersebut. Pada masa ini semua kumpulan Islam sedang mengalami proses penentuan sikap ekoran tindakan Presiden ABIM, Anwar Ibrahim "melompat" memasuki UMNO menjelang dalam pilihanraya kebangsaan 1982. Ramai mahasiswa terkejut termasuk di UTM yang mempunyai agak ramai pengikut ABIM termasuk "ABIM Perlis".

Anwar menjelaskan kemasukannya dalam UMNO untuk memperbaikinya dari dalam menerusi projek Islamisasi (sesetengah pihak dalam UMNO menyebut penerapan nilai-nilai Islam). Namun mahasiswa tidak dapat menerima hakikat tersebut dan mereka cuba menyingkir "orang-orang Anwar" PMIUTM.


Perpecahan yang berlaku di antara dua golongan ini hampir melemahkannya dan satu di antara sebabnya mereka tidak bersedia untuk bertanding dalam pilihanraya kampus sesi tersebut. Ketika ini berlakunya penentuan sikap dan 'pembersihan' di kalangan ahli-ahlinya sertai mempertingkatkan tarbiyah bagi meneruskan perjuangan Islam seterusnya. Gerakan PKPIM yang sederhana telah mula tidak menarik minat kumpulan yang ingin memperjuangkan penubuhan negara Islam di Malaysia.


Kumpulan Islam menyedari bahawa tindakan dan usaha Anwar Ibrahim bersama UMNO bertentangan dengan apa yang telah diperjuangkannya sejak beliau di kampus lagi yang menganjurkan hanya Islam yang wajib dijadikan sistem pemerintahan negara dengan mengenepikan isme-isme lain. Dengan itu PMUTM dan PMIUTM terus berjuang dengan uslub bahawa untuk menegakan Islam mestilah meruntuhkan jahiliyah.


Sementara kumpulan yang mendapat tarbiyyah dari United Kingdom (lebih dikenali dengan IRC), begitu lantang menentang tindakan saki baki pengikut-pengikut Anwar termasuk yang berada di kampus. Mereka telah "bergabung" dengan PAS meneruskan perjuagan penubuhan negara Islam.

Pada masa ini Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang begitu popular dikalangan masyarakat terutama masyarakat kampus. Beliau sering dijemput berceramah dan berforum di kampus-kampus universiti termasuk di Universiti Teknologi Malaysia.


Ramai berpendapat gelombang kedua gerakan dakwah bermula pada pertengahan hingga lewat tahun 1970'an setelah pulangnya pelajar-pelajar Malaysia dari England yang telah dipengaruhi ideologi Islam Ikhwanul Muslimin (Mesir) dan Jamaati-i-Islam (Pakistan). Menjelang penghujung tahun 1970'an kebangkitan Islam menjadi semakin aggresif ekoran pelajar-pelajar yang baru pulang ini telah tersebar diserata tempat kerana kedudukan mereka sebagai pensyarah baru dan tenaga profesional dipelbagai jabatan kerajaan dan universiti termasuk di Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Kebangsaan, Universiti Malaya dan sebagainya. Perjuangan untuk menubuhkan negara Islam berdasarkan Al Quran dan Sunnah mula menguasai gerakan dakwah.


Kemunculan Islam Tulen

Fenomena kebangkitan mahasiswa Islam di kampus telah mendapat "rentak" baru setelah Anwar menyertai UMNO pada tahun 1982. Satu ledakan ubudiyyah berlaku apabila mahasiswa-mahasiswa Islam mengambil bahagian yang aktif dalam politik kampus bagi memimpin persatuan-persatuan mahasiswa. Langkah awal yang diambil oleh Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) untuk terjun aktif ke dalam arena politik ala-kampus bagi meluaskan spekterum dakwah mereka.


Zainah Anwar (1986) menamakan kumpulan ini sebagai "kumpulan Republik Islam (RI)" beriktikad untuk menubuhkan Republik Islam ala-Iran di Malaysia, tetapi hakikat ini dinafikan oleh mereka yang terlibat. Mengikutnya kumpulan Republik Islam (RI) ini tidak diselenggarakan secara rasmi seperti ABIM dan Darul Al-Arqam.

Pengikut-pengikutnya dipercayai mempunyai mempunyai hubungan dengan gerakan dakwah rahsia yang berpusat di Britain dan menggunakan unit rahsia untuk menyebarkan ajaran mereka. Pada mulanya mereka dipengaruhi guru-guru dan pensyarah yang menjadi pengikut IRC di Britain [Zainab Anwar, 1986].


Di Universiti Teknologi Malaysia, kumpulan ini lebih dengan nama Kumpulan Islam Tulen (KIT). Sebagai sebuah gerakan yang memperjuangkan Islam yang menyeluruh, Kumpulan Islam Tulen (ada juga yang panggil Hizbi Islami) tentulah berusaha menghalang corak kehidupan yang tidak sesuai dengan, kemahasiswaan dan masyarakat intelektual seperti konsep kehidupan yang berteraskan 'Moving toward freedom', 'Pop festivals', 'Born to be free" dan sebagainya dengan melalui program pesta-pestaan dan konsert-konsert hiburan di kampus.


Pada tahun 1983, kejatuhan pengaruh ABIM di kampus disahkan secara rasmi apabila mereka yang dikenali sebagai "Anwariyuun" berjaya disingkirkan dari kepimpinan PMIUTM Kumpulan Islam Tulen yang bersimpati dengan PAS dan IRC berjaya menguasai PMIUTM sepenuhnya setelah "pulih" semula selepas' tragedi Anwar" sebelumnya. Mereka telah berusaha menjadikan PMIUTM sebagai 'base' untuk menawan kembali kepimpinan PMUTM dalam pilihanraya kampus sesi 1983/84 setelah memboikot pilihanraya sesi1982/83.


Berbagai cara digunakan oleh pihak tertentu untuk menggagalkan kumpulan ini dari menguasai kepimpinan mahasiswa dalam PMUTM. Berbagai peraturan dikuatkuasakan untuk menyusahkan kumpulan ini memenangi pilihanraya kampus. Dalam pilihanraya kampus 1983/84 pihak HEP melarang calon-calon MPP bertanding secara berkumpulan dan dilarang menggunakan motto atau cogan kata yang sama. HEP membatalkan pilihanraya yang di adakan pada semester pertama sesi tersebut disaat-saat akhir kerana mendakwa kumpulan Islam membuat pakatan di antara calon yang bertanding. Tetapi dalam pilihanraya semula yang diadakan pada awal semester kedua sesi tersebut, kumpulan Islam tetap memenangi pilihanraya tersebut.


Pengaruh kumpulan Islam di UTM tertonjol dengan jelas dan ini memberikan tekanan kepada kumpulan nasionalis-liberal untuk mencari pengaruh. Sungguhpun HEP cuba "menekan" kumpulan Islam dengan melarang menggunakan motto yang sama sebagai slogan perjuangan yang mereka dokongi, tetapi calon-calon kumpulan Islam tetap bersatu dengan menjadikan "ketayap putih" sebagai identiti pengenalan mereka.

Sentimen Islam begitu menebal di kalangan mahasiswa UTM di mana pengaruh "ketayap putih" boleh menjejaskan seseorang calon. Pernah calon "favourite" yang berjawatan Naib Presiden PMUTM sesi 1983/84 tewas dalam pilihanraya kampus 1984/85 kerana 'terlupa memakai ketayap tetapi beliau telah menang semula dalam pilihanraya kampus sesi berikutnya 1985/86 setelah memakai ketayap dan terus dilantik menjadi Presiden PMUTM sesi tersebut.

Sementara calon-calon nasionalis-liberal pula biasanya memakai songkok dan 'blazer'.


Sejak memenangi semula pilihanraya kampus 1983/84, kumpulan ini semakin tegas dalam perjuangan Islam mereka di kampus. Mereka mengeluarkan satu risalah mengajak mahasiswa Islam bersama-sama menghayati perjuangan yang dibawa oleh mereka bertajuk "Dari mana hendak ke mana". Rencana ini membicarakan tujuan manusia dijadikan.

PMUTM yang dipimpin oleh Syed Aboo Tahir (1983/84) begitu tegas menuntut program-program yang bercanggah dengan Islam tidak dilaksanakan dalam kampus. Pernah TNC(HEP) mengeluh dengan sikap Presiden PMUTM yang baginya amat "keras" dan paling tidak disukainya. Sikapnya yang berani dan tidak merendahkan diri kepada musuh yang lebih kuat dan berkuasa menyebabkan pegawai HEP "pening kepala". Keadaan ini menyebabkan ramai exco-exco PMUTM dan PMIUTM tidak dibenarkan menjadi ahli jawatankuasa program Haluan Siswa yang dikendalikan oleh HEP.


"Ketidakselesaan" pegawai HEP berdepan dengan kumpulan Islam ini, menyebabkan mereka begitu bersungguh-sungguh membantu kum-pulan nasionalis termasuk dengan bantuan Biro Tatanegara Negara (BTN) merampas semula kempimpinan PMUTM sesi berikutnya 1984/ 85. Pilihanraya kampus sesi 1984/85 begitu hebat di mana kumpulan nasionalis-liberal dengan bantuan HEP telah berkempen dari awal lagi kepada mahasiswa/i baru sejak minggu Haluan Siswa.


Keputusan pilihanraya tersebut tetap menyebelahi kumpulan Islam tetapi tidak mencukupi majoriti dua pertiga. Keadaan ini menuntut tolak ansur dibuat dengan campurtangan pihak HEP. Kumpulan nasionalis menuntut jawatan Naib Presiden dan beberapa jawatan lain yang penting serta Syed Aboo Tahir tidak dibenarkan menjadi Presiden sekali lagi. Sebagai tolak ansur kumpulan Islam bersetuju melantik Hayatul Kamil Termudi sebagai Presiden PMUTM 1984/85 yang baru tetapi Syed Aboo Tahir dilantik sebagai Setiausaha Agong.

Kumplan nasionalis pula melantik Abdul Wahid Latip sebagai Naib Presiden PMUTM pada sesi tersebut. PMUTM sesi 1984/85 merupakan zaman genting bagi kumplan Islam memimpin PMUTM kerana ketiadaan majoriti yang mencukupi bagi menjalankan program-program yang mereka rancangkan. Keadaan menjadi semakin serius bila Syed Aboo Tahir gagal menyambungkan pelajarannya dan proses perlantikan Setiausaha Agung PMUTM yang baru bagi sesi tersebut menemui jalan buntu, walaupun akhirnya berpihak kepada kumpulan Islam juga di mana Ismail Abd. Rahman dilantik sebagai Setiausaha Agung PMUTM yang baru. Tetapi dalam pilihanraya kampus seterusnya sesi 1985/86 kumpulan Islam memenanginya dengan majoriti yang selesa melebihi dua pertiga.

KEBANGKITAN GANDINGAN PMUTM-PMIUTM

Penekanan ke atas ilmu-ilmu fardhu 'Ain memberikan kesedaran kepada jiwa dan menjadi "isi" kepada sebarang program yang dijalankan oleh mereka. Kejayaan dan keberkesanan setiap program bergantung kepada aspek pengisian yang disediakan seperti:

a) menyampaikan akidah sebenar yang dituntut oleh Islam supaya rakyat pelajar Islam tidak pincang, dengan itu mereka dapat berperanan untuk perkembangan diri dan pertumbuhan masyarakat Islam.

b) mewujudkan perasaan bangga kepada diri sendiri menjadi Islam, juga berbangga kerana menjadi anggota kepada badan, persatuan atau jamaah yang berlandaskan akidah, seterusnya bergerak atas syariat Allah;

c) menyedarkan masyarakat tentang ideologi-ideologi ciptaan manusia dan boleh mengelirukan mereka;

d) mengambil amar ma'ruf nahi mungkar sebagai pendekatan penyelesaian masalah. [Muhammad Nur Anuar, 1988].


PMIUTM boleh dikatan sebagai markas pengisian ilmu-ilmu agama yang bersifat fardu Ain dan fardhu kifayah bagi menghadapi cabaran semasa yang ditimbulkan oleh sistem pendidikan sekular. Penglibatan mahasiswa dalam PMI menjadi satu keperluan asas untuk membentuk ledakan ubudiyyah dalam membentuk kepimpinan Islam di kampus.


Dalam masa ini program-program PMUTM dan PMIUTM sentiasa dicurigai oleh pihak-pihak yang tidak senang dengan kemenangan kumpulan Islam yang dilabelkan radikal, fundamantalis Islam dan sebagainya. Bukan sahaja mahasiswa dan masyarakat sekitarnya yang berminat mengikuti program-program yang dianjurkan oleh PMUTM ataupun PMIUTM, tetapi pernah dinyatakan oleh aktivis-aktivis PMIUTM dan PMUTM terdapat SB-SB yang berjaya menyusup masuk dalam program mereka.


Malah banyak kali program-program mereka yang "terpaksa" dibatalkanb di saat-saat akhir. Bukan sahaja program di dalam kampus yang menjadi "mangsa" pembatalan tersebut malah program yang melibatkan masyarakat luar juga tidak terkecuali. Pada tahun 1985, misalnya PMUTM diarah membatalkan program Khidmat Masyarakat yang bakal diadakan di Johor pada saat-saat terakhir setelah semua persiapan awal telah diatur. Kononnya pembatalan ini adalah kerana ada pegawai HEP yang juga seorang aktivis UMNO bimbang pengaruh mahasiswa yang condong kepada Islam ini berjaya mempengaruhi masyarakat sekitar.


Kepimpinan Syed Aboo Tahir (1983/84) dan Hayatul Kamil Termudi (1984/85) dalam PMUTM merupakan zaman penyusunan semula gerakan mahasiswa UTM. Kemenangan yang selesa kumpulan Islam dalam pilihanraya kampus 1985/86 membolehkan mereka melaksanakan kerja-kerja yang telah dirancang sebelum ini dan menggerakkan daya juang PMUTM di bawah kepimpinan Mohd Zuki Mat Zin dan Ahmad Lutfi Othman sebagai Presiden dan Setiausaha Agung PMUTM.


Ketika ini sebahagian dari fakultinya telah berpindah ke kampusnya di Skudai, Johor. Kehadiran Mohd Zuki dan Ahmad Lutfi yang merupakan aktivis berpengalaman memimpin PMUTM pada sesi tersebut menyemarakkan lagi gerakan mahasiswa UTM. Sementara PMIUTM pula pada masa ini juga dikuasai oleh golongan yang sealiran dengannya dengan diketuai oleh Osman Ngah.

Gandingan PMUTM dan PMIUTM menggerakkan sensitiviti mahasiswa UTM berjaya memperkuatkan cengkaman pengaruh kumpulan Islam di kampus ini. PMUTM mengadakan program yang bercorak umum dan semasa, manakala PMIUTM pula menjalankan kegiatan dakwah dan tarbiyah. PMIUTM boleh dikatakan sebagai markas pengisian ilmu-ilmu agama yang bersifat fardhu 'ain dan kifayah bagi mempersiapkan diri menjadi seorang muslim sejati dengan program-program pengisian akidah yang sebenar dan menyedarkan bahaya ideologi-ideologi ciptaan manusia.


Manakala PMUTM pula secara serius mula membicarakan Diskusi Kebangkitan Islam, Seminar Universiti, Tenaga Akademik dan Mahasiswa, Simposium Masyarakat Luar Bandar, Simposiuin Perpaduan Kaum dan sebagainya. Pada masa ini juga berlaku beberapa inseden yang meninggalkan kesan yang mendalam dalam gerakan mahasiswa di UTM.


Pada akhir tahun 1985 meletus satu peristiwa pengharaman pemakaian kain tutup muka di kalangan mahasiswi (akhirnya dikenali purdah). Seramai 8 orang mahasiswi UTM terlibat dengan purdah telah digantung pengajian termasuk di tahun akhir PMUTM membela mahasiswi yang digantung ini dengan mereka diterima semula meneruskan pengajian mereka. Ahmad Othman (Setiausaha Agung PMUTM) telah dilantik mengetui Jawatankuasa Bertindak yang dibentuk oleh PMUTM bagi memperjuangankan isu tersebut telah mendapat sokongan majoriti mahasiswa di mana mereka berjaya mengumpul lebih 3,000 tandatangan membantah pemecatan tersebut. Isu ini mendapat liputan meluas di akhbar kebangsaan. Perjuangan PMUTM mendapat simpati dan sokongan pihak-pihak lain di luar kampus seperti Persatuan Ulama Malaysia (PUM), ABIM dan sebagainya.


Ahmad Lutfi Othman (1993) dalam bukunya, "Anwar lawan Ghaffar?" mengimbas kembali perkara ini dengan menyebut, saya mengetuai satu jawatankuasa yang dibentuk bagi menentang perlaksanaan arahan melarang pelajar UTM memakai pakaian menutup muka. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) telah menunjukkan kepada saya keputusan mesyuarat antara Menteri Pelajaran, Datuk Abd Ahmad Badawi dengan semua TNC HEP universiti-universiti tempatan dan Dekan HEP Institut Teknologi MARA. Mesyuarat memutuskan bahawa purdah diharamkan pemakaiannya di kampus. Bersama rakan-rakan pemimpin PMUTM, saya berusaha membantah arahan ini melalui jalan rundingan dan kami berjumpa dengan semua pihak yang terbabit sama ada secara langsung atau tidak langsung. Pelajar-pelajar UTM berdiri teguh dibelakang kami (lebih 3,000 tanda tangan berjaya dikumpul untuk disampaikan kepada Datuk Abdullah Ahmad Badawi.


Selang beberapa lama, saya dipanggil oleh TNC(HEP) ke pejabatnya dan diberikan ucapan tahniah kerana perjuangan kami membela pelajar yang dipecat itu (kebanyakannya berada ditahun akhir diterima menyambung kembali pengajian mereka) tetapi pelajar yang belum berpurdah tidak dibenarkan memakai purdah selepas itu. Bagaimananpun "arahan tidak bertulis" dari datuk Abdullah Ahmad Badawi ini tidak dilaksanakan dan apabila Anwar Ibrahim menerajui Kementerian Pendidikan (sebelumnya Kementerian Pelajaran), isu pemecatan pelajar berpurdah ini berlalu begitu sahaja.[Ahmad Lutfi Othaman, 1993]


PMUTM semakin nekad dalam perjuangannya bila Setiausahanya sendiri di 'singkir'kan dari UTM. Berita penyingkiran Ahmad Lutfi diberi liputan meluas di akhbar-akhbar tempatan serta mendapat reaksi spontan dari kepimpinan mahasiswa universiti tempatan termasuk Badan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) yang baru dibentuk. Satu demonstrasi telah diadakan pada 25hb. Julai, 1986 membantah penyingkiran Ahmad Lutfi Othman. Pemimpin mahasiswa dari beberapa universiti tempatan terutama dari Universiti Malaya dan Universiti Pertanian Malaysia turut serta dalam demonstrasi yang diadakan di UTM. Pemimpin PMUTM mahu berdialog dengan Timbalan Naib Canselor(HEP), Prof. Madya Anuar Maarof tetapi gagal.


Beberapa pemimpin mahasiswa UTM telah didakwa dan digantung pengajian kerana terlibat dalam demonstrasi tersebut. Mereka yang terlibat adalah Zulaimi Kazin (Exco Sosial dan Kebudayaan PMUTM 1985/86), Ahmad Faris Abdul Halim (Exco Akhbar dan Penerbitan PMUTM 1985/86), Hayatul Kamil Termudi (Bekas Presiden PMUTM 1985/86), Osman Ngah (Presiden PMIUTM 1985/86), Azizal Sulaiman (Bendahari PMUTM 1985/86) dan Nazri Kayat (AJK PMUTM 1985/86).

Pemimpin mahasiswa dari universiti lain juga dibicarakan di kampus masing-masing.


Sulaiman Kayat yang mengambilalih kepimpinan PMUTM (1986/ 87) telah memanggil mesyuarat tergempar dan membentuk jawatan-kuasa bertindak bagi membantah tindakan tersebut. Bukan sahaja bantahan tidak berjaya malah seorang exco tertinggi PMUTM pimpinan beliau iaitu Mohd Nor Seman (Bendahari PMUTM 1986/87) telah dilucutkan jawatannya oleh HEP kerana didapah terlibat dalam demonstrasi tersebut. PMUTM pimpinan beliau juga mula menghadapi masalah 'ketegangan' dengan IRC yang mula mendapat nafas kembali setelah orangnya berkuasa di Kolej Pertama dan kemudiannya berjaya mengambilalih pentadbiran Hal Ehwal Pelajar (HEP) UTM.


Beberapa orang bekas aktivis dan pengkaji politik kampus berpendapat PMUTM sesi 1985/86 banyak meninggalkan kesan dan mencatatkan sejarah suka duka gerakan mahasiswa UTM. Sesi 1985\86 merupakan mahasiswa benar-benar hebat dengan gandingan PMUTM- PMIUTM dengan menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan mereka. Pada masa ini kumpulan mahasiswa berjaya mendapat semula perhatian masyarakat ekoran beberapa tindakan yang dilakukan mereka terutamanya menerusi BBMN yang baru dibentuk. Dalam pilihanraya umum 1986, mahasiswa turun ke medan dengan mengadakan 'Pentas-pentas Mahasiswa'.

KRISIS KEPIMPINAN KOLEJ PERTAMA

Kepimpinan PMUTM (sesi 1985\86) juga tetap berjaya menguasai kepimpinan mahasiswa Kolej Pertama setelah diasaskan oleh Misdam Adam pada sesi sebelumnya (1984\85) walaupun terdapat pergeseran dengan Pengetua yang baru dilantik iaitu Prof. Madya Syed Mohd Famy.

Mohd Shuhaimi Embong (Exco PMUTM) telah dilantik menjadi Pengarah Kolej Pertama berjaya meredakan seketika pergolakan dalaman yang berlaku di Kolej Pertama terhadap Pengetua tetap membara. Setelah krisis begitu 'meruncing' dan tekanan dari pihak tertentu sukar dibendung lagi menyebabkan pengarah dan semua ahli jawatankuasa Kolej Pertama meletakkan jawatan di penghujung sesi tersebut telah memberikan tamparan hebat kepada Pengetua.



 

Kemarahan mahasiswa kepada Pengetua Kolej Pertama tidak boleh dibendung lagi bila pengarah dan semua jawatankuasanya 'terpaksa' meletakkan jawatan menyebabkan mereka mengadakan strategi demonstrasi menuntut Pengetua meletak jawatan pada 25hb.Januari 1986. Mengikut laporan akhbar harian lebih 500 mahasiswa telah menyertai demonstrasi tersebut.
Ekoran demonstrasi ini 2 orang exco kanan PMUTM iaitu Mohd Shuhaimi Embong (Setiausaha Asrama dan Penginapan PMUTM 1985/ 86) dan Ahmad Faris Abdul Halim (Setiausaha Akhbar dan Penerbitan PMUTM 1985/86) telah dikenakan surat 'tunjuk sebab' kerana didakwa menyertai dan merancang demonstrasi tersebut.

Kedua-duanya dibebaskan dari tuduhan tersebut kerana tiada bukti untuk diambil tindakan terhadap mereka, tambahan pula kedua-duanya adalah wakil PMUTM untuk meninjau demonstrasi tersebut.


Sungguhpun begitu seorang lagi exco PMUTM, Zaini Ujang (Tim. Setiausaha Kebajikan PMUTM) yang memainkan peranan yang aktif dalam demonstrasi tersebut tidak pula dikenakan tuduhan kerana didakwa mempunyai "hubungan baik" dengan Pengetua tersebut. Sehingga berakhir sesi tersebut tiada jawatankuasa baru yang berjaya dibentuk oleh Pengetua Kolej Pertama bagi menggantikan jawatankuasa lama yang sudah terbubar. Sejak itu beliau berjaya membina "empayar"nya di Kolej Pertama dan seterusnya beliau berjaya menempatkan dirinya sebagai Timbalan Naib Canselor (HEP) beberapa ketika kemudian.


Pada sesi berikutnya (1986/87), Pengetua tersebut telah melantik 'anak didik'nya, Zaini Ujang mengetuai kepimpinan Kolej Pertama. Tetapi kerjaya politik Zaini Ujang dalam kepimpinan PMUTM tidak meningkat walaupun beliau berjaya memenangi kerusi MPP beberapa kali. Keadaan ini menyebabkan beliau sering tersisih dalam setiap kali pemilihan untuk memegang jawatan penting dalam persatuan tersebut. Selepas zaman kebangkitan yang begitu mendadak, gerakan mahasiswa UTM mula menghadapi zaman 'gerhana' kerana beberapa faktor.

Di antaranya aktivis-aktivis yang menggerakkan PMUTM sebelum ini telah mula meninggalkan UTM kerana tamat pengajian dan pertukaran pucuk pimpinan HEP juga banyak mendatangkan masalah kepada PMUTM. PMUTM yang dipimpin oleh Sulaiman Kaiat (1986/ 87) dan Shamsul Zakaria (1987/88) banyak menghabiskan masa "berperang" dengan HEP yang diketuai oleh Prof. Madya Syed Mohd Famy. Di bawah kepimpinan Syed Mohd Famy, banyak program-program yang selama ini mendapat sambutan hangat di kalangan masyarakat kampus seperti forum-forum politik telah tidak dibenarkan.

Pada masa ini juga berlaku "perang dingin" yang semakin serius di antara dua kumpulan Islam yang mendokong PMUTM dimana akhirnya IRC tersingkir dari PMUTM. Kumpulan pro IRC mula mendapat "nafas baru" ekoran perlantikan Syed Mohd Famy sebagai Timbalan Naib Canselor (HEP). Mereka telah menguasai sepenuhnya kepimpinan Kolej Pertama yang kemudiannya menjadi "base" baru dalam gerakan mereka di UTM Kuala Lumpur. Begitu juga di Skudai, kepimpinan mereka telah "berkampung" di Kampung-kampung Pelajar.


Selepas dua sesi berlaku "perang" terbuka antara PMUTM dan HEP kerana beberapa isu yang tidak disenangi bersama, PMUTM yang dipimpin oleh Che Had Dali (1988/89) berjaya "memulihkan" perhubungan dengan HEP. Pemulihan hubungan ini membuka ruang kepada PMUTM sesi tersebut menerbitkan Majalah Tahunannya bernama "Tinta Teknologi" buat julung kalinya. Penerbitan Tinta Teknologi ini membolehkan Zul Mohamad (Setiausaha Agung PMUTM 1988/89) melepaskan "gian"nya menjadi Ketua Pengarang. Mengikut maklumat yang yang diterima, itulah keluaran pertama dan terakhir majalah tahunan tersebut.


Pergolakan kali ini bukan sahaja berlaku dalam PMUTM sahaja tetapi merebak ke dalam PMIUTM ekoran masalah yang sama. Pada Muktamar PMIUTM pada sesi 1988/89 mempamerkan kedua-dua kumpulan ini sudah tidak dapat duduk semeja lagi. Pertembungan kali ini tidak terhad di UTM sahaja tetapi juga berlaku serentak di kampus-kampus lain. Kerja sama kumpulan pro IRC dan pro PAS berakhir di sini sahaja. Pertembungan kali ini mengakhiri era kumpulan pro IRC dalam PMIUTM. PMIUTM yang baru ini selepas era perkongsian "50-50" diketuai oleh Abd. Rahman Embong. Selepas itu PMIUTM bersama "rakan kongsi" yang sealiran dengannya dari kampus lain membentuk GAMIS sebagai wadah perjuangan mereka.

KEMUNCULAN GABUNGAN NASIONALIS-ISLAM

Kesungguhan menggabungkan semua kumpulan berbagai-bagai aliran untuk membendung pengaruh PAS di kampus bangkit semula setelah wujudnya Biro HEP Pemuda UMNO pada akhir dekad 1990'an ekoran "penghijrahan" beberapa bekas aktivis mahasiswa pro PAS bersama Nakhaei Ahmad ke dalam UMNO. Di UTM usaha ini dikatakan mendapat "restu" yang baik dari pihak berkuasa dalam HEP yang selama ini memang berusaha untuk "melumpuh" pengaruh kumpulan Islam yang tidak sealiran dengannya.


Di kalangan aktivis-aktivis mahasiswa terdapat juga 'modernis' yang tidak senang melihat berlakunya pertentangan antara Islam de ngan pemikiran barat. Mereka berusaha membawa idea-idea mordenisasi ini ke dalam masyarakat Islam tanpa mengkaji kesan dan implikasi.. Modernisasi ini cepat berkembang dalam masyarakat kerana kejahilan umat Islam itu sendiri. Krisis idealisma ini mungkin boleh dielakkan jika aktivis dakwah ini berjiwa besar di samping tidak mempermudahkan perkara-perkara pokok dan memperbesarkan masalah-masalah ranting.


Di akhir 1980'an, kumpulan IRC yang sudah tersingkir dari "mainstrain" gerakan mahasiswa UTM berjaya merancang strategi baru. Mereka menggunakan strategi lain dengan menguasai Kampung-kampung Pelajar menerusi bantuan TNC (HEP). Pemilihan Jawatankuasa Kampung Pelajar (JKP) dibuat secara "tertutup" untuk golongan yang 'sefikrah" dengan TNC (HEP) berkenaan. Strategi ini menampakkan kejayaannya di mana kumpulan pro-PAS yang menguasai PMUTM selama ini hanya berjaya menang tipis sahaja dalam pilihanraya kampus sesi 1990/91.


Kumpulan "nasionalis-liberal" juga semakin lemah bila "pengkalan" utama mereka Persatuan Diploma Ijazah Sains (PERDISA) berjaya ditawan oleh kumpulan Islam pada sesi 1987/88 diketuai oleh Zul Mohamad dan menukarnya kepada PESAT. Kelab Fotografi juga semakin lemah kerana propaganda dan aktivih kursus kepimpinan (di bawah anjuran BTN) semakin kurang mendapat sambutan seperti sebelum ini.


Tetapi perkara ini telah disedari oleh PMUTM 1990/91 yang diketuai oleh Mohd Zahidi Zakaria. Dalam memorandum bantahannya terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh TNC (HEP) dalam Mesyuarat Penyelarasan pada 16hb. April, 1990 mendakwa, masaalah "group-ing", MPP tidak melaksanakan tanggungjawab, dan "mengugut" tidak memberikan kursus kepada EXCO MPP tidak seharusnya dikeluarkan secara terbuka oleh TNC (HEP) dan mendesak beliau menarik balik kenyataan di atas bagi menjernihkan kembali keadaan [Memorandum PMUTM, 23 April, 1990]


Sebelum itu sahaja perlanjutan tempoh perlantikan Prof. Madya Syed Mohd Famy tiga tahun lagi sebagai TNC (HEP) telah dibantah bukan sahaja oleh PMUTM dan PMIUTM malah hampir 800 kakitangan UTM Skudai telah melancarkan piket membantah perlantikan tersebut. Semasa beliau menjadi TNC (HEP) selama ini banyak kegiatan pelajar dibekukan terutama yang berkaitan dengan politik [Harakah, 29 Oktober, 1990).


Pada masa ini (1990/91), PMIUTM mendapat nafas baru setelah dipimpin oleh seorang "aktivis lama" Zakaria Nor yang kembali semula menyambung pengajiannya. Zakaria Nor sendiri kemudiannya memimpin PMUTM pada sesi berikutnya (1991/92) dan seterusnya melakukan penyusunan semula organisasi PMUTM. Selepas itu tempat beliau diambilalih oleh Mohd Ruzi Hamzah (PMIUTM 1991/92) dan PMUTM 1992/93)


PMUTM dan PMIUTM semakin mantap dan dapat bergerak aktif bagi memperkemaskan politik dakwah untuk mengharungi cabaran wawasan 2020 bagi membentuk generasi baru yang berjiwa Islam. Ini selaras dengan hasrat UTM selama ini dikatakan giat berusaha meralisasikan mottonya 'Untuk Tuhan dan Manusia' dengan melahirkan teknokrat yang berjiwa Islam.

PMUTM dan PMIUTM yang selama ini yang cuba di"pencil"kan peranannya mula mendapat nafas baru selepas pengunduran Syed Mohd Famy sebagai Timbalan Naib Canselor ( ekoran persaraan Tan Sri Ainuddin Wahid sebagai Naib Canselor.


Terdapat ramai bekas aktivis mahasiswa UTM yang pernah aktif cuba untuk menyambung semula pengajiannya tetapi tidak dibenarkan oleh HEP yang dikuasai oleh Prof. Syed Mohd Famy sesudah beliau mengambil alih unit kemasukan pelajar. Mengikut sumber yang boleh dipercayai, Prof. Syed Mohd Famy juga dikatakan telah memberikan satu "arahan" menghalang, Sdr. Mohd Shuhaimi Embong bekas aktivis PMUTM1985/86 yang pernah menggugat kepimpinannya semasa krisis kepimpinan Kolej Pertama dahulu dari menyambungkan semula pengajiannya pada sesi 1989/90 tanpa sebarang alasan yang munasabah malah ada pihak yang berpendapat beliau bimbang nostalgia silam berulang kembali.


Kehadiran Dr. Muhamad Riduan Salleh menggantikan Tan Sri Ainuddin Wahid sebagai Naib Canselor UTM yang baru telah memberikan nafas baru kepada gerakan pelajar yang selama ini terkongkong di bawah 'cengkaman' Prof. Syed Mohd Famy.


Pada masa ini semua kumpulan yang tidak bersetuju dengan kumpulan pro PAS sama ada dari aliran Islam mahupun nasionalis membentuk satu pakatan baru dinamakan Gabungan Mahasiswa Bersatu (GMB) yang dikatakan mendapat restu dari HEP. Pada ketika ini kumpulan Islam pro-PAS dikatakan mendapat tentangan paling sengit dalam sejarah pilihanraya kampus UTM selepas sesi 1984/85.

GMB dikatakan berjaya menguasai kampus Kuala Lumpur tetapi tidak berjaya menguasai MPPUTM 1990/91 kerana tewas di kampus induk. Dengan ini kumpulan Islam tetap menguasai PMUTM dan meletakkan Muhammad Asri Mat Lazim sebagai Naib Presiden untuk mengekang Gerakan GMB di kampus UTM Kuala Lumpur.


Kemenangan tipis ini menyebabkan PMIUTM sekali lagi membantu PMUTM yang dipimpin oleh Ishak Ismail memperkemaskan kegiatan perkaderan dan polihk jangka panjangnya. Dalam keadaanan dakwah di UTM mula 'bercelaru', PMIUTM sekali lagi memainkan peranannya membincangkan berbagai aspek persoalan dakwah dengan menganjurkan 'Seminar Dakwah' peringkat kebangsaan selama 2 tahun berturut-turut iaitu pada tahun 1988 dan 1989.

Komitmen usaha-usaha dakwah bertambah agresif di sini bila Naib Canselor sendiri turut memberi perhatian dan memainkan peranan bagi memperkembang dan memperteguhkan syiar dakwah Islamiah masyarakat kampus dengan membentuk Jawatankuasa Penerapan Nilai-nilai Islam (JAPNI). Keadaan ini memberikan sokongan moral kepada kumpulan Islam untuk terus menguasai kepimpinan maihasiswa dalam politik ala kampus.

 

Gerakan Siswa

Petikan dan ulasan"Buku Politik Kampus Di Sebalik Tabir", Pustaka Generasi Baru, 1995, Mohd. Shuhaimi Al Maniri

 

 

 

Status Qua Politik UIAM

 

 

Gerakan Islam Kampus

Gerakan Mahasiswa di arena Antarabangsa

Cabaran dakwah di kampus

ABIM berkuasa di UIA ?

Monopoli ABIM Tergugat di UIA

 

GERAKAN ISLAM KAMPUS

Ramai yang beranggapan bahawa di penghujung dekad 1980'an khususnya di sekitar sesi 1988/89 dan sesi 1989/90 merupakan permulaan kejatuhan gerakan Islam di kampus-kampus universiti tempatan. Hj Nakhaei Ahmad (1991) mendakwa kejatuhan mahasiswa melayu ke dalam kancah dakwah sempit membawa unsur-unsur kemunduran kepada Islam itu sendiri.

Ada pula yang membuat kesimpulan, gerakan Islam sudah tidak diterima lagi di kampus-kampus.Zainah Anwar pula dalam rencananya yang kontroversi bertajuk "pray less, pray more" di dalam majalah Far Eastern Economic Review pada 25hb. Januari, 1990 menyatakan kemerosotan pengaruh Islam di kampus-kampus universiti tempatan adalah disebabkan oleh sikap radikal kumpulan tersebut.

Beliau memberikan contoh bagaimana siswi yang bertudung telah bosan dengan usrah menanggalkan tudungnya dan meninggalkan kumpulan tersebut untuk mencari ketenangan yang baru. Begitu juga dengan kemenangan Shamsuddin Moner, pelajar Akademi Islam Universiti Malaya yang berjuang dalam golongan sederhana semasa pilihanraya kampus sesi 1988/89 yang lalu.


Mohd Fuad Zarkarshi (1990) pula dalam rencananya bertajuk 'Politik Dakwah ancam Gerakan Mahasiswa' mendakwa, politik dakwah mereka yang merbahaya itu menyebabkan gerakan pelajar tidak lagi didokong oleh keseluruhan pelajar. Dakwah mereka bukan lagi dakwah yang menyeluruh tetapi dakwah sempit untuk menarik seseorang itu masuk ke dalam kumpulannya.


Kemudian kemenangan yang dirintis oleh Shamsuddin Moner berjaya dikekalkan oleh kumpulan tersebut iaitu Barisan Mahasiswa Bersatu (BMB) untuk satu sesi lagi (sesi 1989/90) membuktikan seolah-olah gambaran yang diberikan oleh Zainah Anwar tersebut adalah tepat.

Apatah lagi sekutu kumpulan tersebut juga telah berjaya menenggelamkan kekuasaan golongan 'radikal' Islam Penyelamat Ummah (IPU) di Universiti Kebangsaan pada sesi 1989/90. Begitu juga di Universiti Sains Malaysia kumpulan yang dikenali sebagai Angkatan Perpaduan Mahasiswa (APM) yang sealiran dengan mereka juga berjaya menguasai semula Majlis Perwakilan Pelajar di sana (pada sesi 1989/90) setelah beberapa sesi tewas kepada kumpulan Islam.


Kebimbingan terhadap kebangkitan Islam begitu ketara terutama di Universiti Utara Malaysia (UUM) di mana pihak pentadbir tidak bersedia untuk membenarkan penubuhan Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) kerana bimbang ianya menjadi markas gerakan kebangkitan Islam di sini. Sejak penubuhannya pada tahun 1984 lagi, universiti ini berbeza dengan universiti lain di mana ianya mewajibkan mahasiswanya memakai 'tie' sepanjang masa.


Tujuan sebenar di sebalik peraturan ini tidak diketahui secara pasti, tetapi ada yang berpendapat ianya adalah satu strategi membendung kebangkitan kumpulan Islam di sini terutama yang pro-PAS, Arqam, dan Tabligh yang tidak gemar berpakaian 'ala barat' ini. Sungguhpun begitu golongan yang cintakan perjuangan Islam tetap 'membiak' dengan suasana persekitaran di sini. Seorang bekas aktivis mahasiswa UUM pernah menyebut, kumpulan Islam di sini ibarat "Ikhwan Utara" kerana mempunyai ciri-ciri Ikhwanul Muslimin di Mesir yang walaupun ditekan dan ditindas dengan hebat tetapi tetap membiak dengan subur.


Perkembangan dan penglibatan belia-pelajar dalam konteks sama ada mengukuhkan dan meneruskan 'status-quo' masyarakat atau merubahnya secara radikal dan luar biasa adalaah suatu fenomena yang bukan sahaja berlaku di negara kita malah ke seluruh Asia Tenggara dan ke serata pelusuk dunia. Berbagai usaha dilakukan oleh PKPIM untuk menjadi pusat maklumat dan rujukan kepimpinan pelajar di peringkat kebangsaan dan Persekutuan Persatuan Pelajar Islam Antarabansa (IIFSO) di peringkat antarabangsa. Di antaranya IIFSO telah memberi mandat kepada PKPIM untuk menjadi tuan rumah Persidangan Pelajar Antarabangsa ke-7 pada 4-9 Ogos 1988.

GERAKAN MAHASISWA DI ARENA ANTARABANGSA

Gagasan kerjasama dan persaudaraan hendaklah diadakan di kalangan aktivis-aktivis Islam di Institusi-institusi Pengajian Tinggi dengan melibatkan wakil-wakil dari berbagai badan gerakan Islam termasuk di peringkat antarabangsa dalam program yang mereka anjurkan. Protes-protes dan demonstrasi terus wujud dengan isu-isu yang berlaku dalam masyarakat sama ada peringkat nasional ataupun internasional.


Dari berbagai organisasi yang bertaburan ini, mereka membentuk berbagai gabungan pelajar peringkat antarabangsa di mana lahirnya Persatuan Mahasiswa Islam Asia Tenggara (PEMIAT) di Asia Tenggara, Muslim Student Association (MSA) berpangkalan di Amerika Syarikat, Federatioan of Student Organisation (UMSO) di German dan Federatioan of Student Association of Australia (FMSA) di Australia. Kebanyakkan organisasi ini bekerjasama dengan World Assembly of Muslim Youth (WAMY).


Hubungan PKPIM yang aktif dengan pertubuhan-pertubuhan belia-pelajar luar negara samada melalui wadah PEMIAT dan IIFSO telah mewujudkan rangkaian pelajar Islam sedunia yang saling membantu. Pada satu ketika PEMIAT tidak dapat berjalan dengan lancar dan hampir berkubur, tetapi telah diaktifkan semula beberapa tahun kemudian ini dengan nama Persatuan Pelajar Islam Asia Tenggara (PEPIAT). Penglibatan wakil-wakil pertubuhan Islam dari berbagai peringkat dan lapangan samada politik, ekonomi, sosial dan keagamaan yang komited dengan kebangkitan Islam amat diperlukan bagi membentuk 'wahdatul fikr' untuk memperluaskan lagi 'ledakan ubudiyyah' mereka di kampus dan seterusnya kepada masyarakat.


Kejatuhan Sukarno di Indonesia (1965), Ngo Doh Dien di Vietnam Selatan (1965), Peristiharan Undang-undang Tentera oleh Marcos di Filipina (1972), kejatuhan kerajaan tentera dan polis pimpinan Marshal Thanom Kittikarchorn di Thailand (1973) dan sebagainya memperlihatkan peranan belia-pelajar bertindak sebagai 'catalyst' di sebalik peristiwa-peristiwa ini.


Di Thailand, bahang kebangkitan Islam amat ketara sekali di wilayah Selatan Thailand sama ada perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan ataupun kawasan otonomi Islam. Untuk tujuan itu masyarakat Islam telah membentuk berbagai pertubuhan untuk mendokong dan meneruskan aspirasi perjuangan mendapatkan kemerdekaan Patani, iaitu Greater Pattani-Malay Movement (GEMPAR) dan Pattani United Liberation Organisation (PULO). Kedudukan orang-orang Islam khususnya dalam bidang pendidikan dapat diperbaiki ekoran demontrasi pada tahun 1975 dan seterusnya pada bulan Februari 1984 pula kerajaan Thailand menganjurkan Persidangan Dakwah Antarabangsa di Yala yang telah dihadiri oleh seramai 100,000 orang Islam.


Di Mesir, satu proses berterusan dalam budaya politik kampus dan seterusnya mempengaruhi budaya politik Mesir sendiri. Kehadiran pelajar-pelajar luar terutamanya pelajar-pelajar Melayu dibawah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dan lain-lain mempercepatkan lagi integrasi pelajar peringkat internasional di sini.


Manakala di Pakistan, arena politik kampus menjadi rebutan pengaruh di antara ideologi Islam di bawah Jamaati-I-Islami, ideologi sosialisma Islam di bawah Parti Rakyat Pakistan (PPP) dan ideologi nasionalisma-sekularisma di bawah Parti Nasionalisma Awami (PNA). Di sini, Parti Jamaati-Islami yang paling mendapat sokongan belia-pelajar mempunyai banyak persamaan dengan Ikhwanul Muslimin pimpinan Hassan Al-Banna di Mesir.


Sementara di Indonesia masyarakat Islam di setiap kampus dipelopori oleh Himpunan Mahasiswa Islam (HMI) pada tahun 1947 lagi. Mengikut Hussein Mohamad, boleh dikatakan konsep bergorganisasi dan gerakan sosial di Indonesia hampir sepenuhnya dianjurkan oleh golongan belia-pelajar.


Di dalam tahun 1988 pula pelajar Korea dan Burma bangun serentak memberontak terhadap pentadbiran yang mereka anggap kejam, tidak adil serta tidak memberi kebebasan yang sewajarnya. Begitu juga dengan Peristiwa Medan Tieannamen yang menyaksikan kebangkitan pelajar cina yang bangkit mempertahankan keyakinan dan idealisme mereka tanpa menghiraukan keselamatan diri dan nyawa.


Sebagai suatu gerakan sosial yang sangat dikhuatiri oleh kerajaan jika dibandingkan dengan gerakan-gerakan sosial yang lain. Satu waktu dulu, keunggulan PKPIM di dalam menerajui pimpinan pelajar diakui tetapi sekarang keadaan tidak lagi begitu. Dengan ini, sudah tiba saatnya kita bersatu, membina satu wadah untuk membentuk satu ummah yang iltizam dalam perjuangan. Sesungguhnya sudah jelas perjuangan ini memerlukan jiwa yang mantap dan bersih, harta benda dan tenaga. Oleh itu bersiap sedialah sekelian, sesuatu yang ada pada Allah bersifat abadi.
Justeru itu aktivis pelajar memerlukan kepelbagaian cara bergerak dalam memajukan Islam ke tengah masyarakat


Ada pihak lain pula berpandangan mahasiswa kini lebih rasional dan optimis dalam perjuangan dengan mementingkan kelangsungan perjuangan di luar kampus. Mereka bersedia memberikan peluang kepada semua pihak membuktikan kemampuan mereka memimpin Majlis Perwakilan Pelajar. Era 1990an ini bukan lagi era slogan sebaliknya merupakan era bertindak melaksanakan atau merealisasikan slogan-slogan yang telah lama ditiup sebelum ini. Mereka boleh menerima nasionalis-liberal. Sebab itu dalam dekad 1990'an ini, politik kampus sudah berubah dan tiada pihak yang benar-benar dominan seperti di tahun-tahun 1970'an dan 1980'an dahulu. Pertukaran aliran kepimpinan mungkin berlaku di kampus-kampus utama terutamanya di Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Malaysia.

CABARAN DAKWAH DI KAMPUS

 Dato' Dr. Mansur Salleh (1991) menyebut, "semenjak mengambilalih pentadbiran ITM, beliau mula mewajibkan pelajar-pelajar berpakaian menutup aurat dan kemas di kampus. Tetapi peraturan ini mendapat bantahan terutama di peringkat awal perlaksanaannya pada tahun 1986 ketika memikul tanggungjawab Pengarah ITM" [Mingguan Waktu, 6 Oktober, 1991]


Perasaan benci atau tidak senang hati yang lahir pada sesetengah pihak mungkin kerana mereka merasakan kedudukan mereka akan terjejas, lantas menunjukkan pelbagai reaksi penentangan bagi membantutkan usaha-usaha dakwah. Tendensi atau sikap "kurang senang" terhadap dakwah memang terdapat di mana-mana. Para pelajar selain daripda sering menjadi mangsa tindakan tatatertib, juga dilemparkan dengan istilah-istilah negatif seperti dakwah songsang, ekstrim, golongan fanatik dan sebagainya.


Sejarah telah membuktikan dakwah ke jalan Allah adalah suatu perjalanan yang penuh dengan cabaran, rintangan dan dugaan. Sejak zaman Rasulullah S.A.W sehingga kini para pendakwah tidak henti-henti menghadapi penentangan demi penentangan dari pelbagai pihak yang benci atau tidak senang dengan perkembangan Islam di bumi Allah ini. Pernah seorang Menteri mengeluarkan "fatwa"nya sendiri dengan mengatakan bahawa amalan Qiamulail yang dilakukan oleh pelajar-pelajar Islam merupakan satu "sindrom" yang melemahkan mereka.

Tuduhan melulu, kritikan dan kecaman merupakan perkara biasa yang sering dilemparkan kepada mereka.Kita juga tidak mengerti dengan sikap sesetengah pihak yang "sibuk" dan bimbang dengan aktiviti keIslaman. Tetapi sebaliknya pula segala tindak-tanduk yang berkaitan dengan pengamalan sistem kehidupan moden seolah-olah tidak dipersoalkan. Mereka seolah-olah tidak risau dengan isu-isu yang lebih besar yang kian menular dalam masyarakat kita seperti arak, judi, pelacuran, pendedahan aurat, pertandingan ratu cantik, budaya "bohsia" - "bohjan" dan sebagainya yang kian menjadi-jadi kebelakangan ini, yang mana kesemuanya ini telah jelas mengancam kesejahteraan masyarakat dan mencemarkan kesucian Islam.


Di kampus para pelajar yang terlibat dalam aktiviti dakwah atau kegiatan keIslaman memang tidak dapat lari daripada menghadapi pelbagai bentuk halangan, sekatan dan tekanan dari pihak-pihak yang tidak senang hati dengan perkembangan atau kebangkitan Islam. Kita dapati golongan pro-Islam dan bergiat dalam gerakan Islam sering menjadi mangsa tindakan melulu pihak pentadbiran, umpamanya "dibuang" dari asrama atau Kolej-kolej Kediaman. Begitu juga, mereka yang membuat penentangan terhadap kegiatan-kegiatan mungkar yang diadakan di kampus-kampus (atas persetujuan pihak universiti ) selalu dikenakan tindakan-tindakan keras sepertimana yang terjadi ke atas dua orang pemimpin mahasiswa Universiti Malaya yang telah ditahan di bawah ISA hanya kerana berdemontrasi menentang konsert Sheila Majid. Nasib diskriminasi begini juga pernah diterima oleh bekas siswi-siswi berpurdah.


Di samping itu mereka juga terpaksa menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bantuan kewangan dalam menjayakan sesuatu program yang dianjurkan. Pihak HEP selalu bersikap "double standard' terhadap program-program yang dianjurkan oleh persatuan-persatuan yang didapati tidak sealiran dengan "selera" mereka. Para pelajar juga tidak diberikan kebebasan sepenuhnya untuk memilih atau membawa masuk para penceramah atau pendakwah dari luar ke kampus. Mereka akan meneliti dulu siapa penceramah tersebut sebelum kelulusan diberi. Malah ada yang disenarai hitam dan dihalang dari masuk ke kampus.


Walaubagaimanapun cabaran dakwah di kampus tidak hanya semata-mata berhadapan dengan birokrasi pentadbiran yang ketat, tetapi mereka juga berhadapan dengan masalah kelemahan di kalangan pendokong dakwah itu sendiri dalam menangani persoalan yang berbangkit. Dalam pada itu, para pelajar juga tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu agama secara lebih mendalam kerana mereka sendiri banyak dibebankan dengan kerja-kerja kursus di universiti seperti kuliah, tutorial, latihan amali, kuiz, esei, peperiksaan dan lain-lain lagi.

ABIM BERKUASA DI UIA ?

Setiap kampus mempunyai budaya politiknya yang tersendiri, tetapi cirinya adalah hampir sama di semua kampus. Perbezaan budaya politik diantara kampus-kampus ini tidaklah begitu ketara sangat, yakni saling berkait antara satu sama lain. Kita sudahpun membicarakan secara terperinci perkembangan politik kampus di Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Pertanian Malaysia dan Universiti Sains Malaysia dalam beberapa bab sebelum ini. Maka adalah elok juga kita meninjau sepintas lalu perkembangan politik pelajar di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Persoalannya sekarang, bagaimanakah Politik Kampus di UIA?


UIA adalah satu-satunya universiti yang tidak tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti (pindaan 1975) mula ditubuhkan pada tahun 1983 di atas kesedaran perlunya sebuah universiti Islam di peringkat antarabangsa. ABIM dikatakan sering mendakwa penubuhan UIA adalah hasil dari perjuangan mereka untuk menubuhkan sebuah universiti Islam di Malaysia sebelum ini. Secara kebetulan pula UIA ditubuhkan selepas tokoh utama mereka, Anwar Ibrahim menyertai UMNO dan kabinet pada tahun 1982.


Sebenarnya Gagasan Universiti Islam telah dicetuskan di dalam Kongres Kemajuan Islam SeMalaysia pada tahun 1966 dan disusuli pula dengan Seminar Peradaban Islam dengan sebuah kertas kerja mengenai konsep Universiti Islam yang telah dibentangkan oleh Prof. Ungku Omar pada tahun 1971.


Sesuai dengan sebuah universiti yang kononnya "diilhamkan" oleh ABIM, ramai tokoh-tokoh mereka "berkampung" di sini samada sebagai kakitangan akademik ataupun pentadbiran UIA. Malah jawatan Presiden UIA pun disandang oleh "orang kuat" mereka iairu Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas Presiden ABIM yang juga Menteri Kewangan (sekarang 1994, Timbalan Perdana Menteri).

Tidak keterlaluan kalau dikatakan ABIM begitu bersungguh-sungguh untuk mendominasikan pengaruh mereka ke atas UIA di mana jawatan-jawatan yang strategik disandang oleh orang-orang mereka. ABIM dan sekutunya begitu mudah dan bebas mengadakan program-program di sini. Sebab itu kedengaran suara-suara nakal yang menyebut UIA sebenarnya adalah "Universiti Islam ABIM".


Sementara mahasiswa dari luar negara pula tidak begitu ramai di UIA. Bolehlah dikatakan kehadiran mereka hanya sebagai syarat untuk membolehkan UIA digolongkan sebagai sebuah universiti yang bertaraf antarabangsa.


Kejayaan ABIM menguasai sebuah pusat pengajian tinggi seperti yang berlaku di UIA ini sungguh membanggakan banyak pihak yang kagum dengan kelicikan mereka berpolitik. Mereka juga telah berusaha melakukan 'grand design' untuk menguasai pentadbiran, kakitangan dan pelajar ITM pula sebagaimana yang didedahkan oleh Persatuan Kakitangan Akademik ITM (MITASA).

Presiden MITASA, En. Rajib Gani mendakwa, "MITASA telah menerima dokumen Muktamar Sanawi ke-2 Jamaah ABIM ITM/Shah Alam (JAITEMSA) bertarikh 2hb Ogos, 1992 yang mengandungi perancangan ABIM terhadap polisi ITM bertujuan untuk menguasai ITM secara menyeluruh" [Harakah, 26 Disember, 1992].



 

Kehadiran Dato' Dr. Mansor Salleh sebagai Pengarah ITM berjaya memberikan nafas baru kepada gerakan ABIM di ITM. Beberapa orang pegawai tinggi ITM didakwa terlibat dalam perancangan ABIM untuk menguasai ITM dengan tertubuhnya satu badan yang dipanggil 'task force' bagi memastikan kepentingan ABIM terlaksana dan tidak menimbulkan masalah di dalam konsep amal jama'i ABIM.


Mahasiswa di seluruh universiti termasuk di UIA telah nekad menolak ABIM kerana tidak yakin lagi dengan konsep 'non partism' yang dilaungkan oleh mereka seperti sebelum ini. Buktinya amat banyak dan ABIM tidak boleh lagi berselindung.

Dalam Mingguan Tempo, 12hb. September, 1993 dengan jelas menyebut, ABIM akan menyokong Anwar Ibrahim dan Abdul Rahim Thamby Chik bertanding jawatan Timbalan Presiden dan Kerua Pemuda UMNO.


Tulisan Mohd Shiffi (Watan, 11 September, 1991) bertajuk "BenarIkah ABIM non-partism" dirasakan dapat menjelaskan sikap ABIM. Berikut disiarkan semula tulisan tersebut untuk tatapan kita semua.

Benarkah ABIM 'non partism'


Adakah benar Angkatan Bella Islam Malaysia (ABIM) bersikap 'non partism' dalam tindakan-tindakan mereka sebagaimana yang didakwa? Bagi pemerhati politik terlalu sukar untuk mengatakan ABIM bersikap 'non partism' dalam politik. ABIM tidak mampu bersikap berkecuali dalam politik kerana mempunyai kepentingan tertentu yang tidak perlu didedahkan secara terbuka di sini. Cukuplah beberapa contoh yang berlaku untuk dilihat sikap sebenar ABIM dalam politik.


Sungguhpun Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meninggalkan kepimpinan ABIM sejak tahun 1982 untuk menentang arus ABIM ketika itu, tetapi cengkaman beliau ke atas ABIM masih kukuh. ABIM tidak dapat memisahkan pengaruh Datuk Seri Anwar dalam tindakan yang diambil oleh pertubuhan tersebut. Segala tindakan Menteri Kewangan ini akan mendapat sokongan moral dari ABIM baik secara langsung ataupun tidak langsung. Siapa berani mengatakan Datuk Seri Abwar tidak memerlukan ABIM? Jika ABIM mengambil sikap menentang arus yang dibawa oleh Datuk Seri Anwar, sudah lama politiknya dalam UMNO tidak menjadi tidak menentu.


Memang benar ABIM tidak dapat dipisahkan dari Datuk Seri Anwar sebagaimana Datuk Abdullah Ahmad Badawi dengan GPMS, Datuk Seri Sanusi Junid dengan MAYC ataupun Datuk Suhaimi Kamaruddin dengan Belia 4B.


Tidak perlu dinafikan, ABIM mempunyai saham dalam UMNO dan PAS berdasarkan kepada pengaliran tokoh belia Islam ini ke dalam kedua-dua organisasi politik utama ini. Sebelum tahun 1982, tokoh-tokoh utama ABIM lebih senang menerima PAS sebagai landasan politik mereka. Dalam PAS, ABIM telah membekalkan Ustaz Fadhil Nor, Ustaz Abdul Hadi Awang, Syed Ibrahim dan ramai lagi di pelbagai peringkat kepimpinan.


Tetapi setelah Datuk Seri Anwar 'berijtihad' dengan memasuki UMNO sebelum pilihanraya umum 1982, ABIM mula mengalih perhatian kepada parti UMNO yang menguasai kerajaan sebagai landasan politik mereka. Sejak itu hubungan ABIM dengan PAS berakhir, dan tokoh-tokoh mereka lebih senang memilih UMNO sebagai wadah politik yang baru. Beberapa tokoh utama ABIM mula melompat ke dalam UMNO seperti Kamaruddin Mohd Nor, Kamaruddin Jaafar, Fuad Hassan dan Iain-lain.


Sejak itu ABIM mula 'mufarakah' dengan PAS, apatah lagi kekuatan PAS di Kelantan pun sudah jatuh ketangan UMNO. Hubungan ABIM dengan PAS secara tidak rasminya telah berakhir. ABIM juga tetap mengatakan mereka 'non partism' walaupun pada hakikatnya mereka tidak begitu.


Ramai anggotanya sangsi dengan kepimpinan ABIM yang sentiasa mengikut 'rentak' Datuk Seri Anwar menyerang PAS secara terbuka dengan pelbagai tohmahan seperti tiada program bertindak, tidak faham realiti dan sebagainya. Sebaliknya ABIM jarang pula dilihat mengecam tindakan-tindakan yang dilakukan oleh UMNO ataupun kerajaan yang didominasikan oleh UMNO.


Penjelasan ABIM tidak mahu campur urusan politik UMNO-PAS kerana di luar peranan biasa ABIM adalah tidak tepat. Memang benar ABIM tidak terlibat secara langsung dalam menentukan keputusan-keputusan UMNO dan PAS, tetapi ABIM telah bertindak secara tidak langsung dengan kenyataan-kenyataan yang boleh mencorakkan pilihan rakyat terhadap sesuatu parti.


Sebagai contohnya, sebelum pilihanraya umum 1990 lalu, Presiden ABIM ketika itu Dr. Shiddiq Fadhil menyeru rakyat dan anggota ABIM menyokong BN secara terbuka. Sokongan moral seperti ini amat diperlukan oleh UMNO yang mula dipertikaikan oleh rakyat ketika itu. Tindakan ini memberikan kredit kepada UMNO dari segi politik mereka.


Begitu juga dakwaan ABIM tidak campur tangan dalam pilihanraya umum yang lalu juga tidak benar. ABIM tetap tidak bersikap 'neutral' di Kelantan. Sebagai contohnya, ketika Kamaruddin Mohd Nor (bekas Naib Presiden ABIM) bertanding sebagai calon UMNO di kawasan Parlimen Pasir Puteh, jentera ABIM telah digunakan melebihi jentera UMNO untuk memenangkan Kamaruddin. Tetapi ABIM tidak membantu calon-calon yang dikira rapat dengan ABIM samada dari PAS dan Semangat 46 seperti Ustaz Yahya Osman (PAS), Rozali Isohak (Semangat 46) dan Iain-lain. Tidakkah benar dakwaan ABIM bersikap 'double standard' dalam politik UMNO-PAS ?

MONOPOLI ABIM TERGUGAT DI UIA

Berbalik kepada persoalan pokok buku ini untuk membicarakan politik kampus di sini, kita dapati sejak dari awal penubuhannya lagi kepimpinan mahasiswa di UIA khususnya Persatuan Mahasiswa UIA (PMUIA) dikuasai oleh proksi dan aktivis muda ABIM dari PKPIM. Keadaan memudahkan PKPIM mengadakan program 'joint venture' dengan PMUIA.

Kumpulan lain sukar untuk bertapak di sini dan kalau adapun secara bersembunyi di atas 'platform' bebas untuk menjaga kepentingan mereka kerana tidak mahu dilihat menentang ABIM secara terbuka. Cuma di awal dekad 1990an ini barulah nampak tanda-tanda yang lebih jelas ada pihak yang lebih berani memecahkan monopoli PKPIM dan ABIM dari terus memonopoli Majlis Perwakilan Pelajai UIA (MPPUIA).


Percubaan pertama golongan yang tidak berpuashati dengan monopoli ABIM di UIA meletakkan beberapa orang calon bebas pada sesi 1990/91 berjaya mendapat yang menggalakkan sambutan dari kalangan mahasiswa UIA itu sendiri. Tetapi golongan pro-ABIM masih lagi berjaya menguasai PMUIA dengan menempatkan Khalid Awang sebagai Presiden PMUIA pada sesi tersebut.


Pada sesi berikutnya 1991/92, golongan yang tidak selari dengan ABIM mula mengorak langkah dengan menguasai 7 dari 13 kerusi MPPUIA dan telah berjaya menyingkirkan proksi ABIM dari jawatan utama dalam PMUIA. Sungguhpun begitu kabinet PMUIA yang dipimpin oleh Maridan Fadli Abdul Majid yang pertama kalinya dalam sejarah PMUIA di mana Presidennya bukan dari kalangan aktivis ABIM tetapi beberapa jawatan yang dikira penting seperti Naib Presiden, Penolong Setiausaha Agong dan beberapa sekretariat lain diberikan kepada proksi ABIM.


Bagaimanapun keputusan pilihanraya kampus MPPUIA ini telah "mencemaskan" aktivis-aktivis ABIM disamping memberikan harapan baru kepada kumpulan Islam bukan ABIM untuk sama-sama bertapak dan merancakkan gerakan dakwah di UIA. ABIM gagal menguasai kepimpinan mahasiswa melalui PMUIA bila hanya berjaya mendapat 6 dari 13 kerusi yang dipertandingkan.
Situasi sebegini mula menimbulkan kebimbangan di kalangan aktivis ABIM sekiranya nasib yang menimpa kampus-kampus lain akan turut menimpa UIA pula. Bagaiamanapun mereka masih mempunyai "tunggak" penting menerusi bahagian HEP yang mempunyai kuasa untuk mengawal segala kegiatan mahasiswa. HEP UIA diterajui oleh Presiden ABIM sendiri, Dr. Mohd Nur Manuty [S.Z.Suhaimi, 1991].


Kemenangan yang dirintis oleh kumpulan yang bukan dari kalangan ABIM pada sesi 1991/92 berjaya dipertahankan pula pada sesi berikutnya, 1992/93 dan seterusnya sesi 1993/94 dengan majoriti yang lebih baik. Pengaruh ABIM dalam komposisi penguasan MPPUIA semakin merosot. Sungguhpun begitu seorang pemerhati politik kampus memberitahu, kepimpinan mahasiswa PMUIA tidak boleh bertindak bebas dan sesuka hati mereka sungguhpun tidak terikat dengan AUKU, 1975 kerana semangat akta tersebut tetap berkuatkuasa di sini.

Seorang bekas pemimpin mahasiswa PMUIA pula memberitahu, mereka tidak dapat berbuat banyak perkara kerana "terpaksa" tunduk kepada kemahuan dan tunjukajar dari aktivis-aktivis ABIM yang menguasai jentera HEPUIA jika ingin memudahkan urusan dengan pihak HEP di sini.


Menurut mereka, sikap HEP yang suka campurtangan terhadap program-program yang dianjurkan oleh pelajar menyebabkan berlakunya krisis diskriminasi apabila pemilihan program dan urusetia tidak mengikut telunjuk HEP. Ada yang mendakwa tindakan pihak Pentadbiran UIA yang suka menyenaraihitamkan pelajar-pelajar menyebabkan mereka bimbang untuk melibatkan diri di dalam sebarang isu yang tidak sehaluan dengan polisi kerajaan pemerintah.


Mahasiswa seolah-olah dilatih untuk menerima sesuatu tanpa boleh mempersoalkan kesahihan perkara tersebut. Seorang yang bernama, Fathu Yakin (Harakah, 11 Feb, 1991) menyebut, "agak menghairankan dengan pihak Pentadbir UIA. Staff di Bahagian HEP kebanyakannya adalah bekas aktivis Islam semasa mereka menuntut di pusat-pusat pengajian tinggi dahulu. Tetapi mereka bagaikan tidak faham ataupun tidak tahu tentang hak kebebasan golongan pelajar".


Kekalahan proksi ABIM selama tiga sesi berturut-turut memaksa ABIM bertindak lebih aggresif dan mengubah strategi bertindak bagi menguasai semula kepimpinan mahasiswa PMUIA. Kesungguhan ABIM mahu mengekalkan pengaruhnya di UIA tidak dapat dinafikan lagi. Sekiranya politik kampus UIA terlepas dari bayangan ABIM, bermakna pengaruh ABIM dalam kepimpinan mahasiswa di kampus-kampus universiti akan berakhir. Keadaan ini akan menjadikan ABIM gagal tneneruskan kesinambungan pentarbiyahan kader-kadernya menerusi gerakan mahasiswa secara terbuka.


Hasilnya, dalam pilihanraya MPPUIA sesi 1994/95, golongan ABIM berjaya menguasai semula ke atas PMUIA dengan majoriti yang selesa. Apakah -corak politik kampus UIA akan berubah selepas ini, masih terlalu awal untuk diramalkan. Harapan untuk PMUIA berbuat sesuatu tetap ada kerana mereka tidak terikat dengan AUKU seperti universiti-universiti lain. Tetapi pada pandangan awal pemerhati politik kampus, mungkin kepimpinan baru PMUIA ini tidak berani membuat perubahan drastik berdasarkan situasi yang dihadapi oleh mereka.


Berdasarkan perbincangan dan analisa yang dilakukan dalam bab-bab terdahulu, kita dapati gerakan politik kampus dalam dekad 1990'an dan menjelang abad ke 21 ini telah banyak berubah. Nostalgia dekad 1970an dan 1980an sudah tidak sesuai lagi walaupun sedikit sebanyak masih ada kesinambungannya.

PERKEMBANGAN MUTAKHIR POLITIK PELAJAR DI KAMPUS (SEKITAR TAHUN 1990-AN)

Sebenarnya dunia kampus terlalu unik, yang tidak akan kita temui satu alam seperti kampus; alam yang penuh dengan perjuangan, alam mengasah bakat, alam yang mencari keistimewaan individu mahasiswa [Ahmad Lutfi Othman, 1987]. Masyarakat kampus adalah masyarakat yang kreatif dan tidak harus dikongkong dengan pelbagai 'red tape atau 'censorship' [Dr. Mohd Ridzuan Salleh, 1990].


Ada dua perkara yang hendak disentuh dalam menganalisa gerakan mahasiswa masa kini. Pertama, menghayati komentar Sasterawan Negara, Prof. Shahnon Ahmad berhubung dengan pandangannya terhadap mahasiswa bertajuk Dunia Kemahasiswaan yang kelu dan kaku lidahnya (Utusan Malaysia, 7 April 1990) dan Otak Siswa yang membeku (Utusan Malaysia, 2 Februari 1991).

Kedua, sikap pelajar terhadap cabaran Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dengan demonstrasi, "...jika saya dulu ditangkap kerana berdemonstrasi, kamu semua bersedia untuk ditangkap" ketika berucap sempena Minggu Konvokesyen UIA pada Ogos, 1994.

Dalam bab penutup ini, saya memilih dua perkara ini sebagai penelitian dan renungan bersama. Kesediaan pelajar untuk mengambil risiko kerana berdemonstrasi membuktikan AUKU sudah "lapuk" dan tidak sesuai lagi dengan zaman ini. Mereka tahu Anwar tidak bergurau dalam cabarannya tempohari kerana pernah dua orang pemimpin mahasiswa ditahan di bawah ISA semasa beliau menjadi Menteri Pendidikan.


Pandangan Shahnon terhadap pelajar


Prof. Shahnon Ahmad telah menyatakan secara berterus terang pandangannya terhadap mahasiswa masa kini. Dua artikel tersebut merupakan pandangan seorang ahli akademik (Pengarah Pusat Islam USM) yang amat rapat dengan gerakan mahasiswa.


Rupa-rupanya masih banyak lagi mahasiswa kita yang tumpul daya sensitiviti mereka, yang beku daya intelek mereka, yang hampas daya minda mereka, langsung tidak peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka, langsung tidak ambil kisah apa yang menimpa manusia lain di luar dari diri mereka.


Yang mereka peka dan ambil kisah hanya diri mereka dan diri kelompok mereka saja. Dan itu pun hanya berkisar pada hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan diri bersifat kebendaan, kepentingan diri bersifat kejayaan sementara saja.


Saya terkejut yang amat sangat bila mana saya dapati masih ada mahasiswa yang berfikiran sedemikian, mahasiswa yang tidak ambil kisah apa yang berlaku di luar diri mereka, tak ambil kisah apa yang berlaku di dunia luar mereka yang menentukan kehakisan kemanusiaan dan yang memperlihatkan kezaliman yang berleluasa ke atas manusia yang tidak berdosa.


Mahasiswa yang tidak berperasaan selaras dengan ilmu yang sedang mereka tuntuti. Mahasiswa yang hanya bangun pagi gosok gigi, baca buku teks, dengar kuliah, hadir tutorial tapi tak bercakap apa-apa. Mahasiswa yang bercakap kosong, yang asyik gelak ketawa kerana kelucuan-kelucuan yang lucah dan mahasiswa yang menjadi bisu dan kelu bila berada dalam majlis-majlis perbincangan yang serius terutama bila perbincangan berkisar pada hal-hal dunia semasa kerana mereka tidak mengikuti apa yang sedang berlaku dalam dunia sekarang ini.


Mereka merasakan hal-hal yang sedang berlaku itu tak ada kaitan dengan mereka sebagai mahasiswa. Mahasiswa yang berotak sedemikian lebih baiklah tak usah berada di dalam kampus kerana hanya menyemakkan kampus saja.


Seharusnya kampus universiti adalah gelanggang berdialog, berdebat, bertukar-tukar fikiran dan pentas membentangkan idea-idea yang bernas supaya lebih bernas lagi. Wujud suasana keintelektualan dan keilmuan dalam perhubungan antara para mahasiswa, antara mahasiswa dengan profesor-profesornya, profesor-profesor madyanya dan pensyarah-pensyarahnya, antara dunia teori dalam kampus dengan dunia realiti di luar kampus.


Hasil dari suasana keintelektualan itu seharusnya kampus universiti mampu melahirkan siswazah yang bijak berkomunikasi, yang pantas berfikir, yang cepat menyambut soalan, yang tahu membawa diri dalam sebarang situasi di luar kampus, yang berani mempertahankan kebenaran yang diyakininya, yang kreatif, yang bermotivasi dan yang tajam daya sensitivitinya terhadap setiap pergolakan. Seharusnya begitulah sifat para siswazah kita.


Dan bilamana kita mendengar suara-suara dari masyarakat yang amat kecewa dengan kemahasiswaan kita sekarang, yang mengecap dan mengkritik para siswazah kita sebagai produk universiti yang tidak tahu berkomunikasi dengan orang lain, yang segan silu dan takut berdialog, yang murung dan monyok bila berdepan dengan orang-orang besar, yang cepat berubah perwatakan menjadi runggul dalam satu-satu majlis, yang kelu dan kejang lidahnya bila diminta pendapat dan yang sering mengamalkan budaya tidak ambil kisah, kita barangkali terkejut besar dengan anggapan itu.


Baru-baru ini Yang Berbahagia Dato' Dr. Ani Arope, Kerua Eksekutif Kumpulan Guthrie Berhad telah membuat kenyataan bahawa siswazah kita sekarang ini mengecewakan, tidak tahu hendak berkomunikasi dan takut tak tentu fasal kepada keadaan sekeliling. Saya tidak terkejut dengan kenyataan itu, malah pada umumnya saya amat bersetuju sekali meskipun tidak pula saya menafikan tentang adanya segolongan kecil siswazah kita yang benar-benar berkualiti tinggi.



 

Soalnya sekarang ialah mengapa terhasilnya siswazah-siswazah tunggul dan kayu mati ini? Mengapa terlahirnya siswazah yang kelu lidah dan siswazah cepat tekapai-kapai bila berdepan dengan realiti


Fenomena ini sebenarnya berlaku semenjak sepuluh lima belas tahun kebelakangan ini saja. Faktor-faktornya boleh disenaraikan dengan banyak tetapi saya ingin kembali kepada soal pokok. Pada saya antara puncanya yang utama ialah pengamalan sistem semester, satu sistem pengajian mengikut penggal seperti yang diamalkan di universiti-universiti di Amerika. Falsafah di sebalik sistem semester ini memang amat baik kerana tujuannya ialah untuk memberi peluang kepada mahasiswa mengikuti pengajian berdasarkan keupayaan ma-sing-masing. Ada mahasiswa yang menghabiskan pengajiannya selama empat tahun dan ada yang hanya berdaya tamat lebih lama dari itu.


Tapi ternyata tujuan baik sistem ini tidak direalisasikan langsung oleh para mahasiswa kita. Masing-masing berebut hendak lulus cepat tanpa mengambil kira keupayaan masing-masing dalam proses pembelajaran itu. Dan berlakulah suasana perebutan, kesibukan dan kelam-kabutan dalam kampus. Mahasiswa menjadi panik, sibuk tak tentu fasal, berlompat dan berlari setiap hari untuk ke bilik kuliah, ke bilik tutorial, menyiap lapan atau sepuluh esei dalam satu semester, menjadi letih lesu tak bermaya.


Dalam bilik kuliah mereka sibuk membuat catatan apa saja yang diucapkan oleh pensyarah, dalam bilik tutorial mereka duduk macam tunggul mendengar dan menerima tanpa sebarang reaksi dan kalau mereka diminta membentangkan kertas tutorial dalam sesuatu topik, mereka hanya membaca catatan mereka. Mereka tidak boleh mengeluar-kan pendapat secara spontan. Daya pemikiran mereka lambat berbuah kerana mereka tidak mempunyai banyak sumber dan idea.


Mereka tidak ada masa untuk yang lain, baik masa untuk membaca bahan-bahan di luar kurikulum mereka untuk mempertajamkan sensitiviti mereka, maupun untuk mengadakan perbincangan hal-hal masyarakat dan sebagainya.


Dari manakah mereka hendak mengambil masa kerana selama lebih kurang 16 minggu dalam satu semester itu, mereka hanya sibuk melompat dan mendengar serta kelam-kabut untuk hanya cuba meme-nuhi tuntutan pelajaran mereka dalam satu-satu semester.


Keadaan ini menyebabkan mereka tak ambil kisah tentang apa yang berlaku sekeliling mereka dan lama-kelamaan mereka pun tak ambil kisah tentang diri mereka sendiri. Apa nak jadi pun, jadilah asal-kan mereka mendapat ijazah. Mereka tidak ada masa untuk dudul bermenung sejenak kerana masa itu miskin untuk mereka.


Sering juga kita mendengar hal mahasiswa tidak membayar yuran, mahasiswa tidak aktif dalam persatuan-persatuan, mahasiswa tidak tu-rut bersama dalam majlis-majlis akademik seperti seminar, simposium, syarahan yang diatur oleh universiti dan sebagainya.


Puncanya ialah disebabkan sistem yang tidak membenarkan mahasiswa melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan di luar kuriku-lumnya. Sistem itu telah membunuh minat dan bakat mereka dan dalam jangkamasa yang panjang mereka menjadi watak-watak yang kaku dan kejang, bukan saja tidak boleh berdialog dengan orang lain, malah monolog dengan diri sendiripun mereka tidak ambil kisah lagi.


Sistem dua semester dalam satu sidang akademik (ada universiti yang mengamalkan tiga semester dalam satu sidang akademik) ini pun melahirkan pensyarah-pensyarah yang lesu dan tidak ambil kisah sa-ngat kerana kesuntukan masa. Mereka tidak ada masa untuk membuat penyelidikan atau pengkajian. Mereka juga melompat dan berkejar-kejar ke sana sini terutama yang mengendalikan jumlah mahasiswa yang banyak dan meningkat pula setiap sidang.


Mereka tidak ada masa untuk berdialog dengan pelajar dan lama-kelamaan mereka pun tidak lagi menggalakkan komunikasi kerana komunikasi hanya merompak masa yang terhad. Dalam kuliah mereka hanya membaca isu kuliah. Dalam tutorial mereka lagi sekali membaca isi kuliah kerana tak ada perbincangan yang berlaku. Mahasiswa sibuk mencatat dan mencatat lagi dan meluahkan kembali bila diminta membuat esei atau sewaktu peperiksaan di akhir semester.


Suasana kampus berubah menjadi macam majlis perjumpaan di mana pensyarah-pensyarah hanya memberi pelajaran dan mahasiswa hanya menerima pelajaran itu. Dan golongan pentadbiran yang lain hanya bekerja untuk menentukan bahawa pelajaran itu diberi oleh pen-syarah dengan mengikut jadual dan pelajaran itu diterima oleh mahasiswa dengan mengikut jadual juga.


Pihak universiti cuba merancangkan berbagai kegiatan seperti seminar, syarahan-syarahan oleh tokoh-tokoh penting peringkat kebang-saan dan antarabangsa, memberi beberapa kemudahan agar suasana keilmuan di kampus terserlah tetapi sambutan dari mahasiswa dan pensyarah umumnya amat mengecewakan. Sistem telah menutup pintu hati mereka. Sistem telah merenggangkan mereka dari berkomunikasi dengan orang lain. Sistem telah membunuh minat mereka untuk berilmu dan berintelektual. Yang ada hanya produk-produk dari kilang-kilang yang beroperasi dan berjentera mengikut jadual yang telah ditetapkan.


Apalah yang boleh kita harapkan hasil dari kilang seumpama itu selain produk-produk berkuantiti. Jumlahnya banyak dan menjadi lebih banyak setiap tahun. Dari segi kualitinya yang sekarang ini dipertikai-kan oleh banyak pihak yang terlibat.


Saya cadangkan supaya sistem semester ini dikaji semula dengan teliti dengan memperhitungkan juga tradisi dan perwatakan masyarakat kita. Dan sekiranya hendak diteruskan juga sistem ini, maka pastikan falsafah dan tujuan murninya terlaksana serta kaedahnya benar-benar melahirkan manusia-manusia berkualiti.

PELAJAR SAHUT CABARAN ANWAR

Pembendungan pergerakan pelajar adalah semata-mata kerana mereka menentang kebatilan serta penyelewengan dan menegakkan yang hak. Ini adalah menyongsang arus dengan prinsip-prinsip yang ditentukan oleh pemerintah. Tentu perlu diingat bahawa pergerakan pelajar adalah umpama air yang mengalir, kalau disekat dikhuatiri akan memecah sekatan itu, kalau dibendung akan memecah bendungan itu.Pergerakan pelajar yang tulen adalah pergerakan yang bercorak "muwa-jahah mustamirah" dan kadang kala "muwajahah salmiyyah" [Misdam Adam, 1985].


Dengan tidak disangka-sangka selepas lebih kurang sebulan Anwar mencabar mahasiswa di UIA, pada lOhb. September 1994, satu demonstrasi pelajar yang melibatkan lebih 500 pelajar di perkarangan Seri Negeri yang menempatkan pentadbiran kerajaan negeri Melaka.


Para pelajar dari Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Maahad tahfiz bergabung tenaga di bawah Jawatankuasa Bertindak Hak Asasi Rakyat Universiti-universiti Tempatan (JBHARUT) bagi membantah sikap "rakus" kerajaan Negeri Melaka merampas tanah penduduk kampung di Pantai Kundur dan Pantai Tanah Merah.


Tidak sampai setengah jam demonstrasi aman itu (bermula lebih kurang jam 11:00 pagi) berlangsung, Ketua Polis Melaka Tengah, Penolong Pesuruhjaya Polis Mat Drus Sudin tiba bersama pegawainya. Beliau mengarahkan para pelajar bersurai. Tanpa mengendahkan arahan tersebut, para pelajar meneruskan demonstrasi dan menuntut wakil mereka dibenarkan menemui Ketua Menteri Melaka bagi menyampai-kan memorandum bantahan.


Rundingan antara pihak polls, wakil pelajar dan Pengerusi Jawa-tankuasa Sokongan Peneroka Bandar (JSPB), Dr. Mohd Nasir Hashim menghasilkan tolak ansur yang memberangsangkan. Akhirnya empat wakil pelajar diketuai oleh Adly Zahari (Yang Dipertua PMIUTM 1993 / 94) memasuki Jabatan Ketua Menteri Melaka bagi menyampaikan memorandum bantahan kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Encik Jemal Zainal Nasir.


Selepas itu pada 14hb. Disember 1994, lebih 500 orang pelajar Islam Universiti Malaya mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Kolej Kelima sebagai membantah Konsert Malam Simfoni Hijau yang mem-bariskan beberapa penyanyi terkenal termasuk M.Nasir dan Joey.
Tunjuk perasaan terbaru oleh pelajar Islam Universiti Malaya itu mengejutkan banyak pihak kerana tidak menyangka mahasiswa bangkit semula setelah beberapa tahun terlena.

Naib Canselor UTM, Dr. Mohd Ridzuan Salleh (1990) pernah berkata "sewaktu berjumpa dengan pemimpin persatuan pelajar UTM, mereka begitu lembab dan tunduk membisu ketika saya bercakap. Rasa macam bercakap dengan dinding pula..."


Sebenarnya demonstrasi 14 Disember 1994 bukanlah kali pertama mahasiswa Islam Universiti Malaya menentang konsert di dalam kampus. Sebelum itu pada tahun 1989 mereka pernah menentang konsert Sheila Majid yang menyebabkan 2 orang exco PMIUM ditahan di bawah ISA. "Masyarakat melihat mahasiswa kita lembab dan anti budaya tapi kita (PMI) memperjuangkan budaya sebagai sebahagian dari-pada kepentingan manusia", kata Muhyidin Aziz, Presiden PMIUM 1994/95.

Mengikut beliau demonstrasi terhadap konsert M.Nasir diadakan di atas prinsip keintelektualan yang menjadi pegangan universiti [Mingguan Malaysia, 8 Januari 2995].


Pada hari Jumaat, 6hb. Januari 1995, lebih 1,000 pelajar Universiti Malaya (UM) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) mengadakan demonstrasi secara aman di jalan masuk ke UM sejak jam 2 petang bagi membantah tindakan Rusia dan Presidennya, Boris Yeltsin menyerang Chehnya telah diarah bersurai oleh Timbalan Penguasa Abdul Halim Datuk Ibrahim kira-kira jam 2.45 petang [Berita Harian, 7 Januari 1995]. Beberapa orang pemimpin mahasiswa telah dibawa ke balai polls untuk diambil keterangan selepas pelajar bersurai.


Muhyidin Aziz berkata, jawatankuasa juga akan menghantar nota bantahan kepada kedutaan Rusia membantah tindakan Yeltsin ke atas penduduk Islam Chehnya [Berita Harian, 7 Januari 1995]. Katanya lagi, kita prihatin terhadap Bosnia dan Chehnya dan sedang menyusun langkah pertama untuk menuju ke pentas antarabangsa. Saya tidak mahu menjawabya dengan bercakap sahaja tetapi tunggulah kita akan bangkit selepas 20 tahun terpenjara dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 1975. Tunggulah! [Mingguan Malaysia, 8 Januari 1995].

CATATAN:

Apa pandangan anda setelah selesai membaca ulasan buku pergolakkan politik yang berlaku di kampus-kampus universiti tempatan. Selepas era DA Anwar Ibrahim dipecat dan dipenjarakan, UMNO dengan segala kelengkapan perangnya telah memasukki semua kampus untuk menindas, menekan, mengugut,memaksa dan pelbagai tektik dan strategi digunakan supaya seluruh pelajar menyokong UMNO. Ini terbukti dalam pilihan raya kampus yang berlaku seperti mana dalam pilihan raya ke 11 yang lalu.

Sekian.

MELI : JUMAAT, 21.5.2004, 10.08PM