Sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad (saw)


Wahai para pejuang Islam dan pejuang kebenaran sekelian,
Assalamualaikum wr wb.

 

Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad saw, ahli keluarga dan sahabat Baginda sekeliannya, bersempena Hari Keputeraan Baginda 1425 Hijrah.
-----------------------------------------------------------------------------

1. "Ya ALLAH, semoga ENGKAU limpahkan kesejahteraan ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad saw dengan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami dan jadi baiknya akhlak kami, serta curahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabat Baginda sekeliannya."

 

2. "Ya ALLAH, limpahkan sepenuh rahmat dan sesempurna kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad saw yang dengannya terungkai segala simpulan dan terhapus segala kesusahan dan termakbul segala hajat dan tercapai segala harapan dan cantiknya segala kesudahan, serta diharapkan turun hujan dengan berkat wajahnya yang mulia. Dan kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabat Baginda sekeliannya pada setiap detik waktu dan tarikan nafas dan setiap yang termaklum oleh MU."

 

3. "Ya ALLAH, kurniakan rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad saw yang mudah-mudahan dapat mengubati hati (umat) dan menjadi penawar dan menyihatkan badan dan menyembuhkan segala penyakit dan memberi cahaya penglihatan dan menyinarinya. Dan juga limpahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabat Baginda sekeliannya."

 

4. "Ya ALLAH, limpahkan kesejahteraan, keselamatan dan keberkatan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad saw dan ke atas keluarganya sebanyak bilangan rezeki dan pintu rezeki, Wahai ZAT yang MENGANUGERAHKAN rezeki yang luas untuk kami yang datang dari setiap arah perbendaharaan MU yang ghaib dengan tiada makhluk lain yang iri hati (hasad dengki), hanya dari anugerah dan kedermawanan MU jua, Wahai ZAT Yang Maha PEMURAH."

 

5. Kelahiran Nabi Muhammad saw, adalah ketika tanah Arab dalam keadaan gelap, keliru, musyrik, pertarungan dan pertentangan berlaku antara puak.
Nabi Muhammad saw berjaya membersihkan umatnya dari beraneka kejahatan dan kerosakan, Nabi Muhammad saw mengubah puak yang biadab menjadi yang beradab.

 

Rasulullah saw tidak meninggalkan kekayaan dan harta bertimbun,
walau pun menjadi ketua pemerintahan negara Islam yang pertama, Nabi Muhammad saw tidak salah guna kuasa, walau pun menjadi ketua pemerintahan negara Islam yang pertama, Nabi Muhammad saw tidak menyeleweng, walau pun menjadi ketua pemerintahan negara Islam yang pertama, Nabi Muhammad saw tidak lakukan nepotisme, kolusi, kronisme dan rasuah, Rasulullah saw hanya meninggalkan Al-Quran dan Sunnahnya untuk dipegang, diikuti, disambung perjuangannya dan ditegakkan di mana-mana. Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad saw.

 

6. Akhlak Nabi Muhammad saw, adalah terkenal dengan jujur dan amanahnya.
Nabi Muhammad saw jujur dalam memperjuangkan Islam,
Nabi Muhammad saw tidak pernah berbohong,
Nabi Muhammad saw benar dalam perbuatannya,
Nabi Muhammad saw membawa kebaikan pada umat,
Nabi Muhammad saw menyempurnakan akhlak masyarakat,
Nabi Muhammad saw tidak merosakkan umat,
Nabi Muhammad saw kasihan pada yang lemah dan para remaja,

Nabi Muhammad saw tidak menyesatkan umat,
Nabi Muhammad saw tidak merasuah umat,
Nabi Muhammad saw adil pada rakyat,
Nabi Muhammad saw tidak memganiaya rakyat,
Nabi Muhammad saw tidak menakut-nakutkan rakyat,
Nabi Muhammad saw tidak menzalimi rakyat melalui ISA,

Nabi Muhammad saw tidak khianat harta rakyat,
Nabi Muhammad saw tidak pecah amanah wang negara,
Nabi Muhammad saw tidak menyeleweng dan salah guna kuasa,
Nabi Muhammad saw tidak mengabui dan melalaikan rakyat,
Nabi Muhammad saw tidak mengamalkan teori machiaveli,

Nabi Muhammad saw tidak menipu,
bahkan Nabi Muhammad saw sangat jujur, amanah, berkata benar, berbuat benar dan mudah kelakunya (simple and honest) sehingga digelar Al Amin.

Orang sekarang terlalu banyak teori (termasuk teori politik machiaveli) yang mengelirukan dan menyesatkan.

 

Yang pentingnya ikhlas, jujur dan beristiqamah dalam perjuangan Islam.
Kepimpinan Nabi Muhammad saw adalah contoh terbaik keikhlasan dan kejujuran itu.

Dalam pentadbiran sebuah negara, apabila kejujuran diletakkan sebagai perkara lebih utama dari kepentingan cerdik, bijak dan boleh dibawa ke tengah ke tepi, pandai pakai kot dan tie, maka itulah kematangan.

 

Ya kematangan, kematangan kita dalam memilih dan meletak mereka.

Sebab orang yang jujur tidak akan merosakkan perjuangan,
orang yang jujur tidak akan merosakkan parti,
orang yang jujur tidak akan merosakkan keluarga,
orang yang jujur tidak akan merosakkan umat,
orang yang jujur tidak akan merosakkan agama,
orang yang jujur tidak akan merosakkan negara,
orang yang jujur tidak akan merosakkan dunia dan alam.

Itulah salah satu sifat utama Nabi Muhammad saw,
Nabi tiada kelulusan BSc hatta Phd,
Nabi tiada pandai membaca dan menulis,

Tetapi kejujuran dan keikhlasan Baginda tidak dapat dipertikai.
Itulah yang patut kita dan pemimpin contohi.

Sekarang kita banyak melihat orang yang bijak pandai menipu, menyeleweng, merasuah.
Sekarang kita banyak melihat orang berkelulusan tinggi menipu, pecah amanah, dsbnya

tengoklah mahathir tu pandai, tetapi menipu dengan muka selamba,
dan telah pun dicontohi dan ikuti pemimpin dan puak umno menipu, pengerusi dan orang spr juga menipu.

Orang yang tak jujur akan merosakkan,
merosakkan perjuangan,
merosakkan pengikut,
merosakkan umat,
merosakkan agama,
merosakkan negara,

orang yang jujur dan tahu sedikit dan pakaiannya biasa adalah kurang mudaratnya, ya kurang mudaratnya dari orang yang bijak, tahu banyak, lagi dress up tetapi menyeleweng, tidak jujur dan tidak amanah.

Ikutilah contoh akhlak Nabi Muhammad saw dan,
pegang teguhlah dengan AL-Quran, Hadis dan Ulama.

jika terlalu banyak teori dan sumber (termasuk machiaveli) nak guna sebagai ikutan, manusia akan terkeliru.


Yakinlah dan pegang teguhlah dengan AL-Quran, Hadis dan Ulama.

Sesungguhnya ALLAH Maha MENGETAHUI.

 

Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad saw, ahli keluarga dan sahabat Baginda sekeliannya, bersempena Hari Keputeraan Baginda 1425 Hijrah.

 

MELI - 03.05.2004

 

Jangan Tidur Selamanya, Sebab Mati Nanti Baru Celik....


Wahai para pejuang Islam dan pejuang kebenaran sekelian,
Assalamualaikum wr wb.

 

Berhati-hatilah,...


hadari tu mencampur adukkan yang batil dengan yang Benar, dirojakkan.

dah lah bahasa dirojakkan, sekarang merojakkan perlaksanaan ugama,
halal haram boleh semua, janji dapat undi dan sokongan rakyat.

Apa nak jadi kamu semua (bn) membawa umat ke jalan yang salah.

adakah cara hidup dan amalan Nik Abdul Aziz dan Harun Din kelentong umat ?
Pegang teguhlah dengan AL-Quran, Hadis dan Ulama.

Semoga ALLAH hidupkan hati kamu dan kami, dicelekkan minda,
jangan tidur selamanya, sebab mati nanti baru celik....
 
Oleh: Anonymous
MELI - 03.05.2004

 

 

Hadhari? ... Apa itu Hadhari?


Wahai para pejuang Islam dan pejuang kebenaran sekelian,
Assalamualaikum wr wb.

 

ISLAM adalah agama yang lengkap,
ikut saja keseluruhan peraturannya dalam pentadbiran negara.


Perkataan ISLAM tak boleh dicampur-campurkan kerana umat akan keliru,
 "the word ISLAM should stand by itself dalam istilah agama".
 
 hadhari ? ... Apa itu hadhari ?
 
 hadhari maknanya moden, pembangunan ??
 Dalam ALQuran Dan Hadis tidak terjumpa nasnya,
 Belum ada negara di dunia menjalankannya,
 mahu pun masa dulu-dulu atau sekarang,
 malaysia lah yang pertama, terr ulung.
 
 Jika dirujuk sosiologi orang arab,
 mungkin disitu diambilnya, sebab
 ada arab badawi dan ada arab hadhari,
 arab kampung (padang pasir), arab bandar,
 jika ini diguna pakai maka hadhari adalah
 
 untuk orang bandar saja,
 untuk orang kaya aje,
 
 hadhari ikut kata amerika aje,
 hadhari ikut telunjuk yahudi aje,
 
 (jihad dikatanya teroris, fundamentalis, militan,
 radical, extremists, segala muntah yahudi
 kamu ikut menyebut, macam burung kakak tua,
 sebenarnya merekalah teroris, jelas dan nyata,)
 
 hadhari tu semua alasan saje...
 hadhari tu tiipuuuuuu..........
 
 itu semua alasan-alasan tak mahu laksana syariat Islam sebenar,
 kelok sana, kelok sini, nak tipu umat,
 
 kemudian penulis, siaran tv dan rakyat burung kakaktua pun ikut,
 orang kata hadari dia pun hadari,
 orang kata wawasan dia pun wawasan,
 orang kata aiik dia pun aiik,
 
 kadangkala lebih lagi dari ketua yang menyesatkan tu,
 ketua mereka terbesin, dia lebih lagi terbesin sampai keluar tahi hidongg.
 
 adakah hadhari untuk orang yang sibuk projek aje ?
 hadhari untuk bersuka-suka sebab di bandar macam-macam ada,
 
 Islam had had hari saje,
 
 besok pakai syariat Islam, hari ini tidak,
 lusa pakai syariat Islam, tulat tak pakai,
 tubin pakai syariat Islam, tonggeng tak pakai,
 
 masa kempen janji had hari, bila hari mengundi tak pakai syariat Islam,
 tipu sana, tipu sini, tipu sinun,
 
 tok-tok guru habis dihina, disindir, dinesta melalui komedi dan drama tv, manakala konsert, hiburan, pesta dan pelbagai lagi digalakkan, ditaja-taja untuk merosakkan remaja,
 
 kata tak nak rasuah, menteri-menteri rasuah dikekalkan,
 kata nak berintegriti, tapi tak jujur pada rakyat, merasuah dan menipu dalam pilihanraya,
 
 kata nak adil dan telus, tetapi Anwar terus di kurung,
 kata bersih dari korup, anak dan isteri sapu projek berbilion,
 
 kata nak Islam, tapi arak dan judi berleluasa,
 kilang arak dan salah 1 dari 2 kasino terbesar asia ada dalam negara,
 
 kata nak kuat dan terkenal seantero world, mahathir seekok pun tak terkeluarkan dari mahligai mewah,
 
 kata nak mesra rakyat, tapi timbalannya najib tutup pintu apabila rombongan Salehudin datang nak berbincang masalah remaja,
 
 masa kat tv merayu mendayu, bila menang menyanyi "final countdown" dulu,
 terangguk-angguk kepala, ya dah lah tua terangguk-angguk kepala macam kat disko pulak lagatnya,
 laaast sekali baru lah nak berdoa cara Islam,
 
 hadhari itu sudah tentu ajaran sesat versi baru milenium ini.
 
 Kan lebih elok pilih perkataan badawi saja
 dari hadhari kerana sesuai dengan nama pm nya,
 dan sesuai pula dengan kelaku semuanya.

 Selepas pilihanraya banyak peristiwa tidak baik berlaku,
 akhlaq masyarakat semakin menggila,
 trafik light merah, moto-moto, kereta langgar saja,
 ikut macam ketua negara dulu dan kini, undang-undang redah saja,
 membujur sapu, melintang redah,
 buli di sekolah, gangster di sekolah,
 tumbuk rakan pelajar sampai mati,
 bergaduh di pkn, rogol di pkn,
 pergaulan bebas dan akhlak remaja di pkn,
 silibus pkn yang tidak menekankan moral dan agama,
 perempuan Islam jadi penari bogel,
 orang Islam murtad dibiar tak terbela,
 iman remaja tidak dijaga,
 sure heboh sana sini,
 dan tak lama lagi akademi faanntaasia,
 dan banyak lagi, dan lagi, dan lagi....
 
 adakah ini hasil (natijah) dari galakkan bn mengajar rakyat menipu dalam pilihanraya ?
 
 adakah ini hasil (natijah) dari galakkan bn menaja konsert sana sini ?
 
 adakah ini hasil (natijah) dari galakkan bn merasuah rakyat ketika mengundi ?
 
 adakah ini hasil (natijah) dari pembohongan bn disaluran media ?
 
 adakah ini hasil (natijah) dari galakkan bn merasuah rakyat untuk terus berkuasa  
 
 apa yang disemai, itulah yang dituai.
 
 sebenarnya itulah kerja bn, melemahkan iman umat,
 
 hari-hari tv pakai sorang,
 cakap yang bukan-bukan, coverup sana-sini.
 galakkan konsert, hiburan, pesta dan pelbagai lagi,
 Agama Islam, tok guru Islam habis dihina, disindir, dikutuk,
 melalui komedi dan drama tv untuk menakutkan rakyat pada Islam,
 tv, radio digunakan untuk memesongkan minda dan persepsi rakyat,
 
 takut-takutkan rakyat seumpama dia toohan,
 bn lah segalanya tempat bergantong harapan,
 datang berlakon beri bantuan bila ada orang susah, seumpama dia penyelamat.
 
 bila tiba pilihanraya, rasuah sana sini pada rakyat yang dah lemah iman,
 tabur sana sini pada rakyat yang dah memang susah,
 bersenyum buaya, lembut gigi dari lidah, dan...
 takut-takutkan lagi rakyat seumpama akan hilang tempat berpaut, hilang tempat bergantung, hilang segalanya jika tak pangkoh bn,
 
 rakyat yang dah memang dilemahkan iman, disusahkan lagi dengan pelbagai tol, kenaikan harga serta cukai,
 telah dimiskinkan harta dan budi pekerti, dilemahkan minda, dilemahkan pendirian dengan rasuah dan janji,
 ditakutkan-takutkan lagi rakyat yang dah lemah jiwa, lemah peribadi,
 rakyat dan umat melayu akan layu selayu-layunya menyembah bn,
 
 itulah caranya bn mengekalkan kuasa, mensyirikkan rakyat !!!
 itulah bn, syaitan bertopengkan parti, merosakkan umat melayu dan rakyat malaysia,
 itulah kerja mungkar bn selama ini terhadap jiwa rakyat,
 
 semoga ALLAH be end kan bn, Amiin.
 
 sesungguhnya hadhari itu palsu,
 apatah lagi kemenangan bn lagi palsu.
 
 Di manakah jaguh-jaguh Islam bn ?
 Di manakah pirdus bn ?
 Di manakah mashita bn ?
 Di manakah amran ?
 Di manakah prob atau prop abdullah ?
 Di manakah laskar najmudin ?
 Di manakah moner jakim ?
 
 nasihatkan lah abdullah badawi tu seperti yang kamu semua janji,
 betulkanlah umat, betulkanlah ketua-ketua kamu tu,
 
 jangan tersenyum aje...
 atau kamu semua dah tak nampak apa-apa maksiat lagi ke ?
 atau cermin mata kamu terlalu biru tua, gelap segalanya ?
 atau kamu terus lena di atas kerusi empuk itu ?
 
 janji nak jumpa rakyat di Serdang, di Bangi dan di Baling, namun batang hidung dua-dua wakil rakyat pun tak nampak bila tiba waktunya, berjanji kosong dan masih terus tipuuuuuu....
 
 di sinilah nampaknya tembelang kamu semua nak membetul dari dalam,
 
 nampak kamu semua menikus,
 
 jelaslah sudah had hari kamu...
 kita tunggu dan lihat hari kejatuhan kamu semua,
 
 Sesungguhnya ALLAH tidak benarkan yang batil bercampur dengan yang baik.
 Yang salah tu tetap salah.
 
 ingatlah itu wahai kamu semua.
 
Semoga ALLAH menggantikan kamu semua dengan pemimpin-pemimpin Islam dan orang-orang Islam yang nyata lebih baik, jujur, benar dan amanah, Amiin Ya MUTAKABBIR.


 Amiin, Amiin, Amiin Ya ALLAH.

MELI - 03.05.2004

 

Angkara siapa, remaja leka?

Sekali lagi stesen televisyen TV3 telah berjaya mengumpulkan rakyat Kedah ke 'Karnival Sureheboh TV3'. Karnival yang diadakan di pekarangan Stadium Darul Aman, Alor Star, Kedah pada 17, 18 April lalu.

Ramai menteri-menteri besar telah mendapatkan khidmat TV3 untuk ”mendekati rakyat” kerana kesuksesan stesen tv tersebut mengadakan acara karnival setiap kali mereka berkunjung ke tapak karnival. Kunjungan orang ramai yang membanjiri acara konsert di penghujung karnival, juga dilihat sebagai ’rating’ kejayaan program.

Tetapi sedarkah para menteri-menteri besar dan pihak-pihak berkuasa bahawa, sedang negara dicengkam dengan permasalahan sosial kalangan anak-anak muda, ada pula golongan yang membaja suburkan unsur-unsur dan nilai-nilai yang merosakkan lagi jiwa anak-anak ini. Apa yang tidak diberitakan oleh TV3 setelah ’berkarnival’ di Alor Setar, ialah banyaknya kondom dijumpai di tapak karnival, apabila kerja-kerja pembersihan dibuat oleh pihak berkuasa tempatan.

Seorang pegawai pihak berkuasa tempatan melaporkan, pada 17 April, antara jam 5.00 hingga 6.00 pagi, pihaknya menemui 326 kondom di sekitar kawasan tapak ‘Karnival Sure Heboh TV3’ dalam rondaan dan pembersihan yang dibuat.

“Enam belas daripada 326 kondom yang ditemui masih basah dengan 'air mani',” katanya yang menghubungi Harakahdaily dari Alor Star hari ini.

Beliau yang enggan namanya disiarkan berkata, pada hari yang berikutnya, sewaktu rondaan dan pembersihan dilakukan pada jam 8.00 pagi, pihak berkuasa tempatan turut menemui 214 kondom lagi di tempat yang sama.

"Jelas penemuan ini membuktikan gejala negatif dan maksiat berlaku sewaktu dan selepas program hiburan yang dianjurkan oleh TV3," tegas beliau lagi.

Mengapa stesen penyiaran perlu menganjurkan program yang melekakan masyarakat terutama anak muda? Jika dilihat dan diperhatikan, kebanyakan yang mengunjungi karnival tersebut adalah orang Melayu yang beragama Islam. Tidak hairanlah ramai anak-anak muda Melayu yang berpeleseran dan menagih dadah serta terlibat dalam berbagai permasalahan sosial, kerana banyak hiburan dan perkara yang mengasyikkan disogokkan ke dalam diri mereka.

Kita masih belum mendapat jawapan kepada permasalahan yang di hadapi oleh anak muda masa kini, tetapi kita terus biarkan mereka leka dan alpa dengan keseronokan dan kegilaan berhibur dan berkhayal. Hentikan saja acara-acara yang merosakkan anak bangsa dan masa depan negara.

Inikah yang dijanjikan oleh kerajaan Barisan Nasional setelah menang besar dalam pilihan raya? Ibu-ibu, bapa-bapa, kakak-kakak dan abang-abang, jangan mengeluh dan megadu, anda telah menyumbang kepada kerosakan ini kerana anda telah mengundi Barisan Nasional. Salahkan diri anda sendiri.

Tolak kemusnahan dan kelekaan.

 

 

Kembali ke warisan jahiliyah

 

asm, harap baca apa kata menteri budaya dan warisan baru kita ni...nak ajak kembali ke warisan melayu pra-islam, tinggalkan budaya 'arab', kritik janggut nabi, ikut islam hadhari ala tunku (minum, judi etc), kembalikan joget lambak, biarkan berdua-duaan spt zaman 60an, dan pastikan terengganu sbg secular state!. moga Allah pelihara kita.... w/a w/s aja

 

“Stop ‘Arabising’ Malay culture,” Rais Yatim

 

Ms June H.L Wong of The Star interviewed the Arts, Culture and Heritage Minister, Datuk Seri Dr Rais Yatim, earlier this week. Due to space constraints, The Star did not publish the entire interview. For those who would like to read the full text of the interview, FAC News , in our section called LOONY MALAYSIA , is publishing the full text of that interview.

 

“I promise to put on the map again what has been lost such as the Mak Yong and Manora dances which had been banned by PAS in Kelantan and Terengganu. This is where I would say politics and culture don't seem to mix in the hands of those responsible in the past decade.”

 

“I am also interested in the buried past of the Baba and Nyonya in Penang and Malacca, and the Sanskritised elements of the culture. They are all very rich. I think studies must be encouraged and we would like authoritative, serious people to go into these fields and produce research for us.”

 

When asked what is meant by ‘Islam Hadhari’ and why have we never heard this term used before, Dr Rais had this to explain:

 

“Islam ‘Hadhari’ means ‘modern’ or ‘progressive’ Islam as opposed to outdated Islam, Islam ‘Badwi’, which means ‘village’ or ‘outdated’ Islam. As you know, the Arabs call all those country bumpkins ‘Badwi’. The English word for this is ‘Bedouin’ or uncultured people. These are people of the desert.”

 

“In fact, when any Arab acts uncultured, we refer to them as ‘Badwi’. This is of course not to be confused with ‘Badawi’, which is the family name of our most beloved new Prime Minister.”

 

“Islam Hadhari is in fact not a new thing. Our first Prime Minister, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, was a propagator of Islam Hadhari or modern, progressive Islam. He set a good example of what a Hadhari Muslim should be like.”

 

“If you can remember, our equally beloved recently-retired Prime Minister, Tun Dr Mahathir Mohamad, once openly criticised Tunku Rahman for gambling with his Chinese friends while there was rioting on the streets on 13 May 1969. Mahathir was then sacked from Umno for this criticism of the Tunku.”

 

“But that is another matter. The point I am trying to make is the whole country admits that the Tunku gambled. He also owned race horses and never missed his weekends at the Turf Club.”

 

“The Tunku also never denied he indulged in liquor and told everyone his sin of drinking is between him and God and does not concern any other mortal. All that matters, said the Tunku, is that he was a good prime minister and his gambling and drinking did not make him a bad prime minister.”

 

“The Tunku, in the 1960s, had already taught us what Islam Hadhari is all about. Then, in the 1980s, all this changed and we became radical Muslims. We need to bring Malaysia back to the days when we were liberal Muslims, modern Muslims, progressive Muslims, or Hadhari Muslims, not radical Muslims like today.”

 

With regards to the contradicting policies of the government in implementing Islamic rules:

 

“I agree, in the 1960s, Muslim couples could court in the Lake Gardens without any disturbances. I remember couples would be necking in dark corners, under the trees, and behind the bushes in the Lake Gardens. They would also park their cars along Jalan Duta and the road leading to Carcosa Sri Negara and have sex in their cars and no one would come and disturb them.”

 

“Today, even non-Muslim, Chinese couples, get arrested merely for holding hands. And they did not even do this is dark corners, yet they get arrested.”

“I agree that this is a contradiction of sorts but it is the overzealous religious department officers who should be blamed. These people are probably influenced by the PAS propaganda and do not understand the concept of Islam Hadhari or modern Islam.”

 

“This must change or else we will be the laughing stock of the world.”

“PAS does not allow males and females to dance with each other in public. But Malay culture is all about dancing. Even our martial art, Silat, is actually a dance rather than unarmed combat. How can you separate the Malays from their dancing?”

“Men and women must again be allowed to dance in public. If not, all our Malay culture will disappear.”

 

“And this is the first priority of my ministry, to re-introduce dancing in Terengganu. Maybe we can have a three-day dance festival or pesta like the Mardi Gras. The Terengganu people are going to find that this is the greatest benefit they will receive by kicking out PAS and voting Umno back into power in Terengganu. They will once again be free to dance and to practice the concept of Islam Hadhari or modern Islam.”

 

“We shall reject PAS’ version of Islam and the Islamic State they wish to introduce to Terengganu. We will ensure Terengganu remains a secular state and that the Islam Hadhari of our Bapak Merdeka, Tunku Abdul Rahman, is practiced to the fullest.”



THANK YOU

 

YOU MUST ALWAY RETHINKING ABOUT ISLAM AND YOU STRONG SUPPORT THE ISLAM BECOME WAY OF LIVE.

 

FROM:

MELI : 4.5.2004, 10.17 PM