Mengapa Perlu Mengundi PAS?


Assamu'alaikum wm.wbt
 

Saudara-saudara pembaca budiman.
 

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-11 bila-bila masa sahaja daripada sekarang, nampaknya UMNO semakin resah dengan kekuatan parti pembangkang terutama PAS yang bekerjasama dengan parti Keadilan yang telah bergabung dengan PRM menjadi Parti Keadilan Rakyat Malaysia [atau Keadilan], yang mana gabungan ini tidak diluluskan oleh Pejabat Pendaftaran Pertubuhan adalah lambang ketakutan UMNO  menghadapi pilihan raya itu.

Sebagaimana biasa, UMNO akan menggunakan sepenuhnya media massa baik akhbar cetak dan elektronik untuk melancarkan perang propaganda dan memburukkan reputasi parti pembangkang terutamanya PAS. Akan muncul nanti pelbagai taktik digunakan untuk mencapai matlamat tersebut sehingga media-media ini membelakangkan kebenaran dan memutar-belitkan fakta. Media-media ini juga akan memperbesar-besarkan isu kecil, memberat-beratkan isu ringan dan memperlekehkan perjuangan PAS dan Keadilan.
 

Tujuan utama UMNO ialah pertama untuk memusnahkan pakatan di antara PAS dan Keadilan dan keduanya mahu mengikis kepercayaan rakyat terhadap peranan kedua-dua parti ini supaya pada pilihan raya itu, rakyat menolak PAS dan Keadilan dan menerima UMNO untuk mengekalkan kuasanya memerintah Malaysia.
 

Oleh itu, sebelum dan semasa kempen pilihan raya ke 11, kedua-dua parti ini mesti bijak merencana dengan pantas, cekap dan berkesan dalam menangani setiap propaganda dan momokan politik UMNO. Pemimpin kedua-dua parti ini perlu sedar bahawa semua saluran untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat telah ditutup awal-awal lagi dan mereka harus bijak mencari peluang menyampaikan maklumat ini kepada rakyat.
 

Dalam konteks ini, PAS merupakan parti yang menjadi tunjang kepada pakatan di antara Keadilan, di samping PAS mempunyai pengaruh yang luas di akar umbi di seluruh ceruk kampong dan desa di Negara ini dan berkuasa memerintah dua buah negeri, Kelantan dan Terengganu, maka dalam tulisan ini saya mengajak rakyat memilih PAS [bersama dengan Keadilan] dan menolak UMNO kerana beberapa factor yang akan dibincangkan di bawah.
 

PENUBUHAN DAN DASAR
 

UMNO ditubuhkan pada tahun 1946 untuk menjaga kepentingan Melayu di Tanah Melayu serta menuntut Kemerdekaan daripada British secara lembut dan bertolak ansur bersama-sama kaum-kaum lain [Cina dan India] yang mendiami di sini. PAS pula ditubuhkan pada tahun 1951 untuk mendaulatkan ISLAM setelah UMNO enggan menjadikan ISLAM sebagai dasar perjuangan.
 

Kelahiran PAS tidak disenangi oleh penjajah British kerana perjuangan PAS adalah untuk menubuhkan sebuah Negara Islam di Tanah Melayu. Hal ini sangat bertentangan dengan kehendak British yang mahu mengekalkan Tanah Melayu sebagai Negara secular seperti British. Oleh itu, British melambat-lambatkan proses pendaftaran parti ini sehinggalah ia diluluskan pada tahun 1955, iaitu ketika beberapa bulan lagi pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 akan diadakan. Tujuan British melambat-lambatkan pengesahan pendaftaran PAS ini adalah kerana pertama, British mahu menyekat pergerakan PAS, kedua, British mahu mengekang pengaruh PAS dan ketiga, British tidak mahu PAS menjadi pesaing kuat terhadap UMNO dalam pilihan raya 1955. Sikap ini menjadi lebih nyata apabila Pesuruhjaya Tinggi British, Edward Gent menegaskan bahawa British tidak akan memberi Kemerdekaan kepada Tanah Melayu, sekiranya golongan ISLAM [PAS] memenangi pilihan raya tahun 1955 itu. Parti induk PAS, Hizbul Muslimin diharamkan dan beberapa pemimpin utamanya ditangkap dan dipenjarakan oleh British. British menganggap pemimpin PAS sama bahayanya dengan komunis. Taktik ini juga digunapakai oleh UMNO kini, di mana ramai pemimpin, ahli dan penyokong PAS dan Keadilan disumbat dalam penjara dan ditahan di bawah ISA.
 

Sebaliknya penubuhan UMNO mendapat restu daripada penjajah British. Pemimpin UMNO mendapat belaian mesra dan mendapat tempat yang baik di sisi British seperti Dato’ Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman Putra dan Dato’ Abdul Razak Hussein, malah mereka diberi jawatan kerajaan sebelum Merdeka lagi. British merestui UMNO dan rakan-rakannya [MCA dan MIC] kerana mereka bukan parti agama. Apabila British berundur, pemerintahan Tanah Melayu diserahkan kepada UMNO dan rakan-rakannya untuk meneruskan dasar sekularnya.

Sebenarnya, kita hanya Merdeka daripada segi fizikal sahaja, bertukar kulit, warga sendiri yang memerintah menggantikan penjajah British. Kita sebenarnya masih dijajah oleh UMNO melalui pelbagai akta dan Undang-undang yang diwujudkan oleh British dahulu masih digunapakai sehingga sekarang untuk menyekat kebebasan rakyat seperti mana yang pernah dilaksanakan oleh British bagi menghalang rakyat menuntut Kemerdekaan. Oleh itu sekiranya kita mahu Kemerdekaan kedua, yang bebas daripada belenggu UMNO daripada segi fizikal dan mental, maka kita hendaklah mengundi PAS dalam pilihan raya ke 11 nanti.
 

DASAR PERJUANGAN
 

UMNO memperjuangan semangat Kebangsaan yang sempit untuk menjaga kepentingan Melayu atau Bumiputra. UMNO menjadikan Islam diperintah bukan Islam yang memerintah. Islam mesti tunduk dengan kehendak dasar Kebangsaan yang dilaksanakan oleh UMNO. Mana-mana hukum yang bertentangan dengan kehendak UMNO atau yang tidak mendatangkan keuntungan kepada UMNO akan ditolak. UMNO akan menerima perkara agama sekiranya ia membawa keuntungan kepadanya seperti pungutan zakat, bank Islam, Tabung Haji, Universiti Islam dan sebagainya. Politik dan agama tidak boleh disatukan menjadi pegangan UMNO. Politik lain, agama lain. UMNO boleh menghalalkan dan mengeluarkan lesen-lesen perjudian, arak, kelab malam kerana kegiatan itu ada nilai ekonomi dan politik bagi UMNO.
 

PAS ditubuhkan dengan semangat keIslaman. PAS menggunakan politik untuk agama [tidak seperti UMNO mengunakan agama untuk kepentingan politik] sebagaimana kehendak ALLAH SWT menjadikan manusia yang hidup di muka bumi ini mesti menurut kaedah yang ditetapkanNya. PAS mencuba dan berusaha untuk melaksanakan ISLAM sebagai dasar pemerintahan di Negara ini di semua aspek kehidupan seperti dalam ekonomi, social, politik , pendidikan, pembangunan, Undang-undang dan sebagainya, tetapi dihalang oleh UMNO dengan pelbagai cara dan ugutan. Terbaru Zaid Ibrahim, Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Kelantan menggunakan mahkamah untuk menghalang pelaksanaan Undang-undang Islam untuk orang Islam [kononnya ini adalah Undang-undang PAS, mana Undang-undang HUDUD UMNO yang telah memerintah lebih 46 tahun]. Amat malang, orang Islam yang mengaku ia seorang Islam tergamak menghalang orang Islam yang lain yang hendak melaksanakan ajaran Islam yang sebenar.
 

Islam tidak akan dijadikan asas pemerintahan Negara sekiranya UMNO masih berkuasa. Islam hanya untuk ritual semata-mata. Oleh itu, sekiranya kita hendakkan Islam dimartabatkan di muka bumi Malaysia ini, Islam memerintah bukan Islam diperintah, maka kita hendaklah memilih PAS dalam pilihan raya nanti.
 

RUJUKAN TERTINGGI
 

UMNO meletakkan “Keluhuran dan Kedaulatan Undang-undang“ kepada Perlembagaan Negara  Malaysia yang dihasilkan oleh Lord Reid dengan kerjasama penjajah British. Perlembagaan Negara memberi peruntukan yang tertinggi kepada Undang-undang di Negara ini seperti yang diperuntukkan di perkara 4 (1), yang mana sebarang Undang-undang digubal, pindaan, enakmen, akta yang bercanggah dengannya akan terbatal setakat mana ianya bertentangan. Ini bermakna Undang-undang Syariah yang dipetik daripada Al-Quran akan terbatal dengan sendirinya kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Negara. Ini bermaksud Al-Quran yang menjadi pegangan umat Islam menjadi lebih rendah taraf kedudukannya daripada Undang-undang Negara. UMNO terus mengekalkan Undang-undang ini setelah 46 tahun Merdeka.
 

PAS pula meletakkan Al-Quran sebagai Undang-undang dan rujukan tertinggi. Sebarang Undang-undang yang digubal dan dipinda yang bercanggah dengan Al-Quran dengan tersendirinya akan terbatal. Inilah dasar pemerintahan Islam. Hukum hudud dipetik daripada Al-Quran. Dalam amalan demokrasi, Parlimen menggubal akta yang bertaraf Undang-undang, tetapi dalam Islam pemimpin tidak boleh menggubal Undang-undang yang bertentangan dengan Al-Quran. Pemimpin dibenarkan menggubal Undang-undang yang belum termaktub dalam Al-Quran dan pemimpin juga dibenarkan membincangkan bagaimana Undang-undang Al-Quran itu hendak dilaksanakan.
 

Bagi menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk dan pedoman dalam menjalani kehidupan harian supaya kita semua diberkati oleh ALLAH SWT, maka kita hendaklah memilih PAS sebagai wadahnya bukan UMNO. UMNO hanya untuk dunia sahaja.
 

PELAKSANAAN ISLAM SECARA MENYELURUH
 

UMNO hanya melaksanakan “Penerapan Nilai Islam“ dalam kehidupan masyarakat dengan menubuhkan bank, universiti, mempertingkatkan syiar bukan syariat dan badan-badan lain yang berbau Islam. Perkara-perkara seumpama ini ada di Negara-negara bukan Islam seperti di Thailand, Britain, Amerika malah di Switzerland terdapat sebuah bank Islam terbesar lagi canggih berbanding Malaysia. UMNO menghalang pelaksanaan Islam secara menyeluruh dalam semua aspek kehidupan Muslim dengan memberi pelbagai alasan seperti masyarakat majmuk, masyarakat Islam masih lagi ketinggalan dalam semua bidang, sekatan melalui Undang-undang dan sebagainya. Hanya dibenarkan melaksanakan Rukun Islam sahaja.
 

PAS mahukan pelaksanaan Islam secara menyeluruh dalam semua aspek kehidupan masyarakat kerana bagi PAS Negara Islam ialah melaksanakan Islam secara keseluruhan dan pemimpinnya melakukannya dengan penuh keimanan dan ketakwaan. Beriman dengan Al-Quran. Firman Allah bermaksud: “Barang siapa yang tidak menghukum dengan hukuman yang Allah SWT turunkan, mereka itu adalah orang-orang kafir “- Al-Maidah, 5:44 …..Zalim, Al-Maidah, 5:45.
 

Sekiranya kita hendak melihat Islam dapat berfungsi dengan sebenarnya dalam semua aspek kehiduapan kita, maka kita tidak boleh lari daripada memilih PAS yang menjadikan ISLAM sebagai perjuangannya semenjak ia ditubuhkan sehingga ke hari ini. Masih lagi konsistan, tidak seperti UMNO yang mengamalkan prinsip pragmatic dalam pemerintahan Negara.
 

SYARAT KEPIMPINAN
 

Dalam UMNO, pemimpin dipilih berdasarkan ketokohan seseorang dalam masyarakat. Pemimpinnya sering terdiri daripada mereka yang paling berpengaruh dalam masyarakat dan berkemampuan daripada segi kewangan. Nilai-nilai akhlak dan ketakwaan tidak menjadi prasyarat untuk menjadi pemimpin UMNO. Di kalangan mereka, fenomena rasuah, menyalahgunaan kuasa, pecah amanah, arak, perempuan dan mencari kedudukan dan kekayaan tanpa menghiraukan haram dan halal menjadi perkara biasa. UMNO menganggap ketakwaan dan kemuliaan akhlak bersifat personal. Dalam Perhimpunan Agung mereka tidak menitik-beratkan soal sembahyang dan ini boleh disaksikan secara langsung melalui TV yang mereka boleh bersorak ketika Presiden sedang menggulung perbahasan sehingga melepasi waktu Maghrib, malah membentangan budget 2004 soal sembahyang yang menjadi tiang agama tidak dipedulikan.
 

PAS meletakkan syarat ketakwaan sebagai syarat utama menjadi pemimpin. Mereka yang melanggar etika Islam dengan sendirinya terlucut keahlian PAS dan mereka yang melakukan rasuah, pecah amanah dan sebagainya hilang kelayakan sebagai pemimpin jemaah. Dalam Muktakmar, sembahyang fardhu harian dijadikan agenda rasmi. Dalam PAS, kepimpinan adalah amanah dan tanggungjawab, tidak dalam UMNO, kepimpinan mencari kedudukan dan kekayaan.
 

Memilih pemimpin yang beriman dan bertakwa, apabila mendapat kuasa ia merasa takut untuk melakukan sebarang penyelewengan dan menyalahgunaan kuasa apalagi untuk melakukan pecah amanah. Kuasa yang diberikan itu merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang amat berat yang akan dipersoalkan di hadapan ALLAH SWT kelak apa yang ia lakukan dengan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.
 

Berbeza dengan UMNO, mereka terlalu sangat hendakkan kuasa kerana dengan kuasa mereka boleh melakukan apa sahaja yang dikehendaki hati dan nafsu serakah yang tidak puas-puas merompak harta rakyat yang diamanahkan dan diberi tanggungjawab untuk menguruskan harta-harta tersebut untuk kemaslahan rakyat keseluruhannya.
 

Kalau hendakkan rasuah tidak wujud, tidak berlakunya pembolotan kekayaan Negara untuk memperkayakan diri dan keluarga, tidak menyalahgunaan kuasa untuk mencari kedudukan, kuasa dan kekayaan dan untuk menegakkan keadilan dan kebenaran kepada semua rakyat tanpa mengira kaum, bangsa, agama, perbezaan fahaman politik dan sebagainya, kita tidak boleh lagi mengharapkan kepada UMNO. Cuba kita beralih dengan memilih PAS sebagai alternatifnya.
 

KEPIMPINAN
 

Model kepimpinan UMNO ialah “Kepimpinan Melalui teladan “. Model ini sangat longgar kerana tidak ada seorang pun pemimpin UMNO yang boleh dibuat teladan oleh rakyat. Dari mantan PM ke 4, PM sekarang, TPM, Menteri-menteri, MB-MB dan Ketua Menteri yang mana satu boleh dijadikan teladan. Tidak ada dalam sejarah Malaysia, seorang PM yang bersara dibenci oleh rakyat dan dibuat laporan polis mengenai salahlaku dalam masa 22 tahun memerintah. Media sering melaporkan pemimpin UMNO dituduh dengan pelbagai tuduhan rasuah, pecah amanah, pilih kasih dan gejala maksiat.
 

Model kepimpinan PAS ialah “Kepimpinan Ulamak“ adalah penerus kepimpinan para anbia sebab ulamak ialah pewaris anbiya. Kepimpinan ulamak adalah sinonim dengan kepimpinan Rasullullah SAW dan Khulafa Ar-Rasyidin. Para ulamak mempunyai sifat takwa yang boleh mengelakkan melakukan perkara-perkara maksiat yang boleh menjadi contoh teladan yang baik untuk diikuti oleh rakyat. Jadi, pada pilihan raya ke 11 nanti, cuba tinggalkan UMNO dan memilih PAS pula.
 

WAWASAAN
 

UMNO mencipta “Wawasan 2020“ sebagai matlamat pada tahun 2020 nanti Negara ini akan maju dengan pembangunan industri. UMNO menekankan pembangunan berbentuk fizikal, tetapi pembangunan jiwa rakyat yang akan menikmati pembangunan fizikal itu tidak diutamakan. Muda-mudi berhibur secara melampau dalam menyambut tahun baru, industri hiburan dikembang-biakkan, pusat-pusat hiburan dan tempat perjudian diberi lesen dan banyak berlakunya penyakit social.
 

PAS membawa “ Wawasan Dunia dan Wawasan Akhirat “ kerana selepas hidup di dunia, kita akan dihidupkan pula di akhirat. Di sana nanti akan dihitung dosa pahala yang kita lakukan di dunia ini. Pembangunan dalam Islam ialah pembangunan Negara yang tidak mengorbankan akhlak. Pembangunan fizikal dan rohani yang dinikmati secara adil oleh seluruh rakyat.
 

PARTI ALTERNATIF UTAMA ORANG MELAYU
 

PAS merupakan parti politik dominant Melayu kedua terbesar selepas UMNO. Ia merupakan parti Alternatif bagi orang Melayu untuk bernaung di bawahnya. Banyak parti-parti dominan Melayu tidak bertahan lama seperti PAS, kebanyakan parti-parti tersebut seperti Parti Negara pimpinan Dato’ Onn Jaafar, Parti Rakyat Malaya pimpinan Ahmad Boestamam, Parti Nasma pimpinan Raja Nong Chik dan Parti SM46 terkubur satu demi satu tanpa batu nisan, tetapi PAS tetap unggul di sepanjang sejarah perkembangan politik Negara.
 

Ada lima sebab mengapa PAS boleh menjadi parti alternative kepada orang Melayu. Pertama, kebanyakan ahli-ahlinya terdiri daripada orang-orang Melayu beragama Islam, yang mudah menarik sokongan, simpati dan kepercayaan daripada orang Melayu Islam, tidak seperti UMNO yang mana ahli-ahlinya ada orang Melayu dan bumiputra bukan beragama Islam. Kedua, perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS mendapat sokongan padu daripada orang-orang Melayu beragama Islam yang mempunyai cita-cita dan harapan yang sama dengan PAS. Ketiga, kelantangan PAS membela hak, nasib dan kepentingan orang Melayu menaikkan imej PAS sebagai kubu terakhir pertahanan orang Melayu. Keempat, kewibawaan akhlak pemimpin PAS menjadikan PAS sebagai parti yang dihormati dan dikagumi oleh segenap lapisan masyarakat, tidak seperti UMNO yang mana pemimpinnya yang banyak tidak berakhlak dan terlibat dengan pelbagai skandal yang mengaibkan. Kelima, keupayaan PAS mentadbir Terengganu dan Kelantan walaupun ditekan dan ditindas oleh kerajaan Persekutuan boleh terus mentadbir dengan jayanya berdasarkan kemampuan yang ada.
 

Dalam pada itu, PAS juga tidak lagi bergantung kepada sokongan golongan agama sahaja dan orang kampong semata-mata, malah kini banyak golongan professional dan orang Bandar menganggotai PAS. Ini merupakan satu perubahan yang nyata dalam sejarah PAS sejak penubuhannya tahun 1951.
 

PENUTUP
 

Pada pilihan raya akan datang, pasti kita akan menyaksikan satu pertempuran yang hebat akan berlaku di antara kedua parti yang berpengaruh ini untuk mendekati dan mempengaruhi pemikiran orang Melayu supaya memberi undi kepada parti masing-masing. Dalam sistem yang kita amalkan, walaupun satu undi lebih daripada pihak lawan, dikira parti itu menang.
 

UMNO seperti biasalah akan memperkudakan segala jenis jentera, media massa dan berjenis-jenis manusia akan digunakan untuk berkempen, berhujah, berdrama dan sebagainya bagi membentuk propaganda perang saraf memikat hati pengundi untuk mengundi UMNO sekali lagi.

Dalam pada itu, para strategis PAS dan Keadilan perlu merangka pelan tindakan bagi menghadapi perang saraf UMNO ini mulai daripada sekarang. Perkara-perkara yang boleh dilakukan sebagai persediaan adalah seperti berikut:
 

i.                     Pada kebiasaannya, pilihan raya yang diadakan itu berat sebelah. Semua agensi yang terlibat dalam pilihan raya memihak kepada UMNO sebagai parti pemerintah. Pada pilihan raya pada tahun 1999 telah ditubuhkan sebuah badan pemantau yang diberi nama BUDI yang membuat pemantauan pengurusan pilihan raya pada tahun itu. Pada tahun ini dicadang ditubuhkan satu pasukan pemantauan pilihan raya yang ahli-ahlinya terdiri daripada kalangan professional tempatan yang berkecuali dan amat perlu daripada pertubuhan antarabangsa membuat pemantauan bersama. Di akhir pilihan raya mesti dikeluarkan laporan dan dibincangkan di forum atau persidangan di peringkat antarabangsa.
 

ii.                   Pada masa kempen, masa membuang undi dan masa pengiraan undi, semua petugas perlu membawa bersama kamera atau kamera video untuk merakam peristiwa-peristiwa yang tidak diingini akan berlaku. Gambar-gambar ini akan dijadikan bahan bukti sebagai persediaan untuk perkembangan selanjutnya.
 

iii.                 Mulai sekarang, perlu dicetak bahan-bahan untuk penjelasan kepada rakyat mengenai salahlaku, rasuah, penyelewengan, menyalahgunaan kuasa, pecah amanah dan sebagainya yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin dan kerajaan pimpinan UMNO untuk disebarkan kepada rakyat sebagai tindak balas perang saraf UMNO.
 

iv.                  Mulai sekarang kita mesti melatih petugas parti yang cekap mengesan tipu muslihat UMNO kerana kita tidak ada agensi yang boleh membantu termasuk SPR, maka kita sendirilah perlu bertindak dengan pantas, cepat dan berkesan.
 

Akhir kata, marilah bersama-sama kita memberi undi kepada PAS supaya keadilan dalam Negara kita yang tercinta ini dapat ditegakkan semula. Keadilan hakiki dapat diwujudkan dengan hanya pelaksanaan Islam secara menyeluruh dalam semua aspek kehidupan manusia di muka bumi ini seperti yang ditentukan oleh ALLAH SWT, selain daripada ISLAM semuanya akan musnah bila sampai masanya.
 

SYARAT-SYARAT TURUNNYA PERTOLONGAN
 

Orang yang membaca Sirah Nabawiyah (Pejalanan Hidup Rasulullah SAW), serta jihad beliau, maka ia akan melihat beberapa peringkat berikut ini:
 

PERINGKAT TAUHID

 

Rasulullah SAW tinggal di Makkah selama tiga belas tahun. Selama itu, beliau menyeru kaumnya untuk bertauhid dan mengEsakan Allah dalam beribadah, berdoa dan mengambil hukum serta menyeru untuk memerangi kemusyrikan. Hal itu terus beliau lakukan selama masa tersebut, sehingga akidah Islam menjadi kukuh dan teguh dalam jiwa setiap sahabat, dan jadilah mereka orang-orang pemberani yang tidak takut kecuali kepada Allah swt. kerana itu, para da'i hendaknya memulai dakwahnya dengan mengajak kepada tauhid dan memperingatkan agar mereka tidak terjerumus dalam perbuatan musyrik. Dengan demikian, ia telah mengikuti teladan Rasulullah SAW dalam berdakwah.

 

PERINGKAT UKHUWAH (PERSAUDARAAN)

 

Rasulullah SAW berhijrah dari Makkah ke Madinah untuk membangunkan sebuah masyarakat muslim yang tegak berdasarkan saling cinta dan kasih sayang. Hal yang pertama beliau lakukan adalah membangunkan masjid, tempat berkumpulnya umat Islam dalam beribadah kepada Allah swt. Di dalamnya, mereka berkumpul lima kali sehari, untuk mengatur hidup mereka.

 

Lalu Rasulullah SAW segera mempersaudarakan antara kaum Anshar, penduduk peribumi (Madinah) dengan orang-orang Muhajirin dari Makkah, yang hijrah dengan meninggalkan semua harta benda mereka. Orang-orang Anshar pun lalu menawarkan harta mereka kepada kaum Muhajirin, serta membantu memenuhi apa yang mereka perlukan.

 

Rasulullah SAW mengetahui bahawa terjadi saling bermusuhan antara sebahagian penduduk Madinah. Iaitu antara suku Aus dan Khazraj. Maka Rasulullah SAW mendamaikan di antara mereka, menjadikan mereka bersaudara yang satu sama lain saling mencintai dalam ikatan iman dan tauhid. Seperti ditegaskan dalam sabda beliau, "Seorang muslim adalah saudara muslim lainnya ..."

.

PERINGKAT PERSIAPAN

 

Dalam Al-Quran, Allah Ta'ala memerintahkan agar umat Islam bersiap siaga untuk menghadapi musuh-musuh Islam. Allah swt berfirman yang bermaksud,

"Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka apa sahaja yang kamu sanggupi." (Al-Anfaal: 60)

 

Rasulullah SAW menafsirkan ayat ini dengan sabdanya yang bermaksud,

"Ketahuilah, sesungguhnya kekuatan itu adalah (kepandaian) melempar." (HR. Muslim)

 

Melempar dan mengajarkannya adalah wajib atas setiap muslim, sesuai dengan kemampuannya. Meriam, tank, bom, pesawat tempur dan berbagai senjata lainnya, semua memerlukan latihan dan belajar melempar ketika menggunakannya. Alangkah baiknya jika para siswa di sekolah-sekolah diajari olahraga melempar atau memanah. Lalu digalakkan pertandingan untuk jenis olahraga tersebut, sehingga anak-anak menjadi siap guna mempertahankan agama dan tempat-tempat suci mereka.

 

Sayang sekali, anak-anak sekarang lebih suka menghabiskan waktunya dengan bermain bola, dengan penyelenggaraan pertandingan di sana-sini. Mereka membuka paha (aurat) padahal Islam menyuruh kita untuk menutupinya, serta meninggalkan shalat padahal Allah menyuruh kita untuk menjaganya.

 

KETIKA KITA KEMBALI KEPADA AKIDAH TAUHID

 

Saling berkasih sayang dalam ikatan persaudaraan Islam, serta telah siap menghadapi musuh dengan berbagai senjata yang dimiliki. Maka insya Allah akan turunlah pertolongan buat kaum muslimin, sebagaimana pertolongan itu telah diturunkan kepada Rasulullah SAW, dan kepada para sahabat sesudah beliau wafat.

Allah swt berfirman yang bermaksud,

 

"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad: 7)

 

URUTAN PERINGKAT SEBAGAIMANA DI ATAS, TIDAK BERERTI MASING-MASING PERINGKAT BERDIRI SENDIRI. DENGAN KATA LAIN, BAHAWA PERINGKAT UKHUWAH, TIDAK DISERTAI OLEH PERINGKAT TAUHID, TETAPI PERINGKAT-PERINGKAT TERSEBUT SALING MENGISI DAN BERHUBUNGAN ERAT.

 

PERTOLONGAN ALLAH KEPADA UMAT ISLAM

 

"Dan Kami selalu berkewajipan menolong orang-orang yang beriman". (Ar-Ruum: 47)

 

Ayat Al-Quran ini menjelaskan bahawa Allah menjanjikan pertolongan bagi orang-orang beriman atas musuh-musuhnya. Ini adalah janji yang tidak mungkin diingkari.

Allah telah menolong RasulNya dalam peperangan Badar, Ahzab dan lainnya dari peperangan yang beliau lakukan. Demikian juga menolong para sahabat Rasulullah SAW sepeninggalan beliau dalam menghadapi musuh-musuhnya. kerana itu Islam tersebar luas di banyak penjuru dunia. Islam mencapai kemenangan meskipun melalui banyak tragedi dan musibah.

 

Kesudahan yang baik memang pada akhirnya milik orang-orang yang benar-benar percaya kepada Allah. Iaitu mereka yang beriman kepadaNya, mengesakanNya di dalam beribadah dan berdoa, baik dalam masa kesempitan mahupun kelapangan.

Renungkanlah, bagaimana Al-Quran mengisahkan keadaan orang-orang beriman ketika terjadi perang Badar. Jumlah mereka relatif sedikit, juga perbekalan yang mereka bawa. Dalam kondisi seperti itu mereka kemudian berdoa kepada Allah swt sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

 

"(Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan-mu, lalu diperkenankanNya bagimu, 'Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut'." (Al-Anfaal: 9)

Allah mengabulkan doa mereka, menurunkan bala bantuan malaikat yang berperang bersama-sama mereka. Para malaikat memenggal kepala orang-orang kafir dan memancung hujung-hujung jari mereka. Allah berfirman yang bermaksud:

 

"Maka penggallah kepala mereka dan pancunglah tiap-tiap hujung jari mereka." (Al-Anfaal: 12)

 

Akhirnya tercapailah kemenangan di tangan orang-orang beriman yang mengesakan Allah. Allah berfirman yang bermaksud:

 

"Sesungguhnya Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah (ketika itu) orang-orang yang lemah. kerana itu bertawakallah kepada Allah, supaya kamu mensyukuriNya." (Ali Imran: 123)

 

Dan di antara doa Rasulullah SAW ketika perang Badar iaitu maksudnya:

 

"Ya Allah, seandainya Engkau hancurkan kelompok dari orang-orang Islam ini, nescaya Engkau tidak akan dapat lagi disembah di bumi". (HR Muslim)

Pada saat ini, di banyak negara, kita menyaksikan umat Islam melakukan peperangan dengan musuh-musuhnya. Tetapi mereka tidak mendapat kemenangan. Lalu apa gerangan sebabnya? Apakah Allah mengingkari janjiNya kepada orang-orang beriman? Tidak, sama sekali tidak! Allah tidak mengingkari janjiNya. Tetapi yang perlu kita tanyakan kemudian adalah, di manakah orang-orang beriman sehingga datang kepada mereka kemenangan sebagaimana yang dijanjikan oleh ayat Allah di atas? Marilah kita bertanya kepada para mujahidin:

 

1. Apakah mereka mempersiapkan diri dengan iman dan tauhid yang dengan keduanya Rasulullah SAW memulai dakwahnya di Makkah sebelum beliau melakukan peperangan?

 

2. Apakah mereka melakukan ikhtiar sebagaimana diperintahkan oleh Allah swt dalam firmanNya maksudnya:

"Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi". (Al-Anfaal: 60)

Rasulullah SAW menafsirkan ayat di atas dengan (persiapan) melempar.

 

3. Apakah mereka berdoa kepada Allah dan mengesakanNya dalam berdoa, saat berkecamuk perang. Atau sebaliknya, mereka menyekutukanNya dengan yang lain sehingga meminta pertolongan dari selainNya, yang mereka percayai memiliki kekuasaan. Padahal mereka adalah hamba Allah, yang tidak memiliki manfaat dan mudharat untuk dirinya sendiri.

 

Lalu, mengapa mereka tidak meneladani Rasulullah dalam berdoa yang hanya ditujukan kepada Allah semata? Bukankah Allah telah berfirman maksudnya:

"Bukankah Allah cukup untuk melindungi hamba-hambaNya?" (Az-Zumar: 36)

 

4. Apakah mereka bersatu, saling mengasihi dan menyayangi satu sama lain, sehingga semboyan dan syiar mereka adalah firman Allah sebagaimana maksudnya:

"Dan janganlah Kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu." (Al-Anfaal: 46)

 

5. Yang terakhir, ketika umat Islam meninggalkan akidah dan perintah-perintah agama mereka, maka mereka menjadi umat yang terbelakang. Sebaliknya jika mereka kembali lagi kepada agama mereka, nescaya akan kembali pula kemajuan dan kemuliaan mereka, sebab pada hakikatnya Islam mewajibkan umat untuk maju di bidang ilmu dan kebudayaan.

 

Sungguh jika kalian merealisasikan iman sebagaimana yang telah diperintahkan, nescaya akan datang pertolongan yang dijanjikan kepada kalian.

Allah berfirman yang bermaksud:

"Dan Kami selalu berkewajiban menolong orang-orang yang beriman." (Ar-Ruum: 47)

 

KUFUR BESAR DAN CONTOH-CONTOHNYA

 

Kufur besar menjadikan orang yang bersangkutan keluar dari Islam. Kufur besar iaitu kufur dalam i'tiqad (kepercayaan). Contoh-contoh kufur ini ada banyak. Di antaranya:

 

1.Kufur dengan cara mendustakan:

 

Iaitu dengan mendustakan (tidak mempercayai) Al-Quran atau hadis, atau dengan mendustakan sebahagian yang ada pada keduanya. Hal itu berdasarkan firman Allah yang bermaksud:

 

"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan kedustaan terhadap Allah atau mendustakan yang haq tatkala yang haq itu datang kepadanya? Bukankah dalam Neraka Jahannam itu ada tempat bagi orang-orang yang kafir?" (Al-Ankabuut: 68)

 

"Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al-Kitab (Taurat) dan kufur (ingkar) terhadap sebahagian yang lain?" (Al-Baqarah: 85)

 

2. Kufur kerana enggan dan takabur, padahal sebenarnya ia percaya:

 

Iaitu tiadanya ketundukan pada kebenaran meskipun ia mengakui adanya kebenaran tersebut. Hal itu seperti kufurnya Iblis. Dalilnya adalah firman Allah maksudnya:

 

"Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, 'Sujudlah kamu kepada Adam'. Maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir." (Al-Baqarah: 34)

 

3. Kufur dengan cara ragu-ragu terhadap adanya hari Kiamat, masalah- masalah ghaib atau mengingkari dan tidak mempercayainya:

 

Allah swt berfirman yang bermaksud:

 

"Dan Aku tidak mengira hari Kiamat itu akan datang, dan sekiranya aku dikembalikan kepada Tuhanku, pasti aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik daripada kebun-kebun itu. Kawannya (yang mukmin) berkata kepadanya sedang dia bercakap-cakap dengannya, 'Apakah kamu kafir kepada (Tuhan) yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitis air mani, lalu Dia menjadikan kamu seorang laki-laki yang sempurna?" (A1-Kahfi: 36-37)

 

4. Kufur dengan cara berpaling:

 

Iaitu berpaling dari ajaran Islam serta tidak mempercayainya. Dalilnya adalah firman Allah maksudnya:

 

"Dan orang-orang yang kafir berpaling dari apa yang diperingatkan kepada mereka". (Al-Ahqaaf: 3)

 

5. Kufur dengan cara nifaq:

 

Iaitu menampakkan kepercayaan terhadap Islam dengan lisan, tetapi tidak mengakuinya dalam hati serta menyelisihinya dalam amal perbuatan. Hal ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud:

 

"Yang demikian itu adalah kerana bahawa sesungguhnya mereka telah beriman, kemudian menjadi kafir (lagi) lalu hati mereka dikunci mati, kerana itu mereka tidak dapat mengerti". (Al-Munaafiquun: 3)

"Di antara manusia ada yang mengatakan, 'Kami beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman." (Al-Baqarah: 8)

 

6. Kufur dengan cara menentang:

 

Iaitu orang yang mengingkari sesuatu dari agama yang diketahui secara umum. Seperti rukun Islam atau rukun iman. Sebagaimana orang yang meninggalkan shalat kerana mempercayai bahawa shalat itu tidak wajib. Maka orang tersebut adalah kafir dan murtad dari agama Islam.

 

Demikian pula halnya dengan seorang hakim (penguasa) yang menentang hukum Allah. Berdasarkan firman Allah yang bermaksud:

 

"Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah maka mereka itu adalah orang-orang yang Kafir." (Al-Maa'idah: 44)

Ibnu Abbas berkata, "Barangsiapa menentang apa yang diturunkan oleh Allah maka dia adalah kafir."

 

KUFUR KECIL DAN CONTOH-CONTOHNYA

 

Kufur kecil ialah kufur yang tidak menyebabkan orang yang bersangkutan keluar dari Islam. Di antara contoh-contohnya iaitu:

 

1.Kufur nikmat:

 

Hal ini berdasarkan firman Allah ketika menyeru orang-orang mukmin dari kaum Nabi Musa Alaihissalam maksudnya:

 

"Dan (ingatlah), tatkala Tuhanmu memaklumkan, 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya azabKu sangat pedih'." (Ibrahim: 7)

 

2. Kufur amal:

 

Iaitu setiap perbuatan maksiat yang oleh syarak dikategorikan perbuatan kufur, tetapi orang yang bersangkutan masih tetap berpredikat sebagai seorang mukmin. Seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

 

"Mencaci-maki orang Islam adalah (perbuatan) fasik sedang memeranginya adalah (perbuatan) Kufur." (HR. Al-Bukhari)

 

"Tidaklah berzina seorang penzina, sedang ia dalam keadaan beriman. Dan tidaklah minum khamar, sedang ia dalam keadaan beriman." (HR. Muslim)

Perbuatan kufur semacam ini tidak menjadikan orang yang melakukannya keluar dari agama Islam (murtad), tetapi ia termasuk dosa besar.

 

3. Orang yang memutuskan hukum dengan selain yang diturunkan oleh Allah, sedangkan ia mengakui adanya hukum Allah.

 

Ibnu Abbas berkata, "Barangsiapa melakukan hal tersebut maka dia adalah orang zalim dan fasik." Pendapat ini pula yang dipilih Ibnu Jarir. Sedangkan Atha' berkata, "Ia adalah kufur di bawah kufur (tidak menyebabkannya keluar dari Islam)".

 

WASPADALAH TERHADAP THAGHUT

 

Thaghut adalah setiap yang disembah selain Allah, ia rela dengan peribadatan yang dilakukan oleh penyembah atau pengikutnya, atau rela dengan ketaatan orang yang mentaatinya dalam hal maksiat kepada Allah dan RasulNya.

 

Allah mengutus para Rasul agar memerintahkan kaumnya menyembah kepada Allah swt semata dan menjauhi thaghut. Allah berfirman yang bermaksud:

 

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan), 'Sembahlah Allah (semata), dan jauhilah thaghut itu'." (An-Nahl: 36)

Bentuk thaghut itu amat banyak, tetapi pemimpin mereka ada lima:

 

 

 

1.Syaitan.

 

Thaghut ini selalu menyeru beribadah kepada selain Allah. Dalilnya adalah firman Allah yang bermaksud:

"Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu." (Yaasiin: 60)

 

2.Penguasa zalim yang mengubah hukum-hukum Allah Taala.

 

Seperti peletak undang-undang yang tidak sejalan dengan Islam. Dalilnya adalah firman Allah swt yang mengingkari orang-orang musyrik. Mereka membuat peraturan dan undang-undang yang tidak diredhai oleh Allah. Allah berfirman maksudnya:

 

"Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah?" (Asy-Syuuraa: 21)

 

3. Hakim yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah.

 

Jika ia mempercayai bahawa hukum-hukum yang diturunkan Allah tidak sesuai lagi, atau dia membolehkan diberlakukannya hukum yang lain. Allah berfirman yang maksudnya:

 

"Dan barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir". (Al-Maa'idah: 44)

 

4. Orang yang mengaku mengetahui ilmu ghaib selain Allah.

 

Dalam hal ini Allah Taala berfirman yang bermaksud:

 

"Katakanlah, 'Tidak ada seorang pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah'." (An-Naml: 65)

 

5. Seseorang atau sesuatu yang disembah dan diminta pertolongan oleh manusia selain Allah, sedang ia rela dengan yang demikian.

 

Dalilnya adalah firman Allah swt yang bermaksud:

 

"Dan barangsiapa di antara mereka mengatakan, 'Sesungguhnya aku adalah Tuhan selain Allah'. Maka orang itu Kami beri balasan dengan Jahannam, demikian Kami memberikan pembalasan kepada orang-orang zalim." (Al-Anbiyaa': 29)

 

Setiap mukmin wajib mengingkari thaghut sehingga ia menjadi seorang mukmin yang lurus. Allah berfirman maksudnya:

 

"kerana itu, barangsiapa yang ingkar kepada thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Al-Baqarah: 256)

Ayat ini merupakan dalil bahawa ibadah kepada Allah sama sekali tidak bermanfaat, kecuali dengan menjauhi beribadah kepada selain-Nya. Rasulullah SAW menegaskan hal ini dalam sabdanya yang bermaksud:

 

"Barangsiapa mengucapkan, 'Laa ilaaha illallah', dan mengingkari apa yang disembah selain Allah, maka haram atas harta dan darahnya". (HR. Muslim)



 

 

FAKTOR-FAKTOR YANG BOLEH MEMBAWA KEMENANGAN KEPADA PAS

 

Dalam satu artikel saya yang berjudul, : “ Mengapa Perlu Mengundi PAS “, saya telah menonjolkan satu perbezaan yang amat ketara di antara PAS  berbanding dengan UMNO dari segi semangat perjuangannya. PAS asas perjuangannya ialah kepada ISLAM. Menjadikan ISLAM sebagai lambang pembangunan agama, Negara dan bangsa . Pendik kata semua aktiviti social-budaya, politik, pendidikan, ekonomi dan sebagainya menjurus kepada anjuran ISLAM dan Sunnah Nabi s.a..w.

 

Berbanding dengan UMNO, UMNO mempergunakan ISLAM untuk mengekalkan kuasanya. UMNO tidak memperdulikan halal-haram, dosa-pahala dalam perjuangannya. Perjuangannya ialah matlamat menghalalkan cara. Konsep neraka-syurga tiada dalam kamus perjuangan UMNO.

 

Memandangkan pilihan raya ke 11 tersangat hampir dengan kita yang dijangkakan parlimen akan dibubarkan pada 10.3.2004 dan pembuangan undi akan dilakukan pada hari Sabtu [ cuti minggu ke 3 ] 20.3.2004. Pada pilihan raya kali ini, peperangan sebenar ialah di antara PAS dengan UMNO. Berbeza dengan pilihan raya pada tahun 1999 yang lalu, di mana UMNO/BN terpaksa berhadapan dengan kekuatan BA yang dianggotai oleh parti-parti seperti PAS, Keadilan, PRM dan DAP. Sekarang DAP telah keluar dari pakatan BA, yang tinggal hanya PAS dan Keadilan [ Keadilan telah bergabung dengan PRM]. Keadilan pula sekarang ini mengalami masalah pemimpin-pemimpin kanannya keluar parti dan masuk UMNO sepertimana yang pernah dialami oleh parti SM46 dulu.

 

Jadi, pertembongan sebenar ialah di antara PAS dengan UMNO. Pertembungan di antara haq dan bathil. Seumpamanya peperangan Badar yang berlaku pada 17 Ramadhan tahun kedua Hijrah. Nabi Muhammad saw memperjuangkan yang haq dan Abu Jahal mewakili kumpulan yang memperjuangkan yang bathil yang mana akhirnya Abu Jahal tumbang dalam peperangan tersebut.

 

UMNO sebagaimana yang kita sedia maklumkan sejak dari dulu, kini dan selama-lamanya akan menggunakan segala kuasa yang ada padanya untuk mengekalkan kuasa memerintah Malaysia. Pelbagai cara, strategi, taktik, manipulasi, tipu-muslihat dan sebagainya akan digunakan untuk menghadapi tentangan PAS khususnya bagi menarik sokongan orang-orang Melayu kembali menyokongnya.

 

UMNO memiliki semua yang ada di dunia ini. Media massa, kewangan, jentera-jentera kerajaan dan bukan kerajaan, SPR,  pasokan polis dan system kehakiman yang akan membantu UMNO untuk memenangi dalam pilihan raya tersebut.

 

 

Kekuatan yang ada pada UMNO itu, tidak ada pada PAS.  PAS hanya ada ALLAH dan RasulNya,  yang tiada ada pada UMNO. PAS adalah sebuah gerakan Islam yang memperjuangan kedaulatan ISLAM ke dalam seluruh system kehidupan manusia. UMNO adalah parti secular. Perjuangannya adalah berdasarkan harta benda yang tidak dapat bertahan lama. Ini saja kelebihan PAS yang ada.

 

Sebijak mana pun para strategis PAS merangka pelbagai strategi mengunakan otak dan kemampuan fizikal tidak mungkin boleh mengatasi UMNO. Bukalah Al-Quran dan mentelaahlah sejarah yang dicatatkan di dalamnya. Nabi Muhammad s.a.w. dan para-para Nabi dan Rasul yang terdahulu dari baginda juga menghadapi masalah sama sepetimana PAS menghadapinya sekarang.

 

Nabi Musa terpaksa menghadapi Firaun yang mempunyai seluruh kekuatan duniawi. Begitu juga dengan Nabi Ibrahim yang menghadapi Namrud. Apatah lagi mehnah yang dihadapi oleh Nabi Muhammad s.a.w. Semua mereka mencapai kejayaan kerana Allah SWT senantisa membantu hamba-hambaNya yang menolong agamaNya.

 

Oleh itu, seluruh ahli, penyokong dan kepimpinan PAS dari pelbagai peringkat hendaklah memegang prinsip ini,  di samping kita berusaha segala upaya dan kudrat yang ada untuk melawan UMNO. 100% kemenangan perjuangan Islam yang digerakkan oleh mana-mana organisasi termasuk PAS adalah pertolongan yang datang dari Allah SWT kerana menolong memperkembangkan agamaNya.

 

Dari itu, marilah kita bersama-sama mengamalkan factor-faktor yang boleh membawa kepada kemenangan dan kejayaan di dunia ini dan di akhirat kelak. Faktor-faktor itu ialah:

 

1.                 IMAN DAN AMAL SHALEH

 

Allah telah menjanjikan bagi orang-orang mukmin yang mempertahankan agamaNya, Allah akan membantu menghancurkan musuh-musuhnya sekalipun dalam jangka waktu yang lama, sepertimana firman Allah:

 

“ Sesesungguhnya orang-orang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka [keranaNya] dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal, [iaitu] orang-orang yang mendirikan solat dan yang menafkahkan sebahagian sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Itulah orang-orang beriman dengan sebenar-benarnya…………..” [ Al Anfal: 2 – 4 ]

 

“ Dan Allah telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman di anatar kamu dan mengerjakan amal-amal shaleh bahawa Dia sesungguhnya  akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Ku. Dan barang siapa yang [tetap] kafir sesudah [janji] itu, maka mereka itulah orang-orang fasik “. [ An Nur : 55 ]

 

“………..dan Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk memusnahkan orang-orang beriman “. [An Nisaa : 141 ]

 

Oleh itu, bersungguh-sungguhlah  penyokong, ahli dan pemimpin PAS mengerjakan amal maarof nahi mungkar untu mendapat pertolongan dari Allah SWT. Jangan kita menjadi sebahagian dari UMNO, amal makrof, nahi mungkar tidak ditegah malah dibiarkan membiak dalam masyarakat seperti pesta sambut tahun baru dan membenarkan konsert Mariah Carey diadakan dalam sebuah Negara Islam yang diwar-warkan itu. Bersifat tamak dan haloba dalam mencari kemewahan duniawi.

 

2.                 MEMBELA AGAMA ALLAH

 

Membela agama Allah merupakan salah satu factor terpenting yang dapat mewujudkan kemenangan. Menegakkan Ad-Din boleh dilakukan  melalui perkataan, perbuatan, amal shaleh ataupun berdakwah, firman Allah :

 

“ Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong [agama] Allah, nescaya Dia akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu. Dan orang-orang kafir, maka kecelakaanlah mereka bagi mereka dan Allah menghapuskan amal-amal mereka “. [ Muhammad : 7-8 ]

 

“ Dan sesungguhnya telah tetap janji Kami kepada hamba-hamba Kami yang menjadi Rasul [ iaitu ]  sesungguhnya mereka itulah yang pasti mendapat pertolongan. Dan sesungguhnya tentera Kami itulah yang pasti menang “. [ Ash Shaaffat : 171 – 173 ]

 

Adakah UMNO membela agama Allah. Tidak sama sekali. Bekas PM yang lalu, Mahathir Mohamad menghina Nabi, menghina Allah [ mempermain-mainkan hukum hudud], mempersenda-sendakan ayat-ayat suci al-Quran, hendak menafsirkan semula ayat-ayat suci al-Quran, menghina ulama pewaris nabi dan anbiya  mempertahankan penulis-penulis yang menghina kesucian Islam dan menghina Nabi sertakan mengalakkan perbuatan yang bertentangan dengan Islam [ seperti bertudung, pergaulan bebas, pesta-pesta hiburan dan sebagainya ].

 

UMNO mengalakkan dan membiarkan serta memberi ruang yang luas untuk penulis-penulis menulis dalam media massa arus perdana tanpa halangan dan sekatan. Contohnya Faris A.Noor [ NST, 4.11.2002 ] menghina Nabi mendakwa Nabi mempunyai beberapa orang isteri dan diketahui telah mengadakan hubungan seks dengan 15 wanita termasuk seorang gundik bernama Rayhana yang tidak Islam sehingga akhir hayatnya adalah bukti mengenai kemanusiaan Nabi. Katanya lagi, Nabi sendiri dalam kontek sejarahnya adalah seorang pemimpin suku, dan oleh kerana itu ketaatan awal kepada baginda diberi kerana baginda adalah pemimpin suku lebih pemimpin agama.

 

Akhbar Ali pula menulis dalam The Star, 21.2.2001 berkata, ………….. mungkin serban mufti-mufti terlalu ketat dan sebab itu tidak cukup oksigen masuk ke dalam otak mereka. Mereka tidak berfikiran waras. Mereka membuat fatwa yang mana kebanyakan orang termasuk ulama dan mufti lain, tidak ikut. Ramai dari ulama sendiri penjual amalan jahiliyah dan ulama sendiri tidak mampu berfikir dengan cerdik.

 

Malik Imtiaz Sarwar salah seorang peguam Zaid Ibrahim yang menentang hukum Allah pernah berkata dalam NST 11.12.2001, Islam awam boleh menghakis kebebasan asasi dengan mengambil contoh kes yang berlaku ke atas seorang peniaga bukan Melayu di Kelantan yang hilang haknya apabila beliau didenda kerana menjual makanan kepada orang Islam di bulan puasa.

 

Zainah Anwar, Pengarah Eksekutif Sisters In Islam mengatakan Islam boleh ditafsirkan oleh sesiapa sekalipun tanpa mengira latar belakang keilmuannya [UM,26.9.2000]. Paling hebat dan paling sensasi sekali penulis upahan UMNO, Astora Jabat yang kerjanya 24 jam untuk mengelirukan pemikiran rakyat supaya meninggalkan ajaran Islam sebenar dan mengamalkan ajaran Islam celok yang sesuai dengan selera UMNO. Berjudi boleh. Asalkan ada lesen. Berzina boleh kalau dua-dua perlu memerlukan seperti yang berlaku di barat. Minum arak boleh asalkan secara sah di hotel-hotel atau tempat yang dilesenkan.

 

Apa yang UMNO buat kepada mereka ini untuk mempertahankan kecucian Islam itu sendiri. Kes-kes murtad berluasa, kes rogol dan membunuh meningkat dan pelbagai penyakit social melanda mesyarakat.

 

Malah sampai ke satu peringkat menghalang sebahagian orang Islam yang lain yang ingin mengamalkan ajaran Islam sebenar dengan mengunakan saluran undang-undang seperti yang dilakukan oleh Zaid Ibrahim, Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Negeri Kelantan menyaman Kerajaan Negeri Terangganu dan Kelantan yang hendak melaksanakan hukum hudud dengan alasan hukum hudud PAS bukan hukum hudud Islam sebenar. Mana dia hukum hudud Islam yang sebenar. Sudah 46 tahun memerintah, tiada ada satu pun cadangan perlaksanaan   hukum hudud yang dicadangkan oleh UMNO, yang kita dengar ialah rasuah, menyalahguaan kuasa, menyeleweng amanah yang diberi, mengejar kedudukan, kuasa dan kekayaan duniawi.

 

Bolehkah kita mengharapkan UMNO untuk membela agama Allah ini, jauh api dari panggang.

           

 

3.                 BERTAWAKAL KEPADA ALLAH DISERTAI DENGAN USAHA YANG GIGIH TANPA PUTUS ASA

 

Ini juga merupakan satu factor penting yang akan dapat pertolongan dari Allah SWT, sebagaimana firmanNya :

 

“  Jika Allah menolong kamu, maka tidak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu. Jika Allah membiarkan kamu [ tidak memberi pertolongan ], maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu [ selain ]  dari Allah sesudah itu ? Kerana itu, hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang  mukmin bertawakal “. [ Ali Imran : 160]

 

UMNO memang berusaha gigih untuk mengekalkan kuasa dengan melakukan pelbagai cara dan tektik. Mempergunakan apa sahaja yang boleh diperkudakannya, asalkan matlamat tercapai.

 

4.                 BERMUSYAWARAH

 

Rasulullah selalu bermusyawarah dengan para sahabat. Setiap kali hendak memutuskan sesuatu perkara.

 

Pemimpin PAS perlu mendengar padangan orang bawah. Jangan angkoh dan sombong. Perlu ada saluran hubungan atas-bawah saling lengkapi melengkapi di antara satu sama lain. Jangan jadi macam UMNO. Hanya ada satu saluran perhubungan sahaja atas ke bawah, tiada ada sama kali pandangan bawah ke atas.

 

Keputusan hanya dibuat oleh peringkat atasan yang wajib dipatuhi oleh orang bawah. Tiada ada percambahan fikiran berlaku. Semuanya menjadi jumud. Sebarang kritikan dianggap menderhaka dan perlu diambil tindakan yang keras kadang-kadang tindakan yang diambil itu tidak masuk akal, walaupun kesalahan yang dibuat itu kecil. Hukuman sebagai pengajaran kepada orang lain supaya jangan lagi mengkritik kepimpinan atasan. Pimpinan atasan tidak dan tidak pernah melakukan kesalahan. Orang bawah sahaja yang bersalah. Pemimpin mahu senantisa dipuja dan disanjung.

 

Pemimpin PAS perlu elak perkara ini berlaku dalam organisasi PAS. Sebarang kritikan mesti dialu-alukan, walaupun pahit untuk ditelan. Selalu bermuhasabah diri dan kepimpinan. Insafkan diri bahawa kita manusia yang pasti ada kekuatan dan kelemahan. Pemimpin UMNO bolehlah mereka insan mulia yang terhindar dari melakukan sebarang dosa dan noda. Kita dalam PAS akui kelemahan dan Allah SWT yang maha berkuasa.

 

5.                   TEGUHKAN PENDIRIAN DALAM MENGHADAPI MUSUH

 

Pertolongan Allah akan datang jika kita selalu berpendirian tegas dalam perjuangan ketika menghadapi musuh. Seorang mujahid pantang gementar, penakut dan pengecut apabila menghadapi musuh. Jangan sekali-kali lari dari dari perjuangan menegakkan keadilan dan kebenaran. Jangan jadi seperti kepimpinan parti SM46 dan sebahagian dari bekas pemimpin Keadilan.

 

Lihatlah Nabi yang selalu bersikap tegas ketika memimpin peperangan, baik perang  Badar, Uhud ataupun Hunain. Sabda beliau, “ Hai manusia, janganlah mengharapkan untuk berjumpa dengan musuh dan pohonlah kepada Allah keselamatan. Jadi, jika berjumpa musuh, bersbarlah, dan perlu mengetahui bahawa shurga itu di bawah baying-bayang pedang [ HR Muslim ]

 

6.                   BERANI BERKORBAN

 

Setiap pejuang PAS perlu berani berkorban harta, wang ringgit, masa dan tenaga untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini. Perlu ada keyakinan diri bahawa jihad itu bukan penyebab kematian merupakan factor-faktor yang dapat mendatangkan pertolongan Allah, seperti firmanNya:

 

“ Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu berada di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh “. [ An Nisaa : 78 ]

 

7.                 SELALU BERDOA DAN MEMPERBANYAKKAN ZIKIR

 

Sekiranya kita ingin mencapai kejayaan dan perlukan pertolongan dari Allah, maka kita perlu banyak berzikir dan mengingiti Allah. Jangan jadi macam UMNO yang mereka ingat hanya kedudukan, kuasa dan kekayaan. Ingat Allah ketika berada dalam kesusahan. Allah sahaja yang kita harapkan untuk menghancurkan musuh-musuhNya. Firman Allah :

 

“ Berdoalah kepada Aku nescaya akan Ku perkenankan bagi kamu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu, mereka akan dimasukkan ke neraka jahanam dalam kehinaan “. [ Al Mukmin : 60 ]

 

8.                 TAAT KEPADA ALLAH DAN RASULNYA

 

Semua yang menyokong PAS perlu memperhambakan diri kepada Allah dan megikuti segala sunnah Nabi, baharulah datang pertolongan dari Allah bagi kita untuk mengalahkan UMNO dalam pilihan raya nanti.

 

UMNO kebanyakan pemimpinnya mengabaikan soal ini. Mereka boleh mengabaikan sholat 5 waktu. Dalam aktiviti tidak dimasukkan acara untuk mengingati Allah, selain membaca doa untuk membuka majlis. Selepas itu acara mungkar akan dilakukan.

 

Firman Allah, “ Dan barang siapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepadaNya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan “. [ An Nur : 52 ]

 

9.                 BERSATU

 

Para pejuang PAS perlu bersatu dan dilarang berselisih atau berpecahbelah. Selain itu wajib berpedomankan hanya kepada Allah dan RasulNya.

 

Firman Allah, “ ……..dan janganlah kamu berbantah-bantah yang menyebabkan kamu menjadi gemetar dan hilang kekuatan dalam menghadapi musuh “ [ Al Anfal : 46 ]

“ Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali Allah [agama] dan jangan kamu bercerai berai “. [ Ali Imran : 103.

 

10.             BERSABAR

 

Setiap menghadapi permasalahan, termasuk persoalan menghadapi musuh [ UMNO ], umat Islam dituntut untuk bersikap sabar. Sabar itu tiga jenis. Pertama, sabar terhadap ketaatan kepada Allah. Kedua, sabar terhadap larang-larangan Allah dan ketiga, terhadap ketentuan dari Allah, sekalipun hal itu tersangat memilukan. Allah berfirman :

 

“ Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetapkanlah bersiap siaga dan bertawakallah kepada Allah supaya kamu memperolehi keuntungan “. [ Ali Imran : 200 ]

 

11.             IKHLAS KERANA ALLAH

 

Semua penyokong PAS hendaklah ikhlas dalam perjuangan bukan kerana wang dan harta benda seperti yang diamalkan oleh UMNO. Firman Allah :

 

“ Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Allah, maka Kami benar-benar akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar berserta dengan orang-orang yang berbuat baik.

 

 

12.             TAAT KEPADA PEMIMPIN

 

Penyokong PAS wajib memberi ketaatan kepada pemimpin yang amal makrof nahi mungkar. Taat mengikuti apa yang diarahkan dan menjalankan strategi yang telah diatur untuk mencapai kemenangan. Firman Allah :

 

“ Sesunggunya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu “ . [ Al Hujurat : 13 ].

 

PENUTUP

 

Saya amat pasti sekiranya semua penyokong, ahli dan pemimpin-pemimpin PAS mengamalkan apa yang saya bincangkan di atas, pasti kita dapat tumbangkan UMNO dalam pilihan raya nanti.

 

UMNO memiliki semua kekuatan. Media yang akan digunakan 24 jam berkempen memburukkan PAS dan imej pemimpinnya, menyiarkan iklan-iklan dalam akhbar-akhbar dan TV yang tidak bermoral dan tidak beretika dalam menghentam PAS, kewangan yang mewah untuk merasuahkan pengundi-pengundi dan membeli pemimpin yang tiada ada maruah diri, jentera-jentera kerajaan seperti pasokan polis, SPR, kakitangan awam, kenderaan-kenderaan milik agensi kerajaan, bangunan-bangunan, sekolah-sekolah, balai-balai raya akan digunakan membantu UMNO untuk memenangi pilihan raya dan kembali berkuasa semula. Tiada pada UMNO ialah taat pada Allah SWT dan RasulNya. Ini yang ada pada PAS. Gunakanlah. Kita tidak boleh bersaing dengan kekuatan UMNO yang ia miliki.

 

 

MANIFESTO UNTUK PILIHAN RAYA KE 11

 

 

Pilihan raya ke 11 amat dekat dengan kita. Suasana politik yang dikuasai oleh UMNO amat panas. UMNO siang malam 24 jam memainkan perananannya melalui media massa[ dan dibantu oleh agensi-agensi kerajaan seperti pasokan polis, SPR, BPR dan System Kehakiman ] mencucuk jarum propagandanya ke dalam pemikiran rakyat bahawasanya, “ UMNO/BN sahaja yang boleh memerintah Malaysia. Boleh memberi keamanan kepada rakyat. Boleh membawa pembangunan dan kebahagian kepada rakyat.UMNO boleh memberi segala-segalanya yang ada di dunia ini. Parti lain, selain dariUMNO/BN akan membawa kehancuran kepada Negara dan kehidupan rakyat menjadi melarat dan merempat mengharap bantuan asing yang akhirnya membawa Negara ke arah kekacauan dan akan menwujudkan ketidakstabilan politik dan ekonomi”.

 

UMNO telah menggunakan pasokan polis untuk menyekat kemaraan PAS khususnya bagi menghalang rakyat mendapat pandangan kedua dan maklumat mengenai kejahatan UMNO dalam memerintah Malaysia selama 46 tahun. Contohnya, PAS Perhubunganan Negeri Kedah telah mengadakan satu carnival bertemapat di Batu 6, Tandop, Kota Sarang Semut, Kedah mulai 4 hingga 9 Febuari 2004. Sebelah siangnya diadakan pelbagai aktiviti dan sebelah malamnya sepertimana biasa diadakan ceramah. Sambutan orang ramai amat mengalakkan. Pihak polis telah melakukan pelbagai tekanan untuk menghalang orang ramai menghadiri karnival tersebut.

 

Pada malam terakhir, 9 Febauari 2004, satu ceramah perdana diadakan di antara tetamu utama yang menyampaikan ucapan ialah YAB Dato’ Seri Tuan Guru  Haji Abdul Haji Awang, Presiden PAS dan MB Terangganu. Polis telah memulakan gerakkannya dengan melakukan sekatan jalan raya dari semua arah menuju ke tempat ceramah tersebut. Pada malam itu, pihak polis benar-benar melakukan provokasi bagi menghalang program itu berlangsung. Saya dengan beberapa teman terpaksa meredah sawah bendang [ nasib baik sekarang Kedah mengalami musim kemarau, jadi sawah bendang kering kontang ] dan sampai ke tempat ceramah pukul 11.15 malam. Pada malam itu kami tidak dapat mengikuti sepenuhnya ucapan-ucapan yang disampaikan oleh penceramah-pneceramah terdahulu dari Haji Hadi. Dianggarkan lebih 50,000 orang berkumpul untuk mengikuti ceramah tersebut, walaupun ada angkara dari pasokan polis. Begitulah amalan demokrasi di Malaysia, yang mana jika ada majlis yang sama yang dianjurkan oleh UMNO pasokan polis akan memberi segala kerjasama dan sokongan hatta diadakan di kawasan sekolah seperti yang berlaku di SMK Pendang baru-baru ini.

 

Berdasarkan kepada scenario yang kami hadapi itu, maka terfikir di fikiran adalah amat baik PAS dan Keadilan [ walaupun Keadilan sekarang ini menghadapi masalah pemimpin-pemimpim mudanya dibeli oleh UMNO ] memasukkan agenda yang akan dilakukan oleh mereka apabila berkuasa kelak dalam manifesto. Banyak pandangan yang telah diberikan oleh ramai penulis dalam ruangan ini untuk melakarkan satu manifesto bagi digunakan dalam kempen pilihan raya ke 11 nanti yang boleh diterima baik oleh semua rakyat di Negara ini.

 

Manifesto ialah satu kenyataan atau hasrat yang ditawarkan kepada rakyat yang mengandungi unsur-unsur perjanjian yang mana apabila rakyat memilih orang, pertubuhan atau organisasi yang membuat kenyataan atau hasrat tersebut, maka menjadi satu kewajiban pada orang, pertubuhan atau organisasi itu menunaikan perjanjian tersebut.

 

Melalui ruangan ini, saya ingin mencadangkan beberapa perkara yang patut disentuh oleh PAS dan Keadilan  untuk merangka manifesto tersebut, yang perkara ini belum disentuh lagi oleh mana-mana penulis. Sebagaimana semua kita sedia maklum bahawa  asas pemerintahan demokrasi dalam sesebuah Negara dimainkan oleh 3 badan utama, iaitu pertama, Badan Perundangan [ Parlimen ], kedua, Badan Eksekutif dan ketiga, Badan Kehakiman.

 

Ketika-tiga badan ini berfungsi seperti yang ditetapkan oleh undang-undang [ Perlembagaan Malaysia ]. Dalam menjalankan peranan masing-masing, badan-badan ini tidak boleh sama sekali mencampuri bidang kuasa yang dimiliki oleh badan lain. Contohnya, Badan Eksekutif tidak boleh mencampori hal ehwal Badan Kehakiman yang fungsinya untuk menyemak perlaksanaan sesuatu undang-undang itu adakah ia mematuhi peraturan seperti yang ditetapkan oleh Parlimen. Dalam erti kata lain pihak Eksekutif tidak boleh menentukan hukuman ke atas seseorang sebelum mahkamah membicarakan orang itu mengikut proses undang-undang yang adil dan benar.

 

Kita amat malang menjadi rakyat Malaysia, yang mana semua badan-badan ini tunduk dan sujud dengan kehendak pihak Eksekutif sehinggakan system pemerintahan menjadi kacau bilau dan cerca merba. Keadilan dan kebenaran tidak dapat ditunjulkan. Misalnya, kes Jackie Chan, seorang ketua gangster yang terlibat dengan pelbagai kegiatan jenayah tidak pernah dibicarakan dan dikuarintinkan satu tahun di Simpang Renggam, Johor di bawah Akta Darurat 1960 dan kini dibebaskan dengan mendapat pengampunan dari Yang DiPertuan Agong.

 

Bandingkan pula kes yang menimpa bekas MP Kota Melaka Lim Guan Eng, anak Lim Kiat Siang{ Pengerusi DAP ]. Beliau didakwa di bawah Akta Hasutan dan dipenjarakan selama 19 bulan. Semua proses undang-undang dilaluinya termasuk mendapatkan tandatanagan seramai 300,000 untuk menyokong beliau mendapat pengampunan dari Yang DiPertuan Agong, tetapi semuanya gagal. Beliau terpaksa menjalani hukuman penjara dan hilang semua haknya sebagai wakil rakyat.

 

Oleh itu, saya mencadangkan :

 

Pertama, PAS dan Keadilan perlu menyatakan hasrat untuk memperbaiki system Badan Perundangan  iaitu Parlimen supaya ia benar-benar menjadi tempat percambahan fikirkan bagi mengubal pelbagai undang-undang dan dasar-dasar Negara demi kepentingan rakyat. Bukan seperti sekarang, Parlimen kelihatan sebagai sebuah badan “ rubber stamp “ untuk mengekalkan kuasa UMNO/BN.

 

Kedua, PAS dan Keadilan perlu menyatakan secara jelas kepada rakyat hasrat untuk memperbaiki system Kehakiman kita yang kelihatan terlalu dikongkong oleh kuasa politik UMNO/BN. PAS dan Keadilan perlu nyatakan kepada rakyat bahawa Badan Kehakiman akan dibebaskan dari belenggu kuasa politik apabila rakyat memberi kuasa memerintah kelak.

 

Perlantikan Ketua Hakim Negara dan Hakim-hakim bukan ditentukan oleh Perdana Menteri, sebaliknya ditentukan dan disahkan oleh Parlimen sebelum ianya diangkat untuk mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong. Disini mesti diadakan satu “ public inquiries “ untuk menilai kelayakan Ketua Hakim dan Hakim-hakim yang akan dilantik itu benar-benar layak dan mencerminkan keadilan dapat ditegakkan. Kita tidak mahu system yang kita amalkan sekarang ini digunapakai lagi kerana perlantikan tersebut mencemarkan system keadilan yang ada. Mereka bertanggungjawab kepada Parlimen bukan kepada Perdana Menteri.

 

Begitu juga dengan perlantikan Peguam Negara, ia mesti melalui proses “ public inquiries “ juga. Kita tidak mahu seseorang pegawai undang-undang yang penuh kontroversiti dilantik ke jawatan itu kerana dengan kuasa budi bicara yang ada padanya disalahguna untuk menjaga kepentingan kuasa orang-orang tertentu. Ia bertanggungjawab kepada parlimen bukan kepada Perdana Menteri.

 

Ketiga, Badan Eksekutif hendaklah dibebaskan dari kongkongan kepentingan politik sempit yang mementingkan kuasa. Biarkan badan ini bergerak bebas.

 

Keempat, PAS dan Keadilan perlu menyatakan hasrat untuk membebaskan Pasokan Polis dari diperkudakan mana-mana pihak untuk kepentingan masing-masing. Pasokan Polis hendaklah dikembalikan ke tugas asal iaitu menjaga keamanan rakyat dan menguatkuasaan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen. Ini kerana kadar jenayah semakin meningkat disebabkan pasokan polis tersasar dari menjalankan tugas sebenar asyik untuk menjaga kepentingan UMNO/BN.

 

Kelima, peranan SPR mesti ditunjukkan ia benar-benar bebas dan bertanggungjawab terhadap Parlimen bukan kepada Perdana Menteri. SPR mesti diberi kuasa untuk membuat pemantauan setiap kali pilihan raya diadakan. Sesiapa yang melanggar peraturan kesalahan pilihan raya mesti diambil tindakan tanpa mengira sesiapa. Perjalanan SPR sekarang ini terganggu kerana ia terletak di bawah pengaruh Perdana Menteri.

 

Keenam dan terakhir, BPR mesti diletakkan di bawah Parlimen bukan di bawah JPM. BPR mesti diberi kebebasan untuk menjalankan penyiasatan dan  pendakwaan terhadap mana-mana orang yang disyaki terlibat dengan rasuah bukan melalui Jabatan Peguam Negara seperti yang diamalkan sekarang yang akan merujuk pula kepada Perdana Menteri. Perdana Menteri tiada kuasa untuk menggangu kerja-kerja BPR.

 

Saya amat berharap PAS dan Keadilan memberi prihatin terhadap cadangan saya ini. Kita semua mengharapkan sebuah kerajaan yang baik untuk menguruskan Negara  ini untuk kepentingan rakyat keseluruhannya bukan untuk kepentingan diri yang boleh menjerumuskan Negara kea rah kehancuran dalam jangka masa panjang.

 

 

PERUTUSAN PILIHANRAYA KE 11

 

Sesunggguhnya mereka adalah pemuda yang beriman kepada tuhan mereka dan kami tambahkan kepada mereka petunjuk . Al Kahfi Ayat : 13

 

Pertarungan semakin sengit , badai perjuangan kian meruncing dan halangan bertambah getir , namun kemenangan mesti dicapai . Justeru itu wahai pemuda sekelian , bayarlah harga kemenangan tersebut meskipun terpaksa mengorbankan tenaga , harta dan nyawa .

 

Pemuda : Perjuangan & Pengorbanan .

 

Perjuangan dan pengorbanan menjadi dua aset penting Menuju Kemenangan bagi Memimpin Malaysia Baru .

 

Menyedari reality ini , tidak seorang pun pemuda boleh membebaskan diri dari amanah perjuangan dan kewajipan berkorban . Tambahan pula detik pilihanraya umum kali ke 11 ini ternyata semakin hampir dan debarannya kian terasa . Sesaat kita lengah , bermakna jalan kemenangan masih diselubungi kabus .

 

Janganlah kita berasa cukup dengan apa yang telah kita lakukan untuk perjuangan ini , sebaliknya tanggungjawab perjuangan ini mestilah ditunaikan tanpa mengira dan menghitung nilai .

 

Bangkitlah wahai pemuda ! dari lesu mu yang panjang , lena mu yang nyenyak dan leka mu yang mengasyikan . Bukankah semboyan perjuangan telah dibunyikan , gendang jihad telah dipalu dan arahan pimpinan telah diwartakan ? lantas itu tunggu apa lagi ?

 

Baiah mu untuk perjuangan ini masih terngiang – ngiang ditelinga ummah , sumpah janji mu untuk hidup dan mati bersama perjuangan ini masih ada saksinya , sejarah permulaan mu dalam perjuangan ini masih segar dalam lipatan diary jamaah , maka fikirkanlah wahai pemuda ku , apakah masih terlintas di benak pemikiran mu untuk lengah dan berundur di lewat perjuangan ini ? di saat jamaah dan ummah ternyata memerlukan sentuhan mu yang berbisa , demi menggarap kemenangan .

 

Pemuda : Halangan & rintangan

 

Apa lagi yang menghalang perjalanan ini ? kesempitan hidup ? , tekanan keluarga ? , bebanan kerja ? , amaran majikan ? , kezaliman UMNO ? atau nafsu sendiri ?

 

Wahai Pemuda ! Biarlah segala persoalan itu menerjah dengan realitinya yang tidak dapat dinafikan, namun apa yang pasti kita TIDAK boleh tewas dalam waktu yang begini .

 

Kumpulkan seluruh kesedaran aqal mu , berasaskan sejumlah ilmu dan teori yang telah ditimba se zaman penglibatan mu bersama jamaah PAS ini .

 

Kumpulkan seluruh kekuatan jiwa mu , berasaskan penghayatan terhadap skima tarbiyyah yang telah dilalui bersama tamrin , liqa’ fikri , usrah dan mukhayyam parti  

Kumpulkan seluruh keyakinan aqidah mu , berasaskan prinsip perjuangan dan kejituan intima’ yang telah dimaterikan pada hari pertama mendaftar diri sebagai anggota parti .

 

Wahai Pemuda ku ! dengan seluruh kesedaran , kekuatan dan keyakinan mu itu , hadapilah reality perjuangan ini . jangan mengeluh lagi ! jangan merungut lagi ! Mara lah dengan mantap dan tabah mengharungi halangan dan rintangan Menuju Kemenangan untuk Memimpin Malaysia Baru .

 

Pemuda : Harapan & Kemenangan

 

Setiap individu pemuda mestilah optimistic , kerana perjuangan yang didokong ini tabiatnya jauh dan sukar serta dipenuhi pula ranjau seperti dipenjara , dibuang daerah dan dibunuh . Tanpa sikap yang optimis dalam mengenderai perjuangan ini , harapan perjuangan menjadi pudar dan kemenangan terus tenggelam di ufuk jauh .

Wahai pemuda ku ! Tidakkah perjuangan suci lagi murni ini dibentuk landasannya oleh Baginda Rasul saw. dengan harapan tinggi menggunung agar Syariat Allah dapat di daulatkan dan Negara Islam dapat ditegakkan . ?

 

Tidakkah perjuangan semulia ini diledakkan oleh Baginda Rasul saw. dengan gerak kerja gigih bagi menjulang kemenangan Islam ke arah membentuk Khilafah Islamiyyah di muka bumi Allah ?

 

Jika jawapannya adalah YA ! maka saya sangat yakin , setiap individu yang menerima perutusan ini , tahu apakah tindakan yang sewajibnya dilakukan .

 

Akhirnya , buanglah kebesaran makhluk yang menghuni hati kita ini dan gantikanlah dengan kebesaran Ilahi yang mencipta sekelian Alam . Sementara tarikh pilihanraya umum ke 11 hanya menanti hari yang kian hampir , bertindaklah sepantas mungkin dengan menggunakan seluruh daya dan upaya serta mengambil sepenuhnya ruang dan peluang yang ada .

 

Ingat , jangan sampai ada pemuda kita diam bersahaja tanpa tugas dan aktiviti yang perlu dilakukan untuk meraih kemenangan dalam pilihanraya kelak .

Selamat berjuang .

 



 

Umno dirosakkan pemimpin sendiri - Ibrahim Ali


Setiap kali menjelang pilihan raya umum Umno tidak serik untuk mendakwa yakin dapat merampas Kelantan. Menjelang pilihan raya ke-11 yang bakal diadakan, Umno terus diulik dengan dakwaan seperti itu. Mustapa Mohamed juga sudah menobatkan bakal menjadi calon MB. Namun bagi 'hulubalang' Umno, Ibrahim Ali yang juga bekas Ketua Bahagian Umno Pasir Mas mempunyai pandangan yang berbeza. Terus terang beliau katakan era Umno sekarang cukup berbeza berbanding era pimpinan di bawah Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah. Ikuti luahan rasanya.

Apakah Dato' boleh menerima hakikat digugurkan tanpa sebab sebagai Ketua Penaja Umno Bahagian Pasir Mas?
 

Saya simpulkan pemecatan saya dilakukan kerana wujud konpirasi jahat di kalangan pemimpin Umno. Saya yakin mereka cemburu dengan populariti saya. Cemburu dengan kerja buat saya yang berjaya.

Pihak Kuala Lumpur juga cemburu kerana mungkin melihat wajah saya sama dengan Tengku Razaleigh Hamzah. Mana asasnya kalau tidak dengki, cemburu dan jahat terhadap saya.
 

Di Pasir Mas mereka lantik timbalan saya. Dato' Rahim Abdul Rahman kata dia tidak tahu. Dia hanya dipaksa menerima jawatan itu. Saya anggap dia bohong dan dusta. Saya ingat dia sudah lama minat jawatan tersebut. Dulu pun dia hendak lawan saya. Tetapi dia tidak upaya. Sudah hendak letak jawatan, tetapi saya dan rakan-rakan pujuk. Kita Bantu dia kekal sebagai timbalan ketua bahagian.
 

Di Kuala Krai digugurkan Dato' Wan Zaid Wan Abdullah dan digantikan dengan Dato' Ramzi Abdul Rahman dengan mengenepikan prinsip demokrasi. Sedangkan Ramzi adalah orang Tumpat. Tidakkah tiada orang lain di Kuala Krai boleh menjadi ketua. Apa keistimewaannya. Biarpun sebagai Setiausaha Politik kepada Pak Lah, itu bukan asasnya, mesti ada 'special case and special reason'.

 Seseorang itu menjadi calon payung terjun seperti Dato' Mustapa Mohamed sebelum ini. Dia dibawa ke Jeli kononnya sebagai tokoh ekonomi. Diberi jawatan penting. Orang lain kena merangkak daripada bawah. Saya merangkak dari ketua cawangan ke bahagian, pemuda dan sampai di tempat yang saya duduk sebelum ini. Mereka dibawa dengan helikopter menjadi pemimpin.
 

Di Bachok timbalan ketua penaja didakwa oleh bekas Ketua Bahagian, Dato' Ahmad Shahibuddin Mohd Nor pernah mensabotajnya pada pilihan raya 1999. Apa perasaan Shahibuddin. Kita bolehlah bercakap supaya sabarlah.. bercakap kerana tidak kena di atas batang hidung sendiri.
 

Di Kubang Kerian lagi aneh tetapi benar. Tuan Hashim Tuan Yaakub digugur dan digantikan dengan Dato' Ahmad Rosli Ibrahim. Ahmad Rosli dulu timbalan dan pernah menjadi Setiausaha Badan Perhubungan menggantikan Shahibuddin. Kemudian timbul kekecohan ketua-ketua bahagian membuat protes.
 

Mereka melahirkan rasa tidak puas hati terhadap pembahagian projek. Mereka mendakwa peranan Rosli pada waktu itu melampau-lampau. Macam-macam dakwaan lain. Maka selepas itu Rosli digugurkan dan digantikan dengan Tuan Hashim sebagai Setiausaha Badan Perhubungan. Tetapi bila ada persempadanan baru, Tuan Hashim pula digugur dan digantikan dengan Rosli. Bukankah ini kontradik. Satu perkara yang melucukan.
 

Selepas saya digugurkan Mustapa membuat kenyataan kononnya Umno Kelantan semakin mantap, rakyat semakin sokong Umno. Sedangkan sebenarnya ia adalah hipoktrik. Mustapa menipu dirinya sendiri dan pucuk pimpinan. Yang merosakkan Umno adalah pemimpin Umno Kelantan sendiri.
 

Jadi Umno Kelantan tidak mengenang budi apa yang Dato' lakukan selama ini?
 

Pada mereka tidak ada budi, yang ada hanya dengki. Dengki, hasad dengki dan cemburu itu yang ada pada mereka. Pada mereka tidak ada konsep budi. Pada rakyat pun begitu, kalau tidak sokong sikit mereka sudah didera.
 

Ke mana haluan Dato' selepas ini?
 

Soal haluan saya pada masa depan bergantung kepada rakyat. Saya orang perjuangan dan ikut arus kebangkitan rakyat. Saya masih lagi membuat tinjauan dan analisis pandangan rakyat terhadap diri saya. Dan saya sedang memikir ke mana hala seterusnya. Tetapi yang nyata, saya tidak akan bersara dalam politik kerana ia adalah darah daging saya. Saya berjuang sejak dari bangku sekolah kemudian menjadi pemimpin pelajar dan pernah merengkok dalam ISA sebanyak dua kali (1974 dan 1987). Saya akan terus berjuang bersama rakyat. Saya akan terus memberi sumbangan kepada rakyat melalui Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) yang begitu dicemburui pemimpin Umno Kelantan sekarang.
 

Mungkinkah Dato' ada masalah peribadi dengan Dato' Pa atau Dato' Zaid?
 

Tidak ada. Saya tidak pinjam duit mereka sesen pun. Mungkin mereka yang ada masalah dengan saya. Mereka cemburu dengan kejayaan saya menganjurkan program yang besar-besar. Saya tidak ada masalah dengan mereka. Ketika saya mahu menganjurkan sesuatu program MTRK saya sebut dahulu dalam mesyuarat perhubungan Umno, dan mereka kata sokong, tetapi di belakang mereka tentang. Saya tidak faham dengan jenis manusia macam ini. Sorry for them. Seseorang pemimpin yang berwibawa dia tidak akan merasa takut terancam. Apa lagi takut kepada bayang-bayang sendiri. Kita sudah menjadi ketua, apa lagi yang hendak ditakutkan. Orang yang duduk atas tapi takut kepada orang bawah, to me ialah takut kepada bayang-bayang. Saya tidak tahu lah, mungkin mereka tidak hendak menang kot.
 

Kita lihat perubahan Badan Perhubungan Umno Kelantan berlaku berkali-kali dalam setahun. Jawatan Setiausaha, Ketua Penerangan dan Bendahari sering bertukar ganti. Dato' Pa kata usaha itu untuk memantapkan Umno Kelantan. Apa pandangan Dato'?
 

Dia seorang sahaja yang mantap. Dia mendapat layanan istimewa maka dia mantaplah. Memang sudah banyak berlaku perubahan di Kelantan semasa Dato' Pa menjadi ketua. Timbalan, setiausaha, ketua penerangan, bendahari sudah acap kali berubah. Biarlah rakyat sendiri yang menilainya. Saya hendak tengok sejauh mana mantap, tetapi saya lihat terurai di sini, terurai di sana. Ikhlas saya cakap. I very direct sebab itu ada orang yang tidak tahan dengan saya dari dulu lagi, so some people cannot thinking. Bila ada orang tegur sikit, melenting lebih daripada wau layang-layang. Orang kata he is the hypocrite the higher digree. Saya sendiri cuba mengelak daripada tanggapan itu.
 

Sebelum ini Dato' berpengalaman berada di tiga era kepemimpinan Umno Kelantan iaitu Tun Dr Mahathir, Ku Li dan Dato' Pa. Sejauh mana Dato' lihat kemampuan mereka?
 

Memang era Tun Dr Mahathir dan Ku Li cukup berbeza dengan zaman Dato' Pa sekarang. Dr Mahathir dan Ku Li begitu banyak pengalaman. Kemudian datang Dato' Pa orang kata tidak boleh hendak atuk (banding). Tidak usah saya cakap buat malu sahaja.
 

Kita lihat sekarang, Umno Kelantan sibuk menganjurkan program 'Selamat Tinggal PAS di sana sini. Dato' juga mempunyai pengalaman mengenainya sebelum ini. Sejauh mana realiti yang Dato' lihat sekarang?
 

Saya mengaku pernah menganjurkan program serupa sebelum ini. Orang PAS masuk Umno. Dulu-dulu saya pernah buat kalau ada 50 orang PAS masuk Umno maka kita tambah menjadi 70 orang. Tetapi cara yang melampau-lampau sekarang tidak pernah saya lakukan. Dua tiga tahun kebelakangan ini, kalau ada 20 orang PAS masuk Umno saya sebut betul. Saya berpendapat tidak guna kita menipu dan membohongi rakyat untuk mendapat perhatian pimpinan atasan. Orang kampung akan bercakap keesokan harinya, penipu Umno ini. Orang masuk Umno tiga orang, dia kata 40. Ini taktik yang tiada kredibiliti. Saya sudah ubah strategi itu. Saya hendak beritahu Dato' Pa usah duduk ghairah sangat dengan program Selamat Tinggal PAS kerana rakyat tinggal Umno secara senyap-senyap lebih ramai. Saya rasa itu lebih menakutkan. Saya takut rakyat ucap Selamat Tinggal Umno kerana Dato' Pa dan Zaid secara senyap-senyap. Bila buat program kelihatan ramai orang hadir, semasa mengundi ramai juga pergi ke pondok panas, tetapi bila buka peti undi Umno tetap kalah.
 

Semasa Dato' masih lagi menjadi ahli perhubungan Umno dan ketua Umno bahagian Pasir Mas, Zaid Ibrahim membawa kes hudud ke mahkamah. Apa reaksi Dato' ketika itu?
 

Saya pernah bangkitkan semasa mesyuarat di Badan Perhubungan Umno Kelantan mengenai isu tersebut. Saya mempersoalkan tindakan Zaid membawa kes tersebut ke mahkamah. Saya mengatakan pendirian saya sebagai seorang Islam, selama ini kita persoalkan mengapa kita tolak hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS. Kita mengatakan kita bukan anti hudud. Bukan kita tidak mahu kepada hudud, cuma kita berpendapat masanya belum sampai dan usaha-usaha lain ke arah hudud perlu dibuat terlebih dahulu. Itulah pendirian kita. Dan bila kerajaan Terengganu telah lulus hukum hudud, maka Zaid membawa ke mahkamah untuk menguji undang-undang tersebut boleh terpakai atau tidak, sebab ada pihak yang mengatakan apabila undang-undang negeri bertentangan dengan perlembagaan dengan sendirinya ia akan terbatal. Sepatutnya biarkan rakyat sendiri yang mengujinya, bila hukum tersebut dikuatkuasakan. Mengapa kita atas nama Badan Perhubungan Umno atau peribadi sekalipun hendak membawa hukum ini ke mahkamah. Nanti orang kata ini keputusan kita bersama. Saya tidak mahu bertanggungjawab dan saya telah declare saya tidak bersetuju. Ini hukum Allah. Cuma dalam konteks politik bila hendak dilaksanakan itu soal lain. Kita boleh berdebat di luar. Tetapi apabila bawa ke mahkamah ia adalah berbeza dengan tindakan politik. Saya tidak hendak turut terlibat. Masyarakat akan memperlihatkan seolah-olah kita anti Islam. Dan dengan ini rakyat akan tolak Umno. Saya minta kes tersebut ditarik balik, tetapi sampai sekarang ia senyap. Pada saya itu satu tindakan yang boleh merugikan Umno.
 

Apakah Dato' lihat kemasukan beberapa tokoh baru seperti Zaid, Awang Adek dan Alwi mampu untuk membantu Mustapa merampas Kelantan dari tangan PAS?
 

Saya lihat masing-masing hendak menang diri sendiri. Misalnya Alwi dia pun pernah bertanding pada pilihan raya 1999 di Ketereh, dia pun kalah. Awang Adek dia pertama kali hendak bertanding. Macam pengantinlah yang baru hendak bersanding. Dia kelihatan seronok tetapi dia tidak mempunyai pengalaman dengan politik orang Kelantan. Sikit lagi dia akan belajarlah.
 

Sebelum ini, semasa pertama kali Dato' balik ke Kelantan selepas dipecat, Dato' berucap mengenangkan bebanan perjuangan Dato' Seri Anwar Ibrahim lebih hebat kerana dia dikurung di jeriji besi di Sungai Buluh. Apa sentimental sehingga Dato' boleh mengimbau peristiwa macam itu?
 

Saya hendak beritahu kadang-kadang dalam perjuangan kita mesti bersedia menghadapi segala rintangan, dugaan dan cabaran. Jadi kita lihat pemimpin sebelum ini menghadapi banyak cabaran dan ujian. Pemimpin-pemimpin macam ini, suatu hari nanti mereka akan menjadi orang ternama. Sejarah telah membuktikan banyak kelahiran tokoh seperti ini. Misalnya Nelson Mandela terpaksa merengkok dalam penjara selama 25 tahun. Begitu juga dengan Anwar Ibrahim sekarang dan saya juga pernah dua kali dikenakan tahanan di bawah ISA. Saya sebut supaya rakyat mempunyai keyakinan diri terhadap perjuangan. Saya mahu mereka ada harga diri. Sedangkan kebanyakan orang berjuang tidak mahu susah. Dalam perjuangan sebenarnya ada waktu kita perlu berkorban. Kalau kita ada sikap seumpama itu Allah akan memberi kerahmatan kepada perjuangan kita untuk kesenangan hidup di dunia dan akhirat. Kita hendaklah lakukan dengan betul-betul ikhlas dan berjuang kerana Allah Taala bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

 

  

 

 

 

 

 

 

 

SIFAT DAN CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK

Nifaq adalah penyakit yang berbahaya dan merupkan dosa besar, karena ia menampakkan diri sebagai seorang muslim, sementara batinnya ia kafir. Nifaq lebih berbahaya daripada kufur dan siksaannya lebih pedih. Allah swt menempatkan orang-orang munafik pada neraka yang paling bawah, sebagaimana firman Allah :

"Sesungguhnya orang - orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan neraka paling bawah dan kamu sekali- kali tidak akan mendapat seorangpun penolong bagi mereka" ( QS.An Nisa : 145 )

Orang munafik akan selalu berada dalam keadaan bingung dan hati yang resah untuk melakukan tipu daya dan dusta, secara lahir mereka ada bersama orang-orang yang mukmin akan tetapi hati mereka bersama orang orang kafir.Firman Allah s.w.t.:

"Mereka selalu ada dalam keraguan, sebab mereka tidak masuk pada golongan orang mukmin dan tidak pula golongan mereka ( orang kafir). Barang siapa yang disesatkan Allah maka kamu sekali-kali tidak akan mendapat jalan untuk memberi petunjuk baginya".( An - Nisa:143).

Orang-orang munafik adalah mereka yang paling menentang penegakan syari'at Allah swt, walaupun mereka mengaku sebagai seorang muslim, hal itu sebagaimana yang digambarkan dalam Al quran:

"Apabila dikatakan kepada mereka; marilah kamu ( tunduk ) kepada hukum yang Allah telah turunkan kepada rasu-Nyal" niscaya kamu lihat orang orang munafik menghalangi manusia dengan sekuat kuatnya dari mendekati kamu" (Annisa: 61)

Kita dapat lihat pada hari ini orang-rang yang mengaku Islam mereka beriya-iya bercakap dikhalayak ramai bahawa merekalah yang memajukan Islam, merekalah yang sebenarnya menurut ajaran Al-Quran dan Sunnah tetapi mereka jugalah yang rakus melakukan kemunkaran dengan mengadakan bermacam-macam pesta maksiat, nyanyian dan tarian, pertandingan ratu cantik. Merekalah juga yang membenarkan wujudnya kelab2 judi, disko, kelab2 malam dan berbagai2 kemunkaran yang haram disisi Islam.

Ulamak2 yang jujur menyatakan Islam tidak mereka benarkan bercakap untuk didengar didalam radio dan televisyen dengan alasan bolih menyesatkan umat tetapi meraka benarkan pula rancangan2 yang haram dan keji seperti nyanyian2 dan muzik, perempuan2 menari dengan mendedahkan aurat yang semuanya itu dilaknat olih Allah s.w.t. dan Rasulnya.Tetapi mereka kata rancangan2 sebegini diharuskan olih Islam untuk hiburan. Na’uzubillah min zalik. Kerana itulah munafik itu merupakan kekufuran yang paling keji.

Sepak terjang orang-orang munafik hanya berputar untuk kemaslahatan mereka, jika mereka bertemu dengan orang-orang mukmin mereka menampakkan iman untuk melakukan tipu daya mereka dan mencari muka agar mereka mendapatkan kebaikan dari orang orang mukmin, sebaliknya jika mereka bertemu dengan tokoh-tokoh ( pemimpinnya ) mereka berkata: "kami bersama kamu sekelian dengan apa yang ada pada kalian dalam kemusyrikan dan kekufuran" (Q.S Al Baqarah : 13 - 15 ).

Diantara sifat dan ciri orang munafik adalah:


1. Kufur kepada Allah swt.
2. Mempunyai sifat hasad dan dengki kepada orang mukmin.
3. Memperolo-olokk Allah dan RasulNya serta agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw.
4. Membuat kerusakan dimuka bumi dengan melakukan berbagai-bagai kezaliman. 5. Memiliki sifat pendusta dan manipulasi terhadap orang lain; memerintahkan kemungkaran dan mencegah kebaikan seperti kikir, rakus, tamak dan membuat kerusakan lain dengan cara dan gaya bahasa yang indah sehingga orang lain terpedaya.

Hal ini disebutkan oleh Allah swt. dalam firmanNya


"Dan apabila melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum. Dan jika mereka berkata kamu mendengarkan perkataan mereka. Mereka seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka mengira bahwa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka. Mereka itulah musuh (yang sebenarnya) maka waspadalah terhadap mereka: semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka sampai dipalingkan (dari kebenaran)" (QS. 63:4)

Jika orang orang kafir itu sebagai musuh nyata dari luar, maka sesungguhnya munafik adalah musuh terselubung yang lebih berbahaya, sebab musuh dalam selimut tidak bolih dilihat secara langsung, karena mereka turut bergaul dengan sesama umat islam.

Dalam ayat tersebut diatas, disebutkan bahwa Allah swt akan menempatkan orang orang kafir di neraka jahannam, "Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan mereka (orang-orang kafir dan orang-orang munafik) dineraka Jahannam." (AnNisa:140 ).

Akan tetapi Allah swt menempatkan orang - orang munafik dineraka yang paling bawah, karena amat besarnya bahaya mereka "Sesungguhnya orang - orang munafik itu (ditempatkan ) pada tingkatan neraka yang paling bawah ." ( An Nisa : 145 ).

Dan dikarenakan bahayanya orang-orang kafir dan orang-orang munafik amat besar bagi umat Islam, maka dari itu, Allah memerintahkan Rasul-Nya untuk berjihad melawan mereka, hal ini seperti diterangkan dalam Al quran : " Hai Nabi, perangilah orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan bersikap keraslah kepada mereka! Tempat mereka adalah neraka jahanam dan itulah seburuk - buruk tempat kembali." ( Q.S Attahrim : 9 )

 


BAGAIMANA NASIB PARTI KEADILAN SETERUSNYA?
 

Pada mulanya saya tidak tertarik untuk memberi reaksi terhadap keputusan saudara Lokman Noor Adam menyertai semula UMNO pada 26.1.2004 dan pemecatan beliau dari jawatan Setiausha Pemuda oleh Ketua Pemuda Keadilan, saudara Ezam Mohd. Noor, tetapi setelah terkeluar kenyataan beliau melalui laman web tranungkite.net pada 29.1.2004 yang mendedahkan penyelewengan yang berlaku di dalam Keadilan, maka saya terpanggil untuk memberi sedikit ulasan. [ Lokman tarik balik tuduhan ke atas KeADILan]
 

Berita seperti itu bukan merupakan satu peristiwa yang ajaib dalam politik di Malaysia terutama dalam suasana kita akan menghadapi pilihan raya ke-11 selewet-selewatnya pada bulan April 2004 ini. Berita kemasukan ahli-ahli pembangkang khususnya ahli-ahli PAS ke dalam UMNO secara beramai-ramai telah menjadi budaya propaganda murahan UMNO setiap kali pilihan raya umum diadakan bagi mengambarkan kepada rakyat yang masih berada dalam tempurung, percaya bahawa yang ada kini hanyalah Haji Hadi di Terengganu dan Nik Aziz di Kelantan dan semuanya kembali menyokong UMNO, parti yang paling haprak di dunia demokrasi ini.
 

Penyertaan semula Lokman dalam UMNO adalah merupakan perkara biasa tidak perlu kita memberi perhatian serious, malah, pemimpin utama PAS, Allahyarham Tan Sri Asri Haji Muda yang juga merupakan perintis penubuhan PAS, bekas Presiden PAS, bekas Menteri dan Menteri Besar serta wakil rakyat mewakili PAS yang banyak berjasa terhadap perkembangan politik PAS pun boleh menyertai UMNO semula dan mati dalam UMNO. Beliau menubuhkan parti baru HAMIM dan bertindak menentang PAS. Apa sangat yang ada dengan pemimpin-pemimpin kerdil yang masih muda belia yang tidak tahu pahit maung memperjuangkan idealisme menegakkan kebenaran dan keadilan melalui parti kedua [parti pembangkang] perlu banyak berkorban harta malah nyawa.
 

Oleh itu, penyertaan semula Lokman ke dalam UMNO ini bukan merupakan perkara yang besar. Masing-masing ada kepentingan masing-masing, apabila jiwa dan raga sudah tidak serasi lagi dengan parti yang mereka anggotai. Tambahan pula mereka mendapat tawaran yang amat baik. Tentulah orang yang tidak ada prinsip perjuangan yang kental akan kalah dengan pujukan dan rayuan wang ringgit dan kedudukan, terutama ketika kita bersiap sedia menghadapi pilihan raya ke-11, tentulah ini merupakan masa yang paling sesuai, maka mereka akan menerima tawaran tersebut dan mengorbankan apa yang mereka perjuangkan selama ini. Selepas ini, pasti ada lagi pemimpin-pemimpin Keadilan khususnya di kalangan pemuda akan menyertai semula UMNO mengikut jejak Lokman. Perkara ini bukan hanya berlaku di dalam Keadilan sahaja, malah turut berlaku di dalam PAS dan lain-lain parti pembangkang daripada dulu lagi. Tidak perlu gundah-gulana. Teruskan perjuangan.
 

Apa yang dikesalkan hanyalah beliau mengambil masa yang lama menunggu untuk menyertai semula UMNO. Menempuh pelbagai onak dan duri dalam gerakan Reformasi khususnya dalam parti Keadilan. Tidak seperti Zahid Hamidi, bekas Ketua Pemuda UMNO yang pernah ditahan di bawah ISA selama dua hari dua malam. Selepas dibebaskan, beliau telah memutarkan jarum jam ke belakang dan mula bertindak memburuk-burukkan Anwar Ibrahim dan pergerakan Reformasi demi kelangsungan survival politik dan kekayaan yang beliau miliki bukan atas prinsip perjuangan sejati. Kalau kita buka balik bab Zahid ini, beliaulah sahabat yang paling rapat dengan Anwar dan yang mula-mula sekali membawa isu kroni dan nepotism serta menyalahgunaan kuasa dalam UMNO. Orang macam ini tidak ada satu sen pun nilainya, kecuali layak menjadi pemimpin UMNO [yang tidak mementingkan nilai moral dan akhlak apalagi untuk memperjuangkan prinsip keadilan dan kebenaran, melainkan untuk perut sendiri dan persetankan orang lain ] yang mana rakyat yang memilihnya tunggul kayu, yang tidak boleh berfikir baik-buruknya. Sebaliknya, Lokman bersama-sama dengan pergerakan Reformasi dan menyertai parti Keadilan memperjuangkan ketidak-adilan yang berlaku dalam Negara ini khususnya nasib yang menimpa Anwar Ibrahim.
 

Beliau terpaksa menanggung pelbagai risiko yang amat besar, naik turun mahkamah, dihambat dan dipukul oleh polis yang menjadi barua UMNO dulu, kini dan selama-lamanya bagaikan anjing kurap yang tidak bernilai, dicaci, dimaki hamun, dihina dan ditahan dua tahun dalam tahanan ISA. Pihak polis yang menjadi barua UMNO tidak berjaya membrainwashkan beliau ketika beliau ditahan dan selepas beliau dibebaskan, maka diri beliau telah menjadi terlalu bernilai bagi UMNO. Beliau mengambil kesempatan ini sepenuhnya. Sudah tentu UMNO akan menjadikan beliau senjata penting untuk menentang Keadilan khususnya Ketua Pemudanya, saudara Ezam Mohd. Noor. Serangan peluru berpandunya pertamanya ialah mendedahkan penyelewengan dan salahurus dana parti Keadilan. Kita tunggu banyak lagi penyelewengan- penyelewengan akan didedahkan melalui media massa, akhbar dan TV.
 

Parti Keadilan ditubuhkan berasaskan kepada memperjuangkan kebebasan Anwar yang dizalimi oleh rejim UMNO, di samping faktor untuk memperjuangkan keadilan, penyelewengan dan rasuah yang membiak dalam sistem pemerintahan yang ditunjangi oleh UMNO. Perlakuan rasuah dan menyalahgunaan kuasa ini semakin menjolok mata rakyat, tetapi dengan kuasa yang UMNO miliki, ia berjaya menyembunyikan kebobrokan yang berlaku itu. Inilah peranan yang dimainkan oleh Keadilan, membongkar segala salahlaku yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang haprak ini. Beberapa siri penyelongkaran perlakuan rasuah di kalangan mereka ini telah didedahkan kepada rakyat sehingga Ezam dihukum dua tahun penjara yang didakwa di bawah akta OSA kerana mendedahkan skandal rasuah Rafidah Aziz dan Rahim TC. Hasilnya pada pilihan raya tahun 1999, orang Melayu menolak UMNO.
 

Keadilan dipimpin sebahagian besarnya oleh golongan yang tidak ada pengalaman dalam politik [kecuali Azmin Ali dan Ezam Mohd. Noor] seperti Dr. Chandra Muzaffar [ahli akademik telah keluar daripada Keadilan], golongan ABIM seperti Mohd. Annuar Tahir, Dr. Muhamad Nor Manuty, Dr. Mohd. Nor Nawawi, Dr. Badrul Amin Baharum, Shaari Sungib dan sebagainya, golongan agama seperti Sheikh Azmi, golongan professional seperti doktor, peguam dan akauntan, golongan aktivis seperti Tian Chua dan Hishamudin Rais, Irene Fernandez, golongan NGO dan golongan belia baru tamat pengajian yang mempunyai idealisme berpolitik yang tinggi yang mahukan pentadbiran Negara dilakukan secara telus dan bersih. Rata-rata mereka ini tidak berpengalaman sebagai orang berpolitik termasuklah Presiden parti Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang terpaksa mengambil-alih tugas daripada Anwar secara bidan terjun.
 

Tidak seperti parti SM46, parti ini dipimpin oleh pemimpin-pemimpin politik yang berpengalaman seperti Ku Li, Rais Yatim, Abdullah Ahmad Badawi, Zainal Abidin Zain, Manan Othman, Rahmah Othman, Marina Yusuf, Hajjah Ilani Ishak dan ramai lagi. Mereka ini pernah menjawat pelbagai jawatan politik seperti Menteri, Timbalan Menteri, Menteri Besar dan sebagainya. Berbekalkan pengalaman dan pengaruh yang ada di kalangan rakyat ketika mereka berada dalam UMNO, mereka menentang UMNO dengan merangka pelbagai strategi dan taktik, namun UMNO tetap tidak tergugat. Akhirnya parti SM46 terpaksa dibubarkan dan pemimpin-pemimpinnya terpaksa sujud dan menjilat balik ludah mereka dengan menyertai UMNO semula yang mereka hentam siang malam pagi petang ketika mereka memimpin parti SM46.
 

Menyedari kelemahan ini, khususnya selepas perhimpunan parti di Terengganu pada tahun 2001, berlaku pertembungan di antara dua kumpulan, iaitu kumpulan ABIM dengan kumpulan [style kepimpinan] yang masih bersemangat UMNO yang menyebabkan parti ini mulai berpecah. Golongan ABIM mulai terpinggir dan golongan agama tiada ada peranan langsung semenjak parti ini ditubuhkan. Parti ini mulai dikuasai oleh golongan bekas pemimpin UMNO, aktivis sosial dan NGO. Oleh itu, mulai kedengaran usaha-usaha parti ini untuk bergabung dengan parti PRM. Usaha gabungan ini telah berlaku, tetapi pihak Pendaftar Pertubuhan tidak meluluskannya kerana ada tekanan politik UMNO yang takut dengan bayang-bayangnya sendiri.
 

Pengabungan ini terpaksa dilakukan demi survival parti Keadilan kerana Keadilan tidak mempunyai pemimpin-pemimpin yang kental bagi mengharungi pergolakkan politik Negara. Pemimpin-pemimpin yang berwibawa telah didakwa di mahkamah dan menunggu tindakan undang-undang ke atas mereka tidak berapa lama lagi seperti Azmin dan Ezam [orang penting yang mengerakkan parti]. Oleh itu, mereka terpaksa mencari partner baru yang mempunyai pemimpin yang mempunyai semangat perjuagan yang kental seperti Dr. Hussein Ali [Presiden PRM] dan beberapa pimpinan kanan PRM. Maka, PRM dipilih kerana parti ini mempunyai kewibawaan, di samping PRM mempunyai persamaan dalam misi perjuangannya dengan Keadilan. PRM dan Keadilan adalah parti pelbagai kaum dan memperjuangkan keadilan dalam semua aspek kehidupan rakyat seperti ekonomi, pendidikan, social, budaya dan sebagainya. Mereka bukan parti agama seperti PAS. Walaupun, PRM tidak diterima oleh rakyat khususnya orang Melayu, tetapi ia tetap unggul memperjuangan keadilan untuk semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan perbezaan fahaman politik.
 

Pelbagai usaha dilakukan untuk memusnahkan parti ini. Tindakan undang-undang melalui mahkamah, penahanan pemimpin-pemimpinnya di bawah ISA, pengharaman ceramah, memperguna dan memperkudakan pasukan polis bagi menghalang sebarang aktiviti yang melibatkan parti Keadilan seperti apa yang berlaku di Perak baru-baru ini dalam Kempen Anwar Bebas [GAB], namun usaha-usaha itu tidak menunjukkan hasil yang memuaskan bagi UMNO.
 

Apabila fasa pertama untuk menghancurkan parti ini gagal, maka kini UMNO menggunakan fasa kedua untuk memujuk pemimpin-pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong Keadilan kembali menyokong UMNO pada pilihan raya kali ini. Perkara ini disahkan oleh Anwar sendiri ketika menjawab pertanyaan daripada para wartawan yang mengatakan beliau ada “deal” dengan orang-orang tertentu untuk memujuk beliau kembali ke dalam UMNO, setakat ini beliau masih lagi berpegang kepada prinsip perjuangannya untuk membebaskan rakyat daripada belenggu rejim UMNO yang korup dan memperjuangan nasib rakyat marhaen yang tertindas akibat perlakuan UMNO.
 

Langkah pertama yang diambil oleh Anwar untuk berbaik-baik dengan UMNO ialah menjemput Mahathir menghadiri majlis perkahwinan anak sulungnya, Nurul Ezah yang diadakan pada 10 dan 11 Mei 2003 yang lepas seperti mana yang pernah dilakukan oleh parti SM46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah dulu.

Langkah kedua pula bermula apabila dengan tiba-tiba Mahathir mengarahkan Reformasi 6 dibebaskan dengan serta-merta tanpa syarat, semasa ia hendak bertolak ke Evian bagi menghadiri persidangan G8 mewakili NAM dan IOC. Walaupun, dua minggu sebelum 31 Mei 2003, Pak Lah telah megeluarkan arahan melanjutkan tempoh tahanan Reformasi 6. Ezam, Tian Chua, Shaari Sungib, Hishamudin Rais, Dr.Badrul Amin dan Lokman Adam dibebaskan berperingkat-peringkat mulai 1 hingga 12 Jun 2003 setelah mereka menjalani proses undang-undang. Mereka ini sangat lantang dan amat berani mengkritik kepimpinannya. Mereka mesti dipujuk untuk menyertai UMNO semula.
 

Langkah-langkah pemujukan ini telah dijalankan secara rapi dan tersusun seperti mana pemujukan yang dilakukan terhadap Tengku Razaleigh Hamzah sehingga sanggup menjilat ludah sendiri. Ezam sendiri telah menceritakan bahawa dia telah didatangi wakil khas UMNO memujuk beliau untuk menyertai semula UMNO dan Mohamad Mohd. Taib salah seorang Naib Presiden UMNO telah memberi respons yang amat positif supaya Ezam dan kumpulannya menyertai semula UMNO. Berita ini disahkan dalam satu artikel yang dikeluarkan oleh Raja Petra Kamarudin yang menyebut dan menamakan UMNO sebagai 'gila talak' kerana berusaha keras memujuk pemimpin parti Keadilan menyertainya semula UMNO seperti Raja Komando dan lain-lain lagi.
 

Proses membina semula jambatan ini dimainkan oleh ABIM dengan alasan untuk penyatuan semula orang-orang Melayu yang berpecah yang merugikan bangsa. Beberapa siri perjumpaan telah diatur yang mana Hamdan Taha dan Zahid Mat Aris telah berjumpa dan berbincang dengan Aziz Sheikh Fadzil dan Dr. Zambri Abdul Kadir sebagai wakil Naib Presiden telah bertemu dan berbincang dengan Ezam dan orang-orangnya yang berlangsung di Akademik Pemuda. Malah orang-orang Najib pun sudah datang memujuk Ezam. Proses pemujukan terus berlaku secara serius. Inilah ikhtiar terakhir yang terpaksa diambil oleh parti Keadilan dalam usaha untuk membebaskan Anwar dari penjara, setelah semua jalan telah dilalui, tetapi tetap menemui kebuntuan. Anwar setakat ini masih lagi dengan pendiriannya, maka keputusan Mahkamah Rayuan pada 21.1.2004 yang menolak ikat jaminnya mengesahkan bahawa beliau adalah banduan politik yang mana diberitakan juga keputusan ikat jaminnya ini di bawa ke kabinet oleh Pak Lah untuk mendapat pengesahan dan sokongan.
 

Jika sekiranya perkara ini [berbaik semula dengan UMNO] berlaku ia tetap memberi kesan terhadap perkembangan politik di tanah air kita. Pertama, kesan ke atas UMNO. UMNO akan mendapat suntikan semangat baru, UMNO akan mendakwa dirinya betul dan selama-lamanya betul kerana dua orang penentang kuatnya, iaitu Anwar dan Tengku Razaleigh Hamzah akhirnya kembali kepada UMNO. Ini membuktikan [kata mereka bahawa Mahathir - kini Pak Lah] itu betul, bahawa perjuangan Anwar melalui Keadilan dan Tengku Razaleigh Hamzah melalui SM46 tidak betul. Yang betul adalah Mahathir dan ini akan dipropagandakan setiap waktu dan masa melalui media massa yang mereka miliki sehingga fikiran rakyat terpengaruh bahawa UMNO dan Mahathir itu baik dan berjuang untuk bangsa, agama dan negara. Bukan sebalik itu, segala bentuk kezalimannya terhadap penyokong dan pemimpin pembangkang akan diketepikan dan akan mengalihkan pandangan rakya pula bahawa parti-parti pembangkang terutama PAS lah yang sebenarnya jahat memperalatkan agama untuk politik dan segala kebobrokannya akan disembunyikan dari pengetahuan rakyat. UMNO/BN kelihatan baik dan sesungguhan dia membela agama, bangsa dan negara. Kejahatan dan kezaliman yang dilakukan dapat disembunyikan oleh propaganda media massa.
 

Kesan kepada penyokong-penyokong yang banyak berkorban masa, duit, tenaga dan kena tahan oleh polis serta naik turun tangga mahkamah menjadi sia-sia dan hampa. Dan tepatlah sebagaimana catatan sejarah menunjukkan bahawa semua parti yang ditubuhkan selepas bergaduh dengan parti induk berakhir dengan pembubaran dan mati bersendirian tanpa batu nisan. Kita lihat parti Lepas geram yang ditubuhkan semuanya melalui perselisihan faham sesama anggotanya. Parti lepas geram pertama ditubuhkan iaitu Parti Negara pimpinan Allahyarham Dato' Onn Jaafar hayat parti tidak panjang dan tidak mendapat sambutan dan sokongan rakyat dan akhirnya mati sendiri. Kemuculan parti NasMa pimpinan Raja Nong Chik tidak mendapat sokongan rakyat akhirnya terkubur. Penubuhan parti SM46 pada mulanya mendapat sambutan rakyat sangat mengalakkan dan kuat. Dia bergabung dengan PAS [Perpaduan UMMAH] dan dengan DAP [Gagasan Rakyat], tetapi pada pilihan raya tahun 1990 dengan salah teknik menampilkan Tengku Razaleigh Hamzah dengan mengunakan tengkolok berlambangkan salib, meranapkan impiannya untuk menjadi PM.
 

Saya amat berharap Parti Keadilan jangan turut jadi macam parti SM46. Maruah diri perlu dijaga. Jangan cakap tidak serupa bikin memalukan diri sendiri dan generasi akan datang akan menilai kerja buat kita sekarang ini. Tambah-tambah lagi Anwar telah banyak berkorban. Berkorbankan sehingga ke akhir hayat di kandung badan. Generasi akan datang tetap menghormati saudara. Jangan masuk UMNO semula. Jaga maruah diri dan keluarga, pemimpin-pemimpin BA dan para penyokong yang telah banyak membantu dan berkorban untuk melihat Keadilan wujud di Malaysia ini. kalau tidak, rakyat tidak akan percaya kepada parti-parti lepas geram yang akan ditubuhkan di kemudian hari nanti. Kalau tidak tahan dengan sepak terajang politik ala Malaysia, sila berundur dan jangan terlibat lagi dalam politik lagi. Pencen terus.
 

Jangan jadi seperti Tengku Razaleigh Hamzah dan Rais Yatim yang terpaksa menjual maruah dan harga diri demi kepentingan diri bukan untuk kepentingan ideologi perjuangan seperti yang diperjuangkan dalam Parti SM46 yang mahu membina negara yang adil, makmur dan tidak menyalahguna kuasa untuk kepentingan diri sendiri. Ketika memimpin SM46, apa yang mereka tidak kata pada UMNO dan Mahathir. Semua tercurah di pentas-pentas ceramah mengutuk Mahathir dengan dasar-dasarnya, menghina dan mengeji dan mengumpat dan sebagainya seolah-olah mereka telah berpatah arang dengan UMNO sehinggakan Tengku Razaleigh Hamzah pernah berkata bahawa "kalau adik kakak semua lihat ada seorang yang masih terbongkok-bongkok mengibar bendera SM46, maka orang itulah Tengku Razaleigh Hamzah [komen beliau apabila beliau mendapati semakin ramai pemimpin dan penyokong SM46 menyertai semula UMNO]. Dan Rais Yatim lagi hebat dia berkata bahawa beliau telah bakar jambatan. Tiba-tiba mereka berdua [sebenarnya ramai lagi seperti Zainal Abidin Zin, Tengku Azlan dll] masuk UMNO dengan membawa ahli-ahli SM46 secara en-blok ke dalam UMNO.
 

Di sini saya perturunkan kata-kata Rais Yatim ketika beliau merasmikan Mesyuarat Agung Pemuda dan Wanita SM46 pada 22.10.1995 di Hotel Federal, Johor Baharu:
 

i. Memang diakui, rakyat sudah biasa sangat dengan tindak-tanduk dan muslihat parti memerintah untuk menang dalam pilihan raya. Daripada peraturan berat sebelah, politik wang, pemberian serta habuan, gertak serta amaran sampailah kepada penyalahgunaan harta awam termasuk monopoli media massa - semuanya diketahui umum sebagai perencah hidangan pilihan raya.
 

ii. Kecuali Melayu Kelantan, Melayu pantai barat Semenanjung boleh dikatakan rata-rata menelan makjun yang dijual. Semacam orang Melayu sudah sepakat menerima semua dasar dan perlakuan parti pemerintah sebagai jalan selamat bagi diri, keluarga, masyarakat dan bangsanya.
 

iii. Pengundi Melayu menyerah secara murah identiti dan maruah kepada suatu sistem yang menelan bangsa itu sendiri.
 

iv. Politik ini bukanlah mementingkan orang Melayu tetapi mementingkan orang yang menganggotai UMNO - itu pun mengikut amalan pilih bulu'

v. Pelik, si pembeli membeli juga barang dan makjun yang dijual walaupun tahu ia tidak baik daripada segi kepentingan jangka panjang.
 

v. Unsur pengimbang seperti Raja-raja Melayu sudah hapus daripada kuatkuasa Perlembagaan Malaysia. Kuasa politik disalah-gunakan terhadap Raja-raja Melayu sehingga terhapusnya kedaulatan Raja-raja Melayu itu sendiri.
 

vi. ....masa akan menunujukkan bahawa sesungguhnya perbuatan menumbangkan kedaulatan Raja-raja Melayu itu adalah satu-satunya pengkianatan terhadap bangsa sendiri.
 

Rais Yatim tersilap cakap waktu itu dan atas kesedaran itulah beliau kembali kepada UMNO dan pasti Rais Yatim bukanlah jenis orang yang sanggup menderita ditekan.
 

Di sini juga saya memetik balik kata-kata Tengku Razaleigh Hamzah sebagai satu peringatan kepada pemimpin-pemimpin Keadilan yang berangan-angan untuk kembali semula dalam pelukan UMNO supaya rakyat dan generasi akan datang tidak kencing atas kubur kita, berikut kenyataan yang pernah diluahkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah :
 

i. Sewaktu merasmikan bangunan Ibu pejabat Parti SM46 di Desa Pandan: “Tidak cukup dengan mengenakan pelbagai halangan, ada yang cuba memujuk dan mengugut orang-orang kita supaya menyertai mereka [UMNO]. Kononnya mengajak kita memperbaiki kepincangan itu dari dalam. Kita tolak pujukan itu kerana tidak mungkin kita dapat mencuci kekotoran kalau kita sendiri berada dalam kekotoran itu. Hanya lalat sahaja yang sanggup hidup dalam najis dan kenyang dengan najis di sekelilingnya. Parti SM46 bukanlah parti lalat yang sanggup hidup dalam timbunan najis“.
 

ii. Kritikan Tengku Razaleigh Hamzah terhadap kepimpinan Mahathir [sekarang masih lagi berkuasa dalam percaturan politik UMNO melalui Pak Lah sebagai proksinya],: “Di bidang politik, kita perhatikan kemungkaran-kemungkaran tersebut menjelma dalam gaya kepimpinan yang semakin berbentuk diktatorial dan autokratik yang enggan berunding dan semakin enggan mendengar pendapat dan teguran-teguran yang membina, yang semakin ternoda dengan amalan-amalan pilih kasih yang menyebabkan kerosakan perpaduan……………………….”.
 

iii. Kritikan Tengku Razaleigh Hamzah lagi: “Apalah erti projek-projek besar dan raksasa, sekiranya orang-orang Melayu terpinggir sekadar menjadi penonton melihat dengan putih mata kemewahan dan dinikmati projek-projek seumpama itu diangkut keluar oleh orang-orang asing yang diberikan segala keistimewaan. Dalam keadaan yang mendukacitanya begini, nasib bangsa Melayu tidak berubah seperti kata pepatah, “ibarat memagar kelapa condong, pohonnya tumbuh di kebun orang, buahnya jatuh ke kebun orang. Rakyat luar Bandar [rakyat marhaen] menjadi semakin jauh …………………………..”.
 

Jika diandaikan Tengku Razaleigh Hamzah dan Rais yatim tersilap perhitungan dan pertimbangan sewaktu menentang UMNO, lalu membetulkannya melalui memasuki kembali ke dalam UMNO dan menyeru kepada rakyat supaya menolak PAS dan Keadilan. Saya amat berharap semua pemimpin parti Keadilan daripada pelbagai peringkat kepimpinan, janganlah menurut langkah Ku Li dan Rais Yatim.
 

Apakah relevennya saya masih lagi mengungkit perkara lama yang berlaku di akhir tahun 80-an dan di awal tahun 90-an ini? Ini adalah kerana masalah ini masih lagi berlarutan dan tidak berubah. Penubuhan parti Keadilan adalah penerusan bagi memperjuangkan masalah seumpama ini dapat diperbetulkan dengan kerjasama parti PAS dan pakatan dengan DAP. Sekiranya Keadilan menerima nasib yang sama dengan nasib yang menimpa parti SM46, maka masalah-masalah ini akan berterusan menjahanamkan bangsa Melayu dan masyarakat Malaysia amnya.
 

Kesimpulannya, parti Keadilan kini berada dalam tekanan yang amat sangat dan lemah untuk mengerakkan operasinya kerana kekurangan pemimpin dan mekanisma jentera mengerakkan parti dan gangguan pihak polis yang menjadi tali barut UMNO. Walaupun begitu, janganlah menghancurkan harapan generasi muda untuk melihat negara ini diperintah secara adil, aman, tidak berlaku penyalahgunaan kuasa, demokrasi yang bebas dan sistem yang ada berkecamuk ini kembali kepada paksi yang sebenar. Jangan bubarkan parti dan jangan kembali kepada UMNO. UMNO banyak membuat kerosakan terhadap nilai-nilai masyarakat.
 

Perjuangannya untuk menegakkan keadilan, memerangi rasuah dan menghapuskan menyalahgunaan kuasa pemerintah akan menjadi sesia dan sebagai gimik politik murahan sahaja. Tidak kedengaran lagi slogan 'Lawan Tetap Lawan' yang menjadi perangsang kepada penggerak Reformasi yang mahukan negara ini ditadbir secara adil dan tulus untuk rakyat bukan untuk kepentingan peribadi. Sistem bobrok ini akan berterusan dan rakyat kebanyakan menjadi mangsa dalam pelbagai ruang kehidupan seharian. Dan orang yang kuat menentang sistem bobrok ini telah menjadi sebahagian daripada sistem ini seperti mana yang berlaku ke atas Tengku Razaleigh Hamzah dan Rais Yatim.
 

Untuk masa depan, amat sukar bagi rakyat untuk mempercayai lagi kemunculan parti lepas geram seperti parti SM46 dan Keadilan. Perlu ingat bahawa perebutan jawatan dalam UMNO berlaku setiap dekad, iaitu 10 tahun sekali akan berlaku. Peristewa Aziz Ishak V Tengku Abdul Rahman Putra, Sulaiman Palastin V Hussein Onn, Ku Li V Musa, Ku Li V Mahathir, Ghafar V Anwar dan Anwar V Mahathir. Lihat dan kaji peristiwa-peristiwa tersebut akan muncullah parti-parti serpihan yang menentang UMNO dan berakhir dengan kekecewaan. Parti Keadilan jangan biarkan sejarah ini berulang. Dalam dekad ini pasti akan muncul satu lagi parti serpihan yang akan menentang UMNO.
 

Oleh itu, kami sebahagian daripada rakyat negara ini amat mengharap agar parti Keadilan jangan makan bujukan UMNO. Sekiranya pemimpin-pemimpin Keadilan kembali semula kepada UMNO, maka perjuangan tuan-tuan selama ini menjadi sesia dan menunjukkan kelemahan semangat perjuangan yang ada pada diri tuan-tuan. Perjuangan menegakkan kebenaran, keadilan dan membentuk sistem kehidupan yang diredha oleh Allah SWT yang memerlukan pengorbanan yang amat tinggi nilainya, harta benda hatta nyawa di badan. Inilah yang telah dilalui oleh para Nabi-nabi dan Rasul, para ulama zaman silam, tokoh-tokoh utama dunia seperti Mandela dan lain-lainnya. Sanggup berkorban menegakkan kebenaran dan keadilan.



 

KUMPULAN 12 DAN POLITIK ALAF BARU


Telah menjadi satu sindrom dari segelintir kalangan kepimpinan mahupun pengikut BA apabila ada sahaja pemimpin keluar dari parti maka berduyun duyun lah sumpah keji maki nista di hamburkan kepada mereka. Terkini mangsa seranah mereka adalah kumpulan 12.

Saya terpanggil untuk memberi sedikit pandangan kepada kumpulan pemaki ini adalah disebabkan saya ingin agar sebuah politik alaf baru yang bertamadun dapat kita semai dari sekarang. Ini sebenarnya POLITIK BARU yang dicanangkan oleh Parti Keadilan Rakyat untuk di laksanakan dalam erti kata lain reformasi minda dalam berpolitik

Babi , sial , anak haram , dan hinggakan perkataan murtad di lontarkan kepada kumpulan atau individu yang telah meninggalkan parti. Amat menyedihkan. 

Saya berkesempatan duduk bersama dengan salah seorang dari kumpulan 12 pada malam selepas pengumuman yang mereka buat di Puterajaya, inipun secara kebetulan rumah saya berhampiran dengan rumah beliau.

Saya sendiri melihat sms yang dihantar kepada beliau dan juga panggilan panggilan telefon yang tak henti henti dari segenap pelusuk dan ingin saya katakan 99.9999 % adalah panggilan dan pesanan sms yang memaki hamun beliau. Akan tetapi beliau nampak tenang dan mengatakan yang beliau sudah bersedia menerima semua ini. 

Begitu sedih dan tekilan saya lagi apabila ada diantara sms tersebut tidak meghalalkan apa yang mereka bantu beliau selama ini , dan sms tersebut juga berdoa agar beliau akan dilaknat Allah SWT seluruh keturunan.

Ini adalah petikan dari pesanan sms tersebut . Allah Hu Akhbar 

KAMI PERNAH TOLONG KAMU DULU , TAPI MASA TU KAMI INGAT KAMU MANUSIA RUPANYA KAMU LEBIH HINA DARI SEEKOR BABI, KAMI TAK HALALKAN WANG KAMI WALAU SESENPUN KAMU MAKAN, SEKARANG BAGILAH MAKAN ANAK BINI KAMU DENGAN DUIT HARAM UMNO TU.. SEMUGA ALLAH AKAN HANCUR DAN MUSNAHKAN KAMU ANAK BERANAK KAMU BABI , SIAL , ANJING , IBLIS 

Persoalannya disini kenapa budaya ini berlaku ? Apakah taraf pemikiran kita tentang berpolitik masih di tahun 20an ?. Dimana POLITIK BARU yang ingin di terapkan oleh DSAI melalui Parti Keadilan Nasional? Apakah hak mereka untuk menyekat kumpulan yang sudah tidak sealiran dengan mereka? Apakah laungan kebebasan bersuara , berfikir dan macam macam lagi berkenaan hak asasi seseorang hanya untuk yang menyokong kita?

Tidak lain tidak bukan jawapan nya adalah ianya berlaku dengan kehendak sebahagian daripada kepimpinan yang kurang mahir cara berpolitik ataupun mereka memang tidak tahu berpolitik. Provokasi mereka di dalam ceramah membuatkan sebahagian pengikut akan terikut.

Sebagai contoh di satu ceramah disrumah DSAI , saya turut hadir sebagai pendengar dan sebagai ahli kepada Parti Keadilan saya rasa perlu berada disana bagi mendengar penjelasan kepimpinan tentang isu kumpulan 12 secara rasional dan juga isu isu baru yang berlaku. spt penglibatan anak PM didalam membekalkan peralatan untuk membuat nuclear dan bermacam lagi.

Semasa saya sampai saya mendengar ucapan seorg pemimpin (tak perlu namanya disebut) yang mempunyai gelaran komando. Sedih apabila hampir keseluruhan ucapan nya berbau keji nista terhadap kumpulan 12 ini dan satu perenggan ayat yang keluar dari mulutnya adalah haiwan pun tak macam ni Tersentak saya. Kerana sebagai pemimpin tak seharusnya kamu bercakap sedemikian. 

Bagi saya mereka ini telah mendahului hukum Allah

Maka disini apabila pemimpin yang memulakan peperangan pasti ada diantara penyokong atau pengikut yang hadir akan terpengaruh dan yang paling buruk pengikut akan memulakan serangan serangan mengikut cara masing masing terhadap siapa juga mangsa mereka.

Tetapi selepas beliau berucap , naik pula Sdr Mustafa Kamil Ayub, SUA Parti dan bagi saya beliau adalah diantara pemimpin dalam keADILan yang benar benar memahami inspirasi Dato Seri Anwar Ibrahim yang mahukan sebuah POLITIK BARU wujud di Negara tercinta. Kupasan beliau tentang K12 ini begitu tenang sekali dan beliau hanya mengambil masa 5 minit sahaja utk mengupasnya selain masa yang diberikan kepada untuk berceramah dan menyampaikan isu isu semasa.

Begitu juga Kak Wan , saya masih teringat beliau menyatakan ucapan terima kasih kepada K12 ini yang telah dan pernah memberi khidmat kepada parti untuk jangkamasa 5 tahun dan beliau amat hargai. Nah ini dia seorang pemimpin bayangan DSAI yang lahir dari Bkt Damansara. Politik matang . Dan saya berkesempatan untuk berjumpa beliau selama beberapa minit menyatakan rasa bangga saya mempunyai seorang Presiden yang telah lepas ujian kematangan dalam politik.

Sebenarnya jika kita fikirkan sejenak tentang keuntungan politik yang bakal kita dapat dari cara ini amat berganda ganda, pertamanya masyarakat yang bukan ahli parti akan menilai keikhlasan kita berjuang. Perasaan marah,benci tidak ada dalam benak hati pemimpin walaupun kita di tikam dari belakang tetapi kita masih bersabar dan tenang.

Kedua , apabila kita wujudkan suasana peperangan dengan mereka ( sesiapa sahaja yang meninggalkan kita) maka pasti akan disambut, dan pada masa ini UMNO akan bertepuk tangan. kerana misi mereka untuk mengalihkan pandangan rakyat tentang kelemahan mereka berhasil. Bekas keadilan lawan keadilan biarkan.. itulah yang mereka harapkan.

Seperkara lagi perpindahan parti adalah perkara biasa, keADILan mahupun PAS atau DAP tidak perlu mendabik dada seolah olah kita semua benar dan orang semua salah. Dan orang yang keluar parti dan masuk UMNO semua nya petualang , pengkhianat , murtad dan lain lain lagi. Sedarkah mereka DSAI , DSWA , Ezam juga dari UMNO. Apakah mereka ini bekas pengkhianat? Allahyarham Dato Asri mati bukan dalam PAS , Tengku Razaleigh, Nakhaie kembali kepada UMNO , apakah mereka inipun sesat?

Kebenaran , keadilan ada dalam semua Parti baik UMNO,PAS,keADILan,DAP, PRM dan semua parti politik, tinggal lagi bagaimana kebenaran & keadilan itu sahaja yang ditafsirkan oleh mereka.

Orang UMNO matipun akan masuk kubur dan akan di tanya oleh Mungkar dan Nangkir , begitu juga orang PAS,keADILan semua tak terlepas dari hukum Allah SWT, jadi biarlah hak Allah SWT itu jangan kita dulukan yakni membuat keputusan orang itu kafir orang ini murtad , orang ini jahil

Kita cuba lihat bagaimana UMNO menagani perkara tersebut semasa peristiwa 1998. Semua terkejut apabila berduyun duyun pemimpin maupun ahli UMNO turun ke jalan raya dan mengakhiri episod itu dengan memasuki Pari Keadilan selepas ianya ditubuhkan. Pemimpin UMNO pada ketika itu tidak pernah sekalipun mengeluarkan kenyataan berbau penghinaan kepada mereka yang memilih untuk bersama keADILan. Dan kita lihat pula bagaimana reaksi ahli ahli nya yang masih didalam UMNO begitu tenang dan rileks kerana mereka telah diajar hal hal sedemikian.

Walaupun segelintir pimpinan UMNO ketika itu melanyak habis habisan DSAI tetapi ada kalangan mereka yang tenang, yang menghina adalah musuh musuh politik DSAI semasa beliau didalam UMNO.

Saya juga adalah pemimpin kecil UMNO pada ketika itu yang keluar menyertai keADILan , tetapi saya tidak sekalipun menerima cemuhan atau penghinaan sedemikian rupa. Cuma ada panggilan yang meminta saya supaya berfikir dan kembali kepada UMNO, namun saya telah membuat keputusan untuk tinggalkan mereka. 

Ini juga tidak bererti saya menyokong K12 ini menyeberang , tetapi saya berpandangan hak mereka perlu kita hormati , mereka telah memilih untuk kesana dan kita yang tinggal sepatutnya memikirkan bagaimana kita hendak memperkuatkan parti dalam saat pilihanraya hampir tiba. Cukuplah kita berbincang di kedai kedai kopi kisah orang ni khianat orang itu jahil , dan hentikan juga borak borak kosong yang kononnya kita kuat , kita banyak sokongan dengan harapan hati kita senang , sebaliknya kita perlu bekerja kuat dampingi rakyat , tubuh cawangan , anjur program , pujuk kawan atau sdra sokong kita. Barulah kita boleh mendabik dada.

Biarkan mereka dengan cara mereka , tak perlu kita gundah gelana atau bersedih , yang pergi tetap telah pergi kita yang tinggal teruskan perjuangan , nyalakan semula obor reformasi , terus bekerja dan bekerja . Hanya dengan cara ini sahaja kita buktikan kepada kumpulan 12 ini yang parti kita ini relevan kepada rakyat.

Jangan kita mencari musuh atau bermusuh dengan sesiapa kerana kita juga perlukan bantuan UNDI mereka pada pilihanraya. Mana kita semua tahu mungkin Ruslan Kassim akan memangkah Calon keADILan di Kuala Pilah nanti. Itu semua gerak dari Allah SWT 

Sebagai penutup tirai saya pohonkan kemaafan dari semua pembaca sekiranya ada baris perkataan saya menyinggung perasaan mereka. Sebagai hamba Allah yang kerdil saya sentiasa mengingatkan diri saya bahawa kebenaran itu hanya datang dari Allah Azawajalla 

Dari sedikit lakaran dan pandangan saya diatas saya amat berharap agar keseluruhan pimpinan dan ahli ahli parti serta penyokong untuk bertindak secara matang didalam apa jua situasi yang berlaku, keluar masuk pemimpin adalah perkara biasa dan kita semua juga kena belajar menghargai jasa jasa kawan kawan walaupun mereka tidak bersama kita lagi.

Kepada para pemimpin parti khususnya keADILan jadikan lah peristiwa ini iktibar dan pengajaran , jangan apabila terantuk baru nak tengadah. Dan jika beras seulas agihkanlah secara adil jangan hanya memikirkan diri sendiri.Wassalam

Saya juga bersedia untuk menerima kritikan balas atau apapun cadangan. Dibawah ini adalah email saya petir1998@yahoo.com

Dekatilah musuh kita seolah olah kita dekati sahabat kita , InsyaAllah musoh kita akan menjadi sahabat dan akan bersama kita Renungkanlah


 

 

 

 



 

Masalah Orang Melompat

 

Sesiapa yang suka melompat parti akan menghadapi cercaan dan makian daripada bekas rakan seperjuangannya dan juga para penyokong di dalam parti lama, dan dipandang rendah oleh golongan dalam parti yang masuk secara melompat itu.
 

Tidak sesiapa yang suka dengan pembelot, walaupun rakan parti baru akan menunjukkan kemesraan menerima kemasukannya, mereka sebenarnnya tidak akan menghargai lompatan itu kerana menyedari bahawa si ‘katak’ itu adalah seorang petualang yang menderhaka.
 

Namun, mereka akan menerima ketibaan orang baru itu dengan tangan yang terbuka, bukan kerana menghargai kemasukan itu sebagai satu aset pada partinya, tetapi kerana memikirkan perbuatan itu akan menghenyak dan merumitkan parti lawannya. Sesungguhnya mereka tidak perlukan kemasukan seseorang penderhaka, tetapi mereka lebih rela menafikan parti lawan kehilangan orang yang melompat itu.
 

Contohnya ialah kalau anda memiliki banyak pokok berbuah, seperti yang dimiliki oleh jiran anda. Tetapi si jiran itu memiliki pohon yang lebih baik mutunya. Namun dia akan bersedia menebang pokok anda, bukan kerana mahu menafikan anda menikmati buah yang mungkin muncul daripada pokok yang ditebang itu. Apabila pokok anda sudah ditebangnya tentulah anda sudah dinafikannya daripada menikmati buah yang sepatutnya membesar daripada pokok-pokok itu.
 

Itulah secara ringkasnya andaian apa yang terjadi apabila berlaku lompat-melompat.
 

Sesungguhnya saya amat kenal dengan kebanyakan pemimpin akar-umbi Parti KeADILan yang melompat memasuki UMNO empat hari yang lalu. Salah seorang antara mereka ialah Ruslan Kassim, yang satu ketika pernah menjadi Ketua Penerangan parti. Saya pernah mewujudkan pejabat operasi Free Anwar Campaign (FAC) di Jelatek, untuk mudah berinteraksi dengan beliau selalu.
 

Sebahagian kerja saya dalam FAC ialah menerbitkan buku dan VCD mengenai Anwar Ibrahim, Reformasi dan banyak lagi. Semasa itu Ruslan sibuk bersimpang siur ke sana ke mari menjelajah negara untuk menghadiri ceramah. Setiap kali dia keluar berceramah, dia membawa bersamanya buku-buku dan VCD untuk dijual di majlis ceramah itu.
 

Semasa diadakan pilihan raya kecil di Lunas pada 29 November, 2000, Ruslan telah menyediakan satu gerai untuk menjual bermacam-macam buku dan cenderamata serta VCD. Dia mendapati perniagaan yang laris dan mampu menjual apa yang dibawanya pada beberapa hari sahaja.
 

Dia telah menelefon untuk mendapatkan bekalan tambahan dan saya telah membawanya penuh satu kereta dan menyerahkannya kepada beliau. Semuanya habis terjual. Ketika dia pergi ke U.K. untuk mengadakan ‘road-show’, dia telah membawa banyak barang sehingga terpaksa membayar kos bagasi yang terlebih berat.
 

Sudah tentu saya gembira melihatkan ‘agen pemasaran’ saya berjaya dengan penjualannya. Masalahnya ialah saya tidak pernah dibayar dan telah kerugian sebanyak RM60,000 yang terpaksa saya luputkan kerana memang tidak ada cara lain untuk Ruslan membayar balik hutang itu kepada saya.
 

Kemudian Ruslan meminta saya bersamanya menghadiri satu mesyuarat yang diaturnya dengan seorang ‘financier’ (pembiaya). Tugas saya ialah memberikan penjelasan apa yang sebenarnya dibuat oleh FAC. Saya turutkan kehendaknya dan Ruslan telah mengakhiri penerangan saya itu dengan penekanan betapa rencana besar itu memerlukan pembiayaan.
 

Demikianlah, saya telah menghadiri beberapa mesyuarat lagi tetapi tidak ada susulan selepas pertemuan itu. Pada mulanya saya fikir semua pembiaya itu tidak berminat. Rupanya, tanpa saya sedari wang ringgit sudah bertukar tangan banyak kali sebagai sumbangan untuk membiayai operasi FAC.
 

Saya menjadi hangat juga menyedari bagaimana wang telah dikumpulkan atas nama FAC dan saya telah terbabit menguruskan penerangan semua untuk menghalalkan urusan itu. Ketika itu baru saya sedar kenapa Ruslan begitu bersedia menjemput FAC untuk beroperasi di pejabatnya. Dia mahu menunjuk-nunjuk bahawa FAC itu adalah urusan yang dikelolakannya, dan itulah yang memudahkan beliau membuat kempen untuk mendapatkan sumbangan.
 

Saya telah keluar berpindah daripada pejabatnya selepas itu hingga hari ini. Saya tidak tahu berapa banyak wang yang telah diterimanya atas nama FAC.
 

Inilah kualiti pemimpin KeADILan yang telah dipancing oleh UMNO.
 

Sepatutnya Dr. Wan Azizah sudah lama menghumban Ruslan keluar daripada parti. Kenapa beliau tidak berbuat begitu adalah sesuatu yang masih tidak dapat saya fahami.
 

Namun demikian, Dr. Wan Azizah telah mengetepikan Ruslan daripada jawatan Ketua Penerangan Parti. Tetapi dia telah diberikan jawatan sebagai Ketua Perhubungan Negri Sembilan. Sejak memegang jawatan itu, KeADILan Negri Sembilan berada dalam keadaan hidup segan mati tak mahu dan banyak cawangannya telah tidak bergerak langsung.
 

Saya akan terkejut seandainya kita dapat melihat sehelai bendera KeADILan berkibar lagi di Negri Sembilan.

Kalau anda mahu pendapat saya, UMNO tidak berjaya mencuri satu pun aset kita yang berharga. UMNO sebenarnya melakukan bakti kepada kita untuk mengetepikan Ruslan Kassim. KeADILan tidak memerlukan khidmat Ruslan Kassim. Mungkin sekarang ini kita tidak dihantui masalah beliau berkeliaran ke sana sini mengutip derma untuk kegunaan parti atas nama perjuangan. Saya tefikir juga berapa ramai manusia yang telah dikelentung oleh Ruslan. Mereka itu pasti menempelak diri sendiri kerana ditipu oleh kaki kelentung yang sungguh licik ini.
 

Sesungguhnya saya masih marah dengan diri sendiri kerana membiarkan barangan berharga RM60,000 yang merupakan hasil titik peluh sendiri boleh lenyap begitu sahaja.
 

Did I not tell you so?


Two months ago, I wrote a Seruan Keadilan (National Justice Party newspaper) editorial entitled ‘Back to the Future: Semangat 46 revisited’. (TAG: Mengimbau Semangat 46) This editorial did not make some people too happy to say the least. Well, medicine is not always sweet and sometimes the more bitter medicine may be the best for you.
 

It is always nice to be able to say, “I told you so!” But the situation may not necessarily always be equally nice. Nevertheless, today, in response to the 12 keADILan members who, yesterday, crossed over to UMNO, I am going to say, “I told you so”, and I am doing that by reprinting my “offending” article below:

SERUAN KEADILAN EDITORIAL DECEMBER 2003
 

From the word go, the Islamic Party of Malaysia (PAS) never had a comfortable relationship with the Umno-breakaway party, Semangat 46 (Spirit of ‘46). To PAS, Semangat 46 was nothing more than another Umno, a clone of the real thing if you wish. This feeling was strengthened by the fact that Semangat 46’s “perjuangan” was the “restoration” of the “original” Umno and that it had attempted to register itself as “Umno Malaysia” -- and only after the name was rejected by the Registrar of Societies did it change to Semangat 46. For all intents and purposes, Semangat 46, as what the Malays would say, was “gila talak”.
 

When PAS and Semangat 46 formalised their partnership after the 1990 General Elections when the loose coalition they formed, Angkatan Perpaduan Ummah (APU), won Kelantan State, the cracks in the relationship started to emerge. The main problem with Semangat 46 was: it was a party of Umno has-beens. Compounding this was the fact Semangat 46’s members and leaders could not shed their Umno culture and brought it with them into Semangat 46.
 

Semangat 46 toured the country claiming it was the real Umno and that Umno Baru was in fact a “pirated copy”. The reason their party was called Semangat 46, argued its leaders, was because they wanted to revive the spirit of 1946, the year Umno was formed. Their struggle, claimed its leaders, was to revive the old Umno and oust the pretender to the throne, Umno Baru.
 

Semangat 46 had a new partner, PAS, but it continued to talk about its old partner, Umno. It is like being married to a new wife but constantly talking about your old wife, even calling out her name at the most passionate of moments. I am sure PAS felt insulted, as any wife would when you call out your previous wife’s name at point of climax. It did not take long for Semangat 46 to divorce its new “wife” and go back to the old one, though it had denounced Umno Baru as a fake and swore it would never reconcile may they die and be reborn.
 

PAS was now a lover scorned and that one bitter episode is something it would take a whole generation to get over. Its bad trip with Semangat 46 was not its first one though, for almost 20 years before that it had joined Barisan Nasional (BN) and had experienced the hurt of betrayal. Umno had invited PAS into the BN marriage only to cripple it once it was part of the government. PAS took a long time to recover from that, but now, not only has it fully recovered, but it is also on top, way ahead of Umno in the fight to win the hearts and minds of the Malay voters.
 

Since then, PAS never looked back. It has been uphill all the way for the party and it has not even reached the peak yet. After Kelantan came Terengganu. It almost grabbed Kedah as well and it probably only needs an election or two more to not only add Kedah to its list of states under Malay opposition control, but possibly Perlis as well. And who knows, with the right formula, it could even see a measure of success in Selangor and Pahang as well.
 

Now PAS no longer has Semangat 46 as its bedfellow. Semangat 46 is long dead and buried. In its place is Parti Keadilan Nasional. But the question on PAS’ lips is, while Semangat 46 was a reincarnation of Umno, is keADILan, in turn, a reincarnation of Semangat 46? Semangat 46 certainly displayed serious symptoms of gila talak. KeADILan has to make sure it does not show signs of this same illness. And whatever it says and does must be tempered with this in mind. PAS cannot go beyond where it is now without the help of keADILan. This it knows and it has no reservations of admitting. But it is still quite comfortable where it is even if it can go no further. But the same thing cannot be said for keADILan. KeADILan, therefore, needs to know which side its bread is buttered lest it fondles the wrong side and get sticky fingers.

 

Jenayah: Bencana kerana tolak hukum Allah


Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata jenayah yang berleluasa sekarang adalah bala bencana dan hukuman Tuhan kepada masyarakat yang menolak hukum Islam.

Ini, katanya dapat dilihat kejadian jenayah di negara-negara Barat di mana kadar
berlaku jenayah dikira berdasarkan perhitungan minit, bukannya tiap-tiap tahun.
 

Beliau yang juga Presiden PAS menambah, begitu juga di negara ini yang dahulunya kadar jenayah dikira mengikut tahun tetapi kini dihitung berdasarkan secara mingguan.
 

"Ini adalah bencana yang melanda dan sepatutnya kita insaf dan balik kepada hukum Tuhan," ujarnya kepada wartawan pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Sijil Amanah Saham Bumiputera (ASB) Peringkat Negeri, di Wisma Darul Iman, di sini semalam.
 

Berikut ialah penjelasan beliau berhubung beberapa perkara semasa menjawab pertanyaan wartawan pada sidang media itu.
 

Wartawan: Dato' Seri, apakah komen berhubung dengan hukuman yang dikenakan kepada seorang perogol yang telah dijatuhkan oleh mahkamah di Johor semalam (26 Januari)?
 

Ustaz Abdul Hadi: Hukuman itu tidak boleh menghilangkan dosa kepada orang Islam kerana Allah Taala telah menetapkan hukum di dalam al-Quran dan diamalkan oleh Nabi s.a.w. dan menjadi hukum yang dinaskan. Bila berlaku zina, ia termasuk dalam hudud, bila berlaku bunuh, ia termasuk dalam qisas. Di mana qisas dan hudud ini kedua-duanya dinaskan dalam al-Quran. Bagi orang Islam, qisas dan hudud ini mengandungi beberapa hikmat. Pertama, mencegah jenayah itu daripada berlaku supaya bakal-bakal yang hendak buat jenayah akan berhenti dan tidak jadi buat. Penjenayah yang lain bertaubat. Kedua, menghilangkan dosa di hari kiamat bila dia mati. Ini disebut dalam al-Quran. Hukum qisas berbeza dengan undang-undang yang ada iaitu hukuman qisas ini diberi hak pengampunan oleh keluarga mangsa. Hukum hudud yang berkait dengan kepentingan umum yang disebut dalam Islam, hak Allah Taala. Dalam perkara zina, sekiranya dia sudah berkahwin, maka direjam. Ini berdasarkan kepada ayat al-Quran yang dinasakhkan bacaannya tetapi dikekalkan hukumnya oleh Nabi s.a.w.
 

Sekiranya, dia belum kahwin, maka dikenakan hukuman dengan 100 kali sebatan dan hukuman itu dibuat di khalayak ramai, dan ditambah lagi dalam hadis dengan dibuang daerah selama satu tahun kepada yang belum berkahwin. Dalam kes yang berlaku di Johor, ini perlulah dibicarakan di mahkamah. Mengikut syariat Islam, mestilah dipastikan sama ada pengakuan daripada penjenayah atau pun dengan ada saksi dan bukti-bukti. Sekarang ini banyak kemudahan-kemudahan moden dan canggih dengan menggunakan DNA dan sebagainya. Ilmu yang berkait dengan forensik dan macam-macam boleh digunakan, di mana teknologi saintifik boleh dimanfaatkan untuk membantu kes. Dengan sebab itu, kita kena balik kepada hukum yang ditetapkan dalam al-Quran dan diajar oleh Nabi s.a.w.

 Oleh kerana itu, kita kena sedar kalau dibuat undang-undang lain, tidak boleh selesai masalah. Samalah juga dengan masalah dadah dengan hukuman mati mandatori yang begitu keras hukumnya, tetapi sehingga hari ini kes dadah semakin meningkat. Sepatutnya, semua pihak kena sedar dan insaf, mesti balik kepada Tuhan. Bagi orang Islam, ini adalah satu tanggungjawab dan hukuman yang dijatuhkan di Johor itu tidak menepati hukum syarak. Ianya tidak boleh menyelesaikan masalah tersebut dengan adil dan juga tidak boleh menghapuskan dosa orang yang melakukan jenayah.
 

Apakah ada pilihan bagi kerajaan dan juga umat Islam memilih undang-undang lain daripada hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT?
 

Tidak harus bagi orang Islam memilih undang-undang lain mengikut aqidah. Undang-undang ini dikaitkan dengan aqidah.
 

Dato' Seri, dalam kes ini tertuduh itu telah mengaku melakukannya dan hukuman telah dijatuhkan penjara 20 tahun dengan 24 sebatan. Jadi dari segi pengakuan itu, dia boleh dijatuhkan kepada hudud?
 

Kita melihat bagaimana pengakuan dia. Adakah ikrar dia itu memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki oleh Islam. Ikrar yang dipaksa atau pun ikrar secara redha. Itu perlu dilihat dan perlu lagi kepada keterangan-keterangan yang lain. Mungkin dia insaf dengan perbuatan dia lalu dia mengaku. Bila dia mengaku, maka hendaklah dijatuhkan hukuman. Di sini ada dua hukuman iaitu qisas dan hudud. Dalam perkara ini, mengikut syariat Islam, hakim boleh membuat pertimbangan, sama ada hudud sahaja, qisas sahaja atau kedua-duanya sekali untuk menjadi pengajaran kepada orang lain dan menghilangkan dosa dia sendiri. Hikmat dari perundangan Islam ini ada dua. Pertama, menghilangkan dosa orang yang buat jenayah itu. Sebab bila dia mati, dia tidak akan dihukum lagi. Kedua, ialah menggerunkan masyarakat, yang hendak buat jenayah. Saya merasakan bahawa undang-undang ini tidak ada belaka dua-dua perkara. Maksud saya, hukuman yang telah diterima pakai iaitu hukuman 20 tahun penjara, sebatan dan sebagainya. Orang baca sahaja surat khabar dan dengar tv. Di mana ia (hukuman) tidak masuk ke dalam hati penjenayah-penjenayah manakala penjenayah pula bukan suka baca akhbar.
 

Apakah dengan apa yang berlaku itu sebagai pengajaran akibat daripada pihak pemerintah dan umat sendiri mengabaikan tanggungjawab untuk melaksanakan hukumnya?
 

Ya, benar begitu dan itu adalah merupakan bala bencana dan hukuman Tuhan kepada masyarakat yang menolak hukum Islam. Kita melihat sendiri di negara Barat. Kadar jenayah mengikut perhitungan minit. Tiap-tiap minit berapa banyak jenayah berlaku dan bukan tiap-tiap tahun lagi. Di negara kita, dulu tiap-tiap tahun, tetapi sekarang ini hendak jadi minggu pula. Dalam seminggu berapa berlaku kes, itu sudah bahaya. Ini adalah bencana yang melanda dan sepatutnya kita insaf dan balik kepada hukum Tuhan.
 

Jadi mungkin Dato' Seri ini mencadangkan supaya kes ini dikaji semula dan dibawa mengikut hukum-hukum Islam.
 

Ya, wajib dikaji semula dan dibawa kepada hukum Islam. Pertama, diberi kuasa kepada Pejabat Agama Negeri Johor untuk melaksanakan syariat Islam. Kuasa diberi kepada pejabat agama negeri Johor itu oleh kerana agama ini bidang kuasa negeri Johor. Maka, mengikut kuasa di bawah Enakmen Pentadbiran dan Hukum Syarak Negeri Johor. Kedua, mahkamah syariah hendaklah diberi peluang untuk membicarakan kes ini.
 

Amanah saham
 

Dato' Seri, boleh tolong jelaskan berhubung cadangan Dato' Seri supaya wang Amanah Saham Bumiputera (ASB) disedekahkan sebahagiannya?
 

Cadangan saya, oleh kerana Amanah Saham Nasional (ASN) dahulu kita dapat maklumat, Majlis Fatwa Kebangsaan beri maklumat kepada kita. Kita ada senarai-senarai pelaburan yang dibuat oleh ASN melalui sumber-sumber yang diharamkan oleh agama Islam. Ada pun ASB ini tidak jelas dan kita sendiri pun tidak tahu di mana dia melabur. Bila kita tidak tahu ianya termasuk dalam perkara subahat. Oleh itu, yang mana hak kita, itu hak kitalah seperti modalnya, untungnya itu hak kita. Tetapi di sana ada yang meragukan dan kita tidak tahu. Jika ada begitu, mengikut cara Islam, kalau kita hendak bersih, kita kena ambil sedikit atau sebahagian dan tidak semestinya separuh, mengikut yang patut yang kita fikir untuk diberi kepada fakir miskin atau beri kepada untuk kepentingan awam seperti tempat tunggu bas atau untuk kepentingan awam yang lain. Ini salah satu cara yang dibuat oleh ulama untuk membersihkan sumber yang kita dapat. Kerana mngikut Islam amalan kebajikan itu boleh menolong membersihkan harta dari sumber-sumber subahat.
 

Jadi ASN itu jelas kepada Dato' Seri, haram?
 

Ya, ASN jelas haram kecuali kalau dibersihkan sekarang. Masa diberi maklumat itu jelas dan sudah ada fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaan. Cuma fatwa itu tidak digazet, fatwa itu tidak diumumkan kepada masyarakat. Di mana saya dapat ini pada tahun 80-an. Sekarang ini sudah lebih tahun 90-an. Mungkin ASN itu telah diubah pun kita tidak tahulah, tetapi masa itu tetap haram.
 

Premis arak

Tadi dalam ucapan ada Dato' Seri menyentuh tentang isu arak. Sebenarnya dalam ajaran agama Buddha juga arak adalah haram pada asasnya. Sekarang ini premis arak masih ada lagi di Terengganu untuk orang-orang bukan Islam. Adakah Dato' Seri akan mengkaji lebih mendalam dalam hal ini dan akan menghapuskan terus premis-premis arak di negeri ini?
 

Dalam perkara ini kena serahkan kepada penganut dalam agama itu sendiri untuk menanganinya. Penganut agama itu sendiri menangani masalah ini dan mereka membuat tuntutan kepada kita di atas nama agama mereka. Maka kita boleh beri kebenaran. Oleh kerana perkara ini menyentuh dengan ajaran agama dengan peribadi. Maka kita serahkan kepada penganut agama Buddha dalam perkara ini.
 

Jadi Dato' Seri, jika ada permintaan kerajaan akan menutup semua premis arak di Terengganu?
 

Ya, kalau ada penganut agama Buddha minta. Sebabnya, kita tidak tahu yang mana agama Buddha dan sebagainya.
 

Injunksi mahkamah
 

Dato' Seri, kita difahamkan ada satu injunksi yang dikemukakan kepada Dato' Seri. Apakah Dato' Seri cuba mengenepikan injunksi itu di mahkamah?
 

Itu saya kena minta peguam mengkajilah kerana saya sendiri tidak ada masa hendak kaji. Cumanya harapan saya supaya perkara itu dibicarakan di mahkamah lebih cepat. Pihak BPR turun siasat, kalau ada laporan polis pergi siasat dan dibicarakan dengan segera supaya orang yang dituduh itu bersih. Saya sendiri pun jelas dalam perkara itu. Mungkin maklumat itu tidak betul, tetapi menjadi tanggungjawab saya sebagai pemimpin masyarakat, pemimpin parti dan pemimpin kerajaan negeri. Dalam negara demokrasi mestilah mendedahkan penyelewengan yang berlaku supaya diketahui oleh rakyat. Ini maknanya demokrasi. Saya tidak mahu injuksi yang dibawa itu sebagai satu cara didiamkan supaya masyarakat tidak tahu dan kes itu dibekukan selama-lamanya.
 

Manifesto PAS
 

Dato' Seri, PAS menjangkakan pilihan raya semakin hampir. Bagaimana dengan manifesto PAS untuk menghadapi pilihan raya ini?
 

Manifesto kita telah disediakan draf. Draf sudah sedia. Kita di Terengganu dan Kelantan, bukan lagi manifesto kerana kita sudah ada manifesto. Apa yang akan kita buat ialah kita membuat kajian terhadap program yang sudah kita laksanakan, kejayaannya dan apakah seterusnya kita akan buat kalau kita memerintah. Ia tidak berbentuk sebagaimana manifesto dahulu sebelum kita menang. Sudah tentulah ada perubahan-perubahan. Dan untuk maklumat juga, kita telah berada dalam persiapan yang sudah saat akhir, tinggal lagi masalah teknikal. Masalah calon di seluruh negara, PAS sudah selesai bukan sahaja di Terengganu termasuk di negeri-negeri lain.
 

Pengagihan kerusi bagaimana, Dato' Seri?
 

Ya, pengagihan kerusi sudah dibuat dalam lingkungan 90 peratus sudah selesai. Cuma dalam perkara teknikal sahaja yang masih ada.
 

Bagaimana dengan manifesto peringkat pusat, Dato' Seri?
 

Manifesto peringkat pusat ini kita ada komiti peringkat pusat yang mewakili Barisan Alternatif (BA).
 

Bagaimana dengan manifesto di negeri yang menjadi harapan PAS seperti di Pahang, Kedah dan Perlis. Itu manifesto berbeza atau macam mana?
 

Ya, memang ada manifesto sendiri kerana bidang kuasa kerajaan negeri adalah tersendiri. Tetapi fokus manifesto ini adalah kepada masalah negeri masing-masing. Masalah tanah negeri dia, masalah balak negeri dia, masalah pendidikan agama negeri dia, masalah kemiskinan di negeri dia. Itu masalah di negeri masing-masinglah yang berbeza.
 

Jadi 'common factor' dalam manifesto PAS yang utama apa, Dato' Seri?
 

Common factornya ialah perubahan yang menuju kepada membangun mengikut dasar Islam. Kedua, melaksanakan keadilan untuk semua rakyat tanpa mengira agama, kaum, politik dan pelbagai latar belakang. Itu kalau negeri yang PAS kuasai dan kalau negeri yang Keadilan, itu pakai yang Keadilan secara umumlah.
 

Tadi Dato' Seri kata masalah calon sudah 90 peratus selesai. Di Terengganu macam mana dan apa komposisinya?
 

Ya, 100 peratus sudah selesai dan komposisinya biasa. Calon PAS untuk makluman, ia mesti dibawa ke Majlis Syura Ulama. Majlis ini akan menapis latar belakang calon ini, peribadinya, pendidikannya, pengalamannya. Itu akan dibawa di Majlis Syura Ulama PAS. Jadi nama-nama itu sudah ada, Cuma Majlis Syura Ulama belum lagi bersidang. Insya Allah, mungkin pertengahan bulan Februari kita akan dapat mengumpul segala maklumat itu.
 

Dato' Seri, macam di Terengganu ini parti Keadilan tidak berpuas hati dengan empat kerusi yang diperuntukkan kepada mereka. Macam itu Dato' Seri?
 

Saya tidak mengambil kira maklumat daripada akhbar. Saya mengambil kira ‎‎'direct' daripada pimpinan Keadilan. Kita difahamkan terdapat satu strategi Barisan Nasional ialah untuk mengambil beberapa orang Keadilan yang akan dicanangkan. Keadilan masuk Umno sebagaimana juga yang keluar daripada PAS masuk Umno dan di antaranya yang Umno masuk Umno.
 

Dato' Seri, bagaimana dengan jentera pilihan raya markaz-markaz PAS sudah dibuka di seluruh negara?
 

Sehingga kini saya telah melawat sebahagian negeri-negeri. Saya baru balik daripada Johor, Melaka. Minggu lepas saya ke Pahang dan sebagainya. Pada keseluruhannya memuaskan. Sebahagian besar markaz sudah dibuka.
 

Masyarakat Cina
 

Dato' Seri, sejauh mana keyakinan kerajaan terhadap sokongan kaum Cina?

Sehingga hari ini kita berpuas hati dan sudah ada keterbukaan masyarakat Cina. Apa yang penting keterbukaan itu dahulu. Kita tidak mahu memaksa mereka, apa yang kita mahu mereka bersikap terbuka, mendengar dan melihat. Ini sangat penting mendengar dan melihat. Menyokong itu terpulang kepada mereka, kerana kita juga membuat satu kajian kita sendiri terhadap masyarakat Cina. Di mana kebanyakan masyarakat Cina ini menentukan keputusan pilihan raya mereka pada saat-saat akhir. Ini bergantung kepada kepuashatian mereka terhadap program, hati yang mereka hendak pilih termasuk Barisan Nasional. Oleh kerana itulah, kita melihat tiap kali pilihan raya, pengundi Cina dia berubah. Dia boleh berubah pada satu masa ke satu masa. Itu menandakan mereka mempunyai satu organisasi yang sangat baik yang boleh memantau sikap mereka. Oleh kerana itulah, kita melihat MCA dengan Gerakan terpaksalah melakukan gimik-gimik politik di antaranya pergabungan antara parti Gerakan dengan MCA. Sepatutnya Presiden MCA dan Timbalan MCA dilantik oleh mesyuarat agung MCA, tetapi saya melihat Umno yang menentukan siapa jadi Presiden MCA bagi menyelesaikan masalah MCA.

 

Printer Friendly Page  Send this Story to a Friend

 

 

 

 

 

 

Hikmah Peristiwa Isra

(Penulis: Ahmad Yunus Naidi)

Ya Allah! hanya kepada-Mu aku mengadukan kelemahanku, lemahnya usahaku dan keupayaanku di hadapan manusia, wahai Zat Yang Maha Pengasih! Engkau adalah Tuhan orang-orang yang lemah dan Engkau adalah Tuhanku, kepada siapakah Engkau menyerahkan diriku? Kepada orang yang jauhkah yang bermuka masam kepadaku? Atau kepada musuh yang menguasai urusanku? Jika Engkau tidak murka kepadaku, maka aku takkan peduli, namun ampunan-Mu amatlah luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya wajah-Mu yang menerangi kegelapan dan menjadikan baik kehidupan dunia dan akhirat dari murka-Mu kepadaku. Hanya kepada-Mu aku memohon keridhaan hingga Engkau ridha kepadaku dan tidak ada daya dan kekuataan melainkan dengan-Mu." (Do'a Rasulullah)

Doa diatas dipanjatkan oleh Rasulullah kepada Allah s.w.t. dengan nada rendah dan hati yang dipenuhi oleh kesedihan, setelah sikap keras yang beliau terima dari penduduk Thaif.

 

Kepergian Rasulullah ke Thaif membawa harapan agar suku Tsaqif di sana mahu mendukung dakwah Islam setelah suku Quraisy menolak dengan keras, bahkan sampai pada usaha pembunuhun terhadap dirinya. Namun, bukannya sambutan hangat yang beliau dapati tapi pengusiran dan penghinaan dari mereka. Salah seorang dari mereka berkata, "Apakah Allah tidak menemukan orang lain selainmu?" Akhirnya beliau meninggalkan Thaif dengan hati yang sedih hingga beliau mengadukan kepada Allah ketidak berdayaan dirinya.

Apa yang dialami oleh Rasulullah di Thaif merupakan puncak dari rantaian penderitaan pahit yang beliau rasakan selama hampir sepuluh tahun lamanya, hingga hari itu beliau nyatakan sebagai hari yang paling sulit. Rintangan yang dihadapinya semakin berat setelah dua orang yang menjadi sandarannya dan yang selalu melindunginya tiada. Mereka adalah Abu Thalib, pamannya dan Khadijah, istri tercintanya. Keduanya meninggal pada tahun yang sama hingga tahun itu dikenal dengan "amul-huzni" atau tahun kesedihan.

Di tengah suasana seperti inilah Allah menghibur dan memuliakan beliau dengan membawanya melakukan perjalanan teragung dari masjid al-Haram ke masjid al-Aqsha', dan dari sana beliau naik ke langit hingga menembus puncak alam tertinggi yang hanya diketahui oleh Allah .
Itulah peristiwa Isra dan Mi'raj yang penuh dengan hikmah dan pelajaran:

1. Perjalanan Pembekalan Keimanan
Allah membawa Rasul-Nya melakukan perjalanan yang sangat menakjubkan ini untuk menghibur hatinya yang tengah dirundung duka, juga untuk memperlihatkan tanda-tanda kekuasaan-Nya yang ada di bumi dan di langit. Allah berfirman:
Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsha yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (QS. 17:1)

Sebagaimana Allah juga perlihatkan kepada para nabi-Nya yang lain, seperti Ibrahim, Musa dan lainnya. Allah berfirman tentang nabi Ibrahim:
“ Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan (Kami yang terdapat) dilangit dan dibumi, dan ( Kami memperlihatkannya) agar Ibrahim itu termasuk orang-orang yang yakin. (QS. 6:75)

Dan firman-Nya tentang nabi Musa:
"Dan kepitkanlah tanganmu ke ketiakmu, niscaya ia ke keluar menjadi putih cemerlang tanpa cacat, sebagai mu'jizat yang lain (pula), (QS. 20:22) untuk Kami perlihatkan kepadamu sebagian dari tanda-tanda kekuasaan Kami yang sangat besar, (QS. 20:23)

Begitulah, Allah memperlihatkan kepada para nabi berbagai tanda kekuasaan-Nya agar tertanam keimanan yang kokoh di dalam jiwa mereka. Sebab mereka adalah orang-orang yang diutus untuk mengajak manusia untuk mengabdikan diri hanya kepada-Nya. Merekalah yang pertama meyakini apa yang mereka serukan setelah melihat langsung berbagai tanda kekuasaan-Nya, sehingga beban berat yang ada di pundak menjadi ringan dan rintangan yang menghalang menjadi kecil dan tak berarti di hadapan kebesaran Allah.

Di dalam perjalanan Isra' dan Mi'raj Rasulullah menyaksikan berbagaia tanda keagungan Allah. Beliau menyaksikan kekuasaan Allah yang membawanya melintas perjalanan yang harus ditempuh sebulan lamanya hanya dalam sekejap malam. Beliau melihat langit, dari langit pertama sampai langit ketujuh dan bertemu dengan para Nabi di setiap tingkatannya. Bahkan beliau menembus hingga ke tempat yang lebih tinggi lagi dari langit ketujuh, yaitu ke "Sidratil Muntaha" dan "Baitul Ma'mur." Beliau melihat keagungan Allah yang ada di puncak alam yang paling tinggi itu yang tidak dapat dijangkau oleh akal manusia. Beliau melihat surga dan neraka juga pemandangan yang terjadi dalamnya. Beliau pun melihat malaikat penjaga neraka yang tidak pernah tertawa.

Semua kejadian itu disaksikan oleh Rasulullah di alam nyata bukan sekedar mimpi seperti yang dialami oleh sebagian orang. Keimanan beliau menjadi semakin memuncak sehingga kekuatan apapun yang ada di dunia yang menghalangi dakwahnya bagaikan sayap seekor nyamuk yang tak berarti. Perjalanan Isra' dan Mi'raj telah melenyapkan kesedihan Nabi s.a.w.sekaligus memberikan bekal keimanan yang kokoh dalam meneruskan tugas dakwah.

2. Ujian Yang Memisahkan Diantara Kufur Dengan Iman

Ketika di pagi hari pada malam Isra' dan Mi'raj, Rasulullah menceritakan kepada orang-orang Quraisy apa yang baru saja beliau saksikan. Orang-orang kafir langsung mengejek dan mentertawakan beliau. Mustahil perjalanan dari Mekkah ke Baitul Maqdis hanya ditempuh kurang dari semalam, padahal dengan unta saja harus ditempuh sebulan lamanya, cetus mereka mengejek Nabi. Untuk membuktikan ceritanya itu, mereka mencabar Nabi s.a.w. untuk menggambarkan semua sisi Baitul Maqdis secara lengkap. Rasulullah menyanggupinya setelah Allah Ta’ala perlihatkan di hadapannya sisi-sisi Baitul Maqdis dengan lengkap. Lalu berimankah mereka setelah mendengarkannya? Tidak, bahkan mereka semakin keras menentang Nabi s.a.w.dan menuduhnya sebagai tukang sihir.

Sementara orang-orang yang telah bergabung bersama Rasulullah s.a.w.dalam barisan Islam terpecah menjadi dua kelompok. Mereka yang lemah imannya keluar dari Islam dan bergabung bersama orang-orang kafir, sebaliknya mereka yang benar imannya semakin bertambah kokoh keimanan mereka karena mendengar peristiwa itu. Diantara mereka yang langsung mempercayainya adalah Abu Bakar r.a. Ia berkata: "Jika Muhammad bercerita seperti itu maka ia benar dan saya mempercayainya bahkan yang lebih jauh dari itu sekalipun." Karena sikapnya itu Abu Bakar lalu digelari oleh Nabi s.a.w.dengan "ash-shiddiq", orang yang selalu membenarkan. Di sinilah Allah menguji mana orang yang benar imannya dan mana yang munafik. Allah berfirman:
"…Dan Kami tidak menjadikan apa yang telah Kami perlihatkan kepadamu (pada malam isra dan Mi'raj), melainkan sebagai ujian bagi manusia dan (begitu pula) pohon kayu yang terkutuk dalam al-Qur'an.."

Orang-orang kafir dan yang lemah imannya tidak dapat menerima dengan akal mereka berbagai peristiwa gaib yang diceritakan oleh Rasulullah. Semua yang baru saja mereka dengar tidak dapat dipercayai menurut akal pikiran sehingga mereka tidak bisa menerimanya. Sedangkan orang-orang yang benar keimanannya tidak mengukurnya dengan akal yang terbatas, karena akal hanya mampu menangkap dan memahami sesuatu yang nyata dan terlihat. Semua itu bagi mereka terjadi karena kekuasaan Allah yang Dia perlihatkan kepada Rasul-Nya. Di sinilah letak perbedaan kaum beriman dan kaum kafir dalam menyikapi hal-hal yang gaib.

Peristiwa Isra' dan Mi'raj telah meletakkan batas pemisah yang jelas antara orang-orang yang benar keimannya dan orang-orang di hatinya ada penyakit nifak. Mereka yang memiliki keimanan yang benar layak menjadi pendukung dakwah Nabi dan siap menghadapi segala rintangan yang menghalang. Bersama mereka Nabi s.a.w. hijrah ke negeri baru yang lebih baik (Madinah) untuk memulai babak baru dalam dakwahnya.

3. Kedudukan masjid al-Aqsha

Dimulainya perjalanan Isra' dari masjid al-Haram ke masjid al-Aqsha mengandungi makna yang penting bagi kedua masjid ini. Kedudukan kedua masjid ini dan masjid Nabawi di Madinah telah meresap ke dalam lubuk hati umat Islam sejak dahulu hingga kini. Ketiganya diyakini memiliki nilai kesucian yang tinggi hingga Rasulullah melarang kepada umatnya melakukan perjalanan dan kunjungan kecuali ke tiga masjid ini saja. Beliau bersabda:
"Tidak boleh melakukan perjalanan kecuali hanya ke tiga masjid, masjidku ini (masjid Nabawi), masjid al-Haram dan masjid al-Aqsha"
(HR. Bukhari 2/76 dan Muslim 2/1014)

Shalat di ketiga masjid ini memiliki nilai pahala yang berlipat ganda dari pahala shalat di masjid lain. Beliau bersabda:
"Sholat di masjid al-Haram sama nilainya dengan shalat seratus ribu kali, sholat di masjidku sama nilainya dengan sholat seribu kali dan sholat di masjid al-Aqsha sama nilainya dengan sholat lima ratus kali" (HR. Bukhari 2/76)

Rasulullah pernah ditanya tentang masjid pertama yang dibangun di muka bumi, beliau mengatakan bahwa masjid pertama adalah masjid al-Haram kemudian masjid al-Aqsha yang jarak masa pembangunan antara keduanya adalah empat puluh tahun. (HR. Bukhari 4/197 dan Muslim 1/370)

Selama hampir enam belas bulan lamanya kaum muslimin shalat menghadap ke Baitul Maqdis sebelum Allah mengalihkannya ke Baitullah.

Kini masjid al-Aqsha tengah berada di bawah cengkraman bangsa Yahudi yang telah merampas tanah yang diberkahi ini dari bangsa Palestin. Kesucian masjid ini telah dinodai oleh bangsa yang dimurkai Allah. Kewajiban umat Islam mempertahankan masjid yang berada di wilayah tempat kelahiran para Nabi dari konspirasi Yahudi untuk membangun Haikal Sulaiman di atas runtuhannya. Karena itu perjuangan mempertahankan al-Aqsha bagi umat Islam memiliki nilai aqidah yang suci bukan sekadar perjuangan perebutan tanah.

4. Kesatuan agama para nabi

Dalam perjalanan Isra'nya Rasulullah singgah di masjid al-Aqsha sebelum Jibril membawanya naik ke atas langit. Di tempat suci ini beliau bertemu dengan nabi Ibrahim, Musa, Isa dan nabi-nabi lainnya. Allah sengaja mengumpulkan mereka di sana untuk menyambut kedatangan beliau dan shalat di belakang beliau.

Lalu apa makna dari peristiwa ini? Peristiwa yang amat penting ini menjelaskan kepada kita akan adanya ikatan yang sama yang menyatukan seluruh Nabi-nabi, walau mereka diutus oleh Allah pada masa dan tempat yang berbeda. Ikatan itu tak lain adalah kesatuan ajaran yang mereka sampaikan.

Semua Nabi-nabi sepanjang masa membawa ajaran Islam yang artinya tunduk kepada Allah, sampai akhirnya Allah mengutus nabi Muhammad untuk menjadi nabi terakhir dengan membawa ajaran yang sempurna dan mencakup semua nilai kebaikan ajaran Nabi-nabi yang lalu. Demikian pula pengimaman Rasulullah dalam sholat menujukkan bahwa para Nabi semuanya mengakui kenabian beliau dan kedudukan beliau yang tinggi sebagai pemimpin mereka.

Oleh karena itu, peristiwa ini seharusnya menjadi renungan bagi pengikut para Nabi untuk mengikuti jejak Nabi-nabi mereka dan menjadikan ajaran Islam yang dibawa olih Nabi Muhammad s.a.w.sebagai pedoman hidup di dunia. Sebab ajaran Nabi-nabi yang lalu telah dinasakh dengan datangnya Nabi Muhammad s.a.w. sehingga tidak ada lagi agama yang benar selain Islam.

Karena kesatuan ajaran, maka Rasulullah selalu mengajak orang-orang Yahudi dan Nasrani (ahlul kitab) untuk kembali kepada Islam sebagai pokok ajaran para Nabi. Itulah yang beliau lakukan ketika mengajak raja Heraklius, penguasa Rom yang beragama Nasrani untuk memeluk Islam. Rasulullah menulis surat kepadanya dengan kata-kata: "Bismillahirrahmanirrahim, dari Muhammad bin Abdullah untuk Heraklius, penguasa Romawi. Kesejahteraan kepada orang yang mengikuti petunjuk, amma ba'du:

Aku mengajakmu memeluk Islam, masuklah ke dalam agama ini, maka engkau akan selamat dan Allah akan memberikan kepadamu pahala yang berlipat ganda, jika engkau menolak ajakan ini, engkau akan menanggung dosa semua pengikutmu, "Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)" (QS. 3:64) (HR. Bukhari 7)

5. Solat sebagai Mi'raj bagi mukmin

Perintah paling penting yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w. dalam perjalanan Isra' dan Mi'raj adalah solat. Perintah ini beliau terima langsung dari Allah di atas langit tanpa malaikat Jibril. Biasanya Allah menyampaikan wahyu-Nya melalui malaikat Jibril yang turun ke bumi menemui Rasulullah s.a.w. dan tidak ada wahyu yang langsung disampaikan Allah di atas langit selainperintah menunaikan solat. Ini menunjukan kedudukan solat sangatlah penting.

Turunnya wahyu shalat pada peristiwa Mi'raj mengisyaratkan bahwa shalat merupakan mi'raj seorang mukmin kepada Allah. Karena ketika shalat seorang menghadap kepada Allah Yang Maha Besar untuk memuji dan mengagungkan-Nya. Ia berdiri di hadapan Allah dengan merendahkan diri dan merasakan kebesaran-Nya serta berdialog kepada-Nya. Allah berfirman dalam hadis Qudsy:

"Aku membagi shalat (al-fatihah) antara Aku dan hamba-Ku menjadi dua bagian, dan bagi hamba-Ku apa yang dimintanya.
Jika seorang hamba berkata: "Al-hamdulillahi Rabbil-'alamin" maka Allah berkata: "Hamba-Ku memuji-Ku"

Jika dia berkata: "Ar-Rahmanirrahim" maka Allah berfirman: "Hamba-Ku menyanjung-Ku."

Jika ia berkata: "Iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'in" Allah berkata: "Ini antara Aku dan hamba-Ku, dan bagi hamba-Ku apa yang dimintanya"

Jika dia berkata: "Ihdinash-shirathal-mustaqim shirathal-ladzina an'amta 'alahim ghairil-maghdhubi'alahim wa ladhadhalin" maka Allah berkata: "Ini bagi hamba-Ku dan bagi hamba-Ku apa yang dimintanya" (HR. Turmizi)

Kini shalat yang merupakan rukun kedua setelah dua kalimat syahadat telah banyak ditinggalkan dan dilalaikan orang, padahal Rasulullah menganggap orang yang meninggalkannya sebagai kufur dan syirik
"Antara seseorang dan kemusyrikan serta kekafiran adalah meninggalkan shalat."

Al-Dakwah.com

 

CATATAN :

KEBANYAKAN TULISAN INI ADALAH KARYA SAYA YANG DISIARKAN DI LAMAN MARHAEN DAN LAMAN TRANUNGKITE. DISAMPING ITU SAYA MENGUTIP JUGA TULISAN YBM RAJA PETRA KAMARUDIN [ PENGARAH  FAC ] DAN MEMASUKKAN WAWANCARA PRESIDEN PAS DAN IBRAHIM ALI YANG DISIARKAN OLEH HARAKAH. TUJUANNYA ADALAH UNTUK PARA PEMBACA DAPAT MEMBUAT PENILAIAN SENDIRI, YANG MANA BATU DAN YANG MANA INTAN DALAM MEMILIH PARTI, UMNO ATAU PAS.

SEKIAN, TERIMA KASIH.WASSALAM.

MELI, 20.2.2004, JUMAAT, 10.00PM



 

 

]

 

Content ©