Apa Salah Mahathir?
Oleh: Meli


 

 

Assamu'alaikum wm.wbt
Saudara-saudara pembaca budiman,
 
Hari Jumaat 31.10.2003 adalah hari terakhir Mahathir memegang kuasa memerintah Malaysia selama 22 tahun, bermula 16.7.1981 sehingga 31.10.2003. Ini merupakan satu rekod pencapaian PM di Malaysia yang memerintah begitu lama dan membosankan bagi genarasi muda khususnya selepas negara mencapai kemerdekaan.
 
Beliau juga akan memecah merekod sebagai PM pertama di negara ini yang akan menghadapi laporan polis  yang akan dibuat serentak seluruh negara selepas jam 5.00 petang ini sebaik sahaja beliau tidak lagi memegang jawatan PM berkaitan salah laku beliau semasa merintah Malaysia. Di bawah disiarkan laporan polis oleh Ketua Pemuda Pas dan Ketua Pemuda Keadilan :
 

ADUAN POLIS TENTANG JENAYAH-JENAYAH YANG DILAKUKAN OLEH BEKAS PERDANA MENTERI

 

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Tarikh : 31 Oktober 2003

 

Daripada : SALAHUDDIN BIN AYUB


dan


MOHAMAD EZAM BIN MOHD NOOR
18-3-2 Kompleks Udarama,
Jalan 3/64A, Off Jalan Ipoh,
50350 Kuala Lumpur.

 

Kepada : KETUA POLIS DAERAH DANG WANGI
Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi,
Jalan Stadium,
50150 Kuala Lumpur.
 

Tuan,
 

ADUAN POLIS TENTANG JENAYAH-JENAYAH YANG DILAKUKAN OLEH BEKAS PERDANA MENTERI, DATUK SERI DR MAHATHIR MOHAMAD DAN JUGA ANGGOTA-ANGGOTA KABINETNYA SEPANJANG 22 TAHUN MEMERINTAH MALAYSIA.
 

Kami Salahuddin bin Ayub nombor kad pengenalan 611201-01-5333 (baru) / 6369264 (lama) dan Mohamad Ezam Mohd Noor nombor kad pengenalan 670424-10-6267 (baru) / A0735628 (lama) di alamat 18-3-2 Kompleks Udarama, Jalan 3/64A Off Jalan Ipoh, 50350 Kuala Lumpur; berbangsa Melayu; beragama Islam dengan ini mengemukakan laporan polis seperti mengikut kata-kata aduan berikut:
 

Kami sebagai warganegara Malaysia ingin mengemukakan aduan kami ke atas perkara-perkara yang mana pada pandangan dan anggapan kami adalah jenayah, penyelewengan dan salah guna kuasa yang telah dilakukan oleh Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia dan juga ahli-ahli kabinetnya sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri. Berikut ini adalah pada anggapan dan pandangan kami adalah antara siri-siri penyalahgunaan kuasa beliau sebagai Perdana Menteri untuk melakukan jenayah, penyelewengan dan salah guna kuasa sepanjang tempoh tersebut:
 

1. Menyekat penyiasatan atau pendakwaan ke atas kroni-kroni kanan BN seperti kes:
 

Pemberian saham oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada menantunya yang telah disiapkan kertas pertuduhan oleh Peguam Negara;

Penyiasatan ke atas bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik tentang penglibatan beliau dalam kes rogol pelajar bawah umur; dan

Sekatan ke atas siasatan BPR dalam kes rasuah bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman yang didedahkan secara bersumpah oleh bekas Pengarah BPR, Datuk Shafie Yahya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
 

2. Kegagalan dan melambatkan proses penyiasatan ke atas kroni-kroni BN
 

Penyiasatan kes Perwaja dan Tan Sri Eric Chia;

Penyiasatan kes BMF dan kes pembunuhan saksi utama dalam skandal BMF;

Penyiasatan kes pelaburan Tabung Haji bernilai RM200 juta yang diluluskan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Hamid Othman;

Kes penyelewengan saham MAIKA Holding oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S Samy Vellu;

Penyiasatan kes Menteri Pembangunan Masyarakat dan Perpaduan Negara, Datuk Dr Siti Zaharah Sulaiman yang menyeludup kereta mewah Mercedes Benz S320; dan

Penyiasatan kes membaik pulih rumah Menteri Besar Selangor dengan kos RM5 juta.
 

3. Menyelewengan dana-dana awam untuk membantu kroni BN
 

Merompak wang royalti minyak Terengganu dan ditukar menjadi wang ehsan untuk kegunaan politik Umno/BN;

Mengagihkan projek lebuh raya Utara Selatan kepada syarikat milik Umno, UEM bagi tujuan membiayai pembinaan Ibu Pejabat Umno, PWTC;

Memaksa Kumpulan Wang Simpanan Guru-guru (KWSG) menyelamat (bail out) 50.6 peratus saham MAS milik Naluri Sdn Bhd dengan harga RM8 sesaham ketika harga semasanya RM3.60 sesaham;

Pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan daripada Tan Sri Tajuddin Ramli yang bernilai RM1.8b;

Pengambilalihan syarikat Umno, Renong dan UEM oleh kerjaan melalui Dana Harta;

Pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd dalam projek ERL dengan penguasaan 80 peratus saham yang menguntungkan kroni Perdana Menteri yang menjadi rakan kongsi YTL Corporation;

Penyuntikan modal RM750 juta kepada BBMB, sebuah bank milik kerajaan sebelum diambil alih oleh bank milik Umno, Bank of Commerce dan membentuk Bank Bumiputera Commerce (BCB);

Pembelian saham Technology Resource Industries (TRI) oleh Dana Harta

Pengambilalihan Celcom, anak syarikat TRI oleh Telekom;

Memaksa KWSP membiayai projek LRT Putra serta menyelamatkan L&G dan PLUS;

Memaksa Petronas membeli saham Proton;

Memaksa Petronas mengambil alih Litar Sepang;

Memaksa Dana Harta menanggung hutang lapuk berjumlah RM39.326b milik BBMB, Sime Bank dan 66 institusi kewangan yang lain;

Memiliknegarakan IWK setelah ia mengalami kerugian;

Pemilikan 200 syarikat oleh Mirzan Mahathir;

Kes anak Datuk seri Dr Ling Liong Sik memiliki harta RM1b ketika berusia 28 tahun;

Penglibatan keluarga Tun Daim Zainuddin dalam pelbagai jenis perniagaan; dan

Penglibatan adik dan anak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam perniagaan.
 

4. Menyalahgunakan akta-akta draconian seperti ISA, OSA dan Akta Cetak dan Mesin Cetak bagi tujuan kepentingan politik BN;
 

Kes ISA seperti Operasi Lalang (1987), Operasi Kenari (1989), al-Arqam (1994), Reformasi (1998), al-Maunah (2000) dan KMM (2001);

Kes OSA seperti kes Mohd Ezam Mohd Noor (2002); dan

Kes Akta Cetak dan Mesin Cetak seperti kes Lim Guang Eng (1999).
 

5. Menyekat kebebasan badan penguatkuasa
 

Campur tangan terhadap tugas-tugas polis;

Mengganggu penyiasatan BPR;

Menghalang pendakwaan oleh Peguam Negara; dan

Mencampuri tugasan SPR dalam urusan pilihan raya.
 

6. Mengagihkan tender-tender secara runding terus kepada kroni yang tidak berkelayakan sehingga menyebabkan kes-kes seperti:
 

Keruntuhan makmal computer;

Kegagalan menyiapkan 2,192 makmal komputer dalam fasa pertama;

Terbengkalainya projek perumahan polis di Batu Pahat;

Keretakan PULAREK; dan

Penyelewengan pembekalan alat-alat saintifik ke Kolej Matrikulasi.
 

7. Mempengaruhi integriti dan kebebasan kehakiman
 

Kes Anwar Ibrahim;

Kes fiasco Tun Salleh Abbas;

Percutian Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoff Chin bersama Datuk VK Lingam;

Campur tangan seorang hakim kanan dalam pengendalian kes pengundi hantu DUN Likas;

Pendedahan oleh Datuk Syed Aidid, bekas Hakim Mahkamah Tinggi tentang 112 kes rasuah hakim-hakim;

Penghapusan bukti dalam kes seks DP Vijandran;

Perlantikan Tan Sri Mohtar Abdullah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan setelah beliau terlibat membebaskan Tan Sri Rahim Tamby Chik, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Datuk Seri Rafidah Aziz dan sebagainya ketika menjadi Peguam Negara; dan

Perlantikan Datuk Arifan Jaka dan Datuk Agustin Paul sebagai Hakim Mahkamah Agung.
 

8. Kerugian dan penyelewengan dana-dana awam
 

Penyelewengan RM 40 juta wang PPRT;

Kerugian pelaburan Tabung Haji;

Kerugian RM15b Bank Negara;

Kerugian RM40 juta AIM;

Kerugian LRT Putra dan LRT Star; dan

Kemerosotan keuntungan KWSP hampir RM600 juta pada 2000.
 

9. Menghina dan menyekat Islam
 

Merancang membuang nama Islam daripada pertubuhan Islam;

Mengucapkan penghinaan ke atas sunnah-sunnah Nabi;

Mengucapkan penghinaan ke atas hukum-hukum Tuhan;

Membiarkan penulis-penulis menghina hukum Allah, Islam, nabi dan ulama;

Menyekat dan memperkecilkan sekolah agama rakyat; dan

Memecat Mufti Selangor kerana mempertahankan tiga orang ratu cantik.
 

10. Menghapuskan hak istimewa Melayu dan Bumiputera
 

Menutup dua MRSM di Terengganu;

Menutup sekolah agama rakyat; dan

Menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar subjek Matematik dan Sains di sekolah.

Atas beberapa keadaan inilah maka kami berpandangan bahawa:
 

Dr Mahathir Mohamad sepanjang menjadi Perdana Menteri telah melakukan pelbagai jenayah atau melindungi kegiatan jenayah dengan menyalahgunakan kuasa beliau sebagai Perdana Menteri;

Dr Mahathir Mohamad telah menyalahgunakan dana-dana awam untuk membantu kroni-kroni, kaum keluarga dan kepentingan-kepentingan BN;
 

Dr Mahatir Mohamad juga telah melakukan pelbagai penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan termasuk membiarkan berlakunya rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya;

Dr Mahathir Mohamad juga telah menggunakan kuasanya untuk mencampuri urusan badan-badan penguatkuasa dan menghalang kebebasan kehakiman; dan
 

Dr Mahathir Mohamad telah melakukan pencabulan ke atas hak asasi rakyat, mencabul kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan mencabul hak istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera.

Oleh yang demikian, kami menggesa pihak tuan supaya menyiasat dengan segera aduan kami di atas bagi menentukan keterlibatan Dr Mahathir Mohamad dalam pelbagai jenayah, penyelewengan dan salah guna kuasa sepanjang 22 tahun memerintah negara ini. Pihak polis mesti menahan Dr Mahathir Mohamad dengan segera supaya satu penyiasatan menyeluruh tentang kegiatan jenayah ini dapat dibuat.
 

Sekian, inilah aduan kami.

t.t t.t

SALAHUDDIN BIN AYUB  DAN

MOHAMAD EZAM MOHD NOOR


Pada fajar 1.11.2003, kita akan dapat saksikan pula peralihan kuasa akan berlaku dan sudah tentu Pak Lah akan dilantik sebagai PM ke 5. Pak Lah sebagaimana yang kita semua tahu performentnya tidaklah sehebat Mahathir. Saya berani meramalkan bahawa beliau akan memegang kuasa sebagai PM dalam tempoh yang singkat sepertimana yang ditunjukkan oleh Allahyarham Tun Hussain Onn dan pencapaiannya tidak sehebat pencapaian yang telah dditunjukkan oleh Mahathir dan pemerintahannya nanti amat memerlukan "back-up patner " yang akan membantu dari belakang tabir menguruskan negara ini.
 
Dalam tempoh peralihan kuasa tersebut, riuh rendah media massa baik cetak maupun media elektronik khususnya RTM TV1 menyiarkan pelbagai program yang boleh kita simpulkan sebuah program mendewa-dewakan pencapaian Mahathir dalam tempoh 22 tahun memerintah. Pendewaan ini disebut kerana program-program tersebut hanya memuatkan hasil pencapaiaan yang diulas secara positif dan bersiri bagi dasar-dasar yang berjaya sahaja yang ditonjolkan, yang gagal dihilangkan. Bererti tidak ada setitik noda terpalit dalam tempoh pemerintahannya itu. Sebaliknya, orang lain dipersalahkan.
 
Pemergian Mahathir sebenarnya meninggalkan banyak kerosakkan dan menghitamkan sejarah Malaysia. Di awal pemerintahannya, Mahathir mempunyai vision yang cukup baik. Pernah satu ketika beliau telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa dalam pemerintahannya beliau mahu melihat semua rakyat Malaysia dari pelbagai kaum mempunyai tempat tinggal, tidak kelaparan dan berpakaian. Kenyataannya itu ada terukir di Muzium Negara bagi melambangkan keazamannya untuk merubah nasib rakyat sekurang-kurangnya setiap rakya di negara ini mencapai taraf " basic needs", sekarang saya tidak pasti sama ada ia masih terukir di situ.
 
Pelbagai program dan dasar dibentuk untuk mencapai hasrat tersebut. Dasar penswastaan, dasar pensyarikatan, dasar padang ke timur dan pelbagai dasar lagi telah dilaksanakan, tetapi semua dasar-dasar tersebut menemui kegagalan demi kegagalan, walaupun kerajaannya mencurah duit yang banyak untuk menyelamatkan dasar-dasar tersebut. Namun, ia tetap gagal dan membebankan rakyat keseluruhannya.Hutang negara sekarang ini berbilion-bilion akan ditanggung oleh rakyat sampai ke anak cucu-cicit.Habis hasil mahsul negara untuk mencapai cita-citanya.
 
MAS contohnya dibawah tanggungkan kerajaan dulu mendapat keuntungan yang amat memberangsangkan telah diserahkan kepada Tajudin Ramli yang akhirnya mengalami kerugian yang memaksa kerajaan membeli balik dengan harga yang amat mahal. Begitu juga denga kes pembentungkan diserahkan kepada seorang kroni yang kemudian membentok Indah Water Konsortium juga turut mengalami kerugian. Semua syarikat milik kerajaan yang pada mulanya untung diserahkan kepada kroni melalui dasar penswastaan ini gagal, tidak ada satu pun yang boleh dijadikan contoh bagi memenuhi hasrat dasar ini digubal. Terbaru Bernas yang diswastakan kepada kerabat Shahidan Kassim, MB Perlis turut mengalami masalah yang sama.
 
Apa salah Mahathir, salah beliau ialah memberi projek-projek yang bernilai besar kepada kroni-kroni yang tidak ada pengalaman dalam urusan perniagaan yang besar-besar, hendak cepat kaya dengan menambah hutang, berlagak berlebihan dan mengharapkan tongkat berterusan dari kerajaan.
 
Salahnya lagi hendak maju cepat [Wawasan 2020nya]  projek mega,belanja boros [duit petronas digunakan sepenuhnya sehingga kantong petronas kekeringan], tidak peduli pada keadaan sekeliling, ikut nafsu dan tidak mengambilkira buruk baik sesuatu program yang hendak dilaksanakan. Katanya mesti dipatuhi, walaupun pandangannya itu memberi kesan yang buruk kepada rakyat teramai.
 
Pelbagai slogan juga dibentuk bagi menjuruskan sebuah pentadbiran yang beramanah. Oleh itu slogan " Bersih, Cekap, Amanah dan Penerapan Nilai-nilai Islam Dalam Pentadbiran Kerajaan " dibentuk. Pada peringkat permulaannya slogan ini diterima baik oleh rakyat dan pemimpin kerajaan menunjukkan " Pemimpin Melalui Teladan" kepada rakyat yang dipimpim. Sebab itu, pada pilihan raya tahun 1982 dan 1986, kerajaan pimpinaan UMNO/BN mencapai kejayaan cemerlang dan pembangkang mengalami kekalahan yang teruk khususnya PAS.
 
Menukar haluan negara dari negara pertanian ke negara perindustrian.Dengan megah beliau pernah berkata bahawa bahan-bahan pertanian terutamanya bahan makanan boleh diimport dari negara jiran lebih murah dari kita menjalankannya sendiri kerana kosnya amat tinggi.Dasar Pertanian Negara mula diabaikan.Apabila dasar ini diubah, maka gaya hidup masyarakat juga turut berubah sesuai dengan masyarakat industri yang mementingkan diri sendiri dan rakyat mula beralih kepada bentuk material bukan lagi akhlak dan moral orang tidak penting lagi.
 
Dalam satu perhimpunan agung UMNO ke 52 pada 19 - 21.6.1998, beliau membela tokoh-tokoh korperat dengan mengatakan lebih baik kerajaan menjadikan lebih ramai billioneir dari menjadi 100 orang kaya, kerana menurutnya dari 100 orang kaya itu, kerajaan tidak dapat pungut cukai, tetapi dari billioneir kerajaan dapat pungut cukai yang banyak. Mereka menyumbang kepada kerajaan. Oleh itu, beliau pro kepada peniaga-peniaga dan menjadikan malaysia sebuah syarikat sendirian berhad dan lain-lain sektor diabaikan. Petani, nelayan, penternak dan peniaga tidak dapat perhatiannya lagi. Rakyat marhean menderita, harga barangan dan perkhidmatan naik, kos meningkat dan tidak ada unsur-unsur kebajikan lagi dalam semua sektor kerajaan, semuanya memerlukan duit.
 
Golongan marhean ini tidak mendapat apa-apa bila ekonomi berkembang, upah menurun, hasil pertanian dan harga juga tidak stabil turun-naik. Orang korperat/kaya peluang-peluang perniagaan bertambah, banyak kontrek dan tender, dapat saham-saham free dan yang dekat dengan pemimpin atasan dapat penswastaan. Bila ekonomi merudum, rakyat markean semakin tertekan, harga barangan dan perkhidmatan naik, upah dan hasil-hasil pertanian menurun dan orang-orang kaya di "bail out"kan.
 
Perubahan-perubahan itu membawa satu kemusnahan kepada tatacara kehidupan orang Melayu Islam. Mengejar duniawi melebihi mengingati hari akhirat. Berlakulah pelbagai penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, rasuah hidup subur di pelbagai peringkat terutama pada peringkat kepimpinan atasan yang dilindungi, masalah sosial bertambah umpama barah yang merebak dalam masyarakat.Berebut-rebut untuk menjadi pemimpin. Amanah dan kepercayaan yang diberi oleh rakyat telah dijadikan alat untuk membina empayar kekayaan untuk diri dan kroni-kroni.
 
Tabung-tabung amanah yang ditubuhkan untuk membantu rakyat telah diselewengkan kerana ajaran Mahathir mengukur kejayaan sesuatu bangsa adalah berasaskan kepada aspek kebendaan semata-mata dengan menepikan aspek akhlak dan moral [ada hubungkait memperkecilkan bidang pengajiaan Islam dan mematikan SAR ] yang terpenting pembangunan mestilah menurut kaca mata Islam. Islam memerintah bukan Islam diperintah. Oleh itu, tidak menjadi satu keajaipan apabila duit Tabung Haji lesap, duit orang miskin [PPRT] dikebas oleh orang kaya, duit KWSP dilabur tidak tentu hala yang merugikan pencarum-pencarum kelas marhean.
 
Sebagai kesimpulannya, inilah kesalahan Mahathir yang membangunkan negara mengikut cita rasanya bukan mengikut ajaran Islam yang mementingkan pembangunan rohani dan jasmani secara seimbang. Bukan pragmatik dan ikut logik akal yang selalu digunapakai oleh beliau dalam menyelesaikan masalah negara. Orang dianggap mengamal rasuah [ Kalil Yakob, Dr.Khir Toyo, Rafidah Aziz, Rahim TC, Mohamad Muhd Taib sekadar menyebut beberapa nama] dilepaskan dan diketengahkan memegang jawatan-jawatan penting, orang kotor diistiharkan bersih dan orang bermaruah disingkirkan kerana rasuah dianggap enteng. Mahathir melakukan sesuatu mengikut zahir undang-undang, tetapi melanggar semangat dan maksud undang-undang.Aspek-aspek ini sepatutnya juga disentoh oleh media, bukan hanya mendewa-dewakan beliau tanpa sedikitpun ada kecacatan. Beliau juga manusia biasa, tidak boleh lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan sesama manusia dan Allah dan jangan asyik meletakkan semua kesalahan yang berlaku itu kepada orang lain. Buat pemberitaan yang tidak memualkan.
 
Sekian, dulu kali ini dan insyaallah kita akan bertemu lagi dilain kesempatan. Wassalam, terima kasih.
 
- Meli - 3110.2003 (tanpa suntingan) [disiarkan semula dilaman saya pada 19.1.2004]

Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/
Dapatkan maklumat terkini di Forum M@RHAEN.