WEBRABINRA

Categories

 Humour
 Politics
 Religion
 News
 Forum
 Articles
 Archieve
 Live Chat
 Mailing List
 Email Form
 FAQ

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



















































 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Assalamulaikum wrh.wrt dan salam sejahtera,
Saudara-saudara pembaca sekalian,

PERLUKAH KITA MENYERTAI PILIHAN RAYA KE 12?


Sudah hampir dua bulan pilihan raya umum ke-11 [ pengundian pada hari Ahad, 21.3.2004] telah berlalu dan angkat sumpah anggota Dewan Rakyat telah dilakukan pada hari Isnin 17.5.2004, namun rakyat masih lagi membicarakannya. Pelbagai gelagat yang paling kotor dalam sejarah pilihan raya di Malaysia kita telah dapat melihat, mendengar dan membaca dari bermacam-macam pandangan serta ulasan dari pelbagai sumber. Dalam pilihan raya tersebut, PAS yang merupakan parti pembangkang terkuat di Malaysia mengalami kekalahan paling teruk selepas tragedi tahun 1978. PAS hanya mampu memenangi 7 kerusi parlimen dan 36 kerusi DUN, manakala Keadilan hanya menang satu kerusi parlimen menerusi Presiden partinya iaitu Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail di Permatang Pauh, Pulau Pinang.

DARI PERSEMPADANAN semula kawasan pilihan raya beberapa tahun sebelum pilihan raya umum ke 11 sehinggalah kepada mewartakan pemenang pilihan raya itu, semuanya lemah dan bermasalah. Itulah Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia atau ringkasnya SPR.

PAS secara rasmi telah memfailkan writ saman terhadap badan yang dikatakan bebas itu 17 Mei lepas, iaitu di sebelah petang selepas pada waktu paginya anggota Dewan Rakyat PAS membangkitkan di Parlimen kesilapan terakhir SPR itu.

Anggota Parlimen Tumpat, Dato' Kamarudin Jaafar di hari pertama sidang Parlimen iaitu sebaik sahaja anggota Dewan mengangkat sumpah membangkitkan perkara ini. Beliau berkata, mengikut peraturan semua anggota Dewan perlu mengangkat sumpah berdasarkan calon yang menang sebagaimana yang diwartakan oleh SPR. Dalam wartanya, SPR memaklumkan, calon yang menang untuk Palimen Mersing adalah dari PAS, Idris Tukacil bukannya Dr Abdul Latif Ahmad yang telah dilantik sebagai Timbalan Menteri. Tetapi Speaker, Tun Zahir menolaknya dengan berkata itu masalah teknikal sahaja dan tak perlulah di perbesarkan dan dia akan berusaha untuk memperbetulkannya. Ia pula berlaku dalam keadaan semua orang tahu, calon BN yang menang di situ. Yang berbangkit di sini, kenapa kesilapan demi kesilapan yang dilakukan oleh SPR dan pihak lain yang terpaksa menanggungnya.

PAS telah memfailkan 95 muka surat bukti-bukti penyelewengan dan kesilapan yang dibuat oleh SPR tidak termasuk kesilapan terakhir, sehingga kini, itu. Langkah menyaman SPR ini adalah yang pertama kali dibuat oleh PAS sepanjang parti Islam itu menyertai pilihan raya di Malaysia. Yang menarik juga, setiap kali serangan dihalakan kepada SPR, jawapan yang diberikan adalah, "Bukah salah SPR".

SPR salahkan pihak lain

Sekurang-kurangnya empat peristiwa besar yang dibangkitkan terhadap SPR ditolak khasnya oleh Pengerusi SPR sendiri dan disalahkan pihak lain.

1. Apabila kertas undi Dun Sungai Lembing tersalah cetak sehingga pilihan raya semula terpaksa diadakan, Pengerusi SPR menyalahkan Syarikat Percetakan Negara yang tidak berhati-hati dan tidak berani datang ke depan untuk mengaku bersalah.

2. Apabila Puteri Umno mahu dijadikan pekerja rasmi SPR menjelang pilihan raya lalu, Pengerusi SPR, Tan Sri Rashid Abdul Rahman menyalahkan Sekretariat SPR yang diketuai oleh Dato' Wan Ahmad.

3. Apabila kertas undi pilihan raya umum ke 11 dijumpai merata tempat termasuk dalam tong sampah, Pengerusi SPR menuduh ini perancangan dan kerja jahat parti-parti tertentu untuk memburukkan nama SPR. Tetapi apabila dicabar menamakan parti tertentu itu (untuk membolehkan tindakan undang-undang diambil), beliau tidak berani menamakannya.

4. Yang terakhir apabila SPR salah mewartakan pemenang pilihan raya umum ke 11 untuk Parlimen Mersing dan satu Dun di Jelebu, SPR tetap dikatakan tidak salah, ia kesalahan teknikal dan percetakan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Rashid Abdul Rahman, adalah pakar pilihan raya. Beliau adalah Setiausaha SPR paling lama dan telah menulis satu buku khas mengenai perjalanan pilihan raya di Malaysia. Tetapi apabila beliau bersikap "aku tidak salah dan semua salah orang lain", rasanya sudah sampai masa beliau meninggalkan badan yang dikatakan bebas itu. Bukahlah perginya beliau akan membebaskan SPR tetapi meringankan beban Umno untuk mempertahankan SPR.

Lebih daripada 1,200 kesalahan pilihan raya dapat dikumpulkan dan dapat dibuktikan melalui petisyen-petisyen dan writ saman yang dikemukakan kepada SPR dan orang-orang yang berkaitan dengan pilihan raya tersebut. Di bawah ini sebahagian pelbagai aduan kecelaruan pilihan raya umum lalu dapat dikumpulkan seperti berikut:

Orang lain mengundi bagi mereka yang telah mati

Ada terdapat pengundi di bawah umur 21 tahun dibenarkan untuk mengundi. Demikian juga begitu ramai nama pengundi yang hilang daripada daftar pemilih walaupun sebahagian daripadanya telah mengundi di tempat yang sama sejak lama dulu dan tidak pernah memohon untuk dipindahkan namanya ke kawasan mengundi yang lain.

Terdapat orang yang telah meninggal tetapi namanya masih ada dalam senarai pemilih dan lebih aneh lagi ada orang lain pula yang mengundi untuknya. Seorang rakyat Malaysia yang menetap di luar negara beberapa tahun dan tidak pernah mendaftar sebagai pengundi dan tidak pernah mengundi tiba-tiba namanya terdapat dalam daftar pemilih sebagai pengundi di Jalan Gurney.

Pengundi wanita tetapi didaftarkan nama lelaki

Ramai orang dikatakan telah mendaftar sebagai pemilih di alamat tertentu, tetapi apabila disiasat didapati mereka ini tidak tinggal di kawasan tersebut, sementara tuan punya rumah yang tinggal di situ sejak lama tidak pernah mendengar nama pengundi ini. Ada beberapa pengundi memiliki kad pengenalan yang sama didapati ada nama mereka didaftar pemilih di kawasan yang berbeza.

Terdapat pengundi telah mengundi dengan menggunakan kad pengenalan orang lain dan di dalam beberapa kes ada pengundi wanita didaftarkan atas nama lelaki dan sebaliknya.

Dua daftar pemilih diguna, ramai tidak dapat mengundi

SPR menggunakan dua daftar pemilih yang berbeza. Ini menyebabkan kecelaruan menyebabkan ramai yang tidak dapat mengundi kerana nama mereka tiada dalam senarai daftar pemilih. Di Selangor, penambahan waktu mengundi dari jam 5.00 petang hinga 7.00 malam menyebabkan kecelaruan yang teruk dan melanggar Peraturan Pilihan Raya Seksyen 15 (2). Suruhanjaya Pilihan Raya gagal mematuhi tempoh mengundi yang telah diwartakan selepas pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Penambahan masa ini telah dibuat selepas jam 5.00 petang (selepas waktu tutup yang diwartakan). Tiada sebarang notis perlanjutan ini ditunjukkan.

Buku daftar pemilih diterima tidak lengkap

Penambahan masa mengundi di Selangor menyebabkan suasana kelam-kabut. Ada pegawai yang mematuhi pengumuman mendadak penambahan masa ini, ada yang keberatan. Di sesetengah tempat mengundi, pengiraan undi sudah bermula sebelum arahan pelanjutan masa diterima. Beberapa bantahan telah dibuat kepada pihak pengurus pilihan raya.

Sementara itu, calon N.43, Sementa, Selangor, Abdul Rahman Ibrahim melaporkan bahawa daftar senarai pemilih yang diberikan kepada pihaknya telah diterima pada saat akhir dan tidak lengkap pula, beberapa helai telah hilang dan ramai tidak dapat mengundi.

Orang mati tetapi masih mengundi

Kecelaruan dalam daftar pemilih berlaku di banyak tempat, khususnya di Hulu Klang, Gombak. Dalam daftar pemilih SPR itu terdapat nama-nama orang yang telah mati dan ada yang menggunakan alamat si mati yang tidak ada hubungan dengan mereka.

Contohnya, di Kawasan Mengundi Klang Gate, 098/18/02 terdapat nama lima pengundi nama Cina dan seorang Melayu semuanya beralamat di rumah ibu Mohamad Azmin Ali, bekas Adun Hulu Klang. Nama mereka ialah Tan Teck Fong, Lim Hock Seng, Tan Teck Hock, Song Poo Wan, Chong Chee Peng dan Amirudin bin Harun. Semua mereka, kecuali Lim Hock Seng, tidak mengundi dalam pilihan raya umum lalu.

Bapa Azmin pula, Ali bin Omar meninggal dunia lima tahun lalu, tetapi hingga kini namanya masih ada dalam daftar pemilih Nombor Daftar 44.

Pengundi Nombor Daftar 146, namanya Zahara binti Ahmad juga telah meninggal dunia. Tetapi, menurut rekod, dia juga telah mengundi dalam pilihan raya 21 Mac lalu.

Di Perlis, Ramlee bin Ahmad telah membuat laporan polis di Simpang Empat di mana dia mengadu bahawa Shuib bin Taib yang meninggal dunia 26 Januari 1976 tetapi masih ada namanya sebagai pengundi, malah menurut rekod orang ini telah mengundi dalam pilihan raya lalu dengan serial nombor 13 di barisan 1, Sekolah Kebangsaan Kampung Serdang.

142 orang gunakan alamat kedai runcit

Calon BA di Lembah Pantai, Kuala Lumpur, Dr Sanusi Osman melaporkan bahawa 13 pengundi berlainan kaum dan jantina berkongsi alamat No 12 Batu 6 1/2 , Jalan Puchong, Kampong Bohol, Lembah Pantai.

Keadaan meragukan juga melibatkan 26 pengundi beralamat beberapa tempat di Bangsar.

Di Kampung Klang Gate yang dibina pada tahun 60-an dan merupakan perkampungan Melayu tradisi, tidak terdapat kondominium, flet dan bangunan tinggi lain tetapi lima pengundi didapati menggunakan alamat bangunan tinggi di situ.

Kebanyakan pengundi ini telah mengundi pada pilihan raya lalu.

Kajian oleh Malaysian for Free and Fair Elektion (Mafrel) mendapati 142 pengundi menggunakan alamat yang sama di Kampung Kerinchi, Lembah Pantai. Tempat ini sebenarnya ialah sebuah bangunan kayu beratap zink di mana barang keperluan harian dijual (kedai runcit). Tuan punyai kedai itu menafikan 142 orang menggunakan alamat tersebut.

Orang biasa didaftar dalam senarai undi polis

Calon KeADILan di Kuantan, Fuziah Salleh telah membuat aduan bahawa di kawasan Parlimen Kuantan, 5,179 memberikan alamat tempatan dan tidak ada nombor rumah.

Sebahagiannya ada alamat rumah tetapi tidak ada alamat jalan.

Di Kuantan juga, ramai yang telah meninggal tetapi nama mereka masih ada dalam daftar pemilih. Di kawasan ini begitu ramai pengundi memakai alamat yang sama. Dalam satu kes, umpamanya 29 mendakwa tinggal di rumah yang sama. Ada juga terdapat di mana orang biasa tetapi didaftarkan sebagai pengundi pos. Misalnya, Hatijah binti Abu Bakar pengundi yang tinggal di Kondominium Teratai Merah, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur didaftarkan sebagai pengundi pos di Bota, kawasan Parlimen Parit, Perak.

Daftar pemilih lengkap diberi kepada BN

Aduan juga diterima bahawa daftar pemilih yang diberikan kepada pembangkang di mana alamat pengundi tidak lengkap. Ini sangat menyukarkan pembangkang untuk mencari pengundi tersebut. Bagaimanapun, daftar pemilih lengkap yang diberikan kepada BN turut disertakan alamat pemilih. Buktinya pihak Pengerusi BN, Abdullah Ahmad Badawi mampu menghantar surat kempen peribadi melalui perkhidmatan Pos Malaysia beberapa hari sebelum pilihan raya tersebut.

Sementara itu aduan juga diterima di mana pegawai pilihan raya merekodkan siri nombor di kertas undi pengundi dan mengumumkan dengan kuat di dalam dewan tempat mengundi. Ini menimbulkan kebimbangan pengundi bahawa undi mereka tidak lagi rahsia bahawa mereka dipantau. Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Jasin, Melaka.

Ada pandangan menyarankan agar PAS membuat muhasabah diri kenapa pada pilihan raya kali ini, PAS ditolak oleh rakyat. Setengah pandangan pula menyeru PAS membuat reformasi secara menyeluruh ke atas kepimpinannya dan bermacam-macam lagi pandangan, ulasan dan pendapat memberi pelbagai reaksi menarik agar PAS menyusun strategi secara rapi bagi menghadapi pilihan raya umum ke 12 pada tahun 2009 nanti.

Semua pandangan dan pendapat yang dilontarkan kepada PAS dan Keadilan supaya memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan yang ada itu serta dapat menyusun semula gerak kerja bagi memastikan PAS dan Keadilan mencapai kejayaan pada tahun 2009. Kita tidak pernah menafikan sebarang kelemahan yang kita miliki. Kita mengakui, kita sebagai manusia biasa, memang ada kelemahan-kelemahannya. Kita bukan UMNO yang tidak pernah mengakui kelemahannya. Semuanya diletakkan kesalahan kepada orang lain. Kita berusaha bersama-sama memperbaikinya sebaik sahaja pilihan raya tahun 1999 berakhir. Gerak kerja disusun, strategi dirangka, pelan tindakan dibentuk dan pandangan dari pelbagai pihak didengar dan diambil tindakan yang mana sesuai mengikut kesesuaian masa, suasana dan tempat. Dikembangkan hubungan dua hala, peringkat kepimpinan atas-ke bawah, peringkat pimpinan bawah-ke atas, tidak seperti yang ujud dalam hierarki UMNO iaitu hubungan sehala, atas ke bawah. Peringkat bawahan wajib patuh apa sahaja keputusan yang dibuat oleh kepimpinan di peringkat atasan.

Hubungan dua hala yang dibentuk oleh PAS ini adalah bertujuan untuk bermuhasabah mencari kelemahan-kelemahan yang ada tanpa disedari oleh pucuk pimpinan. Sesiapa sahaja boleh mengkritik dan memberi idea kepada kepimpinan. Hal ini terbukti dalam sebarang perhimpunan atau dalam muktamar tahunan PAS yang diadakan setiap tahun. Pucuk pimpinan tidak pernah mengambil tindakan terhadap ahli-ahli yang membuat kritikan terhadap pimpinan, malah dialu-alukan terutama di era Allahyarham Dato’ Mohd. Fadzil Noor. Saya sendiri pernah berbincang dengan Allahyarham mengenai perjalanan parti dalam satu kesempatan di Majlis Seminar Di Muassasah Darul Ulum, Kedah, sedangkan saya siapa, tiada ada kena mengena dengan parti PAS. PAS bukan sebuah parti bersifat feudal seperti mana yang diamalkan oleh UMNO. Ia terbuka.

Semua pandangan dan ulasan yang diberi itu tidak berpijak di bumi yang nyata. Adakah mereka sedar atau buat-buat tidak sedar bahawasanya Malaysia ini diperintah oleh sebuah rejim diktator NAZI FRONT. Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO memerintah ala NAZI dalam sebuah Negara diktator melalui undang-undang yang sah yang mereka cipta sendiri dan mereka sendiri yang melanggarnya.

Adakah mereka tidak sedar bahawa PAS dan Keadilan telah menyusun strategi lebih mantap selepas pilihan raya tahun 1999. Mereka mempunyai pakar-pakar strategis yang berketrampilan mengemukakan pelbagai idea dan pelan bertindak bagi menghadapi UMNO/BN dalam pilihan raya 2004 itu. Keahlian dalam PAS mempunyai pelbagai latar belakang yang telah memberi sumbangan yang amat bernilai dalam harakah Islamiah di ruang lingkup yang amat terbatas dan tertekan.

Adakah mereka tidak sedar atau masih lagi mamai dalam mimpi yang indah bahawa UMNO telah mempergunakan segala jentera dan kuasa yang ada padanya untuk mengekalkan kuasa tersebut. UMNO telah mempergunakan SPR membuat persempadanan semula bagi melemahkan pembangkang khususnya PAS, mencipta pelbagai undang-undang dan peraturan yang bercelaru, memindah dan menghilangkan nama-nama pengundi [mendapat kerjasama penuh dari Jabatan Pendaftaran Negara], mengendali pilihan raya secara lintang pukang cacamarba bertujuan melemahkan PAS dan Keadilan. Menggunakan pasukan polis mulai 1.7.2001 bagi menghalang PAS dan Keadilan mengadakan ceramah bagi menyampaikan maklumat kedua kepada rakyat disekat. Mereka dihalau dan ditangkap bagaikan anjing kurap termasuk kepimpinan tertinggi PAS. Usaha melemahkan Keadilan diteruskan dengan penangkapan tokoh-tokoh berwibawa di bawah ISA. Kebangkitan PAS dan Keadilan yang bersatu tenaga dikekang habis-habisan dengan menggunakan pelbagai cara halal dan haram. Tujuannya hanya satu untuk menghancurkan kedua-dua parti ini.

Penggunaan media massa yang dikawal begitu rapi sehingga tidak ada ruang atau saluran bagi PAS dan Keadilan untuk menyuarakan pandangan dan pendapat bagi kepentingan rakyat dan Negara. Jentera-jentera kerajaan dipergunakan sepuas-puasnya bagi menjamin kekuasaannya tidak terjejas, malah politik wang yang menelan kos berbilion ringgit digunakan untuk membeli undi rakyat yang tidak peka terhadap amalan demokrasi.

Saya amat bersetuju dengan pandangan Rustam A.Sani dalam Harakah cetak 1-15 April 2004, beliau menyebut sebenarnya parti pembangkang terperangkap dengan lakonan UMNO mewar-warkan pilihan raya ini dengan pelbagai gelagat sehinggakan parti-parti pembangkang terasa mereka akan memperoleh kejayaan yang lebih cemerlang dengan membuat penilaian terhadap UMNO yang buat-buat bodoh dan mereka berkelahi sama-sama mereka berebut kerusi masing-masing, sedangkan pada hakikatnya UMNO telah tahu terlebih dahulu, yang mereka akan memperoleh kemenangan yang besar seperti kata Aman Rais dalam kulumnya di Malaysiakini.com, UMNO telah menulis di papan hitam akan kemenangan yang bakal dirayakannya dengan bantuan SPR, Polis, JPN, kedudukan kewangan yang kukuh untuk membeli undi dan jentera-jentera kerajaan yang sanggup sujud menyembah kaki UMNO.

Dalam keghairahan tersebut, PAS dan Keadilan masuk bertanding dengan penuh keyakinan akan menang dalam satu perlawanan yang amat nyata berat sebelahnya. Sepatutnya PAS dan Keadilan perlu memboikot pilihan raya ini kerana dari awal-awal lagi SPR telah melakukan satu

kerja tidak berprofesional dan mendapat teguran dari Majlis Raja-raja. PAS dan Keadilan perlu tahu apa yang dibuat agensi-agensi kerajaan yang giat membantu UMNO untuk menang dalam pilihan raya ini.

Saya sendiri, minggu kedua selepas keputusan pilihan raya diumumkan telah keluar mencari maklumat secara peribadi tentang perjalanan pilihan raya ini yang terburuk yang telah dilakukan oleh SPR atas arahan UMNO. Pelbagai golongan saya dekati untuk mendengar pandangan rakyat akar umbi. Ada golongan penyokong UMNO, ada golongan atas pagar, kaum bukan Melayu khususnya Cina dan Siam serta ahli-ahli dan penyokong PAS dan Keadilan. Rata-rata yang saya temui itu, mereka terkejut apa yang terjadi. Landslide victory yang dinikmati oleh UMNO itu menjadi satu tanda tanya yang sukar untuk diberi satu jawapan yang pasti. Ada orang cina yang saya temui juga turut terperanjat bagaimana PAS [ mereka sebut bola ping-pong ] yang kuat boleh kalah begitu teruk sekali. Kata mereka, setiap kali UMNO menghadapi pilihan raya, sama ada pilihan raya kecil atau pilihan raya umum, pelbagai teknik penipuan dan penyelewengan serta politik wang telah menjadi amalan sejak azali lagi, tetapi pada kali ini penipuan dan penyelewengan amalan demokrasi dilakukan secara terang-terangan bukan lagi secara gelap seperti dahulu lagi.

Inilah ciri-ciri sebuah kerajaan pemerintahan dalam bentuk NAZI FRONT yang ujud di German di masa perang dunia kedua dahulu, kini muncul semula di Malaysia di abad ke 21 ini. Sekiranya sistem ini tidak dirombak, maka tidak berguna sama sekali kita berjuang di medan pilihan raya yang penuh penipuan yang tidak mengikut lunas-lunas demokrasi tulen. Adalah menjadi satu pembaziran masa, tenaga, keringat, fikiran dan wang ringgit, malah kita memberi satu harapan yang kosong atau sebuah impian kepada penyokong-penyokong kita yang bekerja siang-malam tanpa mengenal penat lelah dan tanpa duit kupang yang mewah seperti UMNO. Mencurah tenaga untuk mencapai kemenangan melalui pilihan raya dalam sebuah negara yang diperintah oleh diktator NAZI FRONT adalah sia-sia sahaja.

Dalam simple studi saya itu, saya ada menemui beberapa orang pemimpin PAS dan beberapa bekas wakil rakyat yang kalah dalam pilihan raya itu. Mereka rata-rata bersetuju dengan pandangan bahawa kita patut memboikot pada pilihan raya ke 12 seperti mana kita memboikot pilihan raya semula di Sungai Lembing tempoh hari, sekiranya sistem ini kita tidak dapat merubahnya. Apa guna dan faedahnya, apabila kita masuk bertanding, kaki dan tangan kita diikat, dikenakan pelbagai peraturan bagi menyekat pergerakan kita, sedangkan mereka senang-senang mencabulinya tanpa sebarang tindakan, malah mereka mendapat kerjasama penuh dari SPR, Polis, JPN, media, wang yang banyak, jentera-jentera kerajaan dan sebagainya. Biarlah mereka lawan seorang-orang.

Sekiranya PAS memboikot pada pilihan raya akan datang, ia akan memberi kesan yang negatif kepada UMNO. PAS adalah sebuah parti kedua terbesar selepas UMNO yang mempunyai keahliannya cacamarba, Keahlian PAS sekarang ini sudah mencapai lebih satu juta orang. Semuanya manusia Melayu yang beragama Islam 100%. Kalau dicampurkan dengan keahlian parti Keadilan, kemungkinan keahlian kita menghampiri ke angka dua juta orang [ anggaran sahaja, tiada ada data tepat ]. Pemboikotan ini akan memberi imej buruk terhadap amalan demokrasi di Malaysia di kaca mata dunia luar. Ianya juga akan menjejaskan tarikan pelabur-pelabur luar untuk melabur di Malaysia, ini satu pengajaran kepada UMNO. Nama Malaysia akan tercalar di peringkat antarabangsa. Tiada ada lagi pemimpin Malaysia yang merasa bangga bercakap mengenai demokrasi di pentas dunia.

Berjuang untuk kepentingan rakyat bukan semata-mata melalui saluran pilihan raya. Banyak lagi pendekatan yang boleh digunakan untuk melawan UMNO bagi kepentingan rakyat. Pilihan raya merupakan sebahagian kecil saluran yang kita gunakan. Masih banyak lagi saluran yang belum kita cuba dan kita gunakan sepenuhnya.

Kaedah konservatif yang digunakan oleh Badan Bertindak Penyelewengan Pilihan Raya ke-11 dan tindakan pengumpul tandatangan bagi membantah keputusan pilihan raya tersebut, bawalah berjuta tandatangan pun, ia tidak akan membawa apa-apa hasil. Sejarah telah membuktikan bahawa tindakan ini tidak akan berjaya mencapai matlamatnya. Hanya sekadar melepaskan geram, berarak ke seluruh Negara untuk tunjuk rasa terhadap pengendalian pilihan raya yang terkotor. Semua sistem yang ada di Malaysia kini di bawah tapak kaki Dolah Badawi. Raja mana yang berani [ baca majlis Raja-raja ] menyatakan pilihan raya ini tidak mengikut peraturan dan perlu disemak semula? Hakim mana yang berani mengisytiharkan pilihan raya tersebut tidak sah dan batal? Jadi, siapa yang berani? Tidak siapa yang berani untuk melawan Dolah Badawi. Gunakanlah sebanyak mana yang mahu menubuhkan panel peguam yang handal-handal, Dolah Badawi cukup dengan seorang hakim yang akan mempertahankan kemenangannya itu. Kes Anwar Ibrahim menjadi dalilnya.

Jadi bagaimana untuk melawan UMNO? Hanya ada dua pendekatan sahaja yang ada. Pertama, kita tidak perlu lagi patuh kepada undang-undang kerana mereka sendiri telah terang-terang mencabuli undang-undang yang mereka cipta sendiri seperti yang kita saksikan dalam pilihan raya yang lalu. Tiada ada Negara di dunia yang diperintah oleh diktator yang boleh ditumbangkan melalui pilihan raya dan menerusi mahkamah, kerana kedua-dua institusi ini dipengaruhi oleh pemerintah sehinggakan mereka tidak berani menyuarakan kebenaran.

Kita perlu turun ke jalan raya menunjuk perasaan ketidakpuasan hati kita kepada kerajaan ini. Kita tidak perlu berlembut lagi. Sudah lama kita berlembut dan bertolak ansur, sampai masanya kita perlu bertindak secara keras dan menentang undang-undang yang zalim lagi menindas. Persoalannya, siapa yang akan menjadi pemimpin untuk memimpin rakyat menunjuk perasaan menentang kerajaan. Adakah Haji Hadi, Nik Aziz, Mat Sabu, Mahfuz Omar, Salahuddin Ayob, Wan Azizah, Dr. Syed Hussain, Azmin Ali, Ezam Mohd.Noor, Tian Chua atau siapa? Sanggupkah pemimpin-pemimpin kita kena tangkap dan disumbat dalam penjara. Adakah rakyat kita bersedia ke arah itu dalam keadaan kita dalam kekenyangan. Tindakan ini penuh dengan risiko yang tidak boleh diduga. Macam-macam boleh terjadi. Silap-silap langkah nyawa melayang dari badan. Inilah yang dikatakan pengorbanan. Berapa banyak pejuang-pejuang kemerdekaan yang terkorban. Nama-nama seperti Datuk Maharajalela, Mat Kilau, Abdul Rahman Limbong, Datuk Sagur, Mat Salleh [di Sabah], Datuk Bahaman dan ramai lagi yang sanggup berjuang mengorbankan jiwa dan raga untuk faedah generasi sekarang ini. Tanpa pengorbanan mereka, mustahil kita kecapi apa yang kita nikmati sekarang ini. Sekarang kita masih lagi dijajah oleh bangsa kita sendiri yang lebih sukar dan rumit untuk menebus kemerdekaan ini berbanding dari penjajahan Inggeris dahulu kala dan sekarang kita mesti menuntut kemerdekaan kedua. Bersediakah kita semua ke arah itu?

Kalau pendekatan pertama tadi tidak berjaya kerana kesedaran rakyat kita belum lagi mampu bertindak ke arah itu, maka jalan yang paling selamat dan berkesan, marilah kita bersama-sama memboikot pada pilihan raya ke 12 yang akan diadakan pada tahun 2009. Inilah kaedah yang terbaik untuk kita gunakan. Sebenarnya kita mampu berdepan dengan UMNO secara anak jantan, bukan dengan kaedah yang diguna pakai oleh UMNO sekarang ini. Kaedah ini kita akan kecundang kerana kita berlawan secara perempuan, tangan diikat di belakang, kita tidak mampu mempertahankan diri apabila muka kita ditumbuk bertubi-tubi oleh UMNO dan akhirnya kita jatuh tersungkur menyembah bumi.

Sebagai kesimpulannya, sekiranya tidak ada apa-apa perubahan terhadap sistem pilihan raya yang kita amalkan sekarang, pilihan raya ke 12 nanti kemungkinan akan diadakan pada tahun 2009, kita semua patut memboikotnya. Biarlah UMNO berlawan seorang diri, jangan kita turut menjadi gila seperti UMNO. Kita sama-sama sudah dapat menjangka siapa pemenangnya kerana kita bermain di padang yang tidak sama rata. Pengadilnya berat sebelah, penjaga garisan pun turut menyebelahi lawan kita dan ada penonton secara senyap-senyap tolong menyumbat gol untuk lawan kita. Apa yang yang kita boleh harapakan dalam semua sistem pentadbiran negara ini dibawah telunjuk dan dibawah tapak kaki pemipin UMNO. Hendak harapkan keadilan melalui mahkamah, hakim-hakimnya terdiri daripada orang-orang yang tidak ada harga diri, mementingkan pangkat dan kemewahan. Sujud dan tunduk dengan kehendak UMNO. Lain-lain sistem seperti Parlimen dan jentera-jentera kerajaan mereka kuasai tanpa segan silu menggunakannya.

Berdasarkan perbincangan di atas, maka kerajaan yang wujud hari ini adalah kerajaan yang dibentuk hasil penipuan dan ianya adalah sebuah “ kerajaan yang haram dan tidak sah “ dari segi amalan demokrasi apatah lagi dari segi amalan Islam [ tetapi Islam Hadhari dibolehkan ]. Pemimpin-pemimpin yang dipilih melalui cara ini seperti kata YAB Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, gaji dan elaun yang diterima hukumnya adalah haram. Nanti di hari akhirat kelak, api neraka menunggu mereka yang terlibat.Apa yang kita boleh harapkan dari sebuah kerajaan yang haram dan tidak sah ini untuk menghapuskan rasuah dan pelbagai penyelewengan yang wujud, jauh api dari panggang, malah ia akan terus merebak seperti api dalam sekam.

Kalau di negara-negara lain yang mengamalkan demokrasi tulin, seorang sahaja yang membuat bantahan yang ia tidak boleh mengundi atau namanya hilang dari daftar pemilih, atau SPR membuat kesilapan seperti di Sungai Lembing, Pahang, maka seluruh pilihan raya akan dibatalkan dan akan dibuat pilihan raya semula, tetapi apa boleh buat kita hidup dalam sebuah Negara “ JAKUN “.

Wahai rakyat Malaysia yang mempunyai sedikit fikiran yang mahu ambil tahu dunia luar selain daripada UMNO, berfirkirlah secara matang, apa yang telah, sedang dan akan UMNO lakukan untuk bangsa Melayu dan Agama Islam. Islam Hadharinya tunggang langgan, tidak tahu hujung pangkal. Tujuan utamanya adalah untuk menjauhkan pengaruh Islam dalam kehiduapan masyarakat dan menyabut roh Islam dari orang-orang Islam secara perlahan-lahan supaya orang Islam tidak menyedarinya. Sebab itulah, Islam Hadhari ini sangat menggalakkan budaya konsert dan aktiviti-aktiviti bercurak hiburan dan keseronokan untuk memuaskan nafsu Malaysia Boleh. Harap-halal jangan diambilkira.

Umno sekarang telah masuk ke dalam zon kehancuran dan menunggu saat ketika yang sesuai untuk jatuh mennyembah bumi seperti mana yang berlaku terhadap Suharto, Marcos, Shah Iran dan lain-lainnya. Yang pasti Umno tidak dapat menungkat langit selama-lamanya.

Sekian. Terima kasih. Wassalam.

MELI :JUMAAT,1.10AM,21.5.2004

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 




 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Links

 Harakah Daily
 Laman Marhaen
 Laman Tranungkite
 Malaysiakini.com
 Umno reform.com

 Agendadaily
 Mimbarrusila

 Aliran
 Ladangweb
 PAS PUSAT
 PAS Kelantan
 AL-AHKAM
 AL-FIRDAUS
 PARTI KEADILAN
 KEADILAN
 DAP
 AZDRIANA
 TOKEIKEDAI
 JAKIONLINE
 AL-KAUTHAR
 UMMAHONLINE
 RADIO PAS
 ISLAMLIB.COM
 ISLAMICAUDIO
 WHITEHOUSE
 AL-JADID
 BULETIN
 AS-SUNNAH
 MGG.PILLAI
 GELIHATI
 ASIATIMES
 TOK JANGGUT
 TUN UDA
 ISLAMIC LIBRARY
 BBC
 ALJAZEERA
 REPUBLIKA
 KOMPAS
 PUM
 KHILAFAH
 SAMARINDA
 FAC
 DARULNAIM
 KOMUNITIVET
 ALAZHR
 RAHIMA
 SISTERINISLAM
 MAYNETWORK
 ASSUNNAH
 ALMANHAJ
 AREAHIJAU
 EONE