RUPA PARAS DEMORKASI DI MALAYSIA

 

Assamu'alaikum wm.wbt
Saudara-saudara pembaca budiman,
 
 Pada hari Isnin  8 September 2003, dua berita yang disiarkan oleh Harakahdaily.net amat menyedihkan dalam suasana bekas pemimpin no.1 Malaysia mengwar-warkan kepada dunia bahawa Malaysia mengamalkan pemerintahan secara demokrasi dengan mengadakan pilihan raya setiap 5 tahun sekali bagi rakyat memilih kerajaan untuk memerintah negara ini. Tambah beliau lagi, rakyat Malaysia diberi kebebasan memilih pemimpin yang mereka kehendaki.

 

Tidak cukup dengan itu, bekas pemimpin itu juga turut mengecam dan mengugut Myanmar (Burma) yang tidak menjalankan pemerintahan demokrasi seperti mana yang diamalkan oleh Malaysia kerana pihak junta Myanmar yang merampas kuasa setelah parti pro-demokrasi pimpinan Suu Kei memenangi pilihan raya tersebut.Sekarang pemimpin utama Myanmar itu ditahan oleh pihak berkuasa Myanmar. Paling menyedihkan, pihak junta yang memerintah Myanmar tidak membenarkan Suu Kei menziarahi suaminya yang meninggaal dunia di London akibat penyakit barah. Malah Tan Sri Razali Ismail, bekas duata Malaysia ke PBB telah dilantik menjadi wakil khas Kerjaan Malaysia memujuk pihak berkuasa Myanmar untuk membebaskan pemimpin itu dan menggesa Myanmar melaksanakan pemerintahan secara demokrasi. Sungguh hebat Malaysia. Malaysia Boleh.

 

Mari kita tinjau pula apa yang dibuat oleh bekas pemimpin ini dalam Negara sendiri. Sebaik sahaja PAS memenangi pilihan raya di Terangganu pada 29 November 1999 dan berjaya membentuk kerajaan negeri yang sah dari segi perlembagaan Negara, maka mulai bulan Ogos 2000, royalty minyak yang dinikmati oleh Terangganu dari tahun 1975 hingga  1999 hampir 24 tahun dan merupakan 50% hasil negeri ditarikbalik oleh Kerajaan Pusat dan diganti dengan “wang Ehsan”.

 

Wang Ehsan ini ditabur ke seluruh negeri mengikut hawa nafsu pemimpin UMNO Terangganu. Wang Ehsan ini diberi kepada ahli, penyokong dan pemimpin UMNO sahaja, ahli dan penyokong PAS tidak dapat merasainya.

Pelbagai penyelewengan telah wujud dalam pembahagian wang ehsan ini dan telah dibuatkan laporan polis untuk siasatan lanjut sertakan dibangkitkan juga di parlimen dengan bukti-bukti sekali oleh YB Dr. Syed Azman Syed Nawawi, tetapi sebagaimana biasa laporan ini tidak ada penyiasiatan lanjut dibuat. Sekarang duit ehsan telah ditukar nama sebagai “ Dana Khas”.

 

Persoalannya kenapa UMNO tidak menarikbalik hasil royalty yang diterima oleh Sabah, ketika Sabah diperintah oleh Parti Bersatu Sabah [PBS] pimpinan Dato’ Pairin Ketinggan.

 

Begitu juga, apa yang berlaku terhadap kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS. Kelantan ditekan dipelbagai sudut seperti melambat-lambatkan pemberian perkapita tahunan dengan tujuan untuk membantutkan pembangunan negeri. Di samping itu, kerajaan pusat juga memainkan peranan berkempen secara berterusan bagi memburukkan Kerajaan PAS yang memerintah supaya orang ramai tidak melawat Kelantan dan tidak ada pelabur yang sudi melabur di Kelantan kerana Kelantan dipimpin oleh seorang ulama yang kolot yang tidak tahu mengurus negeri. Ini gambaran yang diberi oleh media.

 

Bekas pemimpin ini juga telah berucap di Perhimpunan Agung Tahunan PBB pada 29 September 2003, mengkritik dan mengecam US kerana memperalatkan PBB untuk kepentingan US sendiri. US menggunakan PBB sebagai alatnya bagi mengesahkan perlakuannya terhadap Negara-negara yang menentangnya dan Negara-negara misikin yang kebanyakkannya adalah terdiri dari dari Negara-negara dunia ketiga. Tujuanya ialah untuk mendapat publiksiti murahan kononnya beliau sahaja pemimpin di dunia ini yang berani menegur US.

 

Apa pula dia buat dalam Negara sendiri. Beliau juga telah mengunakan parlimen bagi meminda pelbagai undang-undang dan peraturan bagi menjaga keutuhan kekuasaannya. Undang-undang OSA dipinda bagi menghalang kebocoran maklumat perlakuan rasuah dan menyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO ke pengetahuan rakyat jelata. Undang-undang ISA dipinda berulangkali bagi memastikan orang yang boleh mengugatkan kekuasaan dan kekukuhan UMNO boleh ditahan selama 2 tahun tanpa perlu mengemukakan bukit sahih sepertimana yang biasa diamalkan, hanya memasukan alas an “ membahayakan atau mengugatkan “ kestabilan atau mengancam keselamatan Negara, maka orang itu boleh ditangkap dan ditahan tanpa bicara. Begitu juga dengan undang-undang lain seperti Akta Polis, Akta Hasutan, Akta SPR dan sebagainya.

 

Berbalik kepada laporan yang dibuat oleh Harakahdaily.net hari ini, pertama sidang media yang dibuat oleh 2 orang Ahli Parlimen PAS di Bangunan Parlimen, iaitu YB Mahfuz Omar [Pokok Sena, Kedah] dan YB Dr. Syed Azman Syed Nawawi [Kuala Terangganu] mendedahkan bahawa SPR telah dipergunakan oleh UMNO khususnya Puterinya telah mengambil kesempatan memperalatkan SPR mengambil ahli-ahlinya sebagai Pembantu Tadbir Sambilan bagi membantu SPR menjalankan tugas-tugasnya.
 
Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa selama ini pun SPR memang menjadi alat kepada UMNO tetapi tidaklah secara nyata dan jelas seperti mana yang didedahkan oleh ke dua-dua YB ini, kalau dulu SPR bertindak membantu UMNO adalah dibuat secara berlindung di sebalik undang-undang dan kuasa yang diberikan kepadanya. Contohnya seperti persempadanan semula kawasan-kawasan pilihan raya yang baru dan akan dikuatkuasakan pada pilihan raya ke 11 nanti. Pindaan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 banyak peruntukan dalam pindaan itu yang menekan dan menyusahkan parti-parti pembangkang khususnya PAS.

 

Umpamanya terdapat satu peruntukan di mana tindakkan boleh diambil oleh pihak berkuasa bila-bila masa [sebelum, selepas dan masa akan datang] terhadap mana-mana calon pilihan raya [atau sudah menjadi YB] mengeluarkan pendapat, tindakan atau seumpamanya yang boleh menimbulkan rasa tersinggung oleh individu atau kumpulan. Maka individu atau kumpulan itu boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap orang itu. Bersabit kesalahan, maka ia akan terlucut jawatannya sebagai YB atau tidak melayakkan untuk orang itu bertanding dalam pilihan raya.

Undang-undang ini bagus untuk mendisiplinkan wakil-wakil atau calon yang akan bertanding kalau ianya dilaksanakan tanpa memilih bulu, tetapi setakat ini SPR telah bertindak kepada sebelah pihak sahaja. Apabila melibatkan pihak UMNO, SPR tidak berani bertindak. Cuba perhatikan dalam setiap pilihan raya kecil yang berlaku. UMNO berkempen secara agresif seperti yang berlaku di Indera Kayangan, Perlis pada tahun 2001 yang lalu.

 

Semua orang tahu yang UMNO bertindak secara samseng sehingga merosakkan harta benda dan mencederakan penyokong pembangkang, mengugut, mengancam dan mengepong Mahfuz Omar dan Zukarnain Abidin [Ketua Pemuda PAS Perlis dan ADUN Santan] dan rombongannya dari memasuki kampung Bakau untuk berkempen. Perkara ini diakui oleh Shahidan Kassim, MB Perlis apabila beliau ditanya di dalam sidang DUN dan mengaku beliau ada di situ bila kejadian itu berlaku. 10 laporan polis dibuat berkaitan dengan kempen pilihan raya tersebut, tetapi sehingga kini tindakan tidak diambil. Banyak lagi perkara yang SPR membutakan mata dan memekakkan telinga apabila melibatkan UMNO.

 

Ketika pilihan raya kecil Pendang dan Anak Bukit pada tahun 2002, UMNO banyak melakukan kesalahan yang melanggar Akta Pilihan Raya seperti berkempen menyalahgunakan jentera-jentera kerajaan seolah-olah UMNO itu kerajaan, bukan sebuah parti yang tertakluk di bawah undang-undang sebagaimana parti-parti politik yang lain, perbelanjaan melebihi had yang dibenarkan ada kenduri besar makan unta di Pendang. Balik-balik PAS kena. Mana jadi macam ini?
 
Ada lagi petunjuk yang menggambarkan yang SPR akan bekerja keras membantu UMNO bagi memenangi pilihan raya akan datang seperti kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha SPR di Terengganu tidak berapa dulu, yang mana SPR dan pihak keselamatan akan membuat kawalan yang ketat di kawasan-kawasan PAS kuat seperti di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Ini adalah strategi UMNO untuk menyukarkan PAS untuk membuat pemantauan agar pilihan raya yang berlangsung itu dilaksanakan secara adil dan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Bagi negeri-negeri yang pengaruh PAS tidak kuat seperti di negeri Johor, NS, Melaka dan negeri-negeri lain kawalan dilonggarkan, ini memberi peluang kepada UMNO untuk membuat penipuan dalam pengundian dan pengiraan undi kelak kerana di negeri-negeri ini PAS mempunyai ahli dan penyokong yang tidak ramai dan mereka pula tidak ada kemahiran dalam pengendalian urusan pilihan raya.

 

Satu lagi yang amat membimbangkan saya ialah takut-takut SPR akan melantik semua orang yang terlibat dalam urusan pengundian kelak seperti pemerhati di bilik pengundian dan di bilik perkiraan undi hanya melibatkan orang-orang UMNO sahaja seperti yang berlaku pengambilan Pembantu Tadbir Sambilan. Sekarang ini kaedah yang digunakan ialah SPR ialah wakil-wakil parti yang bertanding dibenarkan sebagai pemerhati agar segala urusan pengundian berjalan lancar. Mudah-mudahan dijauhi oleh malaikat 44.
 
Perkara kedua yang dilaporkan oleh Harakahdaily.net ialah pasukan polis telah mengepung kawasan ceramah di Mentakab, Pahang. Polis telah bertindak menghalang majlis perasmian markas PAS Darul Ansur di kampung Cempaka Lancang oleh Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang, MB Terengganu. Atas tolak ansur pihak polis Hadi dibenarkan berucap sekejap sahaja. Soalnya kenapa UMNO memperalatkan polis untuk mempertahankan kekuasaannya. Berlawanlah secara anak jantan, jangan jadikan polis sebagai perisai.

 

Saya amat kasihan melihat pasukan polis terlibat dalam pertembungan politik di antara PAS-UMNO. Mereka adalah orang-orang yang menjaga keamanan. Mengapa UMNO melibatkan mereka ini. Baru-baru ini dalam majlis makan malam di Ampangan NS sempena hari kemerdekaan dan pelancaran Gagasan Selatan juga dikepong dan dikejar oleh pasukan polis. Tetamu yang hadir pada malam itu, bukan orang sembarangan, 2 MB dan pemimpin-pemimpin utama PAS. Mereka bukan lanun atau perompak yang diperbuat sedemikian rupa. Dikejar dan dihambat. Mereka pemimpin sebuah parti politik yang bernama PAS yang bergerak secara sah. Diadakan di markas sendiri bukan macam UMNO bila ada aktiviti politik buat di bangunan milik kerajaan.
 
Insaflah UMNO. Berlawanlah secara anak jantan. Jangan jadi betina. Janganlah berlawan seorang dan jauh-jauh. Hujah lawan hujah barulah anak jantan namanya. Jangan gunakan media massa membuat orang tidak boleh menjawab balik. Jangan sekat ceramah. Mari sama-sama menegakkan hujah masing-masing. Biarkan rakyat tentu, siapa benar dan siapa salah.

 

Sekian, terima kasih. Wassalam.