19 November 1985 - SERANGAN KE ATAS MEMALI
Dilulus terbit pada Saturday, June 05 @ 21:35:09 MYT oleh AbuJihad


Pada kira-kira jam lapan pagi, 19 November 1985, sekitar 30 hingga 40 orang (termasuk juga kanak-kanak) berada di kawasan rumah Ustaz Ibrahim Mahmud. Ketika itu juga Kampung Memali boleh dikatakan sudah dikepung oleh pasukan polis yang memang sedia ada di sekeliling kampung sejak beberapa hari lalu. Anggota-anggota polis ini terdiri dai PPH Ulu Kinta, Pasukan Komando Ulu Kinta dan lain-lain.

Mereka dibantu oleh Pasukan Polis hutan Sungai Petani yang datang dengan unit kereta perisai melalui pekan Baling.

 

Pada 8.30 pagi hari itu sekatan jalan raya diadakan oleh polis di semua jalan masuk ke Kampung Memali. Orang-orang kampung, termasuk kanak-kanak dan wanita yang menyedari sesuatu akan berlaku terhadap Ustaz Ibrahim sempat memboloskan diri lalu berkumpul di rumah Ustaz Ibrahim. Ini menambahkan jumlah orang yang berada di rumah Ustaz Ibrahim menjadi kira-kira 100 orang.

 

Satu pasukan FRU tiba. Anggota-anggotanya membuat perbarisan sambil berkawat dengan peralatan mereka yang lengkap. FRU membunyikan loceng sebanyak dua kali di hadapan rumah Ustaz Ibrahim.

 

Keadaan-keadaan ini disambut oleh orang-orang yang berada di dalam rumah Ustaz Ibrahim dengan bertakbir. Ada kanak-kanak yang melastik ke arah FRU. Kemudian kereta perisai digunakan merempuh pintu pagar rumah Ustaz Ibrahim.

 

Sumber: Laman © PAS Pusat, 1998. Suntingan dan persembahan © GU, 1999.

 

 

 

 

KRONOLOGI MEMALI - Rahsia PDRM

WS: Kronologi Memali - (terjemahan)
By web aNtu
11/8/2000 6:14 pm Fri

Saya ingin merakam ucapan terima kasih kepada "Sukusakat Wali Songo". kerana menterjemah artikel dalam bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia.


Berikut adalah isi terjemahan tersebut. Ia boleh juga dibaca di laman minda rakyat.

Awalkata: Artikel asal ada tersiar di Webantu.

Berikut adalah satu artikel dalam suratkhabar Kayhan International bertarikh 22 Disember 1985 yang masih saya simpan (sejak 15 tahun yang lalu). Berikut adalah isi artikel tersebut tanpa beberapa section yang tak signifikan kerana tak larat nak taip. Tujuan artikel ini diterbitkan sekarang kerana ada ciri-ciri yang menarik yang akan saya ulas menyusul nanti. Terdapat banyak persamaan kes ini dengan kes Al Ma'unah dan kes AI - iaitu beberapa pihak diberi arahan yang 'mengelirukan' serga pihak yang tiak bersalah diperangkap oleh 'misinformation' ini sehingga mengakibatkan insan-insan tertentu dihukum, dibunuh, atau diaibkan sebegitu rupa. Komen saya akan menyusul... Insya-Allah. Yang penting polis sudah dirobotkan oleh Mahathir yang berada di Cina pada waktu tragedi ini dan PDRFM Bukit Aman menyempurnakan rancangan Mahathir. Siapakah ketua polis masa itu? Cuba teka!

OPERASI HAPUS DI MALAYSIA

a#salamualaikum,

Saya mengirimkan satu liputan khas mengenai Memali. Ia bersangkutan dengan tragedi Baling dengan harapan anda akan menerbitkannya dan menyibarkannya seluas mungkin. Disebabkan masalah keselamatan saya lebih selesa kekal tanpa nama.

BALING, ialah sebuah daerah di Kedah yang terletak di utara Malaysia. Daerah ini pernah mengalami pelbagai pengalaman tragedi yang dicetuskan oleh Parti Komunis Malaya yang diharamkan itu, walaupun ia menerima sokongan kerajaan Cina yang berpusat di Peking. Apakah satu keanihan, tragedi yang terjadi pada 19hb November, 1985 di Baling itu berlaku ketika Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir Mohammad sedang melakukan satu kunjungan rasmi di China?

Tragedi ini telah mengorbankan empat belas nyawa orang Islam yang mati syahid kerana mereka lebih rela memilih jalan syahadah daripada jalan sekularisme. Orang yang lebih memilih jalan kebenaran daripada akur kepada kekerasan telah turun terkorban nyawanya. Beliaulah al Syahid Ibrahim Mahmud. Latar belakang Al-syahid Ibrahim Mahmud Ibrahim berumur 43 tahun ketika itu dan amat dihormati oleh masyarakat di Kampung Memali, yang termasuk dalam Mukim Siong, Baling. Beliau memang merupakan seorang yang banyak pengalaman dan berpendidikan Islam yang cukup tinggi. Beliau lulus daripada Universiti Al Azhar dan kemudiannya melanjutkan pelajarannya lagi di India dan Libya. Sebaik pulang ke tanah air, Al Syahid Ibrahim telah berkhidmat sebagai pegawai pendakwa di Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri.

Ketika itulah beliau kerap memberikan ceramah agama Islam di Telivisyen Malaysia. Ibrahim merasa terganggu dengan sistem pemerintahan negara, lantas berhenti kerja untuk memulakan kelas agama di kampungnya di Memali. Ini diikuti oleh pembukaan sebuah sekolah agama di kampung itu untuk memberikan khidmat yang lebih luas kepada masyarakat Islam. Kerana kesedaran akan adanya konspirasi yang dicetuskan oleh golongan neo-kolonis terhadap ajaran Islam yang benar, Ibrahim Mahmud mengambil langkah untuk menganggotai PAS. Ibrahim telah menyumbangkan khidmatnya kepada parti politik itu dan memperkenalkan pendekatan universal yang memberikan ruang yang luas kepada parti yang berfahaman sempit menjadi satu pergerakan Islam yang mampu menyatupadukan masyarakat Islam yang sanggup hidup dan mati kerana Islam. Ibrahim telah menyemarakkan semangat jihad dan kepentingan kepimpinan golongan ulama sebagai pra syarat kepada kecemerlangan Islam, kebebasan dan perpaduan. Dia amat yakin bahawa Islam akan menjadi lebih bermakna dalam sebuah negara Republik Islam.

Pada 1978, Ibrahim telah bertanding atas tiket PAS di kawasan Bayu-Baling. Beliau berjaya meraih 5,081 undi berbanding 6,169 undi yang diraih oleh calon Barisan Nasional. Pada pemilu 1982, Ibrahim tewas kepada calon BN dengan hanya 100 undi. Ibrahim merupakan seorang ayah yang penyayang dan menghormati golongan wanita. Hidupnya sungguh bersahaja. Memang jelas, beliau adalah lambang seorang insan yang bersih kehidupannya di kalangan satu masyarakat tani yang termiskin di Malaysia.

Ibrahim pernah ditawarkan beberapa jawatan penting dalam sebuah parti politik yang bukan Islam seandainya dia sanggup mengenepikan golongan miskin dan melata. Menepati nawaitu hidupnya, beliau telah menolak semua itu yang dianggapnya sebagai syurga dunia kerana dia lebih senang merapati golongan yang mendekati Allah. Kerana itu dia kerap didatangi ancaman hidup beberapa kali yang mahu memerangkapnya dan membunuhnya. Semua itu dipinggirkannya sahaja sebagai sesuatu yang tidak penting. Selepas pemilu 1982, satu arahan untuk menahan Ibrahim di bawah akta ISA yang menjijikkan itu telah dikeluarkan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negara. Kesannya telah mengejutkan pihak yang berkuasa. Ribuan penyokong Ibrahim telah menjadikan surat arahan penangkapan itu sebagai secebis kertas yang tidak bermakna apa-apa. Rancangan untuk menangkapnya telah berakhir dengan kematainnya yang diiktiraf sebagai mati syahid bersama 13 orang sahabat dan pengikutnya. Mereka telah mati di gtangan segerombolan penembak upahan yang tergolong ke dalam golongan yang suka berpoya-poya.

Allahuahbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Berikut adalah catatan terperinci mengenai perkembangan di Kampung Memali, Mukim Siong, Baling yang berkesudahan dengan terkorbannya 13 nyawa bersama Al Syahid Ibrahim Mahmud. Catatan yang dipaparkan di sini merupakan rakaman komputer daripada Signals Division pasukan PDRM yang mengikuti perjalanan tragedi Baling itu untuk maklumat perdana menteri. Di sini dicatitkan juga fakta mereka yang tercedera dan mereka yang berjaya melepaskan diri daripada kepungan pihak polis. TOP SECRET :

001: Pada jam 1935 Hrs. (18/11/85) berpusat di Kem Pasukan Polis Hutan Sungai Petani, Kedah; 3600 anggota polis daripada pelbagai bahagian termasuk FRU (Penang), Pasukan Senoi Prak, Anggota Polis beruniform, Commando 69, sudah bersiap siaga untuk menerima arahan. Kunpulan ini diletakkan di bawah arahan seorang pegawai tinggi Ibu pejabat di Bukit Aman dan dibantu oleh beberapa pegawai daripada Bukit Aman Kedah, Perlis, dan Penang.

002: Tepat Jam 1945 (18/11/85) pegawai tinggi yang memerintah daripada Bukit Aman telah mengeluarkan arahan bahawa kumpulan yang bersiap-siaga itu akan menyerang hendap satu kem komunis dalam daerah Baling yang berdekatan dengan sempadan Thailand.

003: Pada Jam 2005 (18/11/85) berlaku satu keributan di bilik operasi Sungai Petani di antara Pegawai Berkuasa pasukan Polis Hutan Sungai Petani dengan Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman. Kekalutan ini berasaskan arahan palsu yang telah dikeluarkan. Arahan menyerang dan membunuh penghuni 'kem komunis' itu seberanya disasarkan ke arah Ibrahim Mahmood, pengikutnya dan sesiapa juga yang hadir di Madrasah yang dibina oleh orang kampung di situ. Pegawai yang mengetuai pasukan Polis Hutan itu telah memberi penerangan kepada Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman betapa Ibrahim Mahmud dianggap oleh para pegawai pasukannya sebagai seorang ulama yang berwibawa. Malahan ramai di kalangan mereka adalah penuntutnya. Dilema yang tercetus ini mencetuskan satu suasana yang hening dan sunyi-sepi.

004:(18/11/85) Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman telah mencuba menghubungi Penolong Pesuruhjaya Polis di Bukit Aman, tetapi gagal. Kemudian dia berjaya menghubungi Musa Hitam yang ketika itu menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Hutan Sungai Petani telah diberikan laluan untuk bercakap dengan Musa Hitam. Beliau telah merayu kepada Musa Hitam dan membuat penjelasan betapa Ibrahim Mahmud adalah seorang ulamak yang disegani dan telah banyak berjasa dalam usaha menaikan taraf hidup masyarakat Memali. Malahan, Ibrahim Memali sudah terkenal dan dihormati oleh para sahabat dan lawan. Tetapi, akhirnya diketahui juga Musa Hitam telah memberikan arahan agar serangan itu diteruskan.

Nota Khas:

Kebanyakan anggota polis yang terbabit dalam operasi ini adalah mereka yang bukan beragama Islam. Operasi Khas ini telah diberi-nama "Operasi Hapus" oleh Musa Hitam.

005: Jam 2045 (18/11/85) sebuah majlis keraian telah diadakan di sebuah padang terbuka di Kem Polis Hutan di Sungai Petani. Di sana minuman bir dan minunam keras (arak) telah disediakan kepada semua unit. Namun, ada juga segelintir anggota Pasukan Polis Hutan itu yang tidak minum.

006: Jam 2147 (18/11/85) pegawai pemerintah operasi telah menerima mesej melalui wireless. Mesej yang dierima mengatakan betapa 10 orang komando polis hutan telah berjaya masuk kawasan Memali dan telah pulang dengan laporan penuh. Laporan itu adalah mengenai pergerakan masyarakat yang menghuni Madrasah tajaan Ibrahim Mahmud, yang sudah pun disahkan sebagai sasaran serangan polis itu.

007: Jam 21.47(18/11/85) semua unit telah bergerak di bawah pimpinan lapan pegawai muda. Mereka bergerak memasuki Baling dengan menggunakan dua kereta perisai. Pegawai pemerintah Unit Sungai Petani tidak menunjukkan minatnya ketika itu. Di waktu yang sama, Ibrahim Mahmud sedang memberikan kuliah kepada 50 orang penuntut yang hadir. Kuliah itu berlanjutan sehingga jam 23.45. Setelah selesai ada juga penuntutnya yang pulang ke rumah mereka sedangkan yang lainnya tidur bermalam di Madrasah itu.

008: Pada Jam 24.00 (18/11/85) Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman telah menerima arahan terakhir mengenai 'Operasi Hapus' itu. Ketika itu berlaku sedikit kekesalan di kalangan pasukan daripada Sungai Petani. Mereka mahukan operasi itu dilakukan dengan mengadakan sekatan dan kepungan untuk mendesak Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ketika itu ditaksirkan, tindakan mengepung itu mungkin membawa kesan hanya selepas tiga bulan. Cadangan unit Sungai Petani itu telah disanggah oleh Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman. Beliau telah disokong oleh pegawai lain yang datang daripada Bukit Aman, dan juga OCPD Baling. Mereka berpendapat bahawa strategi yang melecehkan itu mungkin membabitkan pergeseran di antara pihak polis dengan anggota tentera yang berkhemah di sempadan Malaysia/Thai di Sik dan Baling. Kecurigaan mereka ini muncul kerana 90% anggota tentera yang disebutkan itu memang menyokong pergerakan Islam dan juga Ibrahim Mahmud.

Keadaan kelam kabut muncul lagi. Sekali lagi Musa Hitam di hubungi. Pada kali itu, pegawai yang berkuasa diberitahu bahawa Musa Hitam tidak dapat di hubungi kerana beliau telah pergi ke sebuah hotel di Kuala Lumpur. Di waktu yang sama Timbalan Menteri hal Ehwal Dalam Negeri, Radzi Ahmad sedang mengikuti perkembangan dengan berada di Ibupejabat Polis Penang. Beliau sedang mengikuti perkembangan 'Operasi Hapus' itu. Tidak berapa lama kemudiannya Musa hitam telah menghubungi pihak polis dengan suara yagn seolah marah dan rasa terganggu. Musa tidak banyak bercakap cuma mengeluarkan perintah untuk melakukan operasi penghapusan walaupun ia bermakna secara menyeluruhi Negeri Kedah.

Catatan di Kampung Memali: Seorang pemandu motorsikal dilihat berhenti di hadapan pintu-gerbang rumah yang dihuni oleh Ibrahim Mahmud. Seorang muda dilihat berlari ke arah pintu rumah itu meminta kebenaran untuk masuk. Dia telah memberitahu penghuni rumah itu betapa dia ternampak satu kumpulan polis yang ramai di Baling setibanya di pekan itu. Ibrahim Mahmud telah dikejutkan dari tidurnya. Begitu juga halnya dengan 39 orang lain yang telah berjaga malam di Madrasah itu sebelumnya. Mereka dikerah bersiap sedia untuk mempertahankan diri. Mereka mula mengumpulkan segala alat yang ada di rumah kampung seperti kapak, pisau, buluh runcing dan sebagainya. Yang lebih berani telah membuat bom molotov pula. Dengan lain perkataan, setiap insan di situ ada alat senjata yang boleh dipergunakannya.

Dalam kumpulan yang bertahan itu ada empat kanak-kanak dan lima kaum wanita. Ibrahim telah mengajak para pengikutnya untuk berwuduk daripada sebuah telaga yang berhampiran. Mereka telah melaksanakan solat sunat dan juga solat hajat. Mereka membaca Surah Ya#sin dan berzikir. Ibrfaham Mahmud kemudiannya memberi ucapan betapa beliau lebih rela bersyahadah daripada menyerahkan dirinya untuk dijadikan alat merka yang mahu menaikkan semangat nasionalisme. Ibrahim telah meminta sesiapa yang curiga dengan hasratnya itu meninggalakan kumpulan mereka. Tidak ada sesiapa yagn mahu berganjak daripada tempat duduknya. Laungan Allahuakbar mula bergema, bertalu-talu dan memecah keheningan Kampung Memali. Yang hadir lebih memilih jalan 'syahid' daripada terus hidup mengabdikan diri ke jalan yang hina. Di waktu yang sama di Stesen Polis Daerah baling, segala persiapan untuk menyerang kampung Memali semakin dipercepatkan. Semua itu dilakukan oleh kebanyakan anggota polis yang telah mabuk ataupun tidak keruan fikirannya.

009: Jam 0100 (19/11/85) 3,600 (Tiga Ribu Enam Ratus) anggota polis bersama pegawainya telah tiba di Kampung Memali. Mereka lengkap bersenjata automatik dan tiba dengan kereta perisai. Mereka mula mengepung kampung itu. Ketika itu Musa Hitam tentu sekali masih lagi berada di hotel kerana dia tidak dapat dihubungi. Semua urusan komunikasi dilakukan pula dengan timbalannya yang bertahan di Ibupejabat Polis di Penang. Kebanyakan anggota polis yang tiba di Kampung Memali itu masih lagi beranggapan merka akan menyerang sebuah kem komunis. Itulah maklumat yang diberitahu kepada mereka oleh Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman. Di waktu yang sama kumpulan daripada Sungai petani hanya kecil sahaja dan masih samar akan tugas mereka.

010: Jam 0300 (19/11/85) Kampong Memali telah dikepung seluruhnya oleh pihak polis. Polis yang beruniform ditugaskan membuat sekatan jalan raya. Pasukan Polis Hutan telah diarahkan ke bahagian Selatan. Pasukan FRU (Polis Gerak Khas: kaki-pukul) diarahkan ke bahagian utara. Pasukan Komando 69 (Polis Hutan) telah dikerahkan di bahagian belakang rumah Ibrahim Mahmud yang juga merupakan sekolah agamanya.

011: Jam 0336 (19/11/85) Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman yang memerintah Operasi Hapus itu telah bercakap menggunakan pembesar suara. Dia mahukan Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ibrahim Mahmud berbincang dengan penghuni rumahnya itu. Mereka membuat pendirian untuk tidak menyerah diri walaupun pasukan yang datang itu berpakaian seragam melambangkan wakil negara. Mereka bertakbir dan laungan Allahuakbar mula berkumandang semula.

012: Jam 0400 pagi (19/11/85) satu kumpulan manusia yang berjumlah 30 orang termasuk wanita dan kanak-kanak tiba-tiba muncul daripada bahagian utara . Mereka berlari di tengah-tengah benteng pasukan Polis Hutan dan juga Komando 69 dan membawa senjata tajam yang sering mereka gunakan ketiak bertanam padi. Mereka cuba memasuki rumah Ibrahim Mahmud untuk memberikan sokongan. Anggota pasukan Komando 69, yang masih lagi mabuk dan kurang berdisiplin itu telah menembak ke arah penduduk kampung yang sedang berlari itu. Tetapi, mereka tersalah sasar, maklumlah kerana masih mabuk lagi. Namun tindakan mereka itu membuatkan orang kampung berpatah balik kerana ketakutan. Tindakan melulu Pasukan komando itu telah mengena seorang pegawai kanan Pasukan Polis Hutan. Seorang pegawai rendah dan juga seorang konstabel pun turut terkorban. Tembakan ke arah orang kampung yang tidak berdosa oleh satu pasukan yang khayal telah tersesat kepada badan pasukan kawan sendiri.

Satu perundingan telah diatur untuk menenangkan keadaan. Operasi mengepung masih lagi berkuatkuasa. Tetapi, beberapa pegawai daripada Alor Star telah meminta agar pengepungan itu dibatalkan sahaja. Mereka telah mengambil iktibar daripada kematian tiga orang sendiri disebabkan tindakan yang songsang. Permintaan mereka telah ditolak oleh pegawai pemerintah.

BABAK DUA

013: Jam 0521 (19/11/85) Azan subuh berkumandang di rumah Ibrahim Mahmud. Suara yang sungguh sayu itu menjentik sentimen anggota polis daripada Alor Star. Mereka semakin mencurigai matlamat operasi polis itu. Ibrahim Mahmud mengimamkan solat pagi itu dan suaranya semakin jelas ketika itu. Di waktu itu Pegawai pemerintah Operasi telah mengeluarkan arahan agar pasukannya mula menyerang. Beliau telah ditentang oleh pegawai yang beragama Islam.

014; Jam 0559 (19/11/85) Solat Subuh pun selesai dan pengepungan diketatkan lagi. Tiba tiba, satu kumpulan orang kampung muncul untuk memasuki perkarangan rumah Ibrahim Mahmud. Mereka terpaksa menentang pasukan Polis Hutan. Mereka menyerbu ke rumah Ibrahim bersenjatakan senjata kampung dan sambil menggenggam tangan merka melaungkan Allahuakbar. Melihatkan perbuatan orang kampung itu pegawai pasukan Polis Hutan mengarahkan pasukannya untuk berundur dan tidak menentang mereka. Mereka hanya diarahkan bertahan sambil bersiap sedia sahaja. Masa terus berlalu, operasi untuk menghapuskan Ibrahim Mahmud itu semakin menyerlahkan kejijikannya. Keadaan hari yang semakin siang telah menyerlahkan betapa operasi itu bertujuan melindungi rahsia kejijikan perancangannya. Kini, unsur kerahsiaan itu telah terdedah sama sekali.

Nota Khas: Sebelum operasi itu dilancarkan ramai pemimpin beragama Islam telah ditangkap. Kita boleh menyoal diri kita apakah keheningan malam telah mampu menggelapkan kejijikan operasi semacam itu ?

015: Jam 08.15 (19/11/85) setelah mendapat kelulusan timbalan menteri hal ehwal dalam negeri pegawai pemerintah operasi telah memberi arahan agar dua kereta perisai mula menyerang rumah Ibrahim Mahmud. Mereka telah dihalang oleh bajingan bom molotov.

Ini membuatkan pasukan polis itu berundur sambil terus memuntahkan peluru senjata automatik ke arah rumah yang dikepung itu. Di waktu yang sama empat orang wanita dan tiga orang kanak-kanak berlari keluar rumah itu. Mereke diarahkan oleh Ibrahim agar melarikan diri. Mereka telah dikepung dan ditangkap oleh pihak polis dan dihumbankan ke dalam trak polis yang diawasi oleh anjing penjaga. Ketika itu juga serangan diteruskan. Tembakan pihak polis disambut dengan laungan Allahuakbar sahaja secara berterusan.

016: Jam 11.05 (19/11/86) Komando 69 diarahkan menyerang rumah Ibrahim.

017: Jam 1136 (19/11/85) pasukan Komando 69 telah menyerbu masuk dengan senjata yang dipetik. Berlaku beberapa pergelutan di mana Ibrahim dan orang-orang yang masih bertenaga terus melawan. Ada juga ahli rumah yang keluar untuk berlawan dengan anggota polis di kawasan halaman. Polis terus menembak mereka walaupun mereka sudah tidak bersenjata lagi. Hanya Allahuakbar yakin mampu mereka ucapkan sehinggalah nyawa hilang dalam perjuangan itu. Ramai yang mati sedangkan ada juga bilangannya yang cedera teruk sahaja. Beberapa orang anggota komando telah menyerang Ibrahiml Beliau telah melawat merka dan mampu membunuh salah seorang yang menyerangnya. Tetapi beliau terkorban akhirnya setelah dada sebelah kanannya dituju berpuluh kali. Ibrahim gugur dengan genggaman tangannya berkepal ke atas sedangkan mulutnya masih lagi melaungkan Allahuakbar. Seorang pegawai polis berlari meluru ke arahnya untuk mengepung kepala Ibrahim ke ribanya. Ibrahim kedengaran bersuara: "Alhamdullilah, kerana mengorbankan kami ke jalan mati syahid."

018: Jam 1213. Serangan pihak polis ditamatkan. Mereka yang telah ditangkap telah disungkup dengan karung guni. Beberapa anggota Komando 69 telah dilihat menendang badan yang terbujur itu untuk menentukan mereka sudah mati. Ada pula yang terus menembak mereka lagi sambil berkata; "Pergi jahanam dengan Islam".

019: Jam 1305 (19/11/85) Pegawai pemerintah operasi telah membuat laporan kepada Ibupejabat Polis Penang dan juga kepada Musa Hitam di Kuala Lumpur. Musa Hitam mengarahkan agar semua orang kampung ditangkap untuk menahan agar rahsia operasi itu tidak terdedah.

020: Jam 1500 (19/11/85) kerja-kerja menangkap saki baki orang kampung dilakukan. Mereka diterbangkan dengan dua helikopter polis. Mereka yang cedera dan mati dihantar ke hospital di Sungai Petani dan Alor Star. 4 mati syahid di Sungai Petani dan 10 yang sudah mati dibawa ke Alor Star, termasuklah Ibrahim Mahmud.

021: Jam 1510 (19/11/85) Sektiar 30 anggota tentera lengkap dengan senjata automatik tiba di hadapan rumah Al syahid Ibrahim. Berlakulah pertelagahan di antara pegawai petugas di kalangan pasukan polis yang mengwasi tempat itu dengan ketua anggota tentera yang tiba di situ. Anggota polis yang ramai itu diberikan arahan untuk bersiap sedia dengan senjata mereka. Menyedari betapa bilangan mereka kecil dibandingkan dengan anggota polis yang bertugas di situ pihak tentera pun meredakan keadaan. Ketuanya pernah berkata: Hari ini hari kau.....Kau boleh lakukan apa yang kalian mahu. Tetapi ingat, akan timbul satu hari nanti, kami akan menentang kamu dengan kekuatan yang setara. "

BABAK KETIGA

Setiap insan yang waras di kalangan marhaen di negara ini tentu dapat membuat penilaian akan lapuran mengenai Al syahid Ibrahim Mahmud. Beliau bukannya seorang penjenayah seperti yang digambarkan oleh Musa Hitam. Namun, akhbar New Straits Times bertarikh 21/11/85 menerbitkan satu tajuk yang bertulis: Empat anggota polis dan 14 penjenayah mati dalam pertempuran. Di akhbar yang sama Musa Hitam telah menuduh Ibrahim Mahmud bersama 13 rakannya sebagai penjenayah dan penganut ajaran sesat. Beliau telah menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh majlis Agama Islam Kedah yang berkata: "Ustaz Ibrahim hanya memberikan ceramah agama. Lagipun dalam satu pertemuannya dengan pihak akhbar Musa Hitam telah mengulangkan cerita bagaimana dia telah diseranah dua kali oleh persidangan UMNO kerana tidak bertindak tegas terhadap aktiviti keagamaan seperti yang dilakukan oleh Ibrahim Mahmud itu. Kalau kita pertimbangkan segala fakta yang terserlah, termasuk keputusan pemilu di mana BN hanya mampu menang tipis, kita boleh membuat kesimpulan betapa 'Operasi Hapus' adalah satu tipu muslihat untuk menghapuskan Ibrahim Mahmud bagi kepentingan politik UMNO. Mereka mahu menentukan terhapusnya rintangan dalam menentukan kemenangan kerusi Bayu/Baling dalam pemilu yang mendatang.

Dilemma UMNO

Di manakah prioriti UMNO selepas episod Memali? Kalau UMNO memperakukan ianya sebuah parti Islam, episod Memali membawa erti bahawa para pemimpinnya telah memperlekehkan Allah. Bukankah mereka yang telah merencana pembunuhan di Memali itu sehingga tergolongnya beberapa insan sebagai mati syahid? Kalau para pemimpin UMNO memperakui bahawa parti itu condong ke arah nasionalistik, ia bererti bahawa para pemimpin itu sudah menderhaka kepada banganya kerana terbunuhnya orang Melayu. Bukankah itu kaum yang mahu dilindungi oleh UMNO? Tindakan yang dilakukan oleh segelintir pemimpin UMNO ini akan mencetuskan peperangan saudara di kalangan orang Melayu. Cara nyawa diperlekehkan telah membuatkan ramai ahli UMNO yang kecewa dengan kepimpinan Timbalan Presiden Parti, Musa Hitam. Beliau memang semacam giankan kesamsengan dan kini menerima padahnya. Rakan sejawatnya dalam kerajaan Idonesia bernama General Benny Murdani pernah berkelakuan serupa dan dibenci oleh rakyatnya. Kini Musa menerima jolokan sebagai 'haiwan politik' dan juga 'penghapus orang Islam'. Murdani adalah seorang agen Zionis, kerana dia bukan beragama Islam. Tetai kenapakah Musa Hitam mengikuti gelagat Murdani?

Tindakan yang dilakukan oleh UMNO menunjukkan parti itu bukan lagi memberi kepentingan terhadap keluhuran Islam dan juga orang melayu. Ironisnya Islam dan Bangsa Melayu menjadi alat UMNO untuk terus mempertahankan kuasanya. Kumpulan ultra Cina dan India sedang bersepakat secara senyap di kalangan mereka. Mereka berjaya memperalatkan individu Melayu yang ternama sebagai juara tempelan mereka. Untuk menyelesaikan keadaan yang semakin menjadi satu masalah besar ini, Dr. Mahathir perlu menulis lagi mengenai dilemma UMNO. Kesan tragedi Memali telah membuatkan Kampung Memali bertukar rupa daripada sebuah kampung yang aktif menjadi sebuah kampung yang dihantui seribu kenangan pahit. Ramai penduduk asal kampung itu telah melarikan diri kerana takutkan ancaman polis.

Seramai 159 penduduk kampung pernah ditahan oleh polis Dosa mereka terletak kepada keyakinan diri mahukan ajaran Islam yang direstui Allah. Mereka ini termasuk beberapa anak-anak kecil dan warga tua sedang ditahan dalam tiga buah bilik kecil di sebuah kem tahanan. Kaum wanita dibiarkan berkumpul dengan kaum lelaki. Tidak ada kemudahan bersolat. Mereka kerap didera dan diaibkan. Anak-anak kecil dilihat menangis mencari ibu-ibu yang sengaja dipisahkan dari mereka. Setiap tahanan diberikan makanan berupa satu mangkuk kanji setiap hari. Sesiapa yang cedera parah dihantar ke hospital Sungai Petani ataupun Alor Star. Mereka hanya diberikan layanan pesakit luar, satu penghinaan yang berlanjutan. Kalau keadaan tidak diperbaiki ada di kalangan mereka yang akan mati syahid pula.

Tiga belas daripada yang mati syahid termasuk Ibrahim Mahmud telah disemadikan di satu kubur panjang di Parit Panjang, Baling. Mereka disemadikan dengan pakaian mereka yang berlumuran darah itu. Seorang mangsa lagi telah disemadikan di Alor Star di atas permintaan ibunya. Kes ini kini dianggap sudah tamat oleh Musa Hitam dan juga pengarah Operasi Hapus itu. Kumpulan ultra yang bukan beragama Islam memang menantikan berlakunya peperangan saudara hasil episod Memali ini. Kini, orang Melayu sudah sedar betapa berbahayanya semangat nasionalisme dan kuasa yang didorong oleh semangat semacam itu.

Kepada golongan yang mati syahid, episod yang berlaku adalah merupakan kemuncak kehidupan mereka. Mereka sudah pulang kepada pencipta-Nya dan di waktu yang sama mereka telah membawa satu arus kesedaran kepada orang melayu di negara ini.

Mereka telah menyedarkan betapa orang Melayu harus berganding bahu dengan saudara Islam di seluruh dunia. Dengan cara itu barulah kita faham apa ertinya menjadi seorang muslim.

Dengan arahan yang dibuat oleh Musa Hitam, ramai orang yang tidak berdosa telah ditangkap dan ditahan. Mereka dikumpulkan di satu tempat yang tidak selesa dan menjiikkan. Hingga hari ini jumlah merka yang ditahan dan nama yang telah ditahan secara tersilaf tidak pun diterbitkan. Mereka yang ditahan itu tidak pernah dibawa ke hadapan mahkamah untuk didakwa. Kenapakah kerajaan tidak melakukan tindakan yang serupa seperti kes BMF? Apakah Episod Penghapusan Memali itu dilaksanakan sebagai melencongkan perhatian rakyat terhadap rompakan di siang hari yang paling terbesar dalam sejarah negara ini? Berbilion dana kepunyaan rakyat telah lesap dan seorang insan yang jujur telah dibunuh.

Namun, pihak kerajaan masih mahu berahsia dalam hal BMF itu dan perkara itu masih belum mampu diselesaikan. Sebaliknya pula, apabila seorang ulama cuba memberikan khidmatnya kepada rakyat jelata, dan membantu mereka menaikan taraf hidupnya, beliau telah dikepung dan ditahan untuk dibunuh dengan kejam. Di manakah letaknya erti kehakiman, keadilan dan kebenaran itu? Mereka yang bertanggungjawab dalam Episod Memali harus ditangkap dan dibawa ke mahkamah. Darah orang Melayu tidak sepatutnya dibiarkan mengalir di atas bumi orang Melayu dengan alasan songsang betapa Islam menyokong nasionalisme. PAS dan juga seluruh organisasi Islam telah mendesak agar ditubuhkan satu suruhanjaya diraja untuk membongkar kisah Tragedi Memali itu.

27 hb November, 1985 14 hb Rabi-ul-awal 1406.

Suara Islam Malaysia.

Diterjemahkan Oleh: Sukusakat Wali Songo. "

 

 

 

Memali Setahun Kemudian... INGATAN YDP PAS
Dilulus terbit pada Saturday, June 05 @ 21:38:56 MYT oleh AbuJihad


Tragedi Memali setahun yang lalu menjadi titik tolak yang penting kepada perjuangan Islam yang dipelopori oleh PAS di negara ini. Demikian ditegaskan oleh Yang Dipertua PAS, Tuan Haji Yusuf Rawa.

"Kita bersyukur kepada Allah kerana tragedi Memali meningkatkan lagi keazaman para jemaah PAS untuk berjuang terus hingga terlaksananya daulah Islamiah," katanya.

 

Apabila ditanya perasaannya setelah setahun berlalu peristiwa berdarah itu, Ustaz Yusuf dengan suara tenang seperti selalunya berkata, "Dari satu segi kita bersedih kerana terjadinya tragedi berdarah itu...18 nyawa telah terkorban. Tetapi dari satu segi yang lain kita berasa lebih yakin bahawa perjuangan Islam akan berjaya. Kita juga tetap yakin bahawa ahli-ahli jemaah kita yang rebah seramai 14 orang itu tetap mati syahid kerana kita telah mengemukakan hujah-hujah kita dengan jelas dan saksama berdasarkan hukum Al-Qur'an, hadis dan ijmak ulama."

 

Beliau yang ditemui selepas perasmian ijtimak "Memperingati Syuhada" anjuran PAS Kawasan Titiwangsa di Dewan Kuala Lumpur pada 19 November 1986 banyak bercakap mengenai perjuangan Islam yang pasti berjaya dan berasa yakin tentang masa depan PAS yang tetap cerah walaupun dihadapkan dengan pelbagai ujian oleh musuh-musuh Islam.

 

Dengan penuh terharu beliau berkata, "Apabila merenung peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Memali itu, saya membandingkan dengan apa yang berlaku di tempat lain di Malaysia umpamanya peristiwa pertemuan Ching Peng (Pemimpin Komunis) di Baling pada tahun 50-an dulu, peristiwa Botak Chin beberapa tahun yang lalu dan yang terbaru peristiwa tebusan di Penjara Pudu baru-baru ini."

"Semuanya tidak menumpahkan darah. Tetapi peristiwa Memali tidak demikian dan saya berasa pelik", katanya dan menambah, "sedangkan Ustaz Ibrahim Libya dan orang kampung yang menjadi mangsa itu tidak pernah dibuktikan kesalahannya sama ada sebagai penjenayah atau pun penganut ajaran salah."

"Ini semua hikmah Allah," katanya dan menambah, "memanglah harga perjuangan menegakkan Islam begitu mahal dan hanya mampu dibayar oleh mujahid-mujahid terbilang seperti Ustaz Ibrahim Libya dan sahabat-sahabatnya.

 

Sumber: Laman © PAS Pusat, 1998. Suntingan dan persembahan © GU, 1999.

 

 

KISAH MEMALI - Part 1
Dilulus terbit pada Saturday, June 05 @ 21:52:42 MYT oleh AbuJihad


TRAGEDI MEMALI 19 NOV 1985 - Versi Rakyat Marhain

Assalamualaikum,



Tanggal 19 November lalu, genaplah 13 tahun tragedi Memali berlaku. Rasanya, ramai di antara sahabat-sahabat sekalian yang masih di bangku sekolah atau baru saja melangkah ke alam pekerjaan ketika tragedi tersebut berlaku. Kerana ianya adalah satu tragedi yang penuh dengan pengajaran dan sesetengahnya masih menjadi misteri, maka ada baiknya diceritakan semula di sini untuk tatapan bersama.

Hujung minggu lalu, saya ke Baling untuk mengesahkan semula cerita-cerita yang pernah saya dengar sekitar tahun 1985 dan awal 1986 dahulu. Kerana cerita yang saya dengar itu mempunyai versi yang berbeza, maka kekadang saya sendiri jadi confuse bila ditanyakan orang akan cerita yang sebenarnya..

 

Masih saya ingat kata-kata Pak Ya, seorang hardcore UMNO dua tiga bulan selepas kes tersebut. Kata Pak Ya, "Ala, Berahing Libya tu, dah habis jual bergolok bergadai, jual lembu, jual tanah, jual harta nak menang pilihanraya, lepas tu kalah. Dah tak ada apa dah tinggal, nak tunggu apa lagi? Ma_pooh (mam pus) la, lagi molek!!". Pak Ya ni harcore sungguh, masa tengah menjual kain, sempat lagi dia sembang bab politik, dia kata, "Ala, nak buat apa hudud-hudud ni, nanti kalau semua orang kena potong tangan, siapa nak gi menoreh?". Selain dari itu, banyak juga cerita terperinci Memali yang diceritakannya kepada saya, semuanya berbau pekat UMNO.

MALANGNYA - PAK YA SUDAH PUN KEMBALI KE RAHMATULLAH . CERITA MEMALI VERSI PAK YA CUMA TINGGAL SAMAR-SAMAR DALAM KEPALA SAYA. APA-APA PUN, KERANA HUBUNGAN KELUARGA, SAYA TURUT SERTA MENYEMBAHYANG DAN MENGIRINGI MAYATNYA KE LIANG LAHAD. SEMOGA ALLAH MENGAMPUNKAN DOSA-DOSA PAK YA!

 

Sekitar 1985 juga, saya sempat berbual dengan seorang hardcore PAS di pedalaman Baling. Beliau tak habis-habis menyanjung allahyarham Ustaz Ibrahim Libya. Bila timbul isu Syahid, beliaulah antara yang paling lantang mempertahankan al-syahid Ust Ibrahim Libya. Pakcik Dolah bukanlah mengaji tinggi sangat, sekolah attap pun tak sure habis ke tidak, tapi tang bab agama, dia jenis 'Samekna Waatoqna" (Kami Dengar dan Kami Patuh). Kerana itu, bila saya tanya, "Mana Pakcik Dolah tahu kata Ibrahim Libya tu mati syahid?. Jawab Pakcik Dolah, "Mu tak caya, mu gi tengok kitab di Pondok Lanai!!". Termenung saya.

 

MALANGNYA - PAKCIK DOLAH JUGA SUDAH KEMBALI KE RAHMATULLAH. SEPERTI JUGA PAK YA, SAYA TURUT MENGIRINGI MAYAT PAKCIK DOLAH KE LUBANG KUBUR. MOGA ALLAH MENGAMPUNKAN DOSA-DOSA PAK YA DAN PAKCIK DOLAH, SEMOGA ANAK CUCU MEREKA BERDUA AKAN DIBERI HIDAYAH UNTUK MENGEMBALIKAN SEMULA MARUAH ISLAM DI MUKA BUMI!

Oleh kerana kedua-dua Pak Ya dan Pakcik Dolah sudah tidak ada lagi untuk mengesahkan cerita-cerita yang pernah mereka sampaikan kepada saya dulu, maka saya tidak ada pilihan, selain ke rumah seorang lagi sahabat yang pernah mengisahkan cerita Memali ini secara panjang lebar kepada saya sekitar tahun 1985 dulu. Rakan2 beliau adalah antara yang tertembak dan gugur syahid semasa kejadian itu, dan beliau sendiri, walaupun tidak menyatakan kepada saya, tetapi menurut seorang teman, dan juga melihat akan air mukanya, beliau nampak seakan terkilan kerana hari kejadian itu tidak jatuh pada hari giliran beliau mengawal rumah al-syahid ust Ibrahim Libya!!

 

Cerita beliau inilah antara yang paling reliable.

 

Malangnya, pada hari sabtu yang lalu, beliau tidak ada di rumahnya kerana ada urusan di luar Baling. Saya jadi sedikit terkilan. Pun begitu, mungkin kerana niat saya ikhlas, saya ditakdirkan bertemu dengan anak cucu sahabat2 yang gugur syahid atau ditembak dan ditawan di medan tempur kg Memali itu, dan mereka ini merupakan anak jati kampung Memali. Banyak kisah menarik yang diceritakan.

 

Maka itu, dengan gabungan2 cerita dari anak cucu mangsa Memali itu, juga sedikit cerita dari Pak Ya, Pakcik Dolah dan juga sahabat tersebut, dicampur pula dengan beberapa sedutan dari buku "Perisai Memali" karya C.N Al-Afghani, insyaallah kita akan bercerita lagi.

Penulis: badin
(Disember 1998)

 

 

KISAH MEMALI - Part 2
Dilulus terbit pada Saturday, June 05 @ 21:57:24 MYT oleh AbuJihad


TRAGEDI MEMALI 19 NOV 1985 - Versi Rakyat Marhain

Meneruskan cerita Memali.



Bila ditanya orang kampung Memali akan asal nama Memali - ada dua cerita berbeza, seorang mengatakan bahawa Memali berasal dari sejenis pokok bernama 'Memali' yang ada terdapat di sekitar Memali. Seorang lagi pula mengatakan bahawa Memali berasal dari perkataan 'Memali' (bahasa Baling - melayu patani) iaitu sejenis penyakit/hama di atas kulit kepala yang menyebabkan rambut gugur. Wallah hu aklam.

Dalam tulisan-tulisan seterusnya kita akan bertemu dengan beberapa perkataan atau bahasa yang jarang-jarang kita dengar, kerana penduduk Memali seperti juga majoriti penduduk Baling adalah berketurunan Melayu Patani. Bahasa yang digunakan adalah bahasa melayu dialek Patani - iaitu seakan-akan campuran bahasa Kelantan, Terengganu, Kedah dan mungkin ada sedikit-sedikit pengaruh Siam. Namun begitu, mungkin kerana sudah terpisah dari datuk nenek mereka beratus tahun yang lalu, tak ramai penduduk Baling yang perasan bahawa mereka sebenarnya berketurunan Melayu Patani.

 

Sebetulnya, sekitar awal tahun ini (Jan 1998), Baling digemparkan lagi dengan penangkapan dan penghantaran pulang Baba Bedul atau nama betulnya Tuan Guru Abd Rahman, seorang Tok Guru di Pondok Haji Ding, Kg Sungai Limau, Baling; beliau merupakan the Supreme Leader (Pemimpin) Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu (PULO Baru). Selepas dicekup dan diarak pulang ke Siam, tidaklah diketahui apa untung nasibnya hingga ke hari ini. Apa-apa pun, sejarah mungkin akan terus menyaksikan kemunculan wira-wira dari Baling untuk meneruskan kesinambungan perjuangan agama dan bangsa dan negara.

Berbalik pada cerita Memali, persoalan yang utama orang nak tahu mungkin "Apa Ceritanya" dan "Apasal Boleh jadi Macam tu?" . Insyaallah, saya akan cuba huraikan satu persatu.

 

Al-syahid ustaz Ibrahim Libya bukanlah calang-calang orang, bukanlah Tok Guru kampung yang kerjanya semata-mata mengajar bab wuduk, bab puasa atau pun bab nikah kahwin. Kuliah-kuliah dan ceramah-ceramah beliau sentiasa mendapat sambutan, selalu dipenuhi dengan seruan-seruan jihad, persoalan-persoalan akidah dan seringkali dilaungkan dengan tegas akan perbezaan akidah antara perjuangan PAS dan UMNO. Mungkin ada orang mengatakan cara beliau terlalu extreme, fanatik dan sebagainya, tetapi itulah cara perjuangan beliau, dan cara itulah yang telah membawa beliau menemui syahid yang diidam-idamkan.

 

Bagi al-syahid, antara golongan sekular dan golongan yang berkehendakkan Islam mesti ada garis pemisah yang jelas, tidak kira siapa, jiran , kawan atau pun kaum keluarga. Selagi tidak diwujudkan garis pemisah itu, selagi itulah tak akan tertegaknya Negara Islam yang dicita-citakan. Contohnya, dalam buku "Perisai Memali", beliau ditulis sebagai berkata:

 

"Maka pada ketika itu golongan yang hendak pada Islam dan golongan yang menentang Islam itu terasing dan terpisah. Maka sekarang ini tidak ujud lagi ciri-ciri seperti itu. Sekarang ini ujud golongan yang masih berdamai dengan musuh-musuh Islam dengan alasan tidak mahu memecah belahkan masyarakat. Adakah orang sedemikian rupa boleh berperang pada jalan Allah atau boleh mencapai mati syahid? Sejauh manakah keikhlasan kita dalam menegakkan aqidah dan keimanan kita kepada Allah dan rasulnya?".

 

ADA KA LAGI ORANG YANG BERANI CAKAP MACAM TU SEKARANG NI???

Dalam buku "Perisai Memali" diceritakan detail kejadian itu dari sudut pandangan Pak Teh Mat Piah, tetapi setelah ditembak, tak banyak yang mampu Pak Teh ceritakan. Insyaalah dalam tulisan ini, kita akan menceritakan kisah-kisah lain yang tidak terdapat dalam buku tersebut seperti yang diceritakan oleh seorang perawi yang sempat bersembang panjang dengan beberapa orang mangsa yang ditembak atau yang meninggal dunia tak beberapa lama selepas hari kejadian.

[Sila dapatkan buku "Perisai Memali" yang ditulis oleh C.N. Al-Afghani - menceritakan kisah Memali hasil interview dengan Pak Teh Mat Piah, yang 14 biji peluru menghujani badannya, tapi alhamdulillah masih hidup untuk menyampaikan cerita. Harganya cuma RM15].

 

Al-syahid bukan saja tegas dengan puak-puak sekular, tetapi juga tegas dengan mereka yang mengaku berjuang dalam jemaah Islam. Antaranya, beliau berkata:

"Kita hendaklah basuh hati dan jiwa kita dengan jihad pada jalan Allah. Golongan yang masih berkarat dengan penyakit dunia itu keluarlah dari parti Islam (PAS). Kalau hendak cari kesempatan dengan parti Islam tidak payahlah, keluar sahaja, buat mati jahilah atau mati kafir sahaja. Janganlah kalau diajak kenduri cepat saja pergi, tetapi bila diajak bertamrin takut. Sejauh manakah laungan 'Allah hu Akbar' yang kita kumandangkan ke angkasa dalam mana perjuangan kita masih di takuk lama.".

 

Banyaklah lagi ucapan-ucapan beliau yang menggerunkan kawan dan lawan. Semuanya ini merupakan bunga-bunga syahid yang sekian lama ditunggu-tunggu oleh beliau dan rakan-rakan. Antaranya, beliau juga pernah berkata:

"Samada yang bekerja sebagai petani, buruh kasar atau di pejabat swasta atau pejabat kerajaan, samada yang bekerja sebagai UKK, polis pacak, askar atau tentera atau FRU, kita mengingatkan kepada mereka ini bahawa kamu juga mengucapkan dua kalimah syahadah. Ketika kamu telah menjadi seorang Islam,maka janganlah cuba menyekat perjuangan kami di dalam Parti Islam (PAS) ini untuk menegakkan syariat Allah dan kalimah Allah yang tinggi. Jika disekat, kami akan tentang kamu dan jika kami mati atau gugur, maka gugur kami sebagai syahid, dan kamu pula dalam hal itu mati katak semata-mata, mati sia-sia. Kepada orang-orang Islam yang menjadi alat kepada kerajaan toghut dan zalim, kamu diingatkan berkali-kali mengenai tindakan Allah ke atas kamu kelak."

DR MAHATHIR DALAM UCAPANNYA DI PADANG BOLA, PEKAN KUALA KETIL (DEPAN STESEN SHELL) BEBERAPA MINGGU SELEPAS KEJADIAN MEMALI, BELIAU BERKATA:

 

"Mati Syahid Apa - MATI KATAK ADA LA!!!"

 

Sesungguhnya, siri-siri ucapan al-syahid itu telah menyebabkan timbulnya rasa kurang senang di pihak Nasionalist Sekular. Sejak dari itu, tindakan untuk memusnahkan perjuangan beliau dan rakan-rakan pun dimulakan secara aggresif. Insyallah kita akan bercerita lagi.

 

Sebelum itu, ada satu petikan yang ingin disampaikan. Apabila ditanya kepada seorang UMNO yang merupakan salah seorang perawi dalam cerita ini, "Betul ka Ibrahim Libya bawa ajaran sesat?".

 

Kata beliau:

 

"TAK, TAK, DIA TAK BAWA AJARAN SESAT, CUMA DIA TU TAKSUB SANGAT!"

[Taksub inilah rupa-rupanya yang membawa beliau menemui syahid, masyaallah!].

Penulis: badin
(Disember 1998)

 

 

TAYANGAN PERDANA ISU MEMALI OLEH UMNO UMPAMA 'SI LAKI BERZINA DI DEPAN BINI'…….!
Dilulus terbit pada Sunday, June 06 @ 10:28:58 MYT oleh AbuJihad


Dah muak dengan sandiwara penipu



SEKEMBALI kami daripada berhijrah, seperti biasa kami berkumpul semula di warong "keramat" yang jadi parlimen kami (orang kampung ini). Tak sangka kuoram kami kian bertambah. Kini dah ramai pula pengunjung baru nampaknya dari anggota parti yang dah tak relevan kepada orang Melayu (ie. Umno ‘ganyot). Sebab ahli-ahli baru dari puak Umno (yang tak diundang tapi dialu-alukan) yang bertandang, mereka di ‘welcome’kan oleh Wak Kroso (taukeh warong) dengan lebih se dozen cangkir-cangkir kopi baru. Mereka dengan selesa bercerita dengan ceria bersama kami kerana bagi kami Warong Wak Kroso memang macam parlimen – demokratik dan tak ada ugutan ISA..!! (heh heh gelakkkkkkk). Memali Yang Kami Tak Lagi Peduli

Saban malam khabarnya, anak paria jual kacang puteh bernama Zainuddin a/h (anak haram) Mamak Maidin itu akan memainkan pita video insiden Memali yang dah tak releven itu – lengkap pula dengan ulasan dan tafsiran serong beliau mengenai Islam dan fatwa syahid bikinan beliau sendiri.

 

Kita yakin, orang Umno dan PAS termasuk anggota parti Cina, Keling, Mamak, Benggali, Semang dan Jakun yang ikut menuntun. Kita tak sangka, dalam zaman IT ini, orang seperti Zainuddin a/h (anak haram) Mamak Maidin itu masih wujud dalam masyarakat kita. Dia masih hidup mewah dan gunakan duit rakyat untuk cari makan anak bini dengan kerja memusnahkan Islam – macam Yahudi bermusuh dengan Arab di negara Palestin.

 

Yang bikin kita runsing sikit ialah, setelah habis modal UMNO mengutuk PAS dengan memainkan isu Memali itu; akhirnya orang Melayu dan Islam dah bertekad membenci UMNO sebagai parti yang tak Islamik; kerana takut bahang api yang dinyalakan oleh si Zainuddin a/h (anak haram) Mamak Maidin itu; maka budak Ma’il yang tak cukup sifat "ulamak" itu terkial-kial minta semua parti politik supaya tutup cerita dan jangan ‘story’ lagi. Takut kerana isu itu dan mula ‘makan tuan’ kah? UMNO/BN

 

Akan Di "Tumbang-antan"kan

 

Tapi camana cara pemimpin penghisap darah rakyat itu nak tutup mulut orang ha? Bukan mulut tempayan, kan? Kan? Kan? Di Taman Melewar orang PAS bebas bercakap, di Parlimen Fadhi Nor nak bersuara lantang menjawap, malah di warong kami ini orang dah mula mendebatkan isu itu. Dari pantauan rambang, maka kesimpulan rakyat dan orang Melayu (khususnya) sudah condong berkata: UMNO dan Kerajaan Mahathir Kutty dah sampai masa ditumbangantankan dalam p/raya 2003/4 nanti.

 

Yang paling orang benci cerita Memali ini ialah anggota polis (yang dah pencen) kerana terasa berosa besar dipaksa terlibat membunuh orang kampung di kampung Memali. Ada yang separuh gila rasa berdosa sepanjang hayat bila teringat wanita dan kanak-kanan ditembak dengan peluru hidup hingga menggelosok terkapai-kapai mengalir darah merah dari tubuh macam kambing disembeleh. Tapi Musa Hitam dan Mahathir boleh lagi tidur lena walaupun dengan mimpi ngeri tentang Memamali.

Bertanya kita, apakah mereka layak dianggap sebagai pemimpin rakyat? Lebih-lebih lagi jika "Memali Slaughter-house" itu tidak pernah di bawa kemuka "Royal Enquiry" – sebaliknya tiba-tiba saja si Zainuddin a/h (anak haram) Mamak Maidin itu terus memainkan pita yang disunting sendiri di RTM? Bukan main celupar fatwa laknat yang dihidangkannya di TV M’sia. Itu macamkah politik UMNO?

 

Memali Menggali Kubor UMNO/BN

 

Hematnya, insiden Memali bukan isu PAS. Ia lebih melibatkan orang Melayu dan agama Islam. Maknanya ia adalah isu semua orang Melayu termasuk UMNO juga. Mengalihkan isu itu dan memfokuskan kepada PAS sebagai umpan politik UMNO menyemai kebencian terhadap parti itu (PAS); adalah 100% ‘backfire" kepada UMNO semula.

 

Kerana itu, orang Melayu semakin benci kepada UMNO..!! Orang tak percaya lagi kepada parti itu sebagai parti yang mampu mendokong Perlembagaan. Sebaiknya, orang mentasirkan UMNO dan pemimpin mereka akan buat apa juga (waima melakukan pemyembelehan rakyat beramai-ramai) asalkan boleh terus berkuasa.

Nampak sekarang yang releven bagi pemimpin UMNO/BN hanya kepentingan perut saja. Membunuh dan memenjara rakyat, mengugut dan menyiksa, berdendam-fitnah dan mengadu-domba sudah tak jadi salah lagi. Itu sebab negara dah tak tentu arah. Islam dipaksa ikut fatwa "nabi" mereka bernama ayatullah Madey Kote..! Pemimpin UMNO .

 

Kamuntingkan rakyat Sewenang-wenang

 

Hari ini, berapa ratus nyawa yang teraniaya kerana di kurung di Kamunting? Anwar dipenjara 15 tahun atas tuduhan palsu tanpa bukti bersebab dari arahan Mahathir kepada Hakim haprak yang mengharap upah duit…! Islamikkah UMNO ini?

 

Tak cukup dengan itu, rasuah dan penyelewengan wang rakyat bernilai ratusan billion ringgit disonglap oleh pemimpin UMNO dan suku-sakat mereka. Mahathir tegak mempertahankan mereka – terbaru ialah Khir Toyo MB Selangor. Cerita Rafidah, Mohd Taib dan mereka sezaman dengan haprak-haprak itu dah tak terbaca lagi. Apsal fail itu disimpan di locker Mahathir?

 

Tengok sajalah, di Johor rakyat negeri itu mengalami catuan air hingga minum air parit berkuman bakteria; sementara orang Singapura jual air ke JB. Itu semua rasuah Mahathir dan UMNO lahhhhhh…apa lagi? Itulah dia dosa mereka kerana menyokong UMNO/BN dalam P/raya 1999, apa tak nyer..!!

 

Pemimpinn UMNO Berzina Rakyat Dapat Bala

 

Kalau nak cerita pasal kekecundangan UMNO/BN memang tak cukup lidah nak cakap. Siingkat kata, karenah pemimpin UMNO/BN memimpin rakyat negara ini umpama seorang laki (suami) berzina didepan bini (isteri) sendiri..!! Tapi bila ditanya, sang laki akan kata "aku cuma bersetubuh saja – macam kita buat selalu…Biasalahhhhhhhh….!!"

 

Pemimpin UMNO dah tak kenal lagi mana yang haram dan yang halal. Mereka tak tau halal-haram lagi..!! Bagi mereka maksiat dah sebati dalam darah-daging dan jantung-limpa mereka. Hingga membunuh dan menyeksa pun tak jadi pasal.

 

Puncanya, pemimpin UMNO dah lama mula main mata ikut perangai Yahudi yang diimpot dari Tel Aviv fsn Ameriks.. Mereka tak pandang orang Melayu sebelah mata lagi. Bagi pemimpin UMNO, orang Melayu mudah dibeli murahan. Orang Melayu cepat lupa, mudah terpengaruh dengan pujuk rayu dan duit hasil kontrak bina ‘apa ke bendanye’.

 

Relevenkah UMNO/BN Kalau Begini?

 

Bagi pemimin UMNO yang mengaku Melayu macam Mahathir haprak dan Zainuddin a/h (anak haram) Mamak Maidin itu, mereka cuma belajar bercakap Melayu dan pakai songkok hitam dan baju teluk belanga – dengan pakai paspot UMNO, mereka boleh main sandiwara putarbelit lidah macam Keling pariah keturunan asal mereka – nawaitu afdhal mereka cuma untuk jual Wanita dan Puteri UMNO jadi "pelacur murahan" di kaki lima Chow Kit macam sekarang.

 

Pemimpin UMNO yang jantan pula disuruh songgeng bontot memasing dan saling liwat meliwat sesama sendiri – sementara mulut mereka disuap dengan rasuah. Ulamak UMNO disuruh baca kitab dan diarah baca khutbah ikut skrip si tukang bagi makan "kakak tua" yang bertakhta di Puterajaya.

 

Media UmnoCino akan memainkan trumpet sementara pegawai tinggi awam macam polis, BPR, Mahkamah dan tentera akan disuruh bertandak ikut rentak dan seruling-bangsi yang ditiup dari bumbung mahligai ‘airmata rakyat’ di Puterajaya.

 

Akhirnya, senario yang nampak; rakyat akan disuruh tepuk tangan dan dibagi nasi bungkus dan diupah 10 ringgit sorang. Yang 100 billion ringgit di Perbendaharaan masuk kantung pemimpin dan kroni UMNO/BN – difarait sesama "geng Mamak" yang sahih bernafsu ganas. Seiapa diantara rakyat yang membantah akan dihumbankan kedalam penjara dibawah Akta ISA. UMNO .

 

Pengkhianat Amanah Rakyat

 

Kalau begitu, bolehkah UMNO/BN dipercayai lagi dalam P/raya 2003. Tengoklah di Ketari nanti, berapa punya "kotor" taktik UMNO dan BNnya untuk memenangi kerusi kosong terpendek itu…!!

 

Kita sebagai rakyat kena sedar apa nilai kemerdekaan yang kita mahu bina. Pilih salah satu dari dua – ie. samada nak terus jadi bangang buta-tuli dijual murahan atau berani berdiri dan menentang kecurangan, perhambaan dan perlekehan oleh sekelompok pemimpin yang sama nawaitu dengan Kominis mentadbir rakyat jelata?

Mungkin p/raya kali ini puak yang tak bertermaksih kepada rakyat ini akan terus memerentah. Tapi kalau dah 3 atau 4 negeri berjaya dirampas Pembangkang (macam Kelantan dan Terengganu); pasti maruah mereka tercabar..! Apa mereka nak buat? UMNO/BN nak isytihar Undang-undang Darurat di negara ini sebab kalah sabung?

 

Jadi, sebelum menconteng arang di muka anak-bini dan zuriat yang terkemudian, berfikirlah sendiri..!! Orang Melayu dah makin tersepit. Lapangkan ruang bertindak dengan menghumbankan kerajaan UMNO/BN ala KOMINIS!

Itu saja Amin Sapiro nak ingatkan sikit.

 

Amin Sapiro
(Bekas Ahli UMNO Berkerat Rotan)

Pernah diterbitkan di laman ini pada 17 Mac 2002

 

 

MBD: Kronologi Tragedi Memali [Ulangan]
Dilulus terbit pada Sunday, June 06 @ 10:41:48 MYT oleh AbuJihad


By Kayhan International
6/2/2002 1:49 am Wed

Kayhan International,
Dec 22, 1985

OPERASI HAPUS DI MALAYSIA
(NEW FACTS CONCERNING HAPUS OPERATION IN MALAYSIA)

Assalamu 'alaikum,



Saya mengirimkan satu liputan khas mengenai Memali. Ia bersangkutan dengan tragedi Baling dengan harapan anda akan menerbitkannya dan menyibarkannya seluas mungkin. Disebabkan masalah keselamatan saya lebih selesa kekal tanpa nama.

BALING, ialah sebuah daerah di Kedah yang terletak di utara Malaysia. Daerah ini pernah mengalami pelbagai pengalaman tragedi yang dicetuskan oleh Parti Komunis Malaya yang diharamkan itu, walaupun ia menerima sokongan kerajaan Cina yang berpusat di Peking. Apakah satu keanihan, tragedi yang terjadi pada 19hb November, 1985 di Baling itu berlaku ketika Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir Mohammad sedang melakukan satu kunjungan rasmi di China?

 

Tragedi ini telah mengorbankan empat belas nyawa orang Islam yang mati syahid kerana mereka lebih rela memilih jalan syahadah daripada jalan sekularisme. Orang yang lebih memilih jalan kebenaran daripada akur kepada kekerasan telah turun terkorban nyawanya. Beliaulah al Syahid Ibrahim Mahmud. Latar belakang Al-syahid Ibrahim Mahmud Ibrahim berumur 43 tahun ketika itu dan amat dihormati oleh masyarakat di Kampung Memali, yang termasuk dalam Mukim Siong, Baling. Beliau memang merupakan seorang yang banyak pengalaman dan berpendidikan Islam yang cukup tinggi. Beliau lulus daripada Universiti Al Azhar dan kemudiannya melanjutkan pelajarannya lagi di India dan Libya. Sebaik pulang ke tanah air, Al Syahid Ibrahim telah berkhidmat sebagai pegawai pendakwa di Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri.

 

Ketika itulah beliau kerap memberikan ceramah agama Islam di Telivisyen Malaysia. Ibrahim merasa terganggu dengan sistem pemerintahan negara, lantas berhenti kerja untuk memulakan kelas agama di kampungnya di Memali. Ini diikuti oleh pembukaan sebuah sekolah agama di kampung itu untuk memberikan khidmat yang lebih luas kepada masyarakat Islam. Kerana kesedaran akan adanya konspirasi yang dicetuskan oleh golongan neo-kolonis terhadap ajaran Islam yang benar, Ibrahim Mahmud mengambil langkah untuk menganggotai PAS. Ibrahim telah menyumbangkan khidmatnya kepada parti politik itu dan memperkenalkan pendekatan universal yang memberikan ruang yang luas kepada parti yang berfahaman sempit menjadi satu pergerakan Islam yang mampu menyatupadukan masyarakat Islam yang sanggup hidup dan mati kerana Islam. Ibrahim telah menyemarakkan semangat jihad dan kepentingan kepimpinan golongan ulama sebagai pra syarat kepada kecemerlangan Islam, kebebasan dan perpaduan.

 

 Dia amat yakin bahawa Islam akan menjadi lebih bermakna dalam sebuah negara Republik Islam.

 

Pada 1978, Ibrahim telah bertanding atas tiket PAS di kawasan Bayu-Baling. Beliau berjaya meraih 5,081 undi berbanding 6,169 undi yang diraih oleh calon Barisan Nasional. Pada pemilu 1982, Ibrahim tewas kepada calon BN dengan hanya 100 undi. Ibrahim merupakan seorang ayah yang penyayang dan menghormati golongan wanita. Hidupnya sungguh bersahaja. Memang jelas, beliau adalah lambang seorang insan yang bersih kehidupannya di kalangan satu masyarakat tani yang termiskin di Malaysia.

 

Ibrahim pernah ditawarkan beberapa jawatan penting dalam sebuah parti politik yang bukan Islam seandainya dia sanggup mengenepikan golongan miskin dan melata. Menepati nawaitu hidupnya, beliau telah menolak semua itu yang dianggapnya sebagai syurga dunia kerana dia lebih senang merapati golongan yang mendekati Allah. Kerana itu dia kerap didatangi ancaman hidup beberapa kali yang mahu memerangkapnya dan membunuhnya. Semua itu dipinggirkannya sahaja sebagai sesuatu yang tidak penting. Selepas pemilu 1982, satu arahan untuk menahan Ibrahim di bawah akta ISA yang menjijikkan itu telah dikeluarkan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negara. Kesannya telah mengejutkan pihak yang berkuasa. Ribuan penyokong Ibrahim telah menjadikan surat arahan penangkapan itu sebagai secebis kertas yang tidak bermakna apa-apa. Rancangan untuk menangkapnya telah berakhir dengan kematainnya yang diiktiraf sebagai mati syahid bersama 13 orang sahabat dan pengikutnya. Mereka telah mati di gtangan segerombolan penembak upahan yang tergolong ke dalam golongan yang suka berpoya-poya.

 

Allahuahbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

 

Berikut adalah catatan terperinci mengenai perkembangan di Kampung Memali, Mukim Siong, Baling yang berkesudahan dengan terkorbannya 13 nyawa bersama Al Syahid Ibrahim Mahmud. Catatan yang dipaparkan di sini merupakan rakaman komputer daripada Signals Division pasukan PDRM yang mengikuti perjalanan tragedi Baling itu untuk maklumat perdana menteri. Di sini dicatitkan juga fakta mereka yang tercedera dan mereka yang berjaya melepaskan diri daripada kepungan pihak polis.

 

RAHSIA

 

001: Pada jam 1935 Hrs. (18/11/85) berpusat di Kem Pasukan Polis Hutan Sungai Petani, Kedah; 3600 anggota polis daripada pelbagai bahagian termasuk FRU (Penang), Pasukan Senoi Prak, Anggota Polis beruniform, Commando 69, sudah bersiap siaga untuk menerima arahan. Kunpulan ini diletakkan di bawah arahan seorang pegawai tinggi Ibu pejabat di Bukit Aman dan dibantu oleh beberapa pegawai daripada Bukit Aman Kedah, Perlis, dan Penang.

 

002: Tepat Jam 1945 (18/11/85) pegawai tinggi yang memerintah daripada Bukit Aman telah mengeluarkan arahan bahawa kumpulan yang bersiap-siaga itu akan menyerang hendap satu kem komunis dalam daerah Baling yang berdekatan dengan sempadan Thailand.

 

003: Pada Jam 2005 (18/11/85) berlaku satu keributan di bilik operasi Sungai Petani di antara Pegawai Berkuasa pasukan Polis Hutan Sungai Petani dengan Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman. Kekalutan ini berasaskan arahan palsu yang telah dikeluarkan. Arahan menyerang dan membunuh penghuni 'kem komunis' itu seberanya disasarkan ke arah Ibrahim Mahmood, pengikutnya dan sesiapa juga yang hadir di Madrasah yang dibina oleh orang kampung di situ. Pegawai yang mengetuai pasukan Polis Hutan itu telah memberi penerangan kepada Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman betapa Ibrahim Mahmud dianggap oleh para pegawai pasukannya sebagai seorang ulama yang berwibawa. Malahan ramai di kalangan mereka adalah penuntutnya. Dilema yang tercetus ini mencetuskan satu suasana yang hening dan sunyi-sepi.

 

004: Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman telah mencuba menghubungi Penolong Pesuruhjaya Polis di Bukit Aman, tetapi gagal. Kemudian dia berjaya menghubungi Musa Hitam yang ketika itu menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Hutan Sungai Petani telah diberikan laluan untuk bercakap dengan Musa Hitam. Beliau telah merayu kepada Musa Hitam dan membuat penjelasan betapa Ibrahim Mahmud adalah seorang ulamak yang disegani dan telah banyak berjasa dalam usaha menaikan taraf hidup masyarakat Memali. Malahan, Ibrahim Memali sudah terkenal dan dihormati oleh para sahabat dan lawan. Tetapi, akhirnya diketahui juga Musa Hitam telah memberikan arahan agar serangan itu diteruskan.

 

Nota Khas: Kebanyakan anggota polis yang terbabit dalam operasi ini adalah mereka yang bukan beragama Islam. Operasi Khas ini telah diberi-nama "Operasi Hapus" oleh Musa Hitam.

 

005: Jam 2045 (18/11/85) sebuah majlis keraian telah diadakan di sebuah padang terbuka di Kem Polis Hutan di Sungai Petani. Di sana minuman bir dan minunam keras (arak) telah disediakan kepada semua unit. Namun, ada juga segelintir anggota Pasukan Polis Hutan itu yang tidak minum.

 

006: Jam 2147 (18/11/85) pegawai pemerintah operasi telah menerima mesej melalui wireless. Mesej yang dierima mengatakan betapa 10 orang komando polis hutan telah berjaya masuk kawasan Memali dan telah pulang dengan laporan penuh. Laporan itu adalah mengenai pergerakan masyarakat yang menghuni Madrasah tajaan Ibrahim Mahmud, yang sudah pun disahkan sebagai sasaran serangan polis itu.

 

007: Jam 21.47(18/11/85) semua unit telah bergerak di bawah pimpinan lapan pegawai muda. Mereka bergerak memasuki Baling dengan menggunakan dua kereta perisai. Pegawai pemerintah Unit Sungai Petani tidak menunjukkan minatnya ketika itu. Di waktu yang sama, Ibrahim Mahmud sedang memberikan kuliah kepada 50 orang penuntut yang hadir. Kuliah itu berlanjutan sehingga jam 23.45. Setelah selesai ada juga penuntutnya yang pulang ke rumah mereka sedangkan yang lainnya tidur bermalam di Madrasah itu.

 

008: Pada Jam 24.00 (18/11/85) Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman telah menerima arahan terakhir mengenai 'Operasi Hapus' itu. Ketika itu berlaku sedikit kekesalan di kalangan pasukan daripada Sungai Petani. Mereka mahukan operasi itu dilakukan dengan mengadakan sekatan dan kepungan untuk mendesak Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ketika itu ditaksirkan, tindakan mengepung itu mungkin membawa kesan hanya selepas tiga bulan. Cadangan unit Sungai Petani itu telah disanggah oleh Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman. Beliau telah disokong oleh pegawai lain yang datang daripada Bukit Aman, dan juga OCPD Baling. Mereka berpendapat bahawa strategi yang melecehkan itu mungkin membabitkan pergeseran di antara pihak polis dengan anggota tentera yang berkhemah di sempadan Malaysia/Thai di Sik dan Baling. Kecurigaan mereka ini muncul kerana 90% anggota tentera yang disebutkan itu memang menyokong pergerakan Islam dan juga Ibrahim Mahmud.

 

Keadaan kelam kabut muncul lagi. Sekali lagi Musa Hitam di hubungi. Pada kali itu, pegawai yang berkuasa diberitahu bahawa Musa Hitam tidak dapat di hubungi kerana beliau telah pergi ke sebuah hotel di Kuala Lumpur. Di waktu yang sama Timbalan Menteri hal Ehwal Dalam Negeri, Radzi Ahmad sedang mengikuti perkembangan dengan berada di Ibupejabat Polis Penang. Beliau sedang mengikuti perkembangan 'Operasi Hapus' itu. Tidak berapa lama kemudiannya Musa hitam telah menghubungi pihak polis dengan suara yagn seolah marah dan rasa terganggu. Musa tidak banyak bercakap cuma mengeluarkan perintah untuk melakukan operasi penghapusan walaupun ia bermakna secara menyeluruhi Negeri Kedah.

 

Catatan di Kampung Memali: Seorang pemandu motorsikal dilihat berhenti di hadapan pintu-gerbang rumah yang dihuni oleh Ibrahim Mahmud. Seorang muda dilihat berlari ke arah pintu rumah itu meminta kebenaran untuk masuk. Dia telah memberitahu penghuni rumah itu betapa dia ternampak satu kumpulan polis yang ramai di Baling setibanya di pekan itu. Ibrahim Mahmud telah dikejutkan dari tidurnya. Begitu juga halnya dengan 39 orang lain yang telah berjaga malam di Madrasah itu sebelumnya. Mereka dikerah bersiap sedia untuk mempertahankan diri. Mereka mula mengumpulkan segala alat yang ada di rumah kampung seperti kapak, pisau, buluh runcing dan sebagainya. Yang lebih berani telah membuat bom molotov pula. Dengan lain perkataan, setiap insan di situ ada alat senjata yang boleh dipergunakannya.

 

Dalam kumpulan yang bertahan itu ada empat kanak-kanak dan lima kaum wanita. Ibrahim telah mengajak para pengikutnya untuk berwuduk daripada sebuah telaga yang berhampiran. Mereka telah melaksanakan solat sunat dan juga solat hajat. Mereka membaca Surah Ya#sin dan berzikir. Ibrfaham Mahmud kemudiannya memberi ucapan betapa beliau lebih rela bersyahadah daripada menyerahkan dirinya untuk dijadikan alat merka yang mahu menaikkan semangat nasionalisme. Ibrahim telah meminta sesiapa yang curiga dengan hasratnya itu meninggalakan kumpulan mereka. Tidak ada sesiapa yagn mahu berganjak daripada tempat duduknya. Laungan Allahuakbar mula bergema, bertalu-talu dan memecah keheningan Kampung Memali. Yang hadir lebih memilih jalan 'syahid' daripada terus hidup mengabdikan diri ke jalan yang hina. Di waktu yang sama di Stesen Polis Daerah baling, segala persiapan untuk menyerang kampung Memali semakin dipercepatkan. Semua itu dilakukan oleh kebanyakan anggota polis yang telah mabuk ataupun tidak keruan fikirannya.

 

009: Jam 0100 (19/11/85) 3,600 (Tiga Ribu Enam Ratus) anggota polis bersama pegawainya telah tiba di Kampung Memali. Mereka lengkap bersenjata automatik dan tiba dengan kereta perisai. Mereka mula mengepung kampung itu. Ketika itu Musa Hitam tentu sekali masih lagi berada di hotel kerana dia tidak dapat dihubungi. Semua urusan komunikasi dilakukan pula dengan timbalannya yang bertahan di Ibupejabat Polis di Penang. Kebanyakan anggota polis yang tiba di Kampung Memali itu masih lagi beranggapan merka akan menyerang sebuah kem komunis. Itulah maklumat yang diberitahu kepada mereka oleh Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman. Di waktu yang sama kumpulan daripada Sungai petani hanya kecil sahaja dan masih samar akan tugas mereka.

 

010: Jam 0300 (19/11/85) Kampong Memali telah dikepung seluruhnya oleh pihak polis. Polis yang beruniform ditugaskan membuat sekatan jalan raya. Pasukan Polis Hutan telah diarahkan ke bahagian Selatan. Pasukan FRU (Polis Gerak Khas: kaki-pukul) diarahkan ke bahagian utara. Pasukan Komando 69 (Polis Hutan) telah dikerahkan di bahagian belakang rumah Ibrahim Mahmud yang juga merupakan sekolah agamanya.

 

011: Jam 0336 (19/11/85) Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman yang memerintah Operasi Hapus itu telah bercakap menggunakan pembesar suara. Dia mahukan Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ibrahim Mahmud berbincang dengan penghuni rumahnya itu. Mereka membuat pendirian untuk tidak menyerah diri walaupun pasukan yang datang itu berpakaian seragam melambangkan wakil negara. Mereka bertakbir dan laungan Allahuakbar mula berkumandang semula.

 

012: Jam 0400 pagi (19/11/85) satu kumpulan manusia yang berjumlah 30 orang termasuk wanita dan kanak-kanak tiba-tiba muncul daripada bahagian utara . Mereka berlari di tengah-tengah benteng pasukan Polis Hutan dan juga Komando 69 dan membawa senjata tajam yang sering mereka gunakan ketiak bertanam padi. Mereka cuba memasuki rumah Ibrahim Mahmud untuk memberikan sokongan. Anggota pasukan Komando 69, yang masih lagi mabuk dan kurang berdisiplin itu telah menembak ke arah penduduk kampung yang sedang berlari itu. Tetapi, mereka tersalah sasar, maklumlah kerana masih mabuk lagi. Namun tindakan mereka itu membuatkan orang kampung berpatah balik kerana ketakutan. Tindakan melulu Pasukan komando itu telah mengena seorang pegawai kanan Pasukan Polis Hutan. Seorang pegawai rendah dan juga seorang konstabel pun turut terkorban. Tembakan ke arah orang kampung yang tidak berdosa oleh satu pasukan yang khayal telah tersesat kepada badan pasukan kawan sendiri.

 

Satu perundingan telah diatur untuk menenangkan keadaan. Operasi mengepung masih lagi berkuatkuasa. Tetapi, beberapa pegawai daripada Alor Star telah meminta agar pengepungan itu dibatalkan sahaja. Mereka telah mengambil iktibar daripada kematian tiga orang sendiri disebabkan tindakan yang songsang. Permintaan mereka telah ditolak oleh pegawai pemerintah.

 

BABAK DUA

 

013: Jam 0521 (19/11/85) Azan subuh berkumandang di rumah Ibrahim Mahmud. Suara yang sungguh sayu itu menjentik sentimen anggota polis daripada Alor Star. Mereka semakin mencurigai matlamat operasi polis itu. Ibrahim Mahmud mengimamkan solat pagi itu dan suaranya semakin jelas ketika itu. Di waktu itu Pegawai pemerintah Operasi telah mengeluarkan arahan agar pasukannya mula menyerang. Beliau telah ditentang oleh pegawai yang beragama Islam.

 

014; Jam 0559 (19/11/85) Solat Subuh pun selesai dan pengepungan diketatkan lagi. Tiba tiba, satu kumpulan orang kampung muncul untuk memasuki perkarangan rumah Ibrahim Mahmud. Mereka terpaksa menentang pasukan Polis Hutan. Mereka menyerbu ke rumah Ibrahim bersenjatakan senjata kampung dan sambil menggenggam tangan merka melaungkan Allahuakbar. Melihatkan perbuatan orang kampung itu pegawai pasukan Polis Hutan mengarahkan pasukannya untuk berundur dan tidak menentang mereka. Mereka hanya diarahkan bertahan sambil bersiap sedia sahaja. Masa terus berlalu, operasi untuk menghapuskan Ibrahim Mahmud itu semakin menyerlahkan kejijikannya. Keadaan hari yang semakin siang telah menyerlahkan betapa operasi itu bertujuan melindungi rahsia kejijikan perancangannya. Kini, unsur kerahsiaan itu telah terdedah sama sekali.

 

Nota Khas: Sebelum operasi itu dilancarkan ramai pemimpin beragama Islam telah ditangkap. Kita boleh menyoal diri kita apakah keheningan malam telah mampu menggelapkan kejijikan operasi semacam itu ?

 

015: Jam 08.15 (19/11/85) setelah mendapat kelulusan timbalan menteri hal ehwal dalam negeri pegawai pemerintah operasi telah memberi arahan agar dua kereta perisai mula menyerang rumah Ibrahim Mahmud. Mereka telah dihalang oleh bajingan bom molotov.

 

Ini membuatkan pasukan polis itu berundur sambil terus memuntahkan peluru senjata automatik ke arah rumah yang dikepung itu. Di waktu yang sama empat orang wanita dan tiga orang kanak-kanak berlari keluar rumah itu. Mereke diarahkan oleh Ibrahim agar melarikan diri. Mereka telah dikepung dan ditangkap oleh pihak polis dan dihumbankan ke dalam trak polis yang diawasi oleh anjing penjaga. Ketika itu juga serangan diteruskan. Tembakan pihak polis disambut dengan laungan Allahuakbar sahaja secara berterusan.

 

016: Jam 11.05 (19/11/86) Komando 69 diarahkan menyerang rumah Ibrahim.

 

017: Jam 1136 (19/11/85) pasukan Komando 69 telah menyerbu masuk dengan senjata yang dipetik. Berlaku beberapa pergelutan di mana Ibrahim dan orang-orang yang masih bertenaga terus melawan. Ada juga ahli rumah yang keluar untuk berlawan dengan anggota polis di kawasan halaman. Polis terus menembak mereka walaupun mereka sudah tidak bersenjata lagi. Hanya Allahuakbar yakin mampu mereka ucapkan sehinggalah nyawa hilang dalam perjuangan itu. Ramai yang mati sedangkan ada juga bilangannya yang cedera teruk sahaja. Beberapa orang anggota komando telah menyerang Ibrahiml Beliau telah melawat merka dan mampu membunuh salah seorang yang menyerangnya. Tetapi beliau terkorban akhirnya setelah dada sebelah kanannya dituju berpuluh kali. Ibrahim gugur dengan genggaman tangannya berkepal ke atas sedangkan mulutnya masih lagi melaungkan Allahuakbar. Seorang pegawai polis berlari meluru ke arahnya untuk mengepung kepala Ibrahim ke ribanya. Ibrahim kedengaran bersuara: "Alhamdullilah, kerana mengorbankan kami ke jalan mati syahid."

 

018: Jam 1213. Serangan pihak polis ditamatkan. Mereka yang telah ditangkap telah disungkup dengan karung guni. Beberapa anggota Komando 69 telah dilihat menendang badan yang terbujur itu untuk menentukan mereka sudah mati. Ada pula yang terus menembak mereka lagi sambil berkata; "Pergi jahanam dengan Islam".

 

019: Jam 1305 (19/11/85) Pegawai pemerintah operasi telah membuat laporan kepada Ibupejabat Polis Penang dan juga kepada Musa Hitam di Kuala Lumpur. Musa Hitam mengarahkan agar semua orang kampung ditangkap untuk menahan agar rahsia operasi itu tidak terdedah.

 

020: Jam 1500 (19/11/85) kerja-kerja menangkap saki baki orang kampung dilakukan. Mereka diterbangkan dengan dua helikopter polis. Mereka yang cedera dan mati dihantar ke hospital di Sungai Petani dan Alor Star. 4 mati syahid di Sungai Petani dan 10 yang sudah mati dibawa ke Alor Star, termasuklah Ibrahim Mahmud.

 

021: Jam 1510 (19/11/85) Sektiar 30 anggota tentera lengkap dengan senjata automatik tiba di hadapan rumah Al syahid Ibrahim. Berlakulah pertelagahan di antara pegawai petugas di kalangan pasukan polis yang mengwasi tempat itu dengan ketua anggota tentera yang tiba di situ. Anggota polis yang ramai itu diberikan arahan untuk bersiap sedia dengan senjata mereka. Menyedari betapa bilangan mereka kecil dibandingkan dengan anggota polis yang bertugas di situ pihak tentera pun meredakan keadaan. Ketuanya pernah berkata: Hari ini hari kau.....Kau boleh lakukan apa yang kalian mahu. Tetapi ingat, akan timbul satu hari nanti, kami akan menentang kamu dengan kekuatan yang setara. "

 

BABAK KETIGA

 

Setiap insan yang waras di kalangan marhaen di negara ini tentu dapat membuat penilaian akan lapuran mengenai Al syahid Ibrahim Mahmud. Beliau bukannya seorang penjenayah seperti yang digambarkan oleh Musa Hitam. Namun, akhbar New Straits Times bertarikh 21/11/85 menerbitkan satu tajuk yang bertulis: Empat anggota polis dan 14 penjenayah mati dalam pertempuran. Di akhbar yang sama Musa Hitam telah menuduh Ibrahim Mahmud bersama 13 rakannya sebagai penjenayah dan penganut ajaran sesat. Beliau telah menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh majlis Agama Islam Kedah yang berkata: "Ustaz Ibrahim hanya memberikan ceramah agama. Lagipun dalam satu pertemuannya dengan pihak akhbar Musa Hitam telah mengulangkan cerita bagaimana dia telah diseranah dua kali oleh persidangan UMNO kerana tidak bertindak tegas terhadap aktiviti keagamaan seperti yang dilakukan oleh Ibrahim Mahmud itu. Kalau kita pertimbangkan segala fakta yang terserlah, termasuk keputusan pemilu di mana BN hanya mampu menang tipis, kita boleh membuat kesimpulan betapa 'Operasi Hapus' adalah satu tipu muslihat untuk menghapuskan Ibrahim Mahmud bagi kepentingan politik UMNO. Mereka mahu menentukan terhapusnya rintangan dalam menentukan kemenangan kerusi Bayu/Baling dalam pemilu yang mendatang.

 

DILEMMA UMNO

 

Di manakah prioriti UMNO selepas episod Memali? Kalau UMNO memperakukan ianya sebuah parti Islam, episod Memali membawa erti bahawa para pemimpinnya telah memperlekehkan Allah. Bukankah mereka yang telah merencana pembunuhan di Memali itu sehingga tergolongnya beberapa insan sebagai mati syahid? Kalau para pemimpin UMNO memperakui bahawa parti itu condong ke arah nasionalistik, ia bererti bahawa para pemimpin itu sudah menderhaka kepada banganya kerana terbunuhnya orang Melayu. Bukankah itu kaum yang mahu dilindungi oleh UMNO? Tindakan yang dilakukan oleh segelintir pemimpin UMNO ini akan mencetuskan peperangan saudara di kalangan orang Melayu. Cara nyawa diperlekehkan telah membuatkan ramai ahli UMNO yang kecewa dengan kepimpinan Timbalan Presiden Parti, Musa Hitam. Beliau memang semacam giankan kesamsengan dan kini menerima padahnya. Rakan sejawatnya dalam kerajaan Idonesia bernama General Benny Murdani pernah berkelakuan serupa dan dibenci oleh rakyatnya. Kini Musa menerima jolokan sebagai 'haiwan politik' dan juga 'penghapus orang Islam'. Murdani adalah seorang agen Zionis, kerana dia bukan beragama Islam. Tetai kenapakah Musa Hitam mengikuti gelagat Murdani?

 

Tindakan yang dilakukan oleh UMNO menunjukkan parti itu bukan lagi memberi kepentingan terhadap keluhuran Islam dan juga orang melayu. Ironisnya Islam dan Bangsa Melayu menjadi alat UMNO untuk terus mempertahankan kuasanya. Kumpulan ultra Cina dan India sedang bersepakat secara senyap di kalangan mereka. Mereka berjaya memperalatkan individu Melayu yang ternama sebagai juara tempelan mereka. Untuk menyelesaikan keadaan yang semakin menjadi satu masalah besar ini, Dr. Mahathir perlu menulis lagi mengenai dilemma UMNO. Kesan tragedi Memali telah membuatkan Kampung Memali bertukar rupa daripada sebuah kampung yang aktif menjadi sebuah kampung yang dihantui seribu kenangan pahit. Ramai penduduk asal kampung itu telah melarikan diri kerana takutkan ancaman polis.

 

Seramai 159 penduduk kampung pernah ditahan oleh polis Dosa mereka terletak kepada keyakinan diri mahukan ajaran Islam yang direstui Allah. Mereka ini termasuk beberapa anak-anak kecil dan warga tua sedang ditahan dalam tiga buah bilik kecil di sebuah kem tahanan. Kaum wanita dibiarkan berkumpul dengan kaum lelaki. Tidak ada kemudahan bersolat. Mereka kerap didera dan diaibkan. Anak-anak kecil dilihat menangis mencari ibu-ibu yang sengaja dipisahkan dari mereka. Setiap tahanan diberikan makanan berupa satu mangkuk kanji setiap hari. Sesiapa yang cedera parah dihantar ke hospital Sungai Petani ataupun Alor Star. Mereka hanya diberikan layanan pesakit luar, satu penghinaan yang berlanjutan. Kalau keadaan tidak diperbaiki ada di kalangan mereka yang akan mati syahid pula.

 

Tiga belas daripada yang mati syahid termasuk Ibrahim Mahmud telah disemadikan di satu kubur panjang di Parit Panjang, Baling. Mereka disemadikan dengan pakaian mereka yang berlumuran darah itu. Seorang mangsa lagi telah disemadikan di Alor Star di atas permintaan ibunya. Kes ini kini dianggap sudah tamat oleh Musa Hitam dan juga pengarah Operasi Hapus itu. Kumpulan ultra yang bukan beragama Islam memang menantikan berlakunya peperangan saudara hasil episod Memali ini. Kini, orang Melayu sudah sedar betapa berbahayanya semangat nasionalisme dan kuasa yang didorong oleh semangat semacam itu.

 

Kepada golongan yang mati syahid, episod yang berlaku adalah merupakan kemuncak kehidupan mereka. Mereka sudah pulang kepada pencipta-Nya dan di waktu yang sama mereka telah membawa satu arus kesedaran kepada orang melayu di negara ini.

 

Mereka telah menyedarkan betapa orang Melayu harus berganding bahu dengan saudara Islam di seluruh dunia. Dengan cara itu barulah kita faham apa ertinya menjadi seorang muslim.

 

Dengan arahan yang dibuat oleh Musa Hitam, ramai orang yang tidak berdosa telah ditangkap dan ditahan. Mereka dikumpulkan di satu tempat yang tidak selesa dan menjiikkan. Hingga hari ini jumlah merka yang ditahan dan nama yang telah ditahan secara tersilaf tidak pun diterbitkan. Mereka yang ditahan itu tidak pernah dibawa ke hadapan mahkamah untuk didakwa. Kenapakah kerajaan tidak melakukan tindakan yang serupa seperti kes BMF? Apakah Episod Penghapusan Memali itu dilaksanakan sebagai melencongkan perhatian rakyat terhadap rompakan di siang hari yang paling terbesar dalam sejarah negara ini? Berbilion dana kepunyaan rakyat telah lesap dan seorang insan yang jujur telah dibunuh.

 

Namun, pihak kerajaan masih mahu berahsia dalam hal BMF itu dan perkara itu masih belum mampu diselesaikan. Sebaliknya pula, apabila seorang ulama cuba memberikan khidmatnya kepada rakyat jelata, dan membantu mereka menaikan taraf hidupnya, beliau telah dikepung dan ditahan untuk dibunuh dengan kejam. Di manakah letaknya erti kehakiman, keadilan dan kebenaran itu? Mereka yang bertanggungjawab dalam Episod Memali harus ditangkap dan dibawa ke mahkamah. Darah orang Melayu tidak sepatutnya dibiarkan mengalir di atas bumi orang Melayu dengan alasan songsang betapa Islam menyokong nasionalisme. PAS dan juga seluruh organisasi Islam telah mendesak agar ditubuhkan satu suruhanjaya diraja untuk membongkar kisah Tragedi Memali itu.

 

Satu Kertas Putih perlu dikeluarkan dan untuk sementara waktu sebarang usaha untuk mengadakan pemilu harus ditangguhkan.

Kata-kata Kenangan Kepada Yang Syahid:

 

"Janganlah kamu mengira bahawa orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki." 27 hb November, 1985 14 hb Rabi-ul-awal 1406.

Suara Islam Malaysia.

Diterjemahkan oleh: Sukusakat Wali Songo.

Asal: KM2 6724

 

 

 

Menentang ISA: Ibrahin Libya syahid, anda diajak berdemo pun kecut !Dilulus terbit pada Tuesday, June 08 @ 12:13:16 MYT oleh CucuBavoo


inderaloka menulis -
"Sebagai seorang yang berpegang kepada kalimah Syhadatain saya tetap dan masih berbangga untuk menyatakan keyakinan saya kepada anak,isteri,abang adik,rakan dan taulan bahawa Ustaz Ibrahim Mahmud dan syahabat-syahabat seperjuangannya termasuk didalam kelompok Syuhada` disisi Allah swt lantaran kenekadan mereka menentang akta syaitan ISA.

Begitulah pendirian saya dulu,kini dan selamanya. Alhamdulillah pendirian saya itu terus dikongsi oleh isteri,anak perempuan dan anak lelaki saya yang baru berusia 11 tahun. Ustaz Ibrahim menemui syahid pada November 85,manakala anak lelaki saya hanya dilahirkan pada 93.

Ertinya anak lelaki saya hanya mendengar kisah keberanian dan kehebatan as- syahid sahaja namun itu tidak menghalang untuk dia meyakini Ibrahim Libya dan 13 orang syahabatnya gugur sebagai wira-wira Islam yang terbilang.

Sdr/sdri para pecinta Islam,keadilan dan kebenaran ! saya khuatir kalian akan termasuk ke dalam kelompok zalim,sekiranya masih terdapat terdapat dikalangan kalian yang gagal untuk meyakinkan orang-orang terapat bahawa Ibrahim Libya itu benar-benar syahid,lebih mendukacitakan jika ada diantara kalian yang langsung tak kisah `peristiwa keganasan polis (samseng upahan) Umno` di Memali lebih 19 tahun lalu itu.

Kalau rata-rata anak kalian yang berusia belasan tahun begitu mengenali dan meminati Allahyarham TS P.Ramlee sehingga koleksi filem hitam putihnya yang sudah ditayangkan berpuluh kali di kaca TV masih mendapat respons amat menggalakkan daripada mereka ,lantas apa pula yang menghalang mereka untuk menyanjung Ibrahim Libya ?

Aktiviti seni Allahyarham P.Ramlee bermula jauh lebih lama daripada Ibrahim Mahmud. Bakat P.Ramlee terserlah seawal 1948 sehinggalah maut menjemputnya di pertengahan 70 an.( 1974 kalau tak silap saya). Namun kehebatannya selaku seniman terus memukau rakyat Melayu/Malaysia. Siapa lagi yang menyanjung Allahyarham,jika bukan kalian semua !

Saya tidak tujukan mesej ini kepada puak-puak haprak Umno BN,sebaliknya lebih mefokuskan para pendokong perjuangan Islam,kebenaran dan keadilan. Jika anak-anak kalian amat mengenali dan menyanjungi P.Ramlee sebaliknya tidak tahu langsung siapa Ibrahim Libya,percaya lah ada sesuatu yang tak kena.

Sesungguhnya kehebatan aktiviti jihad Assyahid Ibrahim Mahmud jauh lebih gemilang dan terbilang dari keseluruhan kisah di dalam filem `Semerah Padi` bikinan Seniman Agung Allahyarham P.Ramlee.

Ibrahim Mahmud telah membuktikan bahawa dia dan para syahabat seperjuangannya adalah `golongan lelaki yang sedang menanti giliran` seperti yang termaktub di dalam al-Quran . kita pula bagaimana ?

Assyahid sudah jelas memperlihatkan kepada seluruh isi langit dan bumi bahawa beliau menentang ISA dengan lisan,tenaga,keyakinan,harta,keberanian,keikhlasan, darah dan nyawa .

Apakah kita yang terlalu banyak mulut dan wawasan perjuangan ini sudah merasakan diri begitu hebat kerana konon bergerak di dalam satu method yang benar-benar efektif untuk menentang bukan sahaja ISA bahkan seluruh kezaliman Umno BN ?

Jangan mudah berbangga diri! kerana baru saja terbit ura-ura untuk menganjurkan perhimpuan aman membantah kezaliman SPR/Umno,tiba-tiba ada diantara para pembesar BA ( tentu bukan sesiapa kalau mahu dibandingkan dengan As syahid Ibrahim Libya) yang mengharamkannya. Demonstrasi lambang keganasan begitu kata mereka !

Konon mahu menuntut demokrasi,walhal belum pun tercatat di dalam mana-mana kitab sejarah politik morden bahawa demokrasi itu akan di beri secara percuma oleh para penguasa bertaraf diktator.

Jiran serumpun Indonesia; negara yang sedang didalam proses pendemokrasian penuh memperolehi demokrasi dengan membayar harga yang amat mahal. Sekurang-kurangnya hampir sedozen rakyat negara Pancasila itu gugur dijalanraya menentang jentera ganas Suharto pada tahun 98 .Apa pun akhirnya mereka berjaya !

Sekiranya sdr/sdri masih percaya bahawa puak-puak zalim Umno BN akan menghadiahkan demokrasi,kebebasan dan keadilan kepada rakyat melalui proses `demokrasi dan perundangan` yang sudah pun diversikan sepenuhnya menurut nafsu serakah mereka, percayalah itu adalah satu kesilapan besar yang sepatutnya sudah lama dihumban jauh-jauh daripada kamus perjuangan rakyat yang menuntut perubahan total.

Saya masih teringat pantun tiga kerat as Syahid ketika berceramah di Kg Bandariang Grik pada tahun 1978 dulu:

Balik Pulau Bayan Lepas,
Dunia terpelau akhirat terlepas,
Baik Umno baik Pas.
( ketika itu Asri masih berkuasa dalam Pas ,konsep Kepimpinan Ulama belum di implemenkan ) Baik juga kalau maksud pantun as Syahid itu cuba kita fahami mana tau kalau ia masih relevan..

Catatan: Antara nama para penentang Perhimpuan Aman Rakyat adalah: 1. Zahid Mat Ariff bekas Naib Ketua P Pemuda keADILan ( sudah kembali menjilat Umno).2. Abd Rahman Othman ( bekas SUA(P) Parti Keadilan Rakyat) 3. Mustaffa Kamil Ayub ( bekas SUA Parti Keadilan Nasional )dan 4. Mustaffa Ali ( Naib Presiden Pas)


Inderaloka.

 

 

KISAH MEMALI DI RTM - HIKMAH BESAR BUAT PAS
Dilulus terbit pada Monday, June 07 @ 10:06:23 MYT oleh AbuJihad


Sesungguhnya kita wajib bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan kuasanya tanpa disedari Kerajaan BN melalui media TV nya telah menyiarkan kembali sejarah perjuangan ahli-ahli PAS seperti di dalam peristiwa Memali. Kita semua tahu, ramai di kalangan pejuang-pejuang muda di dalam PAS ketika ini tidak mengetahui sejarah bahawa PAS pernah melahirkan syuhadak di negara ini.

Apabila RTM menyiarkan kembali sejarah tersebut, ramai di kalangan golongan muda ingin mengetahui sejarah tersebut dan mereka ingin mendapatkan penjelasan sebenar peristiwa tersebut dari pemimpin-pemimpin PAS. Mereka tahu, tidak ada lagi maklumat yang boleh dipercayai dari media kerajaan kerana banyak bukti menunjukkan media-media kerajaan berbohong. Justeru itu, semakin kerap ditayangkan peristiwa tersebut, semangat berjuang golongan-golongan muda Islam ini semakin tebal. Peristiwa Memali akan menjadi pencetus semangat pejuang-pejuang muda Islam ini. Mereka sendiri dapat melihat bagaimana bukan pengikut-pengikut As-Syahid Ibrahim Libya yang datang menyerang mana-mana Balai Polis atau merompak mana-mana kem tentera seperti Kumpulan Al-Maunah, tetapi sebaliknya mereka sendiri melihat melalui TV yang datang menyerang adalah trak-trak dan kereta perisai Polis beserta senjata api. Manakala, penyokong-penyokong PAS hanya menggunakan parang dan kayu bagi mempertahankan diri. Mana lojiknya, mereka ingin menentang kerajaan secara kekerasan dengan hanya menggunakan parang dan kayu?

 

Sedutan peristiwa Memali yang disiarkan itu sememangnya benar-benar berlaku, tetapi ulasan serta wawancara yang dilakukan semasa siaran peristiwa tersebut adalah merupakan `nasi tambah' bagi menyedapkan cerita. Oleh kerana peristiwa Memali telahpun di popularkan semula oleh RTM, maka seharusnya lah pemimpin-pemimpin PAS mengambil kesempatan di atas populariti kisah tersebut. Kisah separuh jalan Persia Memali yang disiarkan oleh RTM tersebut, hendaklah dikisahkan sepenuhnya oleh pemimpin-pemimpin PAS di dalam setiap siri ceramah mereka.

 

Pemimpin-pemimpin PAS, KeADILan dan PRM seharusnya menanamkan prinsip "Berceramahlah sebanyak mungkin seolah-olah esok pilihanraya". Kita semakin hampir menuju kemenangan setelah BN kelihatan tidak tentu arah dengan perebutan jawatan di dalam parti-parti komponen mereka. LAWAN TETAP LAWAN!!

 

FAIRULLIZA NS

Sumber : Tranung Kite di Tripod