Antara Kekejaman PDRM dan Kekejaman Tentera Penceroboh Iraq



(Kami perturunkan terjemahan afidavit Dr. Munawar Ahmad Anees untuk memperjelaskan betapa keji dan hinanya perbuatan POLIS Malaysia di dalam tindakan mereka yang mereka banggakan sebagai "profesional". Tindakan mereka, melalui pendedahan afidavit ini sekali lagi menguatkan pendapat kami terdahulu : bahawa Polis Malaysia memang binatang! - mz) Apa ke jadahnya Pak Lah tiba-tiba melenting dengan pendedahan kisah kekejaman Tentera Penceroboh terhadap rakyat Iraq?


Saya, Dr. Munawar Ahmad Anees, NRIC No: 480927-71-5139, di alamat No. 474, Lorong 17/13A, Happy Garden, Petaling Jaya dan Penjara Kajang (Banduan No: BKJ 7175/98 HL) dengan ini membuat pengakuan seperti yang tertera berikutnya:

 

1. Lebih kurang pukul 10.30 pagi pada 14 September 1998, saya berada di rumah saya beralamat No. 474, Jalan 17/13A, Happy Garden, Petaling Jaya.


2. Saya baru sahaja mula memeriksa e-mail saya di komputer apabila saya menyedari lebih kurang 10 hingga 12 orang tiba-tiba memasuki perkarangan rumah saya. Pintu pagar hadapan utama ke rumah saya sedang terbuka pada waktu itu. Saya mendengar bunyi orang bising di dalam rumah. Saya turun ke bawah dari tingkat satu rumah saya dan dalam perjalanan turun memberitahu isteri saya, Nadia, adanya ramai orang yang tiba-tiba datang ke rumah. Beliau juga turun ke bawah.

 

3. Sebaik sahaja saya memasuki ruang tamu di tingkat bawah, seorang daripada kumpulan yang besar datang kepada saya dan memperkenalkan dirinya sebagai Inspektor Mazlan. Beliau memberitahu saya bahawa dia menahan saya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mengancam keselamatan negara Malaysia. Beliau terus menggari saya. Pada waktu itu saya menyedari sebahagian daripada kumpulan yang datang tersebut telah mempersilakan diri mereka duduk di atas kerusi di ruang tamu manakala yang lainnya sedang bercakap dengan pemandu saya.

 

4. Kesemua mereka memakai pakaian biasa dan tidak kelihatan sebarang pengenalan pada diri mereka yang menunjukkan bahawa mereka adalah anggota polis. Saya tidak pernah ditunjukkan sebarang waran untuk penahanan saya. Tidak seorang pun menunjukkan sebarang waran geledah.

 

5. Sebaik sahaja saya digari, seorang yang tidak memperkenalkan dirinya telah meminta untuk pergi ke bilik menelaah (Study Room). Saya meminta supaya gari saya dibuka. Beliau menolak. Di antara 5 hingga 6 orang pergi ke bilik menelaah. Dari gaya mereka berjalan di dalam rumah saya menunjukkan kebiasaan mereka dengan rumah saya. Mereka memasuki bilik menelaah saya tanpa kebenaran dan menggeledah seluruh bilik. Mereka memeriksa segala benda di situ : semua lacil, komputer, software, kertas-kertas, majalah-majalah, buku-buku, segala benda yang berada di situ. Penggeledahan yang memenatkan ini mengambil masa lebih kurang satu jam. Mereka begitu cuai dan rakus di dalam penggeledahan mereka dan tidak menunjukkan sebarang rasa hormat terhadap barang orang. Mereka mengeluarkan segala benda yang mereka boleh ambil : video, tape audio, dokumen faks, disk, buku-buku, gambar-gambar, majalah-majalah. Mereka juga telah membuka beberapa pucuk surat yang baru sampai melalui pos dan masih belum dibuka. Mereka mengambil barang dari laci-laci, rak buku dan dari dalam fail-fail. Mereka juga mengambil dokumen cukai pendapatan saya dan gambar-gambar peribadi dan keluarga saya yang berada di situ.

 

6. Pada satu ketika, seorang daripada kumpulan tersebut menanya saya mengenai bilik yang bertentangan dengan bilik menelaah saya. Saya memberitahu lelaki tersebut bahawa bilik itu adalah bilik anak perempuan saya. Beberapa orang masuk ke bilik tersebut tetapi saya tidak tahu, jikalau ada apa-apa, yang telah dikeluarkan dari bilik tersebut.

 

7. Isteri saya berada bersama saya sepanjang masa. Beliau begitu takut dan amat terkejut dengan apa yang telah terjadi kepada kami di rumah kami sendiri dan beliau menggeletar ketakutan. Beliau memegang saya dan kami berdua cuba memberi semangat kepada satu sama lain, beliau lebih daripada saya kerana pada waktu itu saya sedang mengalami kesakitan akibat degupan jantung yang laju. Saya meminta air daripada isteri saya. Beliau memberikan saya air.

 

8. Polis meletakkan kesemua benda yang diambil daripada tingkat satu rumah saya dan bilik menelaah saya ke dalam sebuah kotak kadbod yang telah mereka bawa bersama. Mereka membawa saya turun ke ruang tamu dan di situ mereka mengumumkan untuk membawa saya pergi. Saya langsung tidak diberitahu apakah kesalahan saya dan tidak langsung ditunjukkan sebarang waran geledah atau waran tangkap.

 

9. Saya berpaling kepada isteri saya dan memegangnya. Beliau sudah di tahap tangisan dan kata perpisahan yang saya ucapkan kepadanya ialah supaya tabah.

10. Saya tidak pernah berjumpa dengan isteri saya lagi sehingga 19 September 1998 apabila saya dibawa ke mahkamah oleh pihak polis.

11. Polis membawa saya keluar secara kasar dari rumah dengan menarik gari saya. Saya diletakkan di tempat duduk belakang sebuah kereta Proton yang tidak bertanda yang telah pun dipandu masuk ke perkarangan rumah saya. Inspektor Mazlan duduk di tempat penumpang bahagian hadapan kereta dan dua orang pegawai mengapit saya di bahagian belakang.

 

12. Selepas lebih kurang setengah jam perjalanan kereta, saya tiba di sebuah tempat yang saya fikirkan Balai Polis Jalan Travers. Kesemua pegawai polis turun dari kereta dan sekali lagi saya dibawa keluar secara kasar dari kereta. Baki kumpulan polis yang ada di rumah saya tadi juga tiba sebentar kemudian.

13. Pernafasan saya pada waktu itu semakin sukar kerana degupan jantung saya semakin teruk dan tangan saya telah kebas. Saya mengadu kepada Inspektor Mazlan tetapi beliau tidak mengendahkan permintaan saya untuk mendapatkan rawatan perubatan ke atas keadaan jantung saya.

 

14. Saya telah dibawa ke dalam sebuah bilik di dalam bangunan Balai Polis. Di situ saya telah disuruh berdiri sementara seorang daripada mereka mengosongkan isi kotak kadbod ke atas sebuah meja besar dan mula mengumpul dan mengelaskan barang-barang yang telah diambil dari rumah saya. Inspektor Mazlan kemudiannya mula menulis sebuah senarai barang dan setelah selesai meminta saya menandatangani beberapa dokumen. Saya tidak diberikan salinan dokumen-dokumen tersebut dan tidak juga dibenarkan membaca. Saya tidak mengetahui langsung apa yang telah direkodkan di dalam dokumen-dokumen tersebut dan sama ada senarai yang dibuat mengenai barang-barang yang diambil dari rumah saya adalah senarai yang lengkap.
 
15. Sepanjang proses tersebut saya berada di dalam keadaan bergari dan berdiri.

 

16. Setelah mereka selesai, salah seorang pegawai yang duduk di meja berpaling ke arah saya dan memberitahu saya, sekali lagi, bahawa saya ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tetapi tidak memberikan apa-apa butiran mengenai kesalahan atau pun sebarang sebab mengapa saya ditangkap. Dia hanya memberitahu saya bahawa saya menjadi ancaman kepada Malaysia. Saya tidak memahami langsung kesemua ini kerana saya tidak pernah terlibat dengan sebarang kegiatan yang boleh dianggap sebagai mengancam keselamatan negara sepanjang berada di Malaysia. Beliau kemudiannya mahukan maklumat peribadi saya dan juga keluarga saya dan mula mencatatkannya. Beliau menanya butir-butir peribadi saya dan keluarga saya. Pegawai tersebut tidak pernah langsung memperkenalkan dirinya. Dia menulis segala maklumat yang telah saya berikan di atas kertas dan meminta saya menandatanganinya. Apabila saya meminta untuk membaca apa yang telah ditulis beliau menyuruh saya menandatanganinya sahaja dan jangan mengganggu kerjayanya. Saya menandatanganinya.

 

17. Sepanjang waktu tersebut, degupan jantung saya yang laju menyebabkan saya mengalami kesusahan bernafas. Saya mengadu sekali lagi yang saya memerlukan rawatan perubatan. Permintaan saya tidak diendahkan sekali lagi, tetapi saya telah diberikan segelas air dan sebatang rokok untuk dihisap. Saya rasa "ringan kepala" yang pelik selepas menghisap rokok tersebut.

 

18. Saya ditahan di bilik tersebut sepanjang masa.

 

19. Seketika kemudian, seorang pegawai polis lain masuk membawa sepucuk dokumen bertaip yang beliau beritahu adalah laporan rasmi polis. Ianya di dalam Bahasa Malaysia dan sekali lagi saya disuruh secara biadab untuk menandatanganinya sahaja. Saya pun menandatanganinya. Saya tidak dibenarkan membacanya dan tidak juga dibacakan kepada saya atau diterjemahkan kepada saya.

 

20. Kesemua benda yang telah diambil dari rumah saya dimasukkan kembali ke dalam kotak kadbod. Setelah mereka selesai, Inspektor Mazlan datang kepada saya dan memberitahu saya yang saya sekarang diserahkan kepada orang lain. Beliau tidak memperkenalkan mereka tetapi memberitahu saya yang saya berada dalam keadaan selamat dan saya mesti bekerjasama dengan mereka. Dia kemudiannya meninggalkan bilik tersebut.

 

21. Selepas Mazlan pergi, dua orang lelaki yang berada di bilik tersebut datang kepada saya dan memegang saya dengan amat kuat hinggakan saya tidak dapat bergerak langsung. Orang yang ketiga datang kepada saya dan menutup mata saya. Saya kemudiannya dipimpin keluar dari bilik dan diheret ke dalam sejenis kenderaan. Proses memasukkan saya ke dalam kenderaan tersebut mengambil masa yang lama. Saya tidak nampak apa-apa disebabkan ikatan mata. Ianya diperlukan untuk menaiki beberapa anak tangga untuk masuk ke dalam kenderaan tersebut. Semasa pegawai-pegawai tersebut cuba memimpin saya, saya rasa kaki dan tangan saya begitu lemah dan berat. Saya rasakan susah untuk berjalan dan bergerak. Akhirnya saya dimasukkan ke dalam sebuah benda yang diperbuat daripada besi seakan-akan sangkar di dalam kenderaan tersebut. Benda itu, setelah diperiksa dengan tangan, berbentuk segi tiga dan tersangat kecil hinggakan saya hanya boleh meringkuk di dalamnya. Saya dibiarkan sendirian seketika di dalam sangkar di bahagian belakang kenderaan. Ianya begitu panas dan kekurangan udara. Setelah beberapa ketika, kedengaran bunyi enjin dihidupkan dan kenderaan bergerak.

 

22. Saya fikir kenderaan tersebut bergerak selama lebih kurang 30 hingga 40 minit. Apabila perjalanan tamat, kenderaan tersebut berhenti dan saya dengar bunyi pintu besi dibuka dan tapak kaki masuk ke dalam kenderaan. Saya ditarik keluar dari sangkar dan kemudiannya kenderaan.

23. Saya tidak mempunyai sebarang idea di mana saya berada.

 

24. Masih dengan mata tertutup dan tangan bergari, saya telah dipimpin/diheret oleh dua orang lelaki. Saya dengar tapak kaki lain di sekeliling saya pada waktu itu tetapi tidak seorang pun bercakap kepada saya atau pun sesama mereka. Saya dapat mengingati yang saya dibawa melalui beberapa pintu kerana saya mendengar pintu-pintu itu dibuka dan ditutup. Mereka akhirnya berhenti dan seorang telah membuka penutup mata saya dan gari pada tangan saya.

 

25. Saya dapati saya berada di dalam sebuah bilik kecil. Terdapat 4 orang lelaki di bilik tersebut. Kesemua mereka berpakaian biasa dan terus bersikap agresif terhadap saya. Mereka begitu biadab dan bahasa yang mereka gunakan adalah amat kasar. Mereka menyuruh saya berbogel. Saya cuba membantah namun tidak mempunyai apa-apa pilihan selain menuruti arahan mereka.

 

26. Pakaian, kasut selipar, jam tangan dan kaca mata saya ditanggalkan.

27. Salah seorang daripada mereka kemudiannya mengambil cap jari saya. Ianya memakan masa yang lama kerana beliau mengambil cap jari untuk lebih kurang 10 borang atau dokumen.

 

28. Berat badan saya kemudiannya ditimbang.

 

29. Sepanjang waktu itu, keempat-empat lelaki tersebut sentiasa mencaci saya dengan stail yang sungguh memalukan. Saya telah ditolak ke dinding dan ketinggian saya diambil.

 

30. Saya kemudiannya diberikan seluar tidur berwarna biru tua yang longgar dan satu baju-T. Saya disuruh memakainya. Saya memakainya. Saya kemudiannya ditutup mata, digari dan dibawa melalui beberapa siri pintu dan kemungkinan juga menaiki anak-anak tangga.

 

31. Akhirnya saya ditolak masuk melalui sebuah pintu dan penutup mata saya dibuka, mata saya cuba menyesuaikan dengan keadaan cahaya sekeliling dan saya dapati diri saya berada di sebuah bilik kurungan yang saiznya lebih kurang 8 kaki persegi. Terdapat dua buah pangkin kayu terletak bertentangan dengan dinding, setiap satu di sebelah dinding. Tidak ada sebarang perabot langsung. Bilik kurungan tersebut tidak mempunyai tingkap dan peredaran udara hanyalah melalui 2 buah lubang kecil sebesar lubang tikus di bahagian bawah salah satu dinding. Tidak ada katil atau pun selimut. Terdapat sehelai tuala kecil yang nipis di atas salah satu pangkin dan sebuah mangkuk plastik di sebelahnya. Bilik kurungan tersebut dilimpahi dengan cahaya lampu yang amat terang oleh sebuah lampu siling yang tidak pernah ditutup sepanjang waktu saya ditahan di situ. Silau cahaya tersebut tidak dapat dielak langsung dari mana-mana posisi bilik tersebut. Terdapat sebuah kipas pengudaraan tua di salah satu dinding yang membuat bunyi bising yang tidak henti-henti. Kipas pengudaraan tersebut tidak mengedarkan udara langsung dan tidak pernah ditutup. Tidak ada bunyi luar yang dapat menembusi pintu tersebut. Bilik kurungan itu sememangnya kalis bunyi walaupun sekali-sekala saya terdengar orang batuk atau bernafas dengan kuat apabila saya dipimpin keluar dari bilik kurungan menuju beberapa tempat lain.

 

32. Sebelum penangkap saya meninggalkan bilik kurungan, saya diberitahu sekali lagi dengan secara kasar dan biadab, bahawa mulai sekarang saya tidak mempunyai nama atau identiti, saya hanyalah nombor 26 dan mesti menyahut setiap kali dan setiap masa nombor itu dipanggil.

 

33. Lebih kurang 10 ke 15 minit kemudian, pintu bilik kurungan dihempas buka dan seorang lelaki masuk dan menjerit '26'. Saya lambat menyahut dan telah teruk dicerca kerana itu. Saya kemudiannya ditutup mata dan digari lagi, dipimpin keluar dari bilik kurungan lebih kurang 10 langkah. Apabila penutup mata dibuka saya dapati saya berada di sebuah bilik lain. Seorang lelaki dengan sebuah kamera berada di situ. Gari saya dibuka dan lebih kurang 20 hingga 30 gambar saya diambil dari berbagai sudut. Saya kemudiannya dihantar pulang ke bilik kurungan.

 

34. Bilamana saya berada di bilik kurungan, sebuah tingkap kecil pada pintu dibuka setiap beberapa minit untuk memeriksa saya.

 

35. Lebih kurang 10 hingga 15 minit kemudian, saya hanya boleh mengagak masa, pengawal yang sama memasuki bilik kurungan saya lagi dan memanggil saya dengan nombor '26'. Saya ditutup mata dan digari sekali lagi dan disuruh berjalan lebih kurang 10 langkah. Setelah penutup mata dibuka, saya dapati diri saya berada di sebuah bilik sekali lagi. Kali ini ada sebuah kerusi di tengah bilik. Kerusi tersebut mempunyai tempat peletak tangan tetapi tiada tempat penyandar. Saya dipaksa duduk di atasnya, dan tanpa kerelaan saya, dicukur botak. Saya kemudiannya diberi penyodok sampah dan sebatang penyapu, dan disuruh menyapu rambut. Apabila saya membantah, saya dipaksa membuatnya oleh para penangkap saya.

 

36. Apabila saya selesai menyapu rambut, saya kemudiannya ditutup mata dan digari, dan dihantar kembali ke bilik kurungan.

 

37. Dalam masa beberapa minit - belum pun sempat saya duduk di atas salah satu pangkin - satu ketukan yang amat kuat kedengaran di pintu dan pintu tersebut dibuka dengan ganas. Tradisi mengetuk pintu dengan kuat dan pintu dibuka dengan ganas dilakukan setiap kali saya dibawa keluar dari bilik kurungan.

38. Kali ini pengawal tersebut berjalan masuk, memerhati saya yang sedang duduk di atas pangkin dan menengking saya kerana saya dianggap biadab tidak menyapanya. Saya diberi amaran supaya berdiri dan menyapa sesiapa yang memasuki bilik kurungan. Sekali lagi saya diberi amaran supaya menyahut dengan cepat apabila nombor saya dipanggil.

 

39. Saya kemudiannya diarahkan untuk mandi. Saya tidak pun ditanya sama ada saya mahu mandi atau tidak. Saya hanya diarahkan untuk mandi. Saya diberi sehelai tuala kecil yang nipis dan seketul sabun yang kecil. Saya tidak ditutup mata atau digari tetapi disuruh memandang ke bawah dan jangan memandang ke atas. Saya dipimpin keluar dari bilik kurungan dan salah seorang pengawal berjalan di sisi saya sambil memaksa kepala saya supaya tunduk. Saya berjalan di sebuah koridor yang panjang dan sempit. Hanya ada sedikit cahaya di koridor untuk seseorang berjalan. Di sebelah satu bahagian koridor, saya nampak 5 pintu yang bentuknya seakan serupa dengan pintu bilik kurungan saya. Di hujung koridor tersebut ada sebuah bilik mandi. Saya diarahkan oleh pengawal untuk membuka suis lampu bilik mandi. Apabila saya membukanya, saya nampak sebuah sink dan sebuah jamban cangkung yang tidak mempunyai pintu. Terdapat sesuatu yang membonjol keluar daripada dinding yang saya rasakan tempat keluarnya air.

 

40. Sewaktu saya sedang bersiap untuk mandi, pengawal tersebut menjerit kepada saya supaya terus mandi dan cepat. Airnya teramatlah sejuk. Saya pun mulalah mandi dan ketika separuh jalan dan badan saya masih dipenuhi sabun, dia menyuruh saya berhenti, pakai kembali pakaian dan keluar dari bilik mandi. Saya terlupa untuk menutup suis lampu. Pengawal tersebut menjadi marah dan menjerkah saya yang beliau bukan berada di situ untuk melayan saya. Saya dikerah kembali ke bilik kurungan di dalam keadaan pakaian yang masih basah. Dalam perjalanan pulang, sekali lagi kepala saya dipaksa tunduk ke bawah supaya saya tidak memandang ke atas.

 

41. Satu memori yang jelas mengenai koridor gelap tersebut ialah sebiji bakul sampah di luar salah satu pintu-pintu tersebut - Satu-satunya tanda yang saya lihat sepanjang penahanan saya di situ yang kemungkinan bukanlah saya seorang sahaja yang berada di neraka ini.

 

42. Sebentar kemudian tradisi membuka pintu diulang kembali. Saya berdiri tegak untuk menyambut pengawal tersebut. Dia masuk ke dalam dan memberikan saya sebuah bungkusan kecil tanpa berkata sepatah dan beredar keluar. Apabila saya membukanya, saya nampak sedikit nasi dan seketul ikan kecil di dalamnya. Saya tidak dapat memakan ikan tersebut. Saya cuba memakannya tetapi ia mempunyai rasa pelik yang tengit seperti telah basi. Saya makan sedikit nasi. Belum pun sempat saya habis memakannya, pintu tersebut dibuka lagi. Saya berdiri tegak dan bungkusan tersebut diambil kembali.

43. Mengikut anggaran saya, waktu itu lebih kurang pukul 8 ke 9 malam pada malam saya ditangkap. Saya fikirkan pada waktu itu saya akan ditinggalkan bersendirian. Saya begitu penat, bingung dan tidak ketahuan. Saya masih mengalami degupan jantung yang laju, pernafasan yang sesak dan amat risau mengenai keadaan keluarga saya. Rasa kelenguhan yang berat di kaki, dan "ringan kepala" kembali semula setelah memakan nasi dan rasa kepenatan yang teramat sangat.

 

44. Sekali lagi adanya ketukan pintu yang kuat yang semakin menjadi kebiasaan dan nombor '26' diteriakkan. Saya berdiri bangun. Pintu dibuka dan kali ini dua orang pengawal masuk ke dalam. Saya menyambut mereka. Mereka tidak bercakap langsung. Mula-mula mereka menggari saya dan kemudian menutup mata saya, tetapi penutup mata tersebut adalah berlainan daripada biasa. Ia mempunyai cermin hitam yang menutupi bahagian mata dan kedipan di tepi yang menutup cahaya sama sekali. Saya tidak dapat melihat apa-apa.

 

45. Mereka memimpin saya keluar dari bilik kurungan. Mereka memegang saya setelah berjalan sekejap dan kemudiannya memberi arahan haluan dan membenarkan saya untuk meraba mencari jalan sendiri. Mereka sentiasa berada di sisi saya ataupun selangkah di belakang. Mereka selalu menyuruh saya membuka pintu. Kami naik mendaki tangga - terdapat 50 anak tangga untuk 5 tingkat. Di setiap tingkat, salah seorang pengawal akan meletakkan tangan saya yang digari di atas tempat pemegang dan menyuruh saya mengikutnya naik. Saya disuruh mengira hingga ke anak tangga yang ke 10 dan kemudian berpusing ke arah kiri saya. Saya rasa saya berjalan menaiki 5 tingkat.

 

46. Selepas anak tangga yang ke-50, saya diarahkan berhenti. Salah seorang daripada mereka memusingkan badan saya dan menumbuk saya di bahagian perut. Beliau memberitahu saya bahawa beliau adalah "Mr Nice Guy" dan saya adalah "Dr Feel Good". Saya kemudiannya dipusingkan sekali lagi dan ditolak ke sebuah pintu dan diarahkan untuk membukanya. Saya membukanya dan disuruh masuk ke dalam. Salah seorang daripada mereka datang kepada saya dari arah belakang dan mengubah sedikit penutup mata saya. Saya dapat melihat sedikit di mana saya berada melalui hujung mata saya dan sedikit melalui bawah penutup mata.

 

47. Saya dibawa melalui beberapa siri pintu dan kemudian melalui sesuatu seperti sebuah koridor panjang yang gelap. Saya nampak sebuah lampu berwarna merah di hujungnya, seperti lampu merah yang kelihatan di dalam sebuah bilik gelap juru foto. Di sebelah kiri saya ada beberapa pintu. Saya dapat rasakan seperti adanya sebuah jurang yang dalam di sebelah kanan saya dan sekiranya saya tersilap walaupun satu langkah, saya akan jatuh ke dalamnya. Saya diarahkan berpusing ke kiri. Saya menurutinya. Gari saya pun dibuka. Seketika kemudian salah seorang pengawal membuka penutup mata saya. Saya dapati saya sedang menghadap sebuah bilik terbuka. Ianya amat terang. Saya kebingungan, terpinga-pinga dan tidak dapat melihat apa-apa disebabkan cahaya yang amat terang. Buat beberapa minit selepas penutup mata dibuka, saya tidak dapat merasai keadaan sekeliling.

 

48. Akhirnya apabila saya dapat memfokuskan pandangan, saya nampak 4 orang bermuka selamba tanpa sebarang raut wajah duduk di atas kerusi-kerusi di sebalik sebuah meja. 2 orang yang duduk di kedua-dua tepi kelihatan seperti orang Cina, seorang di bahagian tengah kiri nampak seperti orang India dan seorang lagi adalah berbangsa Melayu. Pengawal saya membiarkan saya berdiri di hadapan meja. Keadaan bilik sunyi sepi.

 

49. Tiba-tiba lelaki Melayu tersebut menumbuk meja dan menjerit ke arah saya di dalam Bahasa Malaysia. Saya tidak memahaminya dan memohon maaf di dalam Bahasa Inggeris kerana tidak fasih berbahasa Malaysia. Lelaki Melayu itu kemudian bercakap di dalam campuran Bahasa Melayu dan Inggeris, dan memaki saya kerana tidak tahu berbahasa Malaysia. Dia sentiasa mengulangi perkataan "fuck", "fucking" semasa memaki saya. Ketiga-tiga yang lain memaki saya juga. Keadaan tersebut berterusan selama lebih kurang 20 hingga 30 minit. Saya cuba menerangkan kepada mereka yang saya tahu menulis dan membaca Jawi tetapi oleh kerana kebanyakan kerja saya adalah di dalam Bahasa Inggeris dan kesemua kawan saya boleh berbahasa Inggeris, saya rasakan tidak ada keperluan yang amat tinggi untuk fasih berbahasa Malaysia. Selepas lebih kurang 30 minit, keempat-empat mereka berhenti dan secara tiba-tiba pegawai Melayu tersebut menghempuk meja sekali lagi dan menjerit ke arah saya di dalam Bahasa Inggeris bahawa saya tiada adab, yang saya telah memasuki sebuah tempat di mana adanya 4 orang pegawai yang sedang duduk dan tidak menyapa mereka. Saya amat terkejut dengan perbuatannya itu. Saya memohon maaf daripadanya, saya tidak tahu masa, di mana saya berada dan tidak tahu apa yang patut saya katakan kepada mereka. Lelaki Melayu tersebut merenung tepat ke arah saya dan berkata di dalam Bahasa Urdu "thum bahat jau" - awak duduk.

 

50. Sejak daripada itu, penyoal-siasat saya memaki dan mencaci saya rata-rata di dalam Bahasa Inggeris.

 

51. Terdapat sebuah tempat duduk plastik berbentuk kon berkembar di hadapan meja tersebut. Saya duduk di atasnya dan mendapati ianya tidak stabil, bergerak-gerak dan bergoyang walaupun dengan sedikit pergerakan. Saya tidak dapat duduk dengan betul di atas tempat duduk tersebut dan salah seorang daripada dua orang Cina tersebut menengking saya supaya duduk dengan betul. Saya cuba menerangkan keadaannya tapi belum pun sempat saya menyatakan sesuatu, dia menengking saya "Belajar sedikit adab, jika tidak awak akan mengalami kesusahan". Saya memohon maaf terhadapnya dan berkata, "Maaf tuan, tempat duduk ini tidak stabil".

 

52. Kemudian dengan tiba-tiba saya dihujani dengan berbagai-bagai soalan. Seorang penyoal-siasat memberikan satu soalan, sedang saya menjawabnya, seorang lagi menanya saya dengan soalan yang kedua. Saya pun menghadap pegawai yang kedua dan pegawai yang ketiga pula menyerang saya dengan soalan lain. Saya pun menghadap pegawai ketiga dan pegawai pertama pula menengking saya meminta jawapan kepada soalannya. Ketika saya cuba memikirkan kembali di antara soalan pertama, kedua dan ketiga, pegawai yang keempat pula akan mencelah dengan soalan yang lain pula. Soalan-soalan tersebut tidak pernah ada hubung-kait, tidak ada hubungan di antaranya walaupun ianya mengenai butiran peribadi saya, mengenai pekerjaan saya, sesuatu mengenai segalanya tetapi tidak ada bayangan langsung mengenai aktiviti subversif atau jenayah. Cara soalan-soalan ditanya adalah konsisten sepanjang sesesi soal-siasat, walaupun ada ketika penyoal-siasat keluar daripada bilik meninggalkan dua orang, dan ada ketikanya seorang penyoal-siasat. Saya hanya boleh mengagak yang mereka pergi berehat tetapi saya tidak pernah diberikan rehat langsung.

 

53. Ketika semua ini berlaku, saya terdengar pintu ditendang buka dengan ganas. Saya berpaling ke belakang dan nampak seorang lelaki berjalan masuk. Keempat-empat lelaki di sebalik meja berdiri tegak. Lelaki yang berjalan masuk membawa satu fail tebal yang berat. Dia berjalan ke arah saya dan memukul belakang kepala saya degan fail tersebut dan menjerit ke arah saya menyatakan mereka telah tahu kesemuanya dan saya tidak perlu berselindung atau mengelirukan mereka. Dia berkata yang mereka telah tahu semua perkara yang telah saya lakukan dengan Anwar. Apabila saya cuba membantah yang saya tidak melakukan apa-apa kecuali menolong Anwar menulis ucapan, pegawai tersebut berkata dengan cara mengugut, "Saya memberikan awak 24 jam. Dalam jangka masa tersebut, berikan apa yang kami mahu atau kami akan bersikap kasar dengan awak". Dia menambah yang ketua-ketuanya mahukan maklumat daripada saya dalam masa 24 jam, bahawa mereka mesti menyelesaikan perkara ini pada esok hari. Beliau kemudiannya memukul belakang kepala saya sekali lagi dengan fail tersebut, menghentakkan kakinya di atas lantai dan menjerit "Hidup Malaysia", berpusing dan meninggalkan bilik. Pintu bilik dihempas rapat.

 

54. Apabila pegawai tersebut meninggalkan bilik, pegawai yang kelihatan seperti berbangsa India di meja tersebut menuding jarinya ke arah saya dan memberi amaran bahawa pegawai yang baru keluar tadi adalah seorang pegawai tinggi dan menambah "Awak tahu apa yang dia kehendaki. Dia mahukan fakta, maklumat. Kami mahukan fakta". Saya sekali lagi membantah yang saya tidak pernah melakukan sesuatu kesalahan tetapi mereka tidak berminat dengan bantahan saya dan meneruskan leteran mereka terhadap saya. Mereka bergilir-gilir menyoal tentang butiran peribadi saya, pekerjaan saya, dan selalu menyelitkan amaran di antara soalan-soalan mereka yang penahanan saya adalah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana saya telah menjadi ancaman kepada keselamatan Malaysia. Di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), saya tidak boleh diikat jamin dan tidak ada peguam yang boleh berjumpa saya.

 

55. Mereka kemudian akan menukar suasana dengan memberitahu saya yang ISA bukannya bersifat hukuman tetapi pencegahan, mereka terpaksa menggunakannya untuk mengelakkan apa yang boleh dianggap sebagai mengancam keselamatan negara, dan saya tidak perlu malu untuk berhadapan dengan mereka. Mereka pernah menahan Ahli Parlimen, Menteri Besar dan orang-orang yang berprofil tinggi. Mereka memberitahu saya mengenai percubaan seorang lelaki bernama Kitingan yang telah cuba menarik keluar keahlian (Sabah) daripada Malaysia.

 

56. Di antara cacian, ugutan dan nasihat, pegawai Melayu tersebut cuba mengagumkan saya dengan pengetahuannya tentang Bahasa Urdu dengan menggunakan satu atau dua perkataan atau menyanyi sepotong lagu Hindustan.

 

57. Saya asyik memberitahu mereka, apabila mereka membenarkan saya, bahawa saya tidak pernah membuat apa-apa percubaan untuk menggugat Malaysia, bahawa saya tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan atau jenayah dan saya tidak faham mengapa saya ditahan dan mengapa mereka melayan saya dengan cara yang amat memalukan dan menjatuhkan maruah. Mereka tidak pernah menjawab soalan saya tetapi selalu memusingkan keadaan dengan memberitahu saya yang saya berada di sebuah persimpangan dan penahanan saya adalah satu rahmat terhadap saya dan keluarga saya. Salah seorang daripada empat pegawai tersebut selalu memberi amaran sekiranya saya tidak bekerjasama, saya akan ditahan di pusat tahanan selama 2 tahun dan penahanan tersebut boleh ditambahkan lagi setiap 2 tahun. Saya berulang kali diberitahu yang saya tidak akan berjumpa dengan keluarga saya lagi dan saya patut bersyukur dengan peluang ini sementelah semua orang memberikan saya peluang.

 

58. Saya tidak memahami apa yang mereka mahukan daripada saya dan apakah dia peluang yang mereka berikan kepada saya. Apabila saya beritahu mereka tentang perkara ini, mereka kemudiannya menekan berulang kali bagaimana orang-orang kanan telah ditahan untuk pemulihan mereka. Mereka memberi amaran bahawa tanggapan yang saya tidak bersalah adalah pemikiran saya sahaja dan tidak semestinya betul, tetapi bagi orang lain atau dia (pegawai penyoal-siasat), saya telah melakukan kesalahan. Mereka memberi amaran kepada saya bahawa ISA adalah untuk melatih kembali pemikiran saya ke arah kebaikan, memberikan peluang kepada saya untuk menyedari kesalahan saya dan memberi peluang kepada saya untuk bertaubat. Mereka berulang kali menekankan yang saya tidak boleh berbohong kerana mereka telah tahu segala-galanya dan tanggapan saya terhadap peristiwa dan idea adalah salah. Mereka berkata yang mereka akan membetulkan saya dan saya mesti menerima tanggapan mereka. Mereka memberi amaran yang mereka mahukan kerjasama saya dan sekiranya saya bekerjasama, soal-siasat ini akan berakhir dengan cepat dan saya akan dibebaskan. Tetapi, jika saya tidak bekerjasama, saya akan dihantar ke pusat tahanan dan berakhirlah penghidupan saya dan penghidupan keluarga saya.

 

59. Amaran-amaran ini diberikan berulang kali kepada saya setiap kali saya penat daripada soalan-soalan yang tidak henti-henti dilemparkan kepada saya. Mereka tidak henti-henti menyoal-siasat saya atau memberi ugutan dan amaran walaupun mereka tahu mengenai keadaan kesihatan saya dan tahap kepenatan yang saya alami.

 

60. Saya hanya makan sedikit sahaja semenjak penahanan saya pada awal pagi 14 September 1998. Saya tidak dapat berehat langsung atau tidur dan tidak tahu masa. Saya jatuh sakit. Penyoal-siasat saya tidak menghiraukan langsung keadaan saya. Pada satu ketika pada waktu malam atau awal pagi, sebelum saya dihantar kembali ke bilik kurungan, mereka mula menyoal saya sama ada saya tahu mengapa saya berada di tangan mereka. Saya memberitahu mereka yang saya tidak tahu dan mereka kemudiannya memberitahu saya ianya ada kaitan dengan Anwar. Apabila saya memberitahu mereka yang saya adalah penulis ucapan Bahasa Inggerisnya, mereka menjawab yang mereka tahu. Mereka kemudiannya menyuruh saya memikirkan keadaan diri saya dan saya mesti menolong mereka dan negara. Mereka akan memberitahu saya bagaimana caranya.

 

61. Saya tahu yang saya tidak melakukan sebarang kesalahan dengan menjadi penulis ucapan Anwar dan kawannya. Mereka kemudiannya bergilir-gilir menengking saya, menjerit atau memberikan nasihat yang tanggapan saya adalah salah dan mereka akan memberitahu saya bagaimana hendak membantu mereka dan negara.

 

62. Mereka akhirnya menyuruh saya memikirkan keadaan diri saya dan akan berjumpa dengan saya lagi nanti.

 

63. Selepas berjam-jam menjalani sesesi soal-siasat yang kasar dan mengaibkan, saya sekali lagi ditutup mata, digari dan dipimpin menuruni 5 tingkat anak tangga ke bilik kurungan saya. Saya ditolak masuk dan penutup mata dan gari saya dibuka.

 

64. Saya baru sahaja berada di dalam bilik kurungan saya selama beberapa minit apabila tetingkap pintu dibuka dan seseorang menjenguk melaluinya dan mengejek saya. Orang itu memperkatakan sesuatu di dalam Bahasa sebelum menghempas tutup tetingkap pintu tersebut.

 

65. Saya tidak tahu pukul berapa pada waktu itu. Saya hanya boleh mengagak yang ianya sudah semestinya pagi 15 September 1998. Saya begitu kepenatan. Saya cuba berehat di atas pangkin kayu tersebut tetapi tidak berjaya kerana cahaya lampu di atas yang amat terang dan bunyi bising daripada kipas pengudaraan tersebut.

 

66. Pintu bilik kurungan saya diketuk dengan kuat sekali dan sekali lagi nombor saya dipanggil dan pintu dibuka. Saya sudah pun berdiri. Saya diarahkan untuk mandi. Dalam keadaan kebimbangan, kebingungan dan kepenatan, saya dipimpin keluar menuju bilik mandi, kepala saya dipaksa tunduk. Air daripada paip di atas kepala amatlah sejuk. Apabila saya baru sahaja mulakan mandian, saya disuruh berhenti dan keluar. Saya tidak pun mempunyai kesempatan untuk mengeringkan badan tetapi cepat-cepat memakai seluar tidur dan baju-T. Saya terlupa untuk menutup suis lampu sekali lagi dan diherdik sekali lagi disebabkan perkara tersebut. Saya dipimpin kembali ke bilik kurungan dengan kepala ditundukkan. Pakaian saya semuanya basah dan tidak selesa. Ditambah pula dengan cahaya lampu yang amat terang dan bunyi bising daripada kipas pengudaraan, saya tidak dapat tidur.

 

67. Sebentar kemudian, ada ketukan di pintu saya. Tradisi memanggil nombor dan pintu dibuka diulangi. Saya disuruh meletakkan mangkuk plastik saya di luar pintu. Saya menurutinya dan seorang pengawal menuangkan teh-O ke dalamnya. Sepotong roti putih diletakkan di atas jerjak besi di tetingkap pintu dan saya disuruh mengambilnya. Saya membawa mangkuk dan roti tersebut ke dalam bilik kurungan saya. Ini adalah sarapan pagi saya.

 

68. Sebentar kemudian nombor saya dipanggil lagi dan seorang lelaki berjalan masuk ke dalam bilik kurungan saya. Dia menyoal saya sama ada saya mengingatinya. Dia memberitahu saya bahawa dialah "Mr Nice Guy". Dia memberitahu saya yang dia akan membawa saya ke hospital.

69. Sakit dada yang saya alami, degupan jantung saya yang laju, sesak nafas dan kekebasan tangan saya berterusan daripada pagi 14 September 1998 hingga ke sesesi soal-siasat semalam.

 

70. Sekali lagi mata saya ditutup dan tangan saya digari. Saya dipimpin turun dua tingkat. Saya kemudiannya dimasukkan ke dalam sejenis kenderaan. Saya tidak dapat melihat keluar dan ikatan mata dan gari saya tidak dibuka sepanjang perjalanan. Apabila van tersebut berhenti, seorang datang ke belakang kenderaan dan membuka ikatan mata dan gari saya. Saya nampak pegawai yang memanggil dirinya "Mr Nice Guy" yang telah melakukannya. Dia memberi amaran kepada saya bahawa ini adalah satu keistimewaan khas yang telah diberikan kepada saya dan menyuruh saya berkelakuan baik ketika berjumpa dengan doktor. Dia memberi amaran kepada saya yang saya di bawah pengawasan mereka sepanjang masa.

 

71. saya hanya boleh mengagak yang waktu sekarang adalah selepas pukul 8.00 pagi.

 

72. Apabila saya mula-mula dikeluarkan dari van, cahaya matahari mengganggu penglihatan mata saya. Saya nampak papan tanda Perkhidmatan Kecemasan Hospital Besar, Kuala Lumpur. Terdapat empat orang pegawai polis mengelilingi saya. Saya dibawa berjumpa doktor perempuan yang memakai tag nama, saya fikir, dibaca 'Dr Shymala Devi'. Nombor saya diberikan kepada doktor. Mereka juga telah memberikan sebuah fail yang ada pada mereka kepadanya. Saya dihantar untuk ECG dan ujian air kencing. Saya juga membuat X-ray dada dan kemudiannya dibawa kembali berjumpa doktor yang sama. Beliau melakukan pemeriksaan fizikal secara sepintas lau dan memberikan saya lima jenis ubat yang mana diserahkan kepada pegawai polis. Saya dibawa kembali ke van. Apabila berada di dalam, sekali lagi mata saya ditutup dan tangan saya digari, dan kemudiannya dihantar kembali ke bilik kurungan.

 

73. Mereka membiarkan saya bersendirian sebentar dan selepas itu mereka membawa masuk satu bungkusan kecil nasi dengan seketul ikan goreng yang sekali lagi mempunyai rasa yang tengit dan tidak boleh dimakan. Saya memaksa diri saya untuk memakannya sedikit tetapi rasa loya, tidak selesa dan ringan kepala sebaik memakannya.

 

74. Selepas "makan tengah hari", saya dikeluarkan sekali lagi dari bilik kurungan selepas ditutup mata dan tangan digari. Saya dibawa naik 50 anak tangga ke bilik soal-siasat semalam. Keempat-empat pegawai yang sama berada di situ. Sikap mereka, pada mulanya, amat berlainan sekali. Mereka mulakan perbualan mengenai hospital, bagaimana mereka menjaga saya dan bagaimana mereka tidak mengambil sebarang peluang dengan saya. Seorang daripada mereka menyuruh saya duduk. Kerusi tersebut tidak stabil dan saya mengatakan kepada mereka yang saya lebih suka berdiri. Saya terus berdiri. Selepas beberapa lama, saya diberikan sebuah kerusi lain.

 

75. Pada mulanya perbualan awal mengenai ubat yang telah diberikan kepada saya di hospital pagi tadi. Selepas itu salah seorang daripada mereka memulakan sesesi soal-siasat. Beliau menanyakan sama ada saya telah memikirkan mengenainya dan bagaimana saya dapat membantu mereka dan negara. Saya menjawab dengan menyatakan Journal yang telah saya mulakan dan bagaimana ianya telah meletakkan Malaysia di atas peta dunia. Mereka menyuruh saya berhenti dan memberi amaran yang saya berada di haluan yang salah. Mereka menyuruh saya menumpukan perhatian terhadap Anwar.

 

76. Saya masih belum dapat memahami apa yang mereka mahukan daripada saya mengenai Anwar dan saya bertanya kepada mereka. Akhirnya salah seorang daripada mereka menanya saya sama ada saya telah membaca afidavit-afidavit yang telah disiarkan di dalam surat khabar mengenai Anwar. Saya menjawab "Ya" tetapi tidak secara terperinci. Salah seorang daripada mereka menyatakan kepada saya yang adanya terdapat tuduhan-tuduhan seks terutamanya homoseks terhadap Anwar di dalam afidavit-afidavit tersebut. Saya memberitahu mereka sepanjang pengetahuan saya, Anwar tidak pernah terlibat dalam sebarang aktiviti-aktiviti seks dan sepanjang masa saya mengenali Anwar selama bertahun-tahun, beliau sentiasa berkelakuan jujur. Saya memberitahu mereka adalah senang untuk membuat sesuatu tuduhan. Mereka mengatakan kepada saya yang mereka akan menunjukkan bukti kepada saya. Mereka menyuruh saya berfikir dan menumpukan perhatian terhadap aktiviti-aktiviti homoseks. Saya bertanya sama ada mereka melakukan tuduhan terhadap saya. Mereka menafikannya dan hanya menyuruh saya memikirkannya. Mereka berkata yang pegawai kanan mereka mahukan keputusan dan apabila mereka mendapat keputusan mereka akan membenarkan saya tidur dan tidak akan mengganggu saya lagi. Saya memberitahu mereka yang saya tidak pernah mempunyai hubungan homoseks sepanjang hidup saya. Mereka kata mereka tahu mengenainya dan itu adalah tanggapan saya tetapi tanggapan saya adalah salah. Mereka terpaksa melatih fikiran saya semula untuk menentukan apa yang benar dan salah, dan mereka akan menunjukkan kepada saya bagaimana caranya. Sekali lagi mereka bercakap bagaimana ISA diwujudkan untuk menolong pemulihan fikiran dan orang. Mereka berkata yang mereka tidak mahu gagal dengan saya dan menghantar saya ke pusat tahanan. Mereka berkata yang keluarga saya akan hancur sekiranya perkara tersebut berlaku.

 

77. Buat pertama kalinya dalam sesesi itu mereka menimbulkan ugutan mengenai agen-agen Amerika di Malaysia. Mereka berkata yang agen-agen Amerika berada di sini dan bekerjasama dengan mereka dan telah pun memeriksa latar belakang saya dengan berpandangan untuk membatalkan penantian permohonan kerakyatan Amerika dan memansuhkan kad hijau saya.

 

78. Selama berjam-jam, sesesi soal-siasat tersebut berkisar mengenai pemulihan saya, melatih kembali pemikiran saya, situasi saya dan kebahagiaan keluarga saya, kebebasan saya, pembatalan penantian permohonan kerakyatan Amerika saya, dan kemuncaknya dihalau keluar dari Malaysia. Saya asyik diingatkan yang saya boleh menolong negara, bahawa Anwar adalah ancaman dan pegawai kanannya mahukan keputusan. Stail mereka selalunya sama dengan keempat-empat mereka menyoal saya dan tidak membenarkan saya untuk memikirkan semasak-masaknya dan menjawabnya.

 

79. Semasa soal-siasat berjalan, seorang atau lebih daripada keempat-empat pegawai tersebut tanpa amaran, menggunakan bahasa lucah. Seorang akan membuat kenyataan seperti "Anwar fuck, you fuck" dan yang lainnya ketawa. Seorang yang lain akan membuat kenyataan yang merendahkan maruah mengenai orang Punjabi sebagai "big fuckers" dan menawarkan saya sebatang rokok.

 

80. Saya selalu berasa ringan kepala selepas menghisap satu daripada rokok-rokok mereka.

 

81. Soal-siasat tersebut kemudian bertukar kembali mengenai pekerjaan saya, kelemahan saya sebagai seorang pendatang asing di Malaysia, keluarga saya, dan kemudian secara tiba-tiba bertukar kembali kepada kelucahan dan Anwar dan hubungan homoseks. Mereka membuat kenyataan yang tidak sopan, menanya saya mengenai saiz kemaluan saya dengan menggunakan perkataan-perkataan seperti "dick", "cock". Mereka menanya saya mengenai kepanjangannya, diameternya, dan menanya saya sama ada saya ingin memasukkannya ke dalam punggung seseorang. Mereka bertanya apa rasanya sekiranya "daging" seseorang "ditujah masuk ke dalam punggung saya", sama ada saya ingin memasukkan "daging" saya ke dalam punggung seseorang, bahawa mereka boleh menyediakan "nya" dan segala-galanya di situ, bahawa apabila saya dihantar ke pusat tahanan, saya akan diperlakukan "begitu" dengan kerap.

 

82. Pertukaran topik soal-siasat ini berterusan tanpa reda sepanjang masa saya berada bersama mereka. Kecuali untuk jangka masa pendek ketika saya berada di bilik kurungan, soal-siasat seperti itu tidak pernah ketinggalan. Satu ketika pada hari yang kedua, seorang penyoal-siasat baru menyertai pasukan itu tetapi soal-siasat tersebut selalunya dijalankan oleh empat orang mereka pada satu-satu masa. Secara beransur-ansur mereka memperkenalkan nama Anwar semakin banyak di dalam pembulian mereka dan menggunakannya secara lebih aktif dengan gambaran yang tidak sopan mengenai hubungan homoseks dan bukan homoseks. Mereka mula membuat cadangan yang Anwar suka hubungan homoseks. Mereka menyuruh saya memikirkan mengenai hubungan homoseks, mengenai "fucking" Anwar, mengenai Anwar "fucking" saya. Mereka menyuruh saya mengerang seperti saya sedang diliwat dan menyukainya. Di dalam situasi tersebut, saya berada di dalam tangan mereka, saya tidak mempunyai pilihan melainkan untuk mengerang dan mengeluh seperti mana penangkap-penangkap saya mahukannya. Saya berlakon seperti mana yang mereka kehendaki. Mereka adalah pembuli dan saya berada di tangan mereka. Mereka menanya saya sama ada saya menghisap kemaluan lelaki dan menyuruh saya berlagak menghisap sebatang "lollipop" yang besar. Mereka menanya saya sama ada saya pernah melihat kemaluan Anwar dan menyuruh saya berlagak menghisap kemaluan "TPM", seperti mana salah seorang daripada pegawai tersebut menyebutnya tanpa segan silu. Apabila saya berlakon watak-watak yang amat menjatuhkan maruah dan mengaibkan yang mereka berikan kepada saya, mereka ketawa dan menanya sama ada ianya seronok.

 

83. Ketika berakhirnya hari kedua, soal-siasat yang berjam-jam lamanya, kekurangan tidur dan kekurangan makanan yang elok telah menyebabkan saya benar-benar tidak ketahuan dan amat penat. Kesihatan saya semakin teruk dan saya amat merisaukan keadaan keluarga saya.

 

84. Saya hanya diberikan ubat apabila para penangkap saya teringat untuk memberikannya.

 

85. Saya mengingati soal-siasat hari kedua berakhir dengan penyoal-siasat saya memberi amaran kepada saya untuk memikirkan mengenai apa yang mereka telah katakan dan mereka akan berjumpa dengan saya sekejap nanti. Mereka berkata yang saya boleh berikan hadiah yang hebat kepada negara dan negara akan berterima kasih kepada saya selamanya. Kata-kata perpisahan mereka sebelum berpisah, dengan senada, "Fuck Anwar". Saya kemudiannya digari, ditutup mata dan dipimpin kembali ke bilik kurungan.

 

86. Saya tidak mempunyai sebarang idea mengenai masa.

 

87. Bilik kurungan saya tidak mempunyai sebarang bantal ataupun sebarang benda yang boleh menyerupai keselesaan. Pangkin kayu tersebut yang merupakan katil saya adalah separuh daripada ketinggian saya. Sekiranya saya berbaring panjang, separuh daripada badan saya tergantung di sebelah sana. Cara yang boleh saya buat ialah dengan tidur merekot. Cahaya lampu dan bunyi daripada kipas pengudaraan membuatkan tidur saya mustahil.

 

88. Dinding bilik kurungan saya adalah tebal dan seperti kalis bunyi.

 

89. Setipa kali saya disuruh berjalan di koridor di luar bilik kurungan saya, kesunyian tempat itu mengerikan saya. Saya tidak dengar sebarang bunyi kecuali bunyi batuk sekali-sekala dan oleh itu saya dapat rasakan adanya orang lain di bilik kurungan bersebelahan dengan saya.

 

90. Ketika berbaring dalam keadaan merekot, saya hanya dapat memikirkan kembali apa yang penangkap-penangkap saya berulang kali katakan pada saya : aksi seks yang mereka suruh saya lakonkan, situasi lemah yang saya alami sekarang, isteri saya dan anak-anak saya. Saya berulang kali memikirkan mengenai agen-agen Amerika yang telah diberitahu kepada saya yang sedang bekerjasama dengan para penangkap saya dan memikirkan apakah pembohongan yang telah mereka berikan kepadanya. Di dalam kesunyian itu, di bilik kurungan keseorangan dan jauh berbeza daripada suasana normal, kebenaran dan saya semakin rasakan yang tidak ada orang yang dapat menolong saya atau keluarga saya. Kami tidak mempunyai wang, tidak ada simpanan, tidak mempunyai apa-apa. Saya berfikir tentang ditahan tanpa had, kehilangan pekerjaan saya, keluarga saya melarat dan keseorangan di negara asing, pengaruh yang ada pada Polis Malaysia terhadap kerajaan Amerika untuk membatalkan permohonan kerakyatan Amerika saya. Saya terfikir mengenai kepapaan, mengenai dihalau keluar daripada negara tanpa apa-apa bantuan. Saya terfikir mengenai kesemua ini, mengenai tidur, mengenai makanan, sayang saya terhadap keluarga saya dan saya pun terus menangis.

 

91. Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan tetapi saya benar-benar ketakutan. Saya rasakan yang saya ini sudah tidak mempunyai harapan dan amat lemah.

 

92. Saya amat takutkan ketukan di pintu dan panggilan nombor '26'. Tetapi ia datang tanpa dapat dielakkan untuk waktu mandi saya. Sekali lagi saya lambat menyahutnya dan sekali lagi saya dimarahi seperti seorang kanak-kanak. Saya dibawa jalan dengan kasar di koridor, dengan kepala saya ditundukkan ke bawah, masuk ke dalam bilik mandi. Sekali lagi saya disuruh keluar dengan segera dari bilik mandi, mandian saya tidak habis dan dihantar kembali ke bilik kurungan.

 

93. Sekejap kemudian saya diberikan sarapan. Ianya adalah teh-O tawar di dalam mangkuk plastik dan sepotong roti putih kosong yang diletakkan di atas jerjak besi tetingkap pintu untuk saya ambil seperti seorang pengemis.

 

94. Ada ketukan lagi dan nombor '26' dipanggil lagi, walaupun saya begitu penat, saya berdiri tegak menunggu penangkap saya. Kali ini mereka datang dengan ikatan mata dan gari, dan mata saya ditutup dan tangan saya digari sekali lagi, berselang-seli dipimpin, diarahkan haluan dan diheret dengan gari menaiki 50 anak tangga. Apabila tiba di anak tangga yang ke 50, ikatan mata saya dibuka dan pengawal membuat isyarat yang tidak sopan dengan tangan dan jarinya dan menolak saya melalui pintu. Saya tidak disuruh berpusing ke kiri seperti sebelumnya tetapi diheret melalui pintu-pintu yang berliku sepanjang koridor yang gelap cuma diterangi oleh cahaya merah, seperti di dalam bilik gelap jurufoto yang jauh. Saya begitu takutkan perasaan saya yang adanya jurang gelap di sebelah koridor di bahagian kanan saya dan takut tersalah langkah dan jatuh ke dalam sebuah kekosongan. Saya dibawa melalui pintu yang terakhir dan berjalan masuk ke dalam sebuah bilik yang seperti sebelumnya dilimpahi dengan cahaya yang amat terang.

 

95. Terdapat seorang lelaki duduk bersendirian di meja. Saya tidak pernah berjumpa dengannya sebelum ini. Dia menyuruh saya duduk. Saya menurutinya dan kemudian dia menanyakan sejarah hidup saya. Saya teramat penat untuk membantah atau menanya mengapa mereka bertanya mengenai maklumat yang sama berulang kali. Dia menulis kesemuanya. Dia menanya saya mengenai kesemua perkara yang telah saya lakukan, zaman kanak-kanak saya, pelajaran saya, pekerjaan saya, keluarga saya, segala-galanya. Ianya adalah satu sesesi panjang yang amat memenatkan. Kesemuanya ditanya "Mengapa?". Hinggakan kepada kelahiran anak-anak saya ditanya "Mengapa? Mengapa mereka dilahirkan?", atau kematian ayah saya, "Mengapa? Mengapa dia mati?" Sekali-sekala pegawai ini membuatkan saya dalam keadaan sungguh terdesak dan putus asa. Tetapi beliau tidak berhenti dan terus menyoal saya.

 

96. Sekali-sekala semasa soal-siasat, keempat-empat pegawai asal masuk ke bilik dan menyertai pegawai kelima ini. Mereka kemudian mengambil-alih sesesi soal-siasat ketika pegawai yang kelima keluar dari bilik. Keempat-empat mereka kembali kepada trend seperti dua hari yang lalu. Mereka memberi amaran kepada saya, mengugut saya dan membuli saya secara bergilir-gilir. Mereka memberikan soalan-soalan kepada saya tetapi tidak menunggu jawapannya. Setiap seorang memintas soalan yang seorang lagi dan sentiasa mengganggu saya berfikir. Saya diberi amaran yang saya telah pun dibuang kerja, para penyiasat Amerika telah pun menyelesaikan kerja-kerja mereka dan akan pulang tidak lama lagi dengan cadangan yang kad hijau dan permohonan kerakyatan saya dimansuhkan, bahawa saya masih mempunyai masa untuk bekerjasama demi menyelamatkan diri saya dan keluarga saya, bahawa mereka akan beritahu saya bagaimana saya boleh menolong negara dan diri saya. Mereka asyik memberitahu saya bahawa tanggapan saya adalah salah, saya telah lupa, dan saya mesti mendengar kepada mereka. Pembulian berkisar sekitar kemaluan saya, panjangnya dan saiznya, organ kemaluan manusia, kemaluan wanita dan seks dubur. Mereka tidak pernah berhenti daripada bercakap mengenai seks, berulang kali menyatakan yang mereka hendak "fuck" Anwar. Mereka menyuruh saya memperaksikan seks dubur dengan berbaring di atas lantai. Mereka menyuruh saya pertama sekali "fuck" seseorang dan kemudiannya di "fuck" oleh seseorang. Mereka menyuruh saya mengerang dan mengeluh ketika saya melakonkannya.

 

97. Pegawai yang kelima masuk kembali dan menyertai keempat pegawai asal. Dia mengambil-alih menyoal saya tapi kali ini dengan pendekatan baru yang berbeza. Beliau berkata yang beliau pernah pergi ke Pakistan, mengatakan yang seks di sana adalah bersifat penindasan dan mundur. Beliau berkata bahawa hubungan homoseks adalah satu jenis cara hidup di Pakistan dan mencadangkan yang saya sepatutnya berkongsi cerita pengalaman saya dengan mereka.

 

98. Ianya semakin jelas yang rutin ini dan leteran panjang akan berterusan selamanya. Kebenaran dan penafian saya tidak membawa ke mana. Saya berasa seperti hendak jatuh pengsan dan tidak berupaya untuk meneruskan. Saya tahu yang saya terpaksa mengikut permainan mereka.

 

99. Pegawai kelima mengambil keluar sebatang rokok daripada satu pek di poketnya dan menawarkannya kepada saya. Saya sentiasa diberikan rokok daripada pek hitam. Pegawai-pegawai apabila merokok selalunya seperti mengambil rokok daripada pek-pek yang lain. Rokok tersebut selalu berasa pelik tetapi sedap. Setiap kali saya merokok dengan rokok yang mereka berikan, saya berasa ringan kepala yang pelik dan "khayal".

 

100. Dia mencadangkan kepada saya bahawa itu adalah perkara biasa di Pakistan. Saya memandang ke arahnya. Dia merenung saya dan menudingkan jarinya ke punggung saya. Saya begitu kepenatan. Saya menganggukkan kepala saya. Dia tersenyum dan berkata "bagus". Ianya sekarang menjadi urutan di mana mereka menanyakan soalan dan saya mengangguk akur dan apabila mereka menanyakan butiran, saya pun mereka apa yang mereka suka. Secara beransur-ansur mereka mengadakan sebuah cerita mengenai "Parvez" yang tidak wujud dan beberapa kawan universiti. Mereka mahu saya menjadi teman yang aktif dan menekankan sifat tersebut di dalam cerita Parvez. Saya menafikannya tetapi mereka tidak mahu menerimanya langsung dengan menyatakan bahawa ianya adalah cara hidup orang Pakistan.

 

101. Keempat-empat penyoal-siasat yang asal kemudian mengulangi rekaan "cerita" Parvez kepada saya dan memaksa saya mengulang-ulanginya kembali kepada mereka, berkali-kali, dan sentiasa mengingatkan saya yang tanggapan saya selama ini adalah salah, bahawa saya telah lupa dan bahawa mereka sedang memulihkan saya dan untuk mengingatkan saya, menekankan bahawa orang-orang yang mempunyai hubungan homoseks tidak berkemampuan untuk berhenti.

 

102. Pada satu ketika di dalam leteran dan cadangan mereka bahawa saya seorang homoseks, saya menanya mereka sama ada mereka tahu biologi dan mencadangkan bahawa pemeriksaan perubatan boleh dilakukan untuk membuktikan hubungan homoseks. Mereka tidak mengendahkannya langsung dan untuk satu jangka masa yang lama mereka memaksa saya bercakap mengenai organ seks lelaki dan perempuan. Mereka mahukan grafik dan memaksa saya melukiskannya, berulang kali. Mereka bercakap tanpa henti mengenai seks dubur, memberitahu saya maklumat biologi yang cukup lengkap mengenai saiz dan bentuk kemaluan lelaki dalam hubungan dengan dubur lelaki.

 

103. Mereka menukar topik, mengikut suka mereka, di antara cerita seks bergrafik dan sensasi dengan ugutan terhadap saya dan masa depan keluarga saya, di antara kebaikan Malaysia dengan Anwar yang menjadi ancaman kepada negara, di antara pemanjangan tempoh tahanan untuk saya dengan janji yang tidur saya tidak akan diganggu, di antara menjadi tidak berduit dan melarat dengan masa depan keemasan di Malaysia baru tanpa Anwar, di antara penduduk Pakistan yang nafsu seks mereka ditindas dengan seks bebas di universiti di Amerika yang mereka telah baca daripada majalah-majalah.

 

104. Mereka mahukan maklumat terperinci mengenai aktiviti-aktiviti seks di universiti di Amerika dan apabila saya tidak mempunyai apa-apa untuk diberikan, mereka tidak mahu menerima "tiada" sebagai jawapan. Mereka mendakwa yang mereka tahu semua perkara mengenai universiti di Amerika, bahawa perempuan di sana tidak membuat apa-apa kecuali "bersetubuh" sepanjang hari dan malam, bahawa seks adalah murah, senang didapati dan percuma. Mereka menekankan, berkali-kali, yang saya mempunyai kehidupan seks bebas di sana. Mereka mencadangkan, secara bergilir, berapa kali saya membuat hubungan seks dalam sehari. Seorang daripada mereka mencadangkan dua kali sehari, kemudian seorang lagi akan menambahnya kepada tiga, pegawai yang ketiga pula mencadangkan lima kali. Akhirnya mereka bersetuju di antara 5 hingga 6 kali sehari dan sentiasa mengulangi nombor tersebut, menyuruh saya memberitahu mereka, memberitahu mereka lagi, untuk bersetuju, untuk bersetuju sehingga di dalam keadaan terdesak saya menganggukkan kepala saya walaupun perkara seperti ini tidak pernah berlaku. Serta merta ini meredakan soalan-soalan dan komen mereka, "Tengok, apa yang telah kami katakan kepada awak. Ianya memang ada di dalam diri kamu. Tanggapan kamu adalah salah. Kami sedang menolong kamu". Sebatang rokok daripada pek hitam sentiasa diberikan kepada saya sebagai hadiah bilamana saya menyerah kalah kepada mereka.

 

105. Kemudian mereka mulakannya kembali. Sekali lagi dengan stail yang sama. Kali ini mereka meminta butiran maklumat mengenai seks oral (mulut) di universiti-universiti Amerika. Mereka akan menggambarkannya dan mengharap saya mengiakannya. Mereka menyuruh saya memberikan nama-nama. Saya tidak mempunyai satu pun dan mereka tidak mahu menerimanya. Mereka mengatakan yang saya mesti memberikan nama-nama. Saya memberikan nama rekaan "Joe", dan sekali lagi dengan serta merta tetapi sekejap meredakan keadaan. Kemudian mereka mahukan lebih banyak butiran mengenai "Joe" dan saya terpaksa merekanya. Apabila saya memberikannya, mereka memberi saya sebatang rokok sebagai hadiah. Rokok-rokok tersebut sentiasa mengandungi rasa yang pelik.

 

106. Setelah beberapa lama "Joe" direka, mereka berhenti dan selepas menutup mata saya dan menggari saya, mereka hantar saya kembali ke bilik kurungan. Kata-kata perpisahan mereka kepada saya ialah Anwar membawa saya ke Malaysia untuk "meliwat" dia, bahawa saya sepatutnya memikirkan mengenai perkara itu, bahawa mereka akan berjumpa saya lagi. Mereka menjerit "Fuck Anwar" dan menghantar saya pergi.

 

107. Pada masa sekarang saya tidak mempunyai sebarang idea mengenai hari apa ataupun tarikhnya. Saya tidak mempunyai sebarang idea mengenai masa. Kali terakhir saya melihat cahaya matahari atau langit adalah semasa saya dibawa pulang dari Hospital Besar Kuala Lumpur. Kiraan waktu saya diaturkan melalui ketukan di pintu bilik kurungan saya, waktu mandi saya yang tergopoh-gapah, sedikit sarapan pagi yang diberikan kepada saya, perjalanan menaiki 50 anak tangga yang menghantui saya dan masa panjang yang amat membosankan dengan penyoal-siasat saya.

 

108. Pembahagian saya mengenai hari di dalam perakuan sumpah saya ini ditakrifkan dengan berapa kali "sarapan pagi" yang dihidangkan kepada saya.

 

109. Tidak dapat tidur di atas pangkin kayu yang kecil di bilik kurungan saya.

 

110. Tradisi mandi dengan tergesa-gesa, ditambah dengan pembulian dan layanan kasar, teh dan sepotong roti yang berjuntai dihantar ke bilik kurungan saya sebaik saja saya kembali.

 

111. Kemudian terdapat ketukan yang sama di pintu, panggilan nombor '26', penutupan mata, penggarian dan pendakian panjang ke bilik soal-siasat.

 

112. Kali ini terdapat seorang penyoal-siasat Cina di dalam bilik tersebut. Dia berseorangan dan memulakan soal-siasat sebelum yang lain datang dengan sekali lagi menulis butiran diri saya dan kemudian menyoal saya tentang Journal yang saya sedang suntingkan.

 

113. Sebentar kemudian, penyoal-siasat yang kedua masuk dan memotong penyoalan dengan bersyarah kepada saya mengenai budaya, ideologi dan agama. Dia memberitahu saya yang beliau sedang mengajar saya. Apabila dia letih, pegawai Cina tadi mengambil-alih dan kembali kepada Journal. Mereka menukar topik di antara Journal, syarahan, fungsi saya kepada Malaysia, keperluan keluarga saya, kedudukan saya dan pembatalan arahan penahanan saya.

 

114. Kedua penyoal-siasat yang lain datang kemudian dan mengambil tempat mereka. Mereka terus memberikan amaran kepada saya sebaik keempat-empat mereka berada di situ bahawa saya membuang masa mereka dan saya mesti cepat melakukannya, untuk terus bergerak, bahawa pegawai kanan mereka sedang menunggu keputusan. Mereka berulang kali memberi amaran kepada saya yang arahan penahanan saya di bawah ISA telah disediakan.

 

115. Mereka meminta tarikh dan masa berlakunya hubungan seks. Saya tidak mempunyai apa-apa untuk diberikan. Mereka menjadi marah, membuli dan mengugut. Mereka bercakap balik mengenai seks di Amerika dan meminta nama-nama lagi.
 
116. Saya mereka seorang "Andre". Sekali lagi terdapat keredaan sementara di dalam sesesi soal-siasat, sekali lagi penyataan mengenai tanggapan saya yang salah, yang saya telah lupa, bahawa mereka sedang mengingatkan saya dan membetulkannya, dan sekali lagi amaran jika saya memberikan tumpuan, corak tersebut akan timbul, bahawa saya mesti mempunyai kemahuan terhadap hubungan homoseks. Mereka mengangguk bersetuju, senyum, memberikan saya sebatang rokok, mendakwa yang mereka tahu mengenai rekaan "Andre" ini dan berkata yang mereka telah diberitahu mengenai "Andre" oleh agen-agen Amerika sebelumnya di Kuala Lumpur.

 

117. "Andre" adalah seseorang yang saya reka pagi itu di dalam keadaan yang amat terdesak.

 

118. Perkara ini berlanjutan begitu lama.

 

119. Kadang-kadang semasa sesesi soal-siasat, mereka bawakan kepada saya bungkusan nasi dan ikan goreng dengan rasa pelik yang sama yang telah pun diberikan kepada saya dulu. Kesemua makanan nasi yang diberikan kepada saya tidak menyelerakan dan membuat saya tidak selesa dan "loya". Saya makan apa yang saya boleh makan daripada bungkusan tersebut tetapi soal-jawab tersebut diteruskan sekalipun pada ketika itu.

 

120. Mereka kemudian memperkenalkan sesesi senario hubungan seks sebelumnya ke dalam soal-siasat dan mula menekan saya untuk maklumat terperinci. Apabila saya tidak mempunyai apa-apa untuk diberikan, mereka menyuruh saya memikirkan mengenainya sementara mereka menunggu pegawai kanan mereka kembali. Buat sementara waktu mereka bercakap mengenai cerita-cerita lain dan gambaran mengenai seks oral (mulut).
 
121. Kemudian mereka kembali semula kepada corak soal-siasat yang lalu tetapi mula menumpukan lebih perhatian tentang Anwar. Mereka mengingatkan saya berulang kali bahawa Anwar seorang homoseks, bahawa saya telah "fuck" Anwar, bahawa mereka mempunyai bukti mengenainya. Mereka membuka sebuah beg, mengambil keluar beberapa keping gambar dan melemparkannya di atas meja. Ianya adalah foto gambar biasa yang normal. Dua keping gambar saya, satu gambar saya seorang dan satu bersama seorang yang dikenali sebagai Khalid Jaffar (Jeffri). Terdapat satu lagi gambar seorang yang mereka katakan "Mior". Saya tidak kenal "Mior" tersebut.

 

122. Saya ingat yang dua orang penyoal-siasat keluar pada satu ketika dan kemudian kembali dengan membawa beberapa kertas kerja tulisan saya yang diambil daripada rumah saya. Seorang daripada mereka terus membuat ugutan yang apabila dia masuk saya sedang bermuslihat dengan mereka. Dia mendakwa yang dia telah mencuba untuk mencetak beberapa material daripada sebuah disk yang telah diambil daripada rumah saya tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana saya telah menyorok material tersebut. Saya menafikannya, saya memberitahunya yang kemungkinan dia tidak dapat membaca fail tersebut. Dia memberi amaran yang arahan penahan masih menanti.

 

123. Tiba-tiba seorang daripada mereka berempat menjerit kepada saya supaya berdiri. Saya menurutinya. Keempat-empat mereka datang dari sebalik meja dan mengerumuni saya dengan cara yang sungguh agresif seperti mereka hendak memukul saya. Seorang daripada mereka menghadap saya muka ke muka. Mereka semua menjerit kepada saya, di telinga saya, dengan kuat, berulang-ulang kali, bahawa saya telah "fuck" Anwar, "fuck" Anwar, "fuck", "fuck", Anwar, Anwar. Mereka menjerit, menjerit dan menjerit, di telinga saya, di muka saya, kepada saya, berulang-ulang kali, menyuruh saya berulang kali supaya berkata "ya" sehingga saya menyerah kalah dan tidak tahan mengatakan ya, ya. Mereka berhenti menjerit. Itulah yang mereka hendak dengar. Mereka tidak berminat bahawa itu adalah tidak benar.

 

124. Mereka memberikan saya sebatang rokok dan membenarkan saya menghisapnya.

 

125. Soal-siasat diteruskan.

 

126. Terdapat gangguan yang kerap di antara penyoal-siasat. Mereka sentiasa menukar topik.

 

127. Bilamana mereka sukakannya, saya dipaksa berbaring di atas lantai dan memperaksikan seks dubur dengan Anwar. Saya disuruh bertukar posisi seolah-olah saya di atas Anwar dan Anwar di atas saya.

 

128. Semua ini sungguh memalukan, menyedihkan dan menjatuhkan maruah. Ianya telah jatuh ke paras kelucahan dalam kedua-dua aksi dan perkataan mereka. Tetapi mereka tidak pernah berhenti. Mereka memalukan saya, mencemuh saya, ketawakan saya, mendakwa saya mempunyai punggung yang berharga, mengingatkan saya yang tidak ramai orang di dalam dunia ini yang mempunyai keistimewaan untuk "meliwat" dan "diliwat" oleh seorang Timbalan Perdana Menteri.

 

129. Semua ini adalah penipuan tetapi saya terpaksa mengharunginya, mendengar mereka.

 

130. Mereka berulang kali menggerudi fikiran saya bahawa tanggapan saya adalah salah, bahawa mereka sedang mengajar saya, memulihkan saya, menunjukkan kepada saya bagaimana saya membantu Malaysia dan keluarga saya, bahawa jalan keluar saya dari tempat itu adalah dengan memberikan apa yang negara mahukan.

 

131. Mereka kembali semula ke isu seks dan letakkan gambar "Mior" di atas meja. Mereka menanya butiran lelaki tersebut. Saya memberitahu mereka yang saya tidak kenal lelaki ini. Mereka berkata yang saya telah "meliwat" Mior. Saya menafikannya.

 

132. Mereka kembali kepada Anwar dan seks dubur dan tanggapan saya. Setapak, setapak, dengan bergilir menjerit, menjerkah dan menyoal saya, dengan memujuk dan mengugut, dengan amaran mengenai penahanan dan keluarga saya, mereka menyuruh saya mengulang apa yang mereka katakan berulang-ulang kali, bahawa saya telah melakukan seks di luar tabii dengan Anwar beberapa kali. Mereka memaksa saya mengatakan yang saya menyesal mengenainya semua, bahawa saya malu mengenainya dan menyesal bahawa semua perkara tersebut telah berlaku. Beberapa ketika mereka berhenti untuk memastikan yang maklumat tersebut semuanya telah digerudi masuk ke dalam saya dan kemudian mereka menyambungnya. Mereka memaksa saya mengatakan bahawa saya dipaksa melakukannya kerana saya bimbang pekerjaan saya dan jika saya menolak kemahuan Anwar, pekerjaan saya akan berada di dalam bahaya, bahawa saya akan kehilangan sumber pendapatan yang penting. Mereka memaksa saya mengatakan yang ianya amat menyedihkan saya bahawa perangai seperti ini datang daripada seseorang yang mendakwa dirinya Muslim yang warak dan bahawa dia telah menipu ramai umat Islam di negara ini dan juga seluruh dunia umat Islam yang telah menganggapnya sebagai seorang pemimpin yang bersemangat. Mereka memaksa saya mengatakan bahawa setiap kali saya melakukan aksi ini, ianya adalah satu pengalaman yang menjijikkan kepada saya. Semua ini adalah penipuan yang direka oleh pegawai-pegawai ISA.
 

 

133. Mereka mahu menetapkan butiran maklumat dan menyuruh saya memilih satu bulan. Saya tidak boleh kerana memang tidak pernah berlaku sebarang hubungan homoseks di antara saya dan Anwar. Saya tidak boleh memilih apa-apa. Mereka berkata yang mereka akan menolong dan mula meneliti pekerjaan saya di Malaysia. Mereka meneliti butiran maklumat; bahawa pertama kali saya berjumpa Anwar pada tahun 1984; bahawa pertama kali saya datang ke Malaysia pada tahun 1986; bahawa saya hanya datang melawat pada tahun 1986, 1987 dan 1988; Bahawa saya mula tinggal di Malaysia pada tahun 1988. Para penyoal-siasat saya menghadapi kesusahan untuk menetapkan tarikh. Penyoal-siasat saya akhirnya menetapkan pada bulan Mac 1993 kerana di dalam soal-siasat mereka, mereka merasakan selepas tahun 1993, aktiviti penulisan ucapan saya untuk Anwar telah amat berkurangan. Ini adalah kerana Anwar telah dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan penekanannya adalah lebih terhadap kewangan dan saya tidak dapat membantu. Kadang-kadang apabila ucapan intelektual hendak dibuat, satu draf akan diberikan kepada saya dan saya akan menyuntingnya.

 

134. Mereka tahu daripada hasil soal-siasat mereka bahawa pada tahun 1993, saya tinggal di Bukit Damansara dengan isteri dan anak-anak saya.

 

135. Jadi, mereka memilih bulan tersebut - ianya adalah Mac 1993. Saya banyak berjalan pada waktu itu dan berharap pada diri saya sendiri yang saya berada di luar negara dalam bulan Mac 1993 - Saya mungkin berada di New Delhi, atau Casablanca atau di Qatar untuk menghadiri konferens atau pulang ke rumah saya di Amerika. Saya tidak memberitahu mereka mengenai perkara ini.

 

136. Mereka menentukan untuk tujuan versi rekaan bahawa Anwar memanggil saya datang untuk berbual-bual, bahawa pada ketika itu ianya lebih kurang seminggu atau 10 hari selepas beliau dilantik menjadi TPM, bahawa saya pergi ke sana, bahawa ini adalah hubungan terakhir saya dengannya.

 

137. Kemudian saya dikehendaki tanpa henti-henti mengulang segala butiran yang telah mereka tentukan sehingga ianya digerudi masuk ke dalam saya.

138. Dan ianya berjalan secara berterusan sehingga mereka habis mereka-cipta keseluruhan cerita. Tidak ada rehat langsung untuk saya, tidak ada sebarang keredaan di dalam soal-siasat mereka yang tekun.

 

139. Apabila mereka akhirnya berpuas-hati dengan pengulangan saya mengenai butiran maklumat, mereka menukar kembali topik yang pihak berkuasa yang lebih tinggi telah dimaklumkan mengenai saya, bahawa mereka gembira dengan kerjasama dan prestasi yang telah saya berikan. Mereka menawarkan saya sebatang rokok dan kemudian meninggalkan saya seorang diri di dalam bilik sekejap.

 

140. Sebentar kemudian seorang pegawai lain masuk. Inilah orangnya yang kemudiannya membawa saya berjumpa dengan majistret untuk merakamkan kenyataan daripada saya. Dia kelihatan begitu garang ketika dia berjalan masuk. Dia menjerit kepada saya menyuruh saya berdiri. Saya menurutinya. Dia datang dan berdiri di hadapan saya. Dia berkata yang mereka sedang membatalkan kad pengenalan saya, bahawa usaha sedang dijalankan untuk menghantar saya ke pusat tahanan dan saya kemudiannya akan dihalau keluar negara. Dia memberitahu yang kerakyatan Amerika saya berada di dalam keadaan yang amat berbahaya dan bahawa agen-agen Amerika di Malaysia yang menyiasat telah membuat keputusan untuk memansuhkannya. Keluarga saya telah diberitahu supaya mengemas barang-barang. Beliau memberi amaran yang saya sudah tidak ada apa-apa melainkan saya bersetuju untuk berkhidmat kepada negara, bahawa saya hanya mempunyai satu pilihan dan ianya adalah dengan bekerjasama dengan mereka. Beliau kemudian memulakan satu ucapan penuh emosi tentang cintakan Malaysia, mengenai pengorbanan, mengenai perjuangan dan mengorbankan nyawa seseorang demi pertahanan Malaysia, mengenai mempertahankan Malaysia, mengenai masuk penjara demi Malaysia. Dia menjerit ke arah saya sama ada saya bersedia untuk melakukan semua itu. Dia menjerit "jawab, jawab, jawab". Saya amat terkejut dan apa yang saya boleh katakan ialah "ya, ya, ya". Dia menghentakkan kakinya di atas lantai, mengangkat tangannya ke udara dan melaungkan "Hidup Malaysia", kemudian berpusing dan berjalan keluar.

 

141. Saya berdiri terpacak di atas lantai dan masih lagi berdiri apabila keempat-empat penyoal-siasat berjalan masuk kembali. Mereka menyuruh saya duduk dan memberitahu saya yang saya telah melakukan kerja dengan bagus. Mereka menawarkan saya sebatang rokok dan memberitahu saya bahawa ianya cuma 4 hingga 5 bulan dan saya tidak perlu merisaunya. Mereka berkata bahawa itulah hukuman yang akan saya terima. Saya membantah tetapi mereka berkata yang saya tidak perlu risau. Mereka menawarkan saya sebatang lagi rokok dan ketawa dan berkata yang saya mempunyai "pelir" yang hebat.

 

142. Pegawai sebelumnya berjalan masuk sekali lagi. Dia menyuruh saya berdiri lagi dan memberitahu saya yang beliau telah bercakap dengan pegawai kanannya dan segalanya mesti dilakukan pada hari itu juga, malam itu juga. Dia menunggu pegawai-pegawai kanannya untuk tiba. Beliau meninggalkan bilik dalam keadaan yang sama, menghentakkan kakinya di atas lantai, mengangkat tangan dan melaungkan "Hidup Malaysia".

 

143. Sebentar kemudian dia datang kembali dan bercakap secara sulit dengan keempat-empat penyoal-siasat. Dua daripada mereka kemudiannya meninggalkan bilik. Pada ketika itu, empat pegawai baru berjalan masuk. Saya tidak pernah melihat mereka sebelum ini. Kesemua mereka yang berada di dalam bilik menabik keempat-empat pegawai baru tersebut. Tiga daripada pegawai-pegawai yang baru masuk duduk di kerusi-kerusi yang pada asalnya diduduki oleh keempat-empat penyoal-siasat yang lalu. Seorang daripada mereka berdiri dekat dengan pintu. Pegawai "Hidup Malaysia" juga masih berdiri. Baki dua orang penyoal-siasat asal meninggalkan bilik, menutup pintu di belakang mereka. Pegawai-pegawai lain memanggil lelaki yang duduk di tengah sebagai "Dato".

 

144. "Dato" ini pada mulanya bercakap di dalam intonasi suara yang hambar. Dia bermula dengan memberitahu saya bahawa mereka hendakkan Anwar dan mereka mahukannya. Beliau mengatakan yang Anwar telah melakukan kerosakan yang teruk kepada negara dan bahawa saya boleh menolong mereka dengan banyak dengan bersetuju untuk mengaku mempunyai hubungan homoseks dengan Anwar. Beliau menambah bahawa ini adalah satu khidmat kepada negara dan merupakan satu pengorbanan yang mana saya akan diberi hadiah yang lumayan, bahawa semua masalah saya akan diselesaikan, bahawa saya akan diberikan kerakyatan Malaysia, bahawa saya akan diberikan pekerjaan yang lumayan dan lebih penting lagi bahawa saya akan menjadi orang yang merdeka dan bahawa keluarga saya akan kukuh bersama. Beliau meyakinkan saya bahawa mereka akan berhubung dengan agen-agen Amerika untuk menyelesaikan kerakyatan Amerika saya dengan sempurna. Beliau mengatakan yang pegawai-pegawainya telah memberitahunya yang saya telah bersetuju untuk mati demi negara tetapi dia tidak ada niat untuk menghukum saya kerana saya adalah seorang mangsa nafsu Anwar dan apalah 4 hingga 5 bulan penjara dibandingkan dengan kematian. Beliau menggulung dengan memberitahu saya bahawa dengan menolong mereka menangkap Anwar, saya menolong negara untuk menghapuskan seorang pembelot dan mereka hendakkan Anwar, bukannya saya.

 

145. Orang di sebelah kiri Dato kemudian mengambil-alih. Beliau berkata bahawa mereka akan mengatur saya untuk membuat kenyataan mengenai hubungan homoseks dengan Anwar dan semuanya akan menjadi baik selepas itu. Dia berkata bahawa mereka akan mengatur semua ini dengan halus, bahawa pegawai-pegawai mereka akan memberikan maklumat lanjut tentang bahasa tetapi mereka tidak boleh masuk campur jika tidak Anwar dan orang-orangnya akan menuduh pihak polis. Dia tidak mengatakan apa-apa mengenai prosedur mahkamah, mengenai hukuman atau penjara walaupun beliau sentiasa meyakinkan saya untuk mempercayai mereka dan percayakan yang mereka akan menjaga saya dan keperluan keluarga saya. Mereka memujuk saya dengan mengatakan yang isteri saya boleh memanggil mereka untuk bantuan setiap masa dan keselamatan saya dan keluarga saya adalah tanggung-jawab utama mereka.

 

146. Saya menjadi kebas disebabkan rasa takut dan risau.

 

147. Apabila beliau habis, ketiga-tiga pegawai yang duduk terus berdiri. Pegawai-pegawai rendah menabik beliau dan kesemua mereka melaungkan "Hidup Malaysia" dan kesemua mereka meninggalkan bilik.

 

148. Sekarang sudah semestinya lewat malam. Saya ditinggalkan bersendirian untuk beberapa minit. Kemudian keempat-empat penyoal-siasat berjalan masuk. Seorang datang kepada saya dan menampar belakang saya dan berkata yang saya telah lakukan kerja yang bagus dan bahawa mereka sekarang boleh "fuck" Anwar Ibrahim.

 

149. Seorang dari keempat-empat penyoal-siasat meninggalkan bilik. Sebentar kemudian dia kembali dengan seorang pegawai "kanan". Pegawai kanan tersebut memberitahu saya bahawa beliau sangat gembira dengan saya dan bahawa kad pengenalan saya tidak akan dibatalkan. Dia menambah yang beliau akan membincangkan perkara tersebut dengan pegawai kanannya dan akan memberitahu saya semula tetapi buat sementara waktu saya patut memikirkan mengenainya dan patut berehat.

 

150. Saya kemudiannya ditutup mata dan digari dan dibawa turun 50 anak tangga dan dikembalikan ke bilik kurungan saya.

 

151. Sekali lagi saya telah diarahkan untuk mandi pada awal pagi dalam keadaan tergesa-gesa dan kemudian diberikan teh dan sepotong roti. Tetapi tidak seperti hari-hari yang sebelumnya, saya tidak dibawa terus ke bilik soal-siasat. Sebaliknya saya ditinggalkan bersendirian di bilik kurungan saya.

 

152. Beberapa lama kemudian, salah seorang daripada pengawal masuk ke dalam bilik kurungan saya dan memberitahu saya yang mereka hendak membawa saya keluar. Saya tidak memahami maksud beliau. Dia memberikan kepada saya pakaian dan selipar yang saya telah pakai ketika saya ditangkap dan menyuruh saya mengenakan pakaian.

 

153. Saya sekali lagi telah digari dan ditutup mata dan dipimpin keluar dari bilik kurungan. Saya rasa saya telah dibawa turun satu atau dua tingkat dan kemudian dimasukkan ke dalam sebuah kenderaan. Saya dapat mengingat yang kenderaan tersebut bergerak untuk jangka waktu yang panjang. Ia kemudiannya berhenti dan saya mendengar sebuah pintu dibuka dan seketika kemudian penutup mata saya dibuka. Saya sedar yang saya telah berada di dalam sebuah van yang mempunyai tingkap gelap yang lebih besar daripada biasa. Mereka kemudiannya terus menggantikan penutup mata saya dengan sepasang kaca mata yang "kabur" yang tidak membenarkan mata saya memfokus.

 

154. Mereka kemudiannya memindahkan saya ke tempat duduk belakang sebuah kereta proton. Saya dihimpit oleh dua orang pegawai. Kereta tersebut bergerak dan selepas berjalan sebentar, seseorang secara tiba-tiba membuka kaca mata kabur saya. Saya sedar yang kami berada dekat dengan kawasan Bangunan Sultan Abdul Samad. Salah seorang pegawai di sebelah saya meletakkan satu jaket di atas gari tangan saya, saya rasakan untuk menyelindunginya. Saya perasan yang kereta tersebut dipandu dalam keadaan tidak tentu arah. Salah seorang pegawai menekan saya turun ke tempat duduk supaya saya tidak boleh dilihat.

 

155. Apabila kereta berhenti, saya sedar yang saya berada di Bukit Aman. Saya disuruh keluar dari kereta dan salah seorang pegawai membuka gari tangan saya. Saya kemudiannya nampak salah seorang pegawai kanan yang telah menyoal-siasat saya berjalan ke arah kereta. Dia bercakap dengan dua daripada pegawai-pegawai yang datang dengan kereta proton. Ketiga-tiga mereka membawa saya ke kafeteria di mana mereka memesan makanan. Inilah makanan pertama saya semenjak saya ditahan.

 

156. Ketika kami berada di kafeteria, Inspektor Mazlan, orang yang telah menangkap saya datang ke meja dan memberitahu saya bahawa dia sekarang menyerahkan saya kepada seorang pegawai lain. Ada seorang pegawai berbangsa India yang bersama dengannya pada masa itu. Pegawai India tersebut kemudiannya diperkenalkan kepada saya ketika saya sedang dirawat di Wad Pemulihan Jantung, Hospital Besar Kuala Lumpur sebagai Rajakopal. Saya sekarang ini telah diberitahu oleh para peguam saya bahawa Rajakopal ialah si pengadu di atas kertas pertuduhan terhadap saya di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur. Saya tidak pernah bertemu atau nampak Rajakopal ini sebelum hari tersebut. Rajakopal ini hanya duduk sebentar.

 

157. Sepanjang waktu saya berada di kafeteria, ketiga-tiga penyoal-siasat itu berada bersama saya.

 

158. Selepas Rajakopal pergi, pegawai kanan tersebut mula memberitahu saya bahawa keluarga saya akan berbangga dengan saya dan mereka berada di dalam keadaan selamat. Dia mengingatkan saya yang saya memberikan khidmat yang besar untuk mereka dan negara yang mana saya akan diingati. Beliau kemudiannya berkata sudah sampai masa untuk saya memberikan kenyataan untuk direkodkan seperti mana saya telah ditaklimatkan pada malam sebelumnya dan kemudian menambah, sebagai satu amaran yang jelas, bahawa masalah penahanan ISA saya akan diselesaikan selepas saya memberikan kenyataan.

 

159. Mereka kemudian memasukkan saya ke dalam kereta dan menyorok saya dengan menyuruh saya membongkok ke hadapan. Apabila kereta akhirnya berhenti dan saya dibawa keluar daripada kereta, saya sedar bahawa saya berada di kompleks mahkamah.

 

160. Di mahkamah, ketika kami berjalan, saya sentiasa diingatkan mengenai apa yang patut saya katakan di dalam kenyataan kepada majistret.

 

161. Kami duduk di dalam salah sebuah bilik buat beberapa ketika. Saya rasa mereka sedang menghadapi masalah kerana para jurugambar sedang mengikuti mereka. Mereka mahu mengelak daripada pendedahan. Kami pergi ke sebuah pejabat di tingkat 2 atau 3. Mereka telah menolak saya melalui koridor-koridor yang berliku. Saya tidak dapat mengingat ke mana kami sedang pergi. Saya kemudiannya dibawa turun dan dipaksa berjalan ke sebuah bilik di mana saya diberitahu seorang majistret sedang menunggu.

 

162. ASP Mazlan bersama saya ke mahkamah seksyen. Seorang pegawai kanan

 ISA juga berada di situ. ASP Mazlan pergi ke bilik majistret dan membawa saya masuk. Pegawai ISA menunggu di luar.

 

163. Majistret tersebut bercakap dengan saya dalam bahasa melayukan. Saya berkata yang saya perlukan seorang penterjemah. Seorang penterjemah, saya rasa dia dipanggil sebagai Affendi, dibawa masuk. Pada masa itu majistret tersebut memberitahu ASP Mazlan dan pegawai polis lain yang bersama saya supaya meninggalkan bilik. Sekarang hanya tinggal saya, majistret dan Affendi di dalam bilik tersebut.

 

164. Majistret tersebut menulis beberapa butiran di atas beberapa kertas yang bergaris. Dia (seorang perempuan) mempunyai seperti sebuah kertas garis panduan di sebelah kirinya di mana beliau sering merujuknya. Dia menulis satu perenggan atau sepertinya,dll........berada di sini bersama ........nama saya .............Dia menulis dan membacakannya kembali kepada saya.

 

165. Beliau menanya saya sama ada saya bersetuju; sama ada saya ingin menukar apa-apa atau menambah apa-apa, dll.

 

166. Saya berkata "tidak".

 

167. Beliau menulis nama saya, namanya, nombor kad pengenalan saya, nombor kad pengenalannya, dll.

 

168. Beliau kemudian menandatanganinya dan menyuruh saya menandatanganinya.

 

169. Pada satu ketika beliau menanya saya sama ada saya berada di situ di atas kerelaan diri saya sendiri dan membuat kenyataan yang saya berada bersendirian di dalam biliknya. Saya tidak tahu sama ada saya mahu ketawa atau menangis kerana dia sememangnya tidak faham akan fakta bahawa saya telah dibawa ke situ oleh para penangkap dan penyoal-siasat saya, bahawa mereka sedang menunggu saya di luar dan bahawa apabila saya telah selesai, saya akan diserahkan kembali kepada mereka dan dibawa balik ke bilik kurungan saya. Hidup saya dan kebebasan saya dan juga keluarga saya berada di dalam tangan pihak polis. Mereka semestinya akan tahu kesemua yang saya lakukan atau katakan di dalam bilik tersebut dan mereka sememangnya telah memberitahu saya bahawa mereka akan mendapat satu salinan mengenai apa yang telah direkodkan di situ, jadi apakah kerelaan diri yang saya dapat lakukan.

 

170. Sinisnya penulisan beliau bahawa saya membuat kenyataan di atas kerelaan diri saya dan membaca kembali kenyataan tersebut kepada saya dan kemudian menyuruh saya menandatanganinya, memberikan pukulan yang hebat terhadap diri saya. Beliau membacakannya kembali kepada saya. Beliau mengingatkan bahawa hanya kami bertiga berada di bilik tersebut. Kami menandatanganinya.

 

171. Beliau kemudiannya menyuruh saya memberikan kenyataan.

 

172. Saya menyatakan kembali apa yang telah disuruh oleh para penangkap saya.

173. Selepas beliau merekodkan kenyataan saya, saya menandatanganinya seperti yang beliau minta. Apabila beliau selesai, beliau memanggil kembali ASP Mazlan. Para pegawai ISA yang lain menunggu di luar. Selepas saya diserahkan kembali kepada ASP Mazlan dan pegawai-pegawai ISA, saya digari, dimasukkan ke dalam sebuah kereta dan dibawa ke Bukit Aman. Di sana, saya disuruh duduk di dalam sebuah bilik di menara bangunan. Saya rasa saya berada di tingkat 10 di dalam pejabat ASP Mazlan.

 

174. Ketika saya berada di sana, sekali lagi cap jari dan gambar saya diambil.

 

175. Seketika kemudian ASP Mazlan datang kepada saya dan memberi komen mengenai kenyataan yang telah saya berikan kepada majistret. Beliau mengatakan yang ianya adalah lemah kerana tidak mempunyai sebarang tarikh atau masa di dalamnya atau tempat dan butiran terperinci. Saya memberitahunya bahawa para penyoal-siasat saya pada malam sebelumnya, secara spesifik seorang pegawai kanan, telah memberikan taklimat kepada saya tentang apa yang hendak dikatakan di dalam kenyataan. Tambahan lagi, pegawai kanan tersebut telah mengingatkan saya sekali lagi pada petang tersebut tentang apa yang dipertaruhkan ke atas diri saya sekiranya saya tidak mengikut apa yang diharapkan daripada saya.

 

176. ASP Mazlan kemudiannya menanya saya sama ada saya mempunyai seorang peguam. Saya memberitahu yang saya tidak ada. Beliau berkata kepada saya bahawa saya tidak perlu bimbang dan bahawa beliau sudah mempunyai seorang peguam untuk saya. ASP Mazlan tidak pernah pada waktu ini, atau sebelum atau selepas itu, memberitahu saya bahawa isteri saya telah pun mengambil seorang peguam untuk saya dan bahawa peguam tersebut sudah pun berhubung dengan Ibu Pejabat Polis semenjak hari penahan saya yang pertama lagi.

 

177. Beliau kemudian membuat satu panggilan telefon dan bercakap dengan seseorang. Saya tidak tahu dengan siapa beliau bercakap. Beliau menyatakan satu nama kepada saya - Yacob Karim - dan selepas memberitahu saya bahawa dia akan menjadi peguam saya, beliau memberikan telefon kepada saya. Yacob Karim ini mengingatkan saya bahawa kami pernah berjumpa di sebuah konferens di Sarawak. Ianya berlaku sekali, enam tahun yang lalu. Saya tidak pernah berjumpa lagi dengan Yacob Karim ini selepas itu dan tidak pun tahu di mana pejabatnya atau nombor telefonnya. Walau bagaimanapun saya berasa lega kerana di sini akhirnya ada seseorang yang pernah saya berjumpa, walaupun jika sekali enam tahun dahulu, dan bahawa kemungkinan saya akan mendapat pertolongan daripadanya. Yacob Karim mengatakan bahawa beliau akan berjumpa dengan saya secepat mungkin. Saya sangka saya bercakap dengan Yacob Karim ketika beliau berada di dalam pejabatnya.

 

178. Kira-kira 5 hingga 10 minit kemudian ASP Mazlan berkata kepada saya bahawa beliau akan membawa saya berjumpa dengan peguam tersebut, Yacob Karim. Kami meninggalkan pejabatnya dan ASP Mazlan membawa bersama satu salinan kenyataan yang telah direkodkan oleh majistret.

 

179. Di dalam fikiran saya memang telah tersedia bahawa saya akan dipandu keluar dari Bukit Aman ke sebuah pejabat di suatu tempat. Walhal lif berhenti sama ada di tingkat 3 atau 5. Saya mengagak yang ASP Mazlan singgah di situ untuk mengambil sesuatu. Beliau menyuruh saya keluar mengikutnya. Kami memasuki satu bilik di mana saya lihat sebuah meja dan dua buah kerusi. Saya disuruh duduk. Belum pun sempat saya mendudukinya, Yacob Karim berjalan masuk melalui sebuah pintu lain.

 

180. Apa yang dapat saya katakan ialah ianya telah pun dirancang dan apabila ASP Mazlan bercakap dengan Yacob Karim sekejap tadi, Yacob Karim ini memang telah berada di Ibu Pejabat Polis.

 

181. Yacob Karim duduk di meja bertentangan dengan saya. Ayat pertamanya kepada saya ialah beliau bersimpati bahawa peliwatan telah berlaku ke atas diri saya. Saya begitu terkejut mendengarnya. Ini menunjukkan yang beliau telah pun diberi taklimat oleh pihak polis dan lebih mengejutkan bahawa beliau mempercayainya. Beliau mempunyai satu salinan kenyataan tersebut bersamanya.

 

182. ASP Mazlan dan seorang lagi pegawai polis yang saya tidak dapat pastikan ada bersama sepanjang waktu saya bersama dengan Yacob Karim.

 

183. Yacob Karim kemudian memulakannya dengan memberitahu saya bahawa rancangan telah pun diatur dan bahawa saya akan dibawa ke mahkamah seksyen pada esok hari dan bahawa saya dikehendaki untuk mengaku bersalah di atas satu tuduhan dan mengaku terhadap kesalahan. Saya menanya beliau mengapa saya diminta untuk mengaku salah dan beliau menjawab sekiranya tidak, mereka tidak boleh memulakan kes terhadap Anwar. Beliau berkata yang perancangan telah diatur untuk saya mendapat hukuman yang ringan. Kepada setiap soalan yang saya berikan kepadanya selepas itu, beliau memberikan satu jawapan yang sama - "Jangan tanya saya. Tanya pihak polis."

 

184. Beliau kemudian mula menanyakan beberapa soalan ringkas mengenai latar belakang saya, membuat beberapa catatan nota dengan tangan dan menambah yang beliau telah pun mendapat maklumat mengenai latar belakang saya daripada pihak polis. Beliau asyik meyakinkan saya sepanjang masa bahawa hukuman yang akan diberikan adalah ringan dan bahawa ianya hanyalah untuk beberapa bulan. Saya cuba memberitahunya bahawa saya tidak melakukan apa-apa kesalahan tetapi beliau menjawab bahawa saya tidak perlu bimbang dan bahawa saya sedang melakukan khidmat yang baik untuk negara, bahawa negara Malaysia akan mengingati saya tentang khidmat yang saya berikan.

 

185. Yacob Karim keluar selepas itu.
 
186. Yacob Karim tidak pernah sekalipun bercakap mengenai bayaran atau diambil oleh saya atau memberitahu isteri saya mengenai keadaan diri saya. Saya sekarang ini tidak terkejut dengan cara beliau mengendalikan saya petang tersebut setelah perlakuannya yang sebegitu rupa pada waktu itu dan berikutannya menunjukkan dia dengan jelas bekerjasama dengan pihak polis untuk menafikan hak saya.

 

187. Selepas Yacob Karim pergi, tiga daripada penyoal-siasat saya yang lalu masuk ke dalam bilik. Seorang daripada mereka ialah pegawai Melayu yang telah berterusan menyoal-siasat saya semenjak perpindahan saya ke pusat soal-siasat. Mereka mengingatkan saya mengenai perancangan yang telah dibuat untuk hari esok dan memberi amaran mengenai akibatnya, sekiranya sesuatu yang tidak kena berlaku. Saya diingatkan yang keluarga saya berada di dalam keadaan yang lemah dan bahawa pengorbanan saya adalah kecil demi kebaikan mereka dan saya. Saya diberitahu yang agen-agen Amerika sedang menunggu perbicaraan esok hari dan akan berangkat selepas itu dan bahawa kerakyatan Amerika saya sudah pun terjamin. Saya diberitahu yang negara akan berbangga dengan saya, bahawa ianya adalah satu pertolongan kecil untuk Malaysia.

 

188. Saya diberikan amaran untuk tabah pada esok hari dan untuk mengaku salah seperti mana peguam telah memberitahu saya. Saya diberitahu bahawa saya mestilah mempercayai para pegawai kanan ISA dan bahawa kesemua janji-janji mereka akan dilaksanakan. Mereka memberitahu saya yang saya hendaklah memahami kesusahan mereka kerana orang-orang Anwar sekarang sudah menjadi musuh saya dan bahawa mereka cuba untuk membakar rumah saya dan mencederakan saya dan keluarga saya. Mereka berkata yang saya terpaksa pergi untuk 5 hingga 6 bulan supaya perkara tersebut menjadi reda namun selepas saya keluar dari penjara, ada pekerjaan menanti saya. Semasa 5 hingga 6 bulan itu, mereka berkata, keluarga saya akan dijaga dan bahawa mereka telah pun bercakap dengan isteri saya. Isteri saya sekarang memberitahu saya bahawa tidak ada seorang pun daripada Ibu Pejabat Polis menelefon beliau atau memberikan sebarang maklumat mengenai di mana saya berada.

 

189. Selepas semua amaran tersebut, saya ditahan di dalam sebuah bilik kurungan di Bukit Aman dan ditinggalkan sendirian untuk malam tersebut.

190. Pada keesokan paginya, saya adalah seorang yang begitu berkecamuk dengan kebimbangan. Saya disuruh memakai pakaian yang sama ketika saya ditangkap tempoh hari. Saya memakai selipar di kaki dan diberikan ketayap untuk dipakai untuk melindungi kepala saya yang botak.

 

191. Saya dibawa ke kompleks mahkamah oleh ASP Mazlan dan beberapa pegawai polis yang lain. Mereka menggunakan pelbagai taktik samaran dan muslihat yang pada mulanya untuk menyembunyikan saya daripada segerombolan jurugambar-jurugambar yang berada di situ. Saya akhirnya dibawa masuk ke sebuah mahkamah. Saya menggeletar dan degupan jantung saya menjadi semakin kuat. Saya mengalami kesusahan bernafas dan saya mengalami kesusahan untuk mengawal pundi kencing saya. Saya dapat mengingat yang pada satu ketika seseorang memberikan sesuatu untuk saya pakai untuk menghentikan kegetaran saya tetapi ianya tidak membantu. Saya dapat mengingat yang pada satu ketika, di tengah-tengah perbicaraan mahkamah, saya tidak dapat mengawal pundi kencing saya lagi dan terpaksa dibenarkan untuk pergi membuang air kecil.

 

192.Saya kemudiannya dibawa masuk ke dalam sebuah mahkamah oleh ASP Mazlan dan ramai lagi pegawai polis yang lain. Yacob Karim berada di dalam mahkamah. Saya nampak ASP Mazlan dan beberapa pegawai polis yang lain berpecah di kawasan mahkamah. Yacob Karim datang kepada saya dan menyerahkan dua dokumen. Beliau berkata ianya adalah pertuduhan yang saya mesti akui. Saya melihat dokumen tersebut buat pertama kalinya pagi tersebut. Walaupun di dalam keadaan sebegitu, saya terkejut dengan isi kandungannya. Yacob Karim memberitahu saya supaya jangan menyoal apa-apa, hanya mengaku bersalah dan kemudian, apabila ditanya, untuk mengiyakan yang saya tahu bahawa saya boleh dihukum di atas kesalahan tersebut. Beliau kemudian menunjukkan saya sehelai lagi kertas yang beliau katakan adalah fakta-fakta kes. Beliau berkata apabila fakta-fakta dibacakan kepada saya, saya dikehendaki untuk mengakukan mereka dan jangan berkata apa-apa lagi. Beliau memberitahu saya bahawa beliau akan menangani yang lainnya dan kesemuanya telah pun dijaga.

 

193. Pada satu ketika sebelum hakim masuk ke dalam mahkamah, saya nampak seorang lelaki datang kepada saya. Beliau berkata bahawa beliau adalah seorang peguam dan bahawa isteri saya telah melantik beliau untuk mewakili saya. Lelaki ini menuding kepada Yacob Karim dan menanya siapakah dia. Yacob Karim datang ke tempat saya dan berdiri di situ. Lelaki ini bercakap dengan saya secara tiba-tiba dan menanya siapa yang melantik Yacob. Saya menunjuk kepada ASP Mazlan. ASP Mazlan nampak marah dan serta merta membuat isyarat supaya saya jangan melibatkan dirinya dan menuding ke arah Yacob Karim. Saya nampak beberapa pegawai polis berpakaian biasa mula bergerak. Saya panik, memikirkan apa yang akan terjadi dan takutkan apa yang akan terjadi kepada isteri dan anak-anak saya. Yacob yang selama ini senyap tiba-tiba bersuara dan berkata bahawa beliau adalah peguam saya. Saya hilang pertimbangan diri kerana amat ketakutan. Kepala saya dipenuhi dengan ISA, ugutan yang dibuat terhadap diri saya dan keluarga saya, keperluan untuk menyimpan rahsia mengenai pihak polis seperti mana yang mereka mahukan. Saya rasakan sekiranya saya membuat satu langkah yang tidak disenangi oleh pihak polis, keluarga saya akan dicederakan, bahawa mereka akan menggunakan segala kekuatan mereka ke atas isteri saya dan kedua anak saya yang masih kecil. Saya telah pun merasai kuasa kekuatan mereka.

 

194. Saya menjerit kepada peguam ini perkataan-perkataan yang memberikan maksud bahawa dia tidak ada hak untuk berkomunikasi dengan isteri saya ataupun masuk campur dalam hal peribadi saya. Saya berharap dengan kemarahan tersebut untuk memujuk para penangkap saya supaya mereka tidak akan mengganggu keluarga saya. Saya kemudiannya bercakap dengan kuat untuk ASP Mazlan dan pegawai polis yang lain dengar bahawa saya tidak mempunyai apa-apa dengan peguam yang datang ke situ.

 

195. Pada beberapa ketika semasa saya berada di mahkamah itu saya nampak isteri saya. Dia nampak tergamam, seperti ukiran batu. Dia kelihatan seperti tidak dapat bergerak, seperti seekor haiwan yang tertangkap di dalam suluhan lampu kereta bergerak yang terang. Dia tidak mengedipkan mata pun. Dia begitu tidak bermaya. Begitu juga saya.

 

196. Ini merupakan kali pertama saya pernah berada di dalam sebuah mahkamah. Saya tidak pernah membuat kesalahan, sekalipun kesalahan memakir sepanjang 23 tahun kehidupan saya di Amerika.

 

197. Perbicaraan berjalan dengan cepat selepas itu. Saya melakukan apa yang polis harapkan daripada saya. Saya menggeletar tanpa kawalan sepanjang perbicaraan. Walaupun sepasang jaket yang diletakkan di atas badan saya tidak dapat menghentikan saya daripada menggeletar tanpa kawalan. Tidak seorang pun mengambil-berat. Segala perkataan, bunyi, pemandangan, terapung-apung di sekeliling saya seolah-olah saya sedang bermimpi. Proses rayuan Yacob sekarang berada di tahap bertulis. Saya dihukum dan kemudian digari. Yacob datang kepada saya dan memberitahu saya supaya tidak perlu bimbang. ASP Mazlan datang kepada saya dan berkata yang saya sekarang perlu menghadapi kamera. Saya dibawa keluar dan bertemu dengan segerombolan jurugambar. Saya dipindahkan ke sebuah bilik kurungan di kompleks mahkamah. Sebelum meninggalkan saya di situ, ASP Mazlan datang kepada saya sekali lagi dan berkata bahawa Ketua Polis Negara sangat gembira dengan cara saya mengendalikan diri saya di mahkamah.

 

198. Selepas perbicaraan mahkamah, saya dihantar ke Penjara Kajang dan dari situ, pada 23 September 1998, disebabkan oleh kesihatan saya yang semakin teruk, saya dikejarkan ke Institut Jantung Negara dan kemudian dipindahkan ke Wad Rawatan Jantung [Wad 29] di Hospital Besar Kuala Lumpur.

199. Semasa saya berada di Wad Rawatan Jantung (Wad 29) di Hospital Besar, saya telah dilawati beberapa kali oleh para pegawai polis bersama dengan Yacob Karim. Mereka adalah pelawat yang tidak diundang yang sentiasa mencuba secara bergilir-gilir mengugut, meyakinkan dan menasihati saya menentang pemfailan atau perbicaraan rayuan kesilapan penghakiman dan hukuman yang telah direkodkan terhadap saya pada 19 September 1998 oleh Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur. Salah seorang pegawai yang datang ke Wad Rawatan Jantung (Wad 29) adalah Ketua Inspektor Rajakopal yang namanya telah direkodkan sebagai pengadu di atas kertas tuduhan yang telah difailkan di Mahkamah Seksyen di dalam kes saya.

 

200. Pegawai-pegawai penjara yang mengawal saya di Hospital Besar menyelaraskan sebuah buku log mengenai kesemua pergerakan dan pelawat-pelawat semasa saya berada di hospital. Ianya adalah rekod mengenai kesemua lawatan yang dibuat oleh Yacob Karim dan pegawai-pegawai polis yang datang bersama, kadang-kadang selepas waktu atau hari kebiasaan melawat.

 

201. Saya nyatakan dengan mutlak bahawa saya tidak pernah mempunyai sebarang hubungan homoseks dengan Anwar Ibrahim ataupun sesiapa. Saya nyatakan dengan mutlak lagi bahawa segala butiran mengenai pertuduhan hubungan homoseks yang terkandung di dalam kenyataan yang diberikan kepada majistret dan semua yang diberikan kepada mahkamah oleh pihak pendakwaraya dan Yacob Karim pada 19 September 1998 adalah tidak benar dan direka oleh pihak polis.

 

202. Saya telah disoal-siasat di dalam sesesi yang amat panjang dan berterusan. Saya sentiasa dipindahkan dari bilik kurungan saya sebagai No: 26, sentiasa ditutup mata dan digari. Saya telah dimalukan secara sistematik oleh para penangkap saya yang sentiasa tidak dapat dikenal pasti. Mereka melucutkan kesemua kehormatan diri saya; mereka menjatuhkan maruah saya dan membinasakan ketabahan dan daya tahan saya; mereka mengugut saya dan keluarga saya; mereka menakut-nakutkan saya; mereka "membasuh fikiran" (brainwash) saya hingga ke tahap bahawa saya dihadapkan ke mahkamah pada 19 September 1998 dalam keadaan orang yang amat menggeletar dan bersedia untuk melakukan apa saja untuk menghentikan kemusnahan diri sendiri.

 

203. Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan dan saya tidak bersalah. Saya adalah seorang lelaki yang rumah tangganya amat bahagia dengan dua orang anak yang comel. Saya hanya melakukan kerja saya dan menyukainya. Para penangkap dan penyoal-siasat saya telah menghancurkan kesemua itu. Mereka telah melakukan kesalahan dengan memaksa saya menjadi seorang penjenayah dan telah mengambil kebebasan saya. Mereka telah menghancurkan keyakinan diri saya dan telah memalukan saya. Mereka telah memusnahkan kedamaian, keharmonian dan kebahagiaan keluarga saya dan kesederhanaan rumah tangga saya.

 

Terjemahan: Keris Tamingsari dipetik daripada:
http://members.tripod.com/~jufree/Html/Affidavit1.html
Sumber Asal : http://members.tripod.com/~bantahan/anees.htm
Suntingan M@RHAEN  - 11.05.2004

 

 

Wanita Buat Laporan Dakwa Polis Memaksanya Berbogel

KOTA BAHARU, 12 Mei (Bernama) -- Seorang wanita membuat laporan hari Selasa, mendakwa dua anggota polis yang menggeledah rumahya pada 28 April lepas berkaitan kes mengedar ubat batuk, telah menyuruhnya menanggalkan pakaian bagi membolehkan mereka memeriksa tubuhnya.

Wan Huzaini Wan Harun, 37, ibu kepada dua orang anak, mendakwa kejadian berlaku ketika dia membasuh pakaian dan enam anggota polis datang ke rumahnya melalui pintu belakang.

"Dua daripada anggota polis yang memasuki rumah, menggari tangan saya (ke depan) dan kemudian menyuruh saya membuka pakaian. Kerana takut saya menyelak dan mengangkat kain (baju tidur kaftan ) dari kaki ke paras dada," katanya kepada pemberita di sini hari Rabu.

Katanya dua anak lelakinya yang masih kecil dan sedang tidur, turut terjaga dan menyaksikan perbuatan polis berkenaan.

Polis kemudian membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Baharu untuk siasatan lanjut dan beliau ditahan reman sehingga 5 Mei lepas.

Wan Huzaini kesal anggota polis itu tidak mengikut peraturan memperlakukan dirinya seolah beliau sudah bersalah dan tidak membawa anggota polis wanita untuk memeriksa tubuhnya.

Suaminya, Mazlan Abdullah, 42, seorang peniaga kereta terpakai berkata beliau tiada di rumah ketika kejadian.

Katanya perbuatan anggota polis itu mengaibkan keluarganya dan jika perlu beliau sanggup membawa kes itu ke mahkamah.

Sementara itu, jurucakap IPD Kota Baharu ketika dihubungi mengesahkan menerima aduan wanita itu dan akan menjalankan siasatan.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 

 

CATATAN:

 

Ketua Islam Hadhari sangat marah terhadap US kerana torture tawanan perang Iraq tanpa perikamusiaan. Kuman diseberang laut nampak, tetapi gajah ditepi mata tidak nampak. Bagaimana tahanan ISA diseksa, dihina, dipikul, dimaki, ditengking, diludah dan pelbagai lagi dilakukan oleh SB-SB bagaikan seekor haiwan yang tidak bernilai, sedangkan mereka tidak pernah melakukan sebarang kesalahan jenayah, melainkan dengan satu anggapan yang tidak boleh dibuktikan di mana-mana mahkamah, maka mereka ini terpaksa dikurung di Kemunting tidak tahu berapa lama lagi mereka akan ditahan. Inilah gara-gara pemerintahan di bawah kawalan Ketua Islam Hadhari.

 

Cakap tidak serupa bikin.

 

MELI : JUMAAT, 21.5.2004, 10.19PM